Kisah Merpati dan Gagak AQILAH RIZAL
Di sebuah kawasan yang jauh dari bandar, terdapat sebuah kampung. Di kampung itu, terdapat sebatang pokok yang dijadikan sebagai tempat tinggal untuk kebanyakan burung. Cicipan burung-burung itu membuatkan orang kampung berasa selesa dan nyaman.
Beberapa ekor burung merpati dan juga burung gagak tinggal di pokok itu. Mereka hidup sambil tolong menolong antara satu sama lain. Pokok yang cukup besar itu mencukupi untuk semua. Masing-masing tinggal di dahan yang berbeza.
Pada suatu hari, datang seekor burung merpati lalu bertanya kepada seekor burung gagak yang nampak sedih, “ wahai sahabatku, mengapa kamu nampak sedih?” . Gagak menjawab, “ saya sedih kerana warna badan saya yang hitam ni. ” jawab burung gagak dengan nada yang sedih. “Apa yang tidak betul dengan warna kamu. ” sambung merpati lagi.
???
“Saya tidak suka warna hitam. Hitam nampak hodoh dan kotor.” jawab burung gagak. “Saya juga tidak dihormati dan disukai kerana warna hitam ini. Tidak seperti kamu yang selalu disanjung dan dipuja. Sebab itulah saya bercadang untuk mengubah warna saya,” sambung burung gagak dengan sedih.
Wahai sahabatku, jangan salahkan warna kamu. Lihat rambut manusia yang hitam, bukankah semua nampak cantik? Warna hitam ada kelebihan yang tersendiri. Oleh sebab itu, jangan salahkan warna badan kamu itu. Gagak berkata, “Saya mahu jadi putih seperti kamu. Tidak ada cara lain. ”
Merpati mengasihani burung gagak kerana dia tidak dapat buat apa-apa untuk menolong sahabatnya. Selepas itu, mereka terbang jauh untuk mencari makanan.
Selepas itu, burung gagak terjumpa seekor helang. Maka, dia menceritakan masalahnya kepada burung helang. Burung helang juga tidak dapat membuat apa-apa. Burung helang hanya menasihatkan burung gagak hidup gembira dengan kurniaan Tuhan. Burung gagak menjadi lebih sedih selepas mendengar nasihat helang.
........
Selepas beberapa hari, tiba musim menuai. Burung gagak dan burung merpati telah merancang untuk terbang bersama mencari makan. Maka, pada keesokan hari, mereka pun terbang jauh dari tempat tinggal mereka untuk mencari makanan di sebuah sawah padi.
Akhirnya, mereka pun sampai di sawah padi itu. Petani baru sahaja menghabiskan kerja menuai mereka. Sawah itu penuh dengan padi yang bertaburan di semua tempat. Maka, mereka pun mulalah makan. Tiba-tiba mereka tidak sedar akan perangkap jaring yang telah dipasang oleh petani untuk menangkap burung-burung yang datang makan padi mereka.
Burung gagak dan merpati pun terperangkap di dalam jaring itu. Mereka mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Masingmasing mula risau antara satu sama lain. Setelah mencuba beberapa jam, akhirnya mereka menyerah kalah.
Mereka tidak ada tenaga untuk bergelut dengan jaring perangkap itu. Burung gagak bernasib baik kerana salah seorang petani yang datang untuk menangkap mereka berkata, “lepaskan burung yang hitam dan hodoh itu. ” Burung gagak berasa gembira kerana dilepaskan.
Akan tetapi, dia berasa sedih kerana kawannya tidak dilepaskan. Burung gagak yang sedih itu terbang sambil menangis kerana teringat nasib kawannya yang malang itu. Selepas beberapa minggu, burung gagak terjumpa kawannya burung merpati.
Burung merpati berkata kepada gagak bahawa mereka telah memotong separuh kepaknya. Dan mereka masukkan saya ke dalam sebuah sangkar yang besar. Burung gagak terkejut mendengar cerita burung merpati. Gagak bertanya, “mengapa mereka memotong kepak kamu?” . “Oh, supaya saya tidak dapat melepaskan diri. ” jawab merpati.
Merpati berkata, saya menunggu lama sehingga pelepah di kepak saya tumbuh semula. Kemudian, apabila mereka keluar memburu, saya melarikan diri. Sebenarnya, “apakah tujuan mereka menangkap kamu?” tanya burung gagak. “Mereka memberi saya makanan yang banyak supaya saya menjadi lebih gemuk.
+
Selepas itu, mereka merancang untuk menyembelih saya untuk dimakan.” jawab burung merpati. Selepas mendengar cerita sedih burung merpati, burung gagak sedar yang warnanya yang hitam telah menyelamatkan nyawanya.
+
Sejak hari itu, dia tidak lagi mengadu tentang warnanya yang hodoh. Setiap warna ada keindahan dan kelebihan tersendiri.