NORANISAH MARNI
NOORHATI ABD KADIR
SITI NURAIN ABDUL RAHIM
EKSPERIMEN
REKReAkabBenEtuNk FTesUyeKn & PForEtfSoliYo EN
eBook
FASHION DESIGN &
CLOTHING PROGRAMME
JABATAN REKABENTUK
& KOMUNIKASI VISUAL
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
NORANISAH MARNI
NOORHATI ABD KADIR
SITI NURAIN ABDUL RAHIM
EKSPERIMEN
REKReAkabBenEtuNk FTesUyeKn & PForEtfSoliYo EN
eBook
FASHION DESIGN &
CLOTHING PROGRAMME
JABATAN REKABENTUK
& KOMUNIKASI VISUAL
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
TAHUN DITERBITKAN 2022
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada penerbitan ini tidak
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke
dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa
kebenaran Politeknik Ibrahim Sultan terlebih dahulu.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Noranisah Marni, 1980-
EKSPERIMEN REKABENTUK FESYEN : Rekabentuk Fesyen & Portfolio /
NORANISAH MARNI, NOORHATI ABD KADIR, SITI NURAIN ABDUL RAHIM.
Mode of access: Internet
eISBN 978-967-2065-84-5
1. Fashion design.
2. Fashion drawing.
3. Textile fabrics.
4. Government publications--Malaysia.
5. Electronic books.
I. Noorhati Abd. Kadir, 1978-. II. Siti Nurain Abdul Rahim.
III. Judul.
746.92
Editor : Norulaini Binti Mohd Ramly
Penulis : Noranisah Binti Marni, Noorhati Binti Abd Kadir,
Pereka Siti Nurain Abdul Rahim
: Noranisah Binti Marni
Diterbitkan di Malaysia :
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
KM 10 Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor
Tel : 07-261 2488 | Fax : 07-261 2402 |
ISI KANDUNGAN
02 PENGHARGAAN
03 PENGENALAN
04 ABSTRAK
02
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Alhamdullilah selesai sudah eBook untuk kali kedua hasil kerjasama saya dan
rakan penulis, sebagai penulis eBook ini, kami ingin memberi penghargaan
dan ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Fesyen dan
pelajar-pelajar Projek Fesyen Akhir (yang terlibat) kerana memberi kerjasama
dan sokongan yang baik untuk menghasilkan ebook ini. Tidak lupa juga
kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang amat memahami dan memberi
semangat. Juga kepada mana-mana pihak yang membantu kami secara
langsung atau tidak langsung.
Kami amat berharap dengan penghasilan ebook ini, dapat membantu dan
sebagai bahan rujukan pembelajaran, juga membantu pelajar dan pensyarah
Rekabentuk Fesyen dan Pakaian lebih memahami modul pembelajaran
seterusnya dapat menghasilkan tugasan dengan baik.
Wassalam.
03
PENGENALAN
REKABENTUK FESYEN & PORTFOLIO dan PROJEK FESYEN adalah kursus wajib
dipelajari oleh pelajar tahun akhir. EBook ini merupakan inisiatif pensyarah
projek fesyen berkongsi nota tambahan dan garis panduan yang mungkin
dapat membantu para pelajar untuk merancang dalam proses menghasilkan
projek fesyen.
Kandungan pembelajaran pada semester 4 bagi kursus REKABENTUK FESYEN
& PORTFOLIO: pada semester ini pelajar memulakan projek akhir dengan
menghasilkan kertas penyelidikan akademik, kemudian diikuti dengan Fashion
Brief dan buku skrap, lakaran fesyen dan pengembangan idea lakaran fesyen.
Dalam kursus akhir semester PROJEK FESYEN, pelajar perlu meneruskan projek
dengan mendraf pola, tual, menghasilkan koleksi pakaian sebenar daripada
lakaran idea yang terpilih dan laporan akhir projek fesyen.
04
ABSTRAK
EKSPERIMEN REKABENTUK FESYEN: REKABENTUK FESYEN & PORTFOLIO
EBook ini ditulis untuk pelajar-pelajar fesyen sebagai rujukan dan juga garis
panduan untuk pereka fesyen yang baru mula mahu berkecimpung dalam
bidang ini. Secara amnya, pelajar perlu menghasilkan penyelidikan
rekabentuk fesyen, merekacipta idea fesyen, dan akhirnya menghasilkan
rekabentuk fesyen sebenar berdasarkan ringkasan projek fesyen dan
penyelidikan akademik yang diselia oleh pensyarah/penasihat projek.
Proses mengkaji rekabentuk fesyen melalui kajian akademik dan buku skrap
yang mengandungi visual bahan kajian, trend/gaya fesyen, mood warna,
bahan fabrik, perhiasan dan sebagainya. Kemudian diikuti proses melakar
idea fesyen, hasil kajian akademik dan buku skrap yang telah digabungkan
akan menghasilkan rekaan fesyen yang menarik.
Diikuti dengan proses amali, iaitu menghasilkan lukisan teknikal mengikut
rekaan dan merangka pola pakaian sebelum menguji ketepatan pola pakaian
dengan menghasilkan toile atau boleh juga menggunakan teknik draping,
mengikut kesesuaian rekaan. Proses terakhir menghasilkan koleksi pakaian
yang sebenar selepas pelajar melalui proses langkah demi langkah. Projek
rekabentuk fesyen ini memerlukan pelajar menghasilkan rekaan yang terbaik
melalui kajian rekaan masing-masing.
Dalam helaian eBook ini juga terdapat beberapa karya pelajar tahun akhir
yang telah disusun sebagai bahan rujukan.
.
ISI KANDUNGAN
07 PENGENALAN
15
REKABENTUK FESYEN & PORTFOLIO
45
53 KAJIAN
PROSES KAJIAN REKABENTUK FESYEN
BAHAN KAJIAN
BAGAIMANA UNTUK MENGEMBANGKAN IDEA?
REKAAN FESYEN
REKAAN TERBAIK DARIPADA PEREKA TERKENAL
64 FABRIK
74
FABRIK & KESESUAIAN REKAAN
MTEUL AGK AAR SI DAE ANR E K A A N F E S Y E N
PENGENALAN
REKABENTUK FESYEN & PORTFOLIO
08
PENGENALAN
REKABENTUK FESYEN DAN PORTFOLIO
Rekabentuk Fesyen adalah melakar idea fesyen menjadi realiti dengan
berpandukan inspirasi. Jika ingin mengetahui secara mendalam lagi tentang
bagaimana untuk memulakan rekaan, sebagai permulaan anda perlu tahu dan
mengkaji apa itu fesyen, trend dan gaya.
Rekabentuk fesyen ialah seni mengaplikasikan rekabentuk, estetika,
penghasilan pakaian, keindahan semula jadi pada pakaian dan aksesorinya. Ia
dipengaruhi oleh budaya dan trend yang berbeza, dan juga berubah mengikut
masa dan tempat.
Fesyen adalah sesuatu seni dan nilai, jadi sebelum anda mencipta rekabentuk.
pakaian, anda juga perlu mengetahui tentang rekabentuk dan elemen fesyen.
Jika anda faham maksud rekabentuk dan elemen dalam rekaan fesyen, hasilnya
benar-benar menakjubkan.
09
PORTFOLIO
Portfolio fesyen ialah merupakan portfolio rekabentuk. Portfolio rekabentuk
fesyen mengandungi item-item seperti; koleksi sampel, ilustrasi, sample
fabrik dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian rekaan, digabungkan
oleh pereka fesyen untuk mempamerkan kemahirannya atau hasil kerja
seninya kepada pensyarah atau bakal majikan. Ia juga digunakan apabila
memohon peluang pekerjaan industri pakaian. Portfolio adalah sebahagian
daripada resume pereka fesyen.
Untuk pelajar tahun akhir projek fesyen, portfolio fesyen sangat penting.
Portfolio perlu dihasilkan secara berperingkat, isi kandungan portfolio
seharusnya berkaitan, bermula dengan kajian akademik kemudian
diteruskan dengan isi kandungan portfolio, setelah disemak oleh pensyarah,
pelajar boleh meneruskan tugasan amali pula.
Diantara kandungan portfolio fesyen yang perlu ada mengikut kertas kajian
akademik;
PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN REKA BENTUK:
1. Ramalan /Pemetaan/Ringkasan/Pasaran
2. Bahan kajian / Inspirasi / Lukisan Analitik
3. Koleksi visual dari penyelidikan
4. Profil Syarikat
5. Pembangunan/pengembangan Reka Bentuk
6. 20 Koleksi daripada pengembangan Rekabentuk fesyen yang
terbaik (disemak dan disahkan oleh pensyarah)
7. 3 atau 4 koleksi Final yang terbaik daripada 20 koleksi diatas
8. Fashion Boards; Story Board(inspiration, mood board, trend
board), Technical Drawing, Fashion Illustration.
PORTFOLIO 10
CONTOH-CONTOH ITEM PORTFOLIO FESYEN : 1. Ramalan/
Pemetaan/
3 PORTFOLIO Ringkasan/
Pasaran
2. Bahan kajian
/ Inspirasi /
Lukisan Analitik
PORTFOLIO 11
CONTOH-CONTOH ITEM PORTFOLIO FESYEN : 3. Koleksi visual
dari penyelidikan
3 PORTFOLIO
4. Profil
Syarikat
12
PORTFOLIO
CONTOH-CONTOH ITEM PORTFOLIO FESYEN :
5. Pembangunan/pengembangan Rekabentuk
2 PENGEMIDBEAANGAN 6. 20 Koleksi daripada
pengembangan Reka
Bentuk fesyen yang
terbaik (disemak dan
disahkan oleh
pensyarah)
PORTFOLIO 13
CONTOH-CONTOH ITEM PORTFOLIO FESYEN : 7. 3 atau 4
koleksi Final
4 REKAAN AKHIR yang terbaik
daripada 20
koleksi terbaik
8. Fashion Boards;
Story
Board(Inspiration,
Mood Board, Trend
Board,
Company Board ),
Technical Drawing,
Fashion Illustration.
14
PORTFOLIO LTUEKKNISIAKNAL
CONTOH-CONTOH ITEM PORTFOLIO FESYEN :
5
8. Fashion Boards; Story
Board(Inspiration, Mood
Board, Trend Board,
Company Board ),
Technical Drawing,
Fashion Illustration.
KAJIAN
PROSES KAJIAN REKABENTUK FESYEN
16
PROSES KAJIAN REKABENTUK FESYEN
1 KAJIAN 2 PENGEMBANGAN
IDEA
KOLEKSI AKHIR
8 PAKAIAN
7 TUAL APAKAH POIN 3 PORTFOLIO
YANG PERLU
PELAJAR AMBIL
MAKLUM UNTUK
TOPIK INI?
6 MENDRAF POLA 4 REKAAN AKHIR
MASTER & POLA AKHIR
5 LUKISAN
TEKNIKAL
17
PROSES KAJIAN REKABENTUK FESYEN
1 KAJIAN IDEA CADANGAN
BUKU SKRAP KETERANGAN
REKABENTUK FESYEN
PAPAN CERITA BAHAN
FASHION DESIGN KAJIAN KONSEP FUNGSITEMA
BRIEF
PAPAN CERITA PETA MINDA
@PALET
RAMALAN FESYEN/
PEMETAAN/ REKABENTUK
PASARAN FESYEN FASHION
PAPAN PAPAN
TREND MOOD
KERTAS CADANGAN
PENYELIDIKAN
BAHAN KAJIAN/ BAHAN KAJIAN/ AKADEMIK
PAPAN INSPIRASI INSPIRASI/
LUKISAN ANALITIK
PAPAN PROFIL SYARIKAT
LUKISAN TEKNIKAL
PAPAN PENGEMBANGAN
ILUSTRASI IDEA REKAAN
18
KAJIAN
PROSES KAJIAN REKABENTUK FESYEN
Bagi memulakan kajian berkaitan rekabentuk fesyen, pengkaji atau pereka
perlu mengetahui asas rekabentuk fesyen. Detail berkaitan ada di terangkan
dalam topik ' Proses Pengembangan Idea Rekabentuk Fesyen'. Namun begitu
inspirasi boleh didapati melalui penyelidikan yang dirancang atau secara
kebetulan. Mengumpul penyelidikan dan membentangkannya dalam buku
inspirasi akan terbukti sangat diperlukan apabila ianya amat membantu bagi
proses menjana idea-idea segar.
PENYELIDIKAN PRIMER
Penyelidikan primer ialah bahan asli yang dikumpul dan disintesis oleh pereka
bentuk. Ia mungkin dikumpulkan daripada melihat karya seni asli, artifak di
muzium atau melakar pakaian bersejarah. Pereka bentuk juga mungkin
melihat gambar bersejarah, reka bentuk perabot atau imej saintifik tumbuhan
dan haiwan untuk mengumpulkan maklumat tentang butiran, idea, bentuk,
warna atau tekstur. Semua maklumat dikumpulkan untuk memberi imaginasi
dan proses reka bentuk anda sendiri.
Inspirasi dari filem animasi: Beauty and The Beast
19
KAJIAN
PROSES KAJIAN REKABENTUK FESYEN
PENYELIDIKAN SEKUNDER
Penyelidikan sekunder ialah maklumat yang telah terkumpul dan disintesis
untuk pereka bentuk. ia mungkin melalui ramalan arah aliran yang disediakan
oleh perkhidmatan atau majalah fesyen, di mana terdapat beberapa contoh
pereka lain yang menggunakan kawasan tumpuan maklumat dan inspirasi.
tafsiran fabrik warna penting, tekstur dan butiran gaya boleh diserlahkan
daripada beberapa pereka untuk menunjukkan idea yang sama.
Inspirasi dari fashion forecasting dan pereka lain
20
ELEMEN DAN PRINSIP
REKABENTUK FESYEN
Keperluan elemen dan prinsip dalam seni rekabentuk fesyen amat penting,
kerana melalui pemahaman setiap elemen dan prinsip, maka tidak sukar bagi
pereka untuk menghasilkan rekaan, kerana punya garis panduan dalam rekaan
yang amat membantu tugas pereka.
Elemen adalah bahan/material yang penting dalam rekabentuk fesyen, iaitu;
Siluet (bentuk luaran pakaian), warna, garisan dan tekstur. Manakala prinsip
rekabentuk pula bermaksud, bagaimana pereka mengarap elemen-elemen
rekabentuk fesyen untuk menghasilkan idea rekaan yang berbeza.
SILUET WARNA
4
KUNCI ELEMEN
REKABENTUK FESYEN
GARISAN TEKSTUR
ELEMEN REKABENTUK FESYEN 21
4 WARNA
KUNCI ELEMEN
REKABENTUK FESYEN
SILUET
GARISAN TEKSTUR
22
ELEMEN REKABENTUK FESYEN
SILUET
Adalah garisan utama keseluruhan pakaian, atau 'rupa', dan termasuk
bentuk, kelantangan dan bentuknya. Ini adalah elemen visual yang paling
jelas bagi pakaian - siluet ialah apa yang dilihat dalam kesan awal
sebelum sebarang detail lain diambil perhatian.
Pelbagai bentuk siluet
23
ELEMEN REKABENTUK FESYEN
WARNA
Warna mencipta impak yang paling visual apabila dilihat dari jauh (di atas
pentas peragaan), dan ia akan memberi tindak balas pelanggan ketika melihat
rekaan yang dipamerkan di kedai. Warna boleh memberikan mood dan emosi
yang sangat berbeza.
Warna dan fabrik yang pereka pilih untuk rekabentuk adalah bahan penting
yang perlu bekerjasama untuk menghasilkan produk fesyen yang berjaya. Ia
membantu mewujudkan suasana yang sesuai bagi sesuatu koleksi dan juga
untuk musim tertentu. Bagi kebanyakan pereka, warna dan fabrik memberi
inspirasi kepada konsep rekabentuk awal mereka dan sekaligus membantu
untuk pilihan sebagai tema koleksi musim baharu.
Warna dan teori, perenggan ini menerangkan asas teori warna dan rekabentuk.
Ia akan membantu anda memahami 'bahasa' warna dan membantu membuat
keputusan pemilihan mood warna melalui palet warna untuk reka bentuk dan
koleksi anda.
Sebagai pereka, anda akan bekerja secara konsisten dengan warna apabila:
Memilih palet warna untuk tekstil, koleksi fesyen dan produk.
Mencampurkan warna untuk mencipta karya seni dan persembahan fesyen
dan tekstil anda.
Bekerja dan berkomunikasi dengan mereka dalam industri fesyen dan
tekstil.
Palet warna
24
ELEMEN REKABENTUK FESYEN
WARNA
Roda warna atau bulatan warna ialah alat yang berguna untuk mengenal pasti
warna, pemilihan dan mencampurkan warna. Terdapat beberapa variasi dan
tafsiran roda warna:
Warna utama - merah, kuning, biru
Warna sekunder- dihasilkan dengan mencampurkan jumlah yang sama dua
warna primer untuk mencipta; oren, hijau dan ungu.
Warna tertier - dihasilkan dengan mencampurkan warna primer dan sekunder
Warna pelengkap - warna bertentangan antara satu sama lain pada roda
warna
HIJAU KUNING OREN
BIRU MERAH
UNGGU
Roda warna
25
ELEMEN REKABENTUK FESYEN
GARISAN
Garisan pada rekaan pakaian berkaitan dengan garisan potongan dan gaya,
pembinaannya. Garisan ini memecahkan ruang dalam garis besar pakaian dan
mencipta bentuk (garis jahitan, lisu, kedutan, lipatan, tucks) dan butiran (poket,
cuff, butang, zip, tali pinggang). Garis boleh menjadi keras atau lembut; ia boleh
menekankan ciri dan membuat perbezaan yang besar kepada penampilan badan,
senarai ini mungkin dapat membantu pertimbangkan rekaan anda;
Garisan menegak cenderung memanjangkan badan dan menjadikannya lebih
langsing.
Garisan mendatar cenderung untuk melebarkan badan atau menjadikannya
kelihatan lebih pendek.
Garisan jahitan potongan melengkung atau berat sebelah memberi bentuk dan
rupa melengkung feminin.
Garisan lurus memberikan rasa yang lebih maskulin.
Pelbagai jenis garisan yang boleh memberi kesan menarik kepada rekaan
26
ELEMEN REKABENTUK FESYEN
TEKSTUR
Dalam seni visual, tekstur adalah permukaan yang mempunyai bentuk yang
pelbagai diatas permukaan rata seperti kertas atau fabrik (permukaan yang timbul
dalam pelbagai bentuk). Tekstur fizikal (juga dikenali sebagai tekstur sebenar atau
tekstur sentuhan) ialah corak variasi dimensi dalam permukaan fizikal. Fizikal tekstur
boleh dirasai dengan menyentuh permukaan objek atau bahan.
Manakala dalam rekabentuk fesyen dan pakaian, tekstur menjelaskan keadaan
permukaan fabrik atau pakaian. Tekstur mungkin kasar atau licin, kasar atau halus,
rangup atau melekat, lembut atau kaku, nipis atau besar, legap atau nipis, berkilat
atau kusam, berat atau ringan, atau mana-mana gabungan ciri-ciri ini. Oleh kerana
tekstur mempunyai banyak ciri, ianya akan memberi efek kepada rekabentuk
pakaian. Dan juga akan mempengaruhi ilusi saiz dan bentuk badan si pemakai.
Tekstur pada permukaan fabrik atau pakaian
27
PRINSIP REKABENTUK FESYEN
PERKADARAN SEIMBANG 8
PROPORTION BALANCE
KUNCI PRINSIP
REKABENTUK FESYEN
RITMA
PENGIJAZAHAN KONTRA
RHYTHM PENEGASAN GRADUATION CONTRAST
EMPHASIS
PERKADARAN : PROPORTION HARMONI PERPADUAN
Perkadaran (skala) merujuk kepada HARMONY UNITY
saiz dan skala relatif butiran dalam
rekabentuk dan bagaimana ia
berkaitan antara satu sama lain
secara sebahagian atau keseluruhan.
Sebagai contoh, panjang pakaian mengikut kadar lebarnya; saiz poket di
hadapan baju; kedalaman ruffle pada garis leher pakaian - semuanya perlu di
kadarkan dengan teliti.
SEIMBANG : BALANCE
Keseimbangan simetri dalam rekabentuk fesyen meletakkan garis gaya dan
butiran sama rata pada pakaian; contohnya, butang diagihkan sama rata
pada barisan hadapan tengah, poket bersaiz sama rata dan diletakkan di
kedua-dua belah bahagian hadapan tengah. Contoh keseimbangan yang
tidak simetri ialah pakaian satu bahu one-shouldered dress, yang popular
dalam pakaian malam. Ia jelas di luar tengah dan tidak simetri dari segi garis
bahu tetapi, secara keseluruhan, ia harus direka bentuk untuk seimbang.
28
PRINSIP REKABENTUK FESYEN
RITMA : RHYTHM
Ritma/irama adalah berdasarkan pengulangan dan melibatkan penggunaan
berulang; garisan, perincian, trim, warna dan corak. Sebagai contoh, 'gaun hitam
kecil' mungkin mempunyai hiasan manik di sekitar garis leher, lubang lengan dan
di sepanjang labuh; bahagian atas mungkin dihiasi dengan beberapa ruffle di
bahagian depan dan pada lengannya.
PENEGASAN : EMPHASIS
Penegasan atau 'titik tumpuan utama' ialah apa yang menarik mata pada
pakaian. Ia boleh menjadi siluet atau warna, tetapi juga perincian atau hiasan
tertentu, tali pinggang, sekeping barang kemas.
PENGIJAZAHAN : GRADUATION
Pengijazahan mengaitkan dengan pengurangan atau peningkatan ciri pada
rekaan fesyen. Contohnya adalah motif sulaman pada pakaian yang secara
beransur-ansur mengecil apabila ia merebak dari jahitan bahu secara
menyerong ke seluruh badan hadapan hingga selesai di labuh pakaian.
KONTRA : CONTRAS
Kontra berkaitan dengan warna, tekstur atau bentuk dan menarik perhatian
kepada perincian rekabentuk tertentu. Ia memberikan kelain kepada 'kebiasaan'
rekabentuk. Contohnya termasuk; pakaian hitam ringkas yang dipakai dengan
tali pinggang putih yang kontra atau jaket ringkas yang dipakai dengan
beberapa rentetan mutiara bersaiz besar.
Kontra Harmoni Ritma
29
PRINSIP REKABENTUK FESYEN
HARMONI : HARMONY
Harmoni tercipta apabila elemen rekabentuk bercantum dan bukannya menonjol
secara kontra, contohnya penggunaan warna lembut dan fabrik yang membalut
lembut dalam rekabentuk.
PERPADUAN : UNITY
Perpaduan tercipta apabila semua elemen rekabentuk dan prinsip rekabentuk
bekerjasama dan mewujudkan kesempurnaan dan kesepaduan keseluruhan. Ini
boleh dihasilkan pada pakaian individu juga pakaian untuk koleksi. Sebagai
contoh, dalam koleksi ini boleh dilihat pencampuran dan pemadanan ringkas
yang membolehkan setiap pakaian digayakan dengan yang lain.
Rekabentuk yang berjaya dicapai apabila elemen dan prinsip rekabentuk bersatu
untuk menghasilkan rekaan yang padu, dipersembahkan secara visual dengan
gabungan kreativiti, inovasi dan gaya yang tepat.
Elemen dan Prinsip Rekabentuk
30
PASARAN FESYEN
Pasaran fesyen boleh dipecahkan di bawah empat tajuk yang berbeza:
- Tahap pasaran
- Sektor pasaran
- Pakaian dan kategori produk
- Demografi
Tahap pasaran terdiri daripada tiga tahap berbeza:
- Haute couture
- Sedia untuk dipakai (prat a porter)
- Pasaran besar-besaran
Tahap ini terdiri daripada haute couture, yang paling eksklusif, menawarkan
tahap tertinggi dalam kreativiti dan kualiti dalam reka bentuk dan oleh itu,
mengekalkan titik harga tertinggi, kepada tahap paling komersial dengan
kurang eksklusif dalam reka bentuk, dan titik harga terendah, pasaran massa.
Sektor pasaran terdiri daripada tiga peringkat berbeza:
-Pakaian wanita
-Pakaian lelaki
-Pakaian kanak-kanak
Demografi; ini merupakan pertimbangan penting untuk semua jenama untuk
lebih memahami sasaran pasaran mereka dan jenis keperluan dan keinginan
pelanggan yang berbeza.
31
PERINGKAT PASARAN
Haute couture, Ready to Wear RTW (Sedia untuk Dipakai),
Mass Market (Pasaran Besar)
Haute couture (bermaksud 'hasil jahitan dengan kualiti paling terbaik atau
bernilai tinggi' dalam bahasa Perancis); Haute couture berada peringkat paling
teratas mutlak pasaran fesyen mewah - tahap fesyen paling berprestij. Reka
bentuk eksklusif dibuat khas untuk pelanggan mewah, menggunakan fabrik
berkualiti tinggi, dipotong dan dijahit oleh tukang yang paling mahir
(pemotong pola, tukang jahit dan pakar dalam renda, manik dan sulaman dan
lain-lain). Tanpa haute couture kebanyakan kemahiran eksklusif dan kraf ini
akan hilang.
Pakaian yang berharga beribu-ribuan, hanya sebilangan wanita yang mewah,
di kalangan profesional di seluruh dunia sahaja mampu memiliki haute couture
hari ini. Walaupun dengan pangkalan pelanggan yang terhad, ia adalah
bahagian yang sangat penting dalam industri, menolak sempadan rekabentuk,
kreativiti dan inovasi. Untuk rumah fesyen, ia adalah satu kaedah bagi
memasarkan dan mempromosikan portfolio jenama produk fesyen tersebut.
Haute couture
32
PERINGKAT PASARAN
Ready To Wear (RTW) (Pret-a-Porter) dan Koleksi Pereka
RTW pakaian sedia untuk dipakai, level rekabentuk ini lebih mampu dimiliki
untuk pasaran yang lebih luas, dan bagi mereka yang inginkan standard
fesyen, gaya, keaslian dan kualiti yang tinggi (fabrik dan rekabentuk).
Rekabentuk ini tidak dibuat khusus untuk pelanggan individu, jadi dihasilkan
dalam julat saiz standard dan dalam jumlah yang lebih besar, menjadikan RTW
jauh lebih murah untuk dikeluarkan daripada Haute Couture. Rumah fesyen
Haute couture juga menghasilkan koleksi RTW kerana jumlah jualan
meningkatkan pasaran mereka. Tahap ini termasuk jenama super hingga
pereka RTW bebas.
Ready To Wear (RTW) (Pret-a-Porter)
33
PERINGKAT PASARAN
- Jenama super mewah dan konglomerat global ; Syarikat-syarikat ini telah
mengembangkan empayar mereka dengan memiliki banyak jenama fesyen,
termasuk banyak rumah couture.
- Jenama dan pereka peringkat pertengahan adalah nama yang mantap
tetapi tidak mempunyai status jenama 'super power'. Mereka mungkin
mempersembahkan koleksi mereka di window display di butik mereka sendiri.
Barangan mereka akan dijual melalui borong, menyerahkan kepada
department store, atau kedai milik mereka sendiri.
- Pereka Bebas biasanya bekerja dalam pasukan kecil, atau mungkin pereka
fesyen/usahawan yang bekerja sendiri. Pereka Bebas sering terlibat dalam
keseluruhan kitaran, daripada rekabentuk, kepada pengeluaran, jualan dan
pemasaran. Semasa minggu fesyen mereka mungkin menunjukkan koleksi
mereka di landasan, mempunyai gerai pameran dan/atau mempromosikan
melalui ejen yang dilantik.
Window display
34
KETERANGAN REKABENTUK FESYEN
'FASHION DESIGN BRIEF'
Perkara utama yang perlu diambil kira untuk melaksanakan projek fesyen adalah
'Fashion Design Brief'. Proses merekabentuk koleksi fesyen atau menyiapkan
tugasan fesyen melibatkan kreativiti dan pemikiran visual, juga mempunyai
semua ciri-ciri yang diperlukan dalam proses menghasilkan projek fesyen. Ini
semua memerlukan perancangan, penyelarasan dan pengurusan untuk
memastikan semua objektif tercapai.
Merancang dan merangka 'Fashion Design Brief' bagi membantu permulaan
proses rekabentuk fesyen. Ia untuk mengenal pasti skop projek dan digunakan
bagi membimbing pereka bentuk dan pasukan rekabentuk melalui keseluruhan
projek. Pereka perlu mengenalpasti poin utama 'Fashion Design Brief';
- Matlamat dan objektif atau masalah klien yang perlu diselesaikan.
- Tarikh akhir projek- tarikh penting (tarikh mula dan tamat)
- Kekangan/permasalahan (rekabentuk, belanjawan, dll.)
- Tugas, keperluan dan hasil tertentu.
Jenis-jenis 'Design Brief'
Terdapat beberapa jenis 'Design Brief' yang mungkin bersesuaian mengikut
keperluan seperti; 'Design Brief' untuk kegunaan akademik, 'Design Brief' untuk
kegunaan pertandingan dan 'Design Brief' untuk kegunaan syarikat/klien. Rujuk
penerangan dibawah.
'Design Brief' untuk kegunaan akademik
Sebagai pelajar fesyen, anda akan dikehendaki bekerja melalui banyak arahan
dalam bentuk 'Design Brief' akademik, sebahagian daripadanya mungkin ditaja
oleh syarikat luar. Rekabentuk ringkas membentangkan projek atau tugasan. Ia
membentuk bahagian penting dalam pembelajaran akademik, membantu anda
memperoleh kemahiran tertentu dalam proses rekabentuk (pembangunan reka
bentuk, pembuatan pola, penghasilan koleksi pakaian dll). Projek rekabentuk di
tanda mengikut kriteria yang bersesuaian dalam 'Design Brief''.
35
KETERANGAN REKABENTUK FESYEN
'FASHION DESIGN BRIEF'
'Design Brief' untuk kegunaan pertandingan
Jenis ringkas ini biasanya ditawarkan oleh jenama terkenal untuk menggalakkan
dan menyokong pereka fesyen, terutamanya yang masih baharu menempa nama
dalam bidang fesyen. Persaingan adalah cara terbaik untuk menggalakkan
inovasi, rangkaian dan mengukur keupayaan seseorang terhadap persaingan.
Sebagai pelajar fesyen, anda mungkin berpeluang mengambil bahagian dalam
pelbagai pertandingan dan mendapat ganjaran yang lumayan (mungkin untuk
membantu memulakan perniagaan fesyen). Bagi syarikat sendiri pula, 'Design
Brief' pertandingan adalah cara terbaik untuk mempromosikan jenama mereka,
menemui bakat baharu dan menyokong pendidikan.
'Design Brief' untuk kegunaan syarikat/klien
Pereka fesyen profesional diberikan tugas untuk menghasilkan satu siri 'Design
Brief' yang ditetapkan oleh syarikat atau pelanggan. 'Design Brief' itu selalunya
bersifat kolaboratif, memerlukan input daripada pasukan rekabentuk. 'Design
Brief' ini memerlukan barangan untuk direka bentuk untuk pasaran sasaran atau
pelanggan tertentu. Kejayaan akan dinilai berdasarkan kebolehpasaran dan hasil
jualan barangan, dan maklum balas positif daripada pelanggan yang berpuas
hati.
36
Templat Keterangan Ringkas Rekabentuk Fesyen
NAMA PROJEK
Mengenal pasti projek dengan; nama syarikat, tema dan musim, cth:
: Gucci Spring 2015, Ready-to-Wear Collection.
NO. TAKLIMAT Nombor dan tarikh taklimat dikeluarkan untuk mengenal pasti dan mendaftar taklimat dalam
syarikat. Ini bermakna ia boleh difailkan dengan mudah (diarkibkan) dan mudah diperoleh semula.
PELANGGAN Pelanggan boleh menjadi pembeli, syarikat atau pelanggan persendirian.
TANGGUNGJAWAB
Mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab untuk projek-ini boleh menjadi pereka bentuk
MUSIM ACARA atau pasukan rekabentuk. Apabila perubahan rekabentuk berlaku adalah penting untuk dapat
mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab untuk perbezaan tersebut. Ini amat penting
dalam syarikat besar dan dalam pasukan besar yang mungkin terdapat banyak projek sedang
OBJEKTIF dijalankan pada satu-satu masa.
SASARAN Menetapkan musim dan tarikh, acara atau majlis tertentu; musim bunga/musim panas, musim
PASARAN luruh, musim luruh/ musim sejuk, peralihan, pertengahan musim, tahun, pertunjukan fesyen,
MATA HARGA malam anugerah muzik, perkahwinan selebriti.
TARIKH PENTING,
TARIKH AKHIR Objektif taklimat itu adalah untuk menghasilkan koleksi padu 50 helai atau pakaian, rangkaian
pakaian, atau pakaian individu untuk pelanggan peribadi. Ini juga boleh dipanggil skop kerja,
mengenal pasti perkara yang sepatutnya terhasil daripada projek.
Menggariskan pasaran, tahap, produk dan demografi. Projek ini mungkin untuk pakaian wanita,
GAYA KEPERLUAN rangkaian pakaian sedia untuk dipakai atau pakaian malam, atau untuk koleksi pakaian lelaki,
REKABENTUK, SILUET, high street atau sportswear .
WARNA DAN FABRIK
Menggariskan keperluan untuk mereka bentuk pada titik harga tertentu. Mata harga, akhirnya,
ditentukan oleh apa yang pelanggan bersedia untuk membayar.
Menggariskan jadual projek rekabentuk dan termasuk tarikh penting dan tarikh siap projek:
Menggayakan mesyuarat untuk membincangkan dan membentangkan konsep rekabentuk
awal (tema, fabrik, warna, siluet), papan rekabentuk, sampel/prototaip, dan koleksi akhir.
Pemasaran, pengeluaran dan penghantaran ke kedai.
Apa-apa sahaja yang dibuat khusus untuk projek itu, dan terutamanya dibuat di luar pesisir,
akan memerlukan masa pendahuluan yang lebih lama untuk membolehkan penghantaran-ini
termasuk; pesampelan fabrik dan pukal, percetakan, prototaip, pengeluaran.
Menggariskan keperluan rekabentuk tertentu-penggayaan, warna dan fabrik. Dalam syarikat
yang sasaran pasarannya sangat didorong oleh aliran, akan terdapat skop yang lebih luas untuk
menerima pakai trend fesyen, warna dan fabrik baharu berbanding syarikat yang pelanggannya
lebih suka gaya yang lebih klasik. Berdasarkan pertimbangan rekabentuk ini, kebanyakan
syarikat fesyen akan mengenal pasti item stok atau penjual terbaik yang sentiasa terjual dengan
baik setiap musim dan disertakan dalam semua koleksi. Ini boleh jadi pakaian kecil, baju putih,
seluar hitam atau seluar jeans lima poket. Syarikat mungkin mengemas kini rekabentuk atau
mencubanya dalam sekeping fabrik baharu.
PEMBENTANGAN Rekabentuk mungkin perlu dibentangkan sebagai papan pembentangan 2D, portfolio reka
REKABENTUK bentuk dan/atau persembahan PowerPoint atau persembahan media. Pembentangan 2D
mungkin termasuk; papan mood, warna dan papan fabrik, papan penggayaan dengan flat dan
ilustrasi fesyen yang menunjukkan koleksi yang diselaraskan.
CONTOH/PROTOTAIP Rekabentuk mungkin perlu dibentangkan sebagai sampel/prototaip 3D, atau sebagai koleksi
(KOLEKSI, GARISAN, padu (garisan atau julat). Bilangan rekabentuk yang diperlukan akan dikenal pasti dan jika
mereka hendak dipersembahkan secara tidak rasmi pada peragawati atau rak pakaian, pada
JULAT) model dalaman atau model upahan sebagai pertunjukan fesyen mini dsb.
KELULUSAN, Menerangkan kepada siapa, di mana dan bagaimana projek atau koleksi itu hendak
DIBENTANGKAN dibentangkan:
KEPADA, DI MANA -Kepada pengarah kreatif, pasukan reka bentuk, pembeli atau pelanggan.
DAN BAGAIMANA -Bagaimana dan di mana boleh berada di dalam rumah, di pameran, di landasan (minggu
fesyen, pameran perdagangan), di dalam kedai, di premis pembeli, atau di bilik pameran
ejen/wakil reka bentuk.
Dalam forum akademik, pembentangan akan dibuat kepada tenaga pengajar dan boleh
termasuk penaja, syarikat, pereka profesional, dsb.
37
SENARAI ITEM 'FASHION DESIGN BRIEF':
RUJUKAN UNTUK PROSES EKSPERIMEN PEMILIHAN
KONSEP MELALUI KAJIAN REKABENTUK FESYEN
BAHAN KAJIAN 'SUBJECT MATTER' FUNGSI 'FUNCTION'
-Inspirasi untuk idea -Classic/Traditional wear
-Bahan kajian yang menarik -Avant Garde
-Bersesuaian dengan tema dan -Couture/Haute Couture
konsep -Sports wear
-Casual wear/Casual work
TEMA 'THEME' outfit/Smart Casual/Casual
-Ramalan Fesyen Fashion forecasting street/Casual leisure
(rujukan untuk tema warna,stail,trend -Bridal wear
dan bentuk silhuat) -Islamic wear
-Seasons (spring summer etc.) -Formal wear
-Flora fauna (animals printed motive, -Uniform
nature color) -Corporate/Office outfit etc.
-Military theme/accessories
-Berkaitan dengan bahan kajian. TREND 'TREND'
Ramalan Fesyen Fashion forecasting
KONSEP 'CONCEPT' (rujukan untuk tema
-Berkaitan dengan bahan kajian. warna,stail,trend dan bentuk siluet)
-Feminine
-Simple STAIL 'STYLE'
-Minimalist -Street style
-Leisure -Haute couture
-Modern/Modern elegant -Feminine style
-Luxury -Cyberpunk style/Cyber style/Cyber
-Artistry punk outfit art
-Vintage -Futuristic
-Retro -Funky style/ Casual funky outfits
-Nature street style
-Sporty / sport chic -Hip hop / Look hippie etc.
-Chic -Romantic style
-Modesty/Polite etc. -Rock style
-Chic style
-Safari style etc.
38
CONTOH PALET
KETERANGAN REKABENTUK FESYEN
39
CONTOH KAEDAH PETA MINDA
KETERANGAN REKABENTUK FESYEN
PETA MINDA
Peta awan/peta minda adalah salah satu kaedah yang terbaik dan sangat
membantu pereka untuk mencipta idea-idea dan mengembangkan idea-idea
dengan baik melalui bahan kajian yang dipilih oleh pereka. Kaedah ini juga ia
dibuat untuk memudahkan lagi proses memilih konsep koleksi rekaan.
40
PROSES KAJIAN REKABENTUK FESYEN
PENGEMBANGAN REKAAN AKHIR
2 IDEA REKAAN
PENGEMBANGAN IDEA KETERANGAN
REKABENTUK
REKAAN DARI IDEA
FESYEN
IDEA PERTAMA PERTAMA
PAPAN CERITA KETERANGAN
REKABENTUK
FESYEN
41
PROSES PENGEMBANGAN IDEA
REKABENTUK FESYEN
Proses pengembangan idea rekabentuk boleh ditakrifkan sebagai
membayangkan idea untuk menyatakan idea secara rupa bentuk dengan
penerapan nilai-nilai estetika. Objektif rekabentuk di sini adalah tujuan seperti
rekabentuk untuk siapa? apakah kegunaan rekabentuk dan lain-lain (tujuan ini
perlu ditekankan untuk hasil rekaan yang memuaskan). Proses pengembangan
idea rekabentuk secara keseluruhannya adalah satu kerja yang sangat
mencabar untuk mencipta rekabentuk yang estetika, kreatif dan inovatif pada
masa yang sama.
Jika pereka dianugerahkan bakat seni dan kreativiti maka hasilnya lebih
memberangsangkan. Setiap individu mempunyai metodologi sendiri untuk
mendekati masalah tetapi walaupunbagaimanapun pereka atau sekumpulan
pereka perlu membangunkan formula atau perancangan tertentu yang
membantu mereka dalam menjadikan tugas mereka lebih mudah. Kaedah ini
kemudiannya boleh diusahakan untuk membangunkan dan memperbaikinya
untuk tujuan yang terbaik. Tidak kira peringkat dalam proses rekabentuk,
terdapat faktor-faktor tertentu yang perlu ditangani sebelum memulakan kerja.
Sebahagian daripada ini mungkin dapat membantu dalam proses
merekacipta:
Kenal pasti pasaran sasaran - Pasaran yang diusahakan oleh firma
dikategorikan berdasarkan jantina, umur, segmen sosial dan ekonomi. Di
sini pasaran adalah sekumpulan orang atau pengguna. Setiap segmen
pasaran akan mempunyai keperluan dan jangkaan yang berbeza daripada
rekabentuk dan semua ini perlu dipenuhi oleh pereka bentuk, untuk
menjayakannya.
Mengekalkan Identiti untuk jenama - Setiap syarikat mempunyai rupa
khusus dan memenuhi keperluan pelanggan tertentu. Julat harga juga
ditetapkan kerana secara amnya ia memenuhi sasaran pasaran tertentu.
Semua ini perlu kekal lebih kurang berterusan supaya syarikat mempunyai
identiti jenama yang betul.
42
PROSES PENGEMBANGAN IDEA
REKABENTUK FESYEN
Sebagai permulaan merekacipta, perkara-perkara dibawah ini perlu diambil
kira bagi memudahkan proses pengembangan idea:
Penyelidikan & Analisis
Sebelum mengetahui masalah dan memahami tugas, pereka perlu membuat
penyelidikan dan analisis, jika tidak akan timbul permasalahan pada rekaan.
Penyelidikan dan perancangan yang betul adalah sangat penting sebelum
memulakan sesuatu projek, tidak kira besar atau kecil ia kelihatan. Persoalan
yang mungkin timbul di sini ialah berapa banyak masa yang perlu dikhaskan
untuk peringkat ini dan jawapan untuk itu adalah, secara berkadar. Perkadaran
ini perlu dikekalkan dengan mengambil kira pelbagai segmen yang kami temui
semasa mereka bentuk. Contohnya dalam hal pakaian atau produk
berorientasikan fesyen penyelidikan boleh terdiri daripada kajian yang
berkaitan tentang trend dan ramalan fesyen semasa. Ramalan fesyen boleh
disesuaikan mengikut keperluan pelanggan atau bahkan boleh diakses melalui
yang sedia ada di pasaran.
Konsep
Konsep adalah bahagian terpenting dalam proses rekabentuk. Ia adalah titik
dari mana idea akan bermula dan bentuk asas reka bentuk akan dikonsepkan.
Idea mungkin timbul pada pereka pada bila-bila masa. Perkara penting yang
perlu diingat ialah idea atau konsep itu harus sesuai dengan pasaran.
Sebarang percanggahan pada peringkat ini mungkin menimbulkan tanda
tanya di kemudian hari. Peringkat ini juga memerlukan pereka bentuk untuk
bekerja pada papan mood, papan tema, palet warna, trend dan keseluruhan
garis besar koleksi. (rujuk templat fashion design brief)
43
PROSES PENGEMBANGAN IDEA
REKABENTUK FESYEN
Bentuk
Ini adalah peringkat di mana kerja sebenar rekabentuk bermula. Struktur fizikal,
bentuk dan lain-lain ditentukan dan prototaip dicipta. Idea dan konsep yang
diputuskan dan dibincangkan sebelum ini mengambil rupa dan bentuk. Oleh itu
buat pertama kalinya kita dapat melihat bagaimana produk itu akan kelihatan
hasilnya. Pengguna hanya melihat produk tetapi kejayaan produk dan
rekabentuk bergantung pada perancangan yang teliti dan ikhlas, penyelidikan
dan keputusan pengeluaran yang betul. Dalam kes industri fesyen ini adalah
peringkat di mana pensampelan rekabentuk dimulakan.
Pengaplikasian rupa dan bentuk pada rekaan
44
PROSES PENGEMBANGAN IDEA
REKABENTUK FESYEN
Proses pengembangan idea