Ibu Anisa
BERMAIN
DI TAMAN PERMAINAN
mari membaca
Hari ini, hari sabtu. Dhia dan adiknya, Nuha mahu pergi bermain
di taman permainan berhampiran dengan rumah mereka.
Sebelum pergi ke taman permainan, Dhia dan Nuha bersarapan
dahulu. Pagi ini ibu menyediakan sarapan mee goreng dan roti
telur, beserta air milo.
Setelah selesai makan, mereka pun bergegas ke taman
permainan. Sudah lama rasanya Dhia dan Nuha tidak pergi ke
taman itu. Mereka seperti biasa bermain bersama rakan-rakan
yang lain.
Di taman permainan, Dhia dan Nuha suka berbasikal. Selain itu
mereka suka bermain gelongsor,buaian dan layang-layang. Selain
seronok bermain aktiviti ini juga dapat mencergaskan tubuh
badan.
Badan mulai berpeluh, matahari semakin terik. Dhia dan Nuha
serta kawan-kawannya beredar pulang ke rumah masing-masing.
Sampai sahaja dirumah, ibu menyuruh Dhia dan Nuha pergi
mandi dan bersiap untuk makan tengahari bersama-sama. Hari
ini ibu masak lauk kegemaran Dhia, sup ayam. Selain itu ibu juga
ada memasak lauk ikan masam manis dan sayur campur.
Setelah selesai mandi dan memakai pakaian bersih. Mereka
berdua pergi ke dapur untuk bantu ibu menyusun pinggan dan
lauk-pauk di meja makan.
Makanan tengahari sudah siap terhidar. Dhia dan Nuha tidak
sabar untuk makan kerana lapar. Ibu mengingatkan mereka
supaya membaca doa makan dahulu dan makan dengan cermat.
Selesai makan tengahari, Dhia dan Nuha membantu ibu
mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk.
Pada keesokkan harinya, seperti biasa mereka berdua mahu
pergi bermain di taman. Hari ini cuaca agak mendung, ibu tidak
membenarkan Dhia dan nuha untuk pergi bermain di taman
permainan.
Mereka berdua sedih dan masuk ke bilik masing-masing. Dhia
mula membaca buku cerita kegemarannya dan tertidur. Tiba-tiba
terdengar bunyi guruh yang amat kuat, dhia terkejut dan terjaga
dari tidurnya. Dhia melihat di celah-celah tingkap biliknya, rupa-
rupanya hujan lebat di luar. Mujurlah tidak pergi ke taman
permainan tadi.
Dhia sambung semula membaca buku cerita. Tiba-tiba terdengar
suara ibu, memanggil-manggil nama Nuha. Dhia nampak ibu
cemas dan menangis. Rupa-rupanya Nuha tiada di dalam
biliknya. Kami sekeluarga cuba mencari Nuha, hujan di luar
semakin lebat. Ibu risau Nuha mungkin merajuk kerana tidak
membenarkannya pergi ke taman permainan.
Ayah mencadangkan untuk mencari Nuha di taman permainan
tersebut. Kami semua bergegas ke sana. Risau, sedih, cemas
bermacam-macam perasaan kami. Hujan mulai renyai, Ayah dan
ibu mencari Nuha di taman sambil memanggil namanya. Dhia
pula tunggu di dalam kereta.
Sedang Dhia berfikir tentang Nuha, tiba-tiba Dhia baru teringat.
Nuha ada beritahu Dhia, yang dia mahu bermain di bilik stor
mainan. Mungkinkah Nuha tertidur?... tanpa berlengah lagi Dhia
memanggil ibu dan ayah. Mereka bergegas pulang ke rumah.
Sampai di rumah, mereka dengar suara menangis. Tepat sekali,
Nuha memang berada di dalam bilik stor mainan. Nuha
kepenatan dan tertidur. Mereka semua bersyukur Nuha selamat,
ibu memujuk Nuha dan mereka berpelukan. Nuha minta maaf
kepada ibu, ayah dan Dhia dan berjanji tidak akan merajuk lagi.
Esok paginya, atok dan nenek datang melawat keluarga Dhia dan
Nuha. Mereka bercadang untuk pergi beriadah di taman
permainan baharu di taman berhampiran bersama-sama. Di
taman baharu itu ada banyak permainan yang menarik. Dhia dan
Nuha tidak sabar untuk pergi bermain.
Ibu pula membawa bekalan makanan dan minuman, mereka
berehat sambil menikmati makanan yang ibu bawa. Cuaca sangat
baik hari ini, Dhia, Nuha serta keluarga mengambil peluang
untuk bersantai di luar rumah. Atok dan nenek juga nampak
ceria bersama mereka.
Atok dan nenek akan pulang petang ini, sebelum pulang ke
kampung. Atok dan nenek ada belikan sebuah basikal berwarna
merah jambu untuk Nuha. Nuha sangat gembira, kerana merah
jambu warna kegemarannya.
Dhia juga ada memperolehi hadiah dari atok dan nenek. Oleh
kerana Dhia sudah bersekolah rendah, atok dan nenek memberi
hadiah berbentuk buku-buku cerita dan sejarah. Dhia terima
hadiah atok dan nenek dengan gembira, kerana Dhia memang
suka membaca.
TAMAT