The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIAKAN OLEH

NORAZIRA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 372-5-norazira, 2020-10-23 20:42:42

TUGASAN 1

DISEDIAKAN OLEH

NORAZIRA

TUGASAN 3
(PKUK2013P)
INTERVENSI MASALAH BAHASA,
BERTUTUR DAN KOMUNIKASI
TERHADAP MBK

PENSYARAH
EN. ZARANI BIN OTHMAN

DISEDIAKAN OLEH
NORAZIRA BT ZAKARIA

KONSEP BAHASA,
BERTUTUR & KOMUNIKASI

O Menurut Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2013),
proses komunikasi melibatkan bahasa, aktiviti
bertutur, mendengar, menyentuh dan memahami

O Pertuturan bermaksud sebagai tingkah laku untuk
menghasilkan satu kod bahasa dengan membentuk
pola-pola bunyi yang sesuai

O Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi yang
sangat penting

MURID BERKEPERLUAN

KHAS (MBK)

O Menurut Jawatankuasa Penasihat
Kebangsaan Bagi Kanak-kanak Cacat
mendefinisikan MBK sebagai “kanak-kanak
bermasalah pembelajaran adalah
dimanifestasikan daripada salah satu atau
beberapa proses psikologikal yang
melibatkan gangguan tatatertib dalam
kefahaman dan penggunaan bahasa lisan
atau tulisan”.

MASALAH BAHASA, BERTUTUR
KOMUNIKASI MBK

• Masalah pertuturan dan bahasa: pertuturan yang jauh menyimpang
daripada pertuturan biasa atau kod bahasa seperti tidak boleh menyebut
atau memahami perkataan.

• Masalah utama: gangguan artikulasi dan kesukaran dalam
menghasilkan bunyi. Masalah lain ialah masalah suara dan kelancaran
pertuturan seperti ‘gagap’ (stuttering).

• Masalah komunikasi pula meliputi masalah reseptif (memahami apa
yang dituturkan oleh orang lain) atau ekspresif (melahirkan apa yang ingin
diperkatakan kepada orang lain), atau kedua-dua sekali menyebabkan
individu tersebut tidak boleh berkomunikasi langsung dengan orang lain.

INTERVENSI TERAPI

PERTUTURAN

O Terapi pertuturan adalah rawatan masalah
dan gangguan pertuturan yang dihadapi
oleh seseorang individu. Hal ini mungkin
disebabkan oleh faktor fizikal atau mental.

O Merupakan latihan atau intervensi yang
dilaksanakan untuk meningkatkan semua
aspek komunikasi seperti penggunaan
bahasa isyarat dan simbol-simbol
bergambar.

Sambungan..

O Kaedah yang digunakan untuk membantu
murid yang mengalami kesukaran dalam
menyebut perkataan dan berkomunikasi.

O Bertujuan membantu murid menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa dan melatih murid-
murid yang menghadapi masalah artikulasi
melalui latihan asas.

O Penguasaan kemahiran awal pertuturan
menjadi tanda aras tahap perkembangan
bahasa.

Kemahiran Awal Pertuturan

O Kontak mata.
O Memberi tumpuan.
O Meniru perbuatan, bunyi dan

perkataan.
O Bermain.
O Keupayaan duduk setempat.

Kontak Mata

O Apabila kanak-kanak bertentang mata
dengan ibu bapa/individu

O Penting untuk perkembangan bahasa dan
pertuturan serta komunikasi yang baik.

O Menunjukkan anak bersedia berinteraksi
dengan ibu bapa/individu.

Memberi Tumpuan

O Respons ketika dipanggil, memberi tumpuan
ketika bermain atau melihat pergerakan
sesuatu.

O Kanak-kanak yang memberi tumpuan lebih
mudah mempelajari sesuatu kemahiran

Meniru perbuatan, bunyi dan

perkataan

O Bermula dari peringkat usia bayi sehingga
mencecah tiga tahun.

O Kanak-kanak meniru bunyi, perkataan yang
digunakan oleh ibu bapa.

O Membantu kanak-kanak memahami bahasa
dan menggunakan perkataan tersebut
dalam situasi harian.

Bermain

O Jangan benarkan anak bermain sendirian.

O Luangkan masa bermain bersama anak.

O Ketika bermain proses komunikasi yang
berlaku membantu anak-anak menguasai
pertuturan dengan lebih cepat.

Keupayaan Duduk Setempat

O Kebolehan untuk duduk setempat semasa
melakukan aktiviti amat penting sebagai
persediaan mempelajari bahasa dan
pertuturan.

O membantu kanak-kanak untuk memberi
tumpuan

O Kanak-kanak yang terlalu aktif dan bergerak
dari satu tempat ke tempat yang lain dalam
waktu singkat amat sukar berinteraksi
dengan baik.

KEPENTINGAN TERAPI

PERTUTURAN

O Membantu MBK yang bermasalah dengan alat
artikulasi seperti gagap, sengau dan
sebagainya.

O Membantu menguasai kemahiran bertutur.
O Membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi

bahasa.
O Meningkatkan fungsi kognitif, emosi dan sosial,

meningkatkan keupayaan diri murid.
O Membantu merangsang pertuturan dan

komunikasi.

ALATAN UNTUK TERAPI
PERTUTURAN

WISEL BOLA PING PONG

Sambungan.. PENUIP HARI JADI

STRAW

Sambungan.. KERTAS

LILIN

AKTIVITI MENGGUNAKAN
ALATAN

O Meniup belon dan wisel
O Meniup lilin yang dinyalakan api.
O Meniup straw di dalam cawan berisi

air
O Meniup kertas di dalam air.
O Menyedut air menggunakan straw

VIDEO
DEMONSTRASI

AKTIVITI
TERAPI PERTUTURAN



LANGKAH-LANGKAH
MELAKSANAKAN TERAPI

PERTUTURAN

1. Senaman Muka dengan
Menggunakan Lidah.

2. Kawalan Pernafasan

3. Mengawal Suara

1. Senaman Muka dengan
Menggunakan Lidah.

O Menggerakkan lidah ke atas, ke
bawah, ke kanan dan ke kiri.

O Membuat pergerakan mulut dengan
cara buka mulut seluas mungkin,
tutup mulut semula.

Sambungan..

O Membuka dan menutup perlahan-
lahan.

O Membuka dan menutup mulut dari
kadar perlahan kepada semakin laju.

O Pergerakan muka dengan meniru
riak muka berdasarkan gambar atau
arahan.

O Mengunyah.

2. Kawalan Pernafasan

O Melihat kepada kaedah bernafas
menggunakan perut.

O Tarik nafas, tahan dan hembus.
O Tarik nafas kemudian tahan dan hembus

melalui hidung atau mulut.
O Contoh aktiviti seperti menghembus bola ke

arah gol, meniup peralatan muzik, meniup
belon dan menghembus kertas.

3. Kawalan Suara

O Kawalan suara dapat dilakukan dengan cara
meletak tangan di hadapan mulut, letak
belakang tangan di bahagian leher dan
cuba menyebut fonem /a/i/u/ dalam suatu
masa yang ditetapkan seperti 5 saat, 10 saat,
15 saat dan 20 saat.

PELAKSANAAN TAHAP PRA
PERTUTURAN

O Menggunakan kaedah Vokalisasi iaitu
bermain dengan bunyi vokal untuk melatih
pergerakan otot mulut yang berkaitan
dengan pertuturan. Apabila murid
mengeluarkan bunyi , ulang semula
penghasilan bunyi tersebut atau
memanjangkan bunyi tersebut sehingga
menjadi satu perkataan.

CADANGAN AKTIVITI
TERAPI PERTUTURAN

O Guru perlu memantau dan merekod tahap
kebolehan bertutur setiap murid. Sekiranya
terdapat murid yang menunjukkan
masalah lewat pertuturan

O Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk
sentiasa berinteraksi dengan anak-anak.

Sambungan..

O Masyarakat juga perlu bersama-sama
berganding bahu dengan menghargai
mereka dan bukannya mengejek atau
memperkecilkan ketidakupayaan mereka

O Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan
mengadakan program-program, seminar
dan bengkel kesedaran kepada ibu dan
masyarakat.

KESIMPULAN

O Intervensi komponen penting untuk
membantu pelajar bermasalah
pembelajaran seperti masalah dari segi
bahasa, pertuturan dan komunikasi.
Pelbagai intervensi boleh dilakukan
antaranya seperti Kaedah Terapi.

O Kerjasama dari semua pihak amatlah
penting bagi memastikan murid-murid ini
tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version