The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 372-5-norazira, 2021-01-04 09:41:18

TEORI PEMBELAJARAN

TEORI PEMBELAJARAN BAHASA

DISEDIAKAN OLEH : NORAZIRA BT ZAKARIA



Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=lo44rlKV9OA

Teori Konstruktivisme dalam Pengajaran Bahasa Melayu – Jean Piaget

Teori Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran yang berasaskan
pengalaman murid. Pembelajaran merupakan proses yang aktif dan murid akan
dapat membina pengetahuan baharu daripada pengalaman sedia ada murid.
Dalam teori ini, guru tidak memberikan pengetahuan kepada murid. Sebaliknya
murid akan berusaha menyampaikan pengetahuan daripada pengalaman
sendiri.
Guru bertindak sebagai pembimbing/ fasilitator dengan memberi input tambahan
supaya murid membentuk pengetahuan baru semasa pembelajaran
berlangsung.
Seterusnya murid akan bertanya soalan untuk mendapatkan penjelasan
(pengetahuan baru) daripada topik yang dibincangkan. Sekiranya ada murid
yang mengetahui jawapan kepada persoalan yang diajukan, murid terbuka
untuk memberi pandangan (tidak hanya bergantung kepada guru).
Aktiviti pembelajaran secara koperatif atau tugasan projek dapat digunakan
untuk
membentuk pengetahuan baharu kepada murid. Sebagai contoh, setelah
membincangkan tentang punca-punca berlakunya banjir dlama kelas, murid
secara berkumpulan boleh mencari maklumat tentang usaha-usaha yang telah
dilakukan oleh kerajaan atau masyarakat dalam menangani masalah banjir.
Murid bebas untuk mencari maklumat sama ada melalui pembacaan atau pun
melalui carian di internet. Perbincangan semula secara ringkas boleh dilakukan
dalam sesi pembelajaran dalam kelas seterusnya.

Disediakan oleh: Mohamad Fahmi bin Abdul Halim

Pautan video:
http://cikgujumrah.blogspot.com/2013/04/pembelajaran-konstruktivisme.html

MATA PELAJARAN: MATEMATIK
TEORI KONSTRUKTIVISME
Berdasarkan video berikut, seorang guru telah mengaplikasikan teori konstruktivisme dalam
kaedah pengajaran beliau. Terdapat sebanyak lima langkah yang telah digunakan:

LANGKAH 1
PENGALAMAN DERIA
-Guru menggunakan kaedah sumbang saran/rangsangan dengan menggunakan abm yang
merangsang pemikiran murid untuk menjawab soalan yang menjurus kepada topik yang akan
diajar.

LANGKAH 2
REFLEKSI/PERSEDIAAN
-Murid dipanggil untuk menjawab beberapa soalan yang menunjukkan mereka bersedia untuk
belajar /mempelajari topik tersebut dengan lebih lanjut

LANGKAH 3
KOLABORASI
-Guru telah memberikan beberapa soalan untuk dijawab secara berkumpulan
-Murid perlu bekerjasama untuk menjawab soalan tersebut
-Murid mendapatkan jawapan melalui pengalaman sendiri

LANGKAH 4
PERSETUJUAN
-Setelah menjawab soalan, setiap ahli dalam kumpulan akan berbincang semula jawapan
yang telah diberi
-Hal ini untuk membantu murid yang kurang faham memahami topik tersebut

LANGKAH 5
BERKONGSI
-Wakil kumpulan membentangkan jawapan mereka kepada kelas

Penutup
-Guru membuat pentaksiran dengan memberikan setiap murid untuk menjawab lembaran
kerja secara individu
-Bagi menilai tahap kefahaman murid mengenai topik yang telah dipelajari

KESIMPULAN
Sedikit sebanyak guru tersebut telah mengaplikasikan beberapa prinsip teori konstruktivisme
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran beliau.
Guru tersebut telah berjaya melakasanakan lima fasa teori konstruktivisme dalam pdpc. Guru
membina situasi untuk membina konsep mental di dalam awal pdpc. Pengetahuan murid
juga telah dikembangkan dengan aktif dalam langkah seterusnya. Beliau juga membimbing
murid menstrukturkan semula idea mereka dalam langkah refleksi. Beliau juga telah
memasukkan elemen seperti proses pembelajaran aktif, proses belajar semasa belajar,
beraktiviti sosial. Murid juga diberi peluang untuk membuat latihan /mengaplikasikan ilmu
yang telah mereka perolehi secara berkumpulan dan membuat perbandingan jawapan
sesama rakan.

DISEDIAKAN OLEH:
NOR AZIRA BINTI MOHD RASZEKI

Pautan video: https://youtu.be/jnCJNGFG8oc
SUBJEK : MATEMATIK
TEORI : Konstruktivisme
Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kemahiran mengira yang melibatkan
daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran matematik memerlukan kefahaman
sesuatu konsep dengan mantap dan menyeluruh. Perlaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran matematik perlu mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian
murid.Kesimpulan daripada video di atas, pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan konstruktivisme akan memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan murid dapat menentukan sendiri masa yang
diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat
membuat penilaian kendiri dan menilai kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan
dapat ditingkatkan lagi. Selain itu, beban guru sebagi pengajar akan berkurangan di mana
guru lebih bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator.

Disediakan oleh: Noor Shahazatul Syima bt Yahya

Pautan video: htps://youtu.be/W9JRKA5KeD4
SUBJEK : BAHASA MELAYU
TEORI : Konstruktivisme
Melalui video ini, guru mengaplikasikan idea/konsep baru yang diperoleh dengan
pengetahuan murid sedia ada. Guru membimbing murid membuat perbandingan idea lama
dengan idea yang baru diperoleh. Pengetahuan murid dikembangkan secara aktif untuk
pembinaan konsep atau pengetahuan sendiri.

Disediakan oleh: Noor Mazlina bt Yahaya

Pautan video: https://youtu.be/aKEUlYgh5Js
Teori Konstruktivisme dalam Matematik
Teori ini berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi
dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Di dalam video tersebut dapat dilihat
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru itu bertindak sebagai pembimbing,
pemudahcara dan perancang. Manakala murid murid memainkan peranan utama dalam
pembelajaran.
Konstruktivisme adalah satu fahaman murid membina sendiri pengetahuan atau konsep
secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini murid
akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan yang baru
Disediakan oleh Nor Zaki Ismail

Pautan video : https://youtu.be/0dYY0Fp8Svk
Subjek : Bahasa Melayu
Teori :Konstruktivisme
Penerangan : Modul pembelajaran diterangkan mengikut kesesuaian aktiviti murid
berkeperluan khas dan kesediaanya. Murid-murid akan lebih mudah memahami apa yang
ingin diajar oleh guru. Aktiviti yang dicadangkan dapat membantu peningkatan koordinasi
mata dan tangan murid. Video ini sangat bermanfaat bagi murid yang baru mengenal huruf
untuk mengeja, membaca dan menulis. Gambar-gambar yang terdapat dalam video menarik
minat MBK untuk belajar. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada
aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara
pasif.Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah
pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.Guru berperanan sebagai pereka
bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina
pengetahuan baru.Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina
pengetahuan dan menyelesaikan masalah.Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan
murid.
Disediakan oleh :Lizawati Binti Abdul Wahab

Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=n4vAvdeBhD0

TEORI : KONSTRUKTIVISME

SUBJEK : MATEMATIK

Teori ini digunapakai untuk mengajar murid masalah pembelajaran dalam mata pelajaran
matematik. Pada asasnya murid dapat memahami konsep tambah dengan mudah berbanding
dengan operasi tolak. Murid diajar asas matematik serta cara menyelesaikan penggiraan
secara berperingkat. Guru juga menggunakan benda maujud dan bahan objek bergambar
sebagai contoh untuk meningkatkan lagi pemahaman mereka akan operasi tambah.

Guru memberi contoh yang pelbagai dan penerangan yang ringkas dan menarik memberikan
ruang kepada murid untuk berfikir secara logik dalam menyelesaikan masalah operasi
tambah ini. Guru menggunakan bahasa dan simbol yang bersesuaian dengan konsep untuk
memudahkan pemahaman murid mengenali operasi tambah ini. Penggunaan gambar dan
bahan-bahan maujud adalah sesuatu yang sangat berkesan dalam menggambarkan operasi
penambahan. Murid dapat mengelaskan mengikut bilangan yang betul. Guru guna pakai 2
teknik utama iaitu:

i) penambahan menggunakan gambar rajah

ii) penambahan secara manipulatif ( menggunakan bahan maujud)

Kepelbagaian dalam teknik pdpc ini mampu menggalakkan murid untuk berfikir secara logik
dalam menyelesaikan masalah pengiraan. Murid juga akan berasa seronok dan tidak bosan
kerana guru menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan menarik. Murid belajar
melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan
eksperimen yang dijalankan.

Disediakan oleh : Shalani A/P Valusamy

Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=aKEUlYgh5Js&feature=emb_logo

Teori Konstuktivisme Untuk Subjek Matematik Tahun 3

Teori konstruktivisme ini berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di
luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Antara tokoh yang
bertanggungjawab memperkanalkan teori ini adalah L. Vigotsky dan Jean Piaget. Implikasi
teori ini dalam P&P ialah peranan guru merupakan pembimbing, pemudahcara serta
perancang dan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Malah,
pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses
pembentukan ilmu baru.

Teori konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan
atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam
proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia
ada untuk membina pengetahuan yang baru. Melalui kaedah ini, seorang guru harus
menyedari lima elemen penting sebelum mengaplikasikan langkah-langkah pengajaran.
1. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh
murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.
2. Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah
pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
3. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang
kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
4. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan
menyelesaikan masalah.
Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid.

Dengan lima elemen penting pengajaran guru, maka pelajar berpeluang untuk menerima
pembelajaran secara kolektif dan dinamik. Antara kelebihan teori konstrutivisme ialah murid-
murid :

i. Mampu Berfikir:
Membina pengetahuan baru, berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan
membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Ini
boleh dicapai melalui aktiviti mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpristasi
dan membuat kesimpulan.

ii.Memahami:
Kefahaman mengenai sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara
langsung dalam membina pengetahuan baru. Sekiranya murid sudah dapat memahami sudah
tentulah mereka akan dapat mengaplikasikan pengetahuan baru dalam kehidupan dan situasi
baru.

iii. Daya Mengingat:
Setelah mereka memahami sesuatu konsep, mereka akan dapat mengingati lebih lama
kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

iv. Berkeyakinan:
Mereka belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman
mereka tentang sesuatu. Ini akan menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan
berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

v. Berkemahiran sosial:
Mereka boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan
masalah. Mereka akan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka dan guru-guru dalam
membina pengetahuan mereka sendiri.

vi. Rasa keseronokan:
Mereka membina sendiri pengetahuan, konsep idea secara aktif yang akhirnya menjadikan
mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat
walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

Peranan guru di dalam video ini ialah :
1. Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.
2. Menstruktur pelajaran untuk mencabar perpepsi murid.
3. Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.
4. Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas bukan hanya dalam bentuk ujian

bertulis.
5. Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis,

meramal, meneroka dan membuat hipotesis.
6. Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
7. Menggalakkan penemuan oleh murid melalui soalan bercapah dan menggalakkan murid

menyoal murid yang lain.
8. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan

dikemukakan.
9. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang

telah dijanakan.
10. Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.

Peranan murid di dalam video ini ialah :
1. Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian dengan

dengan sendiri membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan
masalah.
2. Mereka selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan
membantu murid mengubah dan mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu
berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid
tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.
3. Murid mencabar hipotesis yang telah di buat dan di galakkan berbincang untuk membuat
ramalan. Murid di beri banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka
terutamanya melalui perbincangan di dalam kumpulan.
4. Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk
menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

Disediakan oleh : Abdul Mutalib Bin Adam

Pautan video : . https://www.youtube.com/watch?v=NUsQ5o73Iw4
Subjek : Sains
Teori : Konstruktivisme Sosial Vygotsky

Pandangan :
Mengikut video ini pelajar adalah individu yang mempunyai latar belakang yang berbeza.
Pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat turut berbeza antara satu sama lain. Kepel-
bagaian pelajar ini akan melalui proses pembelajaran melalui bermain, penyampaian formal,
kerjasama pelajar dengan pelajar yang lebih mahir. Selain itu, motivasi pelajar untuk belajar
dipengaruhi oleh pengalaman yang berjaya dan keyakinan diri.
Guru pula berperanan sebagai pembimbnga dan perlu memastikan pembelajaran berlaku da-
lam situasi sosial yang aktif. Pembelajaran turut berlaku dalam kolabrasi dan interaksi guru,
bahan mengajar dan pelajar.

Disediakan oleh : Saroja A/P Arimuthu

Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=zGHdFz9FCXI

TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK.

Pendekatan Konstruktivisme
Pendekatan konstruktivisme memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan
pembelajaran. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Tidak semua pengetahuan pelajar
diperolehi melalui pengalaman pancaindera ataupun terdapat
pengetahuan sejati dalam mental pelajar.
Penekanan ditumpukan kepada keperluan pelajar untuk membina pemahaman mereka dalam
setiap konsep Peranan utama dalam pengajaran bukanlah penyampaian pelajaran,
penerangan ataupun “perpindahan” pengetahuan kepada pelajar,tetapi merupakan
penciptaan situasi tertentu untuk membolehkan pelajar membina konsep mental yang
diperlukan .Pendekatan, ilmu pengetahuan diperolehi dengan cara pembinaan pelajar sendiri
melalui pengalaman,renungan & pengabstrakan.
Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar yang mana pembelajaran merupakan
hasil daripada usaha pelajar itu sendiri untuk pembinaan konsep atau pengetahuan sendiri.
Guru cuma berperanan sebagai fasilitator ataupun pembimbing
Prinsip Pembelajaran Konstruktivime
Pembelajaran adalah satu proses aktif. Manusia belajar semasa mereka belajar.Minda yang
aktif bukan fizikal. Pembelajaran adalah satu aktiviti sosial. Pembelajaran adalah kontekstual.
Lebih banyak yang telah dipelajari, lebih banyak yang boleh dipelajari. Pembelajaran
memerlukan masa. Motivasi dalam pembelajaran adalah penting.

Disediakan oleh : NOR HASMAHANI BINTI IBRAHIM

Pautan video : https://youtu.be/jcnnqbClFgA

Teori Konstruktivisme.

Subjek : Sains (Tahun 1)

Tajuk : Diri Kita

Berdasarkan teori konstruktivisme, menurut Briner.M, (1999) pdp berlaku apabila pelajar
membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan
mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia
wujud.

Dengan mengaplikasikan teori konstruktivisme dalam pdp, pelajar akan menyesuaikan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan
baru. Implikasi dari teori ini adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar.
Pengetahuan sedia ada pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar ter-
sebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Melalui kaedah ini, guru bertindak
sebagai sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar
untuk membina pengetahuan baru. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar
dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Seterusnya,
pembelajaran ini mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar, mengga-
lakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan pelajar lain dan gurunya, meningkatkan proses
inkuiri pelajar melalui kajian dan memberi peluang kepada pelajar untuk membina penge-
tahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang
sebenar.

Disediakan oleh : Norazira Zakaria



Pautan video: https://youtu.be/0Pkc6kGfAfU
TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia
mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua
kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang
dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri
dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa.

Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian masalah dan
beliau mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah. Oleh itu, sebagai
seorang guru kita mestilah sentiasa menyediakan kaedah pembelajaran yang pelbagai supaya
kita dapat merangsang kecerdasan minda murid melalui minatnya. Contohnya, di dalam video
di atas guru tersebut mengajar suku kata sambil menyanyi untuk memastikan murid-muridnya
mengingati setiap suku kata yang telah dipelajari. Hal ini dapat merangsang minda murid yang
meminati muzik agar dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam matapelajaran Bahasa
Melayu.

Disediakan oleh : NUR AINA BINTI ANUAR

Pautan video : . https://www.youtube.com/watch?v=jURbQSJm7lw

TEORI : KECERDASAN PELBAGAI

PELOPOR : HOWARD GARDNER

PENERANGAN :

Teori ini telah diperkenalkan oleh HOward Gardner. Menurut beliau terdapat 9 teori
kecerdasan pelbagai iaitu :

Logikal Matematik

Visual Ruang

Linguistik

Kinestetik

Muzik

Interpersonal

Intrapersonal

Naturalis

Spiritual

Pengajaran yang dilaksanakan menggunakan kaedah muzik seperti memainkan alatan muzik
atau nyanyian dapat melahirkan individu yang kreatif serta dapat melahirkan perasaan melaui
muzik . Individu ini juga mampu untuk mencipta serta mengubah lirik untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran . Muzik boleh digunakan untuk mengajar semua mata
pelajaran serta individu yang mempunyai kecenderungan dalam bidang muzik, mudah diajar
menggunakan teori kecerdasan pelbagai ini .

Disediakan oleh : Siti Hamidah Binti Kassim

Pautan video : https://youtu.be/06uQEYM-x0k

SUBJEK : BAHASA MELAYU
TEORI : KECERDASAN PELBAGAI
PELOPOR : HOWARD GARDNER

PENERANGAN :

Melalui pautan video yang saya kongsikan, saya mendapati bahawa guru tersebut men-
gaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran beliau. Antara
kecerdasan yang digunakan oleh beliau ialah, MUZIK, VERBAL LINGUISTIK DAN VISUAL
RUANG. Guru tersebut menggunakan nyanyian sebagai set induksi, ini akan menarik minat
murid untuk terus menyertai pengajaran guru. Guru tersebut juga meminta murid mengeja
perkataan, latihan ini akan mengukuhkan lagi pembelajaran yang akan diperolehi oleh murid.

Teori Kecerdasan Pelbagai juga menunujukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat diting-
katkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap
kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan
melalui aktiviti yang bersesuaian. Gardner juga menyatakan bahawa guru perlu merancang
aktiviti dalam PdP supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan yang terdiri daripada sem-
bilan kecerdasan.

Disediakan oleh : SITI SYAZANA BT ADNAN

Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=jURbQSJm7lw

Subjek : BM (simpulan bahasa)
Teori : Kecerdasan pelbagai

Objektif utama lagu simpulan bahasa ini diritmakan adalah untuk memudahkan murid untuk
mengingati dengan cepat. Ini kerana, teknik hafalan dibuat melalui lagu dan gaya serta
bersama-sama dengan rakan-rakan.
Dalam teori kecerdasan pelbagai, kategori bahasa, muzik, intelektual, interpersonal dan
intrapersonal adalah antara aspek yang diambilkira. Aspek -aspek ini berbeza ketinggian
skor antara murid-murid. Namun begitu, tidak semestinya murid yang mendapat skor rendah
dalam sesuatu aspek bermakna dia gagal dalam kehidupan. Seseorang individu akan
mempunyai kelebihan di aspek tersebut dan kekurangan di aspek yang lainnya. Jadi, guru-
guru boleh melatih murid untuk menambahbaik aspek-aspek yang boleh dibaiki contohnya
aspek memahami asas bahasa Melayu, aspek percaya pada diri, kemahiran bersosial dan
pelbagai lagi.

Disediakan oleh : NOR HARTINI BT KAHARUDIN

Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=EPeQEDStmYU

Teori : Teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner
Teori ini digunakan oleh guru kepada murid berkeperluan khas. Aktiviti dijalankan secara
stesen. Guru menerapkan 8 jenis kecerdasan sepanjang proses pdp. Dari awal aktiviti
dimulakan pelajar dapat menunjukkan ketekunan untuk belajar. Pelajar tidak hilang tumpuan
yang menyebabkan guru dapat meneruskan pelajaran dengan lebih efektif lagi. Pelajar dapat
melengkapkan aktiviti-aktiviti yang di sediakan. Penerapan Teori Kecerdasan Pelbagai
terbukti berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengajaran yang telah
dilakukan dengan teliti dan pemilihan strategi dan aktiviti untuk menerapkan kelapan-lapan
kecerdasan dalam pelajaran berjaya meningkatkan keyakinan, motivasi dan kreativiti pelajar.
Penglibatan pelajar secara aktif dalam pelajaran telah mengikis rasa bosan pelajar sewaktu
pelajaran.

Disediakan oleh : FATNIN FARAHIYAH BT MOHAMAD FADZIL

Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=06uQEYM-x0k&feature=youtu.be
Teori : Kecerdasan pelbagai
Subjek : Bahasa Melayu Tahun 1
Penerangan : Dalam video yang saya kongsikan, dapat dilihat guru tersebut menggunakan
pendekatan teori kecerdasan pelbagai iaitu muzik dan visual ruang dalam pengajaran beliau.
Hal ini dapat menarik minat murid dan mengalakkan murid terlibat secara aktif dalam pdpc.
Dalam pendekatan teori ini juga, guru tersebut dapat melihat potensi yang ada pada murid itu
sendiri. Hal ini dapat membantu guru untuk merancang pengajarannya dan membolehkan
guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran. Selain itu, guru dapat memahami potensi
yang ada pada murid sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai.

Disediakan oleh : Mohamad Aliff Bin Mohd Nordin

Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=EPeQEDStmYU

Teori : Teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner
Teori ini digunakan oleh guru kepada murid berkeperluan khas. Aktiviti dijalankan secara
stesen. Guru menerapkan 8 jenis kecerdasan sepanjang proses pdp. Dari awal aktiviti
dimulakan pelajar dapat menunjukkan ketekunan untuk belajar. Pelajar tidak hilang tumpuan
yang menyebabkan guru dapat meneruskan pelajaran dengan lebih efektif lagi. Pelajar dapat
melengkapkan aktiviti-aktiviti yang di sediakan. Penerapan Teori Kecerdasan Pelbagai
terbukti berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengajaran yang telah
dilakukan dengan teliti dan pemilihan strategi dan aktiviti untuk menerapkan kelapan-lapan
kecerdasan dalam pelajaran berjaya meningkatkan keyakinan, motivasi dan kreativiti pelajar.
Penglibatan pelajar secara aktif dalam pelajaran telah mengikis rasa bosan pelajar sewaktu
pelajaran.

Disediakan oleh : FATNIN FARAHIYAH BT MOHAMAD FADZIL

Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=06uQEYM-x0k&feature=youtu.be
Teori : Kecerdasan pelbagai
Subjek : Bahasa Melayu Tahun 1
Penerangan : Dalam video yang saya kongsikan, dapat dilihat guru tersebut menggunakan
pendekatan teori kecerdasan pelbagai iaitu muzik dan visual ruang dalam pengajaran beliau.
Hal ini dapat menarik minat murid dan mengalakkan murid terlibat secara aktif dalam pdpc.
Dalam pendekatan teori ini juga, guru tersebut dapat melihat potensi yang ada pada murid itu
sendiri. Hal ini dapat membantu guru untuk merancang pengajarannya dan membolehkan
guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran. Selain itu, guru dapat memahami potensi
yang ada pada murid sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai.

Disediakan oleh : Mohamad Aliff Bin Mohd Nordin

Pautan video :

Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=jJ8yG9rWiyM

SUBJEK : BAHASA MELAYU
TEORI : PEMEROLEHAN BAHASA MENTALIS

Berdasarkan tayangan video di atas teori pemerolehan bahasa digunakan oleh guru semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teori ini menekankan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu
pembelajaran bahasa diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid
berkenaan. Proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan dapat mengawal kadar
kemajuan pembelajaran murid yang secara berperingkat.

Selain itu teori ini menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid
berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan
kognitif mereka sendiri.

Teori ini juga menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid. Murid terlibat secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran dan menggunakan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru.
Oleh itu teori ini amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.
Disediakan oleh: MOHD RUZAIMI BIN BAKRI

Pautan video : https://youtu.be/3egKCC1yztQ
Teori ini melihat bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu
kebolehan istimewa manusia secara semula jadi. Bahasa dianggap sebagai
pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Selain
itu, teori ini juga mempertimbangkan peranan mental dalam membentuk
kepercayaan, perlakuan, ingatan, motivasi dan emosi
Disediakan oleh : Nor Atikah Binti Halimin @ Solehin

Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=mvsvdafwiP0
Pendekatan Reggio Emilia
Subjek :Bahasa Malayu.

Penerangan : Menggalakkan murid terlibat aktif dalam topik pembelajaran dan
menerokainya.Guru juga segera bertanya soalan berulang kali supaya murid
dapat memberi respon.Verbal dan praktikal untuk murid menguasai dan
mengingati pembelajaran.
Disediakan oleh: Yunus Bin Zakaria

Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=8xUBUG5ZwVM

Teori kognitif dipelopori oleh Jean Piaget da Gestalt

SUBJEK: MATEMATIK

Guru harus fokus kepada proses pemikiran pelajar dan bukan hanya kepada hasil atau
produk akhir untuk memastikan pelajar telah mengalami proses berfikir yang betul. Galakkan
pelajar menghuraikan strategi pemikiran yang mereka gunakan untuk selesai masalah.

Piaget menggalakkan pelajar memainkan peranan penting dan melibatkan diri di dalam aktiviti
pembelajaran. Tindakan guru sebagai pemindah pengetahuan tidak digalakkan, sebaliknya
pelajar perlu meneroka dan mendapatkannya sendiri pengetahuan melalui interaksi dengan
persekitaran.

Piaget menentang idea menjadikan pemikiran kanak-kanak seperti orang dewasa. Jadi beliau
tidak bersetuju supaya perkembangan kognitif kanak-kanak dipercepatkan melalui kaedah
tertentu. Mereka berpegang teguh kepada pendapat bahawa pengajaran “premature” atau
pengajaran yang dipaksa kepada kanak-kanak yang belum sampai pada tahap kematangan
tertentu, akan sia-sia sebab kanak-kanak tersebut tidak akan bersedia untuk menerima ilmu
atau pengajaran dan kesannya lebih buruk dari tiada pembelajaran sebab kanak-kanak akan
menerima secara “superficial” formula cara berfikir orang dewasa dan bukan pemahaman
sebenar mengenai sesuatu perkara.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Bin Yusof

Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=WaEniT9ElmA
Teori Interaksionalis .

Teori ini dipelopori oleh Halliday. Teori ini menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak
melibatkan interaksi bahasa dan proses mental. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana
mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat.
Ketika kanak-kanak berinteraksi, mereka akan menguasai makna yang lebih tepat. Teori ini
lebih memberi penekanan dalam membina keyakinan berkomunikasi idea atau makna.
Melalui pendekatan komunikatif, murid mudah untuk berkomunikasi dalam masyarakat tanpa
sebarang masalah.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, penyampaian makna yang tepat
adalah penting untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh sebab itu,
makna dan tatabahasa diajar serentak. Murid juga harus didedahkan kepada situasi linguistik
untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam interaksi yang berkesan. Guru
perlulah mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik supaya
dapat memberi makna kepada murid. Dari aspek kesilapan yang dilakukan oleh murid, guru
tidak perlu membaiki kesilapan bahasa murid. Guru hanya menyedarkan murid sama ada
bentuk atau struktur yang mereka guna itu betul atau salah. Kemudian, guru meminta mereka
membetulkan sendiri. Guru juga boleh menggunakan teknik latih tubi yang bermakna secara
sedikit untuk mendedahkan struktur ayat.

Disediakan oleh : Muhammad Farid Bin Abdul Hamid

Pautan video : https://youtu.be/tChbmFBcYKg.
Teori : Behavioris

Penerangan:

Guru menggunakan peneguhan di dalam kelas dengan bertanya soalan kepada murid
Didapati murid ingin menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

Guru memberi peluang kepada semua murid dengan menyatakan pandangan dan pen-
dapat masing-masing kepada rakan. Teori behavioris jelas digunakan apabila murid
seakan sudah terbiasa dengan situasi ini dan berbincang dengan kawan-kawan dalam
suasana yang gembira dan yakin.

Teori ini dapat diaplikasikan oleh kita semua. Antara satu langkah yang akan saya ikuti
kelak di dalam kelas saya iaitu memberi peluang kepada murid-murid untuk meluahkan
idea dan pendapat sesama mereka. (Azlina)

Disediakan oleh: Azlina Bt Abdul Lateh


Click to View FlipBook Version