INFO KERJAYA 1
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Selamat Pagi murid-murid..
Hari ini Cikgu akan berkongsi tentang Info
Kerjaya untuk membantu murid-murid dalam
menentukan cita-cita di masa hadapan.
Caption Sebelum kita mula
Jom kita buat
sedikit aktiviti
minda..
Murid-murid dapat
cari objek yang
tersembunyi?
Tahniah! Sekiranya
anda berjaya
mencari
kesemuanya.
BIDANG PERUBATAN/ SAINS
Saya berminat dengan kerja-kerja
penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan
sains dan masyarakat
Jom tanya cikgu kerja apa yang
sesuai dengan minat awak?
Di antara kerjaya yang sesuai dengan minat
kamu ialah Doktor( Am/Bedah/Gigi/
Mata/Pakar). Selain itu, kamu boleh juga
menjadi Doktor Haiwan,
Jururawat,
Pembantu Makmal/ Pembantu Perubatan,
Ahli Farmasi,
Ahli Terapi,
Saintis,
Ahli Biologi/ Kimia,
Pakar Nuklear,
Ahli Geologi/ Geofizik
BIDANG SENI REKA DAN KREATIVITI
Saya pula berminat melukis, mereka
dan mencipta bahan-bahan seni dan
kreatif
Agak-agak apa kerjaya yang sesuai dengan
minat awak? Jom tanya cikgu.
Seandainya kamu minat bidang kreativiti,
kerjaya yang sesuai untuk kamu ialah
Pelukis,
Pelukis Grafik/ batik,
Pereka Fesyen/ Barang kemas/ Seramik
Pereka Bentuk Dalaman,
Jurugambar,
Juru Solek,
BIDANG PERKHIDMATAN
Cikgu, saya berminat
melakukan kerja-kerja
sosial atau melibatkan
orang ramai. Apa kerjaya
sesuai untuk saya Cikgu?
Minat kamu dalam melakukan kerja-kerja
sosial ya…
Kerjaya yang sesuai untuk kamu ialah
Pensyarah,
Guru,
Pustakawan,
Pegawai Perhubungan Awam,
Peguam/ pendakwaraya/ Hakim,
Polis,
Askar,
Kaunselor,
Tukang Masak .
BIDANG PENULISAN
Cikgu, saya paling suka
matapelajaran Bahasa Melayu
dan English. Saya juga berminat
dalam penulisan, sastera dan
seni. Saya lihat kecenderungan
saya dalam Bahasa. Apa
pendapat cikgu kerjaya yang
sesuai dengan minat saya?
Minat kamu dalam bidang penulisan ya…
Baiklah kerjaya yang sesuai untuk kamu
ialah
Wartawan,
Editor,
Jurubahasa,
Penterjemah ,
Penerbit Rancangan Radio/ Televisyen,
Pengacara Radio/ Televisyen,
Penulis Skrip,
Perunding Komunikasi,
Sampai sini dulu penjelasan cikgu tentang
Info Kerjaya. Besok kita sambung lagi ya
murid-murid.
Seandainya kamu ada soalan kamu boleh
hubungi Cikgu Syalwahty( 016-81-7105)
ataupun Cikgu Azizah (010-2580852)
Cikgu doakan kita semua sihat dan
Bersama-sama memutuskan rantaian
Covid 19 ni.
Jumpa Lagi!