The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-77169270, 2024-02-04 07:22:30

Bunga kertas (Bougainvillea)

Bunga kertas (Bougainvillea)

Bunga kertas (Bougainvillea) Rujukan: https://rootofscience.com/blog/2021/biologi/po kok-bunga-kertas-spesies-ciri-ciri-kegunaan/


Nama saintifik / info Pokok bunga kertas diberi nama tersebut kerana bunganya yang nipis dan seperti kertas. Nama saintifik tumbuhan ini ialah Bougainvillea spp. yang dinamakan sempena seorang Komander Laut Perancis iaitu Louis-Antoine de Bougainvillae. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Nyctaginaceae. Di Malaysia, terdapat tiga spesies utama iaitu B. spectabilis, B. glabra dan B. Mrs. Butt.


Ciri - Ciri Tumbuhan ini mempunyai bunga berwarna-warni yang cantik dan menjadi tumbuhan kegemaran sebagai tanaman hiasan. Bunga kertas mempunyai warna yang pelbagai iaitu warna merah, jingga, putih, merah jambu dan kuning. Tumbuhan ini tumbuh sebagai pokok renek dan mampu mencapai ketinggian sehingga 12.2 meter. Ia mempunyai daun berbentuk hati dan dahan berduri. Bunga lazimnya bersaiz kecil, licin dan nipis. Biji benih kebiasaannya bersaiz kecil dan berwarna perang hingga perang gelap. Selalunya, pekebun akan menggunakan batang atau dahan tetapi ada juga yang menanamnya melalui biji benih. Getah bunga kertas boleh mendatangkan ruam teruk pada kulit, sama dengan spesies-spesies genus Toxicodendron.


Khasiat Bunga Kertas Anti penuaan. Mengikut kajian oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), terdapat bahan antioksidan pada pokok bunga kertas. Antoksidan daripada tumbuhan adalah lebih selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding antioksidan sintetik. Ia membantu melambatkan proses penuaan dan kekal awet muda.


Khasiat Bunga Kertas Merawat luka Daun pokok bunga kertas boleh ditumbuk halus dan dilumatkan serta ditampal pada tempat luka. Ia membantu mengeringkan darah dan merawat luka. Luka besar ataupun kecil, jika tidak dirawat dengan segera boleh menyebabkan jangkitan kuman


Khasiat Bunga Kertas Penawar batuk Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang pernafasan. Air rebusan bunga kertas boleh direbus dan diminum. Ia dipercayai dapat melegakan batuk dan juga kahak.


Click to View FlipBook Version