Disediakan oleh Muhamad Syafik Bin Azmi, PTPS CATUR Bagan Datuk KERTAS KONSEP PERTANDINGAN CATUR MSSD BAGAN DATUK SESI 2024/2025 1.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN TAHUN SEBELUM Tidak akan diambil kira/diguna pakai pada pertandingan tahun semasa. Pemilihan peserta untuk mewakili Daerah Bagan Datuk akan dilakukan semula bagi tahun semasa. 2.0 MAKLUMAT MSSD, MSSPk & MSSM 1. MSSD: i. TARIKH: 07-08 Mei 2024 SR 13-14 Mei 2024 SM ii. TEMPAT: iii. BILANGAN PESERTA: Maksima 240 PESERTA SR (L&P) Maksima 240 PESERTA SM (L&P) *4 peserta SR bagi setiap kategori setiap Sekolah * 2. NEGERI: i. TARIKH: 12-14 JULAI 2024 ii. TEMPAT: KERIAN iii. BILANGAN PESERTA: 36 PESERTA SR&SM (L&P) *6 peserta bagisetiap kategori 3. KEBANGSAAN: i. TARIKH: 13-21 SEPTEMBER 2024 ii. TEMPAT: JOHOR iii. BILANGAN PESERTA: 36 PESERTA SR&SM (L&P) *6 peserta bagisetiap kategori
Disediakan oleh Muhamad Syafik Bin Azmi, PTPS CATUR Bagan Datuk 3.0 TARIKH PELAKSANAAN PERTANDINGAN PERINGKAT MSSD BAGAN DATUK. 3.1 Mesyuarat Pelarasan: 30April 2024 (Selasa, Jam 3:00 pm di SK Simpang Tiga) 3.2 Pertandingan: (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis). 3.3 Lokasi: DEWAN SMK TUN ABD RAZAK 3.4 Format pertandingan: 3.4.1 MSSD: 24-27 JULAI 2023 SR&SM 3.5 Jenis pertandingan: Rapid / Blitz 5 minit (play-off) * 3.5.1 MSSD: 6 Pusingan. 3.6 Tempoh masa pertandingan mengikut kategori: 1. RENDAH – Kawalan masa 30 minit (TBD) dan 45minit (MSSD) TIADA tambahan masa. 2. MENENGAH – Kawalan masa 45 minit TIADA tambahan masa. 3.7 Sumbangan pertandingan: RM13.00 per individu peserta. 3.8 Bilangan peserta mengikut kategori: Bil Kategori Individu Sekolah Jumlah TOTAL 3.7.1 Lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah 4 10 40 160 3.7.2 Perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah 4 10 40 3.7.3 Lelaki berumur 15 tahun dan ke bawah 4 10 40 3.7.4 Perempuan berumur 15 tahun dan ke bawah 4 10 40 3.7.5 Lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah 4 30 120 240 3.7.6 Perempuan berumur 12 tahun dan ke bawah 4 30 120 Jumlah 400
Disediakan oleh Muhamad Syafik Bin Azmi, PTPS CATUR Bagan Datuk 4.0 JADUAL PERTANDINGAN: 4.1 MSSD RENDAH: 07-08 Mei 2024 (RABU & KHAMIS) MENENGAH: 13-14 Mei 2024 (ISNIN & SELASA) HARI 1: HARI 2: 5.0 BORANG PENYERTAAN & PENDAFTARAN PESERTA. 5.1 Peringkat MSSD Bagan Datuk: Hanya borang R02(SR) atau M02(SM) (pendaftaran kumpulan) sahaja yang perlu dihantar. 5.2 Peringkat MSSPk(negeri): Peserta yang layak dan terpilih ke MSSPk sahaja perlu mengemukakan borang: 1. R01(SR) atau M01(SM) secara lengkap dan bergambar. 2. Salinan Sijil Lahir/KP yang telah disahkan oleh pengetua/GB/PK. 5.3 Borang pendaftaran peserta R02/M02 hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 7 Mei 2024 jam 4.00pm bagi setiap penyertaan SR & SM ke peringkat MSSD. Ini bertujuan untuk memudahkan Pegawai Teknikal melakukan semakan, mendaftarkan nama ke dalam sistem dan mengenalpasti keciciran peserta. MASA TEMPOH PERLAWANAN CATATAN 9.00 – 10.30am 90 minit Pusingan 1 10.30 – 11.00am 30 minit REHAT Data/’pairing’/persediaan 11.00 – 12.30pm 90 minit Pusingan 2 12.30 – 1.00pm 30 minit REHAT Data/’pairing’/persediaan 1.00 – 2.30pm 90 minit Pusingan 3 2.30pm BERSURAI MASA TEMPOH PERLAWANAN CATATAN 9.00 – 10.30am 90 minit Pusingan 4 10.30 – 11.00am 30 minit REHAT Data/’pairing’/persediaan 11.00 – 12.30pm 90 minit Pusingan 5 12.30-1.00pm 30 minit REHAT Data/’pairing’/persediaan 1.00 - 2.30pm 90 minit Pusingan 6 2.30pm PENYAMPAIAN HADIAH & BERSURAI
Disediakan oleh Muhamad Syafik Bin Azmi, PTPS CATUR Bagan Datuk 5.4 PERUBAHAN nama peserta yang TELAH DIDAFTARKAN ke dalam sistem TIDAK DIBENARKAN sama sekali SELEPAS DARI TARIKH dan MASA yang ditetapkan. 5.5 Kelewatan pendaftaran peserta adalah tidak dibenarkan. 5.6 Sekiranya terdapat sekolah tidak dapat menghantar peserta mengikut bilangan maksimum penyertaan yang dibenarkan pada tarikh dan masa yang dinyatakan, pihak penganjur berhak untuk membuka penyertaan kepada sekolah lain (SM sahaja) bagi memenuhi kapasiti maksimum penyertaan pertandingan setiap kategori Menengah (B15 tahun L,P & B18 tahun L,P). Pendaftaran peserta akan DITUTUP SEPENUHNYA selepas mencapai penyertaan maksimum atau pada 7 MEI 2024 jam 5.00pm, manamana yang lebih dahulu. 5.7 Segala perubahan atas sebab kekangan atau masalah yang timbul (jika ada),semua keputusan adalah tertakluk kepada Pegawai Teknikal secara munasabah berdasarkan situasi dan keadaan. 6.0 BANTAHAN. 6.1 Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan kepada ketua arbiter beserta BUKTI yang JELAS selagi mana/masa pusingan perlawanan masih berjalan dan semasa sesi persediaan selepas pusingan perlawanan semasa. Bantahan selepas habis/tamat bagi setiap sesi persediaanpusingan perlawanan semasa atau telah masuk ke pusingan berikutnya TIDAK AKAN DILAYAN. 6.2 Wang CAGARAN bantahan sebanyak RM300 akan dikenakan bagi setiap SATU (1) bantahan yang dibuat. ORGANISASI AJK BANTAHAN: Penasihat: PTPS Daerah. Pengerusi: Ketua Arbiter. Ahli: 1 Arbiter yang terlibat. 3 Juri Pengetua/Guru besar/Wakil jurulatih/guru yang terdiri daripada BUKAN Pengerusi Pengelola dan wakil/sekolah yang membuat bantahan.
Disediakan oleh Muhamad Syafik Bin Azmi, PTPS CATUR Bagan Datuk 7.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN CATUR MSSD BAGAN DATUK. 7.1 Pertandingan ini dilaksanakan berdasarkan kepada undang-undang Federation International Des Esches (FIDE), effect 1 st January 2018. 7.2 Pertandingan ini merupakan kejohanan secara individu dan ‘non-rated FIDE event’. 7.3 Hanya murid/pelajar yang SAH dan BERDAFTAR belajar di sekolah rendah atau sekolah menengah di dalam Daerah Bagan Datuk sahaja layak dan dibenarkan menyertai pertandingan ini. 7.4 Sistem Swiss akan digunakan dalam pertandingan ini. Sebanyak ENAM(6) pusingan akan dipertandingkan. 7.5 Pemasangan lawan(pairing) akan dibuat menggunakan Sistem Swiss. 7.6 Pemecah Seri (tie-breaks); 7.6.1 Personal Encounter/Direct Encounter 7.6.2 Sonneborne-Berger Tie-Breaks [19] 7.6.3 Buchholz Tie-Breaks(Variable with parameter 0, 0, N, Y, Y, N) [37]Mata MedianSolfkoff / Median-Buchholz 7.6.4 Mata progresif / kumulatif 7.6.5 Play-off (BLITZ 5 MINIT) 7.7 Keputusan (Standings) yang dikeluarkan oleh komputer adalah muktamad. 7.7.1 Menentukan Johan Keseluruhan. 7.7.2 Penentuan adalah berdasarkan kepada jumlah mata terkumpul bagisetiap individu. 7.8 Jika jumlah peserta berada dalam bilangan ganjil, seorang pemain akan diberi keputusan menanti(bye). Pemain dalam istilah menanti akan diberikan buah catur putih dengan erti kata lain menang tanpa bertanding bagi pusingan tersebut. Hanya peserta yang lemah sahaja akan diberi istilah menanti. Istilah pemain menanti ini hanya layak sekali sahaja bagi setiap pemain seperti yang telah ditentukan oleh sistem. 7.9 Peserta TIDAK DIBENARKAN sama sekali MENARIK DIRI TANPA SEBAB setelah bermain dalampusinganpertama(1). Peserta hendaklahmenghabiskan ENAM(6) pusingan seperti yang telah ditetapkan. Jika situasi ini berlaku, penalti sebanyak RM100 akan dikenakan ke atas sekolah peserta tersebut kerana telah melanggari peraturan tanpa alasan yang munasabah.
Disediakan oleh Muhamad Syafik Bin Azmi, PTPS CATUR Bagan Datuk 8.0 NOTASI PERGERAKAN BUAH: 8.1 Pemain WAJIB mencatat setiap pergerakan buah catur dalam borang markah/catatan notasi yang diberikan. Jika tiada notasi pergerakkan dibuat maka amaran/penalti dan hilang kelayakkan untuk membuat pengaduan/bantahan. 8.2 Pemain DILARANG KERAS menconteng atau sebarang tanda yang tidak berkaitan dengan notasi permainan catur. 8.3 Kedua- dua pemain WAJIB menurunkan TANDATANGAN setelah selesai pertandingan bagi kedua-dua kertas notasi disaksikan oleh ARBITER bertugas sebelum diserahkan kepada URUSETIA BERTUGAS. Setelah ARBITER bertugas menurunkan TANDATANGAN maka keputusan bagi pusingan tersebut adalah MUKTAMAD dan SAH. 9.0 UNDANG-UNDANG ‘TOUCH MOVE’. 9.1 TIDAK DIBENARKAN memegang SATU (1) buah catur dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. 9.2 Pemain yang telah menyentuh suatu buah dengan tujuan untuk menggerakkannya, maka buah itu WAJIB digerakkan, KECUALI ianya ILLEGAL MOVE (OPEN CHECK). AMARAN/PENALTI akan dikenakan. 9.3 Pemain yang telah menyentuh suatu buah, menggerakkannya ke suatu petak tetapi belum melepaskan pegangan/sentuhan ke atas buah tersebut, pemain tersebut mempunyai hak untuk mengubah ke petak lain yang sesuai dengan potensi buah. Sekiranya pegangan /sentuhan sudah dilepaskan daripada buah tersebut, maka pemain tersebut telah melakukan pergerakkannya (muktamad). Jika pemain tersebut memegang semula dan mengubah pergerakkan buah tersebut sebelum menekan jam, pemain tersebut akan dikenakan AMARAN/PENALTI manakala jika pemain lawan menggerakkan buahnya sebelum jam ditekan, maka AMARAN/PENALTI dikenakan kepada pemain lawan tersebut. 9.4 “Adjust” buah sendiri/lawan – perlu menyebut perkataan “Adjust” terlebih dahulu sebelum menyentuh buah sendiri/lawan. AMARAN/ PENALTI akan dikenakan jika pemain menyentuh buah terlebih dahulu/ semasa (secara serentak) sebelum menyebut perkataan “Adjust”. 9.5 Tindakan pihak lawan jika berlaku perkara 9(3) di atas; ➢ Angkat tangan tanpa bersuara. ➢ Buat aduan kepada Arbiter.
Disediakan oleh Muhamad Syafik Bin Azmi, PTPS CATUR Bagan Datuk 10. ‘PROMOTING THE PAWN’. 10.1 Buah catur ‘Pawn’ mestilah berada pada petak layak ‘promotion’. 10.2 ‘Promotion’ hendaklah dilakukan segera dengan menukarkan buah catur ‘Pawn’ dengan buah catur yang dikehendaki pemain. 10.3 Jam hanya boleh ditekan selepas ‘Promotion’ dilakukan. Jika ‘promotion’ dilakukan selepas menekan jam, AMARAN/PENALTI akan dikenakan. 11. SIKAP / “ATTITUDE”. 11.1 Pemain/peserta adalah diLARANG sama sekali membuat apa jua bentuk gangguan (bahasa,sentuhan, bunyian, isyarat dsb) kepada peserta lain. Jika keadaan ini berlaku, pemain/peserta tersebut akan dikenakan tindakan AMARAN/PENALTI. 11.2 Jurulatih/Guru pengiring/ibu bapa/penjaga/individu tidak berkaitan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali berada di dalam kawasan pertandingan semasa pertandingan dijalankan walau apa pun bentuk tujuan. Sekiranya ini berlaku, AMARAN/PENALTI akan dikenakan kepada SEMUA peserta/ murid/pelajar yang mewakili sekolah tersebut. 11.3 Jurulatih/Guru pengiring/ibu bapa/penjaga/individu tidak berkaitan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali memberi idea/hint/isyarat/gambaran atau apa jua bentuk bantuan yang boleh menjejaskan mutu permainan peserta lawan semasa pertandingan dijalankan walaupun berada diluar kawasan pertandingan. Sekiranya ini berlaku, AMARAN/PENALTI akan dikenakan kepada peserta/murid/pelajar yang mewakili sekolah tersebut. 12. LAIN-LAIN PERKARA. 12.1 Aspek teknikal permainan contoh menang masa,situasiseri (stalemate) dan lain-lain yang berkaitan dengan permainan – rujuk undang-undang FIDE LAWS OF CHESS, effect 1st January 2018. 12.2 Ketua arbiter mempunyai kuasa MUTLAK untuk membatalkan/ mengeluarkan arahan ulang semula permainan atau apa-apa jua tindakan dan keputusan yang difikirkan wajar dan perlu semasa pertandingan berlangsung bagi menjamin keharmonian, keselesaan dan kelancaran semasa pertandingan dijalankan. 12.3 PERATURAN SEMASA BERMAIN. 12.3.1 Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian seragam atau identiti pasukan masing masing. Sekiranya tidak ada pakaian seragam atau identiti pasukan, maka baju/baju-T berkolar hendaklah digunakan. 12.3.2 Setiap pemain hendaklah memakai seluar panjang dan memakai kasut. Seluar pendek , seluar jeans dan selipar adalah dilarang. 12.3.3 Setiap pemain perempuan yang tidak memakai pakaian seragam daerah atau identiti pasukan dikehendaki memakai pakaian yang sopan.
Disediakan oleh Muhamad Syafik Bin Azmi, PTPS CATUR Bagan Datuk 12.3.4 Setiap pemain dilarang membawa atau mengguna peralatan yang boleh mengganggu seperti alatan elektronik, cermin mata hitam, topi, jam tangan dan sebagainya. 12.3.5 Setiap pemain dilarang membawa atau mengguna telefon bimbit / telefon mudah alih atau sebahagian daripada komponen alat tersebut. Pemain yang didapati membawa atau mengguna alatan ini akan dikenakan penalti dan dikira kalah dalam pusingan tersebut. Pemain berkenaan juga, boleh dihalang bermain dalam pusingan-pusingan berikutnya. 12.3.6 Pemakaian topeng muka digalakkan. Sekiranya diminta oleh arbiter bertugas bagi tujuan mengenalpasti identiti peserta, topeng muka tersebut boleh dibuka. 12.4 DEWAN PERMAINAN 12.4.1 Dewan Pertandingan Sebuah dewan yang besar dan selesa, yang boleh menempatkan kesemua pemain dan pegawai hendaklah disediakan untuk pertandingan. 12.4.1 Sempadan Kawasan Permainan Sempadan kawasan bermain di dalam dewan perlu dipagar dengan tali keselamatan dan beberapa papan notis tentang kawasan larangan ini hendaklah dipamerkan di sekeliling kawasan permainan. 12.4.2 Meja dan Kerusi Meja yang sesuai saiznya perlu disediakan. Meja ini hendaklah boleh menempatkan papan catur, jam catur, label meja/papan catur, label nama pemain, bendera pasukan daerah dan perlu ada ruang untuk pemain menulis/merekod pergerakan permainan caturnya. Kerusi yang selesa perlu disediakan memandangkan tempoh bermain yang sangat panjang. Meja pemain hendaklah disusun mengikut kategori, dengan sebelah dewan diperuntukkan untuk kategori lelaki dan sebelah lagi untuk kategori perempuan. 12.4.3 Meja Pengurusan Pegawai Pertandingan Meja yang secukupnya perlu disedia dan disusun di bahagian hadapan dewan. 12.4.4 Pembesar Suara Pembesar suara perlu disediakan dan berfungsi sepanjang masa. 12.5 ALATAN 12.5.1 Buah Catur Buah catur standard yang digunakan ialah dengan saiz ukuran tinggi raja (king) di antara 8.5 cm – 10.5 cm. 12.5.2 Papan Catur Papan catur standard yang digunakan ialah dengan saiz sisi bagi setiap petak sisi empat samanya berukuran 5.0 cm – 6.5 cm. 12.5.3 Jam catur digital berbendera yang menggunakan bateri hendaklah digunakan. Jam catur digital berkenaan perlulah mempunyai ”time increment” dan berfungsi dengan baik. Sila pastikan ”Time increment” berfungsi selepas pergerakan pemain berkenaan dan bukan selepas pergerakan pemain lawan.
Disediakan oleh Muhamad Syafik Bin Azmi, PTPS CATUR Bagan Datuk 12.6 MENARIK DIRI - Rujuk Peraturan 11, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 12.7 BANTAHAN - Rujuk Peraturan 12, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 12.8 JURI RAYUAN - Rujuk Peraturan 13, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 12.9 LEMBAGA TATATERTIB - Rujuk Peraturan 14, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 12.10 MAJLIS RASMI- Rujuk Peraturan 15, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 12.11 KESELAMATAN - Rujuk Peraturan 16, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 12.12 PENYALAHGUNAAN DADAH - Rujuk Peraturan 17, Peraturan Am Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia 12.13 KENYATAAN AKHBAR - Rujuk Peraturan 18, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 12.14 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA - Rujuk Peraturan 19, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia