The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-77169270, 2024-02-04 02:52:42

BUNGA MELUR

BUNGA MELUR

BUNGA MELUR RUJUKAN https://myjhanne.blogspot.com/2020/11/k hasiat-bunga-melur-jasmine.html


Info Bunga Melur • Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac • Berbau harum seperti bunga mawar dan kenanga. • Terdiri dari pelbagai jenis, namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu • duke of tuscany • maid of orlean • star jasmin


Khasiat Bunga Melur 1. Digunakan dalam industri wangian. Selain digunakan sebagai tanaman hiasan, bunga melur juga bunga yang mampu menghasilkan bauan yang sangat mengharumkan. Banyak industri wangian menggunakan bunga melur sebagai bahan untuk membuat perfume. 2. Meredakan stress Pernahkah anda mengalami stress yang begitu lama? Apakah yang mungkin anda lakukan sekiranya menghadapi situasi sedemikian? Percaya atau tidak bunga melur boleh membantu untuk mengurangkan stress. Teh yang memiliki aroma melur mampu memberikan ketenangan dan dapat merehatkan sistem saraf yang menegang akibat tekanan. Jadi bolehlah mula buat teh jasmin selepas ini.


Khasiat Bunga Melur 3.Membantu mengurangkan berat badan. Anda mempunyai masalah berat badan berlebihan? Sering menjadi bahan ketawa oleh kawan-kawan? Tahukah anda, banyak kajian yang membuktikan pengamalan meminum teh melur secara teratur mampu untuk mengurangkan masalah berat badan. Tetapi jangan lupa, bersenam dan jaga pemakanan juga penting untuk memastikan impian anda tercapai. 4. Merawat demam dan sakit kepala Tahukah anda bahawa bunga melati merupakan salah satu tumbuhan yang mampu merawat gejala demam dan sakit kepala. Untuk merawat sakit kepala, bunga melur perlu ditumbuk sehingga lumat dan ditampal pada kepala. Manakala untuk merawat demam, daun bunga melur diambil dan direbus. Air rebusannya disapukan pada tubuh pesakit. Bunga melur juga boleh diletakkan pada rambut supaya rambut berbau harum. Untuk demam dan sakit kepala boleh juga diambil segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk membasahkan dahi.


Khasiat Bunga Melur 5.Mengubati insomnia (sukar tidur) Pastinya anda akan berasa tertekan jika berlaku situasi sukar untuk tidur terutama pada waktu malam. Hal ini bukan sahaja dapat mengganggu kitaran hidup kita tetapi boleh juga mendatangkan penyakit. Untuk pengetahuan anda, akar pokok bunga melur mampu untuk mengubati gejala ini dengan cara meminum air rebusan akarnya. Hal ini terbukti apabila kaedah ini telah pun digunakan sejak zaman dahulu lagi. 6. Menambah air susu ibu Daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.


Khasiat Bunga Melur 7. Merawat sakit mata ( mata merah ) Segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal pada dahi. Setelah kering , tampal yang lain pula. Ulang hingga berasa sedikit lega (sembuh) . 8. Merawat bengkak gigitan serangga Untuk mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu. 9. Melegakan sesak nafas 20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.


Click to View FlipBook Version