The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-77169270, 2024-04-23 01:22:42

KERTAS KERJA CATUR MSSD BD 2024

KERTAS KERJA CATUR MSSD BD 2024

Kertas Kerja Pertandingan Catur MSSD Bagan Datuk 2024


1. SINOPSIS. Pertandingan permainan catur adalah satu program yang dilaksanakan oleh pihak pengelola Catur MSSD Bagan Datuk bertujuan untuk memilih murid dalam permainan catur ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, pertandingan ini juga menjadi sebagai satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha memantapkan jati diri, sahsiah dan disiplin murid serta sebagai suatu usaha kesinambungan dengan kegiatan kokurikulum, sukan dan permainan secara formal di pelbagai peringkat secara berterusan. Diharapkan segala aktiviti yang dijalankan dapat memupuk minat serta memupuk sifat ingin tahu di kalangan murid-murid terhadap permainan catur khususnya dan memupuk semangat berdikari, bertanggungjawab ke atas diri, rakan dan persekitaran serta mengamalkan kehidupan yang sihat dalam aspek mental dan emosi di samping mensyukuri nikmat yang dikurniai tuhan. 2. BUTIR – BUTIR PROGRAM Peringkat: DAERAH Nama program: KEJOHANAN CATUR MSSD BAGAN DATUK TAHUN 2024 Tema: SUKAN UNTUK SEMUA Anjuran: SK SIMPANG TIGA Kumpulan Sasaran: 120 ORANG MURID LELAKI 120 ORANG MURID PEREMPUAN Tarikh: 13-16 Mei 2024 Hari: ISNIN-KHAMIS Masa: 8 PAGI – 5 PETANG Tempat: 3. RASIONAL Pembelajaran tidak hanya berlaku dalam bilik darjah. Justeru, pertandingan catur ini dirancang untuk memenuhi aspirasi pendidikan yang menuntut variasi dan kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran. Selain memilih peserta, pertandingan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran secara tidak langsung, dalam membentuk dan membantu memperkayakan pengetahuan murid. Pastinya, pertandingan ini akan dapat menarik minat murid dalam mengaplikasikan pembelajaran dalam bilik darjah dengan pengalaman sebenar yang dialami.


4. MATLAMAT 4.1 Pemilihan peserta mewakili Daerah ke peringkat Negeri. 4.2 Peningkatan semangat setiakawan, menguji daya ketahanan mental dan emosi melalui pengalaman bermain. 4.2 Pengukuhan ilmu pendidikan secara luar kelas yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bermain dikalangan rakan dan jurulatih. 4.3 Pengaplikasian teori secara praktikaliti. 4.4 Pembinaan keyakinan diri murid dan berfikir secara rasional apabila berhadapan melalui situasi permainan sebenar. 4.5 Peningkatan rasa syukur terhadap kurniaan tuhan melalui sikap yang tahu menghargai masa. 4.6 Peningkatan pengetahuan murid tentang permainan catur selaras dengan pembangunan sukan negara. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Memilih peserta ke pertandingan peringkat MSSD Bagan Datuk. 5.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. 5.3 Menanam sikap bertoleransi, kerjasama, tolong-menolong dan sentiasa bermuafakat dalam segala perkara dengan menjauhkan segala perasaan iri hati, mementingkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain. 5.5 Melahirkan pemain yang berwawasan dan tabah serta sentiasa peka secara proaktif dalam menghadapi cabaran.


6.0 KUMPULAN SASARAN KATEGORI BILANGAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH 58 SEKOLAH MENENGAH 12 PERKARA BILANGAN (max) LELAKI BAWAH 12 TAHUN 120 PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN 120 LELAKI BAWAH 15 TAHUN 60 PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN 60 LELAKI BAWAH 18 TAHUN 60 PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN 60 Jurulatih 40 Pembantu Jurulatih 40 JUMLAH KESELURUHAN MURID 480 JUMLAH KESELURUHAN JURULATIH/GURU PENGIRING 80 JUMLAH ARBITER/ URUSETIA 20 JUMLAH INDIVIDU TERLIBAT 580 7.0 JAWATANKUASA INDUK. LAMPIRAN 1 7.1 Jawatankuasa Pelaksana. LAMPIRAN 2 8.0 MAKAN DAN MINUM 8.1 Makanan & minuman Pengurus pasukan, jurulatih, guru pengiring dan peserta adalah tanggungjawab sekolah masing-masing.


9.0 SUMBER KEWANGAN / ANGGARAN PERBELANJAAN. PERUNTUKAN WANG SUMBANGAN PERTANDINGAN RM15 200 3000 PERBELANJAAN HARGA KUANTITI HARGA 1 Hadiah a) Pingat Sekolah Menengah (No. 1 – 6) 6 36 216.00 b) Pingat sek rendah (1 – 6) 2 Banner 100 1 100.00 3 Makanan 3.1 Pegawai (urusetia & arbiter, PTS) 7 30 x 4hari 840.00 3.2 Minuman (botol/cawan) 10 8 80.00 4 Peralatan 4.1 bateri jam catur 1 200 200.00 5 Pengurusan (Alatan Tulis) 5.1 Kertas A4 13.00 5 65.00 5.2 Ink Printer 100.00 2 200.00 5.3 Fail Poket 1.00 6 6.00 5.4 Clipboard 5.00 6 30.00 5.5 Pen hitam 1.00 14 14.00 5.6 Buku resit 4.00 1 4.00 5.7 Masking Tape 3.00 10 30.00 5.8 Tag Pegawai 2.00 25 50.00 6 Arbiter 30.00 15 420.00 7 Pembangunan sukan catur MSSD BD - Alatan, Latihan Pusat, makan dan minum peserta 745.00 8 Perbelanjaan ke MSSPK 0 JUMLAH 3000.00 9.0 Sumbangan RM 15.00 setiap individu sekolah rendah (SR) dan sekolah menengah (SM).


9.1 Pengesahan penyertaan hendaklah dibuat dengan hadir untuk pendaftaran dan pembayaran duit sumbangan yang akan dijalankan pada ketetapan berikut:- Tarikh : Masa : 8.30 am – 4.30 p.m Tempat : Pejabat SK Simpang Tiga 9.2 Bayaran hendaklah dibuat secara tunai sahaja. 9.3 Resit rasmi akan dikeluarkan setelah pembayaran dibuat. 10.0 PENDAFTARAN PESERTA 10.1 Setiap peserta yang didaftarkan hendaklah Warganegara Malaysia. 10.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. 10.3 Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar. 10.4 Borang penyertaan yang telah dilengkapkan beserta dengan salinan kad pengenalan/sijil lahir/Mykid dan disahkan hendaklah diserahkan pada hari pendaftaran. 10.5 Pendaftaran peserta hendaklah diisi ke dalam google form melalui link yang akan diberikan sebelum 7 Mei 2024 11.0 PENUTUP Adalah diharapkan semua ahli jawatankuasa dan pihak yang terlibat dalam Pertandingan Catur MSSD Bagan Datuk ini dapat memberi komitmen yang padu bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan objektif yang sebenar serta dapat menjaga nama baik sekolah. Program ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada kumpulan sasaran kerana ia dapat menyemai keyakinan dengan potensi diri dan bangga dengan kemajuan terutama dalam aspek kemenjadian murid melalui sukan catur. Kerjasama semua pihak dalam merealisasikan pertandingan pada tahun ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Disediakan Oleh: Disahkan oleh: ……………………………………… ………………………………… Disemak Oleh: …………………………………………………. Penyelaras


Click to View FlipBook Version