The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul ini digunakan sebagai rujukan kepada mentor untuk menjalankan usrah sumur/mentor mentee di peringkat kolej vokasional.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asma abdullah, 2024-06-27 02:49:11

BUKU SUMUR/MENTOR MENTEE KOLEJ VOKASIONAL TAIPING 2024

Modul ini digunakan sebagai rujukan kepada mentor untuk menjalankan usrah sumur/mentor mentee di peringkat kolej vokasional.

Keywords: sumur

MODUL USRAH SUMUR/MENTOR MENTEE Kolej Vokasional Taiping 2024


Isi Kandungan Garis Panduan Pelaksanaan Pengenalan Program SUMUR 1 2 Pengenalan Program MENTOR MENTEE 3 Jadual Pelaksanaan 4 Senarai Nama MENTOR 5 Senarai Aktiviti 6 Lampiran 7


Program Mentor Mentee adalah suatu program yang menggabungkan kerjasama di antara Jawatankuasa SUMUR dan Unit Psikologi dan Kerjaya. Ianya bertujuan mewujudkan satu proses interaksi antara pensyarah dan pelajar dalam membina potensi diri serta membentuk sahsiah pelajar. Tempoh Menjadi Mentor: 2 Tahun /kohort Waktu Pelaksanaan: 8:00 - 9:00 pagi Tempat: Lokasi yang bersesuaian Setelah selesai setiap kali perjumpaan, semua Mentor perlu meletakkan laporan perjumpaan di kotak bersebelahan perakam waktu.


PENGENALAN SUMUR ialah satu program bagi memberi pengetahuan dan membina kesedaran di samping untuk menilai amalan murid secara berterusan terhadap peningkatan akhlak (adab), kelakuan (etika dan tingkahlaku) serta sahsiah (keperibadian) murid melalui empat teras utama dalam pelaksanaan SUMUR iaitu Berbudi Bahasa, Jati Diri, Penampilan Diri dan Cara Hidup Beragama. SUMUR menyediakan satu aktiviti perbincangan dalam kumpulan antara murid iaitu aktiviti Usrah SUMUR menggunakan modul yang terangkum dalamnya kandungan bagi keempat-empat teras SUMUR. OBJEKTIF USRAH SUMUR 1.Berkenalan antara satu sama lain. 2.Saling nasihat menasihati antara satu sama lain. Sentiasa bertanya khabar berita, saling menziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin. 3. PENGISIAN USRAH SUMUR 1.Membentangkan permasalahan dan kesulitan. Digalakkan untuk bertukar-tukar pendapat berkaitan semua perkara dalam kehidupan seharian. 2. Digalakkan untuk mengadakan kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang bermutu. 3.


PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan pelajar melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara. KONSEP Membangun Sahsiah Diri Pelajar Melalui Budaya Amalan Penyayang. RASIONAL Setiap pelajar mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor. Pelajar masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.


OBJEKTIF Melalui program ini, pelajar diharapkan dapat; Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee 1. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain. 2. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka. 3.


BIL TARIKH PERJUMPAAN BIDANG AKTIVITI 1 26 APRIL 2024 UPK 2 24 MEI 2024 SUMUR 3 28 JUN 2024 UPK 4 26 JULAI 2024 SUMUR 5 23 OGOS 2024 UPK 6 11 OKTOBER 2024 SUMUR 7 15 NOVEMBER 2024 UPK


PROGRAM MENTOR BILANGAN MURID KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN SHAHNOM BIN SALIM NG HONG HEANG NORAZURA BINTI NAZRI 8 8 9 PENGURUSAN PERNIAGAAN ZUBAIDAH BINTI HUSSIN NOOR ASHIKIN BINTI MOHD HANIP MOHD NAZRIM BIN MUSTAFA 8 8 9 TEKNOLOGI ELEKTRIK NURUL AZIRA BINTI AZMAN MAHAMAD ZAKI BIN AHMAD MAZIAN BINTI MAT WAJAR ABDULLAH BIN JUNOH 7 7 8 8 TEKNOLOGI ELEKTRONIK AMRAN BIN HUSAIN NINI SYARINA BINTI ZAKARIA MUHAMMAD NOR AMLI BIN NASHRUDDIN FADZILAH BINTI ISHAK 7 7 8 8 TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI A.FATHULLAH BIN NADZRI MUHAMMAD ANIQ FARHAN BIN ISMAIL 'FARIDATUL MAISARA BINTI MOHAMMAD JAFRI LATIFAH BINTI MAT SAAD 7 7 8 8


PROGRAM MENTOR BILANGAN MURID TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA 'MUHAMMAD FAWWAZ BIN FAUZI AHMAD FOUZI BIN KHIRI ZURAIDA BINTI KAMARUDIN MOHD SHAHRUL BIN MD RAZALI 7 7 8 8 PENGURUSAN PERNIAGAAN MOHAMMAD HAZRUL BIN MD JORI JALIL BIN MOHAMED MUHAMMED HASLAN BIN MOHD KAMAL NOR HANIZA HAIDA BT ABDUL HADI 7 7 8 8 TEKNOLOGI KIMPALAN JOSEPH LEO A/L K.MUNUSAMY MUHAMMAD HILMI BIN YOP SHAHRIL ANUAR BIN ABD MANAP SHAHIRAH BINTI HASAN 7 7 8 8 TEKNOLOGI PEMBINAAN KHAIRUL AZMIN BIN ANANG DORRAH YATEEMAH BINTI ABDUL JALIL ZAIMAH BINTI ZAKARIA CLARE CHAN LIMEI 7 7 8 8


PROGRAM MENTOR BILANGAN MURID KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN NORHAYATI BINTI MOHD ZABIDI INTAN SURIANI BINTI SHAMSUDDIN SETE MARYAM BINTI ABDUL HALIM 7 7 6 PENGURUSAN PERNIAGAAN ROZIAH BINTI AWANG KECHIL AZYYATI BINTI AHMAD KASSIM NUR FARHANA BINTI MOHD ROOM 8 8 8 TEKNOLOGI ELEKTRIK EMY SHAFINAZ BINTI ALIM BADRUL SHAM BIN AHMAD AANI OMYNAZAF BIN MOHD NASIR MARZIRA BINTI IBRAHIM 7 7 8 8 TEKNOLOGI ELEKTRONIK ROHANA BINTI DOL JADI MAISARAH BINTI BAHARUDIN MULIYANI BINTI LACAWEDA WAN MOHD SYARIFUDDIN BIN WAN ISMAIL 7 7 7 7 TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI MAHIZAN BIN MANAS NUR FARHANA BINTI RASHIDI KADER MAIDEEN BIN ABDUL HAKKIM 8 8 8


PROGRAM MENTOR BILANGAN MURID TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA ZUHAIROH BINTI SUHAIMI ISMAIL BIN CHE YAHYA NORHUSNA BINTI MOHAMAD NOR HASMADI BIN HAMZAH 8 8 7 7 PENGURUSAN PERNIAGAAN MOHD IKHRAM BIN AMRAN NIK MOHD RAFIZA BIN NIK MUSTAPHA UMI HANI BINTI MOHD JIDIN ROSNIZA BINTI MOHD ARIFFIN 7 7 7 8 TEKNOLOGI KIMPALAN MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD DAYNURI MOHD HANAFI BIN A MANAF SHARIDA BINTI ADNAN FADZILAH BINTI PATHUDIN 7 7 8 8 TEKNOLOGI PEMBINAAN MOHD ZAINURI BIN OSMAN MUHAMMAD ZAIDI BIN MD YUSOF AHMAD ZAMRI BIN HAMID NOR HANI BINTI ISA 7 7 7 6


PROGRAM MENTOR BILANGAN MURID KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN MOHAMAD SHUKRI BIN ZAIZULDIN NORAZIAH BINTI WAHAB 8 9 PENGURUSAN PERNIAGAAN AHMAD RAFAIE BIN SALAHUDIN FATIN AMINAH BINTI ABDUL LATIF IKHWAN ZULHILMI BIN ABD RAHMAN FADILAH BINTI ARIFFIN 7 6 6 6 TEKNOLOGI ELEKTRIK KASIM BIN ABDUL RAHMAN YUSNIZA BINTI YUSOF NOR RASYIDAH BINTI OTHMAN WAN NURHIDAYAH BINTI WAN HASHIM 7 8 8 8 TEKNOLOGI ELEKTRONIK NORUL AMIN BIN HAMSAN SUHAIMI BIN SHAHAB MOHD REZAL BIN MOHD YUSOFF DHURAI A/L MANIAM 7 8 8 8 TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI ZARAH BINTI JAROT @ ABDUL MAJID ROSSIDI BIN MEHAT ROHAYA BINTI SULIMAN 8 8 9


PROGRAM MENTOR BILANGAN MURID TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA MUHAMMAD HAFIZ BIN SOAD ROSMAWATI BINTI AHMAD SUHAILA BINTI RASLAN 8 8 8 PENGURUSAN PERNIAGAAN MUHAMMAD RIDZA RIDZUAN BIN ROSLI SAZALI BIN MOHAMED ADENAN MUHAMMAD MULTAZAAM BIN ABD RAHIM SITI NURHAFIZA BINTI MUHAMMAD NAWI 6 7 7 7 TEKNOLOGI KIMPALAN ARBAIN BIN ABDULLAH MOHD NIZAM BIN RASIMAN MOHAMAD NASRI BIN HJ. MD. SAAD ASMA BINTI ABDULLAH 7 7 7 7 TEKNOLOGI PEMBINAAN NORAZYANI BINTI OMAR NURSIMAA BINTI BANUAR MOHD FAIZAL BIN MOHD SALLEH 7 7 8


PROGRAM MENTOR BILANGAN MURID KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN NORMIRA BINTI HJ IBRAHIM MIOR MOHD AZLAN BIN MOHAMED ZIN 8 8 PENGURUSAN PERNIAGAAN NOOR HAMIZAH BINTI JALALUDDIN NORIDAH BINTI HUSAIN AHMAD MUZAIMI BIN ABDUL BAKHTIAR 6 6 7 TEKNOLOGI ELEKTRIK ABD RAHIM BIN KASIM SITI SARA BINTI HAMZAH FATIN AMIRA BINTI ROSLI 6 6 7 TEKNOLOGI ELEKTRONIK KHAIRUNNISA BINTI MOHAMAD NOR ROS FADZILAH BINTI ABDUL HAYET MUHAMAD AZAM BIN MOHAMAD YUSSUF 6 7 7 TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI FAUZIAH BINTI MOHD SANIP SITI MASAYU BINTI ZULKURNAIN 7 7


PROGRAM MENTOR BILANGAN MURID TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA NURAMALINA AFIQAH BINTI ZAINAL AZIR MOHAMAD DHAMIRI BIN IBRAHIM 5 5 PENGURUSAN PERNIAGAAN REDZUAN BIN MOHAMAD DZAKERI MUHAMMAD ZULFADLI BIN AHMAD ZAHIDI 8 7 TEKNOLOGI KIMPALAN THENMOLY A/P RAMACHANTHIRAN AZMI BIN A. GHANI 8 7 TEKNOLOGI PEMBINAAN ZATI ISMA BINTI ZULKIFLI SAHARUDIN BIN ZAKARIA 8 7


Senarai Aktiviti AKTIVITI M/S PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 1 PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 2 PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 3 PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 4 PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 5 PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 6 PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 7 PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 8 AKTIVITI M/S PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 9 PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 10 PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 11 PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 12 PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 13 PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 14 PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 15 PENGHAYATAN HADIS AKTIVITI 16


MAKSUD HADIS Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan setiap orang mendapat apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, atau siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau kerana perempuan untuk dikahwini, maka hijrahnya mengikut apa yang diniatkan. PENGAJARAN DARIPADA HADIS Hadis ini memberi peringatan betapa pentingnya untuk membetulkan niat dan menyucikan diri dengan ikhlas kerana Allah dalam apa jua perbuatan. Ibadah tidak sah tanpa niat. Niat dapat membantu memberi fokus terhadap apa sahaja pekerjaan yang hendak dilakukan. Niat yang baik dan ikhlas akan menghasilkan sifat benar dalam amal perbuatan. ِإَلى اللِه َّن َما ِل ُك ِّل ا ْمِرىٍء َما َن َوى َف َم ْن َكاَن ْت ِه ْجَرُتُه َأل ْع َما ُل ِبالِّنَيا ِت، َوِإ َّن َما ا ِإ ٍة ِإَلى الله َو َر ُس ْوِلِه َو َم ْن َكاَن ْت ِه ْجَرُتُه ِل ُدْنَيا ُي ِص ْيُب َها َأ ْو ِا ْمَرَأ َو َر ُس ْوِلِه َف ِه ْجَرُتُه ِإَلى َما َها َجَر ِإَل ْيِه َي ْن ِك ُح َها َف ِه ْجَرُتُه No. Hadis : 1


Bidang Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. Tajuk Membina Hubungan. Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Mengenali dan memahami dengan lebih baik di antara satu sama lain. 2. Menerima individu dengan terbuka dan mewujudkan hubungan yang mesra dan jelekit dalam kelompok. Masa 30 minit Bahan Tiada Langkah Mentee diminta untuk melukis gambar ahli keluarganya dan bercerita tentang gambar secara ringkas kepada ahli kelompok dalam sesi perkenalan. 1. Mentor memperkenalkan diri diikuti oleh mentee dalam kelompok berdasarkan latarbelakang keluarga, tarikh lahir, minat, akademik dan nama panggilan mesra. 2. Mentor dan mentee menggunakan nama panggilan mesra yang sesuai dalam kelompok. 3. Falsafah Tak kenal maka tak cinta.


MAKSUD HADIS Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar bin al-Khattab r.a., beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Islam dibina di atas lima rukun; bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji di Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. PENGAJARAN DARIPADA HADIS Islam merupakan cara hidup sempurna yang menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Dalam rukun Islam terdapat hubungan antara manusia dengan Allah SWT iaitu mengucapkan dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Malahan ibadah zakat menunjukkan terdapat nilai hubungan sesama manusia melalui bantuan terhadap golongan yang berhak menerimanya. Setiap orang yang beriman mestilah patuh melaksanakan segala tuntutan rukun Islam bagi mendapat keredaan Allah SWT. Apa yang diyakini hendaklah dibuktikan dengan tindakan dalam bentuk ketaatan terhadap perintah Allah SWT dan ajaran Rasullah SAW. عن أبي عبدالرحمن عبدالله بن عمر بن الخطاب رضي الله عنهما قال: : ٍس سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ))بني اإلسالم على خم ًدا رسول الله، وإقام الصالة، وإيتاء الزكاة، شهادة أن ال إله إال الله وأن محم وحج البيت، وصوم رمضان((؛ رواه البخاري ومسل ٌم. No. Hadis : 3 (Rukun Islam)


Teras Berbudi Bahasa Kriteria Tolong-menolong Ciri-ciri Mengambil berat terhadap orang di sekeliling Aktiviti Sharing Is Caring, Caring Is Loving Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Menyatakan kepentingan bekerjasama dalam pasukan. 2. Menyenaraikan kesan buruk jika tidak bekerjasama dalam pasukan. 3. Menerangkan langkah-langkah mengukuhkan kerjasama secara konsisten. Masa 30 minit Bahan Tiada Langkah Mentor melukiskan lambang “love” lalu bertanya kepada mentee tentang pengertian cinta kepada mereka. 1. Mentor meminta maklum balas mentee tentang keutamaan dalam cinta. 2. Mentor menceritakan kisah teladan berkaitan perkara ini. 3. Mentor membuat rumusan pengajaran kisah teladan tersebut. 4. Refleksi 1.Tolong-menolong dalam perkara kebaikan.


MAKSUD HADIS Daripada Saiyidina Abu ‘Abdullah al-Nu’man bin Basyir r.a. beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas dan di antara kedua-duanya terdapat perkara yang syubhah (tidak jelas hukumnya), yangkebanyakan orang tidak mengetahuinya. Sesiapa yang berhati-hati terhadap perkara yang syubhah, maka dia telah memelihara agamanya dan maruahnya. Namun sesiapa yang terjebak dengan perkara yang syubhah maka dia terjerumus ke dalam perkara haram. (Keadaannya) seperti penggembala yang membawa binatang gembalaannya berhampiran kawasan larangan, lambat laun dikhuatiri dia akan memasukinya. Ketahuilah sesungguhnya setiap raja mempunyai kawasan larangan. Ketahuilah sesungguhnya kawasan larangan Allah ialah perkara yang diharamkan-Nya. Ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila ia baik maka seluruh jasad akan baik. Dan apabila ia rosak maka seluruh jasad akan rosak. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.” رسول ُت ٍر - رضي الله عنهما - قال: سمع عن أبي عبدالله النعمان بن بشي ُمشتبهات ال ، وبينهما أمور الحرام بِّي ٌن َّن ، وإ الحالل بِّي ٌن َّن الله صلى الله عليه وسلم يقول: إ بهات فقد استبرأ لدينه وعرضه، ُّش قى ال َّت من الناس، ف َمن ا ٌر َّن كثي يعلمه وشك ُي بهات وقع في الحرام، كالراعي يرعى حول الحمى، ُّش و َمن وقع في ال في َّن حمى الله محارمه، أال وإ َّن حمى، أال وإ ٍك لكل مل َّن أن يرتع فيه، أال وإ ُد كله، ُد كله، وإذا فسدت فسد الجس ُمضغة إذا صلحت صلح الجس الجسد أال وهي القلب. رواه البخاري ومسلم. No. Hadis : 6


PENGAJARAN DARIPADA HADIS Mengambil berat tentang perkara yang berkaitan halal, haram dan syubhah. Tidak peka terhadap perkara halal, haram dan syubhah akan memberi kesan negatif kepada kehidupan. Melakukan perkara haram dan syubhah akan menjejaskan kesucian hati.


Bidang Pembangunan Sahsiah Diri Murid. Tajuk Sekolah Yang Ku Cintai. Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Menanam rasa cintakan sekolah. 2. Meningkatkan kesedaran untuk mengamalkan budaya penyayang. Masa 30 minit Bahan Kertas A4, senikata lagu sekolah. Langkah Mentor meminta mentee untuk menyanyikan lagu sekolah. 1. Mentor menerangkan kepada mentee tentang keperluan dan kepentingan untuk mencintai sekolah. 2. Mentor dan mentee membincangkan cara-cara mudah untuk memberi sumbangan kepada sekolah; contohnya, menjaga kebersihan sekitar kawasan sekolah dan menjaga harta awam sekolah. 3. Mentor membuat rumusan berkaitan amalan budaya penyayang untuk mencintai sekolah. 4. Falsafah Di mana bumi pijak di situ langit dijunjung.


MAKSUD HADIS Daripada Saiyidina Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dari r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Agama itu nasihat (tulus dan setia menunaikan tanggungjawab).” Kami bertanya, “Kepada siapa?” Baginda SAW bersabda, “Kepada Allah, kitab-Nya, rasulNya dan pemimpin kaum Muslimin serta kesemua orang Islam.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim. PENGAJARAN DARIPADA HADIS Memberi nasihat adalah tuntutan daripada Allah SWT. Mereka yang melaksanakannya akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Menjadikan al-Quran dan al-Sunah sebagai panduan dalam amalan harian. Kita perlu menzahirkan kasih sayang sesama insan melalui amalan saling menasihati. Masyarakat yang harmoni akan terbentuk apabila setiap individu berlapang dada menerima peringatan dan membaiki diri. َّن ِصي َحُة". ُق ْلَنا: ِل َم ْن؟ َقا َل: ُن ال َّنِب َّي صلى الله عليه وسلم َقا َل: "ال ِّدي ال َأ َّن ا ِر ِّي، َّد ال ٍم َع ْن َت ِمي وِلِه َوِل َأِئ َّمِة ا ْل ُم ْسِل ِمي َن َو َعا َّمِت ِه ْم "ِلَّلِه َوِل ِكَتاِبِه َوِلَر ُس No. Hadis : 7 (Nasihat)


Teras Berbudi Bahasa Kriteria Tolong-menolong Ciri-ciri Kebolehan Memahami dan Merasai Penderitaan Sebenar Orang Lain (Empati) Aktiviti Sehati Sejiwa Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Menyatakan penderitaan ialah satu ujian kepada manusia. 2. Menyenaraikan kepentingan sifat empati terhadap orang lain. Masa 30 minit Bahan Panadol/paracetamol/ubat yang pahit Langkah Mentor menunjukkan panadol kepada mentee lalu bertanya tentang pengalaman mereka memakan ubat yang pahit. 1. Mentor mengaitkan rasa pahit ubat yang menjadi penawar kepada sakit dengan pengalaman pahit dalam hidup yang menjadi pendorong kejayaan. 2. Mentor meminta beberapa orang mentee menceritakan pengalaman masing-masing. 3. mentor yang mendengar dibenarkan memberi pandangan. 4. mentor menilai dan membuat rumusan tentang reaksi daripada mentee. 5. Refleksi 1.Tolong-menolong dalam perkara kebaikan.


MAKSUD HADIS Daripada Saiyidina Abu Hurairah ‘Abdul Rahman bin Sakhr r.a. beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Apaapa sahaja yang aku larang kamu daripada melakukannya, maka jauhilah dan apa sahaja yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka tunaikanlah sedaya upaya kamu. Kerana sesungguhnya, perkara yang membinasakan umat yang terdahulu adalah banyak bertanya dan mempertikai para nabi mereka.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. PENGAJARAN DARIPADA HADIS Suruhan dalam agama merupakan peraturan yang menyusun kehidupan manusia menuju kejayaan. Larangan dalam agama bukanlah perkara yang menyekat kebebasan bahkan memberi kebaikan kepada manusia. Tidak mempertikaikan perkara yang telah ditetapkan dalam agama. Soalan yang dilontarkan hendaklah memberi manfaat dan maslahah buat individu demi kepentingan umum. رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ُت عن أبي هريرة عبدالرحمن بن صخر قال: سمع م، فإنما أهلك ُت ُتكم به فأتوا منه ما استطع ُتكم عنه فاجتنبوه، وما أمر ما نهي هم على أنبيائهم. رواه البخاري مسائلهم واختالُف ُة الذين من قبلكم كثر ومسلم. No. Hadis : 7 (Larangan Pertanyaan dan Pertikaian Melampau)


Bidang Pembangunan Sahsiah Diri Murid. Tajuk Kerohanian Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Membezakan pergaulan yang positif dan negatif. 2. Meningkatkan kesedaran untuk menjaga diri melalui adab pergaulan yang positif. Masa 30 minit Bahan Tiada Langkah Perbincangan berkaitan pergaulan yang positif dan negatif yang berlaku dalam masyarakat dan di persekitaran sekolah. 1. Mentee diminta berkongsi pandangan berkaitan kepentingan untuk menjaga adab pergaulan. 2. Perbincangan mentor dan mentee mengenai usaha dan peranan yang boleh dilakukan untuk pemantapan sahsiah diri dan warga sekolah. 3. Mentor membuat rumusan keseluruhan perbincangan. 4. Falsafah Dirimu amat berharga


MAKSUD HADIS Daripada Saiyidina Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abu Talib-cucunda Rasulullah SAW dan kesayangan baginda SAW, beliau berkata, aku menghafaz sabda Rasulullah SAW, “Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu dan ambillah perkara yang tidak meragukanmu.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan Imam al-Nasa’i. Imam al- Tirmizi berkata, “Hadis ini hasan sahih.” PENGAJARAN DARIPADA HADIS Hadis ini mengingatkan setiap individu mengenai keperluan membina kehidupan yang baik dengan menjauhi segala perkara yang meragukan diri. Sekiranya bertembung antara keyakinan dengan syak, maka seseorang seharusnya berpegang pada perkara yang diyakini olehnya. Meninggalkan sesuatu yang meragukan kerana ingin menjaga maruah diri dan kehormatan agama adalah sifat yang terpuji. عن أبي محمد الحسن بن علي بن أبي طالب - سبط رسول الله صلى الله عليه وسلم من رسول الله صلى الله عليه وسلم: دع ما يريبك وريحانته - رضي الله عنهما قال: حفظ ُت سائي، وقال الترمذي: حديث حسن َّن إلى ما ال يريبك. رواه الترمذي وال صحيح. No. Hadis : 11 (Meninggalkan Keraguan adalah Ciri Warak)


Teras Jati Diri Kriteria Berkeyakinan Ciri-ciri Berwawasan / Berpandangan Jauh Aktiviti Vision Board Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Menyatakan impian yang ingin mereka kecapi. 2. Menyatakan tiga tindakan yang perlu diambil untuk mencapai impian itu. Masa 30 minit Bahan Kertas dan Pen Langkah Mentor memberikan sehelai kertas kepada setiap mentee dan meminta mereka melipat kertas tersebut kepada tiga bahagian. 1. Mentor meminta mentee untuk menulis impian mereka pada setiap lipatan. 2. Mentee diminta berkongsi impian masingmasing. 3. Pada akhir aktiviti, mentor merumuskan bahawa setiap impian sepatutnya dibahagikan dalam tiga fasa kehidupan akan datang iaitu 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun supaya mentee dapat meletakkan sasaran impian yang mampu mereka capai. 4. Refleksi Setiap manusia mempunyai impian dan mesti diterjemahkan dalam tindakan.


MAKSUD HADIS Daripada Saiyidina Abu Hurairah r.a., beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Antara keindahan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan dirinya.” Hadis hasan. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan imam yang lain. PENGAJARAN DARIPADA HADIS Sentiasa muhasabah diri terhadap amalan harian. Seorang Muslim seharusnya mengutamakan dirinya dengan urusan diri sendiri dan tidak campur tangan dalam urusan orang lain melainkan yang dibenarkan oleh Islam. Seorang Muslim sentiasa mengisi ruang waktu dengan mempelajari ilmu dan kemahiran baharu yang memberi manfaat. ُل الَّلِه صلى الله عليه وسلم: ِم ْن ُح ْس ِن ِإ ْسَلاِم ا ْل َم ْر ِء َت ْر ُكُه َما َلا و ُهَر ْيَرَة َقا َل: َقا َل َر ُس َع ْن َأِبي ، وَقا َل: َح َس ٌن. َي ْعِنيِه. َر َواُه الِّت ْر ِم ِذ ُّي No. Hadis : 12 (Meninggalkan Perkara yang Tidak Berfaedah)


Bidang Peningkatan Disiplin Diri Murid. Tajuk Konsep Kendiri. Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Memahami diri dan membina keyakinan. 2. Meningkatkan kesedaran untuk membentuk imej diri yang positif. 3. Menghargai diri dan individu lain. Masa 30 minit Bahan Tiada Langkah Mentor meminta mentee menulis nama rakan, ciriciri positif dan kata-kata motivasi tentang ahli kelompok yang terdekat. 1. Mentee meletakkan kertas tersebut ke dalam bekas yang disediakan. 2. Mentor membuat cabutan mesej secara rawak untuk dikongsi dalam kelompok. 3. Mentor memberikan penghargaan dengan ucapan tahniah dan tepukan terima kasih kepada mentee kerana terlibat dalam aktiviti ini. 4. Falsafah Semoga hari ini lebih baik dari semalam.


MAKSUD HADIS Daripada Saiyidina Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. PENGAJARAN DARIPADA HADIS Orang beriman sentiasa menjaga lidah dan hak jiran serta tetamu. Apabila tidak mampu bercakap atau menulis dengan baik, diam adalah lebih baik. Mukmin yang baik sentiasa menjaga akhlak dan tingkah laku terhadap jiran dan tetamu. Memelihara hubungan sesama makhluk adalah sebahagian daripada ajaran Islam. ه روى أبو هريرة -رضي الله عنه- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- أَّن بالَّلِه ، و َمن كا َن ُي ْؤ ِم ُن بالَّلِه والَيو ِم اآل ِخِر َف ْلُي ْكِر ْم َض ْيَفُه قال: ) َمن كا َن ُي ْؤ ِم ُن بالَّلِه والَيو ِم اآل ِخِر َف ْلَيُق ْل َخ ْيًرا ، و َمن كا َن ُي ْؤ ِم ُن والَيو ِم اآل ِخِر َف ْلَي ِص ْل َر ِح َمُه أ ْو ِلَي ْص ُم ْت( No. Hadis : 15 (Berkata Baik Serta Menghormati Jiran dan Tetamu)


Teras Jati Diri Kriteria Tetap Pendirian Ciri-ciri Bertanggungjawab atas keputusan Aktiviti The Power of Love Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Bertanggunggjawab atas setiap keputusan yang dibuat. Masa 30 minit Bahan Kertas dan Pen Langkah Mentor meminta mentee menyenaraikan 5 orang yang paling disayangi. Contohnya ahli keluarga, kawan atau saudara-mara. 1. Seterusnya, mentee diminta memadamkan satu demi satu nama tersebut sehingga tinggal satu nama sahaja. 2. Mentor meminta mentee menerangkan sebab empat nama lain dipadamkan dan hanya satu nama yang dipilih. 3. Mentor membuat ulasan. Kadang-kala kita perlu membuat keputusan yang sukar dalam hidup. Namun, keputusan mesti dibuat dan setiap orang mesti bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat. 4. Refleksi Kita mestilah bijak dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab atas keputusan tersebut.


MAKSUD HADIS Daripada Saiyidina Abu Mas‘ud ‘Uqbah bin ‘Amr al-Ansari al-Badri r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya antara ungkapan yang diterima oleh manusia (turun temurun) daripada para Nabi yang terdahulu ialah: “Jika kamu sudah tiada sifat malu maka buatlah apa sahaja yang kamu mahu.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. PENGAJARAN DARIPADA HADIS Malu adalah sebahagian cabang iman dan salah satu sifat utama seorang mukmin. Sifat malu akan mendorong manusia melakukan kebaikan dan perisai daripada melakukan kejahatan. Meninggalkan apa yang diperintahkan Allah SWT atau melakukan apa yang dilarang-Nya adalah dikeji. Berfikir dahulu sebelum bercakap atau melakukan sesuatu agar tidak terjebak dalam perkara yang dilarang oleh agama. ا ُس ِم ْن َّن َّن ِم َّما أ ْد َر َك ال ُّي صلى الله عليه وسلم: إ ب َّن األْن َصا ِر ِّي َقا َل: َقا َل ال ٍد و َو َع ْن أبي م ْس ُع ُّي. ُّنُب َّوِة األوَلى: إ َذا َل ْم َت ْسَت ِح َفا ْصن ْع َما ِشْئ َت رواُه الُب َخار َكالِم ال No. Hadis : 20 (Keutamaan Sifat Malu)


Bidang Pendidikan Kerjaya Murid. Tajuk Kepentingan Kerjaya. Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Memperolehi maklumat yang tepat tentang kerjaya. 2. Pendedahan peluang kerjaya yang lebih luas. 3. Meningkatkan motivasi dan memahami bidang kerjaya yang akan dipilih. Masa 30 minit Bahan Tiada Langkah Mentor membuka perbincangan tentang kepentingan kerjaya dalam kehidupan. 1. Mentor menerangkan kepentingan untuk membuat pilihan yang tepat berkaitan kerjaya yang diminati. 2. Mentee mencatat dan mengambil maklumat yang diberikan oleh mentor. 3. Mentee berkongsi dengan ahli kelompok tentang beberapa jenis pekerjaan yang diketahui. 4. Falsafah Merancang untuk masa depan yang lebih baik.


MAKSUD HADIS Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Abdullah Jabir bin Abdullah alAnsari r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, beliau berkata: “Apa pandangan tuan sekiranya aku mengerjakan solat fardu, berpuasa pada bulan Ramadan, menghalalkan perkara yang halal serta mengharamkan perkara yang haram dan aku tidak melakukan lebih daripada itu, adakah aku akan masuk syurga?” Baginda SAW bersabda: “Ya.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim. PENGAJARAN DARIPADA HADIS Berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah terutama solat fardu dan puasa pada bulan Ramadan. Melaksanakan perkara yang halal dan meninggalkan perkara yang haram. Melakukan amalan yang harus seperti bersukan, berhibur dan hobi yang tidak mengabaikan kewajipan. Meyakini syariat Islam adalah yang terbaik. َألْن َصا ِر ِّي –َر ِض َي اللُه َع ْن ُه َما- َأ َّن َر ُج ًال َع ْن َأِب ْي َع ْب ِد اللِه َجاِبر ْب ِن َع ْب ِد اللِه ا و َل اللِه َأ َرَأ ْي َت ِإ َذا َصَّل ْي ُت و َل اللِه صلى الله عليه وسلم َفَقا َل: َيا َر ُس َسَأ َل َر ُس وَبا ِت، َو ُص ْم ُت َر َم َضا َن، َوَأ ْحَل ْل ُت ا ْل َح َال َل َو َحَّر ْم ُت ا ْل َحَرا َم، ال َّصَل َوا ِت ا ْل َم ْكُت َوَل ْم َأ ِز ْد َعَلى َذِل َك َش ْيًئا َأَأ ْد ُخ ُل اَل َجَّنَة؟ َقا َل: َن َع ْم، َقا َل: َواللِه َال َأ ِز ْي ُد َعَلى َذِل َك َش ْيًئا. رواه مسلم. ومعنى حرمت الحرام : اجتنبته. ومعنى أحللت الحالل : فعلته معتقدا حله No. Hadis : 22 (Syarat Asas Masuk Syurga)


Teras Jati Diri Kriteria Tetap Pendirian Ciri-ciri Sanggup Berkorban Aktiviti Apa Sahaja Untukmu Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Menyatakan kepentingan membantu antara satu sama lain. Masa 30 minit Bahan Apa yang ada pada mentee pada ketika itu. Langkah Mentor menyatakan situasi tentang seorang pelajar di sekolah yang menhidap penyakit kritikal dan memerlukan dana untuk membiayai perubatan di hospital. 1. Mentor meminta semua mentee meletakkan wang yang ada di hadapan mereka sebagai sumbangan. 2. mentor melahirkan rasa terharu dan berbesar hati atas kesudian dan keikhlasan mentee atas sumbangan dan menyatakan situasi tersebut hanya untuk menduga keikhlasan mentee. 3. sebelum usrah tamatm mentor meminta ahli mengambil semula wang masing-masing. 4. Refleksi Tolong-menolong amalan yang mulia.


Bidang Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. Tajuk Menghargai dan Dihargai. Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Menghargai dan meraikan individu lain. 2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara mentor dan mentee. Masa 30 minit Bahan Kertas A4 Langkah Mentee dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 1. Mentor menunjukkan hasil satu kad ucapan hari lahir yang dibuat sendiri dan ditujukan kepada ahli kelompok. 2. Mentee diminta untuk menghasilkan kad ucapan hari lahir yang kreatif kepada ahli dalam kelompok dan juga mentor. 3. Mentor membuat rumusan berkaitan amalan budaya penyayang untuk menyayangi rakan. 4. Falsafah Individu saling memerlukan di antara satu sama lain


Teras Penampilan Diri Kriteria Adab Sopan Ciri-ciri Menumpukan perhatian terhadap ajaran guru Aktiviti Perbincangan Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Menyenaraikan kesan positif sekiranya memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. 2. Menyenaraikan kesan negatif sekiranya tidak memberikan tumpuan terhadap pelajaran guru. Masa 30 minit Bahan Tiada Langkah Mentor membahagikan mentee kepada dua kumpulan. 1. Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan dan melakonkan situasi di dalam kelas yang menunjukkan pelajar memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. 2. mentor meminta Kumpulan A memberi komen terhadap lakonan Kumpulan B 3. 4.Ulasan dari mentor. Refleksi Kita hendaklah memberikan tumpuan semasa guru sedang mengajar kerana perbuatan tersebut merupakan salah satu adab terhadap guru.


Bidang Pembangunan Sahsiah Diri Murid. Tajuk Kepimpinan Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Mengetahui ciri pemimpin sejati. 2. Membina ciri kepimpinan pada diri. Masa 30 minit Bahan Lembaran tujuh ciri pemimpin yang baik. (Lampiran) Langkah Mentor mengedarkan nota tujuh ciri pemimpin yang baik. 1. 2.Mentor dan mentee membaca catatan. Mentor dan mentee berbincang tentang ciri pemimpin yang baik dan mengaitkannya dengan kepentingan seseorang memiliki ciri-ciri pemimpiny ang baik. 3. 4.Mentor merumuskan hasil perbincangan. Falsafah Setiap orang adalah pemimpin kepada diri sendiri.


1 Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar. 2 Beliau mesti bersedia menerima tanggung jawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin. 3 Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan. 4 Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran. 5 Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain. 6 Beliau melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan 7 Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya. 7 CIRI PEMIMPIN YANG BAIK Tun Dr Mahathir Mohamad


Teras Penampilan Diri Kriteria Adab Sopan Ciri-ciri Menyayangi yang lebih muda Aktiviti Hari Lahirku Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Menyebut dan mengingati tarikh lahir sekurangkurangnya tiga orang mentee. 2. Memberi gelaran terhadap ahli usrah mengikut turutan usia. Masa 30 minit Bahan Tiada Langkah Mentor meminta mentee menyatakan tarikh lahir masing-masing. 1. mentor menyusun kedudukan mentee tarikh lahir. 2. mentee bergerak dan menyusun turutan mengikut haribulan dan bulan dari Januari hingga Disember bermula dari kanan ke kiri. 3. mentor meminta mentee untuk menentukan panggilan seperti di dalam sebuah keluarga seperti along, angah, ucu dan lain-lain. 4. Refleksi Islam mementingkan persaudaraan bagaikan hubungan dalam sebuah keluarga yang bahagia.


Bidang Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. Tajuk Pengurusan Stres. Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Memahami maksud stres. 2. Mengenal pasti tanda-tanda stres. 3. Meningkatkan kemahiran mengurus stres. Masa 30 minit Bahan Tiada Langkah 1. Mentor bersoal jawab dengan mentee tentang stres. 2. Mentor menerangkan maksud stres. 3. Mentor meminta mentee memberikan tandatanda stres yang diketahui. 4. Mentor dan mentee membincangkan keburukan stres. 5. Mentor berkongsi langkah-langkah yang boleh dilakukan ketika mengalami stres: i. aturan pernafasan ketika stres ii. urutan bahu, iii. mendengar lagu iv. berzikir, v. membasuh muka 6. Mentor dan mentee mempraktikkan aktiviti aturan pernafasan dan urutan bahu. Falsafah Mencegah lebih baik daripada merawat.


Teras Penampilan Diri Kriteria Sikap positif dan proaktif Ciri-ciri Mengamalkan gaya hidup sihat Aktiviti Aku Sihat Objektif Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Menyenaraikan dua amalan gaya hidup sihat dalam aspek pemakanan dan aktiviti seharian. Masa 30 minit Bahan Tiada Langkah Mentor meminta setiap mentee membincangkan amalan gaya hidup sihat. 1. Mentor berbincang dengan mentee tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat. 2. 3.Mentor memberi ulasan. Refleksi Memiliki tubuh badan yang sihat menjamin kualiti ibadah.


Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri pelajar dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan pelajar, di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan pelajar.


Click to View FlipBook Version