The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN
KUMPULAN O

NORADILA AMIRAH BINTI SAPERI @ SAPRI (270615)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noradilaamirahh, 2022-05-24 10:31:26

MUSANG SI PENCURI

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN
KUMPULAN O

NORADILA AMIRAH BINTI SAPERI @ SAPRI (270615)

Keywords: BUKU CERITA KANAK-KANAK,MUSANG SI PENCURI

BUKU CERITA KANAK-KANAK Publications

MUSANG SI PENCURI

KARYA
DILA SAPERI

Pada zaman dahulu, terdapat sebuah perkampungan
rimba yang dikenali sebagai Rimba Borneo yang sangat
terpencil. Namun keindahan dan kemeriahannya
bagaikan tiada tandingan. Penduduknya sentiasa aman
dan saling tolong menolong walaupun terdiri daripada
berlainan jenis binatang.

Miko, si anak monyet merupakan anak haiwan yang sangat periang dan
suka bermain dengan rakannya. Ketika seronok bermain bersama
rakannya, teman Miko tak sengaja menolaknya ke tepi dan terkena
pasu milik Tom si ayam.

“Aduh....” jerit Miko kerana terjatuh dan terkena pasu. Dek kerana
perwatakannya yang periang dan nakal, Miko dan rakan-rakan sempat
ketawa dan akhirnya mengundang kemarahan si Tom setelah melihat
pasu kesayangannya jatuh dan retak.

“Bertuah punya budak....” marah Tom sambil mengambil
semula pasu yang jatuh. “Lihat apa yang telah kau buat pada
pasu kesayanganku...” sambil menunjukkan keretakan
pasunya. Kerana takut dengan amarah Tom, Miko dan rakan-
rakannya berlari meninggalkan Tom.

“Cis, dasar anak nakal... jangan sampai aku bertemu dengan
engkau lagi.. akan ku habiskan jugak kau pada waktu itu”
geram Tom. Maka, sejak dari itulah, Tom tidak lagi suka
dengan kanak-kanak dan mula memandang Miko sebagai
seorang anak yang nakal.

Kehidupan biasa Rimba Borneo ini sangatlah
aman sehingga munculnya seekor musang
dari seberang.
Setelah beberapa minit perjalanan. Belang
melihat Rimba Borneo. Belang memulakan
rancangan liciknya, mencuri makanan
penduduk bagi memenuhi isi perut dan
mencuri barangan berharga penduduk untuk
dijual.

Melihat roti-roti yang tersusun di sebuah kedai telah menaikkan
nafsu lapar si Belang untuk mencuri. Belang si musang dengan
gelojohnya mencuri 3 roti dengan sekelip mata.

“Aaah...” jerit burung nuri si penjual roti. “Ke manakah roti yang
telah ku bakar sebentar tadi?” bingung burung nuri. Kehilangan
roti jualan burung nuri menyebabkan kekecohan berlaku dan
menimbulkan banyak tanda tanya penduduk Rimba Borneo.

Keadaan suasana semakin tegang dan kacau-bilau apabila kes
kecurian dan kehilangan barang penduduk Rimba Borneo semakin
menjadi-jadi. Semua haiwan sangat ketakutan dan sentiasa
berwaspada sesama mereka.

“Barang kami telah banyak hilang dicuri”....
“Kami mahukan pencuri ini ditangkap segera”...

Bentak semua penduduk yang berkumpul di dataran rimba untuk
mendapatkan keadilan.

“Bertenang semua..Aku juga ingin tahu siapakah gerangan
yang menghuru-harakan rimba kita ini, kita perlukan penyelesaian
bukan berbalah dan berkata-kata sahaja” kata Tom dengan
lantangnya.

“Apa kata kita pasang perangkap di kawasan laluan keluar
rimba kita... dengan cara ini pencuri itu dapat didedahkan”
cadang Tom. “Adakah kalian bersetuju?, jika ya, pastinya esok
juga kita dapat lihat siapakah pencurinya.

Pada malam itu, Miko terjaga kerana perutnya terasa sangat
lapar. Miko mencari pisang berdekatan rumahnya, tidak jauh dari
kawasan perangkap yang dipasang. Setelah kekenyangan, Miko
berhasrat untuk pulang ke rumah namun tertarik dengan kelip-
kelip yang berterbangan di sekitar kawasan pokok pisang. Miko
lupa dan tidak sedar perangkap yang dipasang berdekatan
kawasan laluan keluar rimba, akhirnya jatuh dan terkurung di
dalam sangkar setelah mengejar kelip-kelip.

“Tolong...Ibu... Ayah” jerit Miko ketakutan. Malangnya
kerana larut malam, ibu ayah monyet telah pun tidur dan
langsung tidak mendengar teriakan anak mereka yang
terkurung di sangkar. Setelah puas menangis kerana buntu
mencari jalan keluar, Miko pun terlelap dalam keletihan....

Keesokan harinya, Miko yang bangkit dari tidur menyedari dia telah
dikelilingi ramai penduduk rimba yang menunjukkan reaksi terkejut.

Belum sempat Miko memberitahu perkara yang sebenar. Tom si ayam
menuduh Miko si pencuri.

“Hah... ternyata engkaulah pencurinya ya... Sudah ku agak budak
Miko ini nakal. Kamu lihatlah apa yang terjadi kepadaku, habis dibuatnya
pasuku retak”. Kata Tom si ayam.

“Ini bukan angkara Miko... Miko tak bersalah...” sahut Miko yang
cuba membela nasibnya.

“Bertenang semua... kemungkinan ini bukan salah Miko...kita tidak
boleh tuduh melulu” kata ayah Miko.

“Ahh... apa yang tidak salahnya... dia yang berada dalam sangkar itu”
bidas Tom.

Semua penduduk mengangguk setuju dengan kenyataan Tom
menyebabkan Miko semakin putus asa dan takut dengan apa yang
dihadapinya.

“Anakku memang seorang yang nakal dan periang, namun aku yakin
dia bukanlah seorang pencuri....” sokong ibu Miko bagi membela
nasib anaknya.

Dalam pada masa yang sama... Belang si musang yang kebetulan lalu
di semak terdengar pergaduhan penduduk rimba hanya tersenyum
yang berhasrat untuk kembali pada keesokannya.

“Beginilah... apa kata, berikan kami sekeluarga masa
untuk membuktikan anak kami tidak bersalah. Namun jika
ternyata tuduhan kalian benar... hukumlah dia
selayaknya” Kata ayah Miko kepada penduduk rimba

Petang itu juga, orang tua Miko mencari Si Kancil yang
pintar untuk meminta jalan penyelesaian.

“Wahai Si Kancil... bantulah anakku.. dia tidak sengaja
jatuh ke dalam sangkar ... Miko tidak bersalah... dia tidak
mencuri barang mereka” rayu ayah Miko.

“Kasihannya Miko, aku tahu dia memang anak baik...
baiklah, ayuh kumpulkan semua penduduk... akan ku
beritahu jalan penyelesaiannya” jawab Si Kancil.

Tolong kami Si Kancil

Setelah semua penduduk dikumpulkan... Si Kancil pun
menyuarakan pendapatnya.

“Wahai penduduk rimba, aku tahu kalian takut dan terkejut
dengan apa yang berlaku.. namun kita tidak boleh menuduh tanpa
melihat dengan jelas. Lagipun sangkar yang disediakan hanya
satu dan tiada langsung yang memerhati sangkar ini” Hujah Si
Kancil yang akhirnya dapat meyakinkan semua penduduk rimba
untuk mempercayainya.

“Aku cadangkan kita perbanyakkan sangkar di tempat yang
mudah dilalui oleh pencuri selain pintu keluar dan melantik
beberapa haiwan untuk memantau sangkar-sangkar ini” sambung
Si Kancil.

Sekembalinya Belang ke Rimba Borneo untuk mencuri
pada malam hari dia terlihat keluarga Miko dan beberapa
haiwan masih berjaga.
Belang yang risau rancangannya tidak berjaya pun
mengundurkan diri dan mengelak daripada sangkar yang
dipasang...
“Phew.. untung sahaja aku tidak terkena sangkar ini... jika
tidak nayalah aku...”

Phew.....

Ibu Miko yang melihat ada haiwan asing
bergerak di kawasan sangkar dari kejauhan
terus memberitahu ayah Miko.
Lantas ayah Miko pun berkata “Kalian, lihat..
aku rasa dialah pencurinya...” semua penjaga
dan ibu ayah Miko mengikuti Belang si musang
dari belakang..

Menyedari dirinya telah dikuti... Belang
pun berlari ke dalam hutan semak untuk
menyelamatkan dirinya yang akhirnya
menyebabkan dia terjatuh dalam gaung
kerana malam yang telah gelap.

Kejar
Dia !

Ahhhh!!!!



Tolonggggggg!!!!!

“Ahh...” teriak Belang si musang yang kesakitan.
Menyedari dirinya sudah tidak berdaya kerana kaki
dan tangannya cedera parah terus meminta
pertolongan untuk diselamatkan.
“Tolong aku.... aduhhhh.... kaki dan tangan ku
kesakitan... Tolongg... sesiapa yang berada di atas...
Miko….” rayu Belang.

Mendengar rayuan Belang yang dalam kesakitan
keluarga Monyet pun bersetuju untuk membantu
Belang namun dengan syarat.

“Aku dan keluargaku boleh membantumu... namun
kau harus berjanji untuk mengaku kesalahanmu
depan penduduk rimba.” Kata Miko si monyet.

Tanpa berfikir... Belang pun berkata “Aku janji aku
akan mengaku kesalahan ku dan menerima apa
balasan terhadapku”.

Keesokan harinya, setelah semua penduduk rimba berkumpul.. Musang
dengan penuh keberanian memohon ampun kepada semua warga rimba
dan berjanji akan memulangkan semula barangan mereka.

“Aku..... minta maaf kepada kalian kerana mencuri barang demi
kepentingan diriku... aku telah mendapat balasan di atas perbuatanku..
aku berjanji akan pulangkan semula barang yang telah ku curi dan
menerima hukuman untuk menebus kesalahanku.” Kata Belang dengan
penuh penyesalan.
Setelah barang yang dicuri dikembalikan semula kepada pemiliknya,
Belang si musang diarahkan keluar dan diharamkan untuk menjejakkan
kaki di Rimba Borneo.

“Miko...” panggil Tom si ayam.
“Aku ingin minta maaf kepada mu dan keluargamu kerana
membuat tuduhan melulu dan memalukan keluargamu”
sambung Tom si ayam.
“Tidak mengapa Tom, kami juga faham mengapa kau
bertindak melulu... kata ayah Miko”
Miko yang juga bersetuju dengan kata ayahnya hanya
mengangguk dan tersenyum kepada Tom.

Miko....

Setelah beberapa hari Belang si musang dihalau
keluar dan diharamkan masuk ke dalam Rimba
Borneo, keadaan rimba kembali harmoni seperti
sebelumnya. Akhirnya, semua penduduk Rimba
Borneo hidup bahagia... selamanya....

-TAMAT-

Ada Ubi Ada Batas, Ada Hari Boleh Balas

Dengan apa yang terjadi kepada
Belang si Musang dapat kita ambil

pengajaran bersama bahawa
apabila kita melakukan kejahatan
sudah tentu akan dibalas dengan

kejahatan dan begitu juga
sebaliknya....

MUSANG SI PENCURI

Buku cerita ini mengisahkan pengajaran tentang
kejahatan si musang yang telah menghuru-harakan
perkampungan Rimba Borneo. Pada suatu hari,
kedatangan Belang si musang di Rimba Borneo telah
menyebabkan penduduk semakin takut dan
berwaspada. Miko, si anak monyet yang memiliki
kehidupan amat menggembirakan, akhirnya bertukar
menjadi tragedi hitam buat dirinya sendiri.

Mari kita ikuti bagaimana perjuangan Miko sekeluarga
dan bagaimanakah kejahatan Belang ini terbongkar.

ABookPubication

Publications sJalan Mentari 29-17, Bangunan 1,

Tingkat 2, Kota Kinabalu, Sabah
Emel : [email protected]

A Book Publications AB_Publications


Click to View FlipBook Version