The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazhannadz04, 2023-05-01 20:51:24

Wahyu dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT

GROUP 2

Keywords: Wahyu

Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam|MPU 23052 KUMPULAN 2 Wahyu Dapat Mendekatkan Diri Kepada allah SWT


NAMA AHLI KUMPULAN 2 MUHAMMAD QAYYUM BIN RUSDI 02DKM22F1053 NAZHAN NADZIF BIN NAZMI 02DKM22F1015 WAN MUHAMMAD AIDIEL BIN WAN ASMAWI 02DKM22F1003 MUHAMMAD IKRAM BIN MUHAMMAD RAMZI 02DKM22F1060 MUHAMMAD AZIM FAHMI BIN ZAWAWI 02DKM22F1035


Pengenalan 01


Sains, teknologi dan kejuteraan merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT melalui al-Quran. Al-Quran ialah sumber intelektual dan spiritual islam yang agung. Kalam Allah SWT ini adalah asas bukan hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cabang ilmu pengetahuan. Al-Quran juga merupakan satu sumber utama dan inspirasi pandangan Muslim tentang kesepaduan sains dan pengetahuan intelektual.


Sumber 02 wahyu


Al-quran dan Hadis Antara tanda mukjizat dalam al-Quran ialah fenomena alam sama ada di bumi maupun di langit. Ia memberi pelbagai maklumat yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Segala tanda dan bukti menjelaskan segala ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran ternyata sangat bersesuaian dengan penemuan sains moden terkini sehingga ia menambahkan keyakinan akan kebenaran risalah dan mukjizat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Al-Quran bukanlah seperti sebuah buku fizik,matematik,kimia,biologi atau buku perubatan,tetapi semua ayat-ayat dalam Al-Quran boleh dikaitkan dengan bidang-bidang tersebut.Al-Quran juga menekankan bahawa alam semesta ini diciptakan untuk melayani kehendak manusia. Bagi mendalami serta mengkaji segala tanda kebesaran Allah Taala sama ada di langit atau dibumi, al-Quran telah menegaskan penggunaan akal digunakan secara optimum.Allah SWT telah mengajak manusia supaya berfikir dan mengkaji setiap ciptaan-Nya


Firman 1 Maksud: “Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata)Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan semuanya ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari siksa neraka.”


Firman 2 Maksud: “ Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.” (Al-Ghasiah : 17-20).


Pengertian 03


Pengertian Wahyu Menurut Islam Wahyu dari segi bahasa bermaksud apa –apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada orang pilihan – Nya .Wahyu merupakan hidayah dan ilmu secara rahsia dan tersembunyi dan bukan diperoleh melalui cara yang terang terangan. Dari aspek keilmuan islam ,wahyu bermaksud apaapa yang diturunkan kepada nabi dan rasulnya, melalui perantaraan Malaikat Jibrail a.s dalam bentuk bertulis atau tidak bertulis yang mengandungi syariah bagi menguruskan kehidupan manusia.


Dari Segi Bahasa Wahyu adalah apa- apa yang diturunkan oleh SWT kepada orang pilihan Nya dan ia merupakan hidayah dan ilmu secara rahsia dan tersembunyi bukan diperoleh melalui cara biasa. Turun dari tempat yang tinggi


Dari Segi Istilah Wahyu adalah apa- apa yang diturunkan kepada nabi dan rasul - Nya dalam bentuk yang bertulis atau tidak bertulis yang mengandungi syariat bagi menguruskan kehidpan manusia Penurunan dari Lut mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibrail mengambil masa lebih kurang 23 tahun


Firman Dalam surah AlNisa Maksud: "Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad) sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail , Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman dan jaga kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur" (Surah an-Nisa : 163)


Firman Dalam surah AlNahl Maksud: “Dan tidaklah kami mengutus Rasulrasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang orang lelaki ,yang kami wahyukan kepada mereka.Oleh itu,bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang –orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya. (surah al nahl 16;43


Peranan 04 Wahyu


Setiap sesuatu perkara yang wujud dan berlaku pasti ada tujuan dan peranannya, begitu juga sumber utama wahyu iaitu Al - Quran yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Peranan Al - Quran dalam kehidupan manusia adalah seperti menjelaskan akidah islam, menerangkan syariat islam, menghuraikan akhlak islam, menjadi panduan hidup dlama menguruskan dunia serta menegakkan keadilan


DEFINISI ALQURAN Kalam atau wahyu Allah SWT mengandungi mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW dan ditulis dalam mashaf, disampaikan secara mutawatir dan membacanya merupakan ibadat manusia dalam agama islam. Isi kandungan Al–Quran meliputi 6,666 ayat yang membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan kepercayaan atau akidah, asas dan bimbingan akhlak manusia, garis panduan bagi sesuatu hokum( individu, keluarga, masyarakat dan Negara ), asas susunan ekonomi, asas politik dan asas ilmu pengetahuan (Ab Aziz, 2008). Al–Quran merupakan sebuah kitab yang menjadi petunjuk, penjelasan, peringatan, nasihat dan rahmat serta lain-lain yang diturunkan oleh Allah SWT. Al-Quran mengandungi lebih 750 ayat yang menjelaskan tentang ilmu sains dan teknologi. Kitab ini turut membicarakan tentang alam tabi’i yang menjadi perkara asas dan utama dalam bidang sains dan falsafah . Al-Quran tidak menghalang manusia untuk berfikir dan berfalsafah, bahkan menggalakkan manusia melakukan kajian dan berteori mengenai hakikat sesuatu kejadian dalam alam ini


Keistimewaan AlQuran Mukjizat yang tidak mampu ditandingi oleh manusia Nas dalam al-quran adalah kalam Allah.Tidak ada kelemahan dan kecuaian Diturunkan dalam bahasa arab yang jelas dari sudut lafaz dan makna Diturukan secara mutawartir tanpa keraguan serta terjamin dipelihara oleh Allah SWT


Firman Allah SWT 01 02


Resources ● https://shorturl.at/qrHJP ● https://www.slideshare.net/normurnimohamad/wahyu-sebagai-sumber-sains-teknologidan ● http://ziuzikram.blogspot.com/2017/02/wahyu-sebagai-sumber-sains-teknologi.html ● http://respirokol.blogspot.com/2017/02/wahyu-sebagai-sumber-sains-teknologi.html ● WAHYU AGUNG (Al- fath Ar-Rabbani)


Click to View FlipBook Version