PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA MELAYU & HUBUNG KAIT DENGAN ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI BERDASARKAN BAHAN BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
BIODATA DIRI NAMA : SITI RASYIDAH AZWA BINTI MUIEN NO. ANGKA GILIRAN : 2022072440048 KUMPULAN : PISMP SEM 2 TAHUN 1 BMSK2 AMBILAN : JUN 2022 NAMA PENSYARAH : ENCIK DZULKIFLI BIN MOHD ASPAH
1. PENGENALAN ISI KANDUNGAN 2. PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA MELAYU 3. ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI 4. HUBUNGKAIT ANTARA PEMBENTUKAN KATA DENGAN ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI 5. PENUTUP
PENGENALAN : APA ITU MORFOLOGI ? Morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan ( Kamus Dewan Edisi Keempat). Menurut Nik Safiah Karim at.el. (1997) dalam bukunya Tatabahasa Dewan mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA MELAYU 1. PENGIMBUHAN 3. PENGGANDAAN 4. PENGAKRONIMAN 2. PEMAJMUKAN PROSES PEMBENTUKAN KATA Proses menerbitkan perkataan dengan mencantumkan satu atau lebih imbuhan kepada sesuatu bentuk dasar. Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Proses membentuk perkataan dengan mencantumkan bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan yang menghasilkan perkataan baharu.
Jenis Imbuhan 1. PENGIMBUHAN Penerangan Imbuhan awalan 1. 2. Imbuhan akhiran 2. Imbuhan sisipan 2. Imbuhan apitan Imbuhan yang hadir sebelum kata dasar. Contoh : berjalan, melawan, tersepak, pendakwah, dimakan Imbuhan yang hadir selepas kata dasar. Contoh : pakaian, cintai, tinggalkan Imbuhan yang hadir pada sebelum dan selepas kata dasar secara serentak. Contoh : membersihkan, disayangi, bertentangan Imbuhan yang diselit antara unsur-unsur kata dasar. Contoh : gemilang, telapak, sinambung
1. Kata Majmuk Umum Kata majmuk biasa : alat tulis, tengah hari, lapangan terbang, adat resam Kata majmuk gelaran : Perdana Menteri, Peguam Negara 2. Kata Majmuk Istilah Khusus Kata gandingan untuk istilahistilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Contoh : Telefon mudah alih, kertas kerja, teknologi maklumat 3. Kata Majmuk Kiasan Kata majmuk kiasan mempunyai maksud lain selain daripada maksud harafiahnya. Contoh : kaki bangku, masam muka, tebal muka, kaki ayam Kata Majmuk Mantap Sejumlah kata majmuk yang telah lazim dan perlu dieja sebagai satu patah perkataan yang tidak perlu dijarakkan. 2. PEMAJMUKAN
:: 3. PENGGANDAAN Penggandaan dapat dibahagikan kepada tiga jenis : 1.Penggandaan Penuh Proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu : a. Penggandaan penuh kata tunggal (kerusi-kerusi, budak-budak, pokok-pokok) b. Penggandaan penuh kata berimbuhan (penari-penari, persatuan-persatuan, amalanamalan) 2. Penggandaan Separa Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Terbahagi kepada dua iaitu : a. Penggandaan separa kata tunggal ( pohon = pepohon, tikus = tetikus, gelang= gegelang) b. Penggandaan separa kata berimbuhan (sepandai-pandai, jadi-jadian, kekuningkuningan) 3. Penggandaan Berentak Proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Terdapat tiga jenis kata ganda berentak a. Pengulangan vokal: sayur-mayur, kuih-muih b. Pengulangan konsonan : gunung-ganang, huru hara c. Bebas : ulang-alik,lintang-pukang, saudaramara
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. 1. Contoh : IPGM - Institut Pendidikan Guru Malaysia ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri 2. Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. Contoh : tadika - taman didikan kanak-kanak purata - pukul rata jentolak - jentera tolak kugiran - kumpulan gitar rancak pawagam- panggung wayang gambar 3. Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal atau suku kata itu menjadi kata nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh : Petronas - Petroleum Nasional Proton-Perusahaan Otomobil Nasional 4. PENGAKRONIMAN Kata akronim dapat ditulis menggunakan tiga cara, iaitu :
1. Aplikasi Facebook ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI 2. Aplikasi X 3. Aplikasi Whatsapp 4. Lirik Lagu 5. Papan Tanda
1. APLIKASI FACEBOOK
2. APLIKASI X
3. APLIKASI WHATSAPP
4. LIRIK LAGU https://youtu.be/1p1VMQ4h-gM?si=-tldoVzJ0ULMr1B2 Sampai Syurga - Faizal Tahir
Ku membenarkan jiwaku Untuk mencintaimu Ku persembahkan hidupku ‘tuk bersama kamu Dan diriku untuk kamu Belum pernah ku merasai begitu Semua itu telah berlalu Harapanku palsu Dan mungkin hari yang satu Terus ku tertunggu Di hatiku masih kamu Belum pernah ku ingin terus memburu Aku lemah tanpa kamu Ku inginmu dampingi ku Aku fahami aku bukan terbaik Untuk dirimu Namun aku tetap aku Yang terbaik untuk diriku Hanya satu Ku membiarkan hatiku Untuk merinduimu Ku menghamparkan sakitku Untuk tatapan kamu Bersamamu harapanku Hilang dalam terang yang membutakanku Aku lemah tanpa kamu Ku inginmu dampingi ku Aku fahami aku bukan terbaik Untuk dirimu Sampai syurga ku menunggu Sampai syurga ku cinta mu Hanya kamu Dan segala yang ku ada Ku berikan semua Untuk dirimu saja Ku mahu dirimu Bahagia untuk selamanya Biar sampai syurga Aku menunggu cintadarimu Agar ku sempurna Aku fahami aku bukan terbaik Untuk dirimu Namun aku tetap aku Yang terbaik tuk diriku Hanya satu
5. Papan Tanda
HUBUNGKAIT ANTARA PEMBENTUKAN KATA DENGAN ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI
1.Facebook Jenis kesalahan : Pemajmukan Perkataan : rumahtangga, tanggung jawab Pembetulan : rumah tangga, tanggungjawab Sebab : Perkataan yang merupakan kata majmuk mantap perlulah dieja tanpa dijarakkan dan begitu juga sebaliknya. Jenis kesalahan : Pengimbuhan Perkataan : Kebanyakkan Pembetulan : Kebanyakan Sebab : Tiada imbuhan apitan ke...kan dalam bahasa Melayu, yang ada hanyalah ke...an. Oleh itu, penambahan huruf k adalah tidak perlu.
:: Jenis kesalahan : Penggandaan Perkataan : semua pelajar-pelajar Pembetulan : semua pelajar / pelajar-pelajar Sebab : Perkataan semua sudah menunjukkan kata jamak, maka kata ganda tidak lagi perlu untuk digunakan. 2. Aplikasi X Jenis kesalahan : Pengimbuhan Perkataan : mengalakkan Pembetulan : menggalakkan Sebab : Imbuhan apitan yang sesuai bagi galak ialah meng...an. Oleh itu, huruf g pada kata dasar tidak perlu digugurkan
:: Jenis kesalahan : Pengimbuhan Perkataan : Kerosakkan Pembetulan : Kerosakan Sebab : Kata dasar bagi kerosakan ialah rosak dan imbuhan yang ditambah hanyalah ke..an. Namun, masih ramai yang mengalami kekeliruan dari segi ejaan. Jenis kesalahan : Penggandaan Perkataan : saling hormat-menghormati Pembetulan : saling menghormati/ hormatmenghormati Sebab : Selepas perkataan saling, perkataan tidak boleh digandakan. ( Kesalahan berbentuk lewah)
:: Jenis kesalahan : Penggandaan, pemajmukan Perkataan : sayur-sayur, lebuhraya Pembetulan : sayur-mayur, lebuh raya Sebab : Perkataan sayur perlu mengalami penggandaan berentak dan bukannya penggandaan penuh manakala lebuh raya perlu dijarakkan kerana tidak tersenarai dalam kata majmuk mantap Jenis kesalahan : Pengimbuhan, pemajmukan Perkataan : berjumpaan, tengahari, tanda tangan, kebanyakkan Pembetulan : perjumpaan, tengah hari, tandatangan, kebanyakan Sebab : Bagi perjumpaan dan kebanyakan, penggunaan imbuhan yangsesuai serta penguguran huruf selepas proses pengimbuhan terjadi perludititikberatkan. Perkataan tengah hari dan tandatangan pula sering menimbulkankekeliruan kerana masyarakat sering melihat penggunaan perkataanyang salah. 3. Aplikasi Whatsapp
:: Jenis kesalahan : Kesalahan imbuhan Perkataan : merasai Pembetulan : merasakan Sebab : penggunaan imbuhan men..i adalah kurang sesuai untuk menyampaikan maksud ayat. Sebaliknya perlulah menggunakan imbuhan men..kan yang membawa maksud kausatif atau menyebabkan sesuatu terjadi. Jenis kesalahan : Pengimbuhan Perkataan : cinta mu Pembetulan : cintakanmu Sebab : Perkataan cinta seharusnya mempunyai akhiran -kan bagi menyokog makna sebenar ayat tersebut 4. Lirik Lagu Ku membenarkan jiwaku Untuk mencintaimu Ku persembahkan hidupku ‘tuk bersama kamu Dan diriku untuk kamu Belum pernah ku merasai begitu Semua itu telah berlalu Harapanku palsu Dan mungkin hari yang satu Terus ku tertunggu Sampai syurga ku menunggu Sampai syurga ku cinta mu Hanya kamu Dan segala yang ku ada Ku berikan semua Untuk dirimu saja Ku mahu dirimu Bahagia untuk selamanya Biar sampai syurga
:: Jenis kesalahan : Kesalahan imbuhan Perkataan : Penjual gadis Pembetulan : Jurujual perempuan Sebab : Penggunaan imbuhan yang salah telah membawa makna yang berlainan. Jenis kesalahan : Pengimbuhan Perkataan : Dihadapan Pembetulan : Di hadapan Sebab : Pengunaan “di” adalah sebagai kata arah dan bukan digunakan sebagai 5. Papan Tanda
PENUTUP Kesimpulannya, terdapat banyak kesalahan bahasa yang sering terjadi dalam kehidupan seharian kita. Tidak kiralah dalam media sosial ataupun secara bersemuka. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu yang betul tanpa sebarang kesalahan perlulah dititikberatkan agar generasi akan datang tidak terikut-ikut dengan penggunaan yang salah kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai seorang bakal guru, kita perlulah menjadi contoh terbaik kepada bakal anak-anak murid pada masa akan datang.
SEKIAN, TERIMA KASIH.