PELANCONGAN GASTRONOMI
MUHAMMAD NIFAIL HAZIQ BIN MUHAMAD KHAIRI
MUHAMMAD ADIB ASYRAF BIN MOHD SAFARILADIRA
4 AR-RAZI
PUAN NORHAYATI BINTI ABU BAKAR
MAKSUD GASTRONOMI
Gastronomi adalah seni menyediakan makanan yang enak. Gastronomi terdiri dari sekumpulan
pengetahuan dan praktik yang berkaitan dengan seni kuliner, resepi, teknik, dan kaedah, serta evolusi
sejarah dan makna budaya.
Dalam pengertian ini, gastronomi juga merupakan disiplin yang mengkaji hubungan manusia dengan
makanannya, persekitaran semula jadi dari mana dia memperoleh sumber makanan dan cara dia
menggunakannya, serta aspek sosial dan budaya yang campur tangan dalam hubungan yang dibentuk
oleh setiap masyarakat dengan keahliannya.
Sebagai gastronomi, ia juga digelar sebagai cinta makanan yang baik dan restoran yang baik; makan
dengan menghargai dan merasai rasa, bau dan tekstur, mengalami hidangan eksotik dan menikmati
keseronokan selera pada amnya.
PELANCONGAN
GASTRONOMI DI
TERENGGANU
• Masakan di Negeri Terengganu kelihatan tidak begitu menonjol. Hanya yang
diperkatakan orang adalah keindahan pulau-pulau dan tasiknya. Pelancong
selalunya melangkaui destinasi-destinasi di daratan, hanya berminat kepada tarikan
pantai dan pulau. Namun mereka sebenarnya terlepas peluang merasai keenakan
masakan dan makanan tradisional di Negeri Terengganu ini.
• Kepelbagaian jenis masakan dan makanan tradisional yang boleh diperolehi dengan
mudah. Masakan Terengganu terkenal dengan bahan-bahan segar dari laut,
penggunaan rempah ratus yang pelbagai, rasa yang unik dan sudah semestinya
penggunaan santan kelapa.
• Antara contoh makanan yang menarik di Terengganu ialah:
NASI DAGANG
• Nasi Dagang adalah hidangan yang istimewa di
Terengganu.
• Masakan ini dimasak menggunakan campuran beras
biasa dan pulut dan campuran santan kelapa dan
rempah ratus. Ianya dimakan bersama kuah ikan
tongkol dan acar bercuka campuran potongan
mentimun, lobak dan lada hiris.
• Penyediaan yang ringkas tetapi memerlukan
kemahiran yang tinggi.
KETUPAT SOTONG
• Satu lagi makanan popular yang
terdapat di Negeri Terengganu.
• Sotong diisi dengan pulut berkuahkan santan
kelapa yang dicampurkan dengan ramuan
seperti hirisan halia, halba, bawang merah dan
sedikit garam dan gula secukup rasa.
• Biasanya disematkan dengan lidi untuk
mengelakkan isi pulutnya terkeluar.
• Walaupun kuah santan dicampur dengan
manisan gula melaka di daerah Besut, namun
di daerah lain masih mengekalkan rasa yang
asli.
LOMPAT TIKAM
• Nama lompat dan tikam tidak membawa apa-
apa kaitan dengan makanan pencuci mulut
kegemaran ramai ini.
• Tepung beras digunakan untuk menghasilkan
lapisan pertama dan kedua dengan ditambah
perasa daun pandan bagi memberi warna
kehijauan.
• Air manisan gula melaka ditambah
menghasilkan rasa lemak manis yang seimbang.
FAEDAH PELANCONGAN GASTRONOMI
• Menambah ilmu pengetahuan
• Menenangkan minda
• Menghindari perkara negative
• Menikmati keindahan alam
PENDAPAT:
Pada pendapat saya, makanan di Malaysia boleh digunakan dalam
pelancongan gastronomi dan mampu mengubah Malaysia kepada bandar
gastronomi untuk pelancong. Selain itu, kita berpeluang untuk mengenali
dengan lebih dekat akan keunikan setiap negeri dan menimbulkan rasa bangga
dan cinta akan negara.
HARAPAN KAMI:
Kami harap pada masa akan dating kami
dapat merantau bersama seluruh Malaysia
ini untuk menikmati keindahan dan
keunikan setiap negeri.
SEKIAN, ITU SAHAJA DARIPADA KAMI
TERIMA KASIH