The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bm-2445, 2021-08-25 01:53:03

PERANAN CALON GC DG44 RAJA MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN RAJA ROSLI, KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN PAHANG

DOKUMEN & GAMBAR SOKONGAN PERANAN CALON GC DG44 RMKRR

Keywords: GC,DG4,PERANAN,IMPAK,CALON

A. PERANAN CALON TERHADAP ANJAKAN 1 & 7 PPPM DAN MENINGKATKAN
PRESTASI AKADEMIK PELAJAR: MEMANFAATKAN TEKNOLOGI ICT DALAM PdP

Calon memanfaatkan aplikasi atas talian mylink.la untuk mewujudkan one stop centre akses kepada platform
pengajaran pensyarah seperti YouTube Channel, Google Classroom, WhatsApp Group, Google Site dan lain-lain.

https://mylink.la/sirraja_kmkph

Calon menggunakan platform Google Classroom untuk memberikan pelajar akses kepada bahan PdP seperti
nota, soalan tutorial, nota video dan tugasan. Google Classroom juga digunakan sebagai platform pertukaran

makluman antara rakan pensyarah.
https://classroom.google.com/c/Mzc0MjEzMzE0MTM4?cjc=nl7dx5e

Calon mempunyai saluran YouTube yang digunakan untuk perkongsian penerangan PdP, pemudahcara
program-program kolej, perkongsian ilmu bukan akademik dan perkongsian ilmu amalan pengajaran terbaik.

https://www.youtube.com/channel/UCLE-KwTm1AWnfnUGZZ7Ig_A

Calon menubuhkan WhatsApp Group kelas sebagai medium utama perhubungan komunikasi antara pelajar.
https://chat.whatsapp.com/KotT4cSGS5AKveUwdIMOVd

Calon memanfaatkan aplikasi Google Site: Engineering KMKPh untuk memudahkan akses bahan PdP kepada
pelajar. Nota bertulis, slides, soalan dan latihan, nota video, video rujukan tambahan dan sebagainya
diletakkan di sini. Google Site ini merupakan usaha sama antara pensyarah-pensyarah Kejuruteraan.
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/engkmkph

Calon memanfaatkan Telegram Bot: Ebot untuk memudahkan akses bahan PdP kepada pelajar. Nota bertulis,
slides, soalan dan latihan, nota video, video rujukan tambahan dan sebagainya diletakkan di sini. Telegram Bot

ini merupakan usaha sama antara pensyarah-pensyarah Kejuruteraan.
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/engkmkph

B. PERANAN CALON TERHADAP ANJAKAN 1: SUMBANGAN PROMOSI & PENERANGAN
HALATUJU PENDIDIKAN & KERJAYA

Calon merupakan salah seorang panel penceramah program Sembang Santai, Moh Ler Ke KMKPh
secara langsung melalui saluran YouTube KMKPH PdPTV pada 29 Jun 2021, 9.00 malam bertujuan
mempromosikan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh) kepada pelajar lepasan SPM dan

memberi penerangan kepada pelajar baharu berkenaan Program Matrikulasi

Calon memberi penerangan kepada seorang pelajar lepasan SPM dan keluarganya berkaitan Program
Matrikulasi semasa Karnival Pendidikan dan Kerjaya di IKBN Temerloh, Pahang pada 11 Mac 2016

Bergambar bersama murid-murid tingkatan 4 dan 5 daripada SMK Jengka Pusat (SMKJP) semasa sesi
ceramah motivasi dan taklimat halatuju pendidikan Program Matrikulasi pada tahun 2016. Program
ini juga merupakan salah satu daripada program dibawah Program Jalinan Sekolah Angkat KMKPh dan

SMKJP

Calon sering terlibat sebagai penceramah jemputan program motivasi di sekolah-sekolah sekitar
Daerah Maran seperti di SMKJP (2016), SMK Seri Jengka (2017), SK (LKTP) Jengka 7 (2017) dan lain-
lain. Disamping memberikan ceramah motivasi, calon turut mempromosikan Program Matrikulasi.

Program Motivasi di SK (LKTP) Jengka 7 tersebut merupakan anjuran pihak UiTM Pahang (Caw.
Jengka)

Calon sering terlibat sebagai AJK Karnival Pendidikan dan Kerjaya. Pada 3-4 Mac 2018, calon
ditugaskan sebagai Pegawai Pengiring ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara di UMP, Pahang.

Pada 31 Januari – 1 Februari 2020 calon ditugaskan sebagai pegawai penerangan Karnival
Pendidikan dan Kerjaya KMKPh

Calon juga mempromosikan Program Matrikulasi di media sosial Facebook peribadi. Post ini sehingga
kini (2021) Berjaya memperolehi 807 like, 848 share dan 175 comment. Terdapat ramai ibu bapa dan

murid yang menghubungi calon untuk mendapatkan makluman lanjut berkenaan matrikulasi
disebabkan post ini

C. PERANAN CALON TERHADAP ANJAKAN 3: MEMUPUK NILAI MELALUI
PENGLIBATAN KEGIATAN KOKURIKULUM PELAJAR

Calon merupakan jurulatih skuad badminton KMKPh sejak tahun 2017 sehingga 2019 bagi Karvival
Kokurikulum Kolej-Kolej Matrikulasi (KAKOM) peringkat kebangsaan

Gambar-gambar bersama skuad badminton KMKPh 2017, 2018 dan 2019 semasa sesi latihan dan sesi
perlawanan persahabatan dengan komuniti setempat. Pencapaian terbaik skuad ialah sehingga ke
peringkat suku akhir iaitu pada tahun 2017, perseorangan wanita dan 2019, perseorangan lelaki

Calon mengurus Pertandingan Catur Peringkat KMKPh dan mengurus skuad catur KMKPh ke peringkat
kebangsaan. Gambar menunjukkan sesi siaran langsung pertandingan catur peringkat KMKPh yang
diadakan pada 14 dan 15 Ogos 2021 dengan mengaplikasikan perisian OBS

Calon selaku felo (warden) Blok Ali menguruskan Program Rewang dan Jamuan Hari Raya bersama-
sama pelajar penghuni Blok Ali. Segalanya dilaksanakan oleh pelajar yang terdiri daripada berbilang
bangsa, kaum dan agama. Jamuan diadakan pada 30 Jun 2018 bersama 80 orang penghuni Blok Ali,

KMKPh

Antara aktiviti bulanan calon selaku Ketua Felo (Ketua Warden) ialah sesi tazkirah kepada para pelajar
bagi meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar. Gambar diambil semasa sesi perjumpaan pada 1

April 2021

Calon merupakan penasihat BADAR KMKPh dan juga Timb. Pengerusi Masjid At-Taqwa, KMKPh.
Pelbagai program dilaksanakan dengan kerjasama BADAR dan JPP seperti di dalam gambar di atas
Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat dan Program Berarak sempena Maulidur Rasul pada 20 November

2018

D. PERANAN CALON TERHADAP ANJAKAN 4: PENINGKATAN PROFESSIONALISME &
PEMBUDAYAAN KECEMERLANGAN DALAM KALANGAN RAKAN SETUGAS
D1. PLC CALON:

PLC Teacher’s Sharing Session Unit Kejuruteraan Awam: Alat Bantu Mengajar Model Rangka Rumah
Meningkatkan Pemahaman Pelajar Kejuruteraan Awam pada 1 April 2016 yang disampaikan oleh En. Abdul
Halim B. Abdul Hamid berkenaan amalan pengajaran terbaik bagi sesi PdP pensyarah terhadap subtopik 2.2

Structural Element. Alat bantu mengajar model rangka rumah telah diperkenalkan untuk memudahkan
pemahaman pelajar kepada komponen struktur dan fungsinya. Sesi PdP yang dijalankan pada 21 Mac 2016

PLC Lesson Study Unit: Kaedah Crossword Puzzle Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar Kejuruteraan
Awam pada 14 Disember 2016 – 4 Januari 2017 yang dilaksanakan oleh En. Abdul Halim B. Abdul Hamid, calon
dan En. Mazelan B. Mohd Arif. Bahan batu mengajar latihan Crossword Puzzle diperkenalkan kepada pelajar
bagi meningkatkan pemahaman dan ingatan pelajar terhadap teori dan fakta yang terdapat dalam subtopik 1.3

Response of Civil Engineering Project

PLC Teacher’s Sharing Session: Eksploitasi Perisian Beamguru Dalam Menganalisis Struktur Rasuk pada 5
Februari – 19 Februari 2020 yang dilaksanakan oleh calon, Wan Mohd Azlan Bin Wan Mohd Nowalid, Nur
Ashikin Binti Ahmad dan Nurul Nabila Binti Yusoff. Aplikasi atas talian BeamGuru diperkenalkan sebagai alat
bantu mengajar bagi membantu pelajar memahami dan menyelesaikan soalan-soalan dalam subtopik 2.7:
Structural Equilibrium yang melibatkan pembinaan Shear Force Diagram dan Bending Moment Diagram

D2. PERKONGSIAN AMALAN OLEH CALON:

Pada 15 Mac 2021 calon diminta oleh rakan pensyarah seunit untuk memberi latihan dalam Kursus
Kejuruteraan Awam kepada rakan seunit khususnya dalam bidang kejuruteraan berbeza. Mulai sesi
2018/2019, semua subjek kejuruteraan digabungkan menjadi subjek Asas Kejuruteraan. Hal ini menyebabkan
pensyarah bukan bidang kejuruteraan perlu menguasai dan mengajari pengetahuan dalam bidang
kejuruteraan yang lain. Calon telah membina modul kursus latihan bagi memudahkan rakan-rakan pensyarah

Calon gemar berkongsi pengalaman dan amalan pengajaran terbaik di media sosial peribadi, Facebook.
Gambar post di atas merupakan salah satu perkongsian calon melalui group Facebook, Kami Guru Malaysia

D3. INOVASI CALON:

Calon bersama-sama ahli kumpulan inovasi dengan menggunakan nama kumpulan dan inovasi iaitu OPTICZ 2.0
telah menyertai pertandingan inovasi ComPEx (Kebangsaan) 2019 di IPG Nilai, Negeri Sembilan pada 25-27 Jun

2019. OPTICZ 2.0 berjaya merangkul pingat emas dalam kategori inovasi PdP. OPTICZ 2.0 dapat membantu
murid SPM dan pelajar matrikulasi memahami kesan pembiasan cahaya melalui kanta cengkung dan cembung

dengan mudah dan interaktif

Penglibatan inovasi terkini (2021) calon iaitu satu bentuk gamifikasi bertajuk, RPG STRAD - Meningkatkan
Penguasaan Rekabentuk Struktur. RPG STRAD merupakan sebuah permainan digital yang boleh dimain oleh

pelajar bagi mengukuhkan penguasaan pelajar terhadap subtopik 3.2 Structural Element. STRAD berjaya
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap definisi struktur, jenis komponen struktur dan fungsinya

D4. KAJIAN TINDAKAN CALON:

Kajian Tindakan calon bertajuk, Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Soalan Momen Melalui
Implementasi Penilaian Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar J1P3. Kajian ini dijalankan bersama ahli
kumpulan iaitu Ts. Wan Mohd Azlan bin Wan Mohd Nowalid dan Puan Nurul Nabila binti Yusoff. Hasil tinjauan
awal dapat mengenal pasti tiga masalah utama pelajar dalam menjawab soalan momen iaitu pelajar tidak
menunjukkan arah putaran positif, keliru untuk menentukan positif dan negatif momen dan keliru untuk
menentukan jarak serenjang, d. Oleh itu, kaedah Penilaian Rakan Sebaya diperkenalkan bagi memastikan
pelajar dapat menjawab soalan momen mengikut standard pemarkahan yang betul. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar memberi respon yang sangat positif serta peningkatan dalam kemahiran pelajar
menjawab soalan momen. Calon berjaya memperolehi Anugerah Pembentang Terbaik R&D dalam Kolokium

R&D Peringkat KMKPh.

E. PERANAN CALON TERHADAP ANJAKAN 9: KERJASAMA CALON DENGAN ALUMNI,
KOMUNITI & SEKTOR SWASTA
E1. JALINAN ALUMNI:

Calon merupakan Alumni KMKPh bagi sesi 2010/2011. Kini, calon mengajar pula di KMKPh menjadikan calon
mudah bekerjasama dengan alumni. Calon selaku Penyelaras Alumni KMKPh lantikan dan KMKPh dan juga

merupakan Pengerusi Alumni KMKPh telah menubuhkan Facebook Group dan Telegram Group bagi
memudahkan urusan komunikasi kolej dan alumni. Antara program yang telah dijalankan seperti Sumbangan

Artikel Bergambar Alumni KMKPh pada 4-10 Jun 2021 dan Perkongsian Alumni KMKPh Sebagai Panel
Penceramah Program Moh Ler Ke KMKPh pada 29 Jun 2021

E2. JALINAN KOMUNITI:

Calon telah mengatur dengan ahli masyarakat Jengka 3 mengadakan perlawanan persahabatan antara skuad
badminton KMKPh 2017 dengan skuad Jengka 3 pada 26 Julai 2017 di Dewan Masyarakat Jengka 3 dan 19
Ogos 2017 di Dewan Ibnu Sina, KMKPh

E3. JALINAN INSTITUSI PENDIDIKAN:

Calon dilantik sebagai AJK Program Jalinan Sekolah Angkat SMK Jengka Pusat 2 (SMKJP2) - KMKPh. Antara
tugas calon ialah menyampaikan ceramah motivasi kepada calon SPM SMKJP2, membimbing fasilitator

daripada kalangan pelajar KMKPh membantu calon SPM SMKJP2 mengulangkaji subjek Lukisan Kejuruteraan
(LK) dan Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) dan selaku pegawai pengiring murid-murid tingkatan 4-5 SMKJP2

melawat kolej. Program sekolah angkat ini berlangsung sepanjang tahun 2019

Calon terlibat dengan dua program anjuran UiTM Pahang (Caw. Jengka) selaku penceramah jemputan Program
6As Motivational Camp, Be Genius, Be Glorious di SKJ7 pada 28 Februari 2017 dan selaku penceramah

jemputan Engineering Education Symposium On Conceive, Design, Implement & Operative (EESCDIO 2019)
oleh Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Pahang (Caw. Jengka) pada 8 Ogos 2019

E4. JALINAN SWASTA:

Calon selaku penyelaras Program A Day With Engineers dengan kerjasama dua orang jurutera berjaya iaitu Ir.
Mohd Kamal Haziq bin Kamaruzaman, MEP Design Manager, Lendlease Projects (M) Sdn. Bhd. dan Nurul Ain
binti Azizan, Lubricants Technology, Basestocks and Specialties Division, ExxonMobil Research & Engineering

pada 23 Februari 2019. Program ini bertujuan sebagai makluman laluan kerjaya sebagai jurutera kepada
pelajar KMKPh sesi 2018/2019

F. PERANAN CALON DALAM MENINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR
F1. ANUGERAH PENSYARAH TERBAIK BERKAITAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR:

Calon merupakan dua kali penerima anugerah Pensyarah Terbaik bagi bidang yang diajar. Anugerah Pensyarah
Terbaik Pengajian Kejuruteraan Awam sesi 2016/2017 dan Anugerah Pensyarah Terbaik Subjek Asas
Kejuruteraan sesi 2019/2020.

F2. PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR CALON:

Calon berjaya membantu semua pelajar dari tahun 2018-2020 lulus bagi bidang yang diajar. Calon juga berjaya
membantu pelajar dari tahun 2018-2020 mendapat keputusan yang amat cemerlang dengan IPPA tahun 2018,
879.16, tahun 2019 910.84 dan tahun 2020 948.22. Trend IPPA calon menunjukkan peningkatan dari tahun ke

tahun. Melalu Skor Purata Epp iaitu kaedah penilaian pensyarah yang dilakukan oleh pelajar yang diajar,
menunjukkan skor purata yang amat tinggi melebih purata minimum KMKPh iaitu 3.50. ePP calon
menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun

F2. PENGGUNAAN ICT DALAM PdP & PdPR

Calon mempunyai Saluran YouTube bernama Sir Raja (kini: Learn With Sir Raja). Antara penggunaan saluran ini
ialah setiap sesi pengajaran yang direkod akan dimuatnaik ke saluran ini untuk rujukan pelajar. Saluran ini juga
digunakan oleh calon bagi video-video pembelajaran seperti Tips Menjawab Soalan Peperiksaan dan contoh-

contoh menjawab soalan peperiksaan. Calon turut mewujudkan kandungan Sharing Session yang bertujuan
membuat perkongsian ilmu kepada pelajar berkenaan pengetahuan di luar bilik darjah

Calon mahir dalam penggunaan perisian OBS dan Loomie. Penggunaan dua perisian disamping Google Meet
meningkatkan lagi minat dan interaksi pelajar sewaktu PdP

Calon juga mahir menggunakan perisian ActivInspire bagi mengajar topik Manual Drawing. Pelajar dapat
melihat dengan jelas langkah demi langkah sesi pengajaran amali Manual Drawing

Calon menggunakan breakout rooms dalam sesi PdP bagi menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan
dan lebih berorientasikan pembelajaran berpusatkan pelajar

Calon menggunakan platform penilaian interaktif seperti Kahoot! Dan Quizizz dalam sesi PdP bagi
meningkatkan penglibatan dan interaksi pelajar

Calon merakam dan memuatnaik Program Tips Menjawab PSPM2 EB025 pada 23 April 2021 bagi membantu
pelajar membuat persediaan menghadapi PSPM2

F3. CALON SEBAGAI PEMBIMBING PELAJAR

Calon merupakan coach bagi Matrix Excellence Programme (MEPro) yang menjadi pembimbing kepada
sekumpulan kecil pelajar bagi membantu dan memastikan pelajar memperolehi kecemerlangan akademik dan

sahsiah diri

Gambar menunjukkan pelajar sesi 2020/2021 kelas diajar calon sedang membina soalan dan flash card. Ini
merupakan salah satu contoh calon amat menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran
mereka. Flash Card yang dibina ini akan digunakan sesame pelajar dalam sesi soal jawab. Calon membimbing
pelajar dalam membina soalan dan jawapan yang berkualiti, secara tidak langsung dapat meningkatkan

penguasaan pelajar terhadap topik yang dipelajari

F4. TESTIMONI PELAJAR

Pelajar mengucapkan terima kasih dan penghargaan sejurus mereka mendapat keputusan
yang cemerlang dalam PSPM I dan PSPM II

G. PERANAN CALON DALAM MENINGKATKAN TAHAP PROFESIONAL BIDANG
KEPAKARAN AKADEMIK

(PLC, Kajian Tindakat, Inovasi & Wacana Ilmu boleh merujuk kepada bahagian
penerangan Anjakan 4)

***

Calon dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020

Calon dianugerahkan Anugerah Pekerja Terbaik 2019

Calon dianugerahkan Anugerah Unit Cemerlang 2019

Calon terlibat dengan Bengkel Kerja Pemeriksaan Skrip Jawapan Peperiksaan Semester Program (PSPM II) Sesi
2020/2021, Subjek Asas Kejuruteraan II, 20 - 25 Mei 2021 sebagai pemeriksa

Calon dilantik sebagai penggubal bagi Ujian Kumulatif Program Matrikulasi (UKPM): Pelantikan Penggubal
Soalan Asas Kejuruteraan, 28 Okt 2020

Calon dilantik sebagai Ketua Bengkel Kejuruteraan Awam KMKPh, 22 Jan 2019

H. PERANAN CALON DALAM MENGGALAKKAN INOVASI DALAM KALANGAN PELAJAR

Calon sebagai pegawai pembimbing dan pengiring kumpulan PahangTech (KMKPH) menyertai pertandingan
UTM Bridge Challenge (Antarabangsa) pada 26 – 29 Mac 2017 di UTM Skudei, Johor. Pelajar menggunakan

kemahiran merekabentuk menggunakan AutoCAD dan membina prototaip

Calon sebagai pegawai pembimbing bagi Pertandingan Rekacipta iKMKPh pada 1-20 Mac 2018 yang berjaya
mendapat tempat pertama dan hasil inovasi telah dipamerkan di Galeri Sains, KMKPh sehingga kini. Pelajar

menggunakan kemahiran merekabentuk menggunakan AutoCAD dan membina prototaip

Calon sebagai Ketua Pengurus Pasukan bagi Pertandingan STEAM Challenge 2.0 (Kebangsaan) 2019 pada 5-7
September 2019 yang bertemakan Rak Kasut Serbaguna. Satu pasukan KMKPh berjaya mendapat pingat emas

bagi kategori prototaip


Click to View FlipBook Version