The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skspnilam, 2022-09-16 02:47:11

LAPORAN PROGRAM KPJ PERINGKAT DAERAH

LAPORAN PROGRAM KPJ PERINGKAT DAERAH

Keywords: KPJ

MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PINANG

LAPORAN PROGRAM

1 HARI BERSAMA KELAB
PENCEGAHAN JENAYAH PERINGKAT DAERAH

KUALA MUDA / YAN SESI 2022 / 2023

TARIKH PELAKSANAAN : 22 OGOS 2O22

1

LAPORAN PROGRAM
1 HARI BERSAMA KELAB PENCEGAHAN JENAYAH PERINGKAT DAERAH

KUALA MUDA / YAN

1.0 PENGENALAN
Program ‘ 1 Hari Bersama Kelab Pencegahan Jenayah ‘ ini adalah salah satu aktiviti
yang dianjurkan oleh 12 buah sekolah Daerah Kuala Muda Yan. Tujuan program ini
dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli untuk lebih mengenali dan
memahami objektif Kelab Pencegahan Jenayah yang diwujudkan di setiap sekolah di
Malaysia. Program ini melibatkan ahli Kelab Pencegahan Jenayah sekolah masing-
masing. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia yang ingin mewujudkan sekolah selamat dan di antara elemennya ialah Kelab
Pencegahan Jenayah.

2.0 RASIONAL
Program ‘ 1 Hari Bersama Kelab Pencegahan Jenayah ‘ ini diharapkan dapat memberi
pengalaman dan dorongan serta motivasi kepada murid untuk membina kecemerlangan
diri di samping mengasah bakat murid sebagai pemimpin yang berkebolehan pada masa
akan datang. Pertandingan ini juga dapat memberi peluang kepada ahli kelab
pencegahan jenayah untuk meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar mereka
menjadi lebih baik.

3.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan disiplin yang perlu
ada dalam diri setiap murid. Ia bertujuan untuk meningkatkan disiplin diri serta
mempamerkan sikap kerjasama dalam diri setiap murid. Pelbagai aktiviti disusun dalam
program ini agar sifat disiplin dalam diri murid dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi

2

dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga adalah sebagai persediaan
bagi menghadapi program peringkat negeri yang bakal diadakan kelak.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai
pengisian aktiviti yang diadakan.

4.2 Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.

4.3 Melatih para murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai diri dan persekitaran sekeliling.

4.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.

4.5 Memupuk semangat bekerjasama dan perpaduan antara sesama ahli.
Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Ahli Kelab Pencegahan Jenayah dari 12 buah sekolah.

6.0 SEKOLAH YANG TERLIBAT

BIL SEKOLAH
1 SK SERI PINANG
2 SK KEM LAPANGAN TERBANG
3 SK MERBOK PUSAT
4 SK TASEK APONG
5 SK SUNGAI LAYAR
6 SK HAJI OMAR TAHIR
7 SK TUAN SYED JAN AL - JAFFRI
8 SK SINGKIR
9 SK KHIR JOHARI
10 SK BATU HAMPAR
11 SK BANDAR LAGUNA MERBOK
12 SK KAMPONG PASIR

3

7.0 PERINCIAN PERTANDINGAN MEWARNA
7.1 KATEGORI MEWARNA

7.2 GAMBAR MEWARNA KATEGORI A

7.3 GAMBAR MEWARNA KATEGORI B
7.4 GAMBAR MEWARNA KATEGORI C

4

8.0 PERINCIAN PERTANDINGAN BUKU SKRAP
8.1 SKEMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BUKU SKRAP

BIL PERKARA KETERANGAN MARKAH

1 Pendaftaran Penyertaan terbuka kepada ahli KPJ tahun 4,5 dan 6. 10
10
2 Tajuk Aktiviti yang boleh dilakukan untuk mencegah jenayah 10

3 Tugasan Dalam bentuk buku skrap 10
10
4 Bilangan Helaian Maksimum 17 muka surat tidak termasuk ' cover '

Helaian (m/s 1) - logo KPJ (berwarna)

Helaian (m/s 2) - nama/kelas (biodata diri)

Helaian (m/s 3,4,5) - karangan umum / khusus

a) cerita

b) ucapan/syarahan

c) dialog

d) fakta

Helaian (m/s 6 hingga m/s 11) - Gambar Aktiviti Cegah Jenayah

poster/kempen/lukisan dan sebagainya

Helaian (m/s 12 hingga m/s 17) - Mengisi Lapang dengan aktiviti bermanfaat

gambar /karangan

5 Tarikh Akhir Hantar kepada guru penasihat kelab masing-masing selewatnya 20 Ogos 2022.

Buku skrap terbaik (Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga) akan diberi hadiah di

6 Hadiah Dewan Auditorium Galeri Paya Bakau MPSPK (Jeti Semeling).

9.0 PAMERAN
Antara agensi yang akan mengadakan pameran ialah :

5

JABATAN PERTAHANAN AWAM Pameran Buku Skrap
MALAYSIA 12 Buah Sekolah

10.0 TENTATIF PROGRAM

Tentatif Program 1 HARI BERSAMA KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

Masa Keterangan Tempat

7.30 pagi Pendaftaran peserta dan mengambil tempat di dewan Meja
Pendaftaran
8.00 pagi Pertandingan Mewarna
(ahli KPJ membawa peralatan mewarna sendiri yang dibenarkan Kawasan
9.00 pagi mengikut syarat yang telah ditetapkan untuk menduduki Terbuka Jeti
pertandingan tersebut. Peserta juga perlu membawa segala
10.00 pagi kelengkapan seperti meja lipat, surat khabar dsbnya yg bersesuaian) Semeling
11.00 pagi (mengadap
11.20 pagi PERTANDINGAN MEWARNA AKAN DIJALANKAN TEPAT PADA PUKUL
11.40 pagi 8.00 PAGI HINGGGA 9.00 PAGI. PERTANDINGAN AKAN BERAKHIR sungai)
12.10 t/hari TEPAT JAM 9.00 PAGI. PIHAK URUS SETIA TIDAK AKAN
BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KELEWATAN PESERTA (rehat-di
MENYERTAI PERTANDINGAN TERSEBUT. ruangan yang
REHAT / PAMERAN
Guru pengiring diminta sentiasa berada bersama murid semasa rehat sesuai)
dan membawa murid melihat pameran. (pameran- di

Ceramah daripada pegawai kanan IPD KMY parkir
Ucapan daripada wakil guru besar (SK Seri Pinang) kawasan
Ucapan daripada wakil Pejabat Pendidikan Daerah restoran)
Ucapan Perasmian / Penutup Program daripada wakil (MPSPK)
Penyampaian Hadiah -Buku Skrap dan Pertandingan Mewarna Auditorium
Penyampaian Hadiah -Perasmi Program / Pegawai PPD /Penceramah

1.10 t/hari Makan tengah hari/ Bersurai

6

11.0 PENUTUP
Program yang dilaksanakan dapat membuka minda warga sekolah tentang kepentingan
Kelab Pencegahan Jenayah yang wajib diwujudkan di semua sekolah di samping
memberi ruang dan peluang kepada ahli menunjukkan bakat melalui aktiviti yang
disediakan. Para peserta dapat menimba pengalaman dan bersaing secara sihat dalam
meningkatkan kebolehan dan bakat sedia ada. Diharapkan agar program seperti ini akan
dapat dilaksanakan lagi ke peringkat yang lebih tinggi untuk kebaikan semua pihak
yang terlibat.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………….. ……………………………………..

Izwanna binti Kamarudin, Norhayati binti Othman
Penyelaras Program
Kelab Pencegahan Jenayah Guru Besar
SK Seri Pinang SK Seri Pinang

7

LAMPIRAN
1.0 SURAT MENYURAT
1.1 MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB

PENCEGAHAN JENAYAH KALI PERTAMA PERINGKAT DAERAH KUALA
MUDA / YAN TAHUN 2022.

1.2 MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB
PENCEGAHAN JENAYAH KALI KEDUA PERINGKAT DAERAH KUALA
MUDA / YAN TAHUN 2022.

8

1.3 SURAT KELULUSAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KMY ( PPDKMY )
UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB
PENCEGAHAN JENAYAH PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA / YAN
TAHUN 2022.

2.0 GAMBAR SEKITAR PROGRAM 1 HARI BERSAMA KELAB PENCEGAHAN
JENAYAH PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA / YAN SESI 2022 /2023

9

2.1 PESERTA KE LOKASI PROGRAM
2.2 PESERTA MENYERTAI PERTANDINGAN MEWARNA

10

2.3 SESI CERAMAH OLEH WAKIL IPD KMY SM NOOR AZLAN BIN HASHIM

2.4 UCAPAN DARIPADA CIKGU NORHAYATI BINTI OTHMAN, GURU BESAR
SK SERI PINANG

2.5 UCAPAN DARIPADA ENCIK YUSOF BIN ISMAIL, TIMBALAN PEGAWAI
PENDIDIKAN DAERAH PPP PEMBANGUNAN MURID

11

2.6 UCAPAN DARIPADA ENCIK MOHD AMIN BIN ALI, PEGAWAI TADBIR,
JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

2.7 SESI PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG
PERTANDINGAN BUKU SKRAP DAN MEWARNA

12

2.8 PENYERTAAN MENONTON RAKAMAN CERAMAH PROGRAM 1 HARI
BERSAMA KELAB PENCEGAHAN JENAYAH OLEH AHLI KPJ 12 BUAH
SEKOLAH PADA 14 SEPTEMBER 2022

13


Click to View FlipBook Version