The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiahrahman274, 2021-05-09 01:19:36

JENERAL TUN IBRAHIM BIN ISMAIL (1)

JENERAL TUN IBRAHIM BIN ISMAIL (1)

JENERAL TUN
IBRAHIM BIN ISMAIL

NAMA:
NAYLI HANIS BINTI MOHD HAFIS

KELAS:
6 UKM

ALAMAT E-MAIL:
[email protected]

NAMA SEKOLAH:
SK SRI AMAR

ALAMAT SEKOLAH:
JALAN BAWANG, TAMAN SRI AMAR,

81100, JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM.

PENDAHULUAN

• Jeneral (Bersara) Tun Ibrahim bin Ismail adalah Ketua Turus Angkatan Tentera (KTAT) atau PAT Malaysia yang ketiga (1971-1977).

Perlantikan beliau unik kerana beliau asalnya pegawai kadet dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri (TSN) Johor (JMF).

• Tidak kurang uniknya, beliau satu-satunya bekas Panglima AngkatanTentera yang menerima gelaran 'Tun'.
• Perkahwinan beliau dengan Toh Puan Zakiah binti Ahmad dikurniakan empat orang anak,dua perempuan dan dua lelaki.
• Semasa tragedi 13 Mei 1969,Tun Ibrahim dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif kepada pengerusi MAGERAN iaitu Tun Razak.
• Pada penghujung tahun1969, beliau telah dinaikkan pangkat jeneral penuh.
• Ketika ini juga adalah kali pertama tentera darat mempunyai dua orang jeneral penuh,beliau dan Gen Tan Sri Hamid Bidin yang baru dilantik

Ketua Turus Angkatan Tentera.

• Beliau akhirnya menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bidin sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera pada 1 julaui 1970.
• Tun Ibrahim merupakan Pegawai Angakatan Tentera (PAT) yang tidak pernah memegang jawatan Pentadbiran Tentera Darat (PTD) seperti tradisi

sebelum walaupun selepas itu.

BIODATA

• Ibrahim dilahirkan di Johor Bahru pada 19 Okt 1922. Ayahnya Dato Ismail bin Abu Bakar merupakan seorang Pegawai Kanan Kerajaan Johor yang bersara

sebagai Bendahari Negeri dan juga pegawai dalam Johore Volunteer Force.

• Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Ayer Molek dan Sek Inggeris Ngee Heng serta Sek Inggeris Bukit Zaharah sebelum ke English College

(kini Maktab Sultan Abu Bakar).

• Beliau ingin menyertai Askar Melayu tetapi tidak layak kerana masa itu, Johor bukan salah satu dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Negeri-negeri

Selat. Lalu, beliau menyertai Johor Military Force pada April 1941.

• Beliau dihantar mengikuti latihan kedet di Indian Military Academy IMA), Dehra Dun bersama dua lagi anggota JMF, iaitu Hussein Onn dan Ungku

Ahmad Ungku Abd Rahman.

PENDIDIKAN

• Beliau kemudian bertukar ke Sekolah Inggeris Ngee Heng dan Sekolah Inggeris Bukit Zaharah. Pendidikan Menengah beliau dapati di English College, kini

Maktab Sultan Abu Bakar sehingga tamat Senior Cambridge.

• Pada awalnya beliau bercita-cita hendak menjadi akauntan, namun kekurangan peluang ketika itu mengubah pendirian beliau untuk menyertai kerjaya tentera.
• Sebagai rakyat Johor bagaimanapun, beliau tidak boleh menganggotai askar melayu kerana ianya hanya dibuka untuk rakyat negeri-negeri melayu bersekutu

iaitu perak,selangor,pahang dan negeri sembilan. Oleh itu, beliau menyertai pemilihan pegawai kadet JMF pada April 1941.

• Beliau diterima dan dihantar ke Dehra Dun, India, bersama dua orang lagi pegawai kadet iaitu,Hussein Onn dan Ungku Ahmad bin Ungku Abdul Rahman.

KERJAYA

• Tun Ibrahim ialah salah seorang dari tiga anak Melayu pertama yang menjadi Pegawai Memerintah batalion. Pada April 1958 Leftenan Kolonel (ketika

itu)Abdul Hamid Bidin dilantik memerintah Batalion Pertama, Lt Kol Tunku Osman Tunku Mohammad Jewa memerintah Batalion Kedua, manakala
beliau memimpin Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja.

• Pada Februari 1962, beliau dinaikkan ke pangkat brigedier dan dilantik sebagai Pengarah Pentadbiran Tentera Darat. Pada tahun berikutnya beliau menjadi

Pegawai Memerintah (kini Panglima, berikutan perubahan Brigedier kepada Brigedier Jeneral) Briged Kelima Infantri yang beroperasi di Sabah ketika
konfrontasi indonesia-malaysia. Pada awal tahun 1965 pula beliau mengetuai Briged Pertama.

• Tidak sampai beberapa bulan selepas itu beliau mengambil alih pula pemerintahan Briged Keempat di Singapura. Pada Julai 1966, beliau dilantik menjadi

Panglima Divisyen Infantri Pertama (1 Div) dan dinaikkan pangkat mejar jeneral. Ini ialah divisyen pertama yang ditubuhkan dan beliaulah panglima
pertamanya. Dua tahun kemudian, Tun Ibrahim dinaikkan pangkat sekali lagi kepada leftenan jeneral ketika memegang jawatan sebagai Panglima Divisyen
Infantri Kedua.

SUMBANGAN

• Selepas perang tamat, beliau berkhidmat dengan JVF seketika. Bagi melanjutkan kerjaya tentera, sepatutnya beliau menyambung untuk menyertai
Rejimen Askar Melayu, tetapi beliau kecewa kerana layanan yang tidak setaraf diterima oleh pegawai-pegawai Melayu berbanding pegawai-pegawai
Inggeris. Sekitar tahun 1949, beliau masih bekhidmat dengan tentera Johor bersama-sama (Tun) Hussein Onn melatih unit-unit polis di Johor bagi
menghadapi ancaman komunis ketika darurat. Hanya pada Jun 1951, beliau menyertai Askar Melayu setelah pegawai-pegawai Melayu diterima setaraf
dengan pegawai Inggeris.

• Jeneral Ibrahim kemudian diserap ke dalam 136 Force setelah menamatkan latihan di Dehra Dun,India.Beliau bersama-sama Kapten Abdul Razak
Hussein (Tun Abdul Razak Hussein),dan mejar Yeop Mahidin Mohamed Shariff berada di dalam Force 136 untuk menentang pendudukan jepun di tanah
melayu.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

Nilai Keberanian
Sepanjang menjadi panglima tertinggi ATM, beliau banyak mengaturkan kerjasama dengan negara-negara jiran bagi membanteras ancaman komunis rentas sempadan.
Tidak kurang dari tiga kali juga beliau menjadi sasaran serangan pihak komunis disebabkan keberkesanan strategi beliau. Oleh itu, genarsi muda perlulah berani
mempertahankan negara daripada musuh durjana
Nilai Kerjasama
Semasa di India, beliau telah berkenalan dengan MejarTengku Mahmood Mahyideen , tokoh penting yang terlibat dalam Force 136 . Dengan pertemuan inilah beliau
menawarkan diri menyertai pasukan yang menyusup ke Tanah Melayu untuk menentang Jepun. Beliau juga berkesempatan berkenalan dengan Claude Fenner yang
kemudiannya menjadi Ketua Polis Negara. Dengan itu, setiap remaja perlu menerapkan kerjasama dalam berkomunikasi untuk berbincang
Nilai Kebijaksanaan
Tindakan bijak beliau dan pasukannya bukan sahaja beberapa kali menyelamatkan nyawa mereka tetapi dapat mengelirukan perisikan Jepun yang mereka bekalkan
dengan maklumat-maklumat palsu. Kesimpulannya, remaja perlu bijak dalam menangani situasi genting demi menyelamatkan negara daripada pihak musuh

PENUTUP

• Sepanjang menjadi panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, beliau banyak mengaturkan kerjasama dengan negara-negara jiran bagi membanteras

ancaman komunis rentas sempadan.

• Tidak kurang dari tiga kali juga beliau menjadi sasaran serangan pihak komunis disebabkan keberkesanan strategi beliau. Pada 30 November 1977, Tun

Ibrahim menamatkan perkhidmatan beliau setelah 36 tahun di dalam tentera. Beliau telah berkhidmat selama 7 tahun sebagai Panglima Angkatan Tentera,
tempoh yang paling lama dipegang oleh mana-mana pegawai tinggi ATM.

• Beliau telah menulis dua buah buku yang menghimpunkan pengalaman-pengalaman beliau. Buku pertama, Sudahkah Kamu Bertemu Mariam diterbitkan pada

tahun 1984 menceritakan pengalaman beliau ketika Perang Dunia Kedua. Buku kedua beliau, Ibrahim, Pahlawan Melayu pula mengandungi seluruh kisah
kerjaya beliau ketika era menjelang kemerdekaan hinggalah beliau bersara.

• Pada 2000 beliau dikurniakan darjah Seri Setia Mahkota , yang membawa gelaran "Tun. 2 Perkahwinan beliau dengan Toh Puan Zakiah binti Ahmad

dikurniakan empat orang anak, dua perempuan dan dua lelaki.

• Tun Ibrahim meninggal dunia di Hospital Tentera Tuanku Mizan,Kuala Lumpur pada 23 Disember 2010. Beliau dimakamkan di Makam

Pahlawan berhampiran Masjid negara,Kuala Lumpur Beliau adalah kakitangan tentera pertama dimakamkan di sana.

SUMBER RUJUKAN

• Wikipedia https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_Ismail
• The Patriots.asia https://www.thepatriots.asia/jeneral-tun-ibrahim-perjuangan-tiga-dekad-seorang-panglima/
• History Commitees http://historycommiteesmkcs.blogspot.com/2012/03/anak-anak-johor-tersohor.html?m=1


Click to View FlipBook Version