BAHASA MELAYU
TINGKATAN 4
TEKNIK MENJAWAB
NOVEL
26/10/2020
CONTOH ITEM : NOVEL
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Tentulah tidak,” balas Muhammad Taufik, nadanya tenang
sahaja.
“Saya telah memutuskan bahawa kelip-kelip di Kuala Selangor
berada di ambang kepupusan. Kedatangan pelancong yang ramai,
hampir 100 ribu orang pada setiap tahun, dengan semua entiti yang
datang bersama mereka seperti suara manusia, bunyi enjin motobot,
cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai yang mengancam
pokok-pokok berembang, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya
dari kawasan petempatan manusia, dan cahaya roda ferris, semuanya
membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Kelip-kelip ini,
yang telah wujud jutaan tahun di tempat ini dan tidak pernah
mendatangkan sebarang kesusahan kepada manusia di sini akan
mengalami kepupusan dalam masa setahun sahaja jika keadaan sedia
ada berterusan.
Dipetik daripada
Novel Bimasakti Menari
Karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan faktor-faktor populasi kelip-kelip di Kuala Selangor
semakin berkurangan. [4 markah
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab-
sebab permulaan cerita tersebut menarik perhatian pembaca.
[6 markah]
Latihan 1
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab-sebab
peleraian cerita tersebut dapat menyentuh perasaan anda.
[ 6 markah ]
Contoh jawapan latihan 1
Novel yang saya pelajari ialah novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Terdapat beberapa peristiwa
pada bahagian peleraian yang dapat menyentuh perasaan saya.
Peristiwa peleraian yang pertama ialah peristiwa kejayaan
membunuh dan mencederakan pihak musuh . Sebagai contoh,
peristiwa Pak Saidi telah melawan dan menikam tentera Jepun
dengan hanya menggunakan sebilah keris pusaka peninggalan
ayahnya demi menyelamatkan Sophia dan anak-anaknya yang
menjadi buruan pihak Jepun. Pak Saidi telah berjaya membunuh
lima orang dan mencederakan 15 orang tentera Jepun yang lain
semasa dia dipaksa menaiki trak oleh Leftenan Renya
Mutugutchi. Peristiwa ini dapat menyentuh perasaan saya kerana
saya begitu terharu dengan pengorbanan Pak Saidi yang sanggup
mengorbankan diri demi menyelamatkan isteri dan anak-anak Adnan.
Selain itu, Peristiwa kematian akibat menghidap penyakit
kronik . Sebagai contoh, peristiwa kematian Sophia selepas
empat tahun kematian suaminya Leftenan Adnan. Sophia
meninggal dunia akibat penyakit leukemia. Ujian yang diberikan
oleh Allah untuknya dihadapinya dengan tabah. Sophia
menghembuskan nafas terakhir di samping suaminya, Ustaz
Ridwan dan anak-anaknya iaitu Mokhtar dan Zainuddin.
Peristiwa ini dapat menyentuh perasaan saya kerana saya berasa
begitu terharu dengan dugaan demi dugaan yang dihadapi oleh Sophia
iaitu kematian suami, Leftenan Adnan.
Latihan 2
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan nilai
tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah]
Latihan 3
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan kebaikan yang
diperoleh oleh pembaca apabila membaca novel tersebut. [6markah]
Contoh jawapan latihan 3
Berdasarkan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib yang Pep telah saya pelajari, terdapat banyak kebaikan
yang diperoleh oleh pembaca apabila membaca novel ini.
Kebaikan membaca novel ini ialah pembaca dapat menambah
ilmu pengetahuan tentang sejarah negara. Pembaca dapat
mengetahui kebijaksanaan Jepun merancang strategi apabila dapat
mengalahkan kuasa Barat dan merampas jajahan mereka. Tanpa
pengetahuan pihak Inggeris, jeneral Yamashita telah menghantar 13
000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian
utara Singapura berhampiran sarimbun. Kebijaksanaan tentera Jepun
Berjaya mematahkan Ops Matador yang dirancang oleh pihak
Inggeris. Pembaca turut mengenali watak-watak askar Jepun dan
askar Inggeris yang benar-benar tercatat dalam lipatan sejarah seperti
Jeneral Yamashita Tomoyuki dan A.E Percivel.
Seterusnya, pembaca dapat mengenali pejuang negara yang
sanggup berjuang demi mempertahankan negara daripada terus
dijajah oleh kuasa asing. Nama-nama pahlawan Melayu seperti Dol
Said, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Datuk Siamang Gagap sentiasa
disebut-sebut oleh Pak Saidi kepada anak-anaknya iaitu Adnan,
Amirullah dan Ahmad. Pak Saidi begitu bangga menceritakan jasa
Datuk Siamang Gagap yang menentang orang putih di Seri Menanti.
Mat Kilau dan Datuk Bhaman pejuang di Pahang. Tok Janggut
pejuang di Kelantan dan Dol Said menjadi kebanggaan orang Naning.