The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1128-11-aini, 2023-03-02 06:32:07

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM GURINDAM

Konsep, fungsi dan manifestasi akal budi kesusasteraan Melayu BMMB1004 TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK Bangsa yang tidak berbudaya dan bersusila ialah bangsa yang tiada tamadun -Abdullah Hussain


NAMA : AINI SYAZWANI BINTI DERAHMAN KELAS : PPS2.08


Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya berjaya menyiapkan pentaksiran berterusan ini dengan jayanya. Pertama sekali,Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Siti Hajar Binti Idrus selaku pensyarah saya kerana banyak memberi tunjuk ajar dan penerangan yang baik sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan sekali lagi saya ucapkan kepada Dr. Siti Hajar Binti Idrus kerana sanggup berkorban dan sudi meluangkan masa untuk menyemak hasil pentaksiran berterusan ini. Sekian, terima kasih. Penghargaan


Penutup Kandungan Manifestasi Akal Budi dalam Gurindam Fungsi Kesusasteraan Melayu Konsep Kesusasteraan Melayu Pengenalan Rujukan


Hasi l ciptaan seni dan karya sastera yang mengandungi Ungkapan secara langsung dan bersifat semula jadi hasi l daripada perasaan dan fikiran seseorang prosa atau puisi yang digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu terdahulu Pengenalan (Azman Rahmat et al.,2022).


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), sastera didefinisikan sebagai karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri keistimewaan dan keunikan yang tertentu. Susastera bermaksud kumpulan buku-buku yang mempunyai bahasa indah dan isi yang baik (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Menurut Hashim Awang (2017), kata dasar sas- membawa maksud mengajar manakala -tra menunjukkan alat. Imbuhan awalan su bermaksud indah dan imbuhan ke-an pula membawa makna yang bernilai dan estetika. Konsep Kesusateraan Melayu


Fungsi Kesusasteraan Melayu 1) Alat Pendidikan 2) 3) 4) 5) 6) Medium Protes dan Kritik Sosial Medium Hiburan Medium Dakwah Alat Kawalan Sosial dalam Kehidupan Seharian Instrumen Perpaduan


Fungsi Dakwah dalam Sastera Wadah untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam diri kita. Melalui karya sastera dakwah, kita dapat mengetahui keistitimewaan dan kemuliaan Allah SWT. Kehidupan manusia dengan orang sekeliling, lingkungan sekitar, keadaan suasana semuanya menggambarkan bahawa setiap ciptaan Allah SWT itu adalah cerminan dakwah kepada kita . Menjadi panduan kepada manusia untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran kerana karya sastera ini kebiasaannya mengandungi unsur nasihat, pengajaran dan peringatan.


Manifestasi Akal Budi dalam Gurindam Manifestasi bermaksud perbuatan yang menunjukkan sesuatu yang nyata Akal budi mencerminkan tingkah laku dan pemikiran manusia yang bijaksana yang boleh dilihat melaui kesepaduan unsur dalaman iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup Gurindam terdiri daripada dua baris serangkap. Baris pertama dipanggil syarat yang menyampaikan sesuatu peristiwa atau sebab manakala baris kedua menjelaskan apa yang dinyatakan pada baris pertama iaitu akibat


Gurindam Selamatkan Rohingya Oleh : Nazim Mohd Subari


Isu Warga Muslim Rohingya


Kita perlulah mempunyai rasa belas kasihan dan mengasihi warga Rohingya seperti kita mengasihi diri sendiri kerana Islam menggalakkan kita untuk berbuat kebaikan kepada orang sekeliling. Perbuatan membantu orang yang dalam kesusahan tidak kira dari segi kebajikan, kewangan dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang mulia.(Hadis Riwayat Muslim) Seluruh umat Islam perlu memiliki sifat prihatin dan peduli untuk membantu golongan seperti Rohingya yang dilanda kesusahan dalam misi kemanusiaan. Rangkap 1 dan 2


Sikap prihatin dan mengambil cakna terhadap suara rintihan dan aduan daripada warga Rohingya dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapi tanpa melibatkan sebarang pergaduhan Memperjuangkan nasib saudara sesama Islam seperti yang berlaku terhadap pelarian Rohingya yang terpaksa menyembunyikan diri untuk melindungi keluarga masing-masing. Perbuatan menindas orang lain ini adalah perbuatan yang dilararang sama sekali dalam Islam. Rangkap 3 dan 4


Hak asasi manusia hendaklah mengikut ketetapan Allah seperti hak untuk hidup, kebebasan, hak untuk mengelakkan diri daripada dianiayai dan sebagainya agar memperoleh kesejahteraan hidup di dunia. Amalan mendoakan kebaikan terhadap orang yang ditimpa musibah atau dalam kesusahan adalah salah satu usaha yang dapat melindungi mereka daripada penderitaan yang dihadapi. Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC telah memainkan peranan untuk membuktikan bahawa agama Islam memenuhi hak asasi manusia dan sentiasa menegakkan keadilan. Rangkap 5 dan 6


Semua pemimpin dan rakyat Malaysia bekerjasama dalam menyelamatkan warga muslim Rohingya yang ditindas, maka setiap keadilan dan perlindungan atas hak-hak warga Muslim Rohingya dapat diatasi Setiap masalah dan isu yang dihadapi oleh warga Muslim Rohingya dapat dibanteras dengan baik membuktikan bahawa umat Islam tidak mengabaikan dan mengambil berat tentang isu warga Muslim Rohingya. Pemimpin yang menegakkan keadilan dapat menjamin keamanan rakyat dan kestabilan negara merupakan tanggungjawab yang utama dalam kepimpinan Islam. Rangkap 7 dan 8


Penutup Karya sastera ini mempunyai pelbagai nasihat, pengajaran, moral dan nilainilai murni Kesusasteraan dan kebudayaan Melayu merupakan satu karya yang banyak memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Karya sastera yang berfungsi sebagai dakwah ini sebenarnya dapat membuka mata setiap individu bahawa dakwah adalah sesuatu yang mudah dilakukan dalam pelabagai cara Kita haruslah berusaha untuk memperjuangkan karya sastera Melayu-Islam agar dapat melindungi warisan dan khazanah negara. Contoh karya sastera seperti gurindam, pantun, syair dan sajak


Rujukan


Click to View FlipBook Version