The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiqsz2003, 2022-06-09 22:23:56

TRAGEDI 13 MEI 1969

efolio

NAMA PENSYARAH : AISHAH MOHAMAD SAID

AFIQ SYAZWAN BIN MOHD SUPIAN
15DEP21F1036

MUHAMMAD AZLAN BIN MOHD RADZI
15DEP21F1033

ADAM IMAN BIN ABDUL RAHMAN
15DTK21F1050

MUHAMMAD AFEQ BIN MOHD ROSHIDI
15DEP21F1032

MOHD AMIRUL SYAHMI ADZHAR
15DEP21F1035

ISI KANDUNGAN Muka
surat

1. PENGENALAN 1
2. KRONOLOGI 2-4

• 2.1 KAUM CINA MERAIKAN KEMENANGAN 3
• 2.2 PERARAKAN KEMATIAN CINA 4
• 2.3 RUMAH MENTERI BESR SELANGOR 5
• 2.4 REGIMEN RENJER 6
• 2.5 ASKAR MELAYU 7
• 2.6 PANGGUNG ODEAN 8

3. FAKTA 9

• 3.1 ANGKA KORBAN 9

4. DI MANA TUNKU 10
5. MAGERAN 11
6. IMPLIKASI 12
7. TERBENTUKNYA RUKUN NEGARA 13
8. KESIMPULAN 14
9. RUJUKAN

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969
ialah insiden rusuhan kaum yang
berlaku dan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini
telah meragut nyawa serta harta
benda dan mempunyai kaitan
yang rapat dengan Pilihan Raya
Umum 10 Mei 1969" merupakan
satu titik hitam dalam sejarah
negara Malaysia.

Meragut nyawa serta Titik hitam terhadap
harta bende perpaduan negara

KRONOLOGI

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969. Isu-isu
perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen
menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya
yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di
Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-
calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya
daripada parti pembangkang, telah membangkitkan
soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan
(Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.
Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan
syak wasangka.

Keratan akhbar dari
Utusan Malaysia





2.1 KAUM CINA MERAIKAN KEMENANGAN

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman
keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr.
Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana
majoritinya berbangsa Cinatelah menang besar di
kawasan Batu , Selangor. Beliau minta kebenaran
polis untuk berarak meraikan kemenangan parti
tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di
Selangor .  Perarakan tersebut menyebabkan
kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.   
Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale
dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di
Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu
yang menjadi kubu UMNO ketika itu, berasa
terancam dengan kemenangan pihak pembangkang.

Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu,
Dato' Harun Idris. Dikatakan kaum Cina yang menang
telah berarak dengan mengikat penyapu kepada
kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan
mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan
slogan perkauman.   Ada pendapat yang mengatakan
penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan
menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut.  
Dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai
konotasi yang amat negative - sial.  Ada orang Cina yang
mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang
Melayu di tepi-tepi jalan.

2.2 PERARAKAN KEMATIAN CINA

        Di Jinjang, Kepong, kematian seorang
Cina akibat sakit tua diarak sepanjang
jalan dengan kebenaran polis.
Namun perarakan kematian bertukar
menjadi perarakan kemenangan pilihan
raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye
selaku Presiden Gerakan memohon maaf
di atas ketelanjuran ahli-ahli Parti Gerakan
melakukan kebiadapan terhadap orang
Melayu semasa perarakan.
Yeoh Tech Chye menang besar di kawasan
Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Malangnya
permohonan maaf sudah terlambat.

2.3 RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi
13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa
ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi
dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak.
Perarakan ini tidak dirancang. Orang Melayu
berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan
Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
 Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika
itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya
mereka yang berkumpul telah membawa senjata
pedang dan parang panjang dan hanya menunggu
isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk
mengamuk .



2.4 REJIMEN RENJER

         Pasukan FRU di keluarkan dari
Kampung Baru dan askar dari
Regimen Renjer ambil alih.
Malangnya pasukan ini terdiri dari
Melayu, Iban, Cina, India dan lain-
lain turut menembak orang-orang
Melayu dan menyebabkan orang
Melayu semakin meradang.
Ketua Regimen Renjer dikatakan
seorang Cina.  Pemuda-pemuda
Melayu yang mempertahankan
Kampung Baru dan yang lain-lain
mengamuk merasakan diri mereka
terkepung antara orang Cina
dengan askar Regimen Renjer.
Beberapa das turut ditujukan ke
arah rumah Menteri Besar Selangor.

2.5 ASKAR MELAYU

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan
digantikan dengan Askar Melayu.  Beberapa
bangunan rumah kedai di sekitar Kampung
Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih
terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih
oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa
askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai
emas Cina dan mengambil harta benda di
sana. Ada yang berkata askar tersebut
berpakaian preman.   Dikalangan orang Cina
ada yang mengatakan, ramai orang Cina
dibunuh dan dicampakkan ke dalam
lombong bijih timah. Konon ada rakaman
televisyenbeberapa pemuda Cina ditangkap
dan dibariskan di tepi lombong
kemudiannya dibunuh. Bagaimanapun
ternyata bangsa Cina berbohong apabila
sehingga sekarang tiada bukti yang
diedarkan mengenai rakaman tersebut!!!

2.6 PANGGUNG ODEAN

Pemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat dari kongsi-kongsi gelap telah
bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur.
Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari
kalangan bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa
Cina.
Pemuda-pemuda Cina samseng dari kongsi-kongsi gelap tersebut bertindak
semakin ganas dengan membakar panggung Odeon setelah semua bangsa
Cina keluar dari panggung tersebut. Penonton Melayu di panggung tersebut
ramai yang mati.
Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut
menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura
mati. Beliau masih hidup hingga sekarang.
Akibat daripada tindakan biadap dan ganas dari kaum Cina itu, barulah
orang-orang Melayu mulai bertindak balas.
Ada yang mengatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas
pagar.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke
Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang
tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu.
Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas
jalan.
Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke
Kampung Baru tetapi tersekat.
Begitu juga dengan tentera selempang merah dari Muar dan Batu Pahat
tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baharu mengedarkan air jampi dan tangkal
penebat iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal.
Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas
tersebut.
Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa
yang pasti Askar Melayu yang telah menyelamatkan orang Melayu di
Kampung Baru ketika itu.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di
Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan.
Negeri Johor dan negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada
sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.

3.1 ANGKA KORBAN

( FAKTA ) Angka rasmi
menunjukkan 196 mati, 439
cedera, 39 hilang dan 9143
ditahan. 211 kenderaan
musnah.  Tapi spekulasi
mengatakan 700 orang mati
terbunuh.

DI MANA TUNKU
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul
Rahman baru pulang dari Alor Star
meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur
memaklumkan kejadian pembunuhan
kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat
diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13
Mei 1969. Ada khabar angin
mengatakan Tunku sedang bermain
macuk.  Dalam tulisannya Tunku
menafikan hal tersebut. Ada yang
menyalahkan Dato' Harun Idris
sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi
orang Melayu, Dato' Harun Idris
adalah penyelamat orang Melayu
ketika 13 Mei 1969. Dato' Harun Idris
sedang menaiki tangga politik menuju
Perdana Menteri jika tidak kerana
pertandingan tinju Mohamad Ali vs
Joe Bugner dan Bank Rakyat.

MAGERAN

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh

negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul

Razak.· Parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969

menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang

Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya.· Berikutan itu

Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku Malay

Dilemma oleh Dr Mahathir telah diharamkan. Ada pendapat

yang mengatakan Dr Mahathir adalah antara perancang utama

tragedy berdarah 13 Mei 1969. · Selepas tragedi tersebut Dr.

Mahathir telah dengan lantangnya memburuk-burukkan Tunku

Abdul Rahman.· Keadaan akhirnya dapat di kawal dan

beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan

penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti

Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun

Negara juga telah diciptakan.· Ternyata langkah Tunku Abdul

Rahman menyingkiran Singapura dari Malaysia tidak

menyelesaikan masalah perkauman. Sebenarnya peristiwa 13

Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu

kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.· Tahun

1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan

2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah.· Barisan

Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga

dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan

Undangan Negeri Selangor.· Beberapa politikus yang

dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan

Dalam Negeri (ISA). · Persempadanan pilihan raya yang lebih

bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan.· Sistem

demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi mendapat

tafsiran semula.

IMPLIKASI

Kesan Rusuhan Kaum pada 13 Mei 1969.Peristiwa 13 Mei 1969
merupakan peristiwa yang mungkin rakyat Malaysia tidak akan
lupakankerana ia adalah satu tragedi yang telah memberi
titik hitam kepada sejarah keamananMalaysia di mana berlaku
rusuhan antara dua kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu dan
Cinayang juga telah mengakibatkan pertumpahan darah. Peristiwa
ini telah memberi kesan yangmendalam terhadap sistem
pentadbiran negara dimana selepas kejadian tragis ini,
AktaHasutan pada tahun 1948 telah pun disemak pada tahun 1969
dan kemudian dipinda padatahun 1970. Hal ini demikian berlaku
kerana tidak mahu perkara ini berulang kembali sertamengekalkan
semula keamanan Malaysia yang dulunya masyarakat hidup
saling bantu-membantu dan harmoni. Akta Hasutan 1948
adalah digubal berdasarkan Perkara 10(4)Perlembagaan
Persekutuan yang menetapkan had kepada kebebasan
bersuara. Antarakesalahan yang terdapat dalam Akta Hasutan 1948
ialah, melakukan atau cuba melakukan,atau membuat apaapa
persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-
manaorang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai
kecenderungan menghasut, atau,jika dilakukan, akan mempunyai
kecenderungan menghasut dan mencetak,
menerbitkan,menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan
atau mengeluarkan semula apa-apapenerbitan menghasut.1
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Parlimen meminda Akta
Hasutandengan menambah subseksyen (f) kepada seksyen 3(1) Akta
Hasutan 1948. Subseksyen inimenyatakan larangan mana-mana
pihak untuk menghasut mempersoalkan apa-apa perkara,hak,
taraf, kedudukan, keistimewaan atau kedaulatan perkara-
perkara teras dalamPerlembagaan Persekutuan. Namu
demikian, masih terdapat segelintir masyarakat Malaysiayang
mahu Akta Hasutan ini dimansuhkan kerana mereka tidak
mempunyai kebebasan bersuaraserta bertindak. Tetapi apabila
ditimbang tara baik dan buruk mengenai pemansuhan
Akta,kemungkinan besar pelbagai kejadian buruk akan berlaku dan
keamanan rakyat Malaysia juga1 Undang-Undang Malaysia

akan terjejas. Di samping, Malaysia akan menjadi huru-
hara sekiranya terlalu ramai yang inginmenyampaikan
pendapat. Menurut kata Tan Sri Abdul Aziz Abdul
Rahman, seorang peguamyang pernah berkhidmat
sebagai Majistret, Presiden Mahkamah Sesyen,
Penasihat Persekutuandan Pembantu Penderaf Undang-
Undang di Parlimen, khidmat yang dicurahkan beliau
semasatempoh beliau menjadi Penasihat Persekutuan
dan Pegawai Undang-Undang Majlis GerakanNegara
(MAGERAN) semasa tempoh darurat 1969. Beliau
mengatakan bahawa pada tahun1969 sehingga 1970,
terdapat banyak permintaan daripada pelbagai bangsa
supaya pindaanPerlembagaan dibuat. Maka, beberapa
kajian dan usaha dijalankan bagi memastikan orang-
orang awam boleh disekat daripada melakukan
tindakan demi tindakan yang bolehmencetuskan
permusuhan antara bangsa.2 Sepanjang 1970 hingga
1971, menurut Tan Sri AbdAziz, topik utama yang
dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin utama ialah
‘cara bagaimanauntuk menyelesaikan masalah
permusuhan sesama kaum’. Hal ini jelas menyatakan
bahawaAkta Hasutan tidak seharusnya
dimansuhkan namun perlu terus dilaksanakan
supayakeharmonian dan keamanan Malaysia kekal
selamanya.

TERBENTUKNYA RUKUN NEGARA

Setelah negara mencapai kemerdekaan, kepimpinan Tunku Abdul
Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia pertama menghadapi
kesukaran untuk menguruskan sistem sosioekonomi yang diwarisi
oleh penjajah British. Sikap liberal Tunku dan ditambah pula oleh
kelembutan beliau untuk melayan permintaan masyarakat berbilang
kaum telah menyebabkan orang Melayu merasakan kehidupan
mereka diabaikan. Tumpuan Tunku yang terlalu berlebihan pada
pertumbuhan material dan pasaran bebas tanpa menggunakan kuasa
kerajaan untuk melakukan campur tangan telah menyebabkan jurang
di antara golongan berada dengan golongan tidak berada semakin
melebar. Titik-titik jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan
desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup
orang Melayu, dan berbagai-bagai lagi adalah puncapunca yang
mencetuskan keresahan kaum dan manifestasinya Peristiwa 13 Mei
1969 (Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin,
2009). Peristiwa 13 Mei berlaku selepas beberapa hari berlalunya
pilihan raya ketiga yang melihat Parti Perikatan gagal mendapat undi
majoriti dan telah kehilangan majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat.
Dalam pilihan raya itu, Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN), Parti
Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif (PPP) telah
memenangi 25 kerusi manakala PAS memenangi 12 kerusi Parlimen.1
Kemenangan ini menyebabkan para penyokong Parti GERAKAN telah
mengadakan perarakan meraikan kemenangan sambil menghina dan
mengutuk orang Melayu. Keadaan ini menimbulkan ketegangan di
antara orang Melayu dan juga orang Cina. Pada 13 Mei, UMNO telah
mengadakan perarakan balas dan mengakibatkan tercetusnya
rusuhan di antara kedua-dua pihak. Isu pilihan raya ini sebenarnya
boleh dikatakan sebagai kemuncak kepada ketidakpuasan hati
masyarakat Malaysia pada ketika, walhal perasaan ketidakpuasan hati
masyarakat Malaysia sebenarnya telah pun wujud semenjak
pemerintah British dan Jepun di Tanah Melayu berdasarkan kepada
layanan terhadap kaum-kaum tertentu.

Keadaan yang tercetus ini mengakibatkan Yang
di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat pada
16 Mei 1969, lantas menyebabkan fungsi
Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara
(MEGERAN) ditubuhkan untuk menjalankan
pentadbiran negara, dan Tun Abdul Razak telah
dilantik sebagai pengarah operasi di bawah Akta
Perintah Darurat selama 22 bulan sehinggalah
perintah darurat telah dibubarkan. Parlimen
kembali dipulihkan semula pada 22 September
1970. Melalui MAGERAN telah ditubuhkan
Majlis Perundingan Negara yang
bertanggungjawab dalam menjadi pemikir
dalam merangka perpaduan negara dan salah
satu hasilnya adalah lahirnya satu ideologi
kebangsaan iaitu Rukun Negara yang digubal
sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke
arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang
stabil. Rukun Negara ini telah diisytiharkan
secara rasmi pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-
Pertuan Agong.

Memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj, 1969: “13 Mei merupakan satu pengalaman
dan pengajaran yang tidak dapat kita semua
lupakan buat selama-lamanya, kerana kejadian itu
dapat menunjukkan kepada kita semua tentang
bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita
terlampau lalai atau cuai.” Kata-kata yang
diungkapkan ini merupakan satu peringatan
kepada semua rakyat Malaysia, supaya peristiwa
pahit ini menjadi pengajaran yang penting buat
rakyat. Oleh itu tragedi 13 Mei ini telah
membuktikan bahawa penekanan pembangunan
semata-mata dari perspektif ekonomi adalah tidak
memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah
sosioekonomi yang tidak seimbang di kalangan
masyarakat Malaysia. Ini adalah isyarat penting
kepada pemimpin dan warga Malaysia betapa
rakyat berbilang kaum, berbilang agama, berbilang
budaya, berbilang bahasa memerlukan satu
pegangan untuk boleh hidup secara rukun dan
damai iaitu prinsip rukun negara.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, tragedi yang menyayat
hati ini telah memberikan banyak
pengajaran kepada seluruh rakyat
Malaysia. Kita sebagai rakyat yang
bersatu padu perlulah menjaga
sensitiviti semua kaum supaya tragedi ini
tidak berlaku lagi seperti pisang berbuah
dua kali.

RUJUKAN

- Peristiwa 13 mei
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

- Kronilogi
http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/peristiwa
-13-mei.html?m=1

- Terbentuknya Rukun Negara
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3186/1/S22.pdf

- Implikasi
https://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%201/Akta%2015.pdfhttp:
//www.bangkit.info/2014/11/pindaan-akta-hasutan-1948-
pada-1970.html

- Mageran
http://cenangau.blogspot.com/2010/05/tragedi-13-mei-
satu-kronologi-yang.html?m=1


Click to View FlipBook Version