The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dari : MRSM Balik Pulau (IB World School)
Tajuk : Masalah Kurangnya Minat Membaca Novel Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 2021

- Gunakanlah butang Table Of Content dan seterusnya, tekan anak panah itu untuk melangkau halaman yang tidak penting

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ayu Yew, 2021-08-21 22:46:19

E-Mini Tesis Sastera

Dari : MRSM Balik Pulau (IB World School)
Tajuk : Masalah Kurangnya Minat Membaca Novel Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 2021

- Gunakanlah butang Table Of Content dan seterusnya, tekan anak panah itu untuk melangkau halaman yang tidak penting

Keywords: Masalah Kurang Minat Membaca Novel

MASALAH KURANGNYA MINAT MEMBACA NOVEL
DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 DAN

TINGKATAN 5 2021

TESIS INI DISEDIAKAN OLEH:
AYU FATIHAH YEW BINTI MUHAMMAD ADAM YEW

4 MAWARDI
PB180008
AHLI PERSATUAN SASTERA MALAYSIA

ABSTRAK

Guru telah melakukan langkah yang positif untuk menerapkan amalan
membaca novel dalam diri pelajar. Pelajar sekolah menengah hari ini perlu mengkaji
sebuah novel pendek, namun peratusan pelajar yang minat membaca novel masih
tidak mencapai tahap yang memuaskan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan
lebih mendalam lagi tentang beberapa novel sastera pendek serta faktor dan kesan
timbulnya masalah amalan membaca novel dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 dan 5
di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mencari jalan penyelesaian
untuk meningkatkan minat pelajar-pelajar terhadap novel.

Pada tahun 2020, setiap pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dikehendaki
membaca satu novel pendek tetapi mengikut zon negeri. Terdapat 4 zon negeri di
Malaysia iaitu zon 1, zon 2, zon 3 dan zon 4. Setiap zon pula mempunyai 1 novel
untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Oleh itu, keseluruhan novel pendek yang dikaji
oleh Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ialah 8. Bagi pelajar Tingkatan 4, novel yang
terlibat adalah novel Di Sebalik Dinara, novel Jendela Menghadap Jalan, novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa dan novel Pantai Kasih. Bagi pelajar Tingkatan 5 pula,
novel yang terlibat adalah novel Songket Berbenang Emas, novel Tirani, novel Silir
Daksina dan novel Bimasakti Menari.

1

PENGHARGAAN

Bismillahhirrahmanirrahim…
Syukur ke hadrat Illahi dengan izin-Nya mini tesis ini berjaya disiapkan.

Sepanjang proses menyiapkan mini tesis ini, saya ingin ucapkan setinggi-tinggi terima
kasih saya kepada Puan Siti Mashithoh Zainuddin selaku penjaga saya kerana telah
mengorbankan masanya bagi membantu saya dalam mendapatkan maklumat-
maklumat tambahan yang sangat berguna.

Juga kepada guru-guru Bahasa Melayu Tingkatan 4 MRSM Balik Pulau iaitu,
Pn. Rosliza Jaafar, Pn. Aisah Mat, Pn. Siti Norakma Muhd Ariffin, En. Shurdi Shuib
dan En. Mohd Sofi Ismail yang telah berkongsi ilmu terutamanya mengenai format
tesis ini dan segala sokongan yang amat membantu saya menyempurnakan mini tesis
ini. Bukan itu sahaja, kalian juga sangat bersemangat membantu anak murid seperti
saya menyiapkan tesis ini walaupun saya tidak mempunyai pengetahuan asas tentang
tesis ini di dalam dunia universiti.

Tidak ketinggalan juga buat rakan-rakan saya yang juga membantu saya
menyerikan lagi mini tesis ini dengan berkongsi maklumat tambahan dari guru
mereka. Kerjasama dan niat baik kalian sangatlah disanjung tinggi kerana kalian telah
mengorbankan sedikit masa untuk berkongsi ilmu kepada rakan walaupun tempoh
menyiapkan tesis ini terhad.

2

PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG
Amalan membaca novel merupakan antara aktiviti yang bagus dilakukan oleh

remaja zaman kini di mana ia mendedahkan lebih banyak nilai kemanusiaan dan
realiti dunia kepada remaja. Berdasarkan hasil kajian Sri Murniati dan Al Mustaqeem
(2011), pelajar sekolah menengah di negara kita sejak tahun 2000 telah diwajibkan
membaca karya sastera terutamanya novel untuk mata pelajaran Bahasa Melayu
melalui Komponen Kesusasteraan (KOMSAS).Format kertas peperiksaan PT3 dan
SPM Bahasa Melayu juga semakin berubah dari tahun ke tahun termasuklah
penambahan soalan-soalan berkaitan novel yang telah dikaji oleh pelajar. Pada
asalnya, kata “novel” berasal dari bahasa Itali iaitu “novella” yang bererti baru, berita
atau cerita pendek manakala, di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat kata “novel”
bermaksud cerita yang berbentuk prosa dan cerita yang berkaitan dengan pengalaman
manusia serta kelakuan sosial. Jelaslah bahawa, dengan membaca novel sahaja pelajar
berpotensi melatih diri berfikiran secara kritis dan kreatif. Hal ini menunjukkan
bahawa guru telah membuat satu langkah yang positif dengan melibatkan karya novel
dalam KOMSAS. Jadi, peratusan pelajar yang meminati novel dapat ditingkatkan.

1.2 PENGENALAN NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
Kebiasaannya, novel pula terbahagi kepada dua jenis iaitu novel fiksyen dan

bukan fiksyen. Novel fiksyen bermaksud sebuah penceritaan yang berteraskan
imaginasi penulis. Imaginasi penulis pula tidak kira sama ada imaginasi terhadap
perkara yang tidak wujud di dunia nyata seperti dongeng atau imaginasi terhadap
benda hidup dan benda bukan hidup. Kebanyakan drama, novel dan cerpen adalah
jenis fiksyen. Kebanyakan orang meminati fiksyen kerana ia menimbulkan sensasi
dalam pemikiran pembaca. Novel bukan fiksyen pula bermaksud penceritaan tentang
peristiwa atau kisah benar yang diceritakan oleh orang yang benar. Umumnya, jurnal,
surat khabar, penyelidikan dan biografi termasuk di bawah kategori bukan fiksyen. Ia
juga merangkumi sejarah dan fakta. Novel bukan fiksyen juga diminati ramai tetapi
lebih rendah berbanding novel fiksyen. Disebabkan novel jenis ini banyak
menyampaikan fakta, ia sangat diminati oleh orang yang bekerjaya dan orang dewasa.

3

1.3 PERNYATAAN MASALAH
Umum mengetahui bahawa, sejak era perkembangan teknologi lagi,

kebanyakan karya sastera menjadi lebih menarik dan inti sari yang boleh disampaikan
oleh penulis sastera lebih meluas. Hal ini pasti meningkatkan lagi minat pelajar untuk
membaca novel kerana novel Malaysia kini lebih menarik berbanding novel yang
terdahulu. Namun, hal yang sebaliknya yang berlaku.

Persoalannya di sini, apakah yang telah menyebabkan mereka mempunyai
kurang minat terhadap novel? Apakah terdapat kekurangan pada novel Malaysia
sehinggakan peratusan peminat dan pembaca novel masih tidak meningkat? Selain itu,
apakah cara yang berkesan untuk menarik minat pelajar terhadap novel Malaysia
selain daripada memasukkan novel-novel terbaik yang dihasilkan oleh penulis
terkenal tanah air ke dalam KOMSAS?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN
I. Mengenal pasti faktor yang menyebabkan kurangnya minat membaca novel dalam
kalangan pelajar
II. Mengenal pasti tarikan dan keunikan setiap novel yang berpotensi meningkatkan
minat membaca novel dalam kalangan pelajar

1.5 SKOP PENYELIDIKAN
Kajian ini hanya difokuskan pada masalah amalan membaca novel dalam

kalangan pelajar Tingkatan 4 dan 5 di Malaysia. Analisis yang dijalankan meliputi
kelapan-lapan novel Tingkatan 4 dan 5 dari keempat-empat zon. Kajian ini juga hanya
melibatkan novel Bahasa Melayu dan novel Bahasa Inggeris dari negara luar yang
mempunyai jalan cerita yang sesuai untuk dibaca oleh remaja berumur 16 hingga 18
tahun. Novel-novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang terlibat adalah seperti yang
berikut:
1) Novel Jendela Menghadap Jalan
2) Novel Leftenan Adnan: Wira Bangsa
3) Novel Pantai Kasih
4) Novel Disebalik Dinara
5) Novel Songket Berbenang Emas
6) Novel Tirani

4

7) Novel Bima Sakti Menari
8) Novel Silir Daksina
1.6 HIPOTESIS

Pada pendapat saya, memang terdapat beberapa kekurangan pada novel
Malaysia. Pastinya ia melibatkan genre dan teknik penceritaan yang telah diguna
dalam novel-novel Malaysia.
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini sangat penting kerana hasil dapatan kajian ini mampu membantu
masyarakat untuk meningkatkan minat pelajar membaca novel. Hasil dapatan kajian
ini juga membantu masyarakat untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi minda
pelajar sampaikan kurang minat mereka terhadap novel.

Selain itu, dapatan kajian ini juga akan digunakan sebagai satu bukti dan
rujukan untuk masyarakat bertindak dan melakukan inisiatif bagi menambah tarikan
pelajar terhadap novel. Buktinya, kajian ini telah menemukan beberapa kekurangan
yang terdapat dalam novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang menyebabkan
kurangnya minat pelajar terhadap novel-novel tersebut. Jadi, beberapa pihak yang
mengambil berat tentang isu ini bolehlah menjadikan keputusan kajian ini untuk
membuat beberapa tindakan.

5

TINJAUAN BACAAN

2.1 BIOGRAFI PENULIS

Dayang Noor

Nama sebenar : Noor Aziza Bt. Sulaiman
Pengkarya novel : Novel Disebalik Dinara

Dayang Noor atau nama sebenarnya ialah Noor Aziza Bt. Sulaiman dilahirkan
pada tahun 1974 di Pahang. Beliau telah meneruskan ijazahnya dalam bidang
Elektronik dan Kejuruteraan Komputer dan kini bekerja sebagai Eksekutif IT dengan
salah satu syarikat integrasi sistem IT terbesar di Selangor. Pada peringkat awal,
beliau hanya menghasilkan dua karya novel dan menulis skrip untuk persembahan
teater sahaja. Karya novelnya yang lain berjudul Hilang dan Jerat. Beliau tidak
menceburi bidang kesusasteraan untuk menghasilkan karyanya tetapi beliau hanya
belajar sendiri dari buku rujukan untuk menghasilkan penulisan yang kreatif.

Pada bulan Ogos 2010, beliau mendapat maklumat tentang Sayembara
Fiksyen Sains yang dianjurkan oleh UTM bersama dengan Utusan Melayu. Pada masa
itu, beliau mula menulis karya Disebalik Dinara dan menghantar karyanya pada bulan
November 2010. Tidak lama selepas itu, pada bulan April 2011 beliau dihubungi oleh
pihak UTM dan Utusan dan diberitahu bahawa karyanya layak untuk diterbitkan dan
karyanya adalah salah satu pemenang Sayembara Fiksyen Sains itu.
Pada Bulan November 2012, beliau akhirnya mendapat undangan dari pihak
penganjur untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah.

6

Ruhaini Matdarin

Nama sebenar : Ruhaini Matdarin
Pengkarya novel : Jendela Menghadap Jalan
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981 di Kota Kinabalu, Sabah.
Beliau pernah mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan. Beliau
juga pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat
kewangan di beberapa buah syarikat. Bermula tahun 2016, beliau memilih untuk
bekerja secara freelance atau bebas tetapi hal ini ternyata menambah kesibukannya
terhadap kerja hakikinya supaya boleh menulis pada bila-bila masa. Oleh sebab itu,
beliau juga merupakan pengasas kepada beberapa program karya sastera.
Beliau juga adalah seorang penulis karya novel dewasa, novel remaja dan
cerpen sejak tahun 2007. Antara novel remaja yang ditulis olehnya adalah Jendela
Menghadap Jalan, Waris Pejuang, Dalam Getar Waktu, Cerita Perang Bariga dan
Kotak. Lantaran itu, beliau telah menerima pelbagai anugerah bagi setiap karyanya
yang terbaik termasuklah pemenang tempat ke-2 hadiah Sastera Kumpulan Utusan
pada tahun 2010 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan.

7

Pak Latip

Nama sebenar : Abdul Latip Talib
Pengkarya novel : Leftenan Adnan : Wira Bangsa
Abdul Latip bin Talib dilahirkan di Kampung Ulu Seperi Rembau, Negeri
Sembilan pada 2 Jun 1954. Beliau pernah bekerja sebagai pegawai ladang FELCRA
selama 20 tahun dan kini menjadi penulis sepenuh masa.
Beliau menulis dalam pelbagai jenis karya sastera seperti sajak, cerpen,
rencana, drama televisyen dan novel. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan 20
buah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sejak tahun 2007, beliau lebih
menumpukan penulisan novel sejarah dengan PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.. Antara karya yang telah diterbitkan olehnya ialah Salahudin Penakluk
Jerusalem 2007.
Sehingga kini, beliau sudah menerbitkan 27 buah novel sejarah. Kecekalan
beliau menghasilkan karya seperti ini telah melayakkan beberapa buah karya beliau
merangkul pelbagai anugerah. Antaranya Sayembara Cerpen Berunsur Islam,
Sayembara Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan Sayembara Cerpen dan
Puisi Negeri Sembilan. Novel Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera
Utusan 2005.

8

Azmah Nordin

Nama sebenar : Azmah Nordin
Pengkarya novel : Pantai Kasih

Azmah Nordin dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958. Beliau
menerima pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Beliau
ke Sabah pada tahun 1973 dan seterusnya menetap di sana sehingga kini. Beliau mula
berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana.
Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986.
Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.

Khairuddin Ayip

Nama sebenar : Khairuddin Ayip
Pengkarya novel : Songket Berbenang Emas

9

Khairuddin Ayip yang dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Februari 1962.
Beliau banyak menghasilkan buku kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak.
Hasil penglibatannya dalam bidang penulisan kreatif.

Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat ketiga
Sayembara Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II, 1980 (Guruku Ibuku Jua),
tempat pertama Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayang),
hadiah penghargaan Novel Remaja Utusan-Public Bank 1989 (bukan Untukku),
tempat pertama Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang
Emas), tempat kedua Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1991 (Mawar Putih
Mawar Merah) dan tempat kedua Peraduan Menulis Cerpen Kanak-kanak Hari Guru
Kebangsaan 2000 (Semerah Saga).

Beb Sabariah

Nama sebenar : Bibi Sabariah Hj. Abang Awet
Pengkarya novel : Tirani

Beb Sabariah lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak.
Setelah lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching, beliau terus
mendapat pendidikan diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor. Beliau mula
aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam karya cerpen, puisi,
rencana serta rencana kritikan sastera.

10

Selain itu cerpen dan puisi beliau juga pernah disiarkan dalam akhbar
Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Berita Minggu, Utusan Sarawak,
Mingguan Sarawak serta Majalah Dewan Sastera dan Majalah Wanita.

Beb Sabariah mungkin sedikit terlindung dalam lautan manusia yang bergelar
penulis di media terutama di Semenanjung. Namun bagi penulis dan peminat sastera
Sarawak, nama ini cukup gah menghiasi laman sastera melalui aktiviti sastera
mahupun karya-karyanya.

Cerita yang digarap beliau dengan bahan-bahan menarik iaitu ilmu yang
diperoleh melalui Internet dan hasil pembacaan yang cukup luas. Beliau juga
memanfaatkan sebaik-baiknya warna kehidupan dan budaya masyarakat setempat.
Misalnya, novel Tirani yang mengangkat tema pelancongan di Sarawak. Novel ini
diperkaya dengan adat perkahwinan daripada merisik, bertunang sehingga ke hari
persandingan, selain permasalahan yang cukup jauh untuk diselami iaitu soal
pembedahan plastik untuk kecantikan.

Dalam menggarap hasil-hasil karyanya, Beb Sabariah merupakan penulis yang
cukup peka dengan segala peristiwa yang berlaku di sekitar. Sesetengah penulis
gemar mengangkat cerita daripada peristiwa yang benar-benar terjadi, sama ada pada
diri sendiri mahu pun keluarga dan sahabat handai. Contohnya, Beb Sabariah
mendapat ilham menulis cerpen Surat Untuk Nancy Maimunah apabila perasaan
marahnya begitu bergejolak tatkala serangan Amerika ke atas Afghanistan dan Iraq
dilancarkan.

Satu kebanggaan dan pujian yang harus diberikan kepada Beb Sabariah yang
telah bertugas sebagai pendidik selama 35 tahun ini. Walaupun, beliau bermula lewat
dalam bidang penulisan namun sebenarnya, minatnya bercambah dalam usia
remajanya.

11

Nizar Parman
Nama sebenar : Nizar Parman
Penulis karya : Novel Silir Daksina
Nizar Parman atau nama sebenarnya Muhd. Nizar bin Parman dilahirkan pada
31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau
meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta (MPKI) Ipoh, Perak. Pada tahun
2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu
Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia.
Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI.
Beliau terdorong untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis
oleh Sasterawan Negara dan penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana.
Setiap minggu, beliau akan meminjam buku di perpustakaan.
Isu dan tema yang ingin disampaikan dan yang menjadi keutamaan dalam
karya beliau ialah kisah kehidupan masyarakat di luar bandar dan marhaen. Baginya,
kelompok ini cukup penting untuk mengimbangi sosiobudaya masyarakat di negara
kita. Dari hasil kegigihannya menulis dan berkarya, Nizar Parman telah meraih
pelbagai anugerah.

Sri Rahayu Mohd Yusop

12

Nama sebenar : Sri Rahayu Bt. Mohd Yusop
Penulis karya : Bima Sakti Menari

Nama Sri Rahayu wajar dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana
dalam tempoh 12 tahun berkarya, beliau telah menghasilkan sembilan buah novel dan
kesemua novel tersebut memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Kategori Novel
Remaja. Dua daripadanya, iaitu Bukan Legasi Lalang dan Bimasakti Menari
memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel)
bagi tahun 2000/2001 dan 2012.

Beliau berasal dari Tanjong Karang, Selangor dan sudah berkahwin serta
mempunyai 2 orang cahaya mata. Kini, beliau bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris.
Latar belakang pendidikannya bukan dalam kesusasteraan Melayu sebaliknya
memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL daripada University of Otago, New
Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand.

Sri Rahayu menyukai genre fiksyen sains kerana terdapat kurang saingan di
peringkat kebangsaan. Di samping itu, katanya, jenis novel fiksyen sains sentiasa
memerlukan penulisnya mengikuti perkembangan terkini tentang teknologi. Sebagai
pengarang, Sri Rahayu mempunyai rujukan untuk berkarya. Beliau menjadikan karya
Shakespeare Romeo & Juliet, Hamlet dan Macbeth sebagai rujukan. Beliau juga
menggemblengkan sumber daripada Hikayat Panji Semirang, Hikayat Hang Tuah dan
Sejarah Melayu untuk kebanyakan novelnya. Beliau juga memodelkan cerita
berdasarkan kisah pari-pari Barat iaitu fairytale.

Sri Rahayu juga mempunyai sasaran dalam dunia penulisan. Beliau berhasrat
untuk menghasilkan satu judul buku setiap tahun. Beliau tidak berharap untuk
memenangi apa-apa anugerah kerana baginya itu adalah rezeki yang ditentukan oleh
Allah SWT.

13

2.2 SINOPSIS NOVEL

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Karya Ruhaini Matdarin
Novel Tingkatan 4

Zon 1: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan
bapanya di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti
bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke
kampung, tetapi disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga ke
rumah datuk dan neneknya.

Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang
menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili
merupakan antara orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan
seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit Datuk semakin
berkurangan kerana mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh
pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih muda.

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan
golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas
surau sedia ada ataupun membina masjid baru. Geetha dan Daniel yang ditemuinya
ketika dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya.

14

Terdapat sebuah keluarga yang porak peranda di kampung itu, iaitu keluarga
Che Jah. Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung
kerana suka mencuri dan terlibat dalam penagihan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu
Lili pulang dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke
suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili
berjaya diselamatkan oleh Daniel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Hafiq, namu dia mempunyai
pendapat yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada
Che Jah dan anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami
Che Jah yang tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan
datang untuk berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-
anaknya akan dibantu sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan
nenek telah menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela
menghadap jalan.

NOVEL LEFTENAN ADNAN : WIRA BANGSA

Karya Abdul Latip Bin Talib
Novel Tingkatan 4

Zon 2: Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya

15

Novel leftenan Adnan Bangsa berlegar-legar sekitar watak utama, iaitu Adnan.
Pada peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa
kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata
penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka
bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.
Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan
yang membesarkan tiga orang anak iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Adnan
merupakan anak yang sulung keluarga Pak Saidi. Sewaktu masih kecil, Adnan
merupakan anak yang rajin membantu keluarganya dan taat akan perintah orang
tuanya. Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan
pergi ke kebun getah untuk membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia
mengerjakan sawah bendang.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya
menjadi orang buruan Inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa
Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat
mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa menekankan penting
orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para penjelajah telah
mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam
kemiskinan. Nasib orang-orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak
mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pak Saidi memiliki keazaman yang
tinggi terhadap masa depan anak-anaknya. Pengetahuan Pak Saidi tentang sejarah
tanah air dikagumi oleh penduduk kampungnya.

Sejak kecil, Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan didikan
terbaik untuk anak-anaknya. Pak Saidi mahukan anak-anaknya berbakti kepada agama,
bangsa dan tanah air. Pak Saidi sedar bahawa ilmu pengetahuan sajalah negara akan
dapat dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang-orang Melayu
menjadi pandai. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya
mendapatkan ilmu pengetahuan di sekolah aliran Inggeris. Tindakan Pak Saidi itu
mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi
akan diresapi pengaruh agama Kristian, dan seterusnya menjadi murtad.

16

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adnan
terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Sikap ringan tulang amat disenangi oleh
teman-teman dan juga guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk
menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, dia diterima menjadi guru pelatih di
Sekolah Melayu, Sungai Ramal. Namun begitu, bidang penguruan bukanlah minatnya.
Cita-citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar. Adnan terpilih menjadi askar
dalam temuduga yang diadakan di Port Dickson. Adnan berkahwin dengan Sophia.
Adnan membawa isteri dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa
menghantar anak-anak dan isterinya pulang ke kampung apabila mendengar berita
Jepun akan menyerang Singapura.

Pada Sabtu 6 Disember 1941, suatu persidangan telah berlangsung di Manila
yang dihadiri pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan
perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah belayar menuju ke Asia.
Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh
kapal tempur, kapal penjajap dan kapal pembinasa sedang menuju ke Laut China
Selatan. Hal ini merupakan isyarat yang jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam
Perang Dunia Kedua.

Batalian Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang
pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya
Bulan pada 8 Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat, mereka telah
ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang
berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah
melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan banyak askar terkorban.
Askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan supaya berundur. Askar Jepun
akhirnya berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis
serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan bahawa tentera Jepun
akan mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di
sepanjang pantai. British telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai.
British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince of Wales dan Repulse
untuk mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua buah kapal perang

17

kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang
melakukan serangan kamikaze. Berita tenggelamnya dua kapal perang itu telah
mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.

NOVEL PANTAI KASIH

Karya Azmah Nordin
Novel Tingkatan 4

Zon 3: Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan
Novel ini menceritakan tentang Raiha seorang doktor muda yang terpaksa
melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah.
Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima
pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang
dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Sepanjang bertugas di pusat rawatan itu, fikiran Raiha sering terganggu
tentang komplikasi pesakit namun, mereka masih mampu untuk bertungkus lumus
menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di
pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat sinar-X milik salah
seorang pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun,
nalurinya merasakan sebaliknya.

18

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran berkas suaminya yang
perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya. Bagaimanapun, oleh
semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangannya dalam bidang perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor
Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal, sebelum itu, Doktor
Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang
unsur-unsur pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam
spesifikasi ortopedik di institusi dahulu. Selang beberapa tahun kemudiannya, Raiha
memulakan tahun klinikal dan banyak kali membantu Doktor Uwang dalam bilik
pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah perubatan.

Tetapi, apabila bekerja di PRPK ini, pandangannya terhadap Doktor Uwang
itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya menyelubunginya dan peristiwa aneh-aneh
berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang
berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha
senang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan
yang dibeli khas oleh Doktor Uwang.

NOVEL DISEBALIK DINARA

Karya Dayang Noor
Tingkatan 4

19

Zon 4 : Johor, Sabah, Sarawak dan Labuan

Novel ini berkisar tentang seorang gadis genius bernama Farisha. Farisha mula
berjumpa Aqram dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur.
Selepas itu, Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan Rosman
ketika mereka bertemu Aqram dalam The 3rd Malaysia Computer Security Symposium.
Setelah bersetuju, Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman untuk menggodam
tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh sebulan. Farisha akan menggodam
dan mengukuhkan sistem Dinara.

Projek Dinara di Soft Lab terpaksa dihentikan kerana Karl terlantar sakit
akibat barah usus. Dr. Maxi mengetahui Projek Dinara. Dalam badan Farisha telah
dimasukkan cip telepati yang dapat berhubung terus dengan Karl. Semua perbualan
Farisha dengan Karl dapat dilihat oleh Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Sejak itu,
kesihatan Farisha kurang stabil. Shida pula dapat mengesan misteri dalam Projek
Dinara apabila nama Medina dipadamkan dari sejarah Soft Lab.

Farisha melawat Azraai dan terkejut kerana Azraai terkena serangan jantung
serta mengetahui hakikat bahawa dia anak angkat dalam keluarga Azraai.
Keesokannya, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Dr. Maxi
merancang Plan B untuk menjadikan Shida sebagai pengganti Farisha. Shida
menjalani sesi bawah sedar untuk berhubung dengan Karl. Farisha bermimpi dia
bertemu ibunya, Medina (Marilyn). Farisha memberitahu Azraai bahawa Marilyn
menghubunginya. Lalu, Azraai membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke
Selatan. Farisha telah diculik oleh pembantu-pembantu Medina di Hentian Pogoh.

Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa dia adalah
ibu kandung Farisha hasil hubungannya dengan Karl. Karl menghembuskan nafasnya
yang terakhir pada pukul 7 malam.

20

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Karya Khairuddin Ayip
Novel Tingkatan 5

Zon 1: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
Dahlia sedang berlatih bola jaring bersama-sama dengan rakannya di padang
sekolah. Ketika itu, Dahlia teringat akan emaknya, Saleha yang bersikap pelik sejak
akhir-akhir ini. Beliau bercakap sendirian di bawah pokok getah dan merayau tidak
tentu arah.
Azhari menemui Dahlia di kantin sekolah. Dia bertanyakan khabar Dahlia,
persediaan Dahlia untuk menghadapi STPM dan menyatakan hajatnya untuk
membawa keluarganya ke rumah Dahlia untuk membincangkan hubungan mereka
secara serius. Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya.
Kepulangan Dahlia disambut dengan sindiran daripada jirannya, Aton.
Sementara itu, Nek Kiah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap menantunya,
Embong yang dikatakan menjadi punca nasib malang Saleha sejak mereka berkahwin
lagi hingga mempunyai enam orang anak. Embong memarahi anaknya, Abu Bakar
kerana menjadi gelandangan selama tiga hari. Oleh sebab berasa takut, Abu Bakar
kembali melarikan diri dalam kepekatan malam.

21

Dahlia tiba di Hospital Batu Pahat untuk melawat emaknya. Namun begitu,
Haji Sulaiman memaklumkan bahawa emaknya telah dipindahkan ke Hospital Permai
Johor. Dahlia memutuskan untuk tidak hadir ke sekolah kerana Anggerik demam
panas. Dahlia juga berusaha untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar
sungai tetapi gagal. Sebaliknya, Aton menuduh Embong sebagai perancang kematian
anak tunggalnya, Said. Dahlia pula dikatakan pembunuh anak tunggalnya, Said.
Dahlia juga dikatakan pembunuh anaknya sehingga penduduk kampung yang tidak
tahu akan cerita sebenar turut terpengaruh.

Dahlia membawa Anggerik ke klinik dengan bantuan Najib dan Kavita.
Embong pula mendapati dua ekor kambingnya telah dicuri. Pelbagai peristiwa telah
berlaku kepada Dahlia dan sekeluarga. Antaranya, keluarga Azhari ke rumah Dahlia
untuk merisiknya. Embong dipatuk oleh seekor ular tedung semasa berada di bilik
mandi dan terpaksa ditahan di wad lelaki. Nek Kiah pula memberitahu Dahlia bahawa
tanah tapak rumahnya akan dijual. Kedatangan Najib dan Azhari secara kebetulan ke
rumah Dahlia telah menyebabkan neneknya beranggapan bahawa dia ialah perempuan
yang tidak baik. Aton semakin memfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah
akhlak. Kata-kata fitnah Aton telah mengundang rasa marah Abu Bakar. Ketika di
rumah, Abu Bakar memujuk kakaknya yang sedih dan menangis atas fitnah Aton itu.

Ketika mengemas bawah rumah, Abu Bakar telah menemukan dua biji telur
ayam berwarna hitam dan berbau yang busuk. Telur itu mengandungi pelbagai bahan
untuk tujuan sihir dan khianat kepada keluarganya. Dahlia meminta Abu Bakar
membuang telur-telur ayam itu ke dalam sungai. Dahlia mendapati Nek Kiah
terbaring kesakitan. Dahlia cuba membantu neneknya tetapi dihalau dengan alasan
tidak mahu rumahnya didatangi sial.

Rakan-rakan Dahlia dan Cikgu Hisham gembira apabila Dahlia hadir ke
sekolah semula. Dahlia mendapati emaknya telah dibenarkan pulang ke rumah. Nek
Kiah dimasukkan ke wad wanita kerana sakit. Nek Kiah berasa bersalah atas sikap
prejudisnya terhadap Embong sekeluarga. Nek Kiah tinggal di rumah Embong.

Banjir besar telah melanda. Penduduk kampung terpaksa dipindahkan ke surau
dan balai raya. Menurut Haji Sulaiman, Banjir yang berlaku di kampung mereka

22

adalah untuk mencuci kekotoran yang ada di kampung itu. Dahlia tekun belajar dan
berjaya menghadapi STPM dengan jayanya. Cikgu Daim membawa khabar berita
buat Dahlia bahawa dia terpilih untuk mengikut khusus Pengurusan Perniagaan
peringkat Ijazah selama empat tahun di Jepun.

Majlis pertunangan Dahlia dengan Azhari selamat dijalankan pada 30
Disember walaupun tanpa upacara menyarungkan cincin. Azhari menemui Dahlia di
stesen bas sebelum dia bertolak ke Kuala Lumpur. Azhari menghadiahi Dahlia sehelai
songket merah berbenang emas sebagai simbol bahawa mereka ialah orang Melayu
yang kaya dengan adat dan budi bahasa.

NOVEL TIRANI

Karya Beb Sabariah
Novel Tingkatan 5
Zon 2: Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya

Waheeda berkeinginan tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada
wajahnya bagi membaiki, memulih dan menjaga kemasan diri. Sebagai pengurus
Chalet Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala keperluan dan
kemudahan yang diperlukan oleh tetamu. Fadhil iaitu ayah Waheeda teringat akan
bantahannya terhadap hasrat Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada
hidungnya kerana bertentangan dengan hukum syarak dan konversi agama. Kehadiran

23

monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba di chalet itu mengejutkan Waheeda
dengan pengunjung yang lain. Waheeda dikejarkan ke hospital kerana wajahnya telah
dicederakan oleh monyet itu.

Waheeda memilih untuk tinggal lebih lama dan mencari kerja di Singapura
kerana kesan pembedahan hidungnya belum stabil. Waheeda bersyukur kerana
mendapat tawaran bekerja di Flamingo Resort sebagai Pegawai Perhubungan Awam.
Hallaway iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Hotel Flamingo de La Rossa mengarahkan
Waheeda menyiapkan brosur kempen suku kedua tahun ini dan dia akan mewakili
Flamingo dalam pertandingan Ratu Pelancong Antarabangsa di Four Season Hotel.
Kehadiran Waheeda di situ menarik minat Zahid. Maka, bermulalah detik-detik
percintaan mereka berdua.

Zahid memperkenalkan Waheeda kepada bapanya, Datuk Yaseer Arief di
Restoran de La Rossa. Waheeda dan Datuk Yaseer Arief banyak bercerita tentang
perkembangan industri pelancongan di Sarawak. Kemudian, Zahid menghantar
rombongan merisik Waheeda. Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis
berhenti kerja di Hotel Flamingo de La Rosa. Waheeda enggan berbuat demikian
kerana kontraknya yang masih terikat dengan pihak hotel tersebut. Waheeda
menghubungi Dr. Rushdi untuk memaklumkan tulang rawan yang dirasakan runtuh
akibat demam selsema. Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC dengan segera
untuk menjalani pembedahan pada bahagian hidungnya.

Setelah gagal menghubungi Waheeda, Zahid tekad untuk ke Singapura. Majlis
pertunangannya dengan Waheeda dibatalkan. Anati memberitahu Zahid bahawa
Waheeda sedang menerima rawatan di SMC. Majlis persandingan kali kedua bagi
Waheeda dan Zahid pula diadakan di Restoran Seri Gading. Zahid berasa cemburu
dan ragu akan kesetiaan Waheeda apabila menemui Waheeda di bilik penginapan
Dawood di Chalet Tajau Emas.

Raidah menasihati Waheeda agar menjaga batas pergaulannya dengan
pelanggan lelaki bagi mengelakkan Zahid cemburu dan buruk sangka. Waheeda
selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan di bilik wad eksklusif.
Zahid tidak dapat datang semasa Waheeda melahirkan anaknya. Zahid mempertikai

24

status anak kandungannya setelah meneliti ciri-ciri fizikal yang terdapat pada bayi
perempuannya itu. Waheeda menyerah sampel rambutnya, rambut Zahid agar melihat
hasil laporan DNA tetapi dipertikaikan oleh Zahid. Zahid menceraikan Waheeda
disebabkan cemburu dan sikap curiganya itu. Kesannya, Waheeda mengalami
masalah kemurungan dan migrain meroyan.

Waheeda mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan
Islam. Di pusat rawatan itu, Waheeda terjumpa dengan Lais. Lais berhasrat untuk
menjual Chalet Iwana-Iwani miliknya yang terletak di Cameron Highlands. Akhirnya,
Chalet tersebut dibeli oleh Waheeda dan Ghazi. Nama Chalet itu ditukarkan kepada
Aya-Sajinah. Waheeda cekal membangunkan chalet itu walaupun terpaksa berjauhan
dengan Izzati yang bersekolah di Sarawak.

Izzati berbual dengan ibunya, Waheeda. Perbualan mereka berkisarkan kertas
laporan DNA, gambar majlis konvensyennya dan wajah ibunya yang berbeza dengan
wajahnya. Izzati kini membesar sebagai gadis sunti yang bijak, berdikari serta mampu
membantu Lais menyelia Cafe Iwani. Lais dapat mengesan bahawa Zahid ialah bekas
suami majikannya, iaitu Waheeda.

Zahid melahirkan kekesalannya terhadap sikapnya yang enggan melihat
laporan DNA. Zahid menangis apabila Izzati disahkan anak kandungnya. Waheeda
meninggalkan Cafe Iwani apabila dia terpandang Zahid yang sedang berbual dengan
Lais dan Izzati. Izzati memberitahu ibunya tentang penyesalan Zahid. Perkara itu
sukar diterima Waheeda lantaran kekecewaan hatinya akibat tindakan kejam Zahid.
Lais cuba menenangkan perasaan Zahid dan Waheeda. Izzati pula memujuk ibunya
agar memaafkan kesalahan bapanya.

25

NOVEL BIMA SAKTI MENARI

Karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Novel Tingkatan 5

Zon 3: Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan

Nurul Hafsa memulakan hari pertama bekerja di Balai Cerap Sultan
Salahhudin, Kuala Selangor. Dia menerima kunjungan rombongan murid-murid dari
Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima yang ingin mencerap langit bintang-
bintang di Kuala Selangor. Malangnya, hasrat mereka tidak tercapai akibat langit
terlalu cerah malam itu. Rombongan tersebut juga tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kampung Kuantan.

Kegagalan tersebut membuat Nurul Hafsa ingin menjadikan kawasan Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap. Tujuanya agar lampu-lampu di
Kuala Selangor menggunakan gelombang yang rendah. Hasratnya itu disokong oleh
Muhammad Taufik yang turut sama ingin menjayakan projek Kawasannya Simpan
Langit Gelap itu. Hasil pengaruh bapa Taufik iaitu Tan Sri Muhaimin, mereka berjaya
membuat pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap kepada Pegawai
Daerah. Walau bagaimanapun, projek berkenaan mendapat tentangan daripada musuh
perniagaan Taufik.

Menteri Besar telah mengadakan satu majlis terbuka di dalam Dewan Kuliah
Bangunan Sultan Salahuddin untuk mendengar pembentangan projek berkenaan

26

daripada Nurul Hafsa dan Muhd Taufik. Musuh perniagaan bapa Taufik turut hadir
dalam majlis tersebut. Beliau telah mengemukakan pelbagai soalan semata-mata
untuk mempengaruhi Menteri Besar agar membatalkan projek itu. Namun begitu,
semua soalan beliau dijawab dengan tuntasnya oleh Nurul Hafsa. Lantaran itu, musuh
perniagaan bapa Taufik itu merancang perkara yang buruk terhadap Muhd Taufik dan
Nurul Hafsa supaya Menteri Besar membatalkan projek.

Muhd Taufik telah diserang ketika balik dari masjid. Muhd Taufik dijumpai
berlumuran darah oleh Budiman dan Nurul Hafsa. Selepas menerima rawatan di
hospital, Muhd Taufik diminta mengikut ibunya pulang ke Otogo, New Zealand.
Sewaktu bersiap-siap untuk keluar dari hospital, Muhd Taufik menerima jambangan
bunga yang dibungkus dengan kain hitam berhias manik-manik milik Nurul Hafsa.
Secebis kertas terjatuh ketika dia meleraikan kain itu. Kertas itu tertulis kata-kata,
Jumaat, 8.30 pagi, stesen minyak, seorang diri. Muhd Taufik telah diculik dan dibawa
ke sebuah rumah di kebun kelapa. Di situlah juga Nurul Hafsa ditempatkan.
Berita penculikan Muhd Taufik menjadi hangat. Sementara itu, Nurul Hafsa telah
dilepaskan oleh penculik di satu estet. Nurul Hafsa membuat laporan pada pihak polis.
Akhirnya, pihak polis berjaya mengesan sebuah rumah di kawasan perladangan.
Sepasukan Pasukan Gerak Khas telah berjaya memberkas penjenayah sekali gus
menyelamat Taufiq.

Selepas peristiwa tersebut, hubungan Muhd Taufik dan Nurul Hafsa semakin
rapat. Muhd Taufik melahirkan hasratnya untuk meminang Nurul Hafsa. Senyuman
terukir pada wajah Nurul Hafsa apabila membaca satu mesej teks yang baru diterima
menerusi telefon bimbitnya. Mesej itu adalah ‘Kita ialah dua ekor kelip-kelip yang
terakhir di dunia.

27

NOVEL SILIR DAKSINA

Karya Nizar Parman
Novel Tingkatan 5
Zon 4: Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia
hidup bersama ibu dan ayah tirinya. Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip
lama yang di dalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan manuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya,
untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentang daripada uminya. Umi melarang
Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia
sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu.
Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian,
keseorangan dan dihurungi kerinduan terhadap anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun
uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan
hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang
perbelanjaan untuk ke sana.

28

Sesampai saja di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh
penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung Haiqal seorang
disegani di sana. Sedikit demi sedikit, Haiqal mengetahui mengenai arwah ayahnya
melalui penceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.

Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Ayahnya juga
seorang yang sangat mencintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali
ayah kandungannya. Semenjak ayahnya meninggal dunia, Kampung Seri Purnama
kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D’Purnama membuat
persembahan zapin. Haiqal dan Swee Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat
terharu kerana umi, walid dan anak tirinya turut memberikan sokongan. Dendam
uminya terhadap Abdullah bin Karyan telah melebur apabila dia datang ke Kampung
Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari tarian zapin.

2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL
NOVEL DISEBALIK DINARA

Novel ini bertemakan teknologi dan hubungan kekeluargaan. Penceritaan
dalam novel ini ibarat kehidupan manusia pada zaman akan datang di mana teknologi
serta sistem komputer dan data telah dinaik taraf dan menjadi jauh lebih canggih.
Watak utama dalam novel ini iaitu Farisha adalah seorang gadis yang genius kerana
dia bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem. Namun, setelah dia menerima
tawaran untuk menggodam tiga komputer di sebuah syarikat yang bernama Soft Lab,
keadaan dirinya dan kehidupannya sendiri mulai berubah. Dia mula mengetahui
bahawa dirinya adalah anak angkat kepada keluarganya dan identiti ibu dan ayah
kandungnya telah terbongkar.

Teknologi yang wujud dalam novel ini juga sangat menarik. Antaranya ialah
cyborg atau lebih dikenali sebagai robot yang mempunyai rupa dan perasaan yang
hampir serupa seperti manusia dan juga mikrocip. Mikrocip yang direka oleh penulis
boleh memindahkan memori seseorang dan merakam perbualan seseorang. Farisha
pula langsung tidak dapat membezakan ciri-ciri fizikal antara manusia dan robot.

29

Sistem kawalan keselamatan yang terdapat pada pintu rumah juga canggih kerana
terdapat alat pengimbas mata.

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel ini menjadi lebih menarik lagi apabila terdapat pelbagai konflik yang

berlaku di kampung datuk dan nenek watak utama ini, Lili. Bukan itu sahaja, watak
utama itu sendiri juga mempunyai perwatakan yang baik dan sopan santun. Hal ini
juga menyebabkan berlaku sedikit perselisihan faham antara Lili dengan sahabat
baiknya iaitu watak sampingan yang bernama Geetha yang mula mencemburui Lili
sewaktu Lili berada di kampung itu.

NOVEL LEFTENAN ADNAN : WIRA BANGSA
Novel ini sangat menarik kerana penceritaannya dari mula sehingga akhir

adalah berkaitan sejarah Tanah Melayu. Watak utama dalam novel ini memainkan
peranan besar dalam sejarah Tanah Melayu iaitu sewaktu Perang Dunia Kedua dan
sewaktu penjajahan Jepun ke Tanah Melayu. Pada peringkat awal penceritaan, kisah
hidup watak sampingan bernama Pak Saidi, mendidik anak-anaknya termasuklah
watak utama novel ini iaitu Adnan sangat menarik kerana di situ adalah proses
perkembangan watak Adnan sebelum beliau menjadi seorang askar. Terdapat banyak
pengajaran yang boleh diambil dari cara didikan Pak Saidi.

Selain itu, novel ini juga menceritakan tentang pertempuran Jepun di Tanah
Melayu dengan askar-askar Melayu yang dibantu oleh British. Penceritaan di sini
dapat menggambarkan dengan jelas suasana sebenar di medan pertempuran pada
waktu itu. Kita seringkali mendengar nama watak Leftenan Adnan di kaca televisyen
tetapi pengetahuan tentang beliau sangatlah kurang. Peringkat akhir penceritaan
adalah saat-saat yang paling dinantikan iaitu watak Leftenan Adnan telah mengambil
aksi untuk mempertahankan tanah airnya.

NOVEL PANTAI KASIH
Novel ini banyak menceritakan tentang kehidupan seorang pakar perubatan

seperti doktor dan jururawat. Penceritaan novel ini dapat menggambarkan situasi yang
berlaku dalam kehidupan pakar perubatan sekali gus memberi sedikit ilmu dalam
bidang perubatan kepada para pembaca.

30

Watak utama dalam novel ini adalah seorang wanita yang bekerja sebagai
doktor pakar bedah dan novel ini menceritakan tentang cabaran dan pengalaman yang
telah dihadapinya sebelum dan semasa bekerja di sebuah pusat rawatan. Bukan sahaja
watak utama ini terbeban dengan kerjaya atau pekerjaannya tetapi hubungannya
dengan keluarga, kisah silam yang sering menghantuinya dan masalah cinta yang
dialami turut memberi cabaran kepadanya.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Novel ini juga menarik kerana penceritaannya melibatkan pelbagai jenis

konflik dan perselisihan faham dalam sebuah keluarga yang besar di sebuah
perkampungan. Perselisihan yang berlaku telah menyebabkan hubungan antara ahli
keluarga itu semakin renggang. Namun sebenarnya, seluruh keluarga itu telah dibuat
orang apabila mereka telah menjumpai sebiji telur berwarna hitam di bawah rumah
mereka.

Bukan itu sahaja, novel ini juga menarik kerana novel ini juga menceritakan
tentang watak utama yang bernama Dahlia menempuh pelbagai cabaran dan dugaan
walaupun pada waktu itu dia sedang mengalami tahun STPM.

NOVEL TIRANI
Novel ini banyak mengisahkan tentang semangat seorang wanita bernama

Waheeda untuk bekerja keras walaupun selepas mengharungi pelbagai cabaran.
Wanita ini juga adalah seorang yang berkeinginan tinggi dan tidak berputus asa untuk
memperbaiki setiap kecacatan yang wujud dalam kehidupannya. Seterusnya,
Waheeda juga adalah seorang wanita yang suka menguruskan hal-hal tetamu di
pelbagai tempat penginapan seperti hotel dan resort serta restoran. Walaupun selepas
dia telah berkahwin dan berpisah dengan suaminya, dia juga tetap menumpukan
perhatian terhadap pekerjaannya.

Selain itu, terdapat juga konflik yang menyebabkan Waheeda dan suaminya
itu berpisah. Perpisahan yang berlaku itu jugalah yang telah menguatkan lagi
semangat Waheeda untuk bekerja keras sambil menjaga dan memberi didikan yang
terbaik kepada anaknya. Pada peringkat akhir novel ini, penceritaannya bertambah
menarik lagi apabila anak perempuan Waheeda telah menjumpai dan berkenalan

31

dengan ayah kandungnya secara tidak sengaja. Hal ini menyebabkan, kedua watak
yang pernah berpasangan suami isteri ini berasa semakin kesal.

NOVEL SILIR DAKSINA
Secara keseluruhannnya, novel ini mempunyai sedikit ilmu tentang tradisi

kaum Melayu yang masih terkenal di negara kita sehingga hari ini iaitu tarian zapin
Selain itu, terdapat juga unsur-unsur sastera dalam novel ini. Watak utama dalam
novel ini pula adalah seorang remaja yang terbeban dengan masalah perpisahan ibu
bapanya kerana ibu kepada watak utama ini mempunyai dendam yang tidak
berkesudahan terhadap berkas suaminya. Hal ini menyebabkan, penceritaan novel ini
menjadi menarik lagi apabila watak utama tersebut berani melakukan apa sahaja demi
mencari tempat tinggal ayah kandungnya untuk mengenali kehidupan ayahnya dengan
sendirinya. Selain itu, novel ini bertambah menarik lagi apabila penduduk di kawasan
tempat tinggal ayahnya itu sangatlah peramah dan menghormati watak utama ini
sehinggakan watak utama novel ini telah melibatkan diri dalam sebuah persembahan
tarian zapin.

NOVEL BIMA SAKTI MENARI
Novel ini lebih tertumpu kepada sains dan teknologi, perkhidmatan dan

mempunyai sedikit keganasan. Watak utama dalam novel ini yang bernama Nurul
Hafsa telah bekerja di sebuah balai cerap yang menyediakan aktiviti mencerap langit
dan melihat kewujudan kelip-kelip kepada pelajar sekolah. Selepas beberapa peristiwa
yang berlaku, dia mempunyai idea yang bernas untuk mewujudkan sebuah kawasan
Simpanan Langit Gelap. Bermula dari sini, watak utama itu telah bekerjasama dengan
seorang lelaki dan berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan kawasan itu walaupun
terdapat musuh yang mahu menghalang mereka berdua menjalankan projek itu.

Novel ini menjadi lebih menarik lagi apabila musuh mereka berdua telah
mengambil langkah yang tidak wajar demi menghalang dari projek itu diteruskan.
Terdapat peristiwa penculikan dan keganasan yang membuatkan penceritaan di sini
memberikan saspens kepada pembaca. Namun, Nurul Hafsa berjaya menyelamatkan
dirinya dan terus melaporkan peristiwa itu kepada pihak polis.

32

METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL

3.1 JENIS NOVEL FIKSYEN HURAIAN
TAJUK NOVEL / BUKAN FIKSYEN
Penulis hanya mereka watak dan
Jendela Menghadap Jalan Fiksyen jalan cerita itu sendiri.

Leftenan Adnan: Wira Bangsa Bukan fiksyen Penulis menyampaikan cerita dan
sejarah sebenar.

Pantai Kasih Fiksyen Penulis hanya mereka watak dan
jalan cerita itu sendiri.

Disebalik Dinara Fiksyen Penulis hanya mereka watak dan
jalan cerita itu sendiri.

Songket Berbenang Emas Fiksyen Penulis hanya mereka watak dan
Tirani Fiksyen jalan cerita itu sendiri.
Bima Sakti Menari Fiksyen Penulis hanya mereka watak dan
jalan cerita itu sendiri.
Penulis hanya mereka watak dan
jalan cerita itu sendiri.

Silir Daksina Fiksyen Penulis hanya mereka watak dan
jalan cerita itu sendiri.

3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA

TARIKH TINDAKAN

27/7/2021 - Mencari format sebenar tesis

- Mencari format dan petunjuk untuk membuat setiap

komponen yang terdapat dalam tesis

29/7/2021 - Mencari maksud novel

- Mencari maksud novel fiksyen dan bukan fiksyen

31/7/2021 - Mencari biodata dan latar belakang penulis novel

- Mengenal pasti tarikan yang terdapat dalam setiap novel

2/7/2021 - Menganalisis setiap novel sama ada ia adalah jenis novel

fiksyen atau bukan fiksyen

33

4/7/2021 - Mengenal pasti tema setiap novel dan bukti yang
6/7/2021 mengukuhkan tema itu
9/7/2021 - Bertanya kepada rakan-rakan yang mempunyai salah satu
novel Tingkatan 4 tentang keunikan dan tarikan yang terdapat
12/7/2021 dalam novel
14/7/2021 - Mengenal pasti persamaan pada novel-novel Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5 atau mengikut zon
- Mencari perbezaan antara kelapan-lapan novel
- Membuat perbandingan antara novel Malaysia dengan novel
luar negara
- Mencari keistimewaan novel luar negara berbanding novel
Malaysia
- Mengenal pasti dan memilih pengajaran yang terdapat dalam
setiap novel
- Bertanya pendapat dari cikgu tentang data yang telah
dikumpul dan format tesis yang telah siap dihasilkan

3.3 TEMA SETIAP NOVEL
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Tema
Tema novel ini ialah kesabaran seorang gadis dalam menempuh pelbagai ujian dan
rintangan.
Huraian 1
Semasa berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala
Lumpur untuk mengadu masalah kerana dia berusaha sedaya upaya menempuh ujian
dengan semangat yang kental
Huraian 2
Semasa berada di Kampung Sentosa, Lili pernah ditahan, dikurung dan diikat oleh
Rafiq di sebuah pondok buruk, namun peristiwa tersebut tidak mematahkan
semangatnya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq dan cuba membantu
menyelesaikan masalah Rafiq.

34

NOVEL LEFTENAN ADNAN: WIRA BANGSA
Tema
Tema novel ini ialah keberanian dan keperwiraan seorang askar Melayu untuk
mempertahankan tanah air yang dijajah oleh kuasa asing.
Huraian 1
Keperwiraan beliau terbukti apabila beliau berjuang menentang askar Jepun hingga ke
hujung nyawanya.
Huraian 2
Disebabkan bapa Leftenan Adnan juga pernah menjadi seorang pahlawan, keberanian
dan kecekalan Leftenan Adnan untuk mempertahankan tanah airnya telah tertanam
dalam hatinya sejak kecil lagi.

NOVEL PANTAI KASIH
Tema
Tema novel ini ialah ketabahan hati seorang wanita dalam menghadapi pelbagai
rintangan dalam hidupnya.
Huraian 1
Raiha tabah menghadapi halangan ayahnya yang tidak menggalakkannya menjadi
pakar bedah dan berkahwin dengan Doktor Sadiz
Huraian 2
Dia juga tabah menjalani dugaan memiliki anak yang cacat, malahan anaknya itu mati
dalam kebakaran kereta.
Huraian 3
Doktor Raiha juga tabah menghadapi cabaran dalam kerjayanya, iaitu pencerobohan
di tempat kerjanya oleh bekas pelajar perubatan yang tidak tamat pengajian dan
kompilasi yang dialami oleh seorang pesakit yang tidak sembuh-sembuh meskipun
telah menjalani lima pembedahan.

NOVEL DISEBALIK DINARA
Tema
Tema novel ini ialah ketaasuban seseorang terhadap teknologi hingga mengetepikan
nilai kemanusiaan.
Huraian 1

35

Karl telah berjaya memasukkan mikrocip ke dalam tubuh anaknya, Farisha untuk
menjadikannya genius.

Huraian 2
Karl juga telah menyeksa isterinya Medina hingga cacat dan menukarnya menjadi
cyborg kerana dia beranggapan bahawa Medina adalah pesaingnya yang lebih hebat
darinya.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Tema
Tema novel ini ialah ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup
Huraian 1
Dahlia juga tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang
lemas di sungai berhampiran rumahnya.
Huraian 2
Dahlia juga tabah melayan kerenah neneknya yang membenci keluarga Dahlia kerana
keluarga mereka hidup dalam kemiskinan berbanding anak-anaknya yang lain yang
hidup senang.
Huraian 3
Dahlia tetap tabah apabila emaknya telah dimasukkan ke dalam hospital kerana
mengalami tekanan perasaan.

NOVEL TIRANI
Tema
Kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan
dalam kehidupannya.
Huraian 1
Waheeda cekal mengharungi liku-liku pahit dan manis dalam alam rumah tangganya
bersama-sama dengan Zahid sehingga memperoleh seorang cahaya mata perempuan.
Dia turut mengalami masalah kemurungan akibat keretakan dalam rumah tangganya.
Huraian 2
Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila
dia berani membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang
terletak di Cameron Highlands dan menukarkan namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.

36

NOVEL BIMA SAKTI MENARI
Tema
Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Huraian 1
Nurul Hafsa dan Muhd Taufik telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan
terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara.
Huraian 2
Nurul Hafsa dan Muhd Taufik cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap
bintang.

NOVEL SILIR DAKSINA
Tema 1
Tema novel ini ialah pengorbanan anak muda untuk mempertahankan warisan seni
kebudayaan dan kesusasteraan demi memenuhi amanah arwah ayah kandungnya.
Huraian 1
Haiqal tetap pergi ke kampung halaman ayahnya di Johor walaupun dihalang oleh
uminya untuk mencari kehidupan yang dihadapi oleh ayahnya, Abdullah bin Kayan.
Huraian 2
Haiqal sanggup mempelajari tentang seni kesusasteraan dan kesusasteraan demi
memenuhi amanah arwah ayahnya.

3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL
Antara novel Tingkatan 4 yang paling menarik adalah novel Disebalik Dinara

kerana novel tersebut mempunyai teknik plot yang menarik. Penceritaan yang
disampaikan oleh penulis adalah lain dari yang lain kerana secara keseluruhannya ia
tidak banyak melibatkan kisah percintaan, kisah ketabahan menghadapi dugaan dan
cabaran serta kisah kegigihan untuk menggapai impian. Novel ini lebih bertemakan
teknologi dan manusia di dalam novel itu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah
menukarkan manusia menjadi robot untuk bersaing bagi menentukan pihak yang lebih
hebat.

37

Selain itu, novel Leftenan Adnan: Wira Bangsa juga adalah novel yang paling
digemari pelajar kerana novel tersebut menerangkan lebih mendalam lagi tentang
perjuangan Leftenan Adnan semasa bertempur dengan askar Jepun sehingga beliau
sendiri terkorban. Secara tidak langsung penceritaannya boleh memberi gambaran
suasana petempuran itu kepada pelajar. Bukan itu sahaja, novel ini juga menceritakan
tentang kehidupan keluarga Leftenan Adnan terutamanya Pak Saidi iaitu ayah Adnan
dan cara ayahnya memberikan didikan terbaik kepada anak-anaknya

Bagi novel Tingkatan 5 pula, novel yang paling digemari ramai ialah novel
Tirani kerana novel ini juga mempunyai jalan cerita yang menarik. Novel ini
berkaitan dengan seorang wanita yang berkeinginan tinggi dan gigih berusaha dalam
pekerjaannya. Walaupun wanita tersebut ditimpa dugaan yang berat, dia tetap tabah
dan cuba untuk memulihkan sesuatu kecacatan yang dialaminya kepada keadaan
asalnya. Contohnya, wanita itu sangat mahukan pembedahan untuk memulihkan
keadaan hidung yang patah itu akibat diserang oleh monyet belanda. Selain itu, dia
juga berusaha untuk mendapatkan rawatan mental dan emosi kerana kemurungan
akibat keretakan rumah tangga. Konflik dan peristiwa dalam novel ini mampu
memberi kejutan kepada pelajar.

3.5 PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
Kedua-dua novel Tingkatan 4 dan 5 dari zon 1 adalah bertemakan ketabahan

seorang gadis remaja menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup. Novel tersebut
adalah novel Jendela Menghadap Jalan dan novel Songket Berbenang Emas. Buktinya,
novel Jendela Menghadap Jalan menceritakan tentang seorang gadis yang bernama
Lili. Lili disuruh oleh ibunya untuk menghabiskan masa cuti sekolahnya di kampung
halaman datuk dan neneknya. Walaupun Lili telah menghadapi pelbagai dugaan di
kampung halaman, Lili tidak pernah membuat aduan kepada ibunya tentang masalah
yang dihadapinya. Novel Songket Berbenang Emas pula menceritakan tentang
seorang gadis bernama Dahlia yang tabah dengan dugaan hidup walaupun dia
mempunyai STPM pada tahun itu. Antara dugaan yang dihadapinya ialah tuduhan
yang dilemparkan oleh Aton, ibunya yang berada di hospital, layanan buruk oleh
neneknya dan adiknya yang sakit. `

38

Selain itu, kedua-dua novel Tingkatan 4 dan 5 dari zon 2 adalah bertemakan
perjuangan dan usaha seseorang untuk mencapai impian dan keinginan masing-
masing. Novel tersebut adalah novel Leftenan Adnan: Wira Bangsa dan novel Tirani.
Buktinya, novel Leftenan Adnan menceritakan tentang perjuangan dan usaha
Leftenan Adnan untuk menyekat kemasukan kuasa asing iaitu askar Jepun ke Tanah
Melayu. Sejak dari kecil lagi, semangat kepahlawanannya untuk melindungi tanah
airnya telah semarak. Novel Tirani juga menceritakan tentang kegigihan seorang
wanita yang bernama Waheeda untuk mencapai matlamat dan keinginannya. Dia akan
melakukan apa sahaja untuk memulihkan keadaan dirinya supaya dia dapat bekerja
dengan baik semula. Dia juga berusaha untuk memberi anak perempuannya, Izzati
pembelajaran yang terbaik dengan memasukkannya ke dalam sekolah berasrama
penuh tanpa kehadiran atau bantuan berkas suaminya.

Seterusnya, kedua-dua novel Tingkatan 4 dan 5 dari zon 3 adalah berkaitan
dengan kerjaya seseorang dan terdapat musuh dan penghalang seseorang itu berjaya
dalam kerjaya, pekerjaan dan kehidupannya. Novel tersebut adalah novel Pantai Kasih
dan novel Bima Sakti Menari. Buktinya, novel Pantai Kasih menceritakan tentang
seorang gadis bernama Raiha yang merupakan doktor pakar bedah di sebuah pusat
rawatan Pantai Kasih. Walaupun pekerjaannya itu sangat dikagumi orang ramai,
Raiha juga mendapat tentangan oleh ayahnya tentang pekerjaannya sebagai seorang
doktor pakar bedah dan perkahwinannya bersama Doktor Sadiz. Novel Bima Sakti
Menari pula menceritakan tentang seorang wanita yang bekerja di sebuah balai cerap.
Akibat terdapat beberapa kekurangan pada balai cerap tersebut, Nurul Hafsa telah
bekerjasama dengan Muhd Taufik untuk menjalankan projek penyediaan Kawasan
Simpanan Langit Gelap. Namun, musuh perniagaan ayah Muhd Taufik telah
melakukan pelbagai muslihat dan jenayah ke atas Nurul Hafsa dan Muhd Taufik
untuk menghentikan projek itu.

3.6 KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
Antara perbezaan pada penceritaan novel yang paling ketara adalah tentang

kemajuan teknologi. Beberapa novel dalam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 lebih
menumpukan suasana di kampung dan penduduk kampung manakala yang
selebihnya lebih banyak menumpukan suasana di bandar dan yang mempunyai
teknologi yang canggih. Antara novel yang menumpukan ciri-ciri suasana kampung

39

ialah novel Songket Berbenang Emas, novel Jendela Menghadap Jalan, novel
Leftenan Adnan dan novel Sili Daksina. Antara novel yang menumpukan ciri-ciri
bandar pula ialah novel Disebalik Dinara, novel Tirani, novel Pantai Kasih dan novel
Bima Sakti Menari.

Selain itu, terdapat juga perbezaan penceritaan novel antara pekerjaan atau
kerjaya dengan persekolahan atau yang tidak bekerja. Novel yang menceritakan
tentang pekerjaan adalah novel Pantai Kasih, novel Tirani, novel Disebalik Dinara
dan novel Bima Sakti Menari. Manakala, yang selebihnya seperti novel Songket
Berbenang Emas, novel Jendela Menghadap Jalan dan novel Silir Daksina lebih
tertumpu pada remaja yang masih bersekolah.

3.7 PERBANDINGAN ANTARA NOVEL MALAYSIA DENGAN NOVEL
LUAR NEGARA

NOVEL BAHASA INGGERIS ASPEK NOVEL BAHASA MELAYU
Mempunyai tujuh hingga lapan Jumlah siri Mempunyai satu hingga dua
siri buku di bawah satu tajuk Tajuk novel siri buku di bawah satu tajuk
yang sama. yang sama.
Tajuk novel yang tertera di Genre Tajuk novel yang tertera di
kulit buku lebih jelas dan kulit buku seringkali
mudah difahami tanpa mempunyai maksud yang
membaca ceritanya. tersirat
Novel yang dihasilkan Kebanyakannya novel kisah
kebanyakannya novel fantasi. percintaan dan kehidupan
seseorang.

Saya lebih meminati novel luar negara kerana saya menyukai cerita fantasi
iaitu cerita yang tidak berkaitan dengan manusia mahupun wujud di dunia ini. Antara
novel fantasi yang pernah dibaca ialah novel Harry Potter dan novel Alice In The
Wonderland. Novel-novel tersebut juga memaparkan grafik dan gambar yang menarik
di hadapan kulit buku sehingga membolehkan saya membuat gambaran awal tentang
apa yang akan diceritakan di dalam buku-buku tersebut. Saya juga menyukai novel

40

Bahasa Melayu kerana kebanyakan novel Bahasa Melayu mempunyai penceritaan
yang boleh dikaitkan dengan hidup dan boleh diambil sebagai pengajaran untuk
memperbaiki personaliti diri.

3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Nilai Pertama
Nilai keprihatinan
Contoh Peristiwa
Lili tetap prihatin terhadap nasib dan masalah yang dihadapi Rafiq dan Haziq
walaupun Rafiq pernah menangkap dan mengurung Lili di sebuah pondok buruk. Lili
tetap mahu membantu Rafiq dan Haziq dengan menjenguk Che Jah untuk
mendapatkan maklumat tentang latar belakang Rafiq dan Haziq.
Pengajaran
Kita haruslah prihatin terhadap keadaan orang di sekeliling kita supaya mereka
mempunyai insan yang boleh membantu mereka apabila mereka berada dalam
kesusahan.

Nilai Kedua
Nilai kasih sayang
Contoh Peristiwa
Nenek dan datuk Lili tetap melayani dan menyayangi Lili dengan baik walaupun
dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
Pengajaran
Kita mestilah menyayangi dan menyantuni ahli keluarga sendiri kerana mereka adalah
darah daging kita yang tidak akan terputus pertalian darah.

NOVEL LEFTENAN ADNAN: WIRA BANGSA
Nilai Pertama
Nilai kebijaksanaan
Contoh Peristiwa
Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera
India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
Pengajaran

41

Kita haruslah bijak dan sensitif terhadap keadaan persekitaran supaya kita dapat
mengelakkan dari berlakunya perkara buruk serta mengurangkan kesan buruk yang
bakal berlaku di masa hadapan.

Nilai Kedua
Nilai patriotisme
Contoh Peristiwa
Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya untuk
memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
Pengajaran
Kita seharusnya mempunyai sifat patriotisme dan cintakan tanah air agar negara kita
dilindungi dari ancaman musuh dan keharmonian negara juga terjamin.

NOVEL PANTAI KASIH
Nilai Pertama
Nilai keprihatinan
Contoh Peristiwa
Doktor Raiha prihatin akan masalah ibu Unong Siron yang terpaksa mengeluarkan
wang dan menjaga anaknya di hospital.
Pengajaran
Kita hendaklah prihatin terhadap mereka yang kurang berkemampuan supaya hidup
mereka menjadi lebih senang dan gembira.

Nilai Kedua
Nilai kerjasama
Contoh Peristiwa
Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng bekerjasama melakukan pembedahan kecemasan
terhadap Doktor Uwang yang terlibat dalam kemalangan.
Pengajaran
Kita perlulah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang mustahil untuk
dilakukan jika dilakukan berseorangan supaya hasil dapatan dari kerjasama itu
bertambah kualiti.

42

NOVEL DISEBALIK DINARA
Nilai Pertama
Nilai kesyukuran
Contoh Peristiwa
Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga
Islam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa
kandungnya, Karl.
Pengajaran
Kita mestilah selalu bersyukur dengan nikmat yang diberi kerana Tuhan adalah Maha
Penyayang dan Maha Melindungi hambanya.

Nilai Kedua
Nilai kasih sayang
Contoh Peristiwa
Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan
Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga
sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
Pengajaran
Kita sepatutnya melindungi adik kandung atau adik angkat kita dari ancaman bahaya
kerana keselamatan adik merupakan tanggungjawab abang atau kakaknya.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Nilai Pertama
Nilai setia kawan
Contoh Peristiwa
Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota – nota
untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah
keluarganya.
Pengajaran
Kita hendaklah mempunyai sifat setia kawan di dalam diri dan membantu rakan-rakan
kita apabila mereka berada dalam kesusahan supaya rakan-rakan kita berasa disenangi,
disokong dan dihargai.

Nilai Kedua

43

Nilai ketabahan
Contoh Peristiwa
Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya sakit
dan abahnya dipatuk ular. Dahlia juga tabah apabila mendapat tahu neneknya mahu
menjual tanah tempat tinggal mereka.
Pengajaran
Kita seharusnya tabah menghadapi sebarang dugaan dan cabaran kerana setiap ujian
itu mempunyai hikmah dan kesan baiknya yang tersendiri.

NOVEL TIRANI
Nilai Pertama
Nilai keprihatinan
Contoh Peristiwa
Contohnya, Fadhil dan Raidah sangat menyayangi anak-anak mereka, Ghazi dan
Waheeda. Mereka menaruh harapan yang tinggi terhadap pembedahan muka dan
hidung Waheeda.
Pengajaran
Kita hendaklah prihatin terhadap keadaan anak-anak kita kerana masa depan mereka
yang cerah adalah tanggungjawab ibu bapa.

Nilai Kedua
Nilai kesabaran
Contoh Peristiwa
Contohnya, Waheeda begitu sabar menangani sifat cemburu buta dan panas baran
suaminya, Zahid yang menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Pengajaran
Kita perlulah sentiasa bersabar dengan fitnah dan cacian yang dikatakan oleh orang
lain kerana ia adalah perkara yang tidak benar dan Tuhan sahaja yang Maha
Mengetahui.

NOVEL BIMA SAKTI MENARI
Nilai Pertama
Nilai kesyukuran
Contoh Peritiwa

44

Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa sambil menangis kegembiraan
kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang
suruhan Dato’ Johann Arlington.
Pengajaran
Kita haruslah sentiasa bersyukur dengan pertolongan yang telah diberi oleh orang lain
kerana terdapat lebih ramai lagi insan yang prihatin dan suka menolong orang lain.

Nilai Kedua
Nilai bertanggungjawab
Contoh Peristiwa
Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau telah menjaga
dan membesarkan anak tunggalnya Muhd Taufik, seorang diri selepas bercerai
dengan isterinya, Puan Wickham.

NOVEL SILIR DAKSINA
Nilai Pertama
Nilai keberanian
Contoh Peristiwa
Haiqal berani mengambil risiko pergi ke Batu Pahat, Johor dari Terengganu
seorang diri untuk menjejak sejarah hidup ayah kandungnya.
Pengajaran
Kita mestilah menjadi lebih berani untuk mengambil risiko walau dalam apa jua
keadaan demi mencapai suatu matlamat.

Nilai Kedua
Nilai ketaatan
Contoh Peristiwa
Haiqal bersolat subuh di Stesen bas Batu Pahat terlebih dahulu sebelum mencari teksi
untuk ke Kampung Seri Purnama, kampung halaman ayahnya.
Pengajaran
Kita mestilah mentaati seruan azan terutamanya pada waktu subuh dengan
menunaikan solat pada awal waktu agar kita dilindungi dari mara bahaya dan setiap
perbuatan kita diberkati oleh Tuhan.

45

Secara keseluruhannya, novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 banyak
memberikan pengajaran kepada pelajar. Tidak dapat dinafikan bahawa novel
ini dapat membantu para pelajar memperbaiki diri.

3.9 KEDUDUKAN NOVEL
1# NOVEL DISEBALIK DINARA
Saya sangat meminati pengetahuan mengenai teknologi terutamanya teknologi
canggih yang akan memajukan negara kita dan memudahkan kehidupan kita pada
masa hadapan. Novel ini juga mempunyai penceritaan yang sangat menarik.

2# NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Saya menyukai novel ini kerana novel ini terdapat pelbagai konflik yang memberikan
diri saya kejutan dan kesedaran supaya mengambil lebih banyak iktibar dan
pengajaran.

3# NOVEL PANTAI KASIH
Saya juga menyukai novel ini kerana novel ini mengisahkan tentang kehidupan
seorang doktor pakar bedah. Kebetulan pula, impian saya adalah untuk menjadi
seorang doktor pakar bedah. Oleh itu, novel ini sangat membantu saya membuat
sedikit gambaran tentang kehidupan seorang doktor supaya saya menjadi lebih
bersedia pada masa hadapan.

4# NOVEL TIRANI
Novel ini juga menarik kerana ia menceritakan tentang kesungguhan dan kerja keras
yang telah dilakukan oleh seorang wanita yang bernama Waheeda. Nilai ketabahan
dan semangatnya untuk terus bekerja memberikan saya inspirasi untuk tidak pernah
berputus asa berusaha untuk mencapai matlamat dan impian.

5# NOVEL LEFTENAN ADNAN: WIRA BANGSA
Sudah tentulah novel ini juga sangat menarik kerana novel ini meceritakan dengan
mendalam lagi tentang kehidupan Adnan dan pengorbanan Leftenan Adnan di medan
pertempuran. Novel ini juga telah memberi iktibar dan inspirasi kepada saya
mengenai konsep didikan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak.

46

6# NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel ini mendapat kurang tarikan dari saya kerana penceritaannya kurang
menaikkan emosi diri semasa membaca. Penceritaan novel ini adalah ringkas seolah-
olah ia adalah perkara yang sering berlaku di dalam kehidupan seseorang. Namun,
tidak boleh dinafikan juga bahawa novel ini memberi banyak pengajaran yang berkait
rapat dengan aktiviti harian kita. Antaranya adalah nilai hormat-menghormati
terhadap orang-orang tua kita.

7# NOVEL BIMA SAKTI MENARI
Novel ini juga kurang mendapat tarikan dari saya kerana penceritaannya juga adalah
ringkas dan kurangnya teknik penceritaan yang menarik. Namun, terdapat juga sedikit
konflik dan keganasan yang menjadikan novel ini lebih baik. Novel ini juga
menyampaikan kreativiti dan pengetahuan luas penulis tentang tempat terutamanya
tentang balai cerap.

8# NOVEL SILIR DAKSINA
Novel ini adalah novel yang kurang menarik kerana terdapat kurang konflik yang
terdapat dalam novel ini. Teknik penceritaannya juga kurang menarik perhatian.
Namun, novel ini menyampaikan lebih banyak pengajaran hidup serta kesedaran
kepada orang ramai tentang pemeliharaan tradisi Melayu supaya tidak ditelan zaman.

3.10 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, faktor pelajar kurangnya minat untuk membaca novel

adalah bergantung kepada jenis novel, sama ada novel jenis fiksyen atau bukan
fiksyen, tema novel, bidang ilmu atau minat pelajar, penceritaan yang memberi kesan
emosi dan daya tarikan pelajar terhadap tajuk novel dan kulit buku novel.

Novel fiksyen adalah jenis novel yang paling digemari pelajar kerana novel
jenis ini menyampaikan pelbagai jenis cerita yang menarik. Tambahan pula, novel
fiksyen adalah jenis novel yang membolehkan penulis mereka pelbagai bentuk cerita
dan bebas untuk mencampur adukkan idea bagi menghasilkan sebuah karya yang
lebih menarik.

47

Selain itu, minat pelajar terhadap novel juga bergantung kepada bidang ilmu
yang diminati oleh pelajar sendiri. Sebilangan pelajar yang meminati bidang teknologi
dan komunikasi akan lebih cenderung untuk memilih novel yang menekankan
kecanggihan teknologi manakala, pelajar yang meminati bidang kerjaya doktor akan
lebih gemar membaca novel yang menceritakan kehidupan dan cabaran sebagai
seorang doktor.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa sesetengah pelajar lebih menyukai novel
yang boleh membangkitkan pelbagai emosi dalam diri dan menimbulkan pelbagai
persoalan dalam diri melalui teknik penceritaan atau jalan cerita yang menarik. Tanpa
jalan cerita yang menarik, pelajar akan mula berasa kurang minat.

48

PENUTUP

4.1 RUMUSAN KAJIAN
Secara keseluruhannya, kajian ini telah membuktikan bahawa jenis novel iaitu

fiksyen atau bukan fiksyen, tema setiap novel, keunikan setiap novel dan pendapat
awal terhadap setiap novel sangat mempengaruhi minat membaca novel dalam
kalangan pelajar. Pelajar juga akan mula kurang tertarik jika mereka tidak menjumpai
ciri-ciri novel yang mereka minati. Setelah membuat perbandingan antara novel
Malaysia dengan novel negara Barat, didapati novel negara Barat lebih menarik. Hal
ini demikian kerana novel negara Barat lebih menepati cita rasa pembaca novel dari
segi aspek jumlah siri, keringkasan tajuk, kecantikan kulit buku dan sebagainya.

4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Kajian ini perlu dikaji lebih mendalam lagi supaya kita boleh mencari

alternatif yang lebih berkesan untuk mengatasi pernyataan masalah. Tanpa kajian ini
dilaksanakan, pelajar akan kekal mempunyai minat terhadap novel malah yang
meminati novel juga mampu hilang minat terhadap novel. Sejak era perkembangan
teknologi ini, hal yang paling ditakuti ialah apabila pelajar menjadi lagi cenderung ke
arah kecanggihan teknologi dan mengabaikan karya sastera. Setidaknya, kajian ini
boleh dijadikan sebagai bukti bahawa sememangnya terdapat kekurangan pada novel
Malaysia. Dengan memperbaiki kekurangan inilah mampu menjamin minat ramai
pelajar terhadap novel di masa hadapan.

Justeru itu, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya lebih
prihatin tentang isu ini. Pihak kerajaan boleh menukarkan novel-novel Tingkatan 4
dan Tingkatan 5 ini kepada novel yang lebih menepati cita rasa remaja zaman
sekarang. Sebenarnya remaja sekarang lebih menyukai novel yang berkaitan dengan
teknologi canggih dan novel yang mementingkan permainan emosi tetapi banyak juga
menyampaikan pengajaran.

Selain itu, para penulis karya novel juga boleh menambah lukisan atau gambar
yang menceritakan situasi di dalam novel. Inisiatif ini sangat bagus kerana pelajar
akan menjadi tidak mudah kebosanan atau timbul ketidakfahaman terhadap sesuatu
yang diceritakan. Pelajar juga akan lebih menghargai novel tersebut.

49


Click to View FlipBook Version