The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sofiaopie36, 2021-02-04 01:20:53

NAKHODA TRONG STORYBOOK

NAKHODA TRONG STORYBOOK

Siri Bacaan Asal Usul Tanjak Melayu

Nakhoda
Trong

Karangan dan Ilustrasi Sofia Sapie

Nakhoda
Trong

Siri Bacaan Asal Usul Tanjak Melayu

Nakhoda
Trong

Karangan dan Ilustrasi Sofia Sapie

1

Pengenalan

Buku ini mengisahkan tentang kisah di sebalik Tanjak
Nakhoda Trong yang diberi nama bersempena nama
seorang nakhoda yang berketurunan Bugis. Nakhoda
Trong sangat terkenal dikalangan masayarakat Trong
pada suatu ketika dahulu. Bentuk Tanjak ini diolah dari
bentuk Tanjak Takur Tukang Besi yang membawa sifat
berani, megah dan garang kepada si pemakai. Watak
nakhoda di dalam buku ini membawa watak seorang
seorang nakhoda yang gagah dan berani menempuh

segala liku di lautan dan tidak gentar dengan musuh.

2

3

Pada tahun 1837, orang-orang Trong tinggal
laut dan menjalankan aktiviti perdagangan
dengan diketuai oleh Nakhoda Trong.

4

Nakhoda Trong sangat terkenal dengan sifatnya
yang berani, tegas dikalangan pengikutnya dan
sangat digeruni oleh musuh. Disebabkan itu
Tanjak dipakai oleh beliau yg diberi nama Tanjak
Nakhoda Trong bersesuaian dengan imej beliau.

5

6

Pada suatu hari, Nakhoda Trong dan pengikutnya
belayar ke luar daerah untuk berdagang. Antara
barang dagangan yang dibawa oleh mereka
adalah kain, rempah, barang perhiasan dan
lain-lain.

7

Dengan adanya Nakhoda Trong sebagai
pengemudi, kapal tersebut terlihat begitu gah di
tengah lautan.

8

Tiba-tiba, kapal yang dinaiki oleh Nakhoda Trong
dan pengikutnya dihampiri oleh sekumpulan
lanun.

9

Nakhoda Trong mengarahkan pengikutnya untuk
memeriksa keadaan sekeliling dan mendapati
kapal lanun tersebut semakin lama menghampiri
mereka.

10

Melihat keadaan itu, Nakhoda Trong merasa
tidak gentar terus mengarahkan kapal untuk
turut menghampiri kumpulan lanun tersebut.

11

12

Mereka mara tanpa rasa takut. Nakhoda Trong
menyusun strategi bersama anak-anak kapal dan
bersiap sedia dengan peralatan perang sekiranya
kapal mereka diserang.

13

14

BOO

Setelah semakin hampir dengan kapal lanun
tersebut, Nakhoda Trong mengarahkan
pengikutnya melepaskan tembakan sebagai
tanda amaran.

15

16

BOOOMMMM!! !!

17

Kumpulan berasa sangat terkejut mendengar
tembakkan amaran yang dilepaskan oleh kapal
Nakhoda Trong. Ketua Lanun mengarahkan
kapal-kapal penyerang untuk berundur dari
kapal Nakhoda Trong.

18

19

Anak-anak kapal Nakhoda Trong berasa
gembira dan selamat. Mereka akhirnya
meneruskan perjalanan dengan aman.

20

Makan rendang bersama burasak,
Makan beramai-ramai dianjung rumah,

Sejarah dikarang dalam Tanjak,
Penuh rahsia juga hikmah.

Tanjak melilit diampu gerbang,
Pucuk kasih tinggi melambai,
Memakai Tanjak jangan kepalang,
Adat dilanggar maksud tak sampai.

21

Tamat

22

Bentuk yang diolah dari bentuk Lambaian pucuk pangkat
Tanjak Takur Tukang Besi di sebelah kiri sebagai
tanda pemakai bukan dari
golongan diraja.

Simpulan Ketupat Palas

Tanjak Nakhoda Trong

Pengenalan Watak

Nakhoda Trong

Seorang pengemudi kapal dan ketua yang
tegas dengan pengikutnya dan sangat
digeruni oleh musuh.

Pengikut Nakhoda Trong

Pengikut yang sangat taat kepada
Nakhoda Trong

Kapal Nakhoda Trong
Kapal Lanun

Nakhoda
Trong

Tanjak Nakhoda Trong

Maksud disebalik perkataan:

Nakhoda
Pengemudi dan ketua kapal

Trong
Masyarakat yang tinggal di laut berketurunan

Bugis.

Tanjak Nakhoda Trong
Membawa maksud berani, tegas dan digeruni oleh

musuh kepada si pemakai.


Click to View FlipBook Version