The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syakirahmardhiyyah800, 2022-09-16 01:32:54

PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

NURSYAKIRAH MARDHIYYAH (PID21072)

PENGURUSAN TINGKAH
LAKU KANAK-KANAK
BERUMUR 4 HINGGA 6
TAHUN

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK

KURSUS : SAHSIAH DAN BIMBINGAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
KOD KURSUS : (AAK2093)

TAJUK : PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
NAMA : NURSYAKIRAH MARDHIYYAH BINTI AHMAD MALIKI

NO.MATRIK : PID21072
PENSYARAH : PUAN FAIZAN BINTI GAYUH
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SEMESTER 1 SESI 2022/2023

ISI KANDUNGAN

o PENGENALAN
o KONSEP PENGURUSAN TINGKAH LAKU
o DEFINISI PENGURUSAN TINGKAH LAKU
o FAKTOR TERJADINYA TINGKAH LAKU YANG TIDAK DIINGINI
o JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH
o TIPS BIMBINGAN TINGKAH LAKU
o TEKNIK MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
o RUMUSAN
o LAMPIRAN
o RUJUKAN

PENGENALAN

❑ Pengurusan tingkah laku ini merupakan pendedahan awal yang diberikan
kepada kanak-kanak supaya mereka dapat mengetahui betapa pentingnya
menguruskan diri sendiri.

❑ Pengurusan tingkah laku ini sangat penting untuk kanak-kanak bagi
mempertahankan hak mereka dan mempunyai keyakinan dalam mengurus
diri.

❑ Pengurusan tingkah laku juga dapat membentuk kanak-kanak menjadi seorang
yang berdisiplin dan mewujudkan suasana yang kondusif.

❑ Pengurusan tingkah laku perlu diterapkan bagi melatih seorang kanak-kanak
supaya berkelakuan baik dan mempunyai kesan yang positif kepada orang yang
berada di sekeliling.

KONSEP PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

Konsep pengurusan tingkah laku terbahagi kepada empat perkara :

01 Teknik intervensi yang 02 Tentukan individu dan
berkesan kumpulan

03 04
Perancangan yang rapi Penilaian secara objektif

DEFINISI PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

❖ Definisi bagi pengurusan tingkah laku ini adalah satu rancangan
untuk pengubahsuaian tingkah laku bermasalah kepada satu
matlamat yang telah ditetapkan menggunakan teknik yang sesuai.

❖ Pengurusan tingkah laku juga ialah seseorang katakan atau
lakukan pada waktu yang sama merujuk tindakan seseorang
individu

❖ Selain itu, ia juga merupakan tingkah laku yang berbentuk
saintifik dan dibuat secara analisis untuk memberi seseorang
individu perubahan tingkah laku dari segi sosial yang positif.

FAKTOR TERJADINYA TINGKAH
LAKU YANG TIDAK DIINGINI

❑ Faktor terjadinya tingkah laku yang tidak diingini adalah persekitaran. Sebagai
contoh, ada sesetengah kanak-kanak kurang dengan persekitaran yang bising
dan panas di dalam kelas ini boleh menyebabkan kanak-kanak mempunyai
tingkah laku yang bermasalah negatif seperti melakukan perkara-perkara yang
boleh mencederakan diri sendiri.

❑ Faktor yang kedua, adalah emosi. Sebagai contoh, guru mengajar sehingga
tiada waktu rehat untuk kanak-kanak dan membolehkan mereka memberotak
dan tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas ini boleh menyebabkan
emosi kanak-kanak tergganggu.

❑ Faktor yang ketiga ialah didikan ibu bapa. Sebagai contoh, Ibu bapa tidak
menghiraukan apa keinginan anak-anak dan kurang memberi kasih sayang
terhadap mereka ini boleh menyebabkan anak-anak berasa terpinggir dan tidak
penting sehingga mereka akan melakukan tingkah laku yang negatif dan tidak
boleh dikawal.

JENIS TINGKAH LAKU
BERMASALAH

❖ Tingkah laku yang tidak diingini terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku
positif dan tingkah laku negatif.

❖ Tingkah laku bermasalah positif terbahagi kepada empat iaitu tingkah laku
ingin tahu, tingkah laku cepat belajar, tingkah laku pintas cerdas dan
tingkah laku proaktif.

❖ Tingkah laku bermasalah negatif terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku
yang menghalang, tingkah laku yang mengganggu dan tingkah laku anti
sosial.

Tingkah laku bermasalah positif

Tingkah laku ingin Tingkah laku cepat
tahu belajar

Sikap seseorang individu Cepat menangkap sesuatu
ingin tahu terhadap sesuatu
yang dilihat. pembelajaran dengan

mudah.

Tingkah laku pintas Tingkah laku proaktif
cerdas
Mempunyai sifat keyakinan
Pantas menggunakan akal dalam diri.
fikiran dengan mudah
apabila ditanya.

Tingkah laku bermasalah negatif

Tingkah laku Distruktif

Tingkah laku yang membahayakan
diri dan orang lain. Sebagai contoh,
menyakiti orang lain sama ada
secara lisan atau secara fizikal.

Tingkah laku Bergantung Tingkah laku Disruptif

Tingkah laku yang bergantung Tingkah laku yang membahayakan
kepada orang lain. Sebagai contoh, orang lain. Sebagai contoh, kanak-
kanak-kanak meminta kawannya kanak tidak dapat menumpukan
menyelesaikan kerja sekolahnya. perhatian dan akan membuat bising.

TIPS BIMBINGAN TINGKAH
LAKU

➢ Memuji dan memberi ganjaran.
- Sebagai contoh, cikgu suka dengan lukisan Amir. Lukisan Amir sangat cantik. Amir
gembira dengan pujian cikgu.
➢ Memberikan ganjaran setimpal dengan usaha.
- Sebagai contoh, darina menyusun tiga buah buku di rak, jadi cikgu akan berikan tiga
bintang dekat darina manakala hasyim mengangkat dua kerusi di atas meja, cikgu akan
berikan dua bintang.
➢ Menggunakan analogi atau perumpamaan. Sebagai contoh, Mira melukis seekor semut yang

kecil. Tiba-tiba cikgu meminta Mira melukis seekor semut yang besar. Dengan cara ini
membolehkan kanak-kanak dapat berfikir bagaimana hendak membuat seekor semut yang
besar.

➢ Fokus kepada kebaikan kanak-kanak
- Sebagai contoh, Lina bermain permainan lego sehingga berasa bosan lalu ia
mengemas kembali alatan mainan tersebut. Oleh itu, guru perlu fokus dan
memerhati kebaikan Lina yang sedang mengemas permainan lego ke tempat yang
diambil supaya guru boleh tahu pencapaian Lina dengan lebih teliti.
➢ Menggunakan analogi atau perumpamaan
- Sebagai contoh, Mira melukis seekor semut yang besar. Dengan cara ini
membolehkan kanak-kanak berfikir bagaimana hendak membuat seekor semut
yang besar.

TEKNIK MENGURUS TINGKAH
LAKU KANAK-KANAK

❖ Teknik Pengukuran personal.
- Menggunakan kaedah kedekatan fizikal seperti guru mendekati kanak-kanak yang
mempunyai masalah secara bersendiri .
- Seterusnya boleh menggunakan kaedah mobiliti fizikal seperti mengawasi kanak-
kanak di dalam kelas dengan jalan ke hadapan, kebelakang dan tepi .
- Teknik ini juga guru boleh menggunakan eksperisi wajah seperti gembira, marah,
sedih dan benci supaya kanak-kanak dapat tahu apa perasaan guru .
❖ Teknik pencegahan
- Teknik ini dapat mengurangkan ketegangan guru dan melancarkan proses pengajaran
yang lebih berkesan .
- Melalui Teknik ini keadaan cuaca yang positif serta persekitaran dapat diwujudkan
dan diuruskan dengan baik .

- Selain itu, guru boleh meminta kanak-kanak mematuhi peraturan bilik darjah seperti
mengutip buku-buku yang berselerak di atas meja dan menyusun kembali ke tempat asalnya.
- Guru juga boleh memberitahu kepada kanak-kanak tentang perlakuan diterima atau tidak
terima .
❖ Teknik Tindakan pembetulan
- Teknik ini dapat menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan baik tanpa
merosakkan barang-barang seperti menegur kanak-kanak secara baik .
- Selain itu, guru boleh mengubah fokus tingkah laku secara positif dan menghentikan
tingkah laku negatif supaya dapat menceriakan suasana di dalam kelas dan membolehkan
guru mengajar dengan lancar .
- Guru boleh menggunakan hukuman yang relavan dan diketahui kanak-kanak seperti
berdiri di belakang kerusi .
- Seterusnya, guru boleh menukarkan tempat duduk kanak-kanak jika tingkah lakunya
bermasalah dan boleh berjumpa dengan kanak-kanak tersebut selepas pengajaran
ditamatkan. Melalui dengan cara ini guru boleh membimbing dan mengingatkan kanak-
kanak perkara yang dilakukan sewaktu pembelajaran dilaksanakan positif atau negatif .

RUMUSAN

➢ Kesimpulannya, jelaslah bahawa pengurusan tingkah laku ini sangat penting untuk
kanak-kanak bagi memastikan setiap kanak-kanak dapat mengurus diri sendiri
dengan baik dan membantu kanak-kanak sekiranya mereka melakukan kesalahan
yang negatif .

➢ Guru perlu bijak untuk mengaturkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas bagi mempercepatkan perkembangan kanak-kanak untuk membuat sesuatu
aktiviti yang menyeronokkan dan menjadi lebih berdikari serta mampu berdiri
sendiri .

➢ Selain itu, pengurusan tingkah laku ini dapat mendisiplinkan kanak-kanak dan
dapat membentuk mereka dari tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang
tidak perlu dilakukan .

LAMPIRAN

RUJUKAN

1) Ley Lay Wah. (2016), Program pengurusan tingkah laku kanak-kanak berkepeluan khas.

Dimuat turun daripada
https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=VVWpDQAAQBAJ&oi=fnd&pg=PT6&dq=k
onsep+pengurusan+tingkah+laku+kanak-
kanak&ots=BFdVqQpFGP&sig=rXsFfW1lcVQO5cp8iKq33KsYn4M#v=onepage&q=konsep%20pe
ngurusan%20tingkah%20laku%20kanak-kanak&f=false

2) Sharmila Dharshenee. (2022), Modul pengurusan tingkah laku. Dimuat turun daripada

https://www.academia.edu/5728231/Modul_pengurusan_tingah_laku

3) (2019), Definisi pengurusan tingkah laku. Dimuat turun daripada

https://pdfslide.tips/documents/definisi-pengurusan-tingkah-laku.html

4) Ahmad Syahmi . (2022), Pengurusan tingkah laku. Dimuat turun daripada

https://www.academia.edu/25030202/pengurusan_tingkah_laku

TERIMA
KASIH !!!


Click to View FlipBook Version