INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP AMBILAN JUN 2019 SEMESTER 3)
______________________________________________________________________
TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
EDUP3053
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NUR ADLINA BINTI AZMAN
ANGKA GILIRAN 2019192340015
NO. KAD PENGENALAN 000207020456
KUMPULAN E1
TUGASAN TUGASAN PROJEK
NAMA PENSYARAH DR. NURULRABIHAH BT MAT NOH
TARIKH MULA 13 OKTOBER 2020
TARIKH HANTAR 3 NOVEMBER 2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN........................................................................................................... 3
2.0 DSKP DAN KEMAHIRAN ........................................................................................... 3
3.0 PENGGUNAAN TEKNOLOGI .................................................................................... 4
4.0 REFLEKSI KESELURUHAN ...................................................................................... 5
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran kini seharusnya berkonsepkan digital dan teknologi
maklumat dan komunikasi sejajar dengan revolusi digital. Perkembangan teknologi yang
pesat dari semasa ke semasa membolehkan pengajaran dan pembelajaran melalui
pendekatan berasaskan teknologi dapat diaplikasikan. Menurut Mohd. Noorhadi Mohd.
Yusof & Zurinah Tahir (2017), perkembangan teknologi dan maklumat kini dapat
membantu membuka peluang yang luas kepada murid dan para pendidik untuk meneroka
segala ilmu pengetahuan dan maklumat dengan mudah. Oleh yang demikian,
penggunaan teknologi maklumat dan pembelajaran digital sewajarnya digunakan secara
meluas dalam dunia pendidikan bagi menggantikan kaedah pengajaran tradisional yang
dilihat semakin kurang releven dengan peredaran zaman. Penulisan ini merupakan
sebuah penulisan laporan berkaitan perancangan dan pelaksanaan pembinaan bahan
yang digunakan dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi
maklumat dan digital.
2.0 DSKP DAN KEMAHIRAN
Perancangan dan pelaksanaan pembinaan bahan bagi penggunaan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira penetapan kumpulan sasaran. Bagi
tugasan ini, kumpulan sasaran yang telah ditetapkan adalah bagi murid tahap dua sekolah
rendah, iaitu murid Tahun 4. Berdasarkan penetapan kumpulan sasaran ini, standard
kandungan (SK) dan standard pembelajaran (SP) yang ingin dilaksanakan dapat
ditentukan. Berdasarkan pemilihan kemahiran fokus, iaitu kemahiran mendengar dan
bertutur bagi Tahun 4, SK dan SP bagi pembinaan bahan dapat ditentukan dengan
merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4. Seterusnya,
pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur ini juga perlu
disesuaikan dengan unit pembelajaran yang ingin difokuskan berdasarkan kepada tema
tertentu. Penetapan unit pembelajaran dibuat melalui perbincangan dengan ahli kumpulan
berdasarkan penelitian dalam buku teks Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 4. Unit
Pembelajaran 10, iaitu Semarakkan Budaya Kita di bawah tema Kebudayaan, Kesenian
dan Estetika ditetapkan. Bagi kemahiran mendengar dan bertutur ini, tajuk yang
disesuaikan dengan tema dan unit pembelajaran berdasarkan buku teks ialah tajuk Salam
Diberikan Tetamu Dihormati (Rana Hamzah, Hasdi Daud, & Aiman Hamidon, 2019).
Seterusnya, melalui penetapan kumpulan sasaran, SK, SP, tema, unit pembelajaran
dan tajuk ini, objektif pembelajaran dapat dibina. Objektif pembelajaran ini menentukan
perancangan seterusnya dan pembinaan bahan-bahan yang ingin digunakan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Objektif pembelajaran perlu disesuaikan dengan kumpulan
sasaran yang telah ditentukan kerana objektif yang dibina perlulah sesuai dengan kognitif,
tahap penguasaan, pengalaman dan pengetahuan sedia ada kumpulan tersebut.
Kemudian, objektif pembelajaran ini akan menjadi panduan kepada pembinaan bahan dan
aktiviti yang dapat digunakan untuk mencapai objektif tersebut.
Dalam perancangan dan pembinaan bahan untuk kemahiran mendengar dan bertutur
ini, objektif yang ingin dicapai adalah memfokuskan kepada penguasaan murid dalam
mendengar, mengecam sebutan, dan menyebut sesuatu yang diujarkan semula dalam
situasi tidak formal. Oleh sebab itu, perancangan dan pembinaan bahan ini lebih
memfokuskan kepada dialog yang merujuk kepada situasi tidak formal. Kemahiran
mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan
menghayati sesuatu yang didengar dalam kepelbagaian situasi serta dapat memberikan
respons. Kemahiran bertutur pula ialah keupayaan murid berkomunikasi untuk berhubung
dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan atau idea dengan sebutan dan
intonasi yang betul dengan sopan dan bertatasusila (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2017). Kedua-dua kemahiran ini perlu diambil perhatian dalam merancang dan membina
bahan, justeru pembinaan bahan dan aktiviti banyak memberi fokus kepada bahan-bahan
berunsurkan audio bagi melatih serta menggalakkan penguasaan kemahiran mendengar
murid. Melalui penggunaan audio juga murid dapat mengecam dan menuturkan semula
perkara yang telah didengar serta dapat memproses maklumat-maklumat yang
didengarinya untuk membina pengetahuan bagi menyelesaikan tugas-tugas dan aktiviti
tertentu. Oleh itu, perancangan dan pembinaan bahan berasaskan audio amat sesuai
untuk diimplimentasikan kepada kemahiran mendengar dan bertutur.
3.0 PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Penggunaan teknologi merupakan elemen yang amat penting dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Perancangan dan pembinaan bahan bagi pengajran dan
pembelajaran secara keseluruhannya memerlukan penggunaan alat-alat teknologi seperti
penggunaan LCD, projektor slaid, komputer atau tablet, pembesar suara dan sebagainya.
Penggunaan teknologi diaplikasikan melalui tayangan video nyanyian, video dialog
animasi, aktiviti digital, lembaran kerja atas talian, kuiz dan permainan digital. Penggunaan
pelbagai aplikasi seperti Animaker, Quizizz, EduCandy, Liveworksheets.com dan
Wordwall dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik dan pelbagai. Penggunaan
media pengajaran berasaskan teknologi dan multimedia ini dirancang dan dibina bagi
menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran dan menjadikan
pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Menurut Anas (2013) dalam Siti Aminah
Sallehin & Fazlinda Ab Halim (2018), penggunaan bahan berasaskan multimedia bukan
sahaja dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan, malah mampu
menjadikan sesi pengajaran lebih jelas dan mudah difahami. Penggunaan bahan-bahan
teknologi multimedia ini dapat mewujudan sesi pembelajaran secara interaktif dan
berasaskan pendekatan berpusatkan bahan serta berpusatkan murid, iaitu memerlukan
penglibatan murid secara aktif dalam sesi pembelajaran.
Tambahan pula, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran yang
memerlukan kepelbagaian bahan dan media pengajaran bagi meningkatkan penguasaan
murid. Penggunaan bahan multimedia dan teknologi amat bersesuaian bagi
menggalakkan penguasaan murid dalam kemahiran ini. Selain itu, penguasaan kemahiran
mendengar dan bertutur ini dapat ditingkatkan melalui kepelbagaian bentuk dan kaedah
pembelajaran. Pembelajaran berasaskan teknologi membolehkan pembelajaran yang
menyeronokkan dan bermakna dapat diaplikasikan. Dalam konteks pengajaran bahasa,
unsur hiburan dapat menjadikan hasil pembelajaran lebih bermakna kepada murid.
Penggunaan grafik seperti kartun dan bahasa tubuh guru boleh mewujudkan suasana
yang menyeronokkan kepada murid (Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail, 2019).
Penggunaan teknologi yang diaplikasikan dalam pembinaan bahan pengajaran ini
bertujuan untuk menimbulkan unsur-unsur keseronokan dalam pengajaran dan
pembelajaran murid. Oleh itu, murid dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran
dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru secara berkesan.
4.0 REFLEKSI KESELURUHAN
Secara keseluruhannya, perancangan dan pembinaan bahan ini bertepatan dengan
strategi yang amat diperlukan dalam perkembangan teknologi yang pesat ini. Penggunaan
teknlogi dan multimedia yang secara menyeluruh dapat menjadikan pembelajaran lebih
menarik, berpusatkan murid dan bersifat interaktif. Penglibatan murid secara aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran sangat penting bagi memastikan objektif dan hasil
pembelajaran yang diharapkan dapat dicapai oleh murid. Murid yang perlu terlibat secara
aktif dalam pembelajaran manakala guru bertindak sebagai pemudah cara dan
membimbing murid menguasai pembelajaran dengan baik. Murid-murid perlu meneroka
pembelajaran dengan inisiatif sendiri bagi memastikan pembelajaran yang dilaluinya itu
lebih berkesan kerana melibatkan pengalaman murid sendiri menggunakan bahan
pembelajaran. Penyediaan bahan-bahan berasaskan teknologi dan internet ini juga
membolehkan murid untuk mengakses bahan pembelajaran dengan mudah dan pantas
pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja. Dalam perancangan dan pembinaan
bahan pembelajaran ini juga, terdapat beberapa aspek yang boleh ditambah baik dari segi
pengendalian aktiviti, permainan, kuiz dan lembaran kerja secara atas talian.
Memandangkan aktiviti-aktiviti ini memerlukan penggunakan gadjet dan media elektronik,
maka pengendalian yang rapi amat penting bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Penggunaan aktiviti-aktiviti berasakan atas
talian ini juga boleh diperkemaskan lagi dan ditambahbaik agar dapat mewujudkan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang lancar. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam
pendidikan merupakan satu kemestian dan keperluan bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran murid lebih bermakna dan berkesan.
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian, & Hasmah Ismail. (2019). Pelaksanaan Pengajaran Menyeronokkan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 49-63.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Tahun 4: Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Mohd. Noorhadi Mohd. Yusof, & Zurinah Tahir. (2017). Kepentingan Pengunaan Media Sosial
Teknologi Maklumat dalam Pendidikan IPTA. Journal of Social Sciences and
Humanities, 1-10.
Rana Hamzah, Hasdi Daud, & Aiman Hamidon. (2019). Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan
Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Aminah Sallehin, & Fazlinda Ab Halim. (2018). Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah
Zon Benut. Online Journal for TVET Practitioners, 1-7.