SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUBANG JAYA
JALAN SS 14/6, 47500 SUBANG JAYA
MINIT MESYUARAT GURU
BILANGAN 3 TAHUN 2021
Tarikh : 7 Julai 2021
Masa : 2.30 petang (Rabu)
Tempat : Rumah masing-masing (pelantar Google Meet)
Pengerusi : Puan Noor Ezana Binti Awang (Pengetua)
Kehadiran
Bil Nama Jawatan
1. Puan Noor Ezana Binti Awang Pengetua
2. Puan Fazilawati Binti Kamsani Penolong Kanan Pentadbiran
3. Datin Rokiah binti Dzulkifli Penolong Kanan HEM
4. Puan Ain Shahrizat Bt. Mohamed Jali Penolong Kanan Kokurikulum
5. Puan Chieng Pik King GKMP Bahasa
6. Puan Wong Pooi Wei GKMP Kemanusiaan
7. Dr. Masila Bt. Alias GKMP Sains & Matematik
8. Encik Fakhrul Anwar Bin Pauzai GKMP Teknik& Vok.
9. Puan Suhana Binti Atan GBKSM
10. Puan Thana Sri A/P Deavudu GBKSM
11. Puan Noor Fazlina Binti Abdullah Guru Akademik Biasa
12. Cik Nor Farahafizah binti Mohd Fauzi Guru Akademik Biasa
13. Puan Salmera Binti Ahmad Guru Akademik Biasa
14. Puan Hazrat Zalilah Binti Zulkifly Guru Akademik Biasa
15. Puan Hasmani Binti Hamzah Guru Akademik Biasa
16. Cik Chong Chian Yee Guru Akademik Biasa
17. Encik Kok Chew Tarng Guru Akademik Biasa
18. Puan Rauna Guru Akademik Biasa
19. Puan Alice Lim Foong Kin Guru Akademik Biasa
20. Puan Amara Jothi A/P Karuppaiya Guru Akademik Biasa
21. Puan Julie Jesentha A/P S.Adaikalam Guru Akademik Biasa
22. Puan Ding Chu Chai Guru Akademik Biasa
23. Puan Roshayati Binti Salleh Guru Akademik Biasa
24. Puan Sheeila A/P Krishnan Guru Akademik Biasa
25. Puan Arbaiyah Binti Awang Guru Akademik Biasa
26. Encik Mohd Hilmi Bin Zahari Guru Akademik Biasa
27. Encik Suresh Morthy Guru Akademik Biasa
28. Puan Tusimah Binti Lasiman Guru Akademik Biasa
29. Puan Siti Raudhah Binti Abdul Karim Guru Akademik Biasa
30. Encik Mohd Sani Bin Ismail Guru Akademik Biasa
31. Puan Ayuzirawati Binti Ab. Manaf Guru Akademik Biasa
32. Puan Norhazilah Binti Mohd Kila Guru Akademik Biasa
33. En Wan Abdul Fatah Bin Wan Ghafar Guru Akademik Biasa
34. Puan Nor Leyana Binti Che Ali Guru Akademik Biasa
35. Puan Che Norsarwani Binti Che Bak Guru Akademik Biasa
36. Puan Normarlisa Binti Mamat Guru Akademik Biasa
37. Puan Maziha Binti Mohd Mauluddin Guru Akademik Biasa
38. Puan Nor Farahin Fara binti Che Yusoff Guru Akademik Biasa
39. Puan Hariaty Binti Hamid Guru Akademik Biasa
40. Puan Kan Fong Yee Guru Akademik Biasa
41. Encik Mohammad Hanapi Bin Setapa @ Abd Rashid Guru Akademik Biasa
42. Encik Muhammad Kamal Bin Jusoh Guru Akademik Biasa
1
43. Puan Norzuhrin Binti Mohd Radzi Guru Akademik Biasa
44. Puan Venneela Retna A/P R. Ramasingam Guru Akademik Biasa
45. Encik Yusaini Bin Ramli @ Zainon Guru Akademik Biasa
46. Puan Haslina Adila Binti Mohd Ghani Guru Akademik Biasa
47. Puan Litishia A/P Anthony Periera Guru Akademik Biasa
48. Encik Mohd Fakihuddin Bin Mohd Mokhtar Guru Akademik Biasa
49. Encik Mohd Khazaain Bin Rasidi Guru Akademik Biasa
50. Puan Noor Kamariah Binti Nawi Guru Akademik Biasa
51. Puan Nor Atikah Binti Ab Wahab Guru Akademik Biasa
52. Puan Norshazleena Binti Mazlan Guru Akademik Biasa
53. Puan Nur Ayuni Binti Rozaki Guru Akademik Biasa
54. Puan Siti Natrah Binti Alias Guru Akademik Biasa
55. Puan Shuhaila Binti Abu Bakar Guru Akademik Biasa
56. Puan Soo Ah Moi Guru Akademik Biasa
57. Cik Teoh Siew Peng Guru Akademik Biasa
58. Puan Tia Alisa Abdullah Guru Akademik Biasa
59. Puan Zainab Binti Omar Guru Akademik Biasa
60. Mohd Azwar bin Mohd Nasir Guru Akademik Biasa
61. Puan Tengku Yasmin binti Tengku Marzuki Guru Akademik Biasa
62. Puan Suziana binti Md. Salleh Guru Akademik Biasa
63. Cik Thillainayaggi a/p Thiagarajan Guru Praktikum
64. Cik Dania Arfah binti Amir Hamzah Guru Praktikum
65. Cik Kirthana a/p Baskaran Guru Praktikum
66. Cik Fatimatul Amirah Najla binti Mohd Guru Praktikum
67. Cik Mercy Linda a/p Joseph Guru Praktikum
Tidak Hadir (Bersebab)
1. Puan Siti Nurusliza binti Abdullah Guru Akademik Biasa
2. Puan Nuralida binti Fauzi Guru Akademik Biasa
3. Puan Syamsiah binti Che Yassin Guru Akademik Biasa
Urus Setia Mesyuarat:
Puan Suziana Binti Md.Salleh
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran semua
guru ke Mesyuarat Guru Bilangan 3 Tahun 2021.
Tindakan: Makluman
1.2. Pengerusi memperkenalkan diri kepada semua guru dan AKP dan memaklumkan
bahawa beliau telah dilantik sebagai Pengetua SMK Subang Jaya berkuatkuasa
pada 28 Jun 2021, namun begitu beliau memulakan tugas secara rasmi sebagai
Pengetua pada 7 Julai 2021. Sehubungan dengan itu, harapan beliau agar
semua guru dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang baik dalam
pelaksanaan kerja buat di dalam bidang tugas masing-masing dan akur pada
setiap ketetapan yang telah diberikan oleh KPM.
Tindakan: Makluman
1.3. Beliau menegaskan bahawa beliau akan memastikan SMK Subang Jaya dapat
mencapai kecemerlangan seperti yang diharapkan oleh pihak PPD, JPS dan
KPM. Beliau mengharapkan semua guru dapat menjalankan tugas mengikut apa
yang ditetapkan oleh KPM dan akur pada setiap ketetapan yang telah diberikan
oleh KPM.
Tindakan: Makluman
2
1.4. Tagline Pengetua ‘Selangkah Seiring Memacu Kecemerlangan’.
Tindakan: Makluman
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit Mesyuarat Guru Bilangan 2/ 2021 diterima sebulat suara tanpa pindaan.
Dicadangkan oleh: En Suresh Morthy
Disokong dan disahkan sebulat suara.
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
Tiada
4 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1. Pengurusan dan pentadbiran
4.1.1 Peranan Pentadbir sebagai Senior Leader Team (SLT) dan Middle Leader
Team (MLT).
Senior leaders terdiri daripada 3 orang Penolong Kanan yang berperanan
rapat dengan pentadbiran sekolah dan akan berhubung terus kepada
Pengetua. Manakala barisan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) pula
merupakan MLT yang akan berfokus kepada mata pelajaran dan kurikulum
sekolah. Mereka akan membantu Penolong Kanan Kurikulum dalam
memastikan semua aktiviti kurikulum yang dirancang dapat dilaksanakan
dengan baik. Setiap guru perlu berhubung atau memaklumkan kepada
GKPM terlebih dahulu dalam apa jua cadangan dan aktiviti yang terbaik
hendak dilakukan sebelum memaklumkannya kepada Penolong Kanan
kurikulum seterusnya kepada Pengetua. Prosedur ini juga perlu dipatuhi
oleh unit lain iaitu unit HEM dan unit kokurikulum.
Tindakan: Makluman
4.1.2 Unit Disiplin akan ditukar nama kepada Unit Pembangunan Sahsiah Murid
(UPSM). Unit ini memainkan peranan penting dalam membentuk modal
insan yang cemerlang keberibadian dan akhlak anak-anak SMKSJ.
Tindakan: Makluman
4.1.3 Unit kokurikulum pula akan memberi fokus kepada peningkatan kehadiran
murid dalam perjumpaan kokurikulum kerana 40% markah PAJSK adalah
daripada markah kehadiran murid. Pemantauan akan dibuat oleh pentadbir
dalam setiap perjumpaan kokurilulum untuk memastikan aktiviti
dilaksanakan dapat menarik minat murid. Pautan perjumpaan akan
diselaraskan oleh penyelaras kokurikulum supaya mudah untuk barisan
pentadbir memantau setiap aktiviti penjumpaan kokurikulum yang
dilaksanakan oleh guru.
Tindakan: Setiausaha Ko Kurikulum
4.1.4 Setiap guru perlu sentiasa bersikap positif dalam melaksanakan tugas
masing-masing. Guru perlu menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik
mungkin dan berfikiran terbuka apabila mendapat arahan atau tugasan
yang diberikan oleh pentadbir. Jika guru mempunyai masalah peribadi
atau tidak dapat melaksanakan arahan yang diberikan, guru boleh
berjumpa dengan pengetua untuk berbincang.
Tindakan: Makluman
3
4.1.5 Seorang guru mesti mempunyai pengurusan diri yang baik dan bersikap
profesional di mana seorang guru itu perlu sentiasa berpenampilan
menarik, kemas dan rapi. Pakaian guru perlu mengikut peraturan yang
betul supaya menjadi contoh kepada murid-murid. Guru juga perlu
menepati masa mengikut jadual yang ditetapkan untuk masuk ke kelas.
Guru perlu mengurus diri dengan betul supaya dapat hadir ke sekolah
mengikut masa yang ditetapkan. Setiap pentadbir akan memantau
mengikut setiap bangunan yang ditetapkan. Hasil pemantauan yang
dilakukan itu akan diberikan markah keberhasilan bagi setiap guru yang
dipantau.
Tindakan: Makluman
4.1.6 Setiap markah di dalam kerberhasilan mesti mempunyai markah TOV,
ETR dan AR. Kandungan ini merangkumi unit kurikulum, HEM dan juga
Kokurikulum. Pihak pentadbiran akan memberi markah mengikut
pencapaian yang telah dicapai oleh guru dan setiap guru akan berusaha
mencapai apa yang di sasarkan.
Tindakan: Makluman
4.1.7 Setiap program sekolah perlu berfokus, efektif dan kesannya dapat
membanggakan warga sekolah. Pengetua menetapkan 10 subjek yang
perlu difokuskan untuk mencapai keputusan yang cemerlang dan untuk
kemenjadian murid.
Tindakan: Makluman
4.1.8 Setiap guru perlu mengamalkan intergriti dalam melaksanakan tugas yang
diberikan dan mengikut apa yang diinginkan oleh organisasi. Guru
sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. Guru perlu
amanah pada kerja yang diberikan, pada masa yang ditetapkan dan ikhlas
dalam melaksanakan tugas untuk memastikan setiap PdPC dilaksanakan
dengan baik dan mencapai kecemerlangan murid.
Tindakan: Makluman
4.2 Pengoperasian Sekolah
4.2.1 Sekolah dijangka akan dibuka pada bulan Ogos, iaitu selepas cuti
pertengahan penggal. Pada 17 Julai 2021 cuti penggal akan bermula dan
sekolah akan bercuti selama 7 hari. Semua guru perlu bersedia dengan
persedian pembukaan semula sekolah.
Tindakan: Makluman
4.2.2 Sekolah akan menggunakan modul bersemuka bagi murid Tingkatan 5.
Waktu pembelajaran akan bermula dari 7.30 sehingga 2.00 petang. Murid
akan balik secara berperingkat-peringkat dan menggunakan dua pintu
pagar sekolah.
Tindakan: Makluman
4.2.3 Guru mata pelajaran tingkatan 5 akan terlibat sama dengan pengajaran
secara bersemuka dan secara PdPR. Oleh itu, guru yang tidak mengajar
mata pelajaran tingkatan 5 akan bertugas dan datang ke sekolah secara
bergilir-gilir. Semua guru perlu akur dengan jadual yang telah ditetapkan.
Guru yang perlu hadir ke sekolah akan melaksanakan PdPR di sekolah.
Jadual akan dikeluarkan oleh unit Hem.
Tindakan: Setiausaha HEM
4
4.2.4 Kelas tambahan iaitu Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) telah
dilaksanakan dan masih dijalankan. Bagi tuisyen sekolah masih mengikut
arahan dan SOP PPD Petaling Perdana iaitu tidak membenarkan kelas
tambahan dilaksanakan. Kelas tambahan dicadangkan diadakan selepas
aktiviti Kokurikulum secara Google Meet.
Tindakan: Makluman
4.3 Keberadaan Guru
4.3.1 Guru mesti berada dalam stesen bertugas iaitu Petaling Perdana atau
kawasan di dalam negeri Selangor. Jika guru sakit, cuti bersalin dan lain-
lain, guru perlu memaklumkan kepada Pengetua dengan menyertakan
bukti. Guru PJJ yang ingin pulang berjumpa suami pada hujung minggu
perlu memaklumkan keberadaan mereka kepada Pengetua. Jika melebihi
masa cuti tersebut, guru perlu memohon CRK atas budi bicara Pengetua.
CRK berturut-turut boleh diberikan jika guru ingin mengurus anak-anak
belajar. Setiap guru perlu memaklumkan kepada Pengetua jika berada di
luar stesen bekerja. Tanpa pemakluman dan kebenaran Pengetua, jika
berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, Pengetua tidak akan
bertanggungjawab. Alasan permohanan CRK perlu kukuh dan
munasabah.
Tindakan: Makluman
4.3.2 PdPR perlu dilaksnakan mengikut masa yang ditetapkan. Latihan tutorial
diberikan mengikut kaedah yang sesuai dan dapat memberi kesan kepada
murid.
Tindakan: Makluman
4.3.3 Unit UPSM dan UBK telah menghubungi murid yang bermasalah untuk
hadir ke kelas PdPR. Tindakan yang dibuat boleh menjadi Amalan Baik
dan contoh kepada sekolah yang lain.
Tindakan: Makluman
4.3.4 Pelaporan SPdPR peringkat JPNS mesti dibuat setiap hari. Data boleh
dilihat oleh PK Pentadbiran.
Tindakan: Makluman
4.3.5 PBD perlu dijalankan dengan baik untuk mencapai kecemerlangan murid.
Setiap guru perlu melaksanakan PBD di dalam PdP. Pemantauan akan
dibuat untuk melihat pelaksanaan PBD yang dilakukan oleh guru.
Tindakan: Makluman
5 HAL-HAL LAIN
5
5.1 Sesi suai kenal Pengetua bersama Ketua Panitia.
Tindakan: Makluman
5.2 Pautan Google Meet PDPR perlu diselaraskan. Setiap kelas perlu ada pautan
sendiri dan murid hanya perlu klik pautan yang sama untuk setiap mata
pelajaran. Guru tingkatan akan memaklumkan kepada murid mengenai link
tersebut. Bagi pautan Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam, guru berkenaan
perlu membuat pautan sendiri dan menghantar pautan tersebut kepada PK
Pentadbiran. Tujuan penyelarasan ini adalah untuk pemantauan pihak PPD/ JPN
dan Pentadbir.
Tindakan: Penyelaras ICT
5
5.3 Pemantauan GKMP bagi setiap mata pelajaran akan dilaksanakan untuk
memastikan setiap guru melaksanakan PdPR mengikut jadual yang ditetapkan.
GKMP juga perlu mengambil kehadiran murid untuk setiap kelas yang dipantau.
Setiap pertukaran masa dan tarikh PdPR perlu dimaklumkan terlebih dahulu
kepada GKMP. Pihak pentadbiran boleh menjalankan pencerapan dengan
mengisi borang khas pencerapan tidak bersemuka.
Tindakan: Makluman
5.4 Murid akan menghadiri kelas PdPR dengan mengunakan ID MOE mereka. Guru
relief perlu masuk ke kelas yang ditetapkan dengan menggunakan id mereka.
Manakala guru ganti atau pratikal akan menggunakan ID sementara sekolah.
Tindakan: Penyelaras ICT
6 PENUTUP
Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada semua ahli yang hadir. Pengerusi berharap agar semua keputusan dapat
dilaksanakan secepat mungkin.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:50 petang.
Urus Setia,
Setiausaha Kelab Guru
SMK Subang Jaya
28 Julai 2021
6