Format dan Penerangan Penulisan Kajian Tindakan untuk
Penerbitan Jurnal Pendidikan
Tajuk Kajian
1. Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji
2. Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju, tindakan dan sasaran kajian
3. Bold tajuk
Nama Penyelidik dan Nama Kolej/Pusat Tingkatan Enam
1. Catatkan nama penuh penyelidik/ ahli kumpulan
2. Nyatakan nama Kolej/Pusat Tingkatan Enam
Abstrak
1. Abstrak memberi maklumat umum/penting kepada pembaca tentang apa yang dikaji
tanpa membaca keseluruhan laporan kajian terlebih dahulu
2. Abstrak hendaklah ditulis seperti berikut:
a. Ditulis dalam satu perenggan sahaja dan tidak melebihi satu muka surat
(sebaiknya 100 hingga 200 patah perkataan)
b. Menggunakan saiz font 10 dan jenis tulisan Arial
3. Abstrak hendaklah mengandungi secara ringkas/padat perkara seperti berikut:
a. Tujuan
b. Kumpulan sasaran
c. Fokus kajian
d. Tinjauan awal
e. Pelaksanaan kajian
f. Dapatan
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu
1.1 Refleksi merupakan muhassabah diri untuk menilai kembali pengajaran yang
lalu
1.2 Refleksi hendaklah mengandungi:
1.2.1 Tema/masalah/isu keprihatinan yang telah dikenalpasti melalui empat
perkara utama dalam PdP yang lalu iaitu:
a. Guru
1.2.2 b. Murid
1.2.3 c. Isi kandungan pelajaran
1.2.4 d. Persekitaran
Refleksi pengalaman PdP lalu
1.2.5 Kaitkan pengalaman PdP yang telah dikenal pasti supaya masalah
menjadi lebih jelas
Rujuk bahan yang berkaitan seperti buku latihan, ujian, keputusan
peperiksaan, sukatan pelajaran dan bahan-bahan yang berkaitan
untuk membantu penyelidik mengingat kembali apa-apa yang telah
dilaksanakan/berlaku
Terjemah refleksi secara bertulis
2.0 Fokus Kajian
2.1 Fokus kajian merupakan fokus yang menjadi masalah atau isu
2.2 Proses menentukan fokus kajian ialah:
2.2.1 Tentukan tema/ masalah kajian
2.2.2 Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi PdP lalu
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif kajian meliputi perkara seperti berikut:
3.1.1 Objektif kajian terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus
3.1.2 Objektif hendaklah berkaitan dengan masalah
3.1.3 Objektif hendaklah berkaitan dengan aktiviti/tindakan (PdP)
3.1.4 Objektif hendaklah boleh diukur
3.1.5 Semua objektif khusus hendaklah diukur/nilai semasa menjalankan
tindakan/aktiviti
4.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan yang hendak dikaji atau menjadi sampel kajian – nyatakan data/ maklumat
responden yang dikaji
5.0 Pelaksanaan Kajian
5.1 Pelaksanaan kajian meliputi:
5.1.1 Cara mengumpul maklumat (tinjauan masalah)
a. menghuraikan secara terperinci cara-cara mengumpulkan
maklumat
b. maklumat boleh diperoleh melalui:
i. pemerhatian dalam bilik darjah atau dewan kuliah atau
tutorial semasa pelajar memberi maklum balas kepda soalan-
soalan guru;
ii. pemeriksaan latihan atau tugasan yang diberi;
iii. sesi temubual;
iv. melalui soal selidik; atau
v. ujian pra atau ujian topikal/bulanan dll
5.1.2 Analisis tinjauan masalah
Analisis tinjauan masalah dilakukan dengan membuat jadual atau rajah
atau bentuk lain yang bersesuaian "data display” untuk menunjukkan
bahawa anda telah mengumpul data/maklumat untuk mengetahui
bagaimana masalah itu timbul dan perkara-perkara lain yang berkaitan
dengan masalah yang dikaji
5.1.3 Tindakan menangani masalah
Nyatakan semua aktiviti, bahan-bahan dan cara anda membuat
pemerhatian untuk menguji keberkesanan tindakan/ aktiviti yang telah
dijalankan ke arah meningkatkan kemahiran pelajar bagi menangani
masalah yang sedang dikaji
5.1.4 Cara pelaksanaan
Huraikan bagaimana kajian tindakan telah dilaksanakan
5.1.5 Membuat refleksi kajian
a. Huraikan keberkesanan tindakan anda dengan menggunakan
data/ maklumat ynag telah dikumpulkan
b. Terangkan perubahan tingkah laku murid melalui pemerhaitan
c. Terengkan perubahan emosi murid yang telah dikumpulkan
melalui temu bual atau soal selidik
d. Huraikan perasaan penyelidik terhadap keberkesanan kajian
yang telah dijalankan
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya
6.1 Anda boleh meneruskan kajian tindakan dengan mengambil tindakan susulan
(gelungan kedua)
6.2 Jika kajian anda tidak berjaya, anda boleh menulis seperti berikut:
"Memandangkan kajian tindakan yang telah saya jalankan tidak berjaya, maka
saya akan menggunakan tindakan/aktiviti-aktiviti lain untuk menangani isu ini”
Biblografi
Menyusun senarai bahan rujukan mengikut abjad bermula dengan Nama Pengarang,
tahun, nama buku dan penerbit
Lampiran
Sertakan bahan yang digunakan dalam kajian sebagai lampiran kajian
************************************************************************************************
Maklumat Tambahan
Format yang digunakan dalam artikel ini adalah berdasarkan maklumat seperti
berikut:
a. Semua penulisan adalah menggunakan jenis tulisan "Arial”
b. Saiz font bagi semua penulisan artikel ini adalah 11 kecuali untuk abstrak
adalah 10
c. Margin tajuk dan abstrak adalah "single spacing”
d. Margin bagi semua penulisan adalah "1.5 lines"
e. Semua tajuk perlu di "bold”
f. Untuk tujuan penerbitan ini, sebaiknya penulisan satu kajian secara
keseluruhan adalah tidak melebihi 13 muka surat (tidak termasuk lampiran)
FORMAT DAN PENERANGAN
PENULISAN KAJIAN KONVENSIONAL (ATAU EMPIRICAL BASED ARTICLE) UNTUK
PENERBITAN JURNAL PENDIDIKAN
TAJUK KAJIAN
Tajul kajian hendaklah ringkas, deskriptif dan sebaiknya tidak melebihi 15 perkataan. Artikel
dalam bahasa Melayu perlu ada tajuk dalam bahasa Inggeris dan begitu juga sebaliknya.
Setiap tajuk kajian perlu diikuti dengan nama pengarang, kumpulan pengkaji, alamat, nombor
telefon, nombor faks dan alamat e-mel.
ABSTRAK
Tujuan abstrak adalah untuk pembaca meninjau kandungan artikel dengan cepat. Semua
manuskrip mesti mengandungi abstrak dalam 100 - 200 perkataan (satu versi dalam bahasa
Inggeris dan satu versi dalam bahasa Melayu). Dalam penulisan abstrak perlu diikuti dengan
maksimum 5 kata kunci (di bahagian bawah abstrak).
Penulisan abstrak mestilah ringkasan dan padat yang mengandungi tujuan, kaedah yang
digunakan, dapatan utama, dan implikasi serta kesimpulan penulis.
PENGENALAN
Penulis harus menyatakan rasional/hujahan kajian berdasarkan tinjauan literatur yang ada,
tujuan kajian, latar belakang kajian dan mencadangkan potensi kepentingan kajian dari segi:
mengisi jurang dalam pengetahuan profesional, literatur atau potensi amalan yang lebih baik.
METODOLOGI KAJIAN
Untuk elemen metodologi atau kaedah kajian, penulis harus memberikan sokongan teori
untuk kaedah ini, jelaskan rekabentuk kajian, prosedur yang digunakan berkenaan dengan
pemilihan sampel, instrumen, teknik pengumpulan data dan analisis data (kuantitatif dan
kualitatif). Nyatakan bagaimana penggunaan metodologi/ kaedah dan skop kajian.
DAPATAN KAJIAN
Penulis harus menyediakan jadual/rajah dan maklumat/data, memberikan contoh ilustrasi,
nyatakan penemuan dan kesimpulan utama yang berkaitan dengan soalan penyelidikan, dan
menyatakan sebarang isu praktikal yang ditemui dalam pengumpulan data, seperti
kebolehpercayaan, kesahan, generalisasi berkaitan kajian; bergantung kepada konteks
kajian.
PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN
Penulis harus membincangkan dan mengaitkan dapatan kajian yang signifikan dengan kajian
literatur yang berkaitan dan menyatakan implikasi, kepentingan dan batasan kajian secara
bersepadu. Penulis juga boleh menyatakan siapakah yang akan mendapat manfaat
daripadanya dan apakah yang berbeza dan terbaharu berkaitan kajian yang dilaksanakan.
Nyatakan apakah fokus bagi kajian yang dicadangkan untuk dilakukan oleh pengkaji lain.
KESIMPULAN/RUMUSAN
Terangkan juga kesimpulan dan implikasi kajian kepada masyarakat dan yang berkaitan.
RUJUKAN
Menyusun senarai bahan rujukan mengikut abjad bermula dengan Nama Pengarang, tahun,
nama buku/artikel dan penerbit. Hanya perkara atau maklumat yang disebut dalam penulisan
sahaja harus dinyatakan dalam rujukan. Contohi kaedah menulis "APA style 6" seperti contoh
berikut:
Buku:
Tanenbaum, A.S. (2003). Computer networks (4th ed.). New Jersey: Prentice Hall.
Artikel Jurnal:
Ziegler, J. (2006). Do differences in brain activation challenge the universal theories of
dyslexia? Brain and Language, 98, 341-343.
Herbst-Damm, K.L., & Kulik, J.A. (2005). Volunteer support, marital status, and the survival
times of terminally ill patients. Health Psychology, 24, 225-229.
Sillick, T.J., & Schutte, N.S. (2006). Emotional intelligence and self-esteem mediate between
perceived early parental love and adult happiness. E-Journal of Applied Psychology,
2(2), 38-48. Retrieved from http://ojs.lib.swin.edu.au/index.php/ejap
Artikel dalam buku:
McNay, I. (1995). From the collegial academy to corporate enterprise: The changing cultures
of universities. In Schuler, T. (Ed.), The changing university (pp. 105-15). Milton Keynes:
Society for Research into Higher Education and Open University Press.
Prosiding yang telah diterbitkan:
Deci, E.L., & Ryan, R.M. (1991). A motivational approach to self: Integration in personality. In
R. Dienstbier (Ed.), Nebraska Symposium on Motivation: Vol. 38. Perspective on
motivation (pp. 237-288). Lincoln: University of Nebraska Press.
Prosiding yang tidak diterbitkan:
Lanktree,C., & Briere, J. (1991), January). Early data on the Trauma Symptom Checklist for
Children (TSC-C). Paper presented at the meeting of the American Professional Society
on the Abuse of Children, San Diego, CA.
Artikel dari Akbar:
Schwartz, J. (1993, September 30). Obesity affects economics, social status. The Washington
Post, pp. A1, A4.
Sumber elektronik:
Shotton, M.A. (1989). Computer addiction? A study of computer dependency (DX
Readerversion). Retrieved from http://ww.ebookstore.tandf.co.uk/html/index.asp.
London, England: Taylor & Francis.
Kertas Kerja:
Moizer, P. (2003, March). How published academic research can inform policy decisions: The
case of mandatory rotation of audit appointments. Working paper, Leeds University
Business School, University of Leeds, Leeds.
Tesis:
Penulis, A.A. (2012). Tajuk tesis kedoktoran atau sarjana (tesis yang tidak diterbitkan). Nama
Institusi, Lokasi.
LAMPIRAN
Sertakan bahan yang digunakan dalam kajian sebagai lampiran kajian
************************************************************************************************
Maklumat Tambahan
Format yang digunakan dalam artikel ini adalah berdasarkan maklumat seperti berikut:
g. Semua penulisan adalah menggunakan jenis tulisan "Arial”
h. Saiz font bagi semua penulisan artikel ini adalah 11 kecuali untuk abstrak adalah 10
i. Margin tajuk dan abstrak adalah "single spacing”
j. Margin bagi semua penulisan adalah "1.5 lines"
k. Masukkan nombor muka surat di bahagian bawah sebelah kanan
l. Semua tajuk perlu di "bold”
m. Untuk tujuan penerbitan ini, sebaiknya penulisan satu kajian secara keseluruhan adalah
tidak melebihi 15 muka surat (tidak termasuk lampiran)