• Dijadikan Bahasa pengantar di sekolah melalui Akta Pendidikan 1961 (pindaan 1996) • Dijadikan bahasa semasa prosiding di mahkamah (Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan) • Tulisan bagi Bahasa Kebangsaan ialah tulisan rumi (Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) • Segala Rang Undang-undang, Akta, Enakmen dan Ordinan hendaklah dalam Bahasa Kebangsaan. • Segala urusan rasmi kerajaan harus menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai pengantara (Pekeliling Perkhidmatan bilangan 9 tahun 2011) 4. Huraikan dua masalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di luar bandar [4m] • Kemudahan asas yang daif -Air bersih kurang -Tiada kemudahan elektrik -Bangunan sekolah uzur • Sukar mendapatkan bantuan pendidikan -Jalan sukar dilalui -Kos tinggi untuk menghantar peralatan ke sekolah • Kurang ketersampaian digital -Kurang akses internet -P&P terbatas • Sikap negatif ibu bapa -Kurang kesedaran tentang kepentingan pendidikan -Terpengaruh dengan cara hidup tradisi yang tidak mementingkan pendidikan • Sikap negatif pelajar -Tiada dorongan ibu bapa -Tiada persaingan daripada rakan-rakan -Selesa dengan cara hidup tradisi
SMK TAGASAN 1.Nyatakan tiga sebab pembentukan Malaysia. [3m] • Keselamatan/Ancaman komunis • Mengimbangi penduduk • Kemajuan ekonomi bersama • Mempercepat proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura 2. Jelaskan dua perbezaan Badan Perundangan antara Parlimen dengan Dewan Undangan Negeri. [4m] Perbezaan Parlimen Dewan Undangan Negeri Komponen Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara, dan Dewan Rakyat Sultan/Yang di-Pertua Negeri, dan Dewan Undangan Negeri Fungsi utama Menggubal Rang UndangUndang peringkat Persekutuan Menggubal Rang UndangUndang yang dilaksanakan di negeri tersebut sahaja Jenis Undang-undang/ Statut Akta Enakmen/ Ordinan Wakil rakyat Ahli Parlimen mewakili peringkat Persekutuan Ahli DUN mewakili peringkat Negeri Bilangan kerusi - 222 kerusi Parlimen - berbeza mengikut negeri, contoh: Negeri Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen - 576 kerusi DUN melibatkan semua 13 negeri di Malaysia - berbeza mengikut negeri masing-masing, contoh: DUN Negeri Sabah sebanyak 60 kerusi
Kelulusan dan perkenan Rang Undang-Undang Ketua Negara: Yang diPertuan Agong Ketua Negeri: Sultan/Yang diPertua Negeri 3. Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara dan mempunyai bidang kuasa yang luas yang dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan. i. Nyatakan dua tugas Yang di-Pertuan Agong mengikut kuasa budi bicara. [2m] • Perkara 40(1)(a) - Melantik seorang Perdana Menteri • Perkara 40(1)(b) - Tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen • Perkara 40(1)(c) - Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan apa-apa tindakan dalam mesyuarat ini ii. Nyatakan dua perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong. [2m] • Perkara 34(1) - YDPA tidak boleh menjalankan tugas sebagai Raja di negeri Baginda kecuali fungsinya sebagai Ketua Agama Islam, meminda Perlembagaan Negeri atau melantik seorang Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja • Perkara 34(2) - YDPA tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya ada apa-apa saraan/ pendapatan • Perkara 34(3) - YDPA tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apaapa perusahaan komersil/ perniagaan • Perkara 34(4) - YDPA tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen yang kena dibayar atau terakru kepadanya sebagai Raja negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri itu atau peruntukan manamana undang-undang negeri • Perkara 34(5) - YDPA tidak boleh, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali semasa lawatan negara ke suatu negara lain
4. Nyatakan empat langkah untuk memperkasa modal insan di negara ini. [4m] • Memperluas akses kepada pendidikan • Memperkasa pendidikan awal • Memantapkan pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah • Mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional • Memperkasa pengajian tinggi • Mempergiat program latihan dan kemahiran • Meningkatkan produktiviti pekerja • Memperluas penglibatan wanita dalam ekonomi • Mengembangkan kompetensi dan kebolehpasaran graduan SUMBER: Pengajian Am 900 STPM @CNM Semoga pelajar STPM 2023 Semester/Ulangan Terus Maju Jaya Pn Mahani Abu Bakar