The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-24031351, 2022-04-11 05:00:43

esei pa 223

esei pa 223

Hubungan bilateral dan multilateral memberi pelbagai kesan kepada negara Malaysia.
Bagaimanakah Malaysia mengamalkan hubungan luar ini dan apakah kepentingan dasar
luar kepada Malaysia. Jelaskan.

Hubungan bilateral dan mulitlateral memberi pelbagai kesan kepada negara Malaysia.
Negara Malaysia mengamalkan hubungan luar dengan beberapa negara dan terdapat
beberapa kepentingan dasar luar kepada negara Malaysia.

Negara Malaysia mengamalkan hubungan luar dengan mengekalkan hubungan harmoni
dengan semua negara. Hal ini dikatakan kerana, hubungan yang harmoni antara negara dapat
menjamin keselamatan rakyat dan juga negara. Contohnya, Malaysia mewakili PBB dan
menjadi orang tengah di negara-negara yang menghadapi konflik. Tambahan pula, hubungan
yang harmoni antara negara akan memberi faedah kepada negara Malaysia terutamanya dari
aspek keselamatan kerana negara jiran dapat memberi bantuan tentera jika negara mengalami
ancaman.

Negara Malaysia mengamalkan hubungan luar dengan menjalinkan hubungan erat dan
perkongsian ekonomi dengan semua negara. Hal ini dikatakan kerana, hubungan luar dengan
negara lain dapat membantu negara Malaysia untuk meluaskan pasaran ke negara lain yang
akan meningkatkan kadar eksport dan import. Selain itu, hubungan luar dengan negara lain
dapat meningkatkan imej negara. Pengeluaran barang yang bermutu dapat meningkatkan
keadaan ekonomi Malaysia dan seterusnya negara kita juga akan dipandang tinggi.

Antara kepentingan dasar luar kepada Malaysia ialah dari segi pemindahan teknologi.
Hubungan luar antara Malaysia dengan negara lain memberi peluang kepada negara Malaysia
untuk memperoleh mesin yang menggunakan teknologi moden dan juga yang berkualiti.
Tambahan pula, penggunaan teknologi moden dapat meningkatkan produktiviti negara dari
pelbagai aspek. Contohnya, negara Malaysia bergantung kepada teknologi moden dari negara
Jepun.

Kepentingan kedua dasar luar kepada Malaysia ialah perkongsian sumber bahan
mentah dan makanan. Hal ini dikatakan kerana, Malaysia tidak mempunyai bekalan makanan
yang mencukupi terutamanya beras. Oleh itu, dasar luar dengan negara lain seperti dengan
negara Thailand akan meningkatkan bekalan beras. Tambahan pula, negara Malaysia juga
dapat menyumbang bekalan makanan ke negara yang dilanda bencana alam jika wujud
hubungan luar. Keadaan ini juga dapat mengurangkan beban negara dalam keadaan
kecemasan.

Kepentingan dasar luar terakhir kepada Malaysia ialah dapat menggalakkan
pembangunan dan kemajuan ekonomi. Hal ini dikatakan kerana, hubungan luar dapat menarik
kemasukan pelabur asing yang akan meningkatkan ekonomi negara. Bukan itu sahaja, ekonomi
negara dapat dipertingkatkan melalui perdagangan antarabangsa.

Kesimpulannya, hubungan bilateral dan mulitlateral memberi pelbagai kesan kepada
negara Malaysia. Negara Malaysia mengamalkan hubungan luar dengan beberapa negara dan
terdapat beberapa kepentingan dasar luar kepada negara Malaysia.


Click to View FlipBook Version