The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jana Pendapatan Dengan Tuisyen

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdnoortahir, 2020-11-05 19:28:21

Ebook Tuisyen

Jana Pendapatan Dengan Tuisyen

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
!
FORMULA #1: BRANDING POWER


FORMULA #2: PERSEDIAAN SEBELUM ‘BERPERANG’
!
FORMULA #3: PEMASARAN UNGGUL
!
FORMULA #4: KHIDMAT PELANGGAN PROFESIONAL


FORMULA #5: LANGKAH BERMULA
!
FORMULA #6: MENGAJAR ‘BEYOND EXPECTATION’
!
FORMULA #7: MENUAI HASIL
!
FORMULA #8: MODAL SOSIAL
!
FORMULA #9: SISTEM REKOD P&P
!
PENUTUP





























Menurut Tuan Aqif Azizan, teknik marketing melalui facebook
terbahagi kepada:

!

- Facebook Ads
- Facebook profile
- Facebook group
- Facebook fanpage

!

Untuk permulaan, anda boleh gunakan facebook profile dan
facebook fanpage terlebih dahulu.

!

!

!

!

Dengan menggunakan facebook profile, anda boleh add friend
terutamanya ibu yang mempunyai anak. Anda boleh
menjumpai mereka di fanpage berkaitan ibu, pakaian dan
resipi dan lain-lain.

!

Gunakan nama branding anda serta ‘keyword’ yang klien akan
search seperti ‘home tuition, ‘home tutor’, ‘cikgu tuisyen’, ‘tutor
tuisyen supaya memudahkan anda dijumpai.

!

Banyakkan sharing mengenai pembelajaran, teknik belajar,
kata-kata motivasi, panduan untuk pelajar bagi menunjukkan
kredibiliti anda dan untuk meyakinkan ibu bapa bahawa anda
tutor yang mempunyai kredibilti dan komited terhadap tugas
anda.

!

Profile photo dan cover photo yang menarik di samping dapat
menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan anda juga
sangat penting.

Usah ragu untuk mengeluarkan sedikit bajet bagi menempah cover
photo dan profile photo bagi membina imej anda.

Ada kalanya, melalui facebook profile dan fanpage sahaja klien
boleh ‘judge’ sesuatu perkhidmataan itu.

Design = first impression

Content = kredibiliti

Antara perkhidmatan bagi design ‘cover photo’ facebook adalah:

http://www.luvleey.com & https://www.facebook.com/idhamarts

Menerusi pemasaran ‘offline’ pula, antara teknik yang berkesan
adalah menerusi bunting yang diletakkan di kawasan strategik
seperti di persimpangan jalan, masjid, sekolah, taman
perumahan dan kedai-kedai.

!

Design bunting anda boleh buat sendiri atau tempah dari
designer. Kebiasaannya saiz adalah 2 x 4 kaki atau 2 x 6 kaki.
Apa yang penting warna dan tulisan yang jelas supaya klien
boleh mendapatkan maklumat dengan pantas.

!

Maklumat yang penting adalah:
- Branding anda
- Perkhidmatan/subjek yang ditawarkan seperti Home Tuition
subjek…..
- No Tel dengan tulisan besar
- Facebook dan website jika ada
- Kelebihan, promosi, diskaun dan sebagainya bagi menarik
perhatian klien.



Kebiasaannya harga bunting RM1.50-Rm2.00 sekaki.

!

Namun ada tempat yang menawarkan bermula RM0.50 sekaki.
Antaranya:

!

S&Y Multi Enterprise
No 2424 , Jalan E 3/6 , Taman Ehsan Kepong ,
52100 Kuala Lumpur
Tel: 03-6272 2336

!

MY Printing & Rubber Stamp Maker
No. 177, Jalan Mendaling, Kajang, Selangor, Malaysia
Phone:
Tel: 03-87349466

Yang paling mudah adalah anda mendaftar menerusi agen atau
konsultan yang menjalankan perkhidmatan matching di antara
klien dan tutor seperti:

!

- Akademi Infitah: www.infitahhometuition.com
- Beyond Home Tuition: http://facebook.com/

beyondhometuition
- Tutor Kami: www.tutorkami.com
- Home Tuition Job: www.hometuitionjob.com

!

Cuma ia berkaitan dengan permintaan klien juga dan mengikut
kesesuaian subjek dan jadual yang ditetapkan klien.

!

Setiap syarikat mempunyai keistimewaan masing-masing dan
peraturan yang anda perlu diikuti.

FORMULA #4


KHIDMAT PELANGGAN PROFESIONAL

Setelah anda berusaha sedaya upaya membuat iklan, tiba saatnya
masa yang penuh debaran iaitu menunggu klien menghubungi anda.

!

Kebiasaannya klien akan menghubungi melalui facebook, sms, call
dan whatsapp.

!

Kebiasaan soalan yang akan ditanya:

!

• Adakah kita merupakan guru sekolah. Jika tiada, apakah
kelayakan atau pengalaman kita. Jika kita pelajar universiti dan
graduan pun tidak menjadi masalah

• Kadar bayaran
• Apakah kelebihan perkhidmatan yang kita tawarkan
• Apakah subjek yang ditawarkan
• Jika mereka setuju, bila boleh bermula

Tips untuk berkomunikasi dengan klien:

!

• Gunakan bahasa formal. Jawab sms, whatsapp atau
facebook dengan menggunakan Bahasa Melayu atau English
yang penuh dan bukan ringkasan. Ini menujukkan tahap
profesional anda. Ada kalanya mereka tidak memahami kata-
kata singkatan yang digunakan.

!

• Menggunakan panggilan tuan/puan atau encik. Jika bukan
Melayu Mister/Madam. Bukan makcik, pakcik, kakak dan lain-
lain kecuali diminta oleh klien.

!

FORMULA #5


LANGKAH BERMULA

Setelah klien bersetuju dengan pakej yuran yang anda kenakan, tiba
saatnya untuk mereka mendaftar.

!

Kebiasaannya sesetengah klien ingin berjumpa dengan kita. Jika kita
pergi ke rumah mereka, ‘first impression’ sangat penting. Pakaian,
tingkahlaku, percakapan dan bahasa badan sangat penting bagi
menggambarkan diri kita sebagai pendidik yang profesional.

!

Bawa flyers atau pamplet berkaitan servis kita dan borang
pendaftaran. Jika kita mempunyai modul atau buku boleh dibawa
bersama. Jika tiada, tidak mengapa.

!

Berbual tentang perkara yang menjadi minat ibu bapa. Atau apa yang
menjadi ‘concern’ mereka terhadap anak mereka. Tanyakan
perkembangan dan tahap pembelajaran pelajar tersebut. Jika perlu
boleh lihat kertas peperiksaan atau buku latihan mereka. Jika boleh
menjatuhkan ‘self-esteem’ pelajar tersebut, lebih baik tidak perlu.

Ada juga ibu bapa yang selesa menggunakan Whatsapp atau
sms. Jika anda cepat respon, ini merupakan suatu kelebihan

!

Klien memang perlukan respon segera. Jika lambat, mereka
berkemungkinan akan mencari perkhidmatan lain.

!

Sertakan sekali kadar bayaran dan ambil maklumat ibu bapa
dan pelajar untuk disimpan dalam database.

!

Ada juga klien yang lebih selesa menghubungi dengan ‘call’
sahaja. Anda boleh mengambil maklumat mereka jika klien
bersetuju.

!

Apa yang penting adalah mereka faham tentang perkhidmatan
anda dan yuran yang dikenakan supaya tidak menjadi isu di
kemudian hari.

Borang pendaftaran klien boleh disediakan dalam bentuk hard
copy atau online (Google Form).

!

Ia bertujuan supaya kita mendapat maklumat yang jelas
mengenai klien seperti nama, alamat, no telefon, email, pilihan
subjek, pilihan masa dan tarikh ingin bermula.

!

FORMULA #6


MENGAJAR ‘BEYOND EXPECTATION’

!

Jika klien sudah setuju untuk mengambil perkhidmatan anda, maka
anda perlu bersedia untuk mengajar.

!

Kenalpasti tahap pelajar melalui perbualan dalam telefon atau
melalui perjumpaan pertama.

!

Sediakan bahan mengajar dan buku latihan yang sesuai. Jika
mereka mempunyai buku latihan, gunakan terlebih dahulu.

!

Walaupun anda ‘excited’ atau ‘nervous’ untuk mengajar pelajar
tersebut untuk kali pertama, sentiasa tenangkan diri dengan
membaca doa, al-fatihah dan Surah Al-Insyiroh.

!

Bina hubungan dengan pelajar pada perjumpaan dengan pelajar
kali pertama.

!

• Bagi salam
• Senyum
• Berbual mengenai perkara yang santai seperti bertanyakan

nama, sekolah, subjek atau famili
• Antara yang penting untuk membina hubungan adalah

mengetahui apakah perkara yang mereka minat. Seterusnya
boleh berbual mengenai perkara tersebut

!

Setelah hubungan terbina dan mereka bersedia, sesi
pembelajaran boleh dimulakan.

!

Anda boleh bertanyakan soalan-soalan ringkas mengenai
subjek tersebut bagi mengenalpasti tahap mereka. Anda juga
boleh melihat buku latihan dan kertas ujian bagi membantu
penilaian anda.

!

Kemudian, lihat manakah topik yang perlu difokuskan dahulu
mengikut tahap pelajar.

Banyakkan mendorong pelajar melalui pujian dan galakkan.
Walaupun mereka membuat kesilapan, usah marah atau terus
tunjukkan cara yang betul.

!

Teknik Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad boleh
dilihat di www.ustazahsitikhadijah.blogspot.com.

!

Komunikasi dua hala penting semasa sesi pembelajaran bagi
memastikan minda dan hati mereka sentiasa bersama kita.

!

Semakin banyak mereka bertanya soalan anda adalah semakin
bagus. Ini menunjukkan mereka selesa dengan anda.

!

Latihan boleh diberikan bagi mengukur sejauh mana
pemahaman mereka.

Kelebihan Home Tuition yang disukai oleh ibu bapa dan pelajar
adalah pembelajaran berfokus dan mengikut tahap pelajar.

!

Tidak semestinya kita hanya gunakan buku rujukan dan buku
latihan sahaja dalam sesi pembelajaran.

!

Jadikan pembelajaran lebih menarik & kreatif dengan
menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar.

!

Paling mudah sekarang adalah menggunakan bahan atau video
pembelajaran dari internet. Semuanya adalah percuma. Pelajar
pasti suka apabila kita menggunakan pelbagai teknik untuk
belajar dan ini dapat mengelakkan kebosanan sewaktu
mengajar.

FORMULA #7


MENUAI HASIL

Ini antara perkara yang penting juga selepas anda mula mengajar.
Ramai tutor yang sudah mengajar segan untuk membuat claim.
Sebenarnya ia boleh menjejaskan perkhidmatan andai tidak dikawal
dengan baik.

!

Anda perlu ambil keputusan sebelum memulakan perkhidmatan ini
bahawa klien harus membuat pembayaran pada waktu bila. Samada:

!

- Awal bulan
- Tengah bulan
- Akhir bulan

!

Setiap pilihan tersebut mempunyai signifikan yang berbeza. Apa yang
saya cadangkan adalah claim pertama dibuat selepas kelas sudah
dijalankan dan klien/pelajar suka dengan kaedah pembelajaran kita.

!

Sebaik-baiknya pembayaran pada awal/tengah bulan bagi
memudahkan urusan.

!

Anda boleh membuat klien menggunakan sms dengan ayat seperti
berikut:

!

“Assalamulaikum Tuan Rahman.

!

Untuk yuran bulan Ogos 2014, yuran adalah sebanyak RM35 x
8 jam = RM280. Mohon tuan membuat pembayaran ke akaun
CIMB Akademi Infitah..1234567890. Selepas bank ini, mohon
sms tarikh dan masa. Terima kasih :) ~Akademi Infitah~

!

!

!

Jika lebih daripada masa yang ditetapkan anda boleh
mengingatkan klien dan sehingga tahap yang akhir anda boleh
‘hold’ kelas sehingga pembayaran dijelaskan. Namun, ini
hanyalah tindakan yang terakhir sekali.

!

Dengan menjaga ‘flow’ kewangan, anda akan lebih mudah
berkembang dengan memperuntukkan bahagian tertentu
daripada hasil yang diperolehi. Ini adalah bagi pelaburan untuk
pemasaran dan lain-lain bagi jangka masa panjang.

FORMULA #8


MODAL SOSIAL

Bagi membina reputasi jangka masa panjang, perlunya mempunyai
klien yang bercakap mengenai perkhidmatan anda berbanding anda
yang menyatakannya sendiri.

Ia dipanggil testimoni atau review.

!

Testimoni yang terbaik adalah apabila pelajar kita cemerlang dalam
subjek tersebut atau peperiksaan tertentu.

!

Tapi tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan testimoni
walaupun selepas kelas pertama?






















Click to View FlipBook Version