The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurathirah0668, 2021-05-28 11:30:56

EFOLIO PEMBEDAHAN PLASTIK

SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ISLAM

SAINS
TEKNOLOGI

KEJURUTERAAN

ISLAM

NAMA PENSYARAH: USTAZ MAZLAN OSMAN
NO KURSUS: MPU23052

BIL NAMA NO PENDAFTARAN
1 NUR ATHIRAH ADHAH BINTI SALIM 03DTP20F1024
2 NUR JANNAH BINTI ROSHID 03DTP20F1030
3 WAN NURSYAZWINA BATRISYIA 03DTP20F1027
4 SAYIDAH NAFISAH BINTI ABDUL 03DTP20F1039
QADIR

SOALAN:

• ISLAM DAN BIOTEKNOLOGI. NYATAKAN
BEBERAPA ISU SEMASA BERKAITAN DENGANNYA.

BAGAIMAN PRINSIP DAN PERANAN SYARIAT
ISLAM DAN ETIKA ISLAM DALAM MENDEPANI ISU
ISU BERKENAAN. ANTARA ISU BERKAITAN IALAH

PEMBEDAHAN PLASTIK.

PENGENALAN

• Blog atau esei dari kumpulan saya di dalam blog ini akan
menceritakan tentang beberapa isu semasa berkaitan dengan

islam dan bioteknologi dan bagaimana prinsip, peranan
syariat Islam dan etika Islam dalam mendepani isu-isu

berkenaan.Isu yang kumpulan kami pilih adalah isu
pembedahan plastik.Isu pembedahan plastik ini tidak lah
begitu besar pada zaman 90an kebelakang dahulu tetapi pada
zaman kini ia menjadi semakin besar dan menimbulkan

pelbagai tanda tanya dala kalangan masyarakat kita

TUJUAN

• Tujuan penulisan blog ini adalah untuk menerangkan tentang
isu pembedahan plastik dari persepsi islam sendiri.Penulisan
ini juga akan menceritakan bagaimana cara prinsip, peranan
syariat Islam dan etika Islam dalam mendepani isu-isu
berkenaan.Semoga segala pertanyaan yang bermain di dalam
minda selama ini terjawab

PEMBEDAHAN PLASTIK

• Maksud pembedahan plastik - Pembedahan plastik
merupakan pembedahan dengan tujuan untuk perubatan dan

pemulihan yang dibenarkan. Contoh, pembedahan untuk
mulut yang sumbing atau pembedahan untuk menampal kulit
yang melecur. Pemakaian gigi palsu, rambut palsu, mata palsu
dan sebagainya dibenarkan untuk tujuan menutup kecacatan.

Pembedahan ini juga bertujuan yang kecantikan seperti
memancungkan hidung, membesarkan mata dan sebagainya.

HUKUM PEMBEDAHAN PLASTIK
DALAM ISLAM

• Pada asalnya sebarang bentuk pembedahan yang membawa kepada perubahan kepada anggota badan
manusia tanpa keperluan adalah diharamkan oleh Syarak. Ini berdasarkan firman Allah Taala tentang
perkataan Iblis:

• ‫َوََلُ ِض ّلَنَّ ُه ْم َوََلُ َمنِ َي ّنَ ُه ْم َوََل ُم َر ّنَ ُه ْم َف َل ُي َبتِ ُك َّن آذَا َن ا َْلَن ْنعَا ِم َوََل ُم َرنَّ ُه ْم َفلَيََُيِ ُر َّن َخ ْل َق َّلَّلاِ ۚ َو َمن َيتتَّ ِخ ِذ ال َّش ْي َطا َن َو ِل ّيًا ِمن ُدو ِن َّلَّل ِا فَ َْد ْد َخ ِ َر ُخ ْ َرا ّنا ينمبِينّا‬
• Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi

sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku
akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-
binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang
mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan
kerugian yang terang nyata.”
• (Surah al-Nisa’: 119)
• Wajib – Untuk menutup luka, membaiki bekas luka parah atau tampal kesan kulit terbakar pada wajah dan
bahagian anggota yang boleh dilihat.
• Harus – Menyempurna atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih
kecacatan anggota.
• Haram – Mengubah ciptaan Allah dengan sengaja. Contohnya, lelaki melakukan pembedahan plastik untuk
menjadi seperti perempuan.

JENIS JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK
POPULAR DI MALAYSIA

• 1. Lower Blepharoplasty (Pembedahan Eyebag)
• Apabila kita semakin berusia, perubahan kepada kulit, lemak, otot dan tulang sekeliling mata menyebabkan terjadinya eyebag. Perubahan ini menyebabkan kami kelihatan lebih tua dan wajah yang nampak letih sepanjang masa. Walaupun terdapat

teknik-teknik kurang invasif untuk merawat eyebag, pembedahan eyebag (Lower Blepharoplasty) masih menjadi pilihan popular kerana keberkesanannya. Walaupin pembedahan ini perly4-6 minggu untuk pemulihan yang sepenuhnya, kebanyakan
pesakit yang menjalani pembedahan ini dapat meneruskanaktiviti harian secara biasa selepas kira-kira 1 minggu selepas pembedahan. Pembedahan lower blepharoplasty kekal menjadi salah satu pembedahanplastik popular di Malaysia.

• 2.Liposuctions
• Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kes Obesiti yang amat tinggi. Maka, adalah tidak mengejutkan bahawa liposuction adalah salah satu daripada pembedahan plastik yang paling popular di Malaysia. Liposuction atau Lipo adalah satu

prosedur dimana pakar bedah menyedut lemak berlebihan daripada bahagian tubuh untuk memulihkan lengkung cantik badan kita. Lelaki secara umumnya menjalani liposuction untuk menyingkirkan gynecomastia (payudara lelaki) manakala
wanita menjalani rawatanini untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih cantik dan menarik. Tidak kira apa dorongan anda untuk melakukan pembedahan liposuction, pastikan anda membuat konsultasi dengan doktor yang bertauliah dan

terlatih dalam bidan liposuction.
• 3.Pembedahan Plastik Payudara
• Pembedahan pembesaran payudara adalah antara pembedahan plastik yang popular di Malaysia. Pembedahan patu dara boleh dilakukan, sama ada menggunakan implan atau pemindahan lemak. Terdapat beberapa sebab-sebab yang mendorong
seseorang wanita untuk memilih pembedahan payudara. Selain keinginan untukmencapai rupa bentuk fizikal yang lebih besar, kebanyakan wanita memilih prosedur pembesaran payudara sebagai satu cara meningkatkan keyakinan diri
Sesungguhnya, setiap wanita mempunyai hak untuk berasa yakin dengan penampilan beliau. Walau bagaimanapun, sebelum membuat keputusan untuk pembesaran payudara, adalah penting anda dapat nasihat dari pakar bedah plastik yang sah.
• 4.Rhinoplasty (Pembedahan Hidung)
• Berikutan kebangkitan budaya K-POP, pembedahan Rhinoplasty, atau “pembedahan plastik hidung” telah mendapat banyak sambutan yang mendadak. Ramai rakyat Malaysia inginkan hidung lebih menonjol, yang sering dilihat sebagai satunya ciri-
ciri pada muka yang menarik. Pembedahanrhinoplasty boleh dijalankan sama ada dengan menggunakanimplan silikon atau mengunakan tulang rawan pesakit sendiri. Walaupun ini adalah satu prosedur yang mudah, terdapat juga risikonya. Oleh
itu, pastikan anda berbincang dengan seorang pakar bedah yang bertauliah sebelum melakukan prosedur ini.
• 5.Upper Blepharoplasty (Pembedahan Kelopak Mata)
• Tidak dapat dinafikan bahawa, pembedahan kelopak mata atau upper blepharoplasty adalah pembedahan plastikyang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Pembedahan ini secara tradisinya adalah untuk merawat kulit kelopak mata yang
longgar yang boleh mengakibatkan penghalangan kepada visual kita. Walau bagaimanapun, pembedahan ini sekarang biasanya digunakan untuk mengubah apa yang dikenali sebagai “monolid” kepada “double eyelid”. Ianya lebih dikenali sebagai
pembedahan “double eyelid” atau “Asian Blepharoplasty”. Pakar bedah yang terlatih boleh menggunakan beberapa teknik pembedahan untuk membina kelopak mata yang berganda “Double eyelid”. “Double eyelid” membuat mata seseorang
kelihatan lebih besar dan lebih cantik. Walaupun prosedur ini nampaknya mudah, anda perlu mendapatkan rawatan daripada pakar bedah yang terlatih dan bertauliah supaya anda dapat mengurangkan risiko pembedahan.
• CARA MENGATASI ISU PEMBEDAHAN PLASTIK
• Pembedahan yang dilakukan dengan tanpa sebarang sebab adalah suatu yang haram kerana ia adalah sesuatu yang memudharatkan dan termasuk dalam mengubah ciptaan Allah. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, ia diharuskan untuk
sesuatu keperluan. Berdasarkan kepada dalil-dalil dan kaedah-kaedah syarak, ulama telah merumuskan syarat-syarat dan garis panduan bagi memastikan sesuatu pembedahan itu diharuskan. Syarat-syarat dan garis panduan tersebut ialah seperti

berikut:

• 1. Pembedahan itu mestilah merupakan pembedahan yang mempunyai tujuan yang diakui Syarak. Ini kerana jiwa dan anggota badan manusia adalah milik Allah Ta‘ala. Justeru manusia tidak boleh melakukan sesuatupun kepada anggota-anggota
badannya kecuali setelah memastikan perkara itu diakui oleh Syarak. Pembedahan bagi sesuatu keperluan untukmenghilangkan kemudharatan adalah diharuskan .

• 2. Pesakit memerlukan pembedahan dijalankan . Keperluan yang dimaksudkan di sini dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
• a. Dharurat iaitu sekiranya tidakdilakukan pembedahan, pesakit akan mati atau kehilangan anggota badannya.

KESAN BURUK PEMBEDAHAN
PLASTIK

• 1.Kecacatan pada bahagian yang dibedah.
• 2.Kesan sampingan jangka panjang.
• 3.Maut.

• 4.Menipu rupa asal sebenar yang dijadikan Allah SWT.
• 5.Membazir

KESAN BAIK PEMBEDAHAN PLASTIK

• 1.Mengembalikan semula fungsi anggota badan.
• 2. Membina semula anggota yang cacat.
• 3. Memberi kesempurnaan fizikal mangsa.
• 4. Menghilangkan keaiban.

• 5. Memberi keyakinan diri kepada mangsa.
• 6.Membantu mangsa ke arah hidup yang lebih sempurna.

KESIMPULAN

• Hasil perbincangan dalam masalah ini dapatlah disimpulkan bahawa
pembedahan plastik yang bertujuan bagi pemulihan semula adalah

diharuskan, manakala pembedahan plastik yang bertujuan semata-mata
untuk mengubah kejadian asal bagi tujuan kecantikan adalah haram dan

hukumnya berdosa. Jadi isu ini sebenarnya tidak memerlukan kepada
kajian yang mendalam dari segi Fiqh untuk menyelesaikan masalah ini.
Yang penting adalah dapat membezakan tujuan dilakukan pembedahan
ini sama ada tujuannya untuk sia-sia atau kesejahteraan ataupun suatu
perkara keperluan atau kemudaratan.Islam adalah satu agama yang tidak

ketinggalan dalam menangani isu-isu semasa. Walaupun tidak
menyatakan secara spesifik, al-Quran tetap menyediakan ayat-ayat yang
bersifat global yang hanya menunggu sedikit usaha daripada kalangan

cendiakawan Islam merumuskan hukum kontemporari daripada ayat-
ayatnya

PENUTUP

• SEBAGAI PENUTUP KAMI INGIN BERTERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MELUANGKAN
MASA DAN BEKERJASAMA DALAM MENJAYAKAN DAN MENYIAPKAN E-FOLIO INI.PENGHARGAAN
ISTIMEWA KEPADA PENSYARAH KAMI IAITU PUAN ROHANI ABU BAKAR YANG TELAH MEMBERI
KAMI MASA DAN RUANG JUGA KEBEBASAN UNTUK MEMILIH TAJUK DAN MEMBERI TUNJUK AJAR
SEPANJANG MASA INI.
• SECARA KESELURUHANNYA KAMI MENYIAPKAN E-FOLIO INI DALAM MASA SEMINGGU.KAMI
MENJADIKAN INTERNET SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT KAMI KERANA PADA ZAMAN INI SEGALA
MAKLUMAT BOLEH DIDAPATI DI INTERNET JUGA DENGAN ISU COVID-19 KAMI TIDAK DAPAT
MENGUNJUNGI MANA MANA PERPUSTAKAAN BAGI MENGURANGKAN PERGERAKAN.JADI,KAMI
MENJADIKAN INTERNET SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT KAMI .
• KAMI MEMILIH TAJUK PEMBEDAHAN PLASTIK KERANA IA NAMPAK MENARIK DAN IA JUGA ISU
YANG BESAR DALAM DUNIA PADA ZAMAN KINI.SEBELUM INI KITA MELIHAT PEMBEDAHAN INI DARI
SKOP YANG KECIL DAN MEMBUATKAN KITA CEPAT MENGHUKUM SESEORANG ITU MELAKUKAN
PEMBEDAHAN PLASTIK.KINI KITA DAPAT LIHAT ADA PEMBEDAHAN YANG DIBENARKAN DAN
DIHARAMKAN DALAM ISLAM.

• KESIMPULANNYA,ISU PEMBEDAHAN PLASTIK INI KAMI SUDAH KUPAS DAN MEMBERI HUJAH DARI
PELBAGAI ASPEK.DIHARAPKAN,E-FOLIO INI DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA PEMBACA

RUJUKAN

https://www.malaysiaaesthetic.com/pembedahan-plastik-
malaysia/

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2896-al-kafi-
970-hukum-pembedahan-hidung-kerana-terlalu-besar

https://upimkmpk.weebly.com/pembedahan-kosmetik.html

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version