1.0 PENDAHULUAN Anugerah Khas merupakan kemuncak bagi segala aktiviti Pembangunan Bakat Murid bagi tahun 2022/23. Program ini bertujuan memberikan penghargaan kepada murid-murid yang aktif dalam setiap bidang dan yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Justeru itu, program ini diharap dapat menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dan konsisten serta dapat mendisiplinkan murid agar terus membentuk kepimpinan jati diri murid itu sendiri. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Memberikan penghargaan kepada murid yang aktif dan telah mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai aktiviti. 2.2 Sebagai pemangkin dan motivasi bagi menggalakkan murid supaya melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di setiap peringkat, sama ada di peringkat sekolah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. 2.3 Memupuk semangat bersatu padu, bekerja dalam satu pasukan sama ada dalam pelbagai aspek jati diri. 2.4 Melahirkan murid yang berketrampilan dan berdedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber. 2.5 Menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupukkan sikap disiplin yang tinggi. 3.0 PENGISIAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM Tarikh : 9 Februari 2023 (Khamis) Masa : 7.30 pagi – 8.30 petang Tempat : Tapak Perhimpunan Sekolah Sasaran : Semua Murid dan Guru
MASA PERKARA 7.20 pagi Kehadiran murid dan guru 7.40 pagi Nyanyian lagu patriotik dan bacaan doa 7.50 pagi Ucapan Pengerusi Majlis Ucapan Penolong Kanan Hem / Kokurikulum Ucapan Guru Besar 8.10 pagi HEM Anugerah Kehadiran Terbaik Anugerah Sahsiah terbaik – SSDM Anugerah Disiplin Terpuji SKSB KO-KURIKULUM Penyampaian Sijil Perkhemahan Perdana Kursus Kepimpinan Jati Diri & Sahsiah Murid Penganugerahan Sijil & Lencana Tahap Puteri Bongsu Anugerah Perlaporan Aktiviti Kokurikulum Terbaik Anugerah Pencapaian PAJSK Terbaik Kelas 4 Arif Anugerah Pencapaian PAJSK Terbaik Kelas 5 Bijak Anugerah Pencapaian PAJSK Terbaik Kelas 6 Cerdik Anugerah Pencapaian Luar Biasa Anugerah Penglibatan Tertinggi Tokoh Badan Beruniform SK Sungai Buloh Tokoh Sukan & Permainan SK Sungai Buloh Tokoh Kelab & Persatuan SK Sungai Buloh 8.30 pagi Bersurai 4.0 TENTATIF PROGRAM
5.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi : En. Ahmad Rahmani Bin Ramly, Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Ros Yuzira Binti Razali, Penolong Kanan HEM : Encik Mohammad Faizal Bin Alias, Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi : En. Zainal Abidin Bin Omar, Penolong Kanan Pentadbiran Setiausaha : Pn. Wan Norzila Binti Wan Latif, Setiausaha HEM Ustaz Halil Bin Hamidon, Setiausaha Kokurikulum Pendaftaran : Pn. Fakhriyah Binti Abd Razak Kawalan Murid : Pn.Noraimi Binti Samsu@Sumsu : Pn.Rozitah Binti Yusof Buku Program : En.Muhamad Bin AB Rahman Juru foto : En. Muhd Zaid Bin Mustafa Hadiah/Sijil : Cik Nor Liyana Binti Mohamad Ara : Pn.Norasikin Binti Zainuddin PASistem : Ustaz Halil Bin Hamidon Pengacara Majlis : En.Rosli Bin Suboh Persiapan Tempat : En. Hairol Nadzli Bin Ramli Kebersihan : Pn.Syarifah Zuraihah Binti Syed Hamid Pelaporan : En. Muhamad Farhan Bin Mohd Rashid