The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyaa syaza, 2024-04-16 20:39:35

BUKU CERITA PDF

BUKU CERITA PDF

ALYAA SYAZA


Di sebuah kampung yang aman dan harmoni, tinggal sekumpulan rakan karib yang bernama Adwa, Faiq, Naura dan Ayra. Mereka berempat sentiasa bersama dalam menjalani aktiviti harian dengan penuh ceria. Tiada apa yang mampu memisahkan mereka disebabkan oleh semangat kerjasama dan hubungan persahabatan yang erat. 1


2


Pada suatu hari, seluruh kampung dikejutkan dengan berita mengenai ladang bunga yang disayangi mereka bakal ditutup disebabkan oleh keadaannya yang usang akibat tidak dijaga oleh sebarang pihak. Penduduk kampung berasa amat sedih dan bimbang kerana ladang itu merupakan tempat mereka beriadah serta tempat bermain untuk kanak-kanak di kampung itu. 3


4


Sekumpulan rakan karib itu terus bergegas menuju ke ladang bunga tersebut bagi mendapatkan kepastian. Setelah tiba di ladang bunga, beberapa penduduk kampung juga sudah berkemurun di ladang tersebut. Adwa serta merta memberikan cadangan kepada rakan-rakannya, “Ladang ini tidak boleh ditutup! Kita harus bekerjasama untuk menyelamatkan ladang ini. ” Adwa berdiri dan terus menyokong cadangan rakan karibnya itu, “Betul cakap Adwa! Sekiranya kita mengumpul tenaga untuk menjaga ladang itu, pasti ladang itu tidak ditutup. ” Nada suaranya bersemangat, sekaligus membakar semangat Naura dan Ayra. Adwa tersenyum melihat rakan-rakannya yang kelihatan tidak mudah berputus asa itu. 5


6


“Apa rancangan kita untuk menjaga ladang ini?” Tanya Naura, sambil matanya tertumpu kearah Adwa. Beberapa minit kemudian, perbincangan mereka berakhir dengan rancangan untuk membersihkan ladang bunga tersebut pada setiap hari selepas tamat waktu persekolahan. 7


8


Rancangan mereka diikuti dengan janji mereka tersendiri untuk meminta bantuan daripada orang kampung untuk melakukan tugasan yang hanya boleh dilakukan oleh orang dewasa seperti tugasantugasan memperbaiki objek yang rosak. Semangat mereka tidak hilang dalam diri dan mereka terus bekerja keras pada setiap hari seperti yang mereka janjikan. 9


10


Rumput-rumput panjang yang jelas kelihatan tidak terjaga dipotong dan bunga-bunga yang hampir layu disiram mengikut waktu. Pagar yang rosak dan berisiko untuk membahayakan kanakkanak serta pengunjung diperbaiki sehingga kelihatan seperti baru. Semuanya berlaku disebabkan oleh semangat orang-orang kampung yang membara dan hubungan persahabatan antara satu sama lain yang teguh dalam komuniti mereka. 11


12


Penglibatan orang kampung berjaya mempercepatkan proses membaik pulih serta pembersihan ladang itu dan sekaligus menjadikan ladang itu menjadi kelihatan kemas dan cantik. Hiasan-hiasan yang disumbangkan oleh sesetengah orang kampung menambahkan keceriaan ladang bunga tersebut. Wajah baru ladang bunga tersebut meraih perasaan gembira dalam hati setiap orang kampung yang berusaha gigih untuk membaik pulih ladang tersebut. 13


14


Majlis perasmian telah diadakan bagi menyambut wajah baru ladang bunga itu. Pak Cik Rahim selaku ketua kampung itu mengusap kepala empat orang rakan karib itu sambil berkata, “Adwa, Faiq, Naura, Ayra, kamu telah berjaya membakar semangat penduduk kampung untuk mengambil bahagian dalam mengubah keadaan ladang bunga ini. Kamu telah menjadi contoh yang baik untuk penduduk kampung ini. Pak Cik berasa bangga dengan semangat kerjasama yang ada dalam diri kamu ” . Sekumpulan rakan karib itu tersenyum setelah mendengar apa yang baru sahaja diucapkan oleh Pak Cik Rahim. Mereka sedar bahawa tiada yang mustahil di dunia ini sekiranya semangat kerjasama dan hubungan persahabatan yang erat dan kukuh itu wujud dalam kalangan manusia. 15


16


Minggu berganti minggu, Adwa, Faiq, Naura dan Ayra masih tekun menjaga kebersihan dan keceriaan ladang bunga itu tanpa berasa penat dan lelah. Naura dan Ayra rajin menanam serta menyiram bunga-bunga yang baru di ladang itu manakala kebersihan ladang itu telah menjadi tugas utama bagi Adwa dan Faiq. Ladang bunga yang dahulunya tidak berpenghuni dan tidak dijaga kini menjadi ladang bunga yang penuh dengan penghuni. Mereka turut mengatur jadual tugasan yang adil untuk memastikan tiada sampah yang bersepah mahupun rumput-rumput yang tidak dijaga dan dipotong dengan rapi. Mereka turut memeriksa ladang itu dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada sebarang objek yang berisiko untuk membahayakan keselamatan pengunjung mahupun kanak-kanak yang sedang bermain di ladang bunga itu. 17


18


Pada suatu hari, seorang nenek datang mendekati mereka semasa mereka sibuk merayakan keberhasilan di ladang bunga tersebut. Dia memegang erat selendang yang melitupi kepalanya dan senyuman lebar mula terukir dimulutnya apabila dia berkata, “Terima kasih kepada kamu berempat dan usaha kamu yang tidak putus. Kamu telah memberikan inspirasi kepada seluruh penduduk kampung. ” Mereka berasa gembira setelah mendengar kata-kata nenek tersebut. 19


20


Nenek itu kemudiannya duduk di atas para bersama Adwa, Faiq, Naura dan Ayra dan mula menceritakan kepada mereka mengenai keinginannya untuk memperbaiki serta membersihkan ladang bunga tersebut. Malangnya, nenek itu bersendirian dan tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan segalanya berseorangan. Beberapa minit kemudian, barulah mereka tahu bahawa nenek itu ialah pemilik ladang bunga tersebut dan dia jatuh sakit sebelum sempat meminta bantuan orang kampung untuk membantunya dalam hal membaik pulih ladang tersebut. 21


22


Nenek itu meluahkan rasa bersyukur kepada mereka apabila dia mendapati ladang bunga itu telah kembali hidup dan dipenuhi pengunjung dari kampung dan luar kampung. “Setelah nenek mendengar khabar berita tersebut daripada Pak Cik Rahim, nenek tidak sabar untuk pulih dengan segera agar nenek boleh datang ke sini dan lihat sendiri betapa indahnya perubahan ladang bunga ini. ” Dia tersenyum sambil mengusap kepala Naura yang duduk rapi di sebelahnya. 23


24


Nenek itu kemudiannya menghulurkan sejumlah wang kepada Faiq, “Anggaplah wang ini sebagai upah untuk kerja keras kamu berempat untuk menjaga ladang bunga ini. ” Dia berkata, suaranya lembut. Faiq menolak lembut tangan nenek itu, “ Kami tidak akan dapat menghidupkan kembali ladang bunga ini tanpa kerjasama dan semangat daripada orang-orang kampung. ” 25


26


Ayra memeluk erat lengan nenek tersebut, kepala direhatkan di atas bahu nenek itu, “Segala kerja keras daripada kami dilakukan secara ikhlas. ” Nenek itu tersenyum melihat keempat-empat anak muda yang berada disekelilingnya. 27


28


Matahari mulai tenggelam dan mereka duduk berdekatan satu sama lain. Adwa merangkul bahu Faiq manakala Naura dan Ayra masih berpaut dengan lengan nenek itu. Mereka tersenyum bahagia, menikmati kebersamaan mereka sambil melihat pengunjung yang kelihatan selesa bermain di ladang bunga itu. 29


30


Dari pengembaraan kecil mereka yang penuh dengan kenangan ini, mereka belajar untuk memahami erti kebersamaan, semangat kerjasama yang kukuh dan hubungan persahabatan yang erat. Semua ini merupakan kunci utama untuk melahirkan suatu komuniti yang aman dan harmoni. Adwa, Faiq , Naura dan Ayra berjanji untuk selalu ada untuk satu sama lain dan sentiasa bersemangat untuk bekerjasama serta membantu orang-orang yang memerlukan bantuan. 31


32


Click to View FlipBook Version