The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BOOK Undang-undang dan peraturan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohd faizal mahmod, 2018-12-28 06:41:35

KYS_MOC2019

E-BOOK Undang-undang dan peraturan

Jadual 11.7.4B - Senarai Pakaian dan Peralatan Peribadi Yang
Perlu Dipamerkan oleh Pelajar Perempuan
Semasa Pemeriksaan Dorm

Uniform Sekolah Pakaian Hari Sabtu
1. Baju kemeja putih lengan 15. T-shirt hitam Kolej lengan

panjang pendek
2. Vest warna khaki Kolej 16. Track bottom hitam Kolej
3. Seluar panjang warna khaki
Pakaian Sukan
Kolej 17. T-shirt putih Kolej
4. Tali leher Kolej
5. Tanda nama Kolej (Kolar hitam lengan
pendek)
6. Kasut hitam bertutup tidak
bertali (tumit tidak melebihi Pakaian Kelas Persediaan
2.5 cm) Malam
18. Baju kurung berbutang
7. Skin socks 19. Sandal (bertali bahagian
belakang)
8. Tudung putih Kolej
Pakaian Solat Harian
Pakaian Majlis Rasmi 20. Telekung warna putih
(Union night/ High Table)
9. Baju Kurung Rasmi Kolej
(berkolar cekak musang)
10. Kain songket Kolej

Pakaian Outing/Overnight
11. T-shirt putih Kolej

(Kolar putih lengan pendek)

12. Seluar jeans warna biru tua
(straight cut)

13. Kasut sukan (70% putih)

14. Stoking putih

49
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

11.8 Bilik mandi / Tandas

11.8.1 Pelajar dilarang menggunakan bilik mandi
atau tandas di dorm lain kecuali berlaku
kerosakan dan selepas mendapat arahan
dari pihak Kolej.

11.8.2 Semua kepala paip air perlu digunakan
dengan sebaik mungkin dan ditutup dengan
sempurna selepas digunakan.

11.8.3 Pelajar perlu flush mangkuk tandas dengan
sempurnanya setiap kali selepas
digunakan.

11.8.4 Pelajar dilarang keras membuang sebarang
bahan seperti plastik, kertas, tisu, tuala
wanita atau sebarang bahan lain di dalam
singki, mangkuk tandas dan saluran keluar
air.

11.8.5 Singki tidak boleh digunakan sebagai
tempat merendam pakaian atau apa-apa
barangan lain.

11.8.6 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan
toilettries, peralatan atau pakaian peribadi
yang lain di dalam bilik mandi dan tandas.

11.8.7 Kebersihan bilik mandi dan tandas adalah
tanggungjawab semua pelajar.

11.8.8 Lampu-lampu di bilik mandi dan tandas
perlu ditutup mulai jam 7.00 pagi.

11.8.9 Semua selipar perlu disusun dengan kemas
di atas lantai laluan ke bilik mandi dan
tandas.

50
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

11.9 Luggage Room

11.9.1 Pelajar perlu menyimpan dengan kemas
dan teratur semua beg pakaian, kasut dan
sandal mereka pada rak yang disediakan di
dalam luggage room.

11.9.2 Pelajar dilarang meletakkan beg pakaian,
kasut atau sandal mereka pada lantai
luggage room.

11.9.3 Pelajar perlu memastikan luggage room
adalah bersih dan kemas pada setiap hari.

11.10 Recreation Room
11.10.1 Pelajar perlu menggunakan bilik ini
sebagai tempat untuk mengulangkaji
pelajaran, menyiapkan homework atau
melakukan aktiviti indoor game seperti
catur dan karom sahaja.
11.10.2 Pelajar tidak dibenarkan melakukan
aktiviti bersukan atau permainan seperti
ping pong atau dart di dalam recreation
room.
11.10.3 Pelajar dilarang menggunakan bilik ini
selepas waktu light off kecuali mendapat
kebenaran bertulis dari pihak Kolej.
11.10.4 Pelajar hendaklah menutup suis lampu
dan kipas selepas digunakan.
11.10.5 Semua buku-buku teks/rujukan/bahan
bacaan perlu disusun dengan kemas dan
rapi pada rak yang disediakan.
11.10.6 Semua pelajar bertanggungjawab untuk
memastikan bilik ini sentiasa bersih dan
kemas pada setiap masa.

51
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

11.11 Washing Room
11.11.1 Kelengkapan seperti kotak/botol pencuci
pakaian, cecair pelembut fabrik,baldi dan
seumpamanya mestilah disusun dengan
teratur pada tempat yang telah disediakan.
11.11.2 Pelajar dilarang merendam pakaian atau
kasut di dalam baldi melebihi tempoh 24
jam.
11.11.3 Pelajar perlu menggunakan mesin basuh
yang disediakan mengikut giliran masing-
masing dan mematuhi peraturan
penggunaan yang betul.
11.11.4 Pelajar dilarang meletakkan kotak/botol
pencuci pakaian, cecair pelembut fabrik,
baldi atau pakaian basah di atas mesin
basuh.
11.11.5 Mesin basuh tidak boleh digunakan untuk
merendamkan pakaian.
11.11.6 Pelajar hendaklah menutup suis lampu
dan mesin basuh selepas digunakan.
11.11.7 Semua pelajar bertanggungjawab untuk
memastikan bilik ini sentiasa bersih dan
kemas pada setiap masa.

11.12 Ampaian
11.12.1 Semua pakaian yang dibasuh atau basah
hendaklah disidai di ampaian yang
disediakan di luar blok asrama.
11.12.2 Pelajar dilarang menyidai pakaian selain
daripada ampaian yang disediakan oleh
pihak Kolej.

52

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

11.12.3 Pelajar dikehendaki menggunakan
penyangkut baju apabila menyidai
pakaian di ampaian bertujuan bagi
menjimatkan ruang.

11.12.4 Pakaian yang dijemur juga perlu dikepit
dengan penyepit pakaian dengan kemas
bagi mengelakkan dari terjatuh ditiup
angin dan perlu diangkat dari ampaian
apabila telah kering.

11.12.5 Semua pelajar bertanggungjawab untuk
memastikan kawasan ampaian sentiasa
bersih dan kemas pada setiap masa.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

11a. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mengikuti peraturan pada Perkara 4.0 di dicatat dan tindakan
Am tinggal di muka surat 100 oleh Housemaster/
asrama (perkara mengikut jenis dan Housemistress.
11.1, 11.2, 11.3, seriusnya sesuatu
11.4, 11.5, 11.6, kes tersebut. Surat makluman
11.7, 11.8, 11.9, akan dihantar kepa-
11.10, 11.11.dan da ibu bapa/penjaga
11.12) yang sah / waris
yang berdaftar.

11b. Pelajar tidak
mengikut peraturan
Am tinggal di
asrama (Perkara
11.1, 11.2, 11.3,
11.4, 11.5, 11.6,
11.7, 11.8, 11.9,
11.10, 11.11.dan
11.12) Berulang
melebihi 3 kali.

53
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 12 : KUTIPAN YURAN

12.1 Semua persatuan, kelab, unit beruniform, kelas,
batch atau rumah perlu mendapatkan
kebenaran bertulis dari Pengetua untuk membuat
kutipan yuran, derma, sumbangan atau kutipan lain
dari pelajar-pelajar.

12.2 Bendahari persatuan, kelab, unit beruniform, kelas,
batch atau rumah diberikan kuasa untuk membuat
kutipan wang selepas mendapat kebenaran bertulis
dari Pengetua.

12.3 Semua wang kutipan oleh bendahari perlu
diserahkan kepada penasihat, guru kelas atau
Housemaster/Housemistress untuk simpanan Kolej
atau bank.

12.4 Semua wang kutipan perlu disertakan dengan resit
pembayaran. Resit pembayaran perlu
mengandungi maklumat yang berikut:
a. nombor siri resit
b. tarikh penerimaan wang
c. nama pelajar yang membuat pembayaran
d. tujuan pembayaran dibuat
e. nama dan tandatangan penasihat, guru kelas atau
Housemaster/Housemistress.

12.5 Bendahari hendaklah sentiasa mengemaskini
dan menyimpan buku akaun persatuan, kelab, unit
beruniform, kelas, batch atau rumah untuk disemak
oleh guru penasihat, guru kelas, Housemaster/
Housemistress atau Pengetua.

12.6 Semua wang kutipan perlu dibelanjakan mengikut
keputusan dan kelulusan dalam mesyuarat
persatuan, kelab, unit beruniform, kelas, batch atau
rumah.

54
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

12a. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mengikut peraturan pada Perkara 4.0 di dicatat dan tindakan
Kutipan Yuran muka surat 100 oleh Housemaster/
Kelab/ Persatuan/ mengikut jenis dan Housemistress.
Rumah (perkara seriusnya sesuatu
12.1, 12.2, 12.3, kes tersebut. Surat makluman akan
12.4, 12.5 dan 12.6) dihantar kepada ibu
bapa/penjaga yang
sah/waris yang ber-
daftar.

55
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 13 : PELAWAT

13.1 Pelawat (Ibu bapa / penjaga/ waris terdekat)

13.1.1 Pelawat yang ingin bertemu pelajar bagi
tujuan menziarah atau mengambil/
menghantar pelajar bagi tujuan outing/
overnight perlulah mengikut tarikh outing/
overnight yang telah ditetapkan oleh Kolej.

13.1.2 Waktu mengambil pelajar bagi tujuan
overnight / cuti semester ialah seperti
berikut;

Hari Masa Keterangan

12.30 ptg Pelajar perempuan
(Selepas makan)
Jumaat 2.30 ptg Pelajar lelaki
4.30 ptg (Selepas solat Jumaat)
Sekiranya pelajar ada
Isnin- 4.30 ptg kelas akademik
Khamis Selepas kelas akademik

13.1.3 Waktu mengambil pelajar bagi tujuan
outing ialah seperti berikut;

Hari Masa Keterangan
Sabtu 10.00 pagi Selepas aktiviti rumah
12.30 ptg Sekiranya hari Sabtu
Ahad tersebut adalah hari
10.00 pagi bekerja
Selepas aktiviti rumah

56
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

13.1.4 Pelawat perlulah menghantar/menziarah
pelajar sebelum jam 6.00 petang. Selepas
waktu tersebut, pelawat adalah dilarang
untuk menghantar/menziarah pelajar
kecuali atas urusan rasmi, kecemasan
atau kematian.

13.1.5 Pelawat yang ingin menemui pelajar
atau guru-guru pada waktu
persekolahan hendaklah mendapat
kebenaran daripada Pengetua atau
Housemaster/Housemistress.

13.1.6 Semua pelawat mesti melaporkan diri di
Pondok Pengawal.

13.1.7 Tempat pertemuan pelajar dan pelawat
ialah di Kafeteria dan kawasan letak kereta
asrama/kolej.

13.1.8 Semua pelawat adalah dilarang sama
sekali daripada memasuki asrama/dorm
pelajar pada sepanjang masa.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

13. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mengikut pada Perkara 4.0 di dicatat dan tindakan
peraturan Pelawat muka surat 100 oleh Housemaster/
(perkara 13.1) mengikut jenis dan Housemistress.
seriusnya sesuatu
kes tersebut. Surat makluman
akan dihantar kepa-
da ibu bapa/penjaga
yang sah /waris
yang berdaftar.

57
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 14 : DEWAN MAKAN
14.1 High Table

14.1.1 Pelajar wajib menghadiri majlis High
Table bersama tetamu jemputan mengikut
giliran dan masa yang ditetapkan.

14.1.2 Pelajar wajib hadir ke majlis High Table
dengan mematuhi kod etika berpakaian
yang ditetapkan. (Appendix G dan H)

14.2 Etika Berpakaian
14.2.1 Makan tengahari
a. Hari persekolahan
Pelajar memakai uniform Kolej.
b. Hari Sabtu/Ahad/Cuti Umum
Pelajar perlu memakai T-shirt kolar
berlogo Kolej (tuck-in)/ track-bottom/
jeans/ kasut sukan/sandal bertali.

14.2.2 Makan malam :
a. Hari persekolahan

• Pelajar lelaki diwajibkan memakai
baju melayu (berbutang penuh),
bersampin dan bersongkok.

• Pelajar perempuan diwajibkan
memakai baju kurung berserta
tudung putih (jika bertudung).

• Pelajar tidak dibenarkan memakai
jubah atau pakaian lain yang
seumpamanya.

b. Hari Sabtu/Ahad/Cuti Umum
Pelajar perlu memakai T-shirt kolar
berlogo Kolej (tuck-in)/ track-bottom/
jeans/ kasut sukan/sandal bertali.

58

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

14.2.3 Pelajar hendaklah berpakaian lengkap,
kemas dan bersih ketika berada di Dewan
Makan.

14.2.4 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam
Dewan Makan jika memakai T-shirt kolar
bulat, seluar pendek, kain pelekat atau
selipar.

14.3 Etika Di Dewan Makan

14.3.1 Pelajar diwajibkan mematuhi waktu makan
yang ditetapkan seperti pada Jadual
Waktu Harian Harian Pelajar (Appendix
A1, A2 dan A3 di muka surat 105, 106 dan
107)

14.3.2 Pelajar hendaklah beratur dengan senyap
dan dilarang memotong barisan semasa
menunggu giliran mengambil makanan.

14.3.3 Pelajar perlu duduk ditempat yang telah
ditetapkan. Pelajar lelaki duduk berasingan
bangku dengan pelajar perempuan.

14.3.4 Pelajar perlu mengemaskan meja makan
masing-masing dan membuang sisa
makanan di tempat yang disediakan.

14.3.5 Semua bekas makanan dan minuman perlu
diletakkan dengan kemas pada tempat yang
disediakan.

14.3.6 Pelajar adalah dilarang menyuruh pelajar
lain mengambil makanan bagi pihaknya.

14.3.7 Kerusi hendaklah disusun semula dengan
kemas selepas digunakan.

14.3.8 Pelajar hendaklah sentiasa menjaga adab/
tatatertib semasa makan.

59

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

14.3.9 Pelajar dilarang membawa keluar makanan
dan peralatan dari Dewan Makan.

14.3.10 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke ruang
dapur Dewan Makan.

14.3.11 Pelajar yang mempunyai alahan terhadap
sesuatu makanan atau menghadapi masalah
pemakanan hendaklah memaklumkan
kepada Housemaster/Housemistress untuk
tindakan lanjut oleh Eksekutif Makanan.

14.3.12 Buku-buku dan peralatan peribadi tidak
dibenarkan dibawa ke Dewan Makan.

14.3.13 Pelajar yang ingin meminjam/
menggunakan peralatan Dewan Makan
mesti mendapat kebenaran bertulis dari
Pengetua.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

14. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mengikuti pada Perkara 4.0 di dicatat dan tindakan
peraturan Dewan muka surat 100 oleh Housemaster/
Makan (Perkara mengikut jenis dan Housemistress.
14.1, 14.2 dan seriusnya sesuatu
14.3) kes tersebut. Surat makluman
akan dihantar kepa-
da ibu bapa/penjaga
yang sah/waris yang
berdaftar.

60
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 15 : BILIK SAKIT DAN RAWATAN

15.1 Perkhidmatan rawatan

15.1.1 Pihak Kolej menyediakan perkhidmatan
seorang Jururawat bagi tujuan rujukan dan
pertolongan cemas.

15.1.2 Pelajar-pelajar yang memerlukan rawatan
doktor, akan dibawa ke Klinik Komuniti
pada jam 3.00 petang dan 8.00 malam
setiap hari. Pelajar-pelajar yang
memerlukan rawatan segera akan dibawa
berjumpa doktor pada bila-bila masa.

15.1.3 Pelajar-pelajar yang sakit atau yang
memerlukan rawatan selepas waktu
persekolahan hendaklah melapor diri
kepada Jururawat, warden yang bertugas.
atau Housemaster/Housemistress.

15.2 Peraturan bilik sakit (Sick Bay)

15.2.1 Pelajar tidak dibenarkan berada di Bilik
Sakit sebelum melaporkan diri kepada
Jururawat/warden bertugas.

15.2.2 Pelajar yang sakit diwajibkan melapor
diri di pejabat Jururawat atau warden
untuk tindakan susulan

15.2.3 Pelajar-pelajar yang dimasukkan ke bilik
sakit tidak dibenarkan keluar dari bilik
sakit tanpa kebenaran Jururawat.

15.2.4 Pelajar yang sakit tidak dibenarkan balik
ke dorm, pergi ke Kafeteria atau
merayau-rayau ke tempat lain.

15.2.5 Pelajar-pelajar mesti mematuhi peraturan
kebersihan Bilik Sakit.

61
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

15.2.6 Pelajar yang sakit tidak dibenarkan
menerima tetamu di Bilik Sakit .

15.2.7 Mana-mana pelajar yang menghidap
penyakit yang berjangkit akan dibenarkan
pulang dengan kebenaran bertulis dari
doktor. Ibu bapa akan dimaklumkan oleh
Housemaster/Housemistress untuk
membawa pulang pelajar berkenaan.
Hanya pelajar yang telah sembuh dan
disahkan oleh doktor sahaja dibenarkan
pulang ke kolej.

15.2.8 Pelajar yang sakit tidak dibenarkan
membawa keluar barang dari Bilik Sakit
ke dorm.

15.2.9 Pelajar yang menerima rawatan di Bilik
Sakit tidak dibenarkan membawa sebarang
makanan atau minuman dan barangan lain
kecuali dengan kebenaran Jururawat.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

15a. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mengikuti pera- pada Perkara 4.0 di dicatat dan tindakan
turan Bilik Sakit muka surat 100 oleh Housemaster/
dan Rawatan mengikut jenis dan Housemistress.
(perkara 15.1, seriusnya sesuatu
15.2) kes tersebut. Surat makluman akan
dihantar kepada ibu
bapa/penjaga yang
sah/waris yang ber-
daftar.

62
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 16 : PUSAT SUMBER
16.1 Keahlian

Pusat Sumber terbuka kepada semua pelajar dan
kakitangan Kolej.

16.2 Pentadbiran
Pusat sumber ditadbir oleh seorang penyelaras dan
dibantu oleh tiga orang pembantu.

16.3 Masa Operasi

Pusat Sumber beroperasi pada setiap hari
persekolahan dan ditutup pada cuti umum/kelepasan
am. Waktu operasi Pusat Sumber ialah;

Isnin – Khamis : 7.30 pagi - 2.00 petang.
2.30 petang - 4.30 petang

Jumaat : 7.30 pagi - 12.00 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang.

Sabtu : 8.30 pagi hingga 12.30 petang.

Ahad dan : Akan dibuka atas permintaan/
kelas prep keperluan pelajar dan tertakluk
kepada kebenaran Pengetua.

16.4 Pinjaman Buku
16.4.1 Setiap pelajar diwajibkan memiliki kad
keahlian / pinjaman untuk meminjam buku
Pusat Sumber.

63
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

16.4.2 Maklumat pelajar akan disimpan di dalam
16.4.3 sistem komputer Pusat Sumber. Butiran
16.4.4 diri pelajar dan pinjaman akan tertera pada
16.4.5 skrin komputer apabila diperlukan.
Pelajar wajib menyerahkan kad keahlian
kepada kakitangan atau Pustakawan
bertugas setiap kali meminjam buku
untuk direkod ke dalam komputer.
Pelajar hanya dibenarkan meminjam
sebanyak dua buah buku koleksi terbuka
sahaja pada setiap kali pinjaman untuk
tempoh seminggu.
Tempoh pinjaman buku pada red spot
adalah untuk satu (1) hari sahaja.

16.5 Prosedur Pinjaman/Pemulangan Buku

16.5.1 Terdapat Pustakawan Pelajar yang
bertugas. Pelajar perlu berbaris untuk
meminjam / memulang buku. Pelajar
boleh merujuk waktu berurusan pada
papan notis Pusat Sumber

16.5.2 Buku-buku rujukan, majalah dan lain lain
lagi yang bertanda ‘rujukan’ tidak boleh
dipinjam. Demikian juga dengan majalah
atau buku yang belum selesai diproses,
kecuali mendapat kebenaran bertulis
daripada Penyelaras Pusat Sumber.

64
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

16.5.3 Pelajar wajib melaporkan kehilangan buku/
bahan-bahan yang dipinjam di kaunter
pinjaman. Prosedur menggantikan buku
hilang:
a) Menggantikan buku yang hilang dengan

buku yang sama.

ATAU;

b) Membayar harga buku yang hilang
mengikut harga semasa.

16.5.4 Pelajar yang lewat memulangkan buku, perlu
membayar denda lewat mengikut kadar
denda yang telah ditetapkan.

16.6 Tingkahlaku dan Kesopanan Menggunakan
Pusat Sumber.

16.6.1 Pelajar wajib memakai pakaian seragam
Kolej semasa waktu persekolahan dan
pakaian yang ditetapkan semasa
kelas persediaan malam (prep class).

16.6.2 Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk
beg, buku-buku dan fail ke dalam Pusat
Sumber. Hanya kertas catatan dan alat
tulis yang dibenarkan sahaja boleh dibawa
masuk.

16.6.3 Pelajar tidak dibenarkan makan, minum,
bising, duduk berpasangan, tidur atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejas
kan suasana pembelajaran di Pusat
Sumber.

16.6.4 Pelajar wajib menunjukkan / memaparkan
semua buku / bahan yang hendak dibawa
keluar / dipinjam kepada Pustakawan
bertugas sebelum meninggalkan Pusat
Sumber.

65
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

16.6.5 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke Pejabat
Penyelaras Pusat Sumber, ruang kaunter
utama, Red Spot Room, Stack Room dan
bilik Multi-Purpose Room (MPR).

16.6.6 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kad
pinjaman orang lain untuk meminjam
buku.

16.6.7 Pelajar tidak dibenarkan menconteng/
menggunting/ mengoyak/ mencarik
mana-mana bahagian dalam buku/
majalah kepunyaan Pusat Sumber.

16.6.8 Kad pinjaman tidak boleh diconteng atau
dipinjam oleh orang lain.

16.6.9 Pelajar ditegah membawa/ menggunakan
handphone, walkman, ipod , MP3 dan
seumpamanya di Pusat Sumber.

16.6.10 Pelajar perlu berkelakuan baik sepanjang
berada di dalam Pusat Sumber.

16.6.11 Pelajar digalakkan memberi cadangan/
idea/komen membina kepada Penyelaras
Pusat Sumber bagi tujuan meningkatkan
mutu perkhidmatan Pusat Sumber.

16.7 Pinjaman Alat Pandang Dengar (APD)
16.7.1 Pelajar yang memerlukan peralatan APD
boleh memohon kebenaran daripada
Penyelaras Pusat Sumber.
16.7.2 Pelajar boleh merujuk kepada Pembantu
Pusat Sumber jika memerlukan bantuan
cara-cara penggunaan peralatan APD.

66
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

16.7.3 Semua penggunaan peralatan APD di Pusat
Sumber hendaklah direkodkan di dalam
borang yang disediakan di kaunter Pusat
Sumber

16.7.4 Kemudahan internet hanya boleh diakses
oleh pelajar dengan pengawasan guru/
penyelaras Pusat Sumber untuk tujuan
pembelajaran sahaja. Selepas waktu kelas
formal dari jam 3.00 petang hingga 4.30
petang.

16.7.5 Sila rujuk buku panduan Pusat Sumber
untuk peraturan lain.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

16a. Pelajar tidak Pelajar dekenakan A. Nama pelajar
mematuhi pera- Detention Class akan dicatat
turan Pusat Sumber (DC) B. Tindakan House-
(Perkara 16.4, 16.5, master/
16.6, 16.7) Housemistress

16b. Pelajar lewat Denda 30 sen A. Pelajar akan di-
memulangkan buku sehari /satu buku. maklumkan me-
(Perkara 16.4.4) lalui surat rasmi.
Bayaran perlu
B. dijelaskan dalam
masa seminggu

16c. Pelajar lewat Denda 50sen se- Pelajar perlu mem-
memulangkan buku jam dengan maksi- bayar denda dengan
red spot. mum RM 3.00 kadar segera.
sehari.

67
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

Peraturan 17 : Dobi
17.1 Dobi merupakan perkhidmatan pencucian yang di-

sediakan bagi memudahkan pelajar membersihkan
pakaian mereka.
17.2 Pelajar-pelajar boleh memilih sama ada
menggunakan perkhidmatan dobi atau mesin dobi
layan diri untuk mencuci pakaian. Kos dobi layan
diri adalah dibawah tanggungan pelajar.
17.3 Perkhidmatan Dobi
17.3.1 Pakaian yang boleh dihantar dobi adalah

seperti berikut;
i. Pakaian Seragam Kolej
ii. Baju Melayu/Kurung Kolej
iii. T-shirt Berkolar Kolej
vi. Track bottom dan seluar pendek Kolej
17.3.2 Masa pungutan dan penghantaran baju dobi
adalah pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu
antara jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.
17.3.3 Warden bertugas bertanggungjawab mem
buat pengesahan sewaktu pungutan dan
penghantaran dobi tersebut.
17.3.4 Cara Penghantaran Pakaian Dobi;
(Contoh borang seperti di Appendix B m/s 108)
i. Semua pelajar dikehendaki menulis

kuantiti pakaian yang dihantar di dalam
tiga salinan borang. Dua salinan borang
dihantar sewaktu penghantaran dobi
manakala satu salinan untuk simpanan
Warden.
ii. Masukkan pakaian serta penyangkut
baju (hanger) ke dalam plastik
laundry.

68

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

iii. Warden akan merekod jumlah pakaian dan
harga setiap kali pelajar menghantar pakaian
mereka.

iv. Pelajar perlu mengambil pakaian yang telah
didobi dari Warden bertugas mengikut masa
yang ditetapkan.

17.4 Mesin Dobi Layan Diri

17.4.1 Mesin dobi layan diri disediakan di setiap blok
asrama / apartment pelajar.

17.4.2 Pelajar perlu mengikut aturan basuhan dan
mengutamakan keselamatan diri semasa
menggunakan mesin tersebut.

17.4.3 Pelajar perlu melaporkan segera sebarang
kerosakan yang berlaku pada mesin tersebut.

17.4.4 Pelajar yang menggunakan mesin dobi layan
diri ini perlu membayar RM10.00 (Ringgit
Malaysia: Sepuluh Sahaja) untuk sebulan atau
RM100. (Ringgit Malaysia: Seratus Sahaja)
untuk tempoh satu (1) tahun kepada Ketua
Rumah untuk diserahkan Housemaster/
Housemistress

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

17a. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mematuhi peraturan pada Perkara 4.0 dicatat dan tinda-
Dobi (Perkara 17.1, di muka surat 100 kan oleh House-
17.2, 17.3 dan 17.4) mengikut jenis master/
dan seriusnya Housemistress.
sesuatu kes terse-
but. Surat makluman akan
dihantar kepada ibu
bapa/penjaga yang
sah/waris yang ber-
daftar.

69
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 18 : BILIK -BILIK KHAS
18.1 Dewan Besar ( Great Hall )

18.1.1 Penggunaan Dewan Besar perlulah mendapat
kebenaran bertulis dari Pengetua.

18.1.2 Kelab atau persatuan yang menganjurkan
sesuatu majlis bertanggungjawab sepenuhnya
menjaga kebersihan dan kekemasan Dewan
Besar di sepanjang dan selepas majlis berakhir.

18.1.3 Semua perabot dan perkakasan yang dibawa
masuk ke dalam Dewan Besar untuk kegunaan
sesuatu majlis perlu mendapat kebenaran
Pengetua.

18.1.4 Semua perabot dan perkakasan yang di bawa
masuk ke dalam Dewan Besar untuk kegunaan
sesuatu majlis perlulah dikemas dan
dikeluarkan semula sebaik sahaja majlis
berakhir.

18.1.5 Pelajar tidak dibenarkan bergurau, bermain,
makan atau minum di dalam Dewan Besar.

18.1.6 Semua jenis makanan dan minuman adalah
dilarang dibawa masuk ke dalam Dewan Besar.

18.2 Makmal Sains
18.2.1 Pelajar-pelajar dilarang masuk ke makmal
tanpa kehadiran dan kebenaran guru.
18.2.2 Pelajar wajib mematuhi arahan guru semasa
membuat percubaan/eksperimen.
18.2.3 Pelajar wajib menggunakan radas/bahan yang
disediakan oleh guru sahaja semasa melakukan
ujikaji. Keutamaan hendaklah diberikan
terhadap aspek kebersihan, keselamatan dan
penggunaan radas/alat yang betul.
70

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

18.2.4 Selepas sesuatu ujikaji, radas hendaklah
dibersihkan dan diletakkan di tempat asal.

18.2.5 Meja-meja hendaklah dibersihkan dan
dikeringkan.

18.2.6 Sampah-sampah atau sisa-sisa ujikaji
hendaklah dibuang ke dalam tong sampah

18.2.7 Papan putih juga hendaklah dibersihkan
setiap kali tamat waktu kelas.

18.2.8 Sebarang kerosakan/ kemusnahan semasa
menjalankan ujikaji hendaklah dilaporkan
dengan segera kepada pembantu makmal
yang bertugas.

18.2.9 Pelajar dilarang berada di dalam makmal
pada waktu rehat.

18.2.10 Pelajar tidak dibenarkan bergurau, bermain,
makan atau minum di dalam Makmal.

18.3 Bengkel Kemahiran Hidup
18.3.1 Pelajar dilarang memasuki bengkel tanpa
kehadiran dan kebenaran guru.
18.3.2 Pelajar dikehendaki berbaris dan tidak
membuat bising semasa berbaris masuk
atau keluar bengkel.
18.3.3 Semua penggunaan alatan tangan dan
peralatan elektrik perlu mendapat
kebenaran guru terlebih dahulu.
18.3.4 Pelajar tidak dibenarkan membuat projek
lain selain daripada yang diarahkan oleh
guru.

71
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

18.3.5 Bengkel mestilah dikemaskan 10 minit
sebelum waktu kelas berakhir.

18.3.6 Laporkan sebarang kecederaan atau
kemalangan yang berlaku kepada guru
dengan kadar segera.

18.3.7 Pelajar perlu mematuhi arahan-arahan yang
diberikan oleh guru semasa melakukan kerja-
kerja amali di bengkel.

18.3.8 Pelajar perlu sentiasa mengutamakan
keselamatan diri semasa melakukan kerja
amali di bengkel.

18.3.9 Pelajar diwajibkan memakai pakaian
perlindungan diri yang sesuai seperti apron,
gogal, pelindung mulut semasa melakukan
kerja amali.

18.3.10 Pelajar tidak dibenarkan bergurau, bermain,
makan atau minum di dalam bengkel.

18.4 Bilik jahitan
18.4.1 Pelajar dilarang masuk ke bilik jahitan
tanpa kebenaran dan kehadiran guru.
18.4.2 Pelajar dikehendaki berbaris dan tidak
membuat bising semasa berbaris masuk
atau keluar bilik.
18.4.3 Semua penggunaan alatan tangan dan
mesin elektrik perlu mendapat kebenaran
guru terlebih dahulu.
18.4.4 Pelajar dikehendaki memberi tumpuan
terhadap tugasan dan tidak melakukan
sambil lewa.

72
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

18.4.5 Hanya seorang pelajar sahaja dibenarkan
menggunakan seterika atau mesin jahit
(semasa amali) pada satu-satu masa.

18.4.6 Jangan berkumpul disekeliling suatu mesin
yang sedang digunakan.

18.4.7 Berhati-hati ketika menggunakan alatan yang
bersifat tajam seperti gunting dan jarum
peniti.

18.4.8 Tutup semua suis elektrik dan tanggalkan
plag dari soket dengan segera selepas
digunakan.

18.4.9 Papan putih perlulah dibersihkan setiap kali
tamat waktu kelas.

18.4.10 Semua kemalangan dan kerosakan mesti
dilaporkan kepada guru yang mengajar/
bertugas dengan segera.

18.5 Bilik masakan

18.5.1 Pelajar dilarang masuk ke bilik masakan
tanpa kebenaran dan kehadiran guru.

18.5.2 Semasa kelas amali, setiap pelajar dimestikan
memakai apron dan topi masakan yang bersih
serta kasut yang sesuai.

18.5.3 Jangan berlari di dalam bilik masakan.
Tumpukan perhatian terhadap tugas yang
sedang dibuat untuk mengelakkan
kemalangan.

18.5.4 Hendaklah bertimbang rasa dan saling
membantu antara satu sama lain.

73
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

18.5.5 Laporkan segala kemalangan atau sebarang
kerosakan kepada guru dengan segera/ serta-
merta.

18.5.6 Berjimatlah menggunakan barang-barang
atau bahan seperti elektrik, bahan api, dan
air. Dapatkan kebenaran guru sebelum
menggunakan peralatan elektrik, gas atau
lain-lain perkakasan/bahan.

18.5.7 Jangan bermain atau bergurau ketika
membuat kerja amali.

18.5.8 Sebelum meninggalkan bilik masakan,
pastikan:
i. semua barang hendaklah disimpan

kembali di tempat asal.

ii. semua tingkap dan pintu hendaklah
ditutup rapat.

iii. semua suis elektrik, pengawal gas
dan kipas angin ditutup.

18.6 Theatrette

18.6.1 Pelajar dikehendaki beratur dengan senyap
sebelum memasuki bilik Theatrette.

18.6.2 Setiap pelajar bertanggungjawab
menjaga kebersihan bilik Theatrette. Segala
sampah sarap dan tulisan pada papan putih
perlulah dibersihkan setiap kali tamat waktu
kelas.

18.6.3 Semua suis lampu mestilah ditutup sebelum
meninggalkan bilik Theatrette.

18.6.4 Semua kerosakan yang berlaku dalam bilik
Theatrette mestilah dilaporkan kepada
guru yang mengajar/bertugas dengan segera.

74
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

18.6.5 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di
dalam bilik Theatrette selain dari waktu
akademik atau kelas persediaan malam
kecuali dengan kehadiran guru atau
kebenaran Pengetua/ Housemaster/
Housemistress.

18.6.6 Pelajar tidak dibenarkan bergurau, bermain,
makan atau minum di dalam Theatrette. Air
mineral adalah dibenarkan.

18.7 Specialist Room

18.7.1 Pelajar perlu sentiasa menjaga kekemasan
dan kebersihan bilik ini. Segala sampah sarap
dan tulisan pada papan putih
perlulah dibersihkan setiap kali tamat waktu
kelas.

18.7.2 Suis lampu, kipas dan alat pendingin hawa
mestilah ditutup sebelum meninggalkan bilik.

18.7.3 Pelajar tidak dibenarkan bergurau, bermain,
makan atau minum di dalam bilik ini.

18.7.4 Semua kerusi dan meja perlu disusun semula
dengan kemas dan teratur selepas
menggunakan bilik ini.

18.8 Bilik Pendidikan Seni
18.8.1 Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa
kebenaran dan kehadiran guru.
18.8.2 Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk
makanan dan minuman ke dalam bilik
Pendidikan Seni.
18.8.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa peralatan
melukis/perabot dari bilik seni tanpa
kebenaran bertulis.

75
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

18.8.4 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan
barang persendirian dalam bilik seni.

18.8.5 Penggunaan bilik seni di luar waktu
pembelajaran, perlu mendapat kebenaran
bertulis. Pelajar bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap keselamatan diri dan
peralatan bilik seni.

18.8.6 Pelajar perlu membersihkan peralatan
melukis dan menyimpannya di tempat khas
selepas menggunakan.

18.9 Bilik Muzik

18.9.1 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik
muzik tanpa kebenaran guru.

18.9.2 Semua pelajar dikehendaki menjaga alatan
muzik dan pelajar bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap keselamatan dan
kebersihan alat-alat muzik dan alat-alat lain
yang ada di bilik muzik.

18.9.3 Bilik-bilik muzik mestilah sentiasa berkunci
jika tidak digunakan. Hanya pelajar yang
terlibat dengan pelajaran muzik mengikut
jadual yang ditetapkan sahaja dibenarkan
memasuki bilik muzik.

18.9.4 Pelajar perlu menutup suis lampu dan alat
pendingin hawa apabila sebelum
meninggalkan bilik-bilik muzik.

18.9.5 Penggunaan sebarang alat muzik dan alatan-
alatan lain perlu mendapat kebenaran guru
berkenaan terlebih dahulu.

18.9.6 Pelajar tidak dibenarkan bergurau, bermain,
makan atau minum di dalam bilik muzik.

76
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

18.10 Surau/Musholla

18.10.1 Fungsi surau/musholla adalah sebagai tempat
beribadat bagi pelajar beragama Islam dan
menjalankan aktiviti keagamaan yang
dibenarkan bagi oleh pihak Kolej.

18.10.2 Semua pelajar bertanggungjawab
memastikan surau/musholla sentiasa dalam
keadaan bersih, kemas dan tenteram.

18.10.3 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan surau/
musholla sebagai tempat berehat, tidur atau
ponteng semasa waktu akademik atau
kelas persediaan malam.

18.10.4 Pelajar perlu mematuhi jadual bertugas
sebagai imam atau muazin untuk setiap
waktu solat atau azan yang disediakan
oleh AJK surau/musholla.

18.10.5 Pelajar perlu menutup aurat dan menjaga
adab pemakaian ketika berada di dalam
surau/musholla.

18.10.6 Pelajar perlu menjaga adab serta tingkahlaku
dari segi perbuatan dan perkataan ketika
berada di dalam surau/musholla.

18.10.7 Pelajar tidak dibenarkan makan dan minum
atau membawa makanan dan minuman ke
dalam surau/musholla.

18.10.8 Kitab Al-Quran, surah Yassin, sejadah,
telekung yang telah digunakan hendaklah
disusun dengan kemas ke tempat asalnya.

18.10.9 Semua selipar, sandal dan kasut hendaklah
diletakkan dan disusun dengan kemas pada
rak yang disediakan.

18.10.10 Semua suis lampu, kipas, PA System ,alat
penghawa dingin dan pintu hendaklah ditutup
sebelum meninggalkan surau/musholla.

77

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

18.10.11 Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan
penerbitan, poster atau risalah tanpa
mendapat keizinan daripada pihak Kolej.

18.10.12 Sebarang masalah yang timbul seperti
kebocoran air, kerosakan peralatan,
gangguan litar elektrik dan sebagainya
hendaklah dilaporkan kepada warden
atau Housemaster/Housemistress.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

18a. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mematuhi peraturan pada Perkara 4.0 di dicatat dan
Bilik-Bilik Khas muka surat 100 tindakan oleh
(perkara 18.1, 18.2, mengikut jenis dan Housemaster/
18.3, 18.4, 18.5, 18.6, seriusnya sesuatu Housemistress.
18.7, 18.8, 18.9, kes tersebut.
18.10) Surat makluman
akan dihantar kepa-
da ibu bapa/
penjaga yang sah/
waris yang ber-
daftar.

78
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 19 : KEGIATAN KOKURIKULUM

19.1 Semua pelajar adalah layak dan secara automatik
menjadi ahli kepada empat persatuan yang berikut:
a. Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU)
b. English Language Society (ELASO)
c. Science & Mathematics Society (SMATS)
d. Islamic Society (ISSO)

19.2 Pelajar-pelajar adalah diwajibkan aktif dalam satu
(1) dari kelab yang berikut :
a. Art & Design
b. Business
c. Computer
d. Debate
e. History
f. Interact
g. Mensa
h. Photography

19.3 Pelajar-pelajar juga adalah diwajibkan aktif dalam
satu (1) dari unit badan beruniform yang berikut:
a. Pengakap
b. Pandu Puteri
c. Silat
d. Karate-Do
e. Tae-Kwan-Do
f. Orkestra

19.4 Perjumpaan bagi semua ahli-ahli persatuan dan
kelab adalah pada setiap hari Sabtu dari jam 10.30
pagi hingga 12.00 tengahari.

19.5 Perjumpaan bagi semua ahli-ahli unit beruniform
adalah pada setiap hari Khamis dari jam 5.00 petang
hingga 6.30 petang.

79

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

19.6 Kehadiran pelajar bagi semua perjumpaan
persatuan, kelab dan unit beruniform adalah wajib.

19.7 Pelajar-pelajar adalah bertanggungjawab ke atas
kejayaan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh
persatuan, kelab atau unit beruniform yang
dianggotainya.

19.8 Semua notis tentang aktiviti kelab, persatuan atau
unit beruniform yang dipamerkan di papan
kenyataan perlulah mendapat pengesahan dari guru
penasihat sebelum mendapat kelulusan pihak
Kolej.

19.9 Semua notis perlulah dicetak pada kertas bersaiz
A4 dan perlu dipamerkan pada papan kenyaan
yang disediakan oleh pihak Kolej.

19.10 Semua notis di papan kenyataan diberi tempoh
selama tujuh (7) hari untuk dipamerkan.
Permohonan baharu perlu dibuat jika notis
berkenaan diperlukan lebih dari tempoh itu.

19.11 Pelajar-pelajar yang hadir untuk menyertai
sebarang aktiviti persatuan, kelab atau unit
beruniform sama ada di dalam atau di luar Kolej
mestilah berpakaian lengkap seperti yang
ditetapkan oleh pihak Kolej.

19.12 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menganggotai atau
menyertai mana-mana persatuan, kelab atau unit
beruniform yang lain di luar Kolej kecuali dengan
kebenaran bertulis dari pihak Kolej.

19.13 Setiap AJK kelab, persatuan dan unit beruniform
perlu menghantar perlembagaan, laporan tahunan
aktiviti dan laporan kewangan kelab, persatuan
atau unit beruniform yang dianggotai oleh mereka
kepada pihak Kolej.

80
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

19.14 Undang-Undang dan Peraturan Kolej menjadi
peraturan asas kepada semua persatuan, kelab atau
unit beruniform.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

19. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar
mematuhi peraturan pada Perkara 4.0 akan dicatat dan
Kegiatan Kokuriku- di muka surat 100 tindakan oleh
lum (perkara 19.1, mengikut jenis Housemaster/
19.2, 19.3, 19.4, dan seriusnya Housemistress.
19.5, 19.6, 19.7, sesuatu kes terse-
19.8, 19.9, 19.10, but. Surat makluman
19.11, 19.12, 19.13 akan dihantar
dan 19.14) kepada ibu bapa/
penjaga yang sah/
waris yang ber-
daftar.

81
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 20 : LAWATAN RASMI

20.1 Semua pelajar yang mengambil bahagian dalam
lawatan hendaklah mendapat kebenaran bertulis
daripada ibu bapa/ penjaga.

20.2 Semua lawatan sama ada di dalam negara atau ke luar
negara atau ke tempat-tempat yang menyeberangi laut
perlulah mendapat kebenaran bertulis dari Pengetua.

20.3 Kertas kerja /kertas cadangan untuk lawatan ke luar
negara perlu dihantar kepada Pengetua lima (5)
minggu sebelum tarikh lawatan manakala lawatan di
dalam negara hendaklah dipohon tiga (3) minggu
sebelum tarikh lawatan.

20.4 Semua surat-menyurat dan permohonan sumbangan
daripada mana-mana pihak (sekiranya ada) perlulah
melalui Pengetua.

20.5 Pihak Kolej berhak menolak permohonan
menggunakan kenderaan rasmi Kolej sekiranya borang
permohonan dihantar lewat dari tempoh yang telah
ditetapkan.

20.6 Semua lawatan yang dianjurkan adalah tertakluk
kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan
oleh Peraturan Sekolah (Lawatan 1957) Ordinan
Pelajaran 1956, Kementerian Pendidikan Malaysia.

20.7 Nisbah maksimum adalah 1 (satu) orang Guru/
Pegawai Pengiring bagi setiap 10 (sepuluh) orang
pelajar. Mesti ada Guru/Pegawai Pengiring perempuan
jika program melibatkan pelajar perempuan.

20.8 Guru pengiring bertanggungjawab terhadap
kelancaran / kesempurnaan rombongan/lawatan.
Keselamatan ahli-ahli mestilah diutamakan setiap
masa.

20.9 Alat Pertolongan Cemas hendaklah dibawa bersama
semasa lawatan.

82

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

20.10 Semua pelajar mestilah mengikut peraturan berpakaian
20.11 Kolej Yayasan Saad semasa mengikuti lawatan.
Semua pelajar adalah terikat dengan peraturan dan
undang-undang Kolej Yayasan Saad semasa keluar di
bawah lawatan Kolej.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

20a. Pelajar tidak Permohonan akan Penasihat/pelajar
mematuhi pera- ditolak oleh pihak (pemohon) akan
turan Lawatan pengurusan. dimaklumkan.
Rasmi (Perkara
20.1 hingga 20.7) Hukuman seperti Nama pelajar akan
20b. Pelajar tidak pada Perkara 4.0 dicatat dan
mematuhi pera- di muka surat 100 tindakan oleh
turan Lawatan mengikut jenis dan Housemaster/
Rasmi (Perkara seriusnya sesuatu Housemistress.
20.10, 20.11) kes tersebut.

Surat makluman
akan dihantar
kepada ibu bapa/
penjaga yang sah/
waris yang ber-
daftar.

83
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 21 : SUKAN DAN PERMAINAN

Semua pelajar diwajibkan bersukan mengikut jadual
mingguan yang ditetapkan oleh pihak Kolej seperti yang
berikut:

21.1 Pakaian

21.1.1 Pelajar lelaki berbaju putih dan berseluar
pendek hitam (Kolej), kasut sukan putih
dan berstoking putih (rujuk Appendix M -
m/s 119). Maksud Putih - ( 70% berwarna
Putih)

21.1.2 Pelajar yang menjalani latihan ragbi
hendaklah berbaju hitam. Kasut sukan
“ boot “ dan stoking hitam

21.1.3 Pelajar perempuan berbaju putih dan
berseluar panjang (Track bottom Kolej)
berwarna hitam, kasut sukan warna putih
dan berstoking putih (rujuk Appendix N –
m/s120). Maksud Putih - ( 70% berwarna
Putih)

21.2 Masa latihan bersukan

21.2.1 Mengikut hari-hari yang ditetapkan dalam
jadual mingguan.

21.2.2 Pelajar-pelajar hendaklah berada di tempat
bersukan pada masa yang ditetapkan iaitu
mulai jam 5.00 petang - 6.30 petang.

21.2.3 Pelajar yang ada aktiviti lain masa
bersukan diwajib mendapatkan
kebenaran Pengetua / Penyelaras Sukan
terlebih dahulu.

21.2.4 Setiap pelajar hendaklah melaporkan
kehadiran kepada Komiti Kolej yang
bertugas sebelum ke padang.

84

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

21.2.5 Pelajar-pelajar hendaklah segera pulang ke
asrama apabila tamat latihan pada jam 6.30
petang.

21.2.6 Masa latihan bersukan pelajar - pelajar
hendaklah berdisiplin dan mematuhi arahan
jurulatih / pengurus sepanjang masa.

21.3 Pilihan Acara Sukan/ Permainan
21.3.1 Pelajar diwajibkan memilih satu acara
sukan/ permainan khusus yang disediakan
oleh pihak kolej seperti berikut:

Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan
Ragbi Bola jaring

21.3.2 Sukan olahraga dan renang adalah wajib
untuk semua pelajar.

21.4 Peralatan sukan

21.4.1 Pelajar dibekalkan peralatan sukan mengikut
permainan / acara sukan tertentu kecuali
permainan individu seperti tenis/renang/
skuash dan lain-lain.

21.4.2 Peralatan permainan berkenaan boleh
diperolehi daripada penjaga luggage room
sukan setiap kali latihan diadakan mulai jam
5.00 petang hingga 6.30 petang.

21.4.3 Semua peralatan sukan yang dipinjam wajib
dipulangkan selepas digunakan pada hari
yang sama.

21.4.4 Pelajar yang menggunakan peralatan yang
dipinjam hendaklah bertanggungjawab
menjaga dan memulangkan kembali selepas
digunakan

85

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

21.4.5 Semua pinjaman hendaklah dicatatkan dalam
Buku Rekod Pinjaman Peralatan Sukan /
Permainan.

21.4.6 Pelajar dilarang membawa pulang
peralatan sukan milik Kolej ke dorm atau
asrama

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

21a. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mematuhi pera- pada Perkara 4.0 dicatat dan
turan Sukan dan di muka surat 100 tindakan oleh
permainan (perkara mengikut jenis dan Housemaster/
21.1, 21.2, 21.4) seriusnya sesuatu Housemistress.
kes tersebut.

21b. Pelajar tidak Surat makluman
mematuhi pera- akan dihantar
turan Sukan dan kepada ibu bapa/
permainan (perkara penjaga yang sah/
21.1, 21.2, .21.4) waris yang ber-
melebihi 3 kali. daftar.

21c. Pelajar Pelajar diminta
merosakkan / membayar gan-
menghilangkan tirugi mengikut
peralatan sukan nilai yang
kolej. ditaksir.

86
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 22 : PENGGUNAAN KOLAM RENANG

22.1 Peraturan Menggunakan Kolam Renang

22.1.1 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan
kolam renang tanpa kebenaran guru.

22.1.2 Semua pelajar yang menggunakan kolam
renang diwajibkan mandi sebelum dan
selepas menggunakannya.

22.1.3 Semua pelajar lelaki dan perempuan
diwajibkan memakai pakaian renang yang
lengkap serta topi renang seperti yang
ditetapkan oleh pihak Kolej.

22.1.4 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan
kolam renang tanpa jurulatih / penyelamat
kolam renang.

22.1.5 Pelajar lelaki tidak dibenarkan berada di
kawasan kolam renang semasa pelajar-
pelajar perempuan mengadakan latihan
renang dan sebaliknya.

22.1.6 Pelajar hendaklah sentiasa menjaga
kebersihan kolam renang dan
persekitarannya sepanjang masa.

22.1.7 Pelajar diwajibkan mengisi butiran diri dan
menulis nama yang lengkap di dalam Buku
Rekod Penggunaan Kolam Renang.

87
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

22.1.8 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan
dan minuman tin. Makan disekitar kolam
renang adalah dilarang sama sekali.

22.1.9 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam
bilik pam atau stor kolam renang.

22.1.10 Pelajar dilarang menyentuh/mengambil/
bermain dengan bahan kimia yang
digunakan untuk mencuci kolam.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

22a. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar
mematuhi Peraturan pada Perkara 4.0 akan dicatat dan
Penggunaan Kolam di muka surat 100 tindakan oleh
Renang (Perkara mengikut jenis Housemaster/
22.1.1, 22.1.2, dan seriusnya Housemistress.
22.1.3, 22.1.4, sesuatu kes terse-
22.1.5, 22.1.6, but. Surat makluman
22.1.7, 22.1.8, akan dihantar
22.1.9 dan 22.1.10) kepada ibu bapa/
penjaga yang sah/
waris yang ber-
daftar.

88
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 23 : KESELAMATAN

23.1 Penggunaan Elektrik
23.1.1 Pelajar dilarang keras membuat
sambungan elektrik dengan apa cara
atau kaedah sekalipun.
23.1.2 Pelajar perlu memastikan plag ditanggal-
kan dari soket setiap kali selepas
digunakan.
23.1.3 Pelajar dilarang menggunakan peralatan
elektrik semasa hujan lebat atau guruh atau
kilat.
23.1.4 Pelajar perlu menggunakan seterika
elektrik pada tempat yang telah dikhaskan
sahaja.
23.1.5 Semua peralatan elektrik dan elektronik
yang hendak digunakan di asrama
hendaklah didaftarkan dengan pihak Kolej.
23.1.6 Pelajar dilarang menggunakan peralatan
elektrik yang tidak mempunyai pelekat
SIRIM atau yang telah rosak.
24.1.7 Pelajar bertanggungjawab untuk memasti-
kan semua suis/lampu/peralatan elektrik
dipadamkan selepas setiap kali digunakan.
24.1.8 Mengendalikan perkakasan elektrik dengan
tangan yang basah adalah amat berbahaya.
24.1.9 Sebarang kerosakan berkaitan dengan
elektrik hendaklah dilaporkan segera
kepada pihak Kolej.

89

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

23.2 Semasa Berlaku Kebakaran

23.2.1 Pelajar perlu meninggalkan bangunan
akademik/asrama dengan serta-merta
apabila terdengar loceng kecemasan
dibunyikan.

23.2.2 Semua suis lampu, kipas dan perkakas
elektrik mestilah dimatikan sebelum
meninggalkan bangunan akademik/
asrama.

23.2.3 Pelajar hendaklah bergerak dengan cepat
ke tempat perhimpunan (assembly point)
mengikut pelan kecemasan yang ditetap
kan oleh pihak Kolej.

23.2.4 Pelajar yang tiba di tempat perhimpunan
hendaklah berbaris mengikut bilik/dorm
masing-masing dan ketua kelas/dorm
hendaklah menyemak dan memastikan
bilangan pelajar di kelas/dormnya adalah
mencukupi.

23.2.5 Ketua kelas/dorm hendaklah melaporkan
bilangan pelajar di kelas/dormnya kepada
guru tingkatan/ Housemaster/
Housemistress.

23.2.6 Pelajar hanya dibenarkan bersurai apabila
diarahkan oleh Pengetua.

23.3 Keselamatan Wang/Kad ATM
23.3.1 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan
wang tunai lebih daripada RM20.00 (RM:
Dua Puluh Sahaja)
23.3.2 Wang tunai yang berlebihan mesti
disimpan dalam bank atau Housemaster/
Housemistress.

90
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

23.3.3 Pelajar perlu menyimpan Kad ATM
mereka di tempat yang selamat.

23.3.4 Nombor PIN Kad ATM hendaklah dihafal
dan perlu dimusnahkan.

23.3.5 Pelajar tidak dibenarkan meminta bantuan
orang lain untuk mengeluarkan wang
dengan menggunakan kad ATMnya.

23.3.6 Pelajar hendaklah melaporkan kehilangan
kad ATM dengan segera kepada pihak
bank yang berkenaan.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

22a. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar
mematuhi Peraturan pada Perkara 4.0 akan dicatat dan
Keselamatan di muka surat 100 tindakan oleh
(Perkara 23.1, 23.2 mengikut jenis Housemaster/
dan 23.3) dan seriusnya Housemistress.
sesuatu kes terse-
but. Surat makluman
akan dihantar
kepada ibu bapa/
penjaga yang sah/
waris yang ber-
daftar.

91
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 24 : LAIN-LAIN JENIS KESALAHAN

Kategori A
A01 Membawa, menyimpan, mengedar, menyuntik,

menghidu, menghisap, menelan atau melibatkan diri
dengan penggunaan bahan dadah atau alat untuk
menggunakan bahan dadah.
A02 Membawa, menyimpan, mengedar, menghisap atau
melibatkan diri dengan penggunaan bahan temba-
kau dan rokok elektronik atau alat untuk menghisap
bahan tembakau atau rokok elektronik.
A03 Membawa, menyimpan, mengedar, meminum atau
melibatkan diri dengan minuman beralkohol atau
sebarang cecair/bahan yang memabukkan/
mengkhayalkan.
A04 Mencetuskan, melakukan atau melibatkan diri
dalam pergaduhan atau kekerasan.
A05 Mengancam, mengugut, memukul, menganiaya
atau mencederakan mana-mana individu.
A06 Berkelakuan biadab sama ada dengan pertuturan,
perbuatan atau dengan isyarat tertentu terhadap
mana-mana individu.
A07 Membawa, menyimpan, mengunakan senjata tajam
atau senjata api atau sebarang peralatan yang boleh
membahayakan / mencederakan orang lain.
A08 Melakukan buli, penderaan, paksaan atau peras ugut
terhadap pelajar lain.
A09 Memecah masuk atau menceroboh ke kawasan-
kawasan larangan Kolej.
A10 Menganjurkan atau melibatkan diri dalam sebarang
bentuk aktiviti yang berunsur perjudian atau
pertaruhan.

92

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

A11 Menyimpan, mencetak, menerbit, mempamer,
mengedar, menonton, membaca bahan cetakan,
tulisan, audio atau video yang terlarang.

A12 Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
A13 Mencabul kehormatan mana-mana individu.
A14 Berpelukan, bercium, melakukan hubungan seksual,

seks oral atau seks luar tabii.
A15 Melacur atau menjadi bohsia, bohjan atau pondan.
A16 Melibatkan diri dengan perbuatan sumbang atau

perlakuan yang tidak senonoh dan tidak sopan atau
kegiatan yang tak bermoral.
A17 Mengintai pelajar lelaki / perempuan.
A18 Menulis atau muat naik di media massa perkara
yang mencemarkan nama baik Kolej atau warga
Kolej
A19 Merosakkan harta benda Kolej atau harta benda
milik mana-mana individu.
A20 Membawa, menyimpan, mengedar, mengguna atau
melibatkan diri dengan mercun, bunga api atau
sebarang bahan letupan yang ada dipasaran atau
buatan sendiri.
A21 Membawa, menyimpan, mengedar, menulis,
melukis atau mempamer bahan-bahan pornografik
atau melakukan isyarat lucah.
A22 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan,
perhimpunan haram atau merusuh.
A23 Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau
bahan-bahan multimedia.

93

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

A24 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara
kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai
etika, moral dan budaya setempat.

A25 Mengganggu, menjejaskan kuasa Pengetua atau mana-
mana kakitangan kolej yang menjalankan tugas.

A26 Membawa masuk tetamu dari luar ke dalam kawasan
kolej tanpa kebenaran.

A27 Keluar dari kawasan Kolej tanpa kebenaran atau
memalsukan maklumat permohonan keluar masuk
kolej.

A28 Menggunakan kata-kata lucah atau kesat kepada
mana-mana individu.

A29 Berada berdua-duan antara pelajar lelaki dan
perempuan atau dengan beberapa pelajar lelaki atau
perempuan di tempat yang sunyi atau terselindung
atau di dalam bilik dalam keadaan yang boleh
menimbulkan syak bahawa sedang melakukan
perbuatan yang tidak bermoral.

A30 Melakukan atau melibatkan diri dengan perbuatan
mencuri.

A31 Memalsukan tandatangan ibu, bapa, penjaga,
Pengetua, Pengurus-pengurus, Housemaster,
Housemistress atau guru.

A32 Tidak solat 5 waktu secara berjemaah atau solat
Jumaat atau tidak mengikuti majlis bacaan tahlil dan
Yasin tanpa sebab.

A33 Menunggang atau memandu kenderaan dalam
kawasan kolej.

A34 Menipu atau meniru ketika ujian atau peperiksaan.

94

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

A35 Mengulangi kesalahan kategori B sebanyak 3 kali.
A36 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk

dalam kategori ini oleh Lembaga Disiplin Kolej.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur
Rujuk Perkara 6.0
Pelajar Cadangan hukuman; di muka surat
melakukan i. Digantung 102,103.
mana-mana
kesalahan persekolahan
kategori A. selama satu (1)
minggu.

ii. Hukuman rotan.

iii.Digantung dari
semua kemudahan
asrama.

iv. Ditamatkan pem-
belajaran di Kolej.

95
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

Kategori B

B01 Tidak amanah, menipu, berbohong kepada Pengetua,
Penolong Pengetua, Bursar, Housemaster/
Housemistress, Kaunselor, Guru, Warden, Jururawat
dan Staf Sokongan.

B02 Tidak menghormati lagu atau bendera atau logo rasmi
Kolej/Negeri/Kebangsaan (Berulang melebihi 3 kali)

B03 Tidak berada di katil asrama yang ditetapkan diantara
11.00 malam hingga 6.00 pagi.

B04 Mengulangi mana-mana kesalahan kategori C
sebanyak 3 kali.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

Pelajar melakukan Hukuman seperti Nama pelajar
mana-mana pada Perkara 4.0 di akan dicatat dan
kesalahan kat- muka surat 100 tindakan oleh
egori B. mengikut jenis dan Housemaster/
seriusnya sesuatu Housemistress.
kes tersebut.
Surat makluman
akan dihantar
kepada ibu bapa/
penjaga yang
sah/waris yang
berdaftar.

96
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

Kategori C

C01 Semua kesalahan yang terbabit dengan
pembelajaran (tidak membawa buku, tidak
menyiapkan tugas, tidak memberikan perhatian
dalam kelas dan yang seumpamanya)

C02 Tidak menyelesaikan tugasan yang diarahkan oleh
Pengetua/ Guru/ Housemaster/Housemistress.

C03 Mengganggu kelancaran sesuatu majlis.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

Pelajar melakukan Menandatangani Makluman kepa-
mana-mana surat perjanjian. da ibu bapa/
kesalahan penjaga yang
kategori C sah/ waris yang
berdaftar.

97
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

AKU JANJI
Nama Pelajar : ........................................................................
Nombor Pendaftaran Kolej : ...................................................
Nombor Kad Pengenalan : ......................................................
Saya seperti nama di atas telah pun membaca dan
memahami semua undang-undang dan peraturan Kolej
Yayasan Saad yang termaktub di dalam buku ini.
Saya dengan ini mengaku dan berjanji akan mematuhi
semua undang-undang dan peraturan tersebut dan saya juga
faham bahawa saya boleh dikenakan tindakan disiplin
sekiranya melanggar mana-mana undang-undang dan
perturan yang dinyatakan.
Tanda tangan Pelajar,
..........................................
Tarikh :..............................

Nama Saksi I :......................................................
Tanda tangan Saksi 1 :..........................................
Tarikh :..............................

Nama Saksi II:..........................................
Tanda tangan Saksi II :.............................
Tarikh :..............................
(saksi terdiri daripada kalangan guru KYS)

98

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA


Click to View FlipBook Version