The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by astakailmu2bsl, 2021-06-30 03:53:44

Novel Tingkatan 2

Novel Tingkatan 2

SLIDESMANIA.COM Novel jalan ke puncak
Tingkatan 2

Nama: nur aina syakirah binti md rauf
Kelas: 2 al-biruni

SLIDESMANIA.COM TEMA

▪ Novel ini membawa tema kegigihan seorang pemuda dalam membina
kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara berdikari.
Contohnya, Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan
bekerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri
dengan mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman turut
mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai
makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat usaha
gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan
mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.

SLIDESMANIA.COM PERSOALAN

❑ Ketabahan menghadapi dugaan hidup

Contohnya Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama
daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.

❑ Pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga

Contohnya abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit
demi membiayai pengajian Laiman di universiti.

❑ Semangat cinta akan negara

Contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan
oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan
bekerja sendiri.

PERISTIWA YANG PENTING MEMBUKTIKAN
TEMA NOVEL INI

1. Laiman balik ke kampungnya di Sabah setelah tamat belajar dan mendapat ijazah
dalam bidang kejuruteraan. Dia tidak bersedia menerima jawatan bergaji tetap,
walaupun jabatan pertanian menawarkan pekerjaan kepadanya. Laiman lalu
menjalankan projek ikan air tawar dan beberapa pekerjaaan lain.

2. Projek penternakan ikan ai tawar Laiman diiktiraf oleh Jabatan Pertanian
sebagai contoh didaerahbnya. Jabatan pertanian mengatakan bahawa mereka akan
menjadikan projek itu sebagai projek terbesar di Sabah.

3. Projek Laiman itu dapat membuka peluang pekerjaan kepada anak muda di
daerahnya yang menganggur.

SLIDESMANIA.COM

SINOPSIS

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM ▪ BAB 1: Bagaikan mimpi

Laiman pemuda dari sabah menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan. Dia dihantar ke sebuah syarikat
di Sarawak untuk menjalani latihan industri. Dia berkeupayaan untuk maju dalam bidang yang
dipelajarinya. Dia berupaya bersungguh-sungguh semasa menjalani latihan di sebuah syarikat minyak,
namun dia mempunyai impian yang lain. Di situ, dia berkawan baik denagan Syukri. Dia bercerita
kepada Syukri bahawa dia akan berehat setelah tamat pengajian nanti. Dia tidak akan menerima mana-
mana tawaran jika ditawarkan kepadanya. Syukri hairan dengan sikiap Laiman kerana selalunya pelajar
akan memikirkan pekerjaan setelah tamat belajar.

Laiman teringat akan kawannya Chow Chin, dia tidak memohon pekerjaan malahan terus membuka
perniagaan kereta terpakai setelah tamat pengajian di universiti. Kini pemuda itu telah menjadi ejen
import eksport seterusnya mengusahakan hotel. Chow Chin telah menjadi jutawan baharu. Laiman
menjadikan Chow Chin sebagai contoh dalam bidang pekerjaan.

Laiman mengetahui bahawa ada juga pemuda yang gagal belajar di pusat pengajian namun Berjaya
dalam hidup. Pemuda itu bekerja di bengkel milik orang lain, kemudian membuka bengkel sendiri.
Laiman tertarik akan pekerjaan yang sedemikian. Pada pandangannya, orang yang berijazah atau tidak
berijazah mampu maju dalam hidupnya jika bijak dan rajin berusaha. Perkara yang paling penting ialah
pengalaman, kemahiran, dan kesungguhan. Kesemua perkara tersebut mampu membawa dirinya
kearah hidup yang lebih terjamin

SLIDESMANIA.COM ▪ BAB 2: SESAL

Pengurus syarikat minyak tempat Laiman menjalankan latihan praktikal menyukai Laiman kerana
Laiman seorang pekerja yang cekal, cekap, dan bijak. Kecekapan yang ada pada Laiman dikagumi
oleh pengurusnya dan juga Syukri. Laiman tidak berbangga diri apabila dipuji. Syukri membawa
Laiman ke sebuah restoran untuk makan tengah hari di situ. Perkara tersebut merupakan tanda
penghargaan syarikat kepada laiman kerana cemerlang ketika menjalankan tugas.

Laiman ditegur oleh seprang gadis bernama Soniah, iaitu rakan sepejabatnya. Mereka berjalan
bersama-sama, ditemani oleh adik sepupu Soniah. Mereka berbual tentang tugas yang perlu
disiapkan. Mereka membincangkan hal yang berkaitan dengan keuntungan dan kerugian syarikat.
Mereka juga berbicara tentang perangai yang suka menjatuhkan seseorang walaupun orang itu kawa
mereka sendiri. Soniah menyebut nama Muluk. Hal ini menyebabkan Laiman ingin mengetahui lebih
lanjut namun soniah tidak mahu memberitahunya.

Pada anggapan Laiman, Muluk memang bersikap aneh, berlainan dengan rakan-rakannya yang
lain. Sebenarnya Soniah ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada Laiman tentang Muluk. Namun
setekah berfikir panjang Soniah bertindak menutup cerita tentang Muluk itu. Walau bagaimanapun,
nama Mulik yang disebut oleh Soniah kekal dalam fikiran Laiman. Selesai makan, mereka
meninggalkan restoran itu. Setelah berpisah dengan Soniah, Laiman masih memikirkan tentang
Muluk. Hatinya masih tertanya-tanya.

SLIDESMANIA.COM ▪ BAB 3: musibah

Syukri menjadi tidak tenang memikirkan peristiwa tangki minyak tempat dia bekerja itu terbakar.
Ketika itu, Laiman berada di Kuching kerana berjumpa dengan kawan sekuliahnya. Tiba-tiba syukri
terfikir bahawa tangki yang terbakar itu ialah tangki yang dibaiki oleh Laiman dua minggu lepas. Syukri
bimbang kalau-kalau Laiman dituduh melakukan perkara tersebut. Pengurus syarikat menganggap
bahawa Laiman yang menyebablan kebakaran itu berlaku. Syukri tidak dapat mengandaikan perkara
yang akan berlaku kepada Laiman selepas kejadian tersebut.

Kekusutan fikiran Syukri dikesan oleh isterinya. Syukri tiak bercerita kepada isterinya. Dia melayani
fikirannya. Dia mengetahui bahawa Laiman ialah pemuda yang baik dan berhemah tinggi. Tidak
mungkin Laiman membakar tangka minyak itu. Pada fikiran Sukri, ada orang yang berniat jahat untuk
menjatuhkan Laiman.

Syukri menemui Laiman yang baru pulang dari Kuching. Laiman juga hairan meemikirkan peristiwa
itu. Hal ini demikian kerana dia telah menggunakan kepakarannya bersama-sama dengan pihak
kontraktor sewaktu membaiki tangki tersebut. Laiman beranggapan bahawa dia tiada kena-mengena
dengan peristiwa kebakaran itu. Syukri meminta Laiman bercerita kepada pengurus tentang hal yang
sebenar pada keesokan harinya. Syukri juga akan cuba meyakinkan pengurus mereka bahawa Laiman
tidak bersalah.

SLIDESMANIA.COM ▪ BAB 4: hasrat

Laiman berbual-bual dengan Soniah di sebuah restoran. Ada seorang tua duduk bersendirian
memerhatikan mereka. Laiman terfikir, mungkin orang tua itu ada firasat. Laiman dan Soniah berbual-
bual tentang rancangan mereka. Laiman meminta Soniah berfikir sendiri tentang rancangan yang benar-
benar diimpikannya. Soniah mempunyai sikap yang hamper sama dengan Laiman. Pada pandangannya,
usaha hendaklah dilaksanakan dengan tekun. Manusia hendaklah memilih jalannya sendiri.

Laiman agak terkejut setelah mengetahui bahawa Soniah jugak mengambil bidang kejuruteraan.
Apabila dia memberitahu bahawa bidang itu susah, Soniah agak tersinggung kerana merasakan bahawa
Laiman merendah-rendahkan tahap kemampuannya. Namun begitu, perbualan mereka mesra kembali.
Soniah dapat menjawab setiap perkara yang dihujahkam oleh Laiman tentang kemampuan wanita.
Laiman akhirnya memuji Soniah yang sanggup menghadapi cabaran. Selepas membayar harga
makanan mereka berdua pun keluar meninggalkan restoran tersebut.

Apabila keluar dari restoran, barulah mereka berbual tentang peristiwa kebakaran tangki minyak.
Laiman mengatakan bahawa pengurus tidak menyalahkannya kerana tiada di tempat kejadiaan. Syarikat
terpaksa menanggung kerugian. Haraoan Laiman semoga pengurus itu tidak akan mencemarkan
Namanya hanya kerana dia sendiri tidak mengetahui punca kejadian tersebut berlaku.

▪ BAB 5: pulang

Setelah tamat pengajian, Laiman berubah dan pulang ke
kampungnya di Sabah.

SLIDESMANIA.COM

▪ BAB 6: tentangan

Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di Sabah. Walaupun
hanya bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin manyahut seruan kerajaan
supaya siswazah berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan. Baginya rezeki ada
dimana-mana asalkan rajin berusaha. Laiman juga merancang untuk mengusahakan projek
ternakan lebah madu dan ikan air tawar. Laiman masih diusik kenangan setahun lalu ketika
dia menjalani latihan di Sarawak. Terbongkar juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki
minyak. Rupa-rupanya Muluk cemburu akan Laiman kerana menyangka Laiman menjalin
hubungan cinta dengan Soniah. Oleh sebab cintanya tidak berbalas, Muluk menaruh dendam
dan berniat menyusahkan sesiapa sahaja yang mendampingi Soniah. Muluklah yang
membakar tangki minyak. Akibat perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman.

SLIDESMANIA.COM

▪ BAB 7:resah

Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja
di jabatan pertanian. Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak
berkorban untuk pengajian Laiman di Universiti, tetapi Laiman tidak
memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya untuk bekerja terutama dengan
jabatan kerajaan sebaliknya Laiman pulang ke kampung untuk menjadi
petani. Laiman begitu tertekan kerana cita-cita dan impiannya tidak difahami
oleh ayahnya. Laiman ingin membuka mata penduduk kampung supaya
gigih berusaha tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan seperti
mana yang dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman mendapat
sokongan daripada sepupunya dalam usahanya itu.

SLIDESMANIA.COM

▪ BAB 8: tekad

Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran
tanah sawah milik Pak Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan
tidak dipersetujui Pak Sahok. Walaupun tanah paya itu tidak termasuk
dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada mengusahakan
sebahagian paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman tidak berputus
asa. Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya
mula berbuah. Laiman dibantu oleh Milan untuk mengusahakan kebun
itu. Dia juga berazam untuk meneruskan projek ternakan lebah madu.
Laiman bercadang untuk mengambil anak-anak muda kampung itu
untuk bekerja dengan mereka.

SLIDESMANIA.COM

▪ BAB 9: pujuk

Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan projek di
kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi pendapatan daripada
projek ternakan ikan air tawar itu. Laiman terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat
lain yang lebih sesuai. Namun Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama
ayahnya mula menyedari hasil usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman
tembikai Laiman mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim menawarkan
diri untuk berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek ternakan ikan air tawar di tanah
paya berhampiran tanahnya. Laiman berasa terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini
dia tidak dapat memenuhi hasrat ayahnya supaya bekerja sebagaimana siswazah lain.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM ▪ BAB 10: harapan

Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk
Jabatan Pertanian yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula
telah bersetuju dan memberikan kebenaran kepada Laiman menggunakan
tanah paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil
jualan buah tembikai akan dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai
anak muda yang mahu bekerja dengan Laiman untuk menjayakan projek
yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah mula dikorek, dan dua orang
pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan khusus dalam bidang
penternakan. Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya
untuk diusahakan. Pada masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi
Laiman melalui surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti.

▪ BAB 11: galau

Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu
Kadek dan Muali yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang
ternakan air tawar telah membuat keputusan untuk mengusahakan projek
ternakan mereka sendiri. Mereka enggan membantu projek Laiman dan Milan.
Laiman sangat terkejut.Pada mulanya dia amat marah tetapi dia yakin banyak
lagi orang kampung yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai menyedari erti
pengorbanan Laiman yang enggan bekerja dengan kerajaan walaupun Laiman
mempunyai ijazah. Dia mula memahami Laiman telah bersusah payah
mencari projek untuk yang akan membuka peluang pekerjaan kepada anak-
anak muda yang menganggur.

SLIDESMANIA.COM

▪ BAB 12: tabah

Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar
untuk mengikuti latihan sudah tidak menjadi masalah lagi bagi
Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha yang dibuat oleh
Laiman dan menasihati adiknya itu agar melakukan kerja
bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap orang
kampung terhadapnya.

SLIDESMANIA.COM

▪ BAB 13: lumayan

Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam
penternakan mereka yang dijaga oleh enam orang pekerja,
Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain
seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan
mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.

SLIDESMANIA.COM

▪ BAB 14: sinar

Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak
lama lagi kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima
kasih kepada Pak Sahok kerana mengizinkannya menggusahakan tanah di
sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai
usahawantani termuda yang berjaya. Mereka turut membeli lori yang dapat
memudahkan urusan mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan dan
perniagaan mereka.

SLIDESMANIA.COM

▪ BAB 15: impian terlaksana

Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke
tahap itu. Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak
muda. Dia turut bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya
sepertinya. Dia ingin melihat bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai
seorang penternak, pengusaha kedai makan dan pemborong yang berjaya
walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman masih
mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya. Laiman sedar dia
menyimpan perasaan terhadap gadis itu.Berita Soniah akan berhijrah ke
Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia
berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.

SLIDESMANIA.COM

TAMAT

SLIDESMANIA.COM


Click to View FlipBook Version