The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najihahjamil1705, 2021-05-04 11:26:48

bilangan 3 . 23 ramadan . april 2021

bilangan 3 . 23 ramadan . april 2021

BILANGAN 3 . 23 RAMADAN . APRIL 2021

BULETIN RAMADAN

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT

PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR & BERPISAH DENGAN RAMADAN
DARI MEJA PENGARANG

Nampaknya kita bakal memasuki fasa terakhir Ramadan yang mana pada 10
akhir bulan mulia ini, umat Islam diseru melipatgandakan amalan kepada Allah.
Sesungguhnya, Allah menjanjikan terdapat satu malam yang amat bermakna
kerana Allah memberitahu kepada kita bahawa Allah menurunkan al-Quran
pada malam tersebut iaitu Lailatul Qadar. Ia adalah malam yang penuh
keberkatan seperti firman Allah di dalam Surah Ad-Dukhon ayat yang ke 3 yang
bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang
diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan."

Kebiasaannya dalam perlumbaan seperti lumba lari atau berbasikal
pada fasa akhir ini lah kita akan menggunakan segala tenaga untuk
melakukan pecutan dan henjutan akhir. Belum pernah ada seorang
perlari yang memecut laju diperingkat awal tetapi pada penghujung
perlumbaan memperlahankan langkahnya. Sebaliknya semakin hampir
ke garisan penamat semakin yakin kaki mengatur langkah. Hal ini
kerana, perkara tersebut akan menentukan memang atau kalah
seseorang.

Begitu juga lah Ramadan, pemulaan yang kita lakukan seperti pengimarahan
masjid, tahajjud, membaca Al-quran, sedekah mahupun zikir perlu diteruskan
hingga akhirnya. Amat rugi lah jika surau dan masjid hanya penuh pada awal
Ramadan dan sepi pada penghujungnya. Momentum yang baik itu kalau kita
hentikan akan menyebabkan tarbiah Ramadan kita terbantut ditengah jalan.
Madrasah ramadan yang kita bina perlu dilengkapkan seperti membina sebuah
rumah. Kita tidak akan berhenti membina sehinggalah rumah itu siap sepenuhnya.

Kesimpulannya, kita perlu tabah dan terus bersemangat dalam fasa akhir ini.
Sokongan dan dorongan daripada keluarga dan sahabat amat diperlukan untuk
meneruskan perjuangan ini. Semoga fasa akhir Ramadan ini akan membuatkan
kita terus istiqamah dengan amalan kebaikan. Berapa ramai dalam kalangan kita
yang bersungguh-sungguh di awal namun kecundang di fasa akhir ini. Selagi kita
belum sampai ke garisan penamat jangan pernah kita berhenti untuk menyerah
kalah. Bersama kita berdoa kepada Allah agar kita ditetapkan iman untuk terus
beribadah dan bertemu dengan Al-Qadr.

AYUH WARGA SMKPR REBUT & KEJARLAH LAILATUL QADAR SEMASA ADA KESEMPATAN INI !!!

BILANGAN 3/1442H PAGE 01

Hari terakhir Ramadan adalah malam tangisan sedih bagi hamba Nya SWT, mereka
sangat sedih berpisah dengan Ramadan, lalu merintih :
Selamat berpisah wahai Bulan Sujud,
Selamat berpisah wahai Bulan Puasa,
Selamat berpisah wahai Bulan Taubat,
Selamat berpisah wahai Bulan Al-Quran,
Selamat berpisah wahai Bulan Ahlul Badr,
Selamat berpisah wahai Bulan Fatah Makkah,
Selamat berpisah wahai Bulan Nuzul Al-Quran,
Selamat berpisah wahai Bulan Sabar,
Selamat berpisah wahai Bulan Syukur,
Selamat berpisah wahai Bulan Pengampunan,
Selamat berpisah wahai Bulan Rahmat Nya SWT,
Selamat berpisah wahai Bulan Pelepasan dari api neraka.

Berikut hal-hal yang perlu diperhatikan umat Islam

1. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyuruh beriktikaf pada 10 malam
terakhir dari Ramadhan untuk memburu Lailatul Qadar.

2. Bersungguh-sungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadhan untuk
memperoleh Lailatul Qadar karena ganjaran amalan pada malam itu lebih baik
dari 1000 bulan yaitu 83 tahun 4 bulan.

3. Mulailah dengan niat yang tulus. Jika sampai hari ini ibadah kita belum
maksimum, sekaranglah momentum untuk memaksimamkannya. Hari ini,
bacalah tafsir Surah Al-Qadr, dan fahami maknanya.

4. Sepatutnya kita tidak memilih malam-malam tertentu untuk memperbanyak
ibadah. Jangan menunggu hingga malam ke 27 saja kerana waktu Lailatul
Qadar dirahsiakan Allah untuk menjadi kita semangat beribadah di sepuluh
malam terakhir Ramadhan.

4. Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu
Lailatul Qadar.

5. Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah di masjid, tingkatkan
tilawah Al-Qur'an, perbanyakkan doa dan permohonan ampun kepada Allah.

6. Bayangkan seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita dan mungkin ini
peluang terakhir untuk bertemu Lailatul Qadar.

BILANGAN 3/1442H PAGE 02

TANDA-TANDA MALAM
LAILATUL QADAR

PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR DI BULAN RAMADAN

1.UDARA YANG SEJUK DAN TENANG

Malam lailatul qadar sangatlah istimewa dan ditandai
dengan udara yang sejuk dan tenang.
lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang,
tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok
paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna
merah.

2. SUASANA MALAM YANG BERBEZA 4. KEADAAN MATAHARI DI PAGI HARI
Cahaya Matahari cerah namun lebih lembut, dan
Malam ditandai dengan suasana malam yang sejuk, terang, sinarnya tidak panas terik hingga siang hari
tidak berawan, tidak ada hujan dan angin berhembus lembut

5. PERASAAN UMAT ISLAM
Umat Islam yang tengah beribadah demi mendapatkan lailatul
qadar akan merasakan sesuatu yang indah, perasaan bahagia,
tenang dan kenikmatan saat bermunajat.

3. BULAN MUNCUL PAGE 03
Tanda lain yang biasa dikenali adalah bulan muncul
dalam posisi separuh

BILANGAN 3/1442H

KEISTIMEWAAN MALAM LAILATUL
QADAR

PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR

Para ulama berpendapat sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam lailatul qadar yang mana
ianya lebih baik dari seribu bulan.

LEBIH BAIK DARIPADA MALAIKAT & JIBRIL MENDAPAT KESELAMATAN
SERIBU BULAN TURUN & KEBAIKAN

Iman al-Qurtubi berkata : Imam Qurtubi berkata : "Mereka turun Al-Dahhaq berkata : "Allah tidak
"Malam Qadar mempunyai kelebihan daripada setiap langit dann juga takdirkan pada malam tersebut
kerana banyaknya keistimewaan dan Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk kecuali keselamatan. Sedangkan
malam tersebut dibahagikan kebaikan mengaminkan doa orang yang memohon Mujahid berpendapat : 'Ia merupakan
yang banyak serta tidak seumpama pada malam tersebut hingga waktu malam selamat di mana syaitan tidak
pada seribu bulan. Ramai ulama dan fajar". mampu untuk melakukan sebarang
ahli tafsir berpendapat amalan kejahatan pada malam tersebut".
dilakukan pada malam Qadar lebih baik -Turunnya Malaikat dan Jibril membawa
daripada seribu bulan yang tiada rahmat dengan perintah Tuhan.
padanya malam Qadar".

BILANGAN 3/1442H PAGE 04

AMALAN SUNAT MALAM LAILATUL
QADAR

PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR

MEMBACA AL-QURAN

Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila
seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan
berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua.
Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn
al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul
Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah
(pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan
malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie
rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang
mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar,
maka dia akan memperoleh kebaikannya.”

BERDOA

Lailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa
oleh kerana itu setiap Muslim boleh membaca doa apapun
untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi
Muhammad) bersabda:

Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana
keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-
dosanya yang lalu.”

— Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

SOLAT

Qiamullail meninggalkan tempat tidur semata-mata untuk
mengerjakan solat, bertakbir membesarkan Allah SWT,
bertasbih mensucikanNya dan berdoa pada waktu malam.

BILANGAN 3/1442H PAGE 05

ZIKIR

Pada malam Lalilatul Qadar, semua amal dan ibadah
akan dilipatkan pahalanya, bahkan melebihi beribadah
selama 1000 bulan. Malam yang mulia ini datang pada
10 malam terakhir bulan Ramadan.

Antara zikir yang boleh diamalkan ialah :

SEDEKAH

Bersedekah dengan keikhlasan kepada Allah. Ini kerana jika
sedekah yang dilakukan itu bertepatan dengan malam Lailatul
Qadar maka amalan sedekah itu juga akan dilipatgandakan
lebih baik dari 1,000 bulan.

IKTIKAF DI MASJDI

Beriktikaf di dalam masjid dengan melakukan
perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kepada
Allah seperti solat, zikir, membaca al-Quran dan
sebagainya. Ini kerana baginda Rasulullah akan
beriktikaf ketika mana masuk 10 malam yang terakhir.

BILANGAN 3/1442H PAGE 06

BILAKAH BERLAKUNYA MALAM LAILATUL
QADAR

PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR

Salah satu daripada keagungan, keistimewaan dan kemuliaan bulan suci Ramadan ialah terdapatnya satu
malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada sepuluh hari
terakhir bulan Ramadan lebih dikenali dengan Lailatul Qadar yang amat istimewa dan amat dinanti-nantikan
kemunculannya oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah Taala.

Lailatul qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud :
"Carilah Lailatulqadar pada separuh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil".

Jelas daripada maksud di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap bulan Ramadan setiap tahun
sebagai satu anugerah Ilahi dan rahmat Allah Taala yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad
SAW sahaja. Malam yang penuh bersejarah itu telah dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak
ganjarannya daripada seribu bulan. Para ulama bersepakat Lailatul Qadar terjadi pada bulan Ramadan. Begitu
juga mereka bersepakat malam tersebut juga berlaku pada 10 malam terakhir daripada bulan Ramadan.

Namun mereka berselisih pendapat tentang malam yang ke berapa dari sepuluh malam yang terakhir tersebut.
Pendapat yang masyhur menyatakan Lailatul Qadar terjadi pada malam ke-27 Ramadan.
Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang ingin mendapatkan Lailatul
Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27. (Hadis riwayat Ahmad) Terdapat juga riwayat lain yang
mengatakan malam mulia tersebut terjadi pada malam ganjil sepuluh hari terakhir.

BILANGAN 3/1442H PAGE 07

BILANGAN 3/1442H PAGE 08


Click to View FlipBook Version
Previous Book
RUKUN NEGARA
Next Book
Randolph County map Cover