The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najihahjamil1705, 2021-04-29 03:23:59

BULETIN RAMADAN

BULETIN RAMADAN

BILANGAN 2 . 18 RAMADAN . APRIL 2021 ENGKAU FIKIR MUZIK DAPAT
MENENANGKAN FIKIRANMU?
BULETIN RAMADAN ENGKAU LUPA BAHAWA
AL-QURAN DAPAT
Panitia Pendidikan Islam MENTENTERAMKAN HATIMU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT, MELAKA SALAM NUZUL AL-QURAN
BUAT SEMUA WARGA SMKPR
PENYUCIAN JIWA BERSAMA AL-QURAN
PAGE 01
DARI MEJA PENGARANG

Alhamdulilah masa dan waktu berlalu terlalu pantas
sehingga kita tidak sedar bahawa sudah sampai ke
fasa pertengahan di dalam bulan Ramadan. Sudah
cukupkah amalan kita dengan membaca Al-Quran?
Sudah cukupkah amalan kita dengan bersedekah?

Bagi umat Islam, selain kewajipan berpuasa di
siang hari, Ramadan adalah pesta ibadah untuk
setiap muslim melakukan lebih banyak kebajikan.
Ramadan adalah detik terbaik dan peluang buat
setiap individu muslim menggandakan pahala dan
memohon keampunan dengan berpuasa pada
siangnya dan menghidupkan malamnya dengan
Qiyamullail, Beriktikaf dan Bertadarus Al-Quran.

Al-Quran merupakan panduan harian kita yang
membimbing kita dalam menghadapi masalah dan
cabaran kehidupan kita. Bahkan sebagai panduan
hidup bermasyarakat dan negara. Barulah kita
benar-benar menghargai Al-Quran dan memahami
tujuan ia diturunkan oleh Allah SWT. Bersempena
peristiwa yang bersejarah pada tahun ini, dapat
kita menghayati detik bermula dan bagaimana
berlakunya penurunan Al-Quran.

Justeru,marilah kita bersama-sama merebut
pahala berganda dengan meningkatkan amal ibadah
kita disepanjang bulan Ramadan kali ini dengan
ikhlas dan bersungguh-sungguh.

BILANGAN 2/1442H

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada
malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41
Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi daripada keputeraan Nabi Muhammad
petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang s.a.w ketika baginda sedang beribadat di
menjelaskan petunjuk (Surah Al-Baqarah : Ayat 185) Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6
Ogos 610M.
Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu
mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Seterusnya al-Quran diturunkan kepada
Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan Rasulullah s.a.w beransur-ansur melalui
segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al- perantaraan Malaikat Jibril Alaihissalam
Quran serta menghayati dan mengamalkannya selama 23 tahun, iaitu 13 tahun diturunkan
adalah satu ibadat sunnah. di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna Ayat yang mula-mula sekali
terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi diturunkan adalah lima ayat daripada
SAW khasnya. Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT Surah Al-Alaq. Perkataan “Nuzul”
kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan bererti turun atau berpindah dari atas ke
Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran
hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi
yang ada pada kita hari ini. Muhammad s.a.w maka ianya memberi
makna terlalu besar kepada umat Islam
terutamanya yang serius memikirkan
rahsia al-Quran.

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi PAGE 02
petunjuk kepada (jalan) yang paling
lurus dan memberi khabar gembira
kepada mukmin yang mengerjakan
amal soleh bahawa bagi mereka
(disediakan) pahala yang besar ".
Surah Al-Isra' : Ayat 9

BILANGAN 2/1442H

TIGA PERISTIWA BESAR YANG BERLAKU DI
BULAN RAMADAN

BULAN DITURUNKAN AL-QURAN

Ketika nabi mencapai usia 40 tahun, pada tanggal 17 PEMBUKAAN KOTA MEKAH
Ramadan 13 tahun sebelum Hijrah nabi menerima
wahyu yang pertama.
Apabila turunnya wahyu pertama, Nabi sering
bersendirian di Gua Hira'. Tujuan beliau bersendirian
supaya dapat melaksanakan ibadah dengan khusyuk
selama beberapa hari. Dalam masa nabi sedang
beribadah, Nabi didatangi dengan susuk tubuh yang
tidak dikenalinya. "Bergembiralah wahai Muhammad,
aku adalah Jibril. Dan engkau adalah utusan Allah
umat ini," berkata Malaikat kepada Nabi. Kemudian
Jibril meminta nabi membaca, Nabi menjawab aku
tidak tahu membaca . Perintah itu diulang sehingga
3 kali oleh Jibril, jawapan Nabi tetap sama. Kemudian
Jibril membacakan wahyu pertama, Surah Al-Alaq
ayat 1 hingga 5.

Bermula 20 Ramadan tahun 8 Hijriyah

merupakan detik bersejarah dalam Islam iaitu

Rasulullah dan para sahabat berhasil

menakluki kota Mekah dalam sebuah

peperangan (Perang Fathu Mekah). Peperangan

tersebut diperlakukan orang Quraisy yang

merosak satu perjanjian iaitu Perjanjian

Hudaibiyyah. Orang Quraisy memerangi

dengan kabilah lain untuk memerangi orang

PERANG BADAR yang berdamai dengan Rasul. Nabi

Perang Badar yang meletus pada 17 Ramadan tahun mengerahkan 10000 pasukan muslim dan
kedua Hijrah (17 Mac 624 Masihi) adalah peperangan
besar pertama antara umat Islam dan juga kaum mengutus sahabat Khalid bin Walid sebagai
Musyrikin Mekah. Perang ini sangat menguji keimanan
umat Islam Muhajirin dan Ansar. Peperangan ini telah panglima perang. Nabi berperang dalam
berlangsung dalam bulan Ramadan. Peperangan ini
juga adalah peperangan menguji keimanan keadaan berpuasa.
terutamanya bagi kaum Ansar yang baru memeluk
Islam pada ketika itu. Ketika Perang Badar, jumlah
anggota tentera umat Islam adalah sebanyak 313
orang sahaja. Mereka perlu berdepan dengan tentera
kafir Quraisy yang berjumlah 1000 orang. Sebelum
peperangan, Nabi Muhammad SAW telah memberikan
motivasi kepada askar-askar Islam.

BILANGAN 2/1442H PAGE 03

KELEBIHAN BULAN RAMADAN BAGI UMAT
ISLAM

RUKUN ISLAM YANG KETIGA

Rukun Islam yang ketiga adalah puasa di bulan
Ramadan. Puasa di bulan Ramadan adalah
wajib hukumnya. Setiap umat Islam harus
melaksanakan puasa, yaitu menahan hawa
nafsu, makan, minum, dan segala sesuatu yang
bisa membatalkan ibadah puasa dari terbit
fajar, hingga terbenamnya matahari.

PERINGATAN BULAN TURUNNYA
AL-QURAN

Allah SWT menurunkan Al-Qur'an kepada nabi
Muhammad SAW tepat pada saat bulan
Ramadan. Pada tanggal 17 Ramadan tepatnya
di Gua Hira, Nabi Muhammad SAW
mendapatkan wahyu pertama kali yaitu Al-
Qur'an dengan surat Al-Alaq ayat 1 sampai
dengan 5 melalui perantara Malaikat Jibril.

BILANGAN 2/1442H ALLAH MEMBUKA PINTU SYURGA,
MENUTUP PINTU NERAKA, DAN
MEMBELENGGU SYAITAN

Kelebihan bulan Ramadan berikutnya adalah di bulan
ini Allah SWT membuka pintu surga, menutup pintu
neraka, dan membelenggu para setan yang
menghasut manusia.
Di bulan Ramadan Allah juga menjanjikan pahala
yang berlipatganda bagi umatnya yang melakukan
ibadah dan juga kebaikan. Maka dari itu, pintu surga
terbuka lebar. Kemudian Allah juga akan
mengampuni dosa setiap umatnya yang bertaubat,
maka dari itu pintu neraka tertutup rapat.

PAGE 04

KELEBIHAN BULAN RAMADAN BAGI UMAT
ISLAM

MALAM LAILATULQADAR

Kelebihan bulan Ramadan berikutnya adalah
adanya malam lailatul qadar yang jika kamu
beribadah pada malam tersebut maka pahalanya
lebih baik dari seribu bulan. Ada beberapa ayat
yang menjelaskan bahawa malam lailatul qadar
bertepatan pada sepertiga malam ganjil di akhir
bulan ramadan.

DIAMPUNI DOSA

Kelebihan bulan Ramadan dibandingkan
dengan bulan lainnya adalah diampuninya
dosa orang yang menjalankan ibadah puasa
dan juga orang yang menjalankan solat.
Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis sebagai
berikut:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga
bersabda:

‫ﻣﻦ ﺻﺎم رﻣﻀﺎن إﻳﻤﺎﻧﺎ واﺣﺘﺴﺎﺑﺎ ﻏﻔﺮ ﻟﻪ ﻣﺎ‬ TOO TRENDY!
‫ﺗﻘﺪم ﻣﻦ ذﻧﺒﻪ‬

Artinya: Barangsiapa yang berpuasa (di
Bulan) Ramadhan (dalam kondisi) keimanan
dan mengharapkan (pahala), maka dia akan
diampuni dosa-dosa yang telah lalu,
(HR. Bukhari Muslim

SEMOGA IBADAH YANG KITA LAKUKAN DI BULAN RAMADAN

MENDAPAT KEREDHAAN DARI ALLAH SWT

BILANGAN 2/1442H PAGE 05

ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk
beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun
kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadan untuk mensucikan orang
Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga
untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan
permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan
doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi
mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”

BILANGAN 2/1442H TIDAKLAH AKAN BERKURANG HARTA
YANG KITA INFAQ/SEDEKAHKAN
DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH
MELAINKAN ALLAH AKAN

MENGGANTIKANNYA DENGAN BERLIPAT
GANDA

MENEBAR ZAKAT
MENUAI MANFAAT

PAGE 06

AYUH WARGA SMKPR CHECKLIST DIRI KITA ADAKAH
RAMADAN TAHUN INI TELAH SEMPURNA IBADAH KITA!!!

Berpuasa dengan puasa yang sebenarnya
Menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail
Meningkatkan amalan harian

Menunaikan solat tarawih

Bertadarus Al-Quran
Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain

Beriktikaf terutama 10 malam terakhir
Memperbanyakkan sedekah
Memberi makanan kepada orang yang berpuasa
Bersahur
Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum
Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat

BILANGAN 2/1442H PAGE 07


Click to View FlipBook Version
Previous Book
การงาน การทำงานเพื่อช่วยเหลือตนเอง
Next Book
The Lost Hero