The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pengurusan HEM SESI 20232024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZURIYAH BINTI JEMI KPM-Guru, 2023-04-03 20:53:17

BUKU PENGURUSAN HEM

Buku Pengurusan HEM SESI 20232024

1 UNIT HAL EHWAL MURID SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTAL, KUCHING VISI MELAHIRKAN MURID YANG BERDISIPLIN, BERKETRAMPILAN DAN PENYAYANG MISI PRIHATIN TERHADAP KESELAMATAN, KEBAJIKAN DAN KESIHATAN MURID SERTA MENERAPKAN NILAI-NILAI MURNI , PENYAYANG , BERDISIPLIN, BERSYUKUR, MENGHARGAI DAN MEMANFAATKAN ILMU. OBJEKTIF ❖ Melahirkan murid yang berdisiplin dan berketrampilan. ❖ Membantu murid dalam hal kebajikan. ❖ Meningkatkan suasana sekolah yang lebih ceria dan menarik. ❖ Menjadikan murid-murid sebagai individu yang sentiasa penyayang, inovatif dan kreatif. ❖ Melatih murid-murid untuk bekerjasama dan bertanggungjawab. ❖ Memupuk perasaan cinta kepada alam sekitar ❖ Menjadikan sekolah kawasan yang selamat untuk menimba ilmu. MATLAMAT UNIT HAL EHWAL MURID • Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.


2 DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SK BUNTAL, KUCHING DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR 1.1 Guru-guru di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua kepada semua murid. 1.2 Guru-guru perlu meletakkan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat. 1.3 Guru-guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa, dan kasih sayang. DASAR 2 : KEMASUKAN MURID 2.1 Pihak sekolah menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan. 2.2 Maklumat murid akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid 2.3 Murid-murid akan di tempatkan di kelas-kelas tanpa saringan. 2.4 Murid-murid diwajibkan memilikisebuah buku “Peraturan Sekolah” pada setiap masa. DASAR 3 : DISIPLIN MURID 3.1 Murid-murid yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dikenakan tindakan disiplin. Denda dan hukuman adalah tertakluk kepada Lembaga Disiplin. 3.2 Ibu bapa atau penjaga murid yang melanggar peraturan disiplin akan dimaklumkan. 3.3 Pihak sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin murid. 3.4 Ibu bapa atau penjaga kepada murid yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah. 3.5 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira ponteng sekolah. DASAR 4 : KESELAMATAN MURID 4.1 Keselamatan murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan. 4.2 Ibu bapa atau penjaga, yang ingin membawa murid keluar perlu menulis nama di dalam Buku Kebenaran Keluar yang terletak di pejabat.


3 DASAR 5 : KESIHATAN MURID 5.1 Pihak sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik melalui programprogram yang dirancang seperti : • Pemeriksaan Saliva test Covid-19 sebagaimana yang diarahkan oleh pihak KPM • Pemeriksaan Gigi dan Mata • Pemeriksaan Kesihatan • Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan • Ceramah dan Kempen 5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid daripada ibu bapa / penjaga. 5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di sekolah. 5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, dan menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik. 5.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah Kesihatan. DASAR 6 : KEBAJIKAN MURID 6.1 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah. 6.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada murid di sekolah ini. 6.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut.


4 UNIT-UNIT DI BAWAH HAL EHWAL MURID SK BUNTAL KUCHING UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNIT PENGURUSAN DISIPLIN DAN PENGAWAS UNIT PENGURUSAN SAHSIAH UNIT 3K (KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBERSIHAN) UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS UNIT KEBAJIKAN MURID UNIT KANTIN UNIT PENGURUSAN PPDA UNIT PENGURUSAN BANTUAN SEKOLAH UNIT PENGURUSAN DATA UNIT PENGURUSAN SAMBUTAN DAN PERAYAAN


5 MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH MURID SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTAL Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya. Pengurusan Hal Ehwal Murid telah menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut ialah : 1. Memastikan murid-murid sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan sentiasa dikemaskini. 2. Memastikan murid-murid di sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah. 3. Memastikan murid-murid di sekolah ini mengamalkan “ Budaya Fastabikul Khairat”. 4. Memastikan peratus kehadiran murid-murid sekolah ini akan terus meningkat setiap bulan dan mencapai KPI yang ditetapkan iaitu 90%. 5. Memastikan murid-murid sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti berikut: • ponteng sekolah • merokok • pergaduhan • kelakuan lucah • membuli • kurang ajar atau biadap • merosakkan harta benda sekolah/awam (VANDALISME) 6. Memastikan murid-murid sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya. 7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. 8. Memastikan murid-murid sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda sekolah. 9. Menggalakkan murid-murid sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah.


6 STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID & SAHSIAH MURID 1. Sistem Pendaftaran Murid. 1.1 Ibubapa atau penjaga murid akan menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada hari pendaftaran. 1.2 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftan adalah seperti berikut : - Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid - Pengagihan buku teks, serta memastikan meja dan kerusi cukup bagi setiap kelas - Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibu-bapa atau penjaga. - Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan sistem maklumat murid sebelum akhir bulan April 2023. 2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah. 2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah. 2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama. 2.3 Semua murid lelaki dikehendaki memakai tali leher. (akan diusahakan pada tahun ini) 2.4 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun empat hingga tahun enam. 2.5 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun semasa. 2.6 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut : • Pencalonan oleh guru kelas. • Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah. • Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab. • Tempoh percubaan sepanjang bulan April. • Majlis watikah perlantikan 2.7 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan. • Dijalankan oleh Guru Bimbingan Kaunseling • Keputusan sesuatu hukuman akan diputuskan bersama dengan Para Pentadbir sekolah, Guru Kelas, Guru Kaunseling, Guru Disiplin dan AJK. • Pengesanan Murid yang Berkeperluan Khas.


7 3. Perlaksanaan Program-Program Kesihatan 3.1 Memastikan murid menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut : • Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera. • Berinteraksi dengan kawan-kawan. • Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya. • Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber atau pusat akses. 3.2 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti : • Pemeriksaan mata. • Pemeriksaan gigi. • Pemeriksaan kuku dan rambut. • Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri. 3.3 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih. • Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan. • Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti. • Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri • Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan. 3.4 Mewujudkan tabiat suka kan kebersihan melalui aktiviti berikut : • Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. • Gotong-royong. • Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya. • Tidak membuang sampah merata-rata. 4. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru 4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan yang diambil. 4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”. 4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.


8 5. Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi 5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut : • Sesi kaunseling Individu • Sesi kaunseling kelompok • Lawatan khas guru kaunseling ke rumah. • Kem Jati diri 6. Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat 6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN. 6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut : • Keselamatan jalan raya. • Jenayah juvana • Pertolongan cemas • Penyalahgunaan dadah. 7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar 7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh perbagai pihak seperti : • Menyertai pertandingan melukis dan mewarna. • Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar. • Menyertai pertandingan kokurikulum akademik. • Menyertai pertandingan sukan dan permainan. 7.2 Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti : • Pembacaan di pusat sumber atau perpustakaan. • Menghadiri kelas tambahan atau tuisyen. • Program Bersama Keluarga.


9


10 Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 2023 PENGERUSI : AHMAD BIN UNI (GURU BESAR) NAIB PENGERUSI : ZURIYAH BINTI JEMI (PK HEM) JAYA BIN LENG (PK KURIKULUM) MOHD RADZMAN BIN ABDULLAH (PK KK) SETIAUSAHA : FATHIN NUR ADILLA BT MOHAMAD YAAKUB PENGURUSAN APDM PENGERUSI: AHMAD BIN UNI NAIB PENGERUSI: ZURIYAH BINTI JEMI SETIAUSAHA: MOHAMMAD AZRIN BIN ABDUL RAHMAN AHLI: FAZALINAWATI BINTI OTHMAN : MASDI BIN JET PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING PENGERUSI: AHMAD BIN UNI NAIB PENGERUSI: ZURIYAH BINTI JEMI SETIAUSAHA: SABLIAH BINTI HAJI PIHAK AHLI: SEMUA GURU KELAS PENGURUSAN PENDAFTARAN & ANALISA KEHADIRAN PENGERUSI: AHMAD BIN UNI NAIB PENGERUSI: ZURIYAH BINTI JEMI SETIAUSAHA: ZULINA BINTI BUJANG AHLI: SEMUA GURU KELAS PENGURUSAN PPDA PENGERUSI: AHMAD BIN UNI NAIB PENGERUSI: ZURIYAH BINTI JEMI SETIAUSAHA: SITI ROHAYA BINTI ALIHAN AHLI: ZALIPAH BINTI ABENG : ABD RAZI BIN LUHI PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS PENGERUSI: AHMAD BIN UNI NAIB PENGERUSI: ZURIYAH BINTI JEMI SETIAUSAHA: SANIAH BINTI NEE AHLI: SURAYA BINTI SUUT : AZ-ZAHRA ‘AQILA BINTI ZUL AMRI : FATHI BIN SULAIMAN PENGURUSAN SAHSIAH ANJURAN PIBA PENGERUSI: AHMAD BIN UNI NAIB PENGERUSI: ZURIYAH BINTI JEMI SETIAUSAHA: MARLIZA BINTI RAZALI AHLI: KHAIRULINA BINTI BAKRI : SEMUA AHLI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


11 PENGURUSAN DISIPLIN & PENGAWAS PENGERUSI: AHMAD BIN UNI NAIB PENGERUSI: ZURIYAH BINTI JEMI SETIAUSAHA: FERDINAND ANAK MUNAN AHLI: EMAS AYU BINTI TUAH : KHURSHID NAZIRAH BINTI JARAWI : SABLIAH BINTI HAJI PIHAK PENGURUSAN KEBAJIKAN MURID PENGERUSI: AHMAD BIN UNI NAIB PENGERUSI: ZURIYAH BINTI JEMI SETIAUSAHA: SABARIAH BINTI IBRAHIM AHLI: MERIAM BINTI PAWI PENGURUSAN 3K (KESELAMATAN) PENGERUSI: AHMAD BIN UNI NAIB PENGERUSI: ZURIYAH BINTI JEMI SETIAUSAHA: MOHD FARIZUDDIN BIN MOHD HAJIMAN AHLI: SEMUA GURU KELAS PENGAWAL KESELAMATAN PENGURUSAN 3K KESIHATAN) PENGERUSI: AHMAD BIN UNI NAIB PENGERUSI: ZURIYAH BINTI JEMI SETIAUSAHA: DAYANG SOFIAH BINTI AWANG MAHMUD AHLI: SEMUA GURU KELAS PENGURUSAN 3K (KEBERSIHAN & KECERIAAN) PENGERUSI: AHMAD BIN UNI NAIB PENGERUSI: ZURIYAH BINTI JEMI SETIAUSAHA: NORAISAH BINTI NAWAWI AHLI: SEMUA GURU KELAS PEKERJA PEMBERSIHAN PENGURUSAN BERTUGAS HARIAN PENGERUSI: AHMAD BIN UNI NAIB PENGERUSI: ZURIYAH BINTI JEMI SETIAUSAHA: LINDA WATI BINTI ABDUL AZIZ AHLI: RAJAK BIN JEPON PENGURUSAN PERHIMPUNAN PENGERUSI: AHMAD BIN UNI NAIB PENGERUSI: ZURIYAH BINTI JEMI SETIAUSAHA: AHMAD ASHFAQ BIN MOHAMMAD AHLI: ROHAYU BINTI SAMAT PENGURUSAN KANTIN PENGERUSI: AHMAD BIN UNI NAIB PENGERUSI: ZURIYAH BINTI JEMI SETIAUSAHA: SYAWALIN BINTI SULAIMAN AHLI : PEKERJA KANTIN PEKERJA KEBERSIHAN


12 UNIT PENGURUSAN BIMBINGAN KAUNSELING 1) Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan di sekolah 2) Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa, orang perseorangan, wakil penduduk dan lain-lain 3) Merancang, mengawal selia dan mengemaskini data dan inventori murid 4) Mengumpul, menyelia dan menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai 5) Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling berkelompok dan tunjuk ajar yang merangsang perkembangan murid secara optimum 6) Merancang, melaksana dan mengawal selia bimbingan dan kaunseling secara individu dan berfokus secara professional dan beretika 7) Merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid 8) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, rokok, inhalan dan alkohol 9) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi serta rujukan berhubung bimbingan kerjaya dan pencegahan dadah 10) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar 11) Membuat penilaian aktiviti, modul instrument, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan di sekolah 12) Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan bimbingan di sekolah 13) Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan di sekolah 14) Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme di sekolah. 15) Mengenalpasti dan merujuk pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis 16) Menjadi personel perhubungan serata sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan 17) Menjadi ahli jawatankuasa dalam jawatankuasa kurikulum dan kokurikulum sekolah 18) Menjadi AJK dalam Majlis Perancangan Sekolah 19) Menjadi Penyelaras dalam Program Mentor – Mentee sekolah 20) Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan murid seperti , kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus kenegaraan dan sebagainya 21) Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Penempatan dan Kemasukan murid


13 22) Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh unit Bimbingan dan kaunseling Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri 23) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa UNIT PENGURUSAN PPDa 1) Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program di bawah pendidikan pencegah dadah seperti program ceramah 5 minit anti dadah. 2) Merancang dan melaksanakan program-program seperti ceramah, pameran dan pertandingan-pertandingan bertemakan anti dadah. 3) Mengawasi dan memerhati murid-murid yang mungkin terlibat dalam kegiatan tidak sihat seperti merokok, menghidu gam dan melaporkan kes-kes tersebut kepada pihak sekolah. 4) Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah / ancaman penggunaan dadah, rokok, vape, alkohol, inhalan, HIV/Aids dikalangan murid, guru dan ibu bapa. 5) Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, vape, alkohol, inhalan dan HIV/Aids. 6) Mengesan murid yang terlibat dengan pengunaan rokok, vape, alkohol dan inhalan untuk proses bimbingan pemulihan sahsiah. 7) Mempastikan tindakan segera diambil untuk membantu murid yang berisiko tinggiberkaiatan penggunaan dadah, rokok, vape, alkohol, inhalan dan HIV/Aids. 8) Memantau dan membimbing, membantu mengawal dan menyelia murid yang terlibat dengan penggunaan rokok, vape, alkohol dan inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka. 9) Mewujudkan perhubungan dua hala diantara guru dengan ibu bapa, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM, pertubuhan dan agensi lain atau masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah di dalam usaha mencegah penggunaan dadah, rokok, vape, alkohol, inhalan dan HIV/Aids. 10) Melaksanakan program-program pendidikan kepada murid seperti berikut : * Pendidikan Pencegahan Rokok & Vape * Pendidikan Pencegahan Alkohol. * Pendidikan Pencegahan Inhalan. * Pendidikan pencegahan Dadah. * Pendidikan Pencegahan HIV/Aids. 12) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit PPDa 13) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit 14) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa


14 UNIT DISIPLIN & PENGAWAS Disiplin 1) Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pelajaran. 2) Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah. 3) Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh guru atau pengawas. 4) Mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Ketua Guru Disiplin atas nasihat guru besar boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin. 5) Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin. 6) Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan, serta menyelaras rekod. 7) Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. 8) Menanam semangat kekitaan supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya. 9) Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh guru besar. 10) Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan murid ponteng dan melanggar disiplin sekolah. 11) Merancang, menyelia dan menyelaras Program Pencegahan Jenayah dan Ponteng Sifar 12) Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. 13) Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin murid. 14) Menjadi pegawai perhubungan antara ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin. 15) Memberi perhatian terhadap peraturan-peraturan sekolah dan memastikan murid-murid mematuhinya. 16) Memerhatikan tingkah laku murid, baik perseorangan mahupun kumpulan dan memastikan langkah-langkah diambil terhadap tingkah laku yang tidak sesuai. 17) Memastikan peraturan sekolah dan gambarajah tentang pakaian dan potongan rambutmurid dipaparkan di tiap-tiap kelas atau sudut-sudut tertentu. 18) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit disiplin. 19) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa.


15 Pengawas 1) Menyediakan senarai tugas senarai tugas pengawas dan jadual bertugas pengawas. 2) Memastikan semua pengawas menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual bertugas yang ditetapkan. 3) Menguruskan perlantikan para pengawas sekolah melalui temuduga para pelajar terpilih yang dicalonkan oleh para guru. 4) Menguruskan Kem Kepimpinan Pengawas 5) Mengadakan menyuarat lembaga pengawas sekolah sekurang-kurangnya 3 kalisetahun 6) Merancang dan menyediakan skop dan bidang tugas pengawas 7) Menyediakan laporan tahunan lembaga pengawas 8) Memastikan semua pengawas berada dalam tahap disiplin yang tinggi juga sentiasa kemas berbudi bahasa dan sentia membantu guru 9) Menyediakan jadual tugas pengawas bagi kelas sekiranya guru bermesyuarat 10) Menyediakan skop tugas kepada pengawas yang menjadi penyambut tetamu, penunjuk arah jika skolah menerima tetamu luar untuk program-program yang berjalan di sekolah 11) Merancang dan menyelaras program lawatan sambil belajar 12) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit pengawas 13) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa UNIT PENGURUSAN KANTIN 1) Memastikan makanan yang dijual di kantin mengikut piawai harga standard kantin yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri 2) Memastikan makanan yang dijual di kantin berkhasiat, bersih dan tidak mengandungi bahan yang tidak halal. 3) Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat dalamperjanjian. 4) Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan. 5) Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria. 6) Memastikan tiada pekerja asing dan semua pekerja kantin telah mendapat suntikan pelalian dan menjalani pemeriksaan kesihatan. 7) Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premissupaya mudah dihubungi. 8) Memastikan semua penjual dan pekerja sentiasa memakai apron,tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan. 9) Memastikan senarai harga makanan dipamerkan dan makanan ditutup dan tidak didedahkan kepada lalat. 10) Memastikan makanan yang disediakan untuk mencukupi.


16 11) Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan dan aktiviti yang akan dijalankan. 12) Memastikan murid-murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi selamat dan sesuai. Mengatur jadual tugas mengawas murid-murid semasa rehat . 13) Merekod dan membuat laporan harian dalam Buku Laporan Kendiri Kantin. 14) Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar/PK Hem untuk dihantar kepada PPD setiap awal bulan untuk prestasi bulan lepas. 15) Memaklumkan kepada pengusaha kantin sekiranya beliau telah melanggar mana-mana syarat yang berkaitan dengan penjualan makanan seperti yang terkandung dalam perjanjian kantin. 16) Merancang program berkenaan makanan sihat dan seimbang serta adab dan tatacara serta tatalaku murid semasa berada di kantin. 17) Merancang, melaksana serta membuat kertas kerja bagi projek keceriaan kantin sekolah. 18) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit kantin. 19) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa. UNIT KEBAJIKAN MURID 1) Menguruskan hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus seperti - Pelajar miskin - Pelajar Yatim / Yatim Piatu - Kemalangan - Rawatan berterusan (penyakit kronik) - Kematian - Kecemasan / bencana 2) Merancang program untuk mengutip sebarang sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan murid terhadap kebajikan. 3) Mengurus dan mempromosikan kebaikan menyimpan agar murid-murid lebih berminat untuk menabung. 4) Memastikan murid-murid mendapat kemudahan yang sewajarnya semasa dan selepas menguruskannya. 5) Menguruskan simpanan murid dengan pihak berkenaan berjalan dengan licin dan sempurna. 6) Mengurus dan mengelola serta menyalurkan sumbangan derma dan bantuan pendidikan daripada pihak kerajaan, swasta dan juga orang perseorangan seperti - Bantuan Mcdonald - Bank Rakyat


17 7) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit kebajkan. 8) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit. 9) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa. UNIT 3K Umum 1) Merancang program untuk 3K peringkat sekolah . 2) Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa yang ditetapkan mengikut jadual 3) Menyediakan kertas cadangan projek atau aktiviti 3K (Rancangan Jangka Panjang dan Rancangan Jangka Pendek). 4) Melibatkan semua warga sekolah dalam aktiviti atau projek yang dijalankan 5) Melaksanakan semua aktivit atau projek yang telah dirancangkan. 6) Membuat pemantauan perlaksanaan aktivi atau projek 3K. 7) Memastikan persekitaran dan bangunan sekolah sentiasa selamat, bersih dan indah. 8) Menyediakan laporan perlaksanaan aktiviti atau projek. 9) Menjalankan tindakan susulan untuk memastikan objektif program 3K tercapai. 10) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan Program 3K 11) Melaksanakan sebarang arahan Guru Besar yang berkaitan 3K dari semasa ke semasa. Unit Keselamatan 1) Membaca, memahami, dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian, JPN, dan PPD. 2) Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti: - a) keselamatan lalu lintas b) keselamatan bangunan dan perabot c) keselamatan di makmal / bengkel / dan bilik-bilik khas yang lain. d) Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis, bomba, JKR (Air), JKR (Elektrik), TNB, Majlis Perbandaran, SYABAS dan Persatuan Pendduk dan Masyarakat setempat e) Latihan Kebakaran 2 kali setahun f) Program sekolah selamat 3) Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi 4) Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat. 5) Menetapkan pergerakan lalu lintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi sekolah.


18 6) Merancang dan menjalankan latihan kecemasan kebakaran (mengosongkan bangunan) sekurang-kurangnya dua kali setahun. 7) Memastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal 8) Meletakkan tanda amaran ’BAHAYA’ di tempat-tempat berbahaya. 9) Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakan. 10) Menentukan dan menanda zon / kawasan larangan bagi laluan murid. Unit Kesihatan 1) Memastikan persekitaran sekolah bersih untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit. 2) Memastikan kantin, tempat makan disekolah sentiasa bersih, mematuhi peraturanperaturan kesihatan. 3) Memastikan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok. 4) Murid dinasihati tentang kebersihan diri sebagaimana yang ditetapkan dalam kurikulum sekolah. 5) Memastikan pelajar mengamalkan kebersihan diri setiap masa melalui pemeriksaan guru, latihan amali dan demonstrasi seperti latihan amali kebersihan gigi. 6) Menjalankan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah. 7) Penilaian status kesihatan melalui ujian penglibatan, kebersihan diri dan lain-lain, dilaksanakan oleh guru, jururawat dan doktor. 8) Memastikan semua murid mempunyai buku rekod kesihatan. 9) Membuat perancangan aktiviti Tahunan. 10) Memastikan setiap aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan berkesan. 11) Bekerjasama dengan pekerja sekolah dan membantu memeriksa dan memastikan kawasan sekolah bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk dan jentik-jentik 12) Merancang dan melaksanakan program-program kesedaran bahaya penyakit denggi. 13) Membantu mengelolakan gotong royong di sekolah. 14) Memastikan semua pelajar mendapat perkhidmatan kesihatan yang diperlukan dari semasa ke semasa: a. Imunisasi b. Pegigian c. Rawatan dan Kecemasan d. Pemeriksaan Kesihatan e. Khidmat nasihat 15) Memastikan semua pelajar mendapat maklumat sepenuhnya mengenai: a. Penyalahgunaan dadah b. Merokok & Vape c. Pengambilan alkohol d. AIDS e. Penyakit-penyakit berjangkit.


19 16) Memastikan warga sekolah mengamalkan cara hidup sihat. 17) Membina kerjasama dengan pihak kesihatan, majlis daerah, bomba, polis dan lain-lain yang berkaitan. 18) Menjalankan pemantauan terhadap semua program yang dilaksanakan. 19) Menyelia dan menyerahkan laporan kepada Guru Besar untuk makluman dan tindakan 20) Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. Unit Kebersihan / Keceriaan 1) Mengenalpasti kawasan sekolah yang perlu diperindahkan dan diceriakan. 2) Memberi tumpuan kebersihan kawasan sekolah dengan menanam sikap “Sekolah Ku Rumah Ku” dikalangan warga sekolah. 3) mengadakan kempen dan nasihat kepada pelajar supaya tidak membuang sampah di merata tempat 4) Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari semasa ke semasa. 5) Menyediakan pelan induk lanskap sekolah. 6) Merancang dan menaja pelbagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah :- • Kempen kebersihan • Pertandingan Kebersihan kelas • Ceramah kebersihan • Pertandingan poster kebersihan • Pertandingan mengarang essei kebersihan • Menanam pokok / bunga di kawasan sekolah • Lawatan ke sekolah lain • Budaya pagi seperti mengutip sampah • Laporan dan program Aedes 7) Mengadakan projek bersama di antara pihak sekolah dengan agensi luar bagi meningkatkan mutu kebersihan sekolah. 8) Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan. 9) Mengawal kebersihan kawasan sekolah / tandas / bilik darjah / kantin dan lain-lain. UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 1) Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun bagi membincangkan pembahagian tugas, taklimat kepada guru kelas. 2) Membuat pesanan buku 3) Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks. 4) Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu).


20 5) Membuat anggaran tepat untuk tahun berikutnya. 6) Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual. 7) Mengedarkan mengikut kelas 8) Menentukan tarikh pengedaran 9) Mengesan kelancaran pengedaran 10) Mengedarkan buku kepada pelajar yang baru masuk. 11) Menyelenggarakan fail yang kemas kini mengikut jenis. 12) Rekod buku stok yang kemas kini (mengikut kelas) 13) Senari tugas guru – pengedaran/pengumpulan 14) Menyimpan rekod buku, hapus kira, rosak dan hilang. 15) Menguruskan bilik SPBT dan membuat peraturan penggunaannya. 16) Memastikan murid membalut buku SPBT dengan pembalut plastik. 17) Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas. 18) Melaporkan kepada guru besar / PK HEM tentang proses pemulangan buku (peratus rosak / hilang, guru bertugas, hapus kira, kekurangan / lebihan). 19) Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan JPN. 20) Menyimpan invois, bil dan pengesahannya. 21) Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat 22) Mengemas kini inventori SPBT. 23) Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD. 24) Mendapatkan maklumat dari Ketua Panitia / Guru Kanan Mata pelajaran 25) Merekod dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan. 26) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit SPBT 27) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit 28) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa UNIT PENGURUSAN SAHSIAH 1) Merancang dan melaksanakan program kerohanian dan aktiviti peningkatan sahsiah murid. 2) Menyelia dan memantau tingkahlaku murid semasa di dalam kelas dan luar kelas. 3) Melatih kemenjadian murid terutamanya dari aspek sahsiah dan tingkahlaku. 4) Memastikan program “DJ Pagi” dan “laungan azan” pada setiap hari Isnin sehingga khamis dan “Program Bacaan Yaasin” pada setiap hari Jumaat berjalan dengan lancar. UNIT APDM 1) Memastikan data APDM sekolah sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. 2) Menyelesaikan masalah data ralat dan memastikan data adalah tepat dan terkini. 3) Menyimpan semua data di dalam fail murid (Hardcopy) 4) Menyemak data murid untuk tujuan mengemaskini Enrolmen Murid 5) Membantu dalam pengurusan bantuan BAP, KWAPM dan penerima RMT


21 UNIT PENGURUSAN PENDAFTARAN & ANALISA KEHADIRAN 1) Memastikan kelancaran pengurusan hari pendaftaran murid ketika pembukaan persekolahan. 2) Memastikan murid tahun 6 di daftar dan mempunyai nama di dalam Feeder School. 3) Memastikan senarai padu nama dihantar ke sekolah menengah Feeder School. 4) Menganalisa dan mencetak kehadiran murid setiap bulan persekolahan dan memberikannya kepada PK HEM. UNIT PENGURUSAN BERTUGAS HARIAN 1) Membuat senarai bertugas guru harian. 2) Menyediakan buku laporan semakan bertugas harian. 3) Memantau perjalanan guru bertugas harian. 4) Memastikan buku laporan ditandatangani oleh Guru Besar atau pihak pentadbir pada setiap minggu persekolahan. UNIT PENGURUSAN PERHIMPUNAN 1) Berhubung dengan guru Disiplin dan mendapatkan nama pengawas yang bertugas semasa perhimpunan. 2) Menyediakan buku catatan perhimpunan untuk guru bertugas. 3) Memastikan P.A System, pembesar suara dan komputer yang digunakan semasa perhimpunan berfungsi dengan baik dan sempurna sebelum perhimpunan dilaksanakan. 4) Menyediakan teks pengacara, bacaan doa serta audio lagu Negaraku, Ibu-pertiwiku dan lagu sekolah untuk kegunaan perhimpunan. 5) Menyediakan slot bagi guru yang ingin menyampaikan hebahan semasa perhimpunan. 6) Memastikan buku catatan perhimpunan ditandatangani oleh Guru Besar atau pihak pentadbir pada setiap minggu persekolahan. UNIT PENGURUSAN RMT & PSS 1) Mengenalpasti murid yang layak mendapat RMT (dengan bantuan guru data dan guru kelas) 2) Menguruskan murid yang mendapat RMT dengan memenuhi borang-borang mengikut arahan PPD. 3) Berurusan dengan pengusaha kantin mengenai MENU dan penyediaan makanan kepada muridmurid RMT 4) Memastikan murid RMT mendapat makanan pada hari pertama persekolahan. 5) Menyedia dan menyemak (serta tandatangan) rekod-rekod yang berkaitan dengan RMT setiap hari. 6) Menyukat berat dan tinggi murid pada awal dan akhir tahun persekolahan. 7) Merasa makanan RMT dan mengawasi murid ketika makan.


22 UNIT PENGURUSAN BANTUAN SEKOLAH 1) Berhubung dengan unit APDM untuk mendapatkan maklumat data yang lengkap berkaitan data pendapatan ibu-bapa/ penjaga bagi kesemua murid. 2) Mengetahui syarat bagi setiap bantuan yang diterima murid 3) Mencatat dan merekod setiap bantuan yang diterima setiap murid di SK Buntal. 4) Bermesyuarat dan memilih murid yang layak untuk menerima bantuan sebagaimana kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak pemberi bantuan dan dasar bantuan SK Buntal. UNIT PENGURUSAN SAMBUTAN DAN PERAYAAN 1) Memastikan setiap daripada sambutan dan perayaan yang dirancangkan berjalan dengan teratur dan lancar. 2) Menyelaras dan memantau setiap gerak kerja sambutan dan perayaan yang akan dilaksanakan BIL SAMBUTAN DAN PERAYAAN TINDAKAN 1 Program Ihya Ramadhan Panitia Pendidikan Islam 2 Sambutan Hari Guru Panitia BM dan Panitia BI 3 Persaraan Guru Ikut Panitia yang terlibat 4 Sambutan Hari Kemerdekaan Panitia PSK dan Panitia Sejarah


23 TAKWIM PENGURUSAN UNIT HEM SK BUNTAL, KUCHING 2023 / 2024 Bulan Perkara / Aktiviti Tindakan MAC Sesi Persekolahan 2023/2024 Bermula Semua Guru Perpindahan Masuk dan keluar murid, Membuat Tetapan Tahun 1 dan Pendaftaran Lewat Tahun 1 Unit Pengurusan Pendaftaran / APDM Program Guru Penyayang & Jom Ke Sekolah Unit Bimbingan & Kaunseling Kempen Sayangi Buku Teks Unit SPBT Program Ihya' Ramadan Unit Pengurusan dan Sahsiah Program Transisi - Sahsiah Diri Cemerlang Unit Bimbingan & Kaunseling Sumbangan daripada pihak luar kepada murid Unit B&K / Unit Kebajikan Pengemaskinian data Murid Guru Kelas dan Guru Data Permohonan EMK Guru Penyelaras EMK Bulan Perkara / Aktiviti Tindakan APRIL Program Ihya' Ramadan (Sepanjang Ramadan) Unit Pengurusan dan Sahsiah Mesyuarat HEM Bilangan 1/2023 Semua Guru Permohonan KWAPM Unit Bantuan Mesyuarat Unit-unit Hem Bilangan 1/2023 Semua unit-unit Hem Pengemaskinian Rekod Pergigian Murid Unit 3K (Kesihatan) Rawatan Pergigian / Ceramah Kesihatan Mulut Unit 3K (Kesihatan) Laporan Bebas Denggi Unit 3K (Kesihatan) Program Minda Sihat Unit Bimbingan & Kaunseling Pelancaran Program Mentor Mentee Unit B&K / Semua Guru Semak Rekod Kehadiran Murid Unit Data dan Guru Kelas Program Lan Ngabas 1 Unit Bimbingan & Kaunseling


24 Bulan Perkara / Aktiviti Tindakan MEI Semak Rekod Kehadiran Murid Unit Data dan Guru Kelas Laporan Kendiri Kantin Unit Kantin Pendaftaran Online Permohonan Tahun 1 (Sistem IDME) Unit Data dan Admin Pendaftaran Tahun 1 Kem Pemimpin Cilik dan Penyampaian Watikah Pelantikan Unit B&K / Unit Disiplin / Unit Pengawas Permohonan ke Tahun 1 Sesi 2024/2025 Semua Guru Kelas (Sebar) Program Kembali kepada Fitrah Unit Bimbingan & Kaunseling Latihan Memberus Gigi / Pertunjukan Boneka dan Role Play Unit 3K (Kesihatan) Program D.E.A.R (Drop Everything And Read) Unit B&K / Guru Pemulihan Khas Program Ops Ponteng PK HEM / Unit B&K / Unit Disiplin Pelancaran Program Minda Sihat PK HEM / Unit B&K / Guru Kelas Laporan Bebas Denggi Unit 3K (Kesihatan) Program Lan Ngabas 2 Unit Bimbingan & Kaunseling Latihan Kebakaran 1 Unit Keselamatan Bulan Perkara / Aktiviti Tindakan JUN Semak Rekod Kehadiran Murid Unit Data dan Guru Kelas Laporan Kendiri Kantin Unit Kantin Laporan Bebas Denggi Unit 3K (Kesihatan) Mesyuarat HEM Bilangan 2/2023 Semua Guru Mesyuarat Unit-unit Hem Bilangan 2/2023 Semua unit-unit Hem Program PETS (Prihatin, Empati, Terima Tanpa Syarat, Sayang Menyayangi) Unit B&K / Penceramah Jemputan Jom Ke Sekolah - Hadiah KehadiranTerbaik Unit B&K Program S.A.T.U (Selamat Adalah Tujuan Utama) Pemeriksaan Kesihatan dan Imunisasi Tahun 1 Unit 3K (Kesihatan)


25 Bulan Perkara / Aktiviti Tindakan JULAI Semak Rekod Kehadiran Murid Unit Data dan Guru Kelas Laporan Kendiri Kantin Unit Kantin Laporan Bebas Denggi Unit 3K (Kesihatan) Spot Check 1 Unit Disiplin / Pengawas Pemeriksaan Buku Teks Unit SPBT Program Menyemai Kasih ( Ceramah Buli) Unit Bimbingan & Kaunseling Ujian Psikometrik Tahun 6 Saringan Minda Sihat Program Lan Ngabas Bulan Perkara / Aktiviti Tindakan OGOS Semak Rekod Kehadiran Murid Unit Data dan Guru Kelas Laporan Kendiri Kantin Unit Kantin Laporan Bebas Denggi Unit 3K (Kesihatan) SpotCheck 2 Unit Disiplin / Pengawas Penghayatan Kemerdekaan (Sambutan Bulan Kemerdekaan) Unit Pengurusan Sambutan & Perayaan Poster Kerjaya Unit Bimbingan & Kaunseling Intervensi Minda Sihat Lan Ngabas ke arah Sifar Ponteng Permohonan Ke Tingkatan 1 Unit Pengurusan Pendaftaran / Guru Kelas Tahun 6 Program Sifar Rokok Unit PPDa dan B&K Anugerah SSDM Unit Disiplin dan SSDM


26 Bulan Perkara / Aktiviti Tindakan SEPTEMBER Semak Rekod Kehadiran Murid Unit Data dan Guru Kelas Laporan Kendiri Kantin Unit Kantin Laporan Bebas Denggi Unit 3K (Kesihatan) Ceramah Buli Unit Bimbingan & Kaunseling Latihan Kebakaran Unit 3K (Keselamatan) Find Your Future Unit Bimbingan & Kaunseling Program Keibubapaan Mesyuarat HEM Bilangan 3/2023 Semua Guru Mesyuarat Unit-unit Hem Bilangan 3/2023 Semua unit-unit Hem Bulan Perkara / Aktiviti Tindakan OKTOBER Semak Rekod Kehadiran Murid Unit Data dan Guru Kelas Laporan Kendiri Kantin Unit Kantin Laporan Bebas Denggi Unit 3K (Kesihatan) Program Benci Dadah Unit PPDa dan B&K Lan Ngabas 5 Unit Bimbingan & Kaunseling Program PETS II (Prihatin, Empati, Terima Tanpa Syarat, Sayang Menyayangi) Unit B&K / Penceramah Jemputan Sentuhan Rohani / Program Benci Dadah Unit B&K / AADK Sukan antara Kelas ke arah Sifar Ponteng Unit 3K (Kesihatan)


27 Bulan Perkara / Aktiviti Tindakan NOVEMBER Semak Rekod Kehadiran Murid Unit Data dan Guru Kelas Laporan Kendiri Kantin Unit Kantin Laporan Bebas Denggi Unit 3K (Kesihatan) Laporan RMT (BMI dan akademik) Unit RMT SpotCheck 3 Unit Disiplin / Pengawas Kem Jati Diri Unit B&K / Penceramah Jemputan Anugerah Kehadiran Terbaik Unit Bimbingan & Kaunseling Cita-Citaku Unit B&K / Panitia Sains Bulan Perkara / Aktiviti Tindakan Disember Semak Rekod Kehadiran Murid Unit Data dan Guru Kelas Laporan Bebas Denggi Unit 3K (Kesihatan) Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja) Unit Bimbingan & Kaunseling Program Motivasi ' Sayangi Diriku' Bengkel Kerjaya


28 Bulan Perkara / Aktiviti Tindakan JANUARI 2024 Semak Rekod Kehadiran Murid Unit Data dan Guru Kelas Laporan Kendiri Kantin Unit Kantin Laporan Bebas Denggi Unit 3K (Kesihatan) Lan Ngabas 6 Unit Bimbingan & Kaunseling Mesyuarat HEM Bilangan 4/2023 Semua Guru Mesyuarat Unit-unit Hem Bilangan 4/2023 Semua unit-unit Hem Majlis Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum (MASK) Semua Guru Kuiz Kerjaya / Tayangan Video Unit Bimbingan & Kaunseling Bulan Perkara / Aktiviti Tindakan FEBRUARI 2024 Semak Rekod Kehadiran Murid Unit Data dan Guru Kelas Laporan Kendiri Kantin Unit Kantin Laporan Bebas Denggi Unit 3K (Kesihatan) Pemulangan dan Penyerahan Buku Teks Unit SPBT Dokumentasi oleh Semua Unit HEM Semua Unit Hem


Click to View FlipBook Version