FALCOLAW KUALA TERENGGANU FAQ ISU TANAH
OBJEKTIF Memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitan dengan isu dan penyelesaian isu tanah 01 Menyediakan jawapanjawapan kepada masyarakat berkenaan soalan-soalan lazim berkaitan tanah 03 Melahirkan masyarakat yang celik dan maklum mengenai hak mereka dari sudut undangundang 04 Menyediakan nasihat guaman percuma dan mudah diakses oleh masyarakat 02
Boleh ke kita lantik ARB sebagai pemegang Amanah untuk menyimpan geran yang ramai penama? 1. Boleh, kita boleh melantik Amanah Raya Berhad sebagai pemegang amanah bagi geran yang ramai penama
Melihat kepada laporan dan statistic, ada perkembangan. Namun, apa solusi terbaik yang boleh dilaksanakan. Iaitu dengan menggantikan tanah yang terhakis dengan tanah yang lain. Yang sama nilai 2. Adakah Tanah Rezab Melayu kian terhakis?
Antara tindakan yang boleh diambil oleh pihak Pemilik Hartanah tersebut dalam isu pencerobohan tidak kira, memasuki, mengorek struktur tanah, menyebabkan harta benda si penceroboh memasuki Hartanah Pemilik adalah:- 1. Menfailkan suatu laporan Polis di Balai Polis terdekat. Melantik Peguam untuk Mengeluarkan Notis Segera kepada Penceroboh untuk menghentikan pencerobohan dan menuntut ganti rugi 2. Menfailkan Suatu Saman dan/atau Permohonan di Mahkamah bagi suatu perintah Deklarasi, Injuksi, Kebenaran spesifik, dan Perintah Ganti Rugi. 3. 3. 0rang asing buat bangunan atas tanah pusaka keluarga. Kena buat apa?
Boleh pergi pejabat tanah dan berurusan di sana dalam mendapatkan geran 4. Macam mana nak buat geran?
Boleh Kalu di Kedah, boleh tapi tidak lebih 3 tahun Secara amnya, kalu geran tersebut ada tulis tanah rezab melayu, tanah tersebut tak boleh; ·Jual kepada orang bukan melayu ·Pajak kepada orang bukan melayu ·Pindah milik kepada orang bukan melayu ·Cagarkan kepada orang bukan melayu 5. Bolehkah tanah rezab melayu disewakan kepada orang bukan melayu?
·Mereka tidak berurusan dengan peguam ·Tidak membaca dengan teliti dokumen yang berkaitan ·Tidak memahami proses pembelian rumah oPastikan buat research terlebih dahulu sebelum masuk perjanjian pembelian rumah 6. 3 kesilapan pembeli rumah pertama
oJangan laminate (pejabat tanah tak akan proses) oJangan tebuk oJangan koyak oJangan conteng dengan pen 7. 4 perkara tidak boleh dibuat kepada geran tanah;
·Tanah yang tidak boleh didaftar ·Tanah yang tidak tahu lokasinya ·Tanah yang tak tahu sempadan atau bahagian 8. 3 jenis tanah yang jangan dibeli
Kena buat permohonan pecah bahagian. Lantik juruukur dan tandatangan borang 9B. Kemudian, pejabat tanah akan panggil semua penama tanah tersebut dan minta pandangan semua (setuju/tidak setuju). Mesti ambil bahagian kita sahaja (tidak boleh ambil bahagian orang lain dalam geran tersebut) 9. Saya nak keluarkan nama daripada geran, macam mana nak buat?
·Boleh, dibenarkan ·Cuma, perlu membuat permohonan pindah milik (dibuat oleh penjual) 10. Bolehkah tanah yang ada sekatan (10 tahun) dipindah milik atas dasar jual beli?
·Boleh Semak di Jabatan Perancangan Bandar Desa (PIC bagi zoning kawasan) 11. Macam mana nak Semak zoning suatu Kawasan?
Boleh. Boleh rujuk pejabat tanah dan buat permohonan 12.Bolehkah pemilik sendiri tukar syarat tanah pertanian kepada bangunan tanpa peguam?
·Bangunan ·Pertanian ·Industri 13. 3 kategori tanah adalah;
: Kena buat bayaran, cukai pintu kena bayar, semak zoning, dapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan 14. Apakah syarat tertentu dalam proses tukar syarat tanah pertanian kepada bangunan?
Perlu rujuk pejabat tanah. Pejabat tanah akan siasat status semasa tanah yang dikatakan tidak boleh dilalui tersebut 15. Tuan tanah depan tak benarkan lalu atas tanahnya. Macam mana?
Perlu buat permohonan di mahkamah (potong/buang nama pemegang Amanah) 16. Apa perlu buat sekiranya pemegang Amanah bagi tanah meninggal dunia?
Kerana ia melibatkan banyak perkara yang perlu digerakkan (pejabat tanah, juruukur, perbincangan tuan tanah, terima kelulusan daripada pihak berkuasa) 17. Kenapa proses pecah bahagian sangat lama?
Tidak, selagi mana dia adalah waris maka dia layak menerima harta pusaka 18. Adakah kewarganegaraan waris menghalangnya daripada mewarisi harta pusaka (tanah)?
Mesti dapat perintah mahkamah dan lantik peguam (demi menjaga kepentingan minor tersebut) 19. Nak jual tanah, tapi tuan tanah ada dari kalangan minor. Nak buat macam mana?
Pecah bahagian: 2 orang tuan, pecah jadi 2 bahagian Pecah sempadan: 2 orang tuan, pecah sempadan tapi bahagian tetap sama (berkongsi) 20. Adakah pecah bahagian sama dengan pecah sempadan?
Bergantung kepada beberapa factor; keluasan, berapa bilangan plot, berapa bilangan pemilik tanah 21. Berapa kos pecah bahagian tanah?
Tidak boleh ditukar nama sesuka hati (perlu kepada permohonan pusaka di mahkamah/pusaka kecil) Kerana tanah tersebut akan diturunmilik kepada ahli waris si mati 22. Apa nak buat kalu tuan tanah telah meninggal dunia?
Pada asasnya, kerana tanah kita adalah milik kerajaan. Kerajaan mempunyai hak dalam menetapkan syarat-syarat kepada tanah. Ia bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan pengurusan tanah 23. Kenapa ada syarat nak majukan tanah, kalAU tanah itu tanah sendiri?
Failkan borang di pejabat tanah. Kemudian, serah notis kepada orang yang masukkan kaveat tersebut 24. Apakah cara untuk membatalkan kaveat?
Mohon izin daripada tuan tanah tersebut. Kalu tak bagi Kerjasama, berurusan dengan pejabat tanah untuk dapat right of way 25. Saya ingin bina rumah, tapi pembinaan rumah itu akan tempuh tanah orang lain. Nak buat macam mana?
Mereka yang mempunyai kepentingan sahaja (mereka yang terlibat dengan jual beli/pinjaman) 26. Siapa yang boleh masukkan kaveat?
: Carian Rasmi & Carian Persendirian 27. Carian tanah ada 2 jenis
Perlu tahu no. lot dan no. hak milik tanah tersebut 28. Apakah cara untuk membuat carian tanah?
Kaveat yang dimasukkan oleh pemberi hutang ke atas tanah orang yang berhutang Mesti ada SD & Geran asal 29. Apakah itu kaveat pemegang lien?
1. Persendirian 2. Pendaftar 3. Pemegang lien 4. Pemegang Amanah 30. Kaveat ada 4 jenis
Cukai tanah wajib dibayar kepada semua yang memiliki tanah. Oleh itu, kalu tanah tersebut ada ramai penama maka semua perlu bayar cukai tanah. Boleh buat pembahagian antara para pemilik tanah tersebut 31. Geran ada banyak nama, siapa kena bayar cukai tanah?
Boleh, boleh buat rumah diatas tanah tersebut. Cumanya, bangunan yang hendak dibina perlu ada kaitan dengan status tanah 32. Boleh ke tanah status pertanian digunakan untuk buat rumah?
Tidak boleh. Adalah tidak dibenarkan pecah bahagian bilamana ada sebahagian yang tidak bersetuju. Ini kerana mereka mempunyai hak sebagai pemilik tanah 33. Boleh ke pecah bahagian tanah yang mempunyai banyak nama walaupun ada beberapa nama yang tak nak pecah bahagian?
Hukumnya adalah satu kesalahan yang besar. Tidak boleh bayar full selagi belum dapat geran asal dan tukar nama dekat pejabat tanah 34. Tanah sudah dibeli dan duit dah habis bayar, tapi penjual tak nak tukar nama. Apa hukumnya?
Harga mengikut nilai tanah dan mengikut ketentuan negeri masing-masing 35. Berapa harga tukar syarat tanah?
Jawapan: Tak perlu. Cuma, kalu geran tersebut dicuri boleh buat report polis. Kalu, tiada unsur kecurian, perlu rujuk pejabat tanah dan mohon geran pengganti. Supaya, geran yang dipegang orang lain boleh dibatalkan 36. Geran orang lain pegang, perlu report polis atau tidak?
Tidak boleh digunakan dalam proses pecah bahagian. Ia hanya boleh digunakan dalam transaksi lain seperti jual beli, cagaran, pajakan, etc 37. Adakah geran sementara boleh digunakan dalam proses pecah bahagian?
Sebab geran ibarat kad pengenalan. Ia bertindak selaku identiti pemilik tanah. Ia harus dijaga dalam bentuk fizikal 38. Kenapa geran perlu dalam keadaan fizikal?
Secara asasnya, tanah adalah milik asal Kerajaan. Adalah hak Kerajaan mengutip cukai bagi urusan penyelenggaraan (quit rent) 39. Kenapa kena bayar cukai tanah?
Semak dengan pejabat tanah, samada ada warta Kerajaan berkaitan dengan pengambilan tanah tersebut. 40. Tanah bahagian saya semakin mengecil sebab Kerajaan ambil, nak kena buat apa?