MAKANAN TRADISIONAL June 2023 hidangan menarik 8 Enak • Mudah • Berbaloi berkaitan dgn, bersifat, atau mengikut tradisi: dlm kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~; masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turuntemurun; ketradisionalan keadaan atau sifat yg tradisional: ~nya itulah yg dipuji dan dipuja oleh orang asing. [tra.di.sio.nal] I تراديسيونل
NO NAMA NO MATRIKS 1 SHARWIN KUMAR A/L SUBRAMANIAM 292478 2 MAYWADEE A/P AILAT 292582 3 FOO JIA TING 293022 4 ANIS HAFIZAH BINTI MOHAMAD ASRI 292663 5 CHENG SOON WOI 292712 6 BATRISYIA AINI BINTI BUJAINI 293091 7 WAN NOR SYAFIKAH DAYANA BINTI WAN AZMI 292682 8 NUR AINA SOFEA BINTI SHARIF 292894 9 NURALIYA AINNA BINTI SIRUAJUDDIN 292731 10 MUHAMMAD MUHAIMIN BIN ATIKULLAH 292970 SADN 1033 MALAYSIAN NATIONHOOD STUDIES TAJUK : MAKANAN TRADISIONAL MENGIKUT KAUM DI MALAYSIA
ISI KANDUNGAN Majalah Muka depan 01 Ahli Kumpulan 02 Isi Kandungan 03 Pengenalan 04 Objektif Kajian 06 Metadologi Kajian 07 MAKANAN KAUM MELAYU MAKANAN KAUM INDIA MAKANAN KAUM CINA MAKANAN KAUM SABAH DAN SARAWAK NASI LEMAK 09 LONTONG 13 BUTTER CHICKEN 18 TOSAI 21 KUIH BAKUL 25 KUIH BULAN 28 UMAI 33 BAROBBO 37 Penutup 41
Pengenalan MAKANAN TRADISIONAL MALAYSIA Makanan dan hidangan yang telah dibawa daripada generasi ke generasi atau yang telah dimakan secara turun-temurun dikenali sebagai makanan tradisional. Pelbagai budaya dan etnik Malaysia membentuk makanan tradisional mereka. Pelbagai makanan tempatan kita telah dipengaruhi oleh sejarah pembentukan Malaysia. Di Malaysia, terdapat pelbagai kumpulan etnik seperti Melayu, India, Cina termasuk Sabah dan Sarawak yang hidup bersama dan saling mempengaruhi dalam industri masakan. Kekayaan rasa dan keunikan makanan Malaysia memikat. Antaranya, penggunaan bahan perasa jadi menjadi satu kemestian dalam dapur orang Melayu untuk masakan Melayu tradisional. Mereka kerap menggunakan rempah-rempah dan bahan semula jadi seperti serai, lengkuas, cili, santan kelapa, serta rempahrempah lain yang memberi rasa unik kepada masakan tradisional. Penggunaan peralatan memasak seperti lesung batu, batu giling, tempayan dan kukur kelapa juga menjadikan makanan tradisional lebih unik dan sedap. 04
M a k a n a n t r a disio n al M ala y sia s e rin g dik ait k a n d e n g a n a k tiviti s o sial. M a k a n a n t r a disio n al b ole h m e m b a n t u m e m bin a h u b u n g a n s o sial d a n m e n g u k u h k a n ik a t a n k elu a r g a s e r t a in divid u d ala m m a s y a r a k a t. Untuk merayakan perayaan dengan cara tertentu, makanan tradisional sering disajikan. Ini adalah komponen penting dalam tradisi perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, dan Chinese New Year. Makanan tradisional mempunyai makna yang mendalam dalam upacara adat, seperti perkahwinan dan perayaan agama. Ia mencerminkan kearifan dan tradisi tempatan yang telah diwariskan dari generasi ke generasi. Makanan tradisional ini boleh menarik pelancong asing, mereka boleh menikmati makanan tradisional sebenar di gerai makan jalanan, pasar malam, atau restoran tempatan. Gerai makan jalanan adalah tempat yang popular untuk menikmati makanan tempatan yang murah sambil menikmati suasana yang meriah dan hidup. Selain itu, makanan Malaysia tradisional telah tersebar ke seluruh dunia dan telah menjadi sebahagian daripada warisan masakan dunia. Peminat masakan Malaysia tertarik dengan hidangan khas seperti nasi lemak, satay, dan rendang. Keseluruhannya, Makanan Malaysia tradisional mempunyai kisah tentang sejarah, warisan budaya, dan kepelbagaian yang luar biasa. Mereka menjadi komponen penting dalam kehidupan seharian dan perayaan budaya Malaysia yang menunjukkan identiti unik negara. 0 5
Objektif Kajian Meningkatkan pemahaman dan pengiktirafan warisan budaya makanan Malaysia Memberikan maklumat menyeluruh tentang makanan tradisional Malaysia, termasuk sejarahnya, cara memasak, bahan-bahan yang digunakan, dan apa yang menjadikannya unik. Menyediakan resepi, nasihat dan panduan untuk menikmati dan mencuba makanan Malaysia tradisional. 1. Untuk memperkenalkan warisan budaya makanan tradisional di Malaysia : 2. Untuk memberikan Pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat tentang makanan tradisional: 3.Untuk meningkatkan kemahiran memasak makanan tradisional Malaysia : 06
Rujukan Rujukan ialah karya akademik yang telah diterbitkan sebelum ini yang telah digunakan sebagai sumber untuk teori atau dakwaan yang digunakan dalam teks. Pembaca yang berminat boleh mencari maklumat bibliografik lengkap dalam rujukan. Rujukan Buku: Merujuk kepada sumber maklumat dari buku-buku yang berkaitan dengan subjek yang dibincangkan. Buku teks, monograf, ensiklopedia, atau buku penyelidikan biasanya termasuk dalam rujukan ini. Rujukan Sumber Elektronik: Merujuk kepada sumber informasi elektronik seperti laman web, artikel dalam talian, blog, atau penerbitan digital. Judul sumber, penulis, URL dan tarikh capaian biasanya dimasukkan dalam rujukan ini. Metodologi Kajian Metodologi ialah analisis kaedah bidang pengajian secara teori dan sistematik. Ia termasuk analisis teoritis tentang prinsip dan kaedah yang berkaitan dengan cawangan pengetahuan. Ia biasanya terdiri daripada idea seperti fasa, paradigma, model teori, dan teknik kuantitatif atau kualitatif. Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis maklumat ialah dengan menggunakan data skunder yang terdiri daripada pelbagai sumber rujukan iaitu : 07
MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU 08
Nasi Lemak merupakan makanan tradisional Melayu yang berasal dari Semenanjung Malaysia sejak zaman dahulu . Hingga kini , Nasi Lemak dikategorikan sebagai salah satu makanan yang popular yang masih menjadi pilihan pertama dalam kalangan masyarakat kerana hidangan ini dinikmati tanpa mengira waktu sama ada pagi , petang , mahupun malam . Bukan sekadar sebuah hidangan yang tampak biasa pada pandangan masyarakat , namun , ia menjadi lambang keunikan Malaysia yang seharusnya menjadi kebanggaan dalam diri rakyat Malaysia terutamanya . Hal ini dikatakan demikian kerana kewujudan hidangan ini terdiri daripada pelbagai jenis khasiatnya yang tersendiri diiringi pula dengan rasa yang enak dan berlemak . Kini , sudah menjadi kebiasaan dan trend tentang pembungkusan nasi lemak dalam pelbagai jenis bentuk bekas makanan yang menarik perhatian pelanggan terutamanya . Namun begitu , Nasi Lemak beralaskan daun pisang masih tetap mendapat permintaan yang tinggi dan menjadi bungkusan pilihan masyarakat desa mahupun kota seperti pada awal era kewujudan hidangan ini . Nasi Lemak , Makanan tradisional yang tidak pernah pupus Aromanya yang harum dan rasa yang lazat , Tidak ada yang tahan , semua tergoda . Dan kini , Nasi Lemak tetap menjadi pilihan , Makanan yang tidak pernah pupus dari zaman ke zaman , Nasi Lemak , makanan yang abadi dan tiada tandingan 09
Jenis Nasi Lemak Terdapat pelbagai jenis nasi lemak yang telah diperkenalkan dari semasa ke semasa di Malaysia : Nasi Lemak Biasa Nasi Lemak Biasa ialah nasi yang biasanya dihidangkan dengan telur , timun , ikan bilis goreng , kacang goreng dan sambal . Nasi Lemak Berlauk Nasi Lemak Berlauk merupakan Nasi Lemak yang ditambahkan dengan pelbagai jenis lauk seperti ayam berempah , sotong , udang , ikan masin dan daging Nasi Lemak Strawberry Nasi lemak Strawberry terdiri daripada Nasi Lemak Biasa dan memiliki nasi berwarna merah jambu serta dicampur dengan kordial strawberry . Sambalnya memiliki rasa yang agak unik iaitu masam manis dan pedas . 07 13 21 29 10
CARA - CARA MENYEDIAKAN NASI 1 3 4 5 6 2 Basuh 2 cawan beras dan panaskan air dalam pengukus Angkat beras yang telah siap dikukus dan gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan sedikit garam , dan hirisan halia Gaul beras dalam keadaan yang panas dan biarkan beras yang telah bersalut santan selama 15 minit Kukus semula beras tersebut dan sertakan dengan beberapa helai daun pandan yang telah disimpul Kukus beras tersebut sehingga nasi kelihatan berderai , cantik dan santan habis terserap pada beras . Kukus beras yang telah dibasuh dalam pengukus selama 20 minit 2 CAWAN BERAS 1 CAWAN SANTAN 1 CAWAN AIR 3 HELAI DAUN PANDAN DISIMPUL HIRISAN HALIA SECUBIT GARAM BAHAN - BAHAN 11
CARA - CARA MENYEDIAKAN SAMBAL Goreng ikan bilis sehingga perang Kisar kesemua cili kering , bawang merah , bawang putih , hirisan halia dan sedikit belacan sehingga halus Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak Kacau sambal sehingga kelihatan sedikit garing , dan tambahkan air mengikut kuantiti kuah yang diingini Biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak Masukkan gula , garam dan sedikit asam jawa secukup rasa dan masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal 3 CAWAN IKAN BILIS 25 TANGKAI CILI KERING DIKISAR HALUS 3 BIJI BAWANG MERAH ( DIKISAR HALUS ) 1 BIJI BAWANG PUTIH ( DIKISAR HALUS ) HIRISAN HALIA AIR ASAM JAWA GULA GARAM BELACAN BAHAN - BAHAN 12
LONTONG -POPULAR IN JOHORLontong merupakan makanan tradisional yang berasal dari Palau Jawa, Indonesia. Setelah beberapa abad kemudian, makanan tradisional ini telah bermigrasi ke Tanah Melayu terutamanya di negeri Johor.Negeri Johor telah mempopularkan makanan tradisional ini dan menjadikannya sebagai salah satu menu kegemaran di Malaysia sehingga kini. . Lontong terdiri daripada nasi yang dimasak dengan membungkusnya dalam daun pisang, kemudian direbus sehingga nasi tersebut menjadi padat dan berbentuk seperti silinder. Namun, perubahan zaman menyebabakan ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan ‘ketupat segera’ seperti NONA bagi menjimatkan masa penyediaan nasi himpit tersebut. Kebiasaanya, lontong dimakan bersama dengan makanan tradisional yang lain seperti sayur lodeh (rebus sayur), sambal (perasa pedas), atau hidangan daging seperti opor ayam (ayam dalam santan) atau sate (daging panggang). Selain itu, masakan berkuah dan karijuga sesuai dihidangkan bersama lontong. Lontong ini biasanya dimakan pada waktu pagi, tengah hari atau pada waktu malam. 13
Lontong BAHA N A- K U AH L O D EH ( U N T U K D IKI SAR) Bawang merah 7 ulas Serai 2 batang Lengkuas (hiris nipis) Halia (hiris nipis) Udang kering 2sb Ikan bilis segenggam Buah keras 1 biji Kunyit hidup besar ibu jari RESEPI 14
BAHAN B – LAUK-LAUK / SAYURAN / BAHAN DALAM LONTONG Udang segar Kobis Kacang panjang Carrot Kentang Soohun & fucuk Bahan perasa Santan kotak BAHAN C – SAMBAL BILIS Bawang besar 3 biji Bawang besar 1 biji (dimayang) Cili kering kisar 3 senduk nasi Daun pandan Ikan bilis 2 genggam Air asam jawa Garam dan gula BAHAN LAIN: NASI HIMPIT, TELUR REBUS 15
Kisarkan bahan A. Seterusnya, masukkan bahan kisar tersebut ke dalam periuk yang berisi santan dan air. Kemudian, masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan sayursayuran seperti kentang & carrot terlebih dahulu. Masukkan perasa dan baki sayuran yang lain bersama udang dan Bahan B yang lain. Sekiranya sayur sudah agak lembut, sila perlahankan atau tutup api. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah dikisar, kemudian mayangkan bersama daun pandan. Setelah bahan tumis menjadi kekuningan atau keperangan, masukkan cili kisar, gula dan air asam jawa. Tumis sampai pecah minyak. Seterusnya, masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan perasakan dengan garam dan gula. Memasak Kuah Lodeh: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Memasak Sambal Bilis: 1. 2. 3. 4. CARA PENYEDIAAN 16
17
BUTTER CHICKEN 18
Kisahnya bermula di sebuah kedai manis di Peshawar yang dipanggil Mukhey da Dhaba yang dimiliki oleh seorang lelaki tua bernama Mokha Singh. Di sinilah Kundan Lal Gujral yang muda bekerja dan sebagai cucunya Monish Gujral menceritakan di mana dia membantu mencipta Ayam Tandoori yang kita semua cintai sehingga ke hari ini. Beberapa tahun kemudian, kesihatan Mokha Singh merosot dan dia akhirnya menjual kedai itu kepada Gujral yang menamakannya sebagai Moti Mahal. Seorang peniaga yang cerdik, KL Gujral menyedari bahawa Ayam Tandoori yang tergantung pada seekh di atas tandoor sepanjang hari akan cenderung kering jika tidak terjual. Dia kemudian datang dengan idea genius untuk mencipta kuah asas dengan tomato, mentega, krim dan beberapa rempah untuk menyelami kepingan Ayam Tandoori, membantu mereka mendapatkan semula kelembapan dan menjadi sedap lagi. Maka dengan itu, lahirlah Ayam Mentega. L A T A R B E L A K A N G 19
CARA MEMASAK BAHAN 400 gram isi ayam, bahagian dada 1 sudu besar plain yoghurt 1 sudu kecil rempah garam masala 2 sudu kecil serbuk cili sedikit garam 3 sudu besar butter setangkai daun kari 1/2 cawan susu cair segenggam gajus, tumbuk dan bancuh dengan air menjadi pekat Bahan tumbuk halus: 2 ulas bawang putih 1 inci halia 1) Bersihkan ayam, potong dadu dan gaulkan bersama plain yoghurt, rempah garam masala, serbuk cili, dan bahan tumbuk halus. Perap selama sejam. Boleh juga diperap semalaman. Lagi lama di perap lagi sedap. 2) Panaskan butter dalam kuali, goreng daun kari sehingga garing dan angkat. 3) Goreng pula perapan ayam di dalam minyak butter tadi. Jangan terlalu cepat untuk membalikkan ayam kerana nanti ayam susah nak masak di bahagian luar. 4) Masukkan pula susu cair dan pes bancuhan pekat gajus. 5) Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kuah mendidih. Tambahkan sedikit air jika kukah terlalu pekat. 6) Taburkan dengan daun kari tadi, dan hidang. 20
TOSAI 21
LATAR BELAKANG S Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup. 22
1. Rendam ke semua bahan di atas kemudian blendkan ia sampai halus. 2. Masukkan sedikit air kira-kira 1 inci dari bahan dan perasakan dengan garam secukupnya. 3. Perap semalaman ikut suhu bilik. 4. Panaskan kuali yang leper atau kuali yang tidak melekat 5. Sapukan minyak sekali lalu dan tuang sesenduk ke atas kuali. Ratakan menggunakan belakang senduk. 6. Biarkan sehingga seluruh Kawasan masak. 7. Angkat dan hidangkan panas-panas CCYour paragraph text CARA MEMASAK 23
MMAAKKAANNAANN TTRRAADDIISSIIOONNAALL KKAAUUMM CCIINNAA 24
KUIH BAKUL MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA 25
LATAR BELAKANG Kuih bakul atau "Nian Gao" ialah makanan tradisional masyarakat kaum Cina. Kuih bakul biasanya dimakan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Apakah kuih bakul? Dalam tradisi kaum Cina, makan Kuih Bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya dalam bahasa Mandarin ialah ‘Nian Gao’. Perkataan ‘gao’ bermaksud kuih dan sebutannya sama seperti perkataan ‘gao’ yang bermaksud tinggi’. Oleh itu, Kuih Bakul telah membawa maksud “semakin tahun semakin tinggi” atau “setiap tahun baru tiba, setingkat lagi kemajuan dicapai” Dalam kepercayaan Cina yang beragama taosime, Kuih Bakul ialah makanan utama yang digunakan untuk sembahyang kesyukuran terhadap Tuhan pada 6 hari sebelum Tahun Baru Cina. Masyarakat kaum Cina mempercayai kuih manisan yang melekit ini dapat memujuk hati Dewa Dapur kerana ia dapat ‘memaniskan serta melekitkan mulut’ semasa Dewa Dapur pergi ke syurga untuk membentangkan laporan tahunan kepada maha dewa lain. Dengan ini, Kuih Bakul dapat memastikan Dewa Dapur memberi laporan baik tentang keluarga tersebut dan mendapatkan restu daripada Tuhan. Kepentingan Budaya 26
RESEPI KUIH BAKUL BAHAN YANG DIPERLUKAN: CARA MEMASAK: 4. Balutkan tin dengan daun pisang dan pastikan daun pisang melebihi bahagian atas tin agar dapat mengikatnya di sekeliling tin dengan mudah. (daun pisang dikelepetkan ke bawah) 300 gram tepung pulut 300ml air 300 gram gula pasir Beberapa helai daun pisang dan tali 1. Campurkan tepung pulut dengan air, kemudian kacaukan adunan sehingga sebati. 2. Balutkan adunan dengan menggunakan pembalut plastik selama 4jam. 3. Sementara itu, cuci dan keringkan daun pisang. 5. Setelah 4 jam, masukkan semua gula pasir dalam adunan yang disediakan tadi, kacaukan dengan api kecil sehingga larut. 6. Napiskan dan tuangkan adunan tersebut dalam tin yang telah dibalutkan tadi. 7. Tambahkan air ke dalam periuk kukusan dan didihkan air, kemudian kecilkan api. 8. Kukuskan adunan selama 12jam. 9. Setelah 12 jam, keluarkan kuih dan sejukkan. Kemudian, kuih bakul tersebut sedia untuk dinikmati. 27
KUIH BULAN 28
LATAR BELAKANG Kuih bulan ialah kuih traditional yang dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau Perayaan Kuih Bulan. Kuih bulan dimakan semasa pesta ini bersama dengan ahli keluarga. Kuih bulan berasal dari adab ke 14, semasa pemerintahan Dinasti Yuan di negara Cina. Rakyat semasa ditindas oleh pemerintahan yang zalim dan dan tegas menyebabkan mereka terpaksa memulakan pemberontakan. Disebabkan pemerintahan yang tegas, mereka menyembuyikan mesej dalam sejenis kuih untuk mengelakkan daripada dikesan oleh pemerintah. Pada akhirnya, revolusi dicetuskan dan kerabat diraja Dinasti Yuan tamat. Pertukaran kerajaan berlaku pada musim luruh dan Dinasti Ming ditubuhkan. Kuih yang digunakan semasa itu menjadi kuih bulan. Kuih bulan dibuat mengikut konsep bulan. Ia berbentuk bulat. Kuih bulan juga dibuat dengan aduan manis dan ditambah dengan kuning telur masin yang berbentuk dan berwarna seperti bulan bagi meraihkan Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau Perayaan Kuih Bulan. Perayaan ini merupakan salah satu perayaan penting bagi masyarakat Cina kerana ia bermakna perjumpaan semula.Masyarakat Cina akan menikmati kuih bulan bersama dengan ahli keluarga semasa perayaan tersebut sebagai lambang lengkap dan bersatu dalam sesebuah keluarga. 29
RESEPI KUIH BULAN 150 gram sirap emas . 60 gram minyak kacang 5 gram alkali udara 250 gram tepung kek BAHAN-BAHAN KULIT KUIH BULAN: 350 gram pes kacang merah 7 biji kuning telur masin BAHAN-BAHAN INTI: 1 biji kuning telur 1 sudu besar susu segar BAHAN-BAHAN UNTUK SAPUAN: 30
CARA MEMASAK Gabungkan alkali udara ,minyak kacang dan sirap emas dan pukul sehingga sebati. Ayakkan tepung dan kacau hingga sebati,lepas 1-2 jam, uli doh dengan lembut. Bulatkan doh 60 gram setiap bola dan pes kacang merah 50 gram setiap bola. Leperkan pes kacang merah, masukkan kuning telur masin dan balut dengan rapi. Bulatkan inti dengan doh kulit kuih bulan dengan hatihati supaya elak terkeluar. Taburkan sedikit tepung di acuan kuih bulan. Masukkan doh kuih bulan yang telah siap tadi ke dalam acuan dan tekan perlahan-lahan agar terbentuk corak-corak kuih bulan atas doh tadi. Tekan ke atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak dan sembur sedikit air di permukaan kuih bulan sebelum letak ke dalam ketuhar. Bakar selama 10 minitdan kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan selama 15 minit. Sapukan kuih bulan dengan bancuhan kuning telur dan susu segar. Bakar selama 15-20 minit sehingga kuih bulan masak perang keemasan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 31
MAKANAN TRADISIONAL SABAH DAN SARAWAK 32
UMAI Melanau, Sarawak ''Rasa masam, masin dan pedas hidangan umai udang berjaya menghidupkan selera selepas hampir 14 jam berpuasa.'' 33
UMAI Umai adalah salah satu hidangan tradisional suku Iban yang merupakan salah satu etnik pribumi di Sarawak, Malaysia. Suku Iban adalah kelompok etnik yang tinggal di kawasan pedalaman Sarawak. Suku Iban memiliki tradisi yang kuat dalam memanfaatkan sumber daya alam yang tersedia di sekitar mereka, termasuk hasil tangkapan ikan dari sungaisungai yang melintasi daerah mereka. Oleh karena itu, umai menjadi hidangan tradisional yang terkait erat dengan kehidupan sehari-hari dan budaya mereka. Umai awalnya merupakan hidangan yang disajikan pada acara-acara istimewa, seperti pesta menuai atau kenduri adat. Ia juga dihidangkan ketika tetamu penting datang berkunjung. Namun, seiring dengan perkembangan zaman, umai juga telah menjadi hidangan yang popular di restoran-restoran dan warungwarung makan di Sarawak, sehingga lebih mudah ditemui oleh penduduk setempat. Selain menjadi hidangan yang lazat, umai juga memiliki nilai nutrisi yang tinggi. Ia diperbuat daripada ikan mentah yang biasanya adalah ikan air tawar seperti ikan terubok, ikan semah, atau ikan jelawat. Ikan tersebut dagingnya kaya akan asam lemak omega-3, protein, dan nutrisi lainnya. MELANAU, IBAN SARAWAK 34
100g isi ikan-hiris halus/kecil 1 inci halia 2 ulas bawang merah 1 labu bawang besar (holland) 4 ulas bawang putih 1/2 cili merah 1/2 cili padi 1/2 batang serai 1-2 limau kasturi Garam dan gula secukupnya BAHAN -BAHAN PETUA 01 Perapkan dalam perahan air asam kelubi untuk rasa yang lebih enak 35
CARA MEMASAK Bersihkan ikan: Cuci ikan dengan air bersih dan hiriskan menjadi fillet. Hiris bawang merah, bawang putih, bawang holland, cili padi, cili merah dan serai menjadi potongan halus. Campurkan bahan: Dalam mangkuk, campurkan ikan dengan kesemua bahan disertakan dengan gula dan garam. Aduk rata agar ikan tercampur dengan bumbu. Perah air limau: Perah limau untuk mendapatkan airnya. Tuang air limau ke dalam mangkuk dengan ikan dan bahan-bahan lainnya. Aduk rata agar ikan terendam dalam jus limau. 1. 2. 3. 4. PETUA 02: Ikan terubok selalunya digunakan untuk membuat umai kerana dagingnya yang lembut 5. Biarkan campuran ikan dan bahan dalam jus jeruk limau selama sekitar 10- 15 minit sehingga warna bertukar menjadi keabu-abuan. 6. Hidangkan umai di dalam pinggan atau mangkuk. 36
BAROBBO "ISA PIRING NDAK CUKUP" Tawau, Sabah 37
Antara salah satu makanan tradisional yang terkenal di sabah ialah Barobbo. Makanan ini merupakan makanan tradisi bagi suku kaum Bugis di sebelah Pantai Timur Negeri Sabah, seperti Sandakan dan Tawau Di Sabah, Barobbo adalah antara makanan istimewa dan sangat popular di kalangan masyarakat atau suku kaum Bugis terutama sekali mereka yang tinggal di sebelah Bahagian Pantai Timur Sabah seperti di daerah Sandakan, Lahad Datu dan juga Tawau. Barobbo adalah masakan berupa bubur nasi jagung yang biasanya dimasak bersama jagung pulut sebagai bahan utama. Namun begitu, jagung manis digunakan sebagai ganti kepada jagung pulut disebabkan jagung pulut susah untuk didapati pada masa kini, Apabila sesebuah keluarga berkumpul beramai-ramai seperti ketika cuti sekolah atau hujung minggu, barobbo biasanya akan dimasak dan dihidangkan kepada semua. Makanan ini memang sesuai dinikmati bersama-sama kerana ia dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara satu sama lain. Barobbo juga sering dimasak ketika bulan puasa atau puasa sunat sebagai hidangan untuk berbuka puasa. BAROBBO 38
Beras Daging ayam Udang Jagung manis Lobak Bawang merah Bawang putih Garam Ajinamoto Kiub pati ayam Daun sup Lada putih 39
1.Masak beras seperti masak bubur (lebihkan air) 2. Masukkan isi ayam 3. Masukkan lobak dan jagung manis 4. Masukkan udang yang telah dikupas 5. Masukkan bahanbahan yang lain 6. Terakhir masukkan sayur, daun sup & bawang goreng 7. Setelah mendidih bolehlah matikan api Setelah barobbo sudah masak, maka bolehlah dihidang untuk dimakan dan ia lebih sedap dimakan ketika masih lagi panas dan lebih sedap juga kalau pedas sedikit. 40
Penutup Kesimpulannya, saya tidak sangka bahawa saya dan rakan sekumpulan saya telah menyiapkan tugasan kumpulan dengan jayanya di mana kami mampu menyelesaikan tugasan kumpulan yang diberikan dan juga menghantar tugasan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam tugasan ini, kami telah menjelaskan beberapa makanan tradisional dengan mengikut kaum yang terdapat di negara kita. Makanan-makanan tradisional ini berasaskan kaum yang berbangsa Melayu, India, Cina, Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, makanan tradisional untuk kaum Melayu iaitu Lontong dan Nasi Lemak, India iaitu Butter Chicken dan Tosai, Cina iaitu Kuih Bakul dan Kuih Bulan, Sabah iaitu Barobbo, dan Sarawak iaitu Umai. Kami menjadikan makanan tradisional sebagai topik tugasan kami kerana kami berasa bahawa makanan tradisional merupakan sesuatu yang unik dan perlu disebarkan kepada generasi muda yang akan datang. Namun, terdapat juga beberapa masalah yang kami hadapi dalam menyelesaikan tugasan ini. Antaranya, adalah masalah sukar untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terperinci. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan maklumat yang diperolehi melalui laman web tidak sebegitu tepat dan mudah untuk dicari. Untuk menyelesaikan masalah ini, kami telah meminta jasa baik keluarga kami untuk menjelaskan tentang makanan-makanan tradisional tersebut. Dengan bantuan yang diberi oleh pihak keluarga kami, kami telah dapat menyelesaikan tugasan dengan baik. Akhir sekali, melalui tugasan ini kami turut mempelajari pelbagai ilmu yang baharu. Kami berharap agar makanan tradisional ini dapat diwarisi secara turun-temurun untuk mengenang jasa para nenek moyang kita yang terdahulu. Saya mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sekumpulan yang telah berganding bahu untuk menyelesaikan tugasan ini dengan sebaik mungkin dan tidak memperolehi sebarang perkara yang sulit sepanjang tugasan ini dijalankan. Penutup 41