B U K U L O G I N S T I T U T P E N D I D I K A N G U R U K A M P U S K O T A B H A R U F A R A H E L I S A B I N T I M O H D A Z A H A R I A M B I L A N P I S M P J U N 2 1 / 2 6 S E K A W A N : K U N I N G
Kandungan BIODATA DIRI MAKLUMAT PENGENALAN UNIT LAMBANG PENGAKAP BENDERA PENGAKAP MOTO PENGAKAP IKRAR PENGAKAP LAGU PENGAKAP PERLEMBAGAAN PENGAKAP PENGASAS PENGAKAP SEJARAH PENUBUHAN TUJUAN PENUBUHAN ISTIADAT RASMI STRUKTUR ORGANISASI PELBAGAI PERINGKAT PENGURUSAN KEAHLIAN PENGAKAP PAKAIAN SERAGAM PngkT/LENCANA KEMAHIRAN LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI
Biodata Diri
FARAH ELISA BINTI MOHD AZAHARI KAD MATRIKS/ ANGKA GILIRAN: P21084050/ 2021082340434 TEMPAT/ TARIKH LAHIR: PPUM KUALA LUMPUR/ 18 SEPT 2003 PENSYARAH: HAJI MUHAMMAD SHUKRI BIN MAT YAACOB
Maklumat Pengenalan Unit
DEFINISI DAN MATLAMAT PENGAKAP MALAYSIA Definisi: Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul,bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya Matlamat: Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik kewujudannya. Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa
VISI DAN MISI PENGAKAP MALAYSIA Visi: Menjelang tahun 2025, Persekutuan Pengakap Malaysia akan dilihat sebagai sebuah organisasi yang diurus secara cekap, moden dan berdikari bagi menyediakan program muda remaja yang berkualiti, berteraskan nilai melalui pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa membangun warganegara yang berguna. Misi: Misi Kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda melalui satu sistem nilai yang berasaskan kepada Persetian dan Undang-Undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana pendudukya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat.
LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
MAKSUD LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara. Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unitunit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja. Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan melambangkan Undangundang Pengakap yang sepuluh itu. Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam. Warna kuning pada anak bulan dan bintangmenunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.
BENDERA PENGAKAP MALAYSIA
COGAN KATA/ MOTO PENGAKAP MALAYSIA
PERSETIAAN PENGAKAP MALAYSIA
LAGU PENGAKAP MALAYSIA Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
Sejarah Penubuhan
PERLEMBAGAAN PENGAKAP MALAYSIA Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya (Dipercayai) 1. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpinpemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya (Taat) 2. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa (Berguna) 3. Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun (Bersaudara) 4. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi (Berbudi) 5.
PERLEMBAGAAN PENGAKAP MALAYSIA 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang (Kasihkan Binatang) 7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan (Menurut Perintah) 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah (Tabah Hati) 9. Pengakap adalah jimat dan cermat (Berjimat) 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya danperbuatannya (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan)
PENGASAS PENGAKAP Nama Penuh: Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan: BP Tarikh Lahir: 22 Februari 1857 Tempat Lahir: London, England Pekerjaan: Bekas Mejar Tentera British Tarikh Meninggal Dunia: 8 Januari 1941
SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP Sejarah Pengakap Dunia telah bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah dilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupaken seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budakbudak melalui penerbitar buku " Scouting For Boys" yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British.
SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell * kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakaptelah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat meryambut ulangtahun ke 84.
TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP Memberi latihan kepimpinan yang berasaskan prinsip dan undang-undang pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira kulit, agama dan kebudayaan. 1. 2. Melatih generasi muda bagi melahirkan individu Pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 3. Memupuk ahli yang bertanggungjawab terhadap masyarakat, negara dan masyarakat Antarabangsa.
TUJUAN PELAKSANAAN ISTIADAT PENGAKAP Melatih diri taat kepada tuhan Menghargai dan menghormati pemimpin. Mengingati semula asal usul pergerakan pengakap. Melatih ahli pengakap supaya lebih berdisiplin dan bersikap positif. Menyuburkan semangat persaudaraan dan perpaduan.
ISTIADAT RASMI PENGAKAP Istiadat Laung Agung Istiadat Bendera Istiadat Meningkat Naik Istiadat Melantik
ISTIADAT LAUNG AGUNG Tujuan: Merupakan tradisi dalam Pengakap Kanak-Kanak. Diamalkan di seluruh dunia. Masa: Perhimpunan rasmi. Sebelum memulakan aktiviti. Selepas menamatkan aktiviti.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG 1) Pemimpin (AKELA) akan memanggil semua pengakap kanak-kanak (PKK) berkumpul dengan berteriak: "PEK..........." 2) PKK yang mendengar teriakan itu akan berhenti melakukan sebarang kerja dan berdiri dalam keadaan sedia. 3) AKELA sekali lagi berteriak: "PEK...PEK...PEK..." 4) PKK akan berteriak kembali dengan menyebut "PEK....." sambil berhimpun mengelilingi AKELA secara rapat.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG 5) Setelah PKK merapati AKELA, tangan AKELA yang dalam keadaan mengepak akan dibuka mendepa sebagai arahan kepada PKK untuk membuat satu bulatan besar mengelilingi AKELA sambil berpegangan tangan. 6) Setelah bulatan besar telah terbentuk, PKK terus melepaskan tangan. 7) Kemudian, AKELA terus memberi arahan dengan menjatuhkan tangan yang didepa tadi ke sisi.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG 8) PKK pula terus duduk mencangkung, tangan diluruskan di sisi dan muka dilangutkan ke atas sambil berteriak: "AKELA, Kita Buat Habis Baik" 9) Sejurus perkataan "Baik" habis, semua PKK bangun berdiri tegak. Kemudian, seorang PKK bertugas akan tabik hormat kepada AKELA sambil mencabar semua PKK lain dengan berteriak: "Kamu Buat Habis Baik" 10) PKK lain akan membalas dengan mengangkat tabik hormat kepada AKELA dan berteriak: "Kami Buat Habis Baik"
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG 11) Kemudian, AKELA akan membalas kepada semua PKK dengan mengangkat tabik hormat. 12) Setelah AKELA menjatuhkan tabik hormat, barulah semua PKK boleh menjatuhkan tabik hormat masing-masing secara serentak.
ISTIADAT BENDERA Jenis Istiadat: Istiadat mengibarkan bendera Istiadat menaikkan bendera Istiadat menurunkan bendera
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”. 7. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan. 9. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain . 10. Selesai memberi hormat, pengakap bertugas kembali ke tempat asalnya.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu 'Pengakap Malaysia', Persetiaan Pengakap dan doa berturutan. 12. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli pengakap untuk 'senang diri'. 14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 15. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA 1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya. 2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik. 3. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA 4. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus. 5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA 6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah. 7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu. 8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian Negara.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA 9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengaka
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, 7. 2 orang Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 8. Kedua-dua Pengakap bertugas melipat bendera. 9. Selesai melipat bendera,Pengakap bertugas menyerahkan bendera kepada pemimpin bertugas dan kembali ke tempat asal. 10. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan untuk menyerahkan bendera sebagai menandakan istiadat menurunkan bendera telah selesai dan memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 11. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 12. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 13. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli..
Satu istiadat yang sangat mustahak, menjadi kenangan dan menggembirakan bagi PKK meningkat naik ke Kumpulan PM. Istiadat ini penting bagi Akela/Pemimpin dan Penolong yang telah melatih PKK itu. Kedudukan : Pek dan Troop berdiri dalam bentuk tapak kuda berhadapan antara satu dengan lain ISTIADAT MENINGKAT NAIK
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENINGKAT NAIK 1. Sebaik sahaja Laung Agung selesai dijalankan, Akela mara ke garisan pemisah. 2. Pemimpin Kumpulan memberi arahan “Kumpulan Sedia”. Pemimpin akan terangkan tujuan istiadat. 3. Apabila arahan "PKK meningkat naik" diberi, PKK akan bergerak satu langkah ke hadapan, pusing ke kanan pusing dan terus bersalam dengan PKK lain. Seterusnya, maju ke Akela di garisan pemisah (tali). 4. Akela memberi pesanan terakhir kepada PKK.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENINGKAT NAIK 5. PKK memberi hormat, salam dengan Akela. Akela dengan menggunakan tangan kiri memimpin PKK melangkah pemisah. 6. Seterusnya, PKK memberi hormat kepada pemimpin Pengakap Muda dan bersalam. 7. Pemimpin menyerah PKK kepada Ketua Patrol. 8. Ketua Patrol membawa PKK ke patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli kumpulan.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENINGKAT NAIK 9. Selesai semua ahli baru dipindahkan semua ahli Troop akan memberi sorakan “SELAMAT DATANG”. 10. Bagi PKK yang tinggal, Istiadat Laung Agung diteruskan.
Istiadat perlu dilakukan di tempat yang luas dan terbuka. Jika diadakan perjumpaan Troop, istiadat melantik di adakan di peringkat awal. Tugas haruslah dijalankan oleh patrol yang bertugas. Tidak mengubah teks asal yang telah ditetapkan. ISTIADAT MELANTIK
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MELANTIK 1. PEK berada dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan. Penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang tiang bendera. PEK berdiri dalam keadaan sedia. 2. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan. 3. Ketua Sekawan yang berkenaan membawa ahli baru itu berdiri di hadapan AKELA. Selepas itu, Ketua Sekawan balik ke tempatnya.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MELANTIK 4. Serentak dengan itu, Penolong Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah AKELA dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian. 5. Kemudian, AKELA akan bertanya "Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak?" 6. PKK Baru akan menjawab "Ya, AKELA." 7. AKELA akan bertanya lagi "Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap?"
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MELANTIK 8. PKK Baru akan menjawab "Ya, AKELA." 9. Kemudian, AKELA akan melafazkan Persetiaan Pengakap dan diikuti oleh PKK baru itu:- "Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-Undang Pengakap"