NOTA PECUTAN KESUSASTERAAN MELAYU SPM OLEH: CIKGU NUR FATIHAH SMKUT 2020
DRAMA ANNA PEMIKIRAN: Perbezaan dua budaya antara barat dan timur dalam mentafsir kasih sayang. Cth: Walaupun telah berkahwin selama empat tahun, Anna merasakan Zaki tidak menyayanginya kerana Zaki melebihkan ibunya Mak Munah sedangkan itulah budaya masyarakat timur yang mementingkan ibunya. CIRI-CIRI DRAMA 1. Ada watak 2. Ada dialog 3. Ada aksi pelakon 4. Ada latar tempat/ latar masa 5. Ada babak/ adegan PERWATAKAN ANNA 1. Anna seorang yg berdarah campuran English Melayu Cth: Anna anak Thomas Carpenter seorang berbangsa Inggeris manakala ibunya seorang berbangsa Melayu. 2. Anna seorang yg berpendidikan tinggi. Cth: Anna mengambil jurusan ekonomi manakala Zaki mengambil jurusan sejarah di Universiti Cambridge. 3. Anna seorang yg mementingkan diri. Cth: Anna mahukan perhatian sepenuhnya daripada Zaki tanpa diganggu oleh sesiapa termasuk ibu zaki iaitu Mak Munah. 4. Anna seorang yg tetap pendirian/degil. Cth: Walaupun telah dipujuk oleh Zaki, Dr. Chan dan Mak Munah namun Anna tetap berdegil untuk pulang ke London dan meninggalkan Zaki dan Tina. PERWATAKAN ZAKI 1. Zaki seorang anak yang bertanggungjawab Cth: Zaki bertanggungjawab menjaga ibunya iaitu Mak Munah yang separuh lumpuh dan hampir buta. 2. Zaki seorang yg penyayang Cth: Zaki amat menyayangi Mak Munah, Anna dan Tina. Dia berusaha memujuk Anna agar tidak meninggalkan keluarganya. 3. Zaki seorang yang berpendidikan tinggi. Cth: Zaki mengambil jurusan sejarah manakala Anna mengambil jurusan ekonomi di Universiti Cambridge. 4. Zaki seorang yang mengenang jasa Cth: Zaki mengenang jasa ibunya Mak Munah yang telah berkorban dengan meminta Dr. Chan untuk merawat mata Mak Munah yang hampir buta. PERWATAKAN MAK MUNAH 1. Seorang yg sanggup berkorban Cth: Mak Munah sanggup berkorban bekerja keras dan menggadai tanah untuk membiayai pembelajaran Zaki di luar negara 2. Mak Munah seorang yang penyayang Cth: Mak Munah sangat menyayangi keluarganya iaitu Zaki, Anna dan Tina. Dia berusaha memujuk Anna agar tidak meninggalkan keluarganya. 3. Mak Munah seorang yang baik hati Cth: Mak Munah melayan Anna dengan baik meskipun Anna cemburu dengan kasih sayang yang ditunjukkan Zaki kepada ibunya itu. PERSOALAN 1. Persoalan tentang kasih sayang dalam kekeluargaan Cth: Cth: Zaki amat menyayangi Mak Munah, Anna dan Tina. Dia berusaha memujuk Anna agar tidak meninggalkan keluarganya 2. Persoalan tentang pengorbanan ibu terhadap anaknya Cth: Mak Munah sanggup berkorban bekerja keras dan menggadai tanah untuk membiayai pembelajaran Zaki di luar negara 3. Persoalan tentang tanggungjawab anak kepada ibu Cth: Zaki bertanggungjawab menjaga ibunya iaitu Mak Munah yang separuh lumpuh dan hampir buta. 4. Persoalan tentang sikap mementingkan diri sendiri Cth: Anna mahukan perhatian sepenuhnya daripada Zaki tanpa diganggu oleh sesiapa termasuk ibu zaki iaitu Mak Munah. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah saling menyayangi dalam ahli keluarga 2. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjaga ibu. 3. Kita hendaklah berkorban untuk mendapatkan sesuatu. 4. Kita janganlah mementingkan diri sendiri tanpa peduli hak orang lain. 5. Kita mestilah prihatin terhadap kesusahan orang lain Cth: Dr Chan prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga Zaki lalu dia berusaha menasihati Anna supaya tidak bertindak mengikut perasaan. LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat yg berbilang bangsa 2. Masyarakat yg berpendidikan tinggi 3. Masyarakat kahwin campur 4. Masyarakat penyayang antara suami isteri 5. Masyarakat yang bekerjasama antara satu sama lain LATAR TEMPAT 1. Universiti Cambridge 2. London 3. Lapangan terbang TEKNIK PLOT 1. Teknik Imbas kembali Cth: Zaki teringat kenangan manis dan saat bahagia dia bersama Anna semasa musim bunga di kampus. Cth: Anna teringat kata-kata ayahnya dulu bahawa orang timur tidak sama seperti orang barat. Orang timur lebih menyayangi ibu dan saudaranya. 2. Dialog 3. Saspens 4. Monolog 5. Monolog dalaman NILAI 1. Nilai kasih sayang 2. Nilai tanggungjawab 3. Nilai pengorbanan 4. Nilai keprihatinan 5. Nilai mengenang jasa BINAAN PLOT Permulaan-Perkembangan-Konflik-Klimaks-Peleraian
DRAMA MAT PIAH DAN MR. BLACKWAY PERSOALAN 1. Persoalan tentang semangat cinta akan tanah air Cth: Mat Piah marah dan mengatakan Inggeris adalah penipu, penindas dan penyamun kerana telah menjajah mereka dengan cara tipu helah . 2. Persoalan tentang sejarah tanah air Cth: Blackway menceritakan sejarah pembukaan Pulau Pinang yang sebernar kepada Mat Piah iaitu Francis Light telah menipu Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang 3. Persoalan tentang interaksi pelbagai bangsa Mat Piah dapat berkomunikasi dengan Blackway kerana Blackway fasih dalam berbahasa Melayu 4. Persoalan tentang kegigihan mencari rezeki Cth: Mat piah gigih bekerja sebagai penarik beda di sekitar Georgetown sehingga larut malam demi mencari sesuap nasi. PERWATAKAN MAT PIAH 1. Seorang yg gigih bekerja Cth: Mat piah gigih bekerja sebagai penarik beda di sekitar Georgetown sehingga larut malam demi mencari sesuap nasi. 2. Seorang yang tidak berpendidikan Cth: Mat Piah hanya bersekolah sehingga darjah enam sahaja. 3. Seorang yang cinta akan tanah air Cth: Mat Piah marah dan mengatakan Inggeris adalah penipu, penindas dan penyamun kerana telah menjajah mereka dengan cara tipu helah 4. Seorang yang pandai berjenaka Cth: Mat Piah memberitahu bahawa dia juga mempunyai rakan yang bernama Light, iaitu traffic light. 5. Seorang yang tahu tentang sejarah Cth: Mat Piah mengenali Francis Light dan dia juga menghafal tarikh pembukaan Pulau Pinang. PERWATAKAN MR. BLACKWAY 1. Seorang pegawai kanan Francis Light Cth: Blackway merupakan orang kanan Francis Light yang telah melakukan penipuan dan pengkhianatan terhadap Sultan Muhammad Jiwa. 2. Seorang yang insaf Cth: Blackway insaf dan memohon maaf kepada Mat Piah dan semua orang Melayu atas penipuan yang dia lakukan untuk mendapatkan Pulau Pinang. 3. Seorang yang emosi Cth: Blackway menangis teresak-esak apabila mengingat semula pengkhianatan yang telah dia dan Francis Light lakukan dahulu. 4. Seorang yang fasih berbahasa Melayu Cth: Blackway seorang berbangsa Inggeris namun fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. PERWATAKAN FRANCIS LIGHT 1. Seorang penjajah Cth: Francis Light telah menipu Sultan Muhammad Jiwa untuk mendapatkan Pulau Pinang. Light dan tenteranya telah mengalahkan Sultan Abdullah sewaktu mereka sedang tidur. 2. Seorang penipu Cth: Francis Light dikenali sebagai peneroka Pulau Pinang namun sebenarnya dia telah membuat tipu helah dan merampas Pulau Pinang daripada Sultan Muhammad Jiwa. LATAR TEMPAT Georgetown(bersiar-siar), Hadapan pintu Hotel E&O, Sungai Perai(Sultan Abd diserang), Padang Kota Lama(mat rempit) PEMIKIRAN: Penipuan yang di buat oleh barat untuk mendapatkan Pulau Pinang dari kuasa Sultan Abdullah. Cth: Francis Light menggunakan tipu helah untuk mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Muhammad Jiwa dan akhirnya Pulau Pinang jatuh ke tangan Francis Light. CIRI-CIRI DRAMA 1. Ada watak 2. Ada dialog 3. Ada aksi pelakon 4. Ada latar tempat/ latar masa 5. Ada babak/ adegan PENGAJARAN 1. Kita hendaklah menanamkan sikap cinta akan tanah air. 2. Kita hendaklah tahu tentang sejarah tanah air. 3. Kita mestilah gigih berusaha dalam mencari rezeki 4. Kita mestilah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. 5. Kita janganlah menipu untuk mendapatkan sesuatu 6. Kita hendaklah jujur tentang apa yang telah dilakukan Cth: Blackway jujur bahawa dia dan Francis Light telah menipu Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang. LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat penjajah Inggeris berjanji akan melindungi Kedah daripada serangan Burma dan Siam tetapi apabila Siam menyerang Kedah, Francis Light lepas tangan dan enggan membantu Sultan Kedah. 2. Masyarakat yang suka akan hiburan Lelaki dan perempuan yang keluar dari Hotel E&O selepas majlis makan malam berpakaian beragam tertawa dan membuat bising kerana mabuk. 3. Masyarakat yang mempunyai masalah sosial Sekumpulan Mat Rempit membuat bising dan adegan lasak di atas jalan raya menghampiri Mat Piah dan Blackway. 4. Masyarakat yg berbilang bangsa Blackway dan Francis Light berbangsa Inggeris manakala Mat Piah berbangsa Melayu 5. Masyarakat pemerintah/sultan Sultan Abdullah dan Sultan Muhammad Jiwa telah ditipu oleh Inggeris dan Francis Light TEKNIK PLOT 1. Teknik Imbas kembali 2. Dialog 3. Monolog 4. Pemerian NILAI 1. Nilai cinta akan tanah air 2. Nilai kegigihan 3. Nilai kejujuran 4. Nilai keinsafan UNSUR SEJARAH 1. Tokoh sejarah Sultan Abdullah, Sultan Muhammad Jiwa dan Francis Light 2. Tempat bersejarah Pulau Pinang, Province off Wellesley 3. Peristiwa bersejarah Perjanjian Inggeris-Kedah dan peristiwa Siam menyerang Kedah 4. Tarikh bersejarah Peristiwa pembukaan Kedah oleh Francis Light pada tahun 1786/ 5. Nama gelaran sejarah Gelaran Prince of Wales 6. Pakaian bersejarah Blackway memakai pakaian tentera muda armada Inggeris zaman Francis Light
SASTERA EPIK TEMA: Jalinan hubungan diplomatic antara sebuah negara dengan negara yang lain. Cth: Raja Melaka menitahkan Laksamana Hang Tuah diutus ke Siam bagi membeli 6 ekor gajah iaitu 2 ekor gajah jantan dan 4 ekor gajah betina. CIRI-CIRI SASTERA EPIK 1. Latar tempat yang luas Laksamana mengembara dari Melaka hingga ke Benua Siam dan singgah sebentar di Patani dan kemboja 2. Cerita tokoh Sastera Epik ini merupakan kisah Laksamana Hang Tuah iaitu tokoh kebanggaan bangsa Melayu. 3. Watak epik memiliki sifat kepahlawanan Laksamana HT merupakah pahlawan hebat yang mampu menewaskan pendekar Cin Cu dan 7 orang pendekar Jepun yang amuk 4. Ada unsur pengembaraan Laksamana telah diutus ke Siam oleh Raja Melaka untuk membeli empat ekor gajah jantan dan dua ekor gajah betina. Laksamana juga diminta untuk singgah di Patani bagi melihat negeri tersebut. 5. Mengandungi unsur luar biasa/ kesaktian/magis Laksama menggunakan ilmu batinnya dengan membaca pustaka menyebabkan bedil tentera Jepun tidak berbunyi dan hanya mengeluarkan asap manakala pedamg tentera Jepun jatuh daripada tangan sendiri ketika hendak menyerang laksamana. KEHEBATAN/KEISTIMEWAAN HANG TUAH 1. Laksamana memiliki ketangkasan luar biasa Contoh: Laksama HT tangkas bermain senjata dan dapat mengalahkan pendekar Cin Cu dengan memarang telinga, hidung, bahu dan kepalanya. 2. Laksamana memiliki kebijaksaan pemikiran Laksamana bijak mencipta helah supaya menghadap Phra Cau mengikut cara adat orang Melayu. 3. Laksamana memiliki kemahiran komunikasi Laksmana fasih berkomunikasi dalam bahasa Siam sehingga menyebabkan Phra Cau kagum terhadapnya lalu diberikan sepersalinan cara Siam. 4. Laksamana memiliki kabijaksanaan ilmu firasat Laksamana menyatakan bahawa Patani merupakan negeri yang sukar dialahkan dan apabila beliau sampai di Patani maka benarlah sangkaannya bahawa Patani merupakan negeri yang strategik dan sukar ditakluki. 5. Laksamana memiliki kekuatan ilmu batin Laksamana mempunyai ilmu batin apabila dia membaca pustakanya menyebabkan bedil tentera Jepun tidak berbunyi dan hanya mengeluarkan asap manakala pedang tentera Jepun jatuh daripada tangan sendiri ketika hendak menyerang laksamana. PERWATAKAN HANG TUAH 1. Laksaman seorang yg tangkas bermain senjata 2. Laksamana seorang yg bijaksana 3. Laksamana seorang yg fasih berbahasa Siam 4. Laksamana seorang yg taat akan perintah Cth: Laksamana menjunjung titah Raja Melaka pergi ke Siam untuk membeli 6 ekor gajah, 2 jantan 4 betina. 5. Laksaman seorang yang berani Laksamana berani menyahut cabaran untuk bertarung dengan pendekar Cin Cu di balairung. PERWATAKAN PHRA CAU 1. Seorang yg murah hati Phra Cau menghadiah sepersalinan cara Siam kepada Hang Tuah kerana terlalu suka mendengar HT fasih berbashasa Siam 2. Seorang yang menghormati tetamu Phra Cau menyambut baik kedatangan HT dan memberikan rakyatnya jamuan gendaga yg dibawa oleh HT. PERSOALAN 1. Persoalan tentang ketaatan rakyat kepada pemerintah 2. Persoalan tentang kepahlawanan pendekar Melayu 3. Persoalan tentang kemurahan hati raja kepada rakyat 4. Persoalan tentang adab menghormati tetamu 5. Persoalan tentang mengekalkan Adab Melayu PENGAJARAN 1. Kita hendaklah taat akan perintah raja 2. Kita hendaklah bermurah hati kepada org lain 3. Kita hendaklah mengekalkan adat masyarakat Melayu 4. Kita hendaklah berani dalam meyahut cabaran 5. Kita hendaklah menghormati akan tetamu NILAI Nilai ketaatan, Nilai murah hati, Nilai keberaniaan, Nilai hormat-menghormati, Nilai kebijaksanaan, LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat feudal 2. Masyarakat pemerintah 3. Masyarakat yg taat akan perintah raja 4. Masyarakat yg terdiri daripada pendekar LATAR TEMPAT. 1. Istana Raja Melaka Tempat semayam Raja Melaka 2. Kota Patani Sebuah tempat persinggahan Hang Tuah. 3. Balairung Hang Tuah dan Cin Cu bertarung 4. Benua Siam Hang Tuah membeli 6 ekor gajah dan berjumpa Raja Siam iaitu Phra Cau 5. Kuala– Hang Tuah dan Maharaja setia melawan pahlawan Jepun. BINAAN PLOT Permulaan-Perkembangan-Konflik-Klimaks-Peleraian TEKNIK PLOT Pemerian, Dialog, Imbas muka UNSUR SEJARAH 1. Tokoh bersejarah Laksama Hang Tuah, Phra Cau, Raja Melaka 2. Kenderaan bersejarah Gajah 3. Tempat bersejarah Melaka, Siam, Patani 4. Peristiwa bersejarah Hang Tuah diutus ke siam UNSUR MAGIS/KEAJAIBAN/LUAR BIASA 1. Unsur ilmu kebatinan Laksamana mempunyai ilmu batin apabila dia membaca pustakanya menyebabkan bedil tentera Jepun tidak berbunyi dan hanya mengeluarkan asap manakala pedang tentera Jepun jatuh daripada tangan sendiri ketika hendak menyerang laksamana.
SASTERA PANJI TEMA: Percintaan antara manusia. Cth: Raden Inu sangat menyayangi Ken Tambohan sehingga sanggup membunuh dirinya apabila dia melihat mayat isterinya itu. CIRI-CIRI SASTERA PANJI 1. Watak utama terdiri daripada anak raja Cth: Watak utama dalam cerita ini ialah Raden Inu iaitu anak kepada Sang Nata dan Permaisuri 2. Ada unsur kesaktian Betara Kala menghidupkan semula Raden Inu dan Ken Tambohan yang telah mati menggunakan kembang gandapula dan kembang Wijaya 3. Cerita berlaku di Jawa Cth: Latar tempat berlaku di Cempaka Jajar, negeri Jenggala, Tanah Jawa. 4. Bertemakan percintaan Raden Inu jatuh cinta kepada Ken Tambohan lalu berkahwin tetapi mendapat tentangan daripada permaisuri. PERWATAKAN RADEN INU 1. Seorang suami yang penyayang Cth: Raden Inu sangat menyayangi Ken Tambohan sehingga sanggup membunuh dirinya apabila dia melihat mayat isterinya itu 2. Seorang yang suka berburu Cth: Raden Inu sering berburu dengan wira wani dan pengikutnya di taman larangan, disitu dia berjumpa Ken Tambohan. 3. Seorang yang percaya pada takbir mimpi Raden Inu bermimpi Ken Tambohan ditangkap harimau lalu ghaib ke dalam hutan yg bermaksud akan berlaku penceraian dia dan isterinya. 4. Seorang yang taat pada ibubapa Raden Inu taat pada perintah ibunya untuk pergi ke hutan untuk berburu kijang dan pelanduk dan dibawa hidup-hidup. PERWATAKAN KEN TAMBOHAN/RADEN PUSPA KENCANA 1. Seorang puteri tawanan Cth: Ken tambohan merupakan puteri raja yang ditawan oleh Sang Nata dan ditempatkan di kota batu. 2. Seorang yang merendah diri Cth: Ken Tambohan menyatakan dia tidak setaraf dengan Raden Inu kerana dia puteri tawanan. 3. Seorang yang tabah Cth: Ken Tambohan tabah apabila dirinya dihina dan ditampar oleh Pemaisuri kerana hubungan cintanya tidak direstui. 4. Seorang yang percaya pada takbir mimpi Cth: Ken Tambohan bermimpi bulan jatuh ke pangkuannya dan tubuh badanya terang benderang tetapi dipinggangnya berbelit seekor naga PERWATAKAN PERMAISURI 1. Seorang yang kejam Cth: Permaisuri menitahkan Pelebaya untuk membunuh Ken Tambohan kerana dia tidak merestui hubungan anaknya itu. 2. Seorang yang mementingkan darjat Cth: Permaisuri tidak merestui hubungan Raden Inu dan Ken Tambohan kerana Ken Tambohan hanyalah puteri tawanan. 3. Seorang yang pendendam Cth: Permaisuri mencari cara untuk membalas dendam kepada Ken Tambohan dan ingin membunuhnya PERWATAKAN SANG NATA 1. Seorang yang adil Sang Nata adil dalam menjatuhkan hukuman kepada Pelebaya dan Permaisuri atas perbuatan mereka 2. Seorang yang penyayang Sang Nata sangat menyayangi Raden Inu dan bersedih atas kematian anaknya itu lalu meminta dewata mulia raya untuk menghidupkan semula puteranya PERSOALAN 1. Persoalan percintaan yang tidak mendapat restu ibu Bapa Cth: Percintaan Raden Menteri dengan Ken Tambohan ditentang oleh Permaisuri kerana tidak setaraf. 2. Persoalan perbezaan antara dua darjat. Cth: Ken Tambohan tidak disukai oleh Permaisuri kerana dia anak jarahan yang tidak diketahui asal-usulnya sedangkan Raden Inu anak raja. 3. Persoalan perasaan dendam terhadap orang lain. Cth: Permaisuri mencari jalan untuk membunuh Ken Tambohan kerana marah dan dendam terhadapnya 4. Persoalan keadilan dalam menjatuhkan hukuman Cth: Sang Nata berlaku adil terhadap Permaisuri dengan menghukumnya menjaga anjing perburuan manakala Pelebaya dihukum bunuh dan rumahnya telah dibakar. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah saling sayang menyayangi antara suami isteri. 2. Kita hendaklah taat pada ibu bapa 3. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan 4. Kita hendaklah adil dalam menjatuhkan hukuman 5. Kita janganlah bertindak kejam kepada orang lain 6. Kita janganlah mengamalkan sikap dendam NILAI -Nilai kasih sayang, nilai ketaatan, nilai keadilan, nilai ketabahan, nilai kesetiaan , nilai keprihatinan LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat yg percaya kepada takbir mimpi 2. Masyarakat istana 3. Masyarakat puteri tawanan 4. Masyarakat yg suka akan berburu 5. Masyarakat penyayang antara suami isteri/ keluarga 6. Masyarakat dewa-dewa LATAR TEMPAT 1. Negeri Cempaka Jajar Cth: Negeri Cempaka Jajar diperintah oleh Sang Nata 2. Istana yang dipagari oleh kota batu Cth: Tempat tinggal Raden Puspa Kencana semasa menjadi puteri tawanan. 3. Di dalam hutan Cth: Tempat Pelebaya membunuh Ken Tambohan ,KenPenglipur,Ken Tadahan. 4. Kayangan Cth: Tempat tinggal Dewata Mulia Raya,Betara Guru,Betara Kala 5. Sungai Cth: Tempat Raden Menteri bertemu mayat Ken Tambohan yang dihanyutkan atas sebuah rakit. BINAAN PLOT Permulaan-Perkembangan-Konflik-Klimaks-Peleraian UNSUR MAGIS/KEAJAIBAN/LUAR BIASA 1. Menghidupkan orang yang telah mati Cth: Betara Guru menitah Betara Kala turun ke dunia untuk menghidupkan Raden Inu dan Ken Tambohan menggunakan kembang gandapura dan kembang Wijaya, akhirnya mereka hidup semula. TEKNIK PLOT Pemerian, Dialog, Monolog dalaman, imbas muka, Imbas kembali
SASTERA HIKAYAT TEMA: Keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara yang akan membawa kebaikan kepada diri. Cth: Budak miskin menjaga anak ular naga, seekor helang dan seekor tikus. Hubungan keistimewaan ini membawa tuah kepada dirinya apabila dia mendapat pelbagai hadiah daripada penduduk, syahbandar dan raja. CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT 1. Berlatarkan alam nyata dan alam ghaib Cth: Berlaku di istana Raja, rumah syahbandar, di Pulau Cahaya Purnama, di tasik hijau 2. Ada unsur kesaktian Budak miskin mendapat tiga alat ajaib iaitu cincin hikmat, tongkat sakti dan parang puting. Cincin hikmat dan tongkat sakti dan mengeluarkan pelbagai jenis makanan sekelip mata manakal parang puting dapat menebang pokok dengan sendirinya, melawan musuh dan membesarkan dirinya. 3. Ada unsur pengembaraan Cth: Budak miskin mengembara ke dalam hutan tebal bersama tikus dan helang untuk mencara anak naga yang telah melarikan diri. 4. Watak-wataknya terdiri daripada manusia dan binatang Cth: Budak Miskin membela anak tikus, anak helang dan anak ular naga dijadikan sebagai kawan bermain menyebabkan semua penduduk dan syahbandar kagum kepadanya. PERWATAKAN BUDAK MISKIN 1. Seorang yang taat akan perintah Budak miskin taat akan perintah Syahbandar untuk datang bermain di rumahnya bersama anak ular naga, helang dan tikus. 2. Seorang yang suka akan binatang Budak miskin syg akan binatang peliharaanya iaitu anak ular naga, helang dan tikus kerana mereka sering makan bersamasama. 3. Seorang yg bijaksana Budak miskin bijak mencipta helah untuk mendapatkan tongkat sakti daripada hulubalang naga. 4. Seorang yg elok parasnya Hulubalang naga menyangka budak miskin merupakan dewa kayangan yg turun bermain kerana rupa paras budak miskin yg terlalu elok. PERWATAKAN BONDA BUDAK MISKIN 1. Seorang yang suka akan binatang Bonda syg akan binatang peliharaan budak miskin iaitu anak ular naga, helang dan tikus kerana mereka sering makan bersama-sama. 2. Seorang yg penyayang Bonda budak miskin bersedih dan meratap apabila mendapat tahu anaknya telah hilang ke dalam hutan PERWATAKAN SYAHBANDAR 1. Seorang yg pemurah Syahbandar menghadiahkan beras, padi dan kain baju kepada budak miskin kerana telah datang bermain dirumahnya bersama-sama anak ular naga, helang dan tikus. 2. Seorang yg prihatin Syahbandar prihatin melihat Bonda Budak Miskin yg menangis kerana kehilangan anaknya dan meminta bonda mengadakan kenduri untuk anaknya itu. PERWATAKAN ANAK ULAR NAGA 1. Haiwan yg mengenang jasa Anak ular naga mengenang jasa budak miskin yg telah menjaganya dari kecil hingga besar dan meminta budak miskin untuk meminta cincin hikmat daripada nenda ular naga. 2. Haiwan yg penyayang Ank ular naga sayang akan budak miskin dan tidak ingin budak miskin ditimpa kesusahan apabila dia berendam di sungai lalu membuat keputusan untuk pulang ke tasik hijau untuk berendam disana. PERWATAKAN NENDA ULAR NAGA 1. Haiwan yang mengenang jasa Nenda naga mengenang jasa Budak miskin yang telah menjaga anak ular naga dengan baik lalu menghadiahkannya cincin hikmat. PERSOALAN 1. Persoalan tentang ketaatan kepada pemerintah 2. Persoalan tentang kasih sayang terhadap binatang 3. Persoalan tentang tanggungjawab ibu terhadap anak Bonda budak miskin sentiasa menyediakan makanan untuk budak miskin dan haiwan peliharaanya untuk makan bersamasama. 4. Persoalan tentang kasih sayang dalam kekeluargaan PENGAJARAN 1. Kita hendaklah taat akan perintah 2. Kita hendaklah mengenag jasa orang yg telah membantu kita 3. Kita hendaklah sayang akan keluarga 4. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap anak 5. Kita hendaklah prihatin terhadap kesusahan orang lain NILAI Nilai ketaatan, Nilai mengenang jasa, Nilai kasih sayang, Nilai tanggungjawab, Nilai keprihatinan LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat feudal 2. Masyarakat kampung Orang kampung yg melihat budak miskin bermain bersama anak ular naga, helang dan tikus turut menghadiahkan beras, buah-buahan kepada budak miskin 3. Masyarakat yang pemurah 4. Masyarakat yg suka akan binatang 5. Masyarakat yg terdiri daripada binatang 6. Masyarakat yg mengenang jasa LATAR TEMPAT Kampung Syahbandar, Rumah budak miskin, Di balai raja, Di rimba yang besar, Di tasik hijau, Di kolam BINAAN PLOT Permulaan-Perkembangan-Konflik-Klimaks-Peleraian TEKNIK PLOT Pemerian, Dialog, Monolog dalaman UNSUR MAGIS/KESAKTIAN/LUAR BIASA 1. Cincin hikmat Dapat menyediakan sehingga 1000 hidangan makanan dalam sekelip mata. 2. Tongkat sakti Dapat mengeluarkan hidangan makanan Dapat membekukan sesuatu 3. Parang putting Dapat menebang pokok dengan sendiri Dapat terbang balik ke rumah tuannya Dapat berlawan dengan musuh Dapat membesarkan dirinya
RINDU SEORANG RAFIK TEMA Ikatan persahabatan yang utuh sehingga menimbulkan kerinduan apabila sahabat karib menyepikan diri. Cth: Aku terasa kehilangan sahabat karibnya Rosa yang menyepikan diri selama tiga bulan sejak percanggahan pendapat tentang Pedra Branca dan Pulau Batu Putih. PERSOALAN 1. Persoalan tentang semangat cinta akan negara dalam diri. 2. Persoalan tentang tanggungjawab dalam melaksanakan tugas 3. Persoalan tentang pertikaian tuntutan hak antara dua buah negara 4. Persoalan tentang kegigihan untuk mendapatkan kepastian 5. Persoalan tentang perbezaan latar belakang dalam persahabatan Cth: Aku dan Rosa mempunyai ciri peribadi yg berbeza namun dapat menjalinkan hubungan persahabatan yg akrab. PERWATAKAN AKU 1. Seorang yg gigih berusaha Aku berusaha untuk mencari sahabatnya Rosa yang telah lama hilang menyepikan diri dengan pergi ke apartmentnya namun Rosa tiada disana. 2. Seorang yg amanah Aku amanah dalam tugasnya dengan menyampaikan maklumat yang benar fakta dan tidak berkias. 3. Seorang yang bertanggungjawab Aku menjalankan tanggungjawabnya sebagai wartawan dengan sebaiknya meskipun fikirannya asyik memikirkan sahabatnya yg menyepikan diri. 4. Seorang yang taat akan perintah Aku menerima tugasan yang diberikan oleh ketuanya tanpa bersoal banyak untuk pergi ke Singapura. 5. Seorang yg cinta akan tanah air Aku menegakkan bahawa Pulau Batu Putih merupakan milik Malaysia bukanlah Singapura. PERWATAKAN ROSA 1. Seorang yg emosi Rosa emosi apabila berbicara tentang perebutan Pulau Batu Putih atau Pedra Branca di antara Malaysia dan Singapura. Menurut Rosa Pedra Branca milik Singapura. 2. Seorang yang cinta akan tanah air Rosa mempertahankan bahawa Pedra Branca milik Singapura bukanlah Malaysia. 3. Seorang yg tegas Rosa mempertahankan setiap apa yang berada di fikirannya seperti perebutan Pedra Branca dan persembahan dramatari Kunang-Kunang Gunung Ledang yg dilihat dari aspek seni tari. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah gigih berusaha dalam mendapatkan sesuatu. 2. Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tanggungjawab 3. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas 4. Kita hendaklah taat akan perintah 5. Kita hendaklah menanamkan semangat cinta akan negara NILAI Nilai kegigihan, nilai amanah, nilai tanggungjawab, nilai ketaatan, nilai cinta akan negara. LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat yg cinta akan tanah air 2. Masyakat yang berbeza pendapat 3. Masyarakat yg berbilang bangsa(Singapura, Malaysia, Indonesia, Presiden ICJ) 4. Masyarakat yg adil Malaysia dan Indonesia menyerahkan kuasa kepada ICJ untuk menentukan siapakah yg berhak ke atas Pulau Sipadan dan Ligitan. LATAR TEMPAT 1. Di Auditorium DBKL Pertemuan kali pertamanya dia dan Rosa di DBKL semasa pementasa dramatari Kunang-kunang Gunung Ledang 2. Di Apartment Woodland Rosa Aku pergi ke apartment Rosa untuk mencari Rosa yg telah menyepikan diri selama 3 bulan 3. Di Pulau Sentosa Aku teringat kemesraannya dengan Rosa semasa menaiki kereta kabel di Pulau Sentosa 4. Di Istana Keadilan Tempat perbicaraan tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan antara Malaysia dan Indonesia. 5. Di lapangan terbang Changi Aku bersyukur kerana kapal terbangnya telah selamat mendarat dan dia tidak menjadi mangsa peasawat terhempas SUDUT PANDANGAN Sudut pandangan orang pertama TEKNIK PLOT 1. Teknik Pemerian 2. Teknik Dialog 3. Teknik Imbas Kembali -Hubungan dua sahabat Tiga bulan yang lalu aku sering berhubung dengan Rosa sama ada melalui panggilan, SMS mahupun kiriman e-mel. -Titik pertemuan dua sahabat Aku mengingat kembali pertemuan kali pertamanya dia dan Rosa di DBKL semasa pementasa dramatari Kunang-kunang Gunung Ledang -Perselisihan dua sahabat Aku teringat pertengkaran dia dan Rosa tentang kedudukan dan perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura -Kemesraan hubungan dua sahabat Aku teringat kemesraannya dengan Rosa semasa menaiki kereta kabel di Pulau Sentosa
RES JUDICATA TEMA Usaha untuk mendapatkan keadilan untuk dirinya dan masyarakat. Cth: Peguam telah menyaman KTN kerana tren yang dinaikinya telah berhenti di tengah-tengah rel menyebabkan beliau terlepas penerbangannya ke Jakarta sekaligus terlepas peluang kontrak 27 juta ringgit. PERWATAKAN AKU 1. Seorang peguam Dia seorang peguam yang memiliki firma guaman sendiri dan telah berkhidmat selama 7 tahun. 2. Seorang yang berani Peguam berani menyaman syarikat KTN kerana merasa dirinya berhak untuk mendapatkan pembelaan atas kerugian kontrak 27 juta itu. 3. Seorang yg prihatin Peguam prihatin dengan nasib penumpang-penumpang pengankutan awam yg turut mengalami nasib yg sama atas ketidak efisiennya perkhidmatan yg disediakan. PERSOALAN 1. Persoalan tentang kepentingan menepati masa KTN disaman kerana perkhidmatan yang disediakan tidak menepati masa mengikut jadual yg telah ditetapkan menyebabkan ramai pelanggan yg terlambat 2. Persoalan tentang ketidakefisienan dalam perkhidmatan KTN dianggap tidak efisien apabila keluh kesah pelanggan tidak diendahkan dan tiada penambahbaikan dalam perkhidmatan. 3. Persoalan tentang keberanian dalam menuntut keadilan Peguam itu berani untuk menyaman pihak KTN atas tren yg dinaikinya berhenti di tengah-tengah rel menyebabkan dia telah terlepas penerbangan ke Jakarta sekaligus kontrak bernilai Rm27 juta. 4. Persoalan tentang keprihatinan terhadap sesuatu perkara Peguam itu prihatin dengan nasib penumpang-penumpang pengankutan awam yg turut mengalami nasib yg sama atas ketidak efisiennya perkhidmatan yg disediakan. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah menepati masa yang telah ditetapkan 2. Kita hendaklah efisien dalam perkhidmatan yang disediakan 3. Kita hendaklah berani dalam menuntut keadilan 4. Kita hendaklah prihatin terhadap nasib orang lain. 5. Kita hendaklah adil dalam menentukan sesuatu. NILAI -Nilai keberanian, Nilai keprihatinan, Nilai keadilan Mahkamah sebagai medium yg menentukan sama ada kes saman peguam tersebut mendapat kemenangan mahupun sebaliknya. Nilai kebijaksanaan Professor Ray Jay iaitu peguam dari pihak KTN bijak dalam ilmu undang-undang mengatakan bahawa kes saman ini tidak berasas kerana timbul secara berangkai. LATAR TEMPAT 1. Di foyer mahkamah Lelaki itu dikerumuni wartawan untuk ditemu ramah di foyer banggunan mahkamah berkaitan isu samannya terhadap KTN. 2. Di restoran mamak Sekumpulan remaja yang sedang menikmati makan malam di restoran mamak tersedak beramai-ramai mendengar hal tersebut dari skrin besar. 3. Di Stesen Sentral Kuala Lumpur Lelaki itu membeli tiket untuk pergi ke Stesen Sentral Kuala Lumpur 4. Di tengah-tengah rel Tren itu berhenti tanpa sebarang makluman awal di tengahtengah rel selama lebih kurang 1 jam. 5. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Lelaki itu dari Stesen Sentral Kuala Lumpur ingin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangannya ke Jakarta pada pukul 10 pagi. LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat peguam (Peguam dan peguam KTN) 2. Masyarakat yg prihatin Sekumpulan remaja dan tukang gunting rambut yang melihat berita tersebut terkejut mendengar kes saman RM27 juta tersebut. 3. Masyarakat golongan wartawan 4. Masyarakat pengguna perkhidmatan KTN Purata jumlah pengguna KTN dalam sehari adalah antara 90 000 sehingga 100 000 pengguna. SUDUT PANDANGAN Sudut pandangan orang ketiga TEKNIK PLOT 1. Dialog Perbualan antara peguam dan wartawan semasa ditemu ramah sebelum masuk ke dalam mahkamah. 2. Imbas kembali Reaksi masyarakat yang menatap akhbar pada pagi itu pula, juga seperti malam tadi, penuh pelbagai ragam. 3. Pemerian Hakim tersebut menggeleng-geleng sambil tangan kirinya mengusap-ngusap dagu yang licin tidak berjanggut ketika membaca laporan tersebut. iv) Monolog ” Heh, di bawah pokok mana peguam ini belajar undangundang?” kata hakim yg menonton berita kes saman RM27 juta itu seperti ada orang di dalam kamarnya.