❑ TARIKH : 16 MAC 2023 / 23 SYAABAN 144H ❑ HARI : KHAMIS ❑ MASA : 8.00 PAGI ❑ TEMPAT : DEWAN IBNU KHALDUN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UDA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN / PROGRAM TS25 KOHORT 6 Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah
TAKLIMAT WARIS TAHUN 1 SESI 2023/2024 Selamat Datang ke
PROFIL SEKOLAH NAMA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UDA ALAMAT LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH, 05350 ALOR SETAR DAERAH KOTA SETAR KOD SEKOLAH KBA2085 NO. TELEFON SEKOLAH 04-730 9269 NAMA GURU BESAR ENCIK AHMAD ZUBER BIN TAJUDDIN,PCK. NAMA PK PENTADBIRAN PUAN NOROLHUSNA BINTI HARUN,PJK. NAMA PK HEM PUAN AISHABANI BINTI ABDULLAH NAMA PK KOKURIKULUM ENCIK KHAIRUL AFIMI BIN ABDUL AFEEF
INFO SEKOLAH JUMLAH GURU 71 ORANG JUMLAH AKP 8 ORANG JUMLAH MURID 1057 ORANG MOTO SEKOLAH BERTEKAD SATU CITA TAGLINE SEKOLAH TU EXCELLENT
MATLAMAT SEKOLAH Melahirkan murid yang berketrampilan Modal Insan Kelas Pertama selaras denganTag Line Sekolah “TU EXCELLENT”. Moto sekolah terukir di atas dua simbol tapak berlengkung dan berkembar yang membawa maksud kesepaduan dan keutuhan. Simbol “BUKU” dan “BOLA” terletak di atas tapak-tapak ini menunjukkan pelajaran dan permainan sentiasa diawasi dan ditingkatkan. Lekuk bulatan di luar melambangkan skop pengajaran dan pembelajaran sentiasa diutamakan dan diawasi supaya mencapai kecemerlangan. LAMBANG DAN MOTO SEKOLAH
BENDERA SEKOLAH Bendera sekolah mengandungi tiga warna seiringan merah, kuning dan hijau yang melambangkan keharmonian dan perkembangan potensi murid-murid
VISI “PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA” MISI “MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA” MOTO SEKOLAH BERTEKAD SATU CITA
TAGLINE SEKOLAH “TU EXCELLENT”
GURU KELAS SESI 2023/2024 NAMA GURU KELAS PUAN SITI KHOLIJAH BINTI ABDUL RAZAK 1 SABAR PUAN KU NASRIZA BINTI KU AHMAD 1 KASIH PUAN RUSNIZA BINTI ABDUL RAZAK 1 TEKUN PUAN SITI KHALIJAH BINTI DERANI 1 USAHA PUAN ZULFA BINTI MD AZIZ 1 AMAL ENCIK MUHAMMAD ABDUL MU’ATI BIN MUHAMMAD YUSOF 1 DEDIKASI
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 (19 MAC 2023 HINGGA 13 APRIL 2023) OBJEKTIF : 1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal di Tahun Satu. 2. Membantu murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka dalam pembelajaran seterusnya. 3. Memberi penekanan dalam aspek sosioemosi, kognitif dan jasmani yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. 4. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru. 5. Membantu murid mengurus diri sendiri. 6. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta penyediaan untuk pembelajaran seterusnya.
FASA PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI 1. FASA PENYESUAIAN (19 – 30 MAC 2023) 2. FASA KESEDIAAN (2 – 13 APRIL 2023)
FASA 1 : FASA PENYESUAIAN
FASA 2 : FASA KESEDIAAN
KURIKULUM TAHUN 1 ➢KSSR SEMAKAN 2017 ➢SUBJEK 1. BM – BAHASA MELAYU 2. BI – BAHASA INGGERIS 3. MT – MATEMATIK / MATHEMATICS DLP 4. SN – SAINS / SCIENCE DLP 5. PJ – PENDIDIKAN JASMANI 6. PK – PENDIDIKAN KESIHATAN 7. MZ – PENDIDIKAN MUZIK 8. PSV – PENDIDIKAN SENI VISUAL 9. PI – PENDIDIKAN ISLAM BAHASA ELEKTIF 1. BA – BAHASA ARAB 2. BC – BAHASA CINA
BARANG LARANGAN ❑ Selipar atau kasut selain kasut sekolah kecuali atas sebab kesihatan ❑ Barang kemas/aksesori hiasan diri termasuk anting-anting, gelang tangan, gelang kaki dan lain-lain ❑ Alat solek (murid tidak dibenarkan bersolek ke sekolah) ❑ Telefon bimbit/jam yang mempunyai fungsi seperti telefon bimbit ❑ Barang mainan ❑ Senjata atau objek tajam dan berbahaya
POTONGAN RAMBUT YANG DIBENARKAN
FESYEN RAMBUT YANG TIDAK DIBENARKAN
TATACARA PEMAKAIAN SERAGAM SEKOLAH Kasut/stoking berwarna hitam
MAKLUMAT TAMBAHAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH ❑ Tudung hendaklah tudung biasa dan tidak beropol. ❑ Kasut sekolah hitam dipakai dengan stoking hitam. ❑ Kasut sekolah hendaklah tidak berfesyen. ❑ Pakaian sukan sekolah dipakai pada hari ada jadual Pendidikan Jasmani dan sekiranya diarahkan oleh guru.
PENGURUSAN DIRI ❑Tatacara kebersihan diri. Basuh tangan sebelum dan selepas makan. ❑Mohon ibu bapa mengajar anak-anak cara menggunakan tandas cangkung. Tiada tandas duduk untuk murid-murid. ❑Bersihkan/pam tandas setelah digunakan. ❑Etika penggunaan barang. Tidak mengambil barang rakan-rakan. ❑Sila tulis nama di kasut sekolah untuk mengelakkan tertukar. Murid akan membuka kasut apabila masuk ke Pusat Sumber, Surau dan bilik-bilik khas.
SPBT (SKIM PINJAMAN BUKU TEKS) ❑ Setiap murid akan menerima buku teks tahun 1 ❑ Semak buku teks yang diterima. Jika rosak, maklumkan kepada guru kelas untuk ditukar. ❑ Tulis nama murid dan balut buku teks yang diterima. ❑ Jika hilang, buku teks perlu diganti.
WAKTU MULA PERSEKOLAHAN, REHAT DAN MURID PULANG HARI WAKTU MULA SESI PEMBELAJARAN WAKTU REHAT TAHAP 1 WAKTU PULANG TAHAP 1 AHAD 7.45 PAGI 9.45 – 10.15 PAGI 12.45 TGH ISNIN 7.45 PAGI 9.45 – 10.15 PAGI 12.45 TGH SELASA 7.45 PAGI 9.45 – 10.15 PAGI 12.45 TGH RABU 7.45 PAGI 9.45 – 10.15 PAGI 12.45 TGH KHAMIS 7.45 PAGI 9.45 – 10.15 PAGI 12.45 TGH
KEHADIRAN KE SEKOLAH ❑ Mohon murid hadir ke sekolah setiap hari sebelum 7.30 pagi. 1. Hari Ahad – perhimpunan rasmi 2. Hari Isnin sehingga Rabu – Minda Bestari 3. Hari Khamis – SUMUR : Bacaan Yasin (murid beragama Islam) dan Pemantapan Sahsiah (murid bukan beragama Islam) ❑ Ibu bapa dibenarkan menghantar anak sehingga di pintu pagar sekolah sahaja. ❑ Murid akan bergerak masuk ke dalam kelas masing-masing. ❑ Jika murid tidak dapat hadir, sila kemukakan bukti bertulis dan maklumkan di dalam ‘GroupTelegram atau Portal idMe’ kelas untuk makluman guru kelas. ❑ Jika anak bergejala,tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
APDM (APLIKASI PANGKALAN DATA MURID) ❑ Sila kemaskini maklumat anak tuan/puan di dalam sistem APDM (Alamat, Nombor telefon, pendapatan dan lain-lain. ❑ Log masuk melalui link : https://public.moe.gov.my/ ❑ Kelayakan bantuan akan merujuk kepada pendapatan yang diisi oleh ibubapa di dalam sistem APDM. ❑Mulai 1 Mei ini, semua waris perlu daftar dan mengemaskini maklumat murid di dalam Portal Sistem Pengurusan IDentiti (https://idme.moe.gov.my). Sebarang perubahan akan dimaklumkan.
BANTUAN ❑ RMT (RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN) ❑ PROGRAM SUSU SEKOLAH ❑ KWAPM (KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN) ❑ Kelayakan bantuan di atas adalah seperti berikut: Pendapatan isi Rumah : RM1169 Per Kapita : RM310
BANTUAN ❑ BAP (BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN) • Bantuan awal persekolahan RM150 diberikan kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023 • Proses agihan BAP (Fasa 2) bagi murid Tahun 1 sesi 2023/2024 akan dijalankan bermula bulan April sehingga Julai 2023. • Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut: • Murid warganegara Malaysia: ▪ Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/24
BANTUAN ❑ BANTUAN DARI PEJABAT AGAMA (ZAKAT) ➢ Permohonan bantuan ini diuruskan oleh ibu bapa sendiri. Guru kelas akan maklumkan jika permohonan dibuka. ➢ Pengurusan penghantaran borang ke pejabat agama diuruskan sepenuhnya oleh ibu bapa/penjaga. ➢ Pihak sekolah hanya menerima senarai murid yang layak daripada pihak pejabat agama.
WAKTU PULANG MURID ❑Ibu bapa diminta mengambil murid mengikut waktu balik untuk mengelakkan murid berkeliaran dan menjaga keselamatan murid. ❑Penjaja di luar kawasan sekolah adalah di luar bidang kuasa pihak sekolah. ❑Mohon pesan pada anak supaya tidak merayau-rayau di luar pagar sekolah selepas waktu pulang. ❑Tunggu di tempat menunggu sehingga waris tiba. ❑Pihak sekolah/pengawal keselamatan tidak mempunyai kuasa mengawal pergerakan anak-anak di luar waktu sekolah dan di luar pagar sekolah.
ETIKA DI TELEGRAM GROUP KELAS ❑ Tujuan diwujudkan adalah untuk menyampaikan maklumat penting sekolah. ❑ Bincangkan perkara penting sahaja. ❑ Mohon tidak menghantar maklumat sensitif yang menyinggung perasaan ahli. ❑ Hormati guru-guru dan rakan ibu bapa yang berada di dalam telegram kelas. ❑ Segala permasalahan boleh terus merujuk kepada pihak pentadbir sekolah.
PENUTUP ❑Terima kasih kerana memilih SK Taman Uda sebagai tempat anak-anak tuan/puan menyambung pelajaran di peringkat sekolah rendah. ❑ Semoga kerjasama yang baik dapat terjalin antara ibu bapa dan guru serta pihak sekolah.
JAWATANKUASA PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2023/2024 SK TAMAN UDA