The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FOLIO MENGENAI KESIHATAN DAN PERPADUAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dinizafirah22, 2022-05-09 09:46:49

E-FOLIO KESIHATAN DAN PERPADUAN

FOLIO MENGENAI KESIHATAN DAN PERPADUAN

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK TUGASAN;
KESIHATAN DAN PERPADUAN

NAMA PENSYARAH;
EN FAISAL

NAMA PELAJAR;
ANAS SHAHMIN BIN AHMAD FAUZI (15DRM21F2006)
FAIZ BIN NIZAM (15DRM21F2010)
ROSDATUL NURUL AZREENI BT YUSOFF (15DRM21F2022)
NUR SHAFIQA BT HASNOL (15DRM21F2026)
NURDINI ZAFIRAH BT MOHD ZIN (15DRM21F2030)

SENARAI KANDUNGAN

PENGENALAN M/S 4

OBJEKTIF M/S 5

CONTOH DAN FAKTA M/S 6

KESAN M/S 7-10

KESIMPULAN M/S 11

PENGENALAN

Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi fizikal,mental dan
sosial dan tidak hanya seketika ketiadaan sakit. Dalam erti kata lain,
kesihatan dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk meneruskan hidup
dengan prospek positif.

Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah
masyarakat atau kumpulan yang merujuk kepada perhubungan sosial yang
mengaitkan antara sesama manusia (berlainan kaum,bangsa dan agama).

Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama antara
organisasi dalam bidang kesihatan dalam memastikan masyarakat dengan
tidak membezakan agama,bangsa dan kaum bagi memastikan kita semua
dapat mengecapi kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni.
Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya terdiri daripada pakar-pakar
dan staf yang berlainan bangsa dan agama, bersama-sama berkongsi
kepakaran dan kemahiran bagi memastikan kesihatan masyarakat terjamin.
Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik permulaan perpaduan
dan kesihatan ini berlaku.

HARI SUKAN NEGARA / BULAN SUKAN NEGARA SUKAN

Contoh pertama yang boleh kita ambil bagi menjelaskan dengan lebih sukan
mudah mengenai konsep kesihatan dan perpaduan ini ialah melalui
program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
“Hari Sukan Negara” yang disambut selama sehari pada minggu kedua
Oktober sejak 2015 telah ditukar namanya kepada “Bulan Sukan Negara”
yang diwujudkan mulai Oktober 2019. Penambahbaikan dan perubahan
konsep lebih kontemporari dan memenuhi keperluan semasa adalah
keutamaan sangat penting terhadap program Bulan Sukan Negara bagi
menjamin agenda “Sukan Untuk Semua” kekal relevan sepanjang zaman.
Tujuan sukan negaraUntuk menggalakkan semangat persaingan yang sihat
dan muhibah melalui sukan di kalangan individu, kumpulan masyarakat
dan antarabangsa.
Seperti yang kita lihat, agenda “Sukan Untuk Semua” itu dapat dikaitkan
serba sedikit mengenai perpaduan antara masyarakat ketika bersukan.
Contoh yang paling mudah diambil semasa Bulan Sukan Negara ini
dijalankan, kaum Melayu, Cina dan India sama-sama menyertai acara yang
dianjurkan tidak kira di sekolah mahupun komuniti setempat mereka.
Oleh itu, wujudnya kerjasama antara satu sama lain apabila bersukan
sekaligus dapat mencapai kemenangan ketika menyertai sesuatu acara
atau pertandingan.

Covid COVID-19

COVID Contoh terakhir yang dapat saya berikan di sini ialah mengenai penularan kes
pandemik Covid-19 di seluruh negara. Penularan kes ini menyebakan satu
dunia panik dan sistem organisasi kesihatan semakin sesak. Mari kita kupas
serba sedikit kaitan antara penularan kes ini dengan perpaduan di Malaysia.

Sebagaimana yang kita lihat, kes ini menjadikan kesemua petugas-petugas
barisan hadapan (frontliner) berkerjasama dan berganding bahu siang dan
malam bagi mengurangkan penularan ini berlaku. Selain itu, barisan-barisan
petugas hadapan (frontliner) yang terdiri daripada polis, tentera, doktor dan
sebagainya bertugas dan berkongsi kepakaran untuk memastikan fasiliti
keperluan dan keselamatan rakyat terjamin. Rakyat juga perlu bersama-sama
menjaga diri daripada dijangkiti penyakit ini selaras dengan tagline
“#kitajagakita”. Jelaslah bahawa dengan adanya perpaduan yang kuat
daripada rakyat Malaysia ini mampu dan berjaya menjadikan Malaysia antara
negara yang paling kurang catatan kes Covid-19 di seluruh dunia.

KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA
PERPADUAN ANTARA RAKYAT

KEHARMONIAN NEGARA AKAN TERJEJAS

Keharmonian negara terjejas bermaksud tiadanya
kesepaduan di kalangan rakyat. Kerjasama yang baik
antara rakyat sangat dititikberatkan di dalam proses
memberikan rawatan yang terbaik kepada rakyat.
Contohnya, sepanjang berlakunya penularan wabak
COVID-19 ini , rakyat tidak mempunyai matlamat yang
sama dengan pihak atasan untuk berkerjasama memutuskan
rangkaian wabak tersebut. Ini sekaligus menyebabkan
peningkatan kes dan kematian pesakit dari semasa ke
semasa dan menyebabkan kebimbangan bukan sahaja pada
pihak atasan malah terhadap kita juga. Sehubungan itu,
keharmonian negara juga tergugat dan memberikan impak
negatif yang agak besar kepada kesejahteraan rakyat
dan negara.

KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA
PERPADUAN ANTARA RAKYAT

ASPEK SOSIAL

Memang tidak dapat disangka bahawa komunikasi dua hala
yang baik antara masyarakat berbilang kaum merupakan
antara cabaran besar yang perlu dihadapi. Hal ini demikian
kerana tanpa komunikasi yang baik di antara rakyat dan
kesepakatan komunikasi dapat menjejaskan kejayaan sesuatu
program kesihatan seperti Bulan Sukan Negara dilaksanakan.
Contohnya, di dalam sesebuah komuniti yang terdapat
masyarakat yang berbilang kaum mempunyai komunikasi yang
kurang baik sesama kaum akan mewujudkan jurang antara satu
sama lain dan sekaligus menyukarkan kita untuk bersepadu
ketika melakukan perancangan aktiviti sepanjang Bulan
Sukan Negara. Selain itu, kesihatan sangat memerlukan
komunikasi dua hala antara satu sama lain terutamanya
ketika merawat , melawat dan melakukan pembedahan kepada
pesakit.

KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA
PERPADUAN ANTARA RAKYAT

WUJUD SIKAP MEMENTINGKAN DIRI DALAM MASYARAKAT

kita dapati terdapatnya segolongan masyarakat yang
sanggup menggadai prinsip politik, ekonomi, keadilan
dan prokemanusiaan demi kepentingan diri. Contohnya,
sesetengah rakyat yang tidak memberi kerjasama yang
baik untuk mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) semasa berlakunya wabak virus
jangkitan COVID-19. Sebagai contoh, rakyat lebih suka
mengikut kehendak mereka untuk keluar sesuka hati dan
tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa
mengambil berat tahap kesihatan orang lain. Hal ini
diperkatakan demikian kerana kita akan
mempropagandakan lagi keadaan sekaligus meningkatkan
bilangan kes COVID-19 tersebut melalui sentuhan dan
jarak yang rapat apabila bertemu kawan atau sebagainya.

KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA
PERPADUAN ANTARA RAKYAT

KESTABILAN EKONOMI NEGARA TERJEJAS

Sistem kesihatan dalam negara turut berfungsi bagi menstabilkan
ekonomi negara. Namun begitu, apabila wujudnya masalah
kesihatan seperti penularan wabak COVID-19, maka ini turut
menjejaskan lagi kestabilan ekonomi negara. Seiring dengan
pengumuman yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang telah mengistiharkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di seluruh negeri bermula pada 18 Mac 2020,
sudah pasti ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada
sistem ekonomi negara. Contoh dapat yang kita lihat, berlaku
peningkatan bilangan pengganguran, pegurusan peniagaan yang
tidak mendatangkan banyak keuntungan dan anak- anak muda yang
berhasrat untuk menyambung pelajaran juga terbantut . Oleh itu,
kestabilan ekonomi negara adalah sangat penting serta memainkan
peranan yang besar dari aspek kesihatan bagi membentuk
perpaduan negara yang aman dan harmoni.

KESIMPULAN

Tuntasnya, sektor kesihatan mampu membentuk dan
mewujudkan hubungan perpaduan yang utuh dan teguh
antara masyarakat. Konteks perpaduan itu sendiri telah
membawa makna yang sangat besar terhadap komuniti dan
negara kita yang tercinta. Kita sebagai rakyat
Malaysia perlu menjaga perpaduan yang terbina ini bagi
memastikan kesinambungannya pada generasi akan datang.
Jika tiadanya perpaduan antara masyarakat, maka
keharmonian negara akan tergugat dan sekaligus
menyebabkan penyatuan antara kaum dan bangsa itu
semakin hilang.


Click to View FlipBook Version