The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PERATURAN DAN SYARAT TADIKA INTAN BESTARI 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tadikaintanbestari, 2023-03-03 18:29:07

BUKU PERATURAN DAN SYARAT TADIKA INTAN BESTARI 2023

BUKU PERATURAN DAN SYARAT TADIKA INTAN BESTARI 2023

TADIKA INTAN BESTARI TADIKA INTAN BESTARI B5A0156 BUKU PERATURAN


tadikaintanbestari.com KANDUNGAN PENASIHAT TADIKA INTAN BESTARI 01 KENAL TADIKA INTAN BESTARI 02 VISI DAN MISI TADIKA INTAN BESTARI 03 OBJEKTIF TADIKA INTAN BESTARI 04 PERATURAN TADIKA INTAN BESTARI 06 BIDANG PEMBELAJARAN DI TADKA INTAN BESTARI 15 PROGRAM SELAIN AKTIVITI PEMBELAJARAN 17 TERIMA KASIH 18


01 PENASIHAT SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG. TN. HAJI ABDUL MALEK HAJI RAHMAT PENASIHAT TADIKA INTAN BESTARI PENASIHAT TASKA INTANKU BESTARI Assalamualaikum wr.wb dan salam sejahtera Firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak-anak kamu adalah cubaan hidup bagimu dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar.” Anak-anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga dan diberikan asuhan serta didikan yang baik sejak kecil lagi. Seperti kata pepatah: melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu anak-anak perlu diberikan didikan sejak kecil lagi agar menjadi anak soleh dan solehah, berbakti dan sentiasa mendoakan kedua ibubapanya. Sehubungan dengan itu, didikan yang terbaik adalah didikan yang benar-benar berpaksikan acuan al-quran itu sendiri. Oleh itu ,pihak Tadika Intan Bestari bersedia menawarkan sebuah tadika yang memberi penekanan dalam dua bidang sekaligus antara agama dan akedemik demi keseimbangan di dalam proses pendidikan anak-anak. Pihak pengurusan Tadika Intan Bestari mengucapkan selamat datang kepada anakanak ke Tadika Intan Bestari sebagai sebuah institusi pembangunan dan perkembangan anak anda. tadikaintanbestari.com


KENALI tadikaintanbestari.com 02 INTAN BESTARI 1998 Tadika Intan Bestari telah ditubuhkan secara tidak rasminya bermula dengan 8 orang pelajar. 2004 Tadika Intan Bestari telah ditubuhkan pada tahun 2004 secara rasminya. Tadika Intan Bestari merupakan sebuah tadika yang telah berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan agensi-agensi yang berkaitan dengan nombor pendaftaran JPS B5A 0156. INTAN BESTARI bermaksud permata hati yang perlu dipupuk dengan nilai-nilai murni dan ilmu pengetahuan yang sejajar dengan tahap perkembangan mereka agar terus bersinar demi menjadi modal insan yang berguna serta berkarisma kepada masyarakat, agama dan bangsa.


tadikaintanbestari.com 03 TADIKA INTAN BESTARI VISI & MISI Visi Tadika Intan Bestari ‘Kearah Perkembangan yang holistik’ Misi Tadika Intan Bestari Memberi peluang kepada kanakkanak memperolehi maklumat, pengalaman dan perkembangan yang menyeluruh sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar. Membentuk budaya cintakan ilmu pengetahuan terutama dalam konteks ajaran Islam.


tadikaintanbestari.com 04 TADIKA INTAN BESTARI OBJEKTIF KETERBUKAAN MINDA IBU BAPA/ PENJAGA Membuka minda ibu bapa bahawa pelajar merupakan individu yang boleh dan mudah menerima sesuatu pembelajaran dari seawal usia. KETERLIBATAN PELAJAR DALAM SEMUA AKTIVITI YANG DISEDIAKAN Meningkatkan semua aspek perkembangan pelajar untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian. MEMBENTUK POTENSI DIRI Melahirkan pelajar yang boleh membaca, menulis, mengira ,menakkul serta beketrampilan dengan penuh yakin sesuai dengan potensi diri mereka. “Ajarlah dan didiklah anak-anak kamu sesuai dengan zaman yang akan dihadapinya.” Umar al-Khattab


tadikaintanbestari.com 05 TADIKA INTAN BESTARI OBJEKTIF RUTIN HARIAN INTAN BESTARI Memberi pendedahan pendidikan, pergaulan dan pembinaan asas-asas Islam dalam diri kanak-kanak untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. PENGALAMAN BERMAKNA Menghasilkan insan yang berjiwa murni, berakhlak mulia, berdisiplin serta melahirkan bakal pemimpin yang akan datang selaras ajaran Al-Quran dan AsSunnah. PEMUDAHCARA Tadika Intan Bestari sebagai pemudahcara kepada ibu bapa untuk menanggani masalah penjagaan anak-anak bagi ibu bapa yang bekerja. Kanak-kanak tidak harus diajar dengan perkaraperkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah dengan berperingkatperingkat, dengan menggunakan latih tubi dan benda-benda maujud sebagai alat bantu mengajar.-Ibnu Khaldun


PERATURAN TADIKA INTAN BESTARI 06 WAKTU PERSEKOLAHAN Sesi Pagi : 7.30 hingga 11.30 am ( Isnin – Khamis ) : 7.30 hingga 11.00 am ( Jumaat ) Kelas Bacaan : 12.00 hingga 2.30 pm( Isnin – Khamis ) : 11.30 hingga 2.00 pm( Jumaat tadikaintanbestari.com WAKTU PERSEKOLAHAN BULAN RAMADHAN Sesi Pagi : 7.30 hingga 11.00 am ( Isnin – Jumaat ) Kelas Bacaan : 11.30 hingga 1.30 pm ( Isnin - Jumaat )


07 Penggal persekolahan dan cuti di Tadika adalah sama sebagaimana sesi penggal persekolahan seperti yang telah digariskan oleh pihak kementerian Pendidikan. Cuti Umum bagi negeri Selangor amnya dan Malaysia Khasnya adalah sama seperti yang telah digazetkan dalam kalender cuti umum Malaysia. PENGGAL PERSEKOLAHAN DAN CUTI tadikaintanbestari.com Intan Bestari Group begitu prihatin mengenai pelbagai risiko kemalangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ketika dalam perjalanan justeru itu pihak kami menyarankan skim perlindungan Takaful Ikhlas kemalangan diri berkelompok perlu dibeli oleh setiap pelajar. Kadar bayaran bagi seorang pelajar ialah bergantung kepada harga terkini pihak Insurans untuk setahun dan telah dimasukkan bersama di dalam bayaran yuran persekolahan. Perlindungan adalah untuk kemalangan kecil sepanjang berada di tadika. kos perlindungan rawatan maksimum hanya RM500 sahaja, tertakluk kepada terma dan syarat pihak insurans. iNSURANS KELOMPOK TADIKA INTAN BESTARI PERATURAN


08 YURAN a. Yuran Pendaftaran Yuran pendaftaran hendaklah dibayar apabila hendak membuat pendaftaran dan TIDAK BOLEH di pindah milik atau di tarik balik. b. Yuran Penggal ialah yuran tahunan yang wajib dibayar. Ia merupakan yuran buku kerja ‘worksheets’, buku tulis, alatulis serta bahan pakai buang untuk penggunaan 1 tahun pelajar. selain daripada itu ia juga bertujuan untuk aktiviti seperti sukan, lawatan, Kembara anak Soleh, Ihya Ramadhan, Bijak berbelanja dan lain-lain. Yuran ini TIDAK BOLEH dipindah milik atau di tarik baik. c. Yuran tambahan Yuran tambahan ialah yuran yang dikutip bagi tujuan baju seragam, baju sukan, buku baca, fotografi, Simulasi Haji, dan Hari bakat & Anugerah Kecemerlangan dibayar pada penggal pertama dan kedua persekolahan. sumbangan-sumbangan tertentu tidak termasuk. tadikaintanbestari.com TADIKA INTAN BESTARI PERATURAN


09 Yuran bulanan bagi program tadika adalah seperti yang telah ditetapkan di dalam skala yuran. Yuran hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 5hb pada setiap bulan. Pembayaran yuran bulanan adalah termasuk TIADA PENGECUALIAN yuran ke atas pelajar yang tidak hadir. Yuran hendaklah dibayar penuh. Yuran lebihan masa akan diambil sekiranya pelajar tadika di ambil lewat ½ jam dari jadual biasa. ( RM 10.00 / jam ) Yuran tidak boleh dipindah milik atau tidak boleh di ambil balik. Jika berlaku Pendamik Yuran perlu dibayar penuh dan kelas secara Online akan diadakan dan KITS pembelajaran akan disediakan. YURAN BULANAN tadikaintanbestari.com TADIKA INTAN BESTARI PERATURAN


10 Yuran bulanan bagi pakej tadika & penjagaan sepenuh hari adalah seperti yang telah ditetapkan di dalam skala yuran. Sila sertakan insurans kelompok untuk pakej ini. Bayaran adalah untuk sekali sahaja. Khidmat jagaan juga dijalankan seperti biasa sepanjang cuti sekolah. Pastikan pelajar MANDI dahulu sebelum sampai ke taska. Sabtu minggu pertama adalah cuti. Bayaran adalah PENUH. Pelajar yang mengambil pakej ini boleh mengikuti semua program yang akan dijalankan di Taska kecuali aktiviti 'Outdoor' caj akan dikenakan. Tiada pengecualian yuran ke atas pelajar yang tidak hadir. Yuran hendaklah dibayar penuh. Yuran hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 5hb pada setiap bulan. Yuran lebihan masa akan diambil sekiranya pelajar di ambil lewat ½ jam dari jadual biasa. ( RM 10.00 / jam ) YURAN PAKEJ TADIKA & PENJAGAAN SEPENUH HARI Yuran tidak boleh dipindah milik atau tidak boleh di ambil balik. tadikaintanbestari.com TADIKA INTAN BESTARI PERATURAN


11 Ibu bapa / penjaga yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan adalah disarankan untuk berhubung terus dengan pihak pengangkutan sendiri. Walau bagaimanapun pihak ibu bapa / penjaga perlu maklumkan kepada pihak kami mengenai perkhidmatan pengangkutan yang digunakan untuk tujuan keselamatan. Yuran tersebut hendaklah dibayar terus kepada pihak pengangkutan. YURAN PENGANGKUTAN tadikaintanbestari.com TADIKA INTAN BESTARI PERATURAN


12 Pembayaran yuran hendaklah dibayar secara TUNAI kepada guru besar atau penyelia bertugas sahaja. Bagi yang membuat bayaran secara online hendaklah menyerahkan slip bayaran kepada guru besar atau penyelia bertugas sahaja. Bayaran melalui cek hendaklah di tulis di atas nama TADIKA INTAN BESTARI Sila pastikan anda menerima RESIT RASMI selepas pembayaran melalui email dan simpan resit tersebut dengan baik. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN tadikaintanbestari.com TADIKA INTAN BESTARI PERATURAN


Sila maklumkan kepada pihak kami apabila pihak ibu bapa bercadang untuk menghantar orang lain ( selain ibu bapa / penjaga ) untuk mengambil pelajar melalui telefon atau what app beserta beberapa butiran berikut: KESELAMATAN PERHATIAN : Pihak kami tidak akan membenarkan anak tuan/ puan balik dengan orang yang tidak dikenali pasti jika maklumat yang dikehendaki tidak diberi. tadikaintanbestari.com 13 NAMA : NO. K.P : HUBNGAN : ALAMAT : NO. TELEFON: NO. KENDERAAN : TADIKA INTAN BESTARI PERATURAN


Pelajar akan DITAMATKAN PERSEKOLAHAN / PENJAGAAN jika didapati mempunyai yuran tertunggak sebanyak 2 bulan. Walau bagaimana pun Notis peringatan akan diberi pada bulan pertama untuk tindakan ibu bapa/penjaga DITAMATKAN PERSEKOLAHAN / PENJAGAAN tadikaintanbestari.com 14 TADIKA INTAN BESTARI PERATURAN


TADIKA INTAN BESTARI BIDANG PEMBELAJARAN DI taikaintanbestari.com 15 Rutin ( Perbualan Pagi dan Aktiviti Pembelajaran Hafazan Surah, Doa, Hadis, Sirah nabi dan rukun Praktikal Solat setiap hari 1. Perkembangan Bahasa Melayu Topik pembelajaran adalah mengikut tema yang telah disusun. Bacaan menggunakan siri Adik Pandai Baca Bahan bacaan luar sebagai tambahan bagi yang 'advance' 2. Perkembangan Bahasa Inggeris 3. Matematik Topik pembelajaran mengikut garis panduan KSPK Menggunakan teknik latihtubi lebih 100 soalan setiap hari 4. Sains Topik pembelajaran mengikut garis panduan KSPK Menambah aktiviti saintis 'eksperimen' bagi meningkatkan daya berfikir dan menakkul dikalangan pelajar 5. Topik pembelajaran adalah mengikut tema yang telah disusun. Bacaan menggunakan siri Kohwai & young. Bahan bacaan luar sebagai tambahan bagi yang 'advance'


TADIKA INTAN BESTARI BIDANG PEMBELAJARAN DI tadikaintanbestari.com 16 Seni Kreatif dan Estetika Menggunakan semua teknik lukisan yang terkandung di KSPK. Pergerakkan kreatif 6. Perkembangan Fizikal 7. Latihan kecerdasan fizal diadakan pada setiap hari Rabu. Perkembangan Kerohanian 8. Topik pembelajaran adalah mengikut tema yang telah disusun. Asas Jawi dan bahasa arab. Akhlak dan Sahsiah. Bacaan menggunakan siri 'Ibu Ajarku Jawi ( bg pelajar 6 tahun ) Bahan bacaan luar sebagai tambahan bagi yang 'advance'


PROGRAM SELAIN DARI PEMBELAJARAN AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI KIDS FAIR SI CILIK CERDIK HAJI SAMBUTAN MAULIDURASUL IHYA RAMADHAN 2 HARI 1 MALAM SIMULASI KETENTERAAN SMART SHOP TABUNG SEDEKAH SAYA BUSANA MERDEKA LAWATAN SAMBUTAN SYAWAL SIMULASI PILIHARAYA SUKANEKA SAMBUTAN HARI GURU BUKU SKRAP KEMERDEKAAN SAINTIS MUDA KEMBARA ANAK SOLEH 2 HARI SATU MALAM KEMBARA ALAM HARI BAKAT & ANUGERAH 'COOKING TIME' ICE-CREAM PARTY FAREWELL DI TADIKA INTAN BESTARI tadikaintanbestari.com 17


TERIMA KASIH +60169014960 Hubungi [email protected] Email Address Website Lot 586 Jalan Yadi, Telok Gadong 41250 Klang Alamat tadikaintanbestari.com


Click to View FlipBook Version