GAT 1043 PASCA TUAI MODULE E - S M A R T
GURU-GURU PRAKTIKAL Di sediakan oleh: Nurul Hamizah binti Mohd Arshad Hazwani Fitriah binti Che Ya Nurul Afiqah binti Mat Ishak
2.0 TUAI HASIL TANAMAN ISI KANDUNGAN 1.0 TUAI HASIL TANAMAN 1.1 Jenis Tanaman ........................................................................ 2 1.2 Kaedah Menentukan Indeks Kematangan .................... 4 1.3 Kaedah dan Peralatan Menuai ........................................... 8 1.4 Pengangkutan Hasil Tuaian ............................................... 10 1.5 Rekod .......................................................................................... 10 LATIHAN ......................................................................................... 11 3.0 SIMPAN HASIL PASCA TUAI 3.1 Jenis Hasil ........................................................................... 24 3.2 Jenis Penyimpanan ......................................................... 25 3.3 Rekod ................................................................................... 29 LATIHAN ................................................................................... 30 2.1 Jenis Peralatan dan Bahan Pasca Tuai ........................ 13 2.2 Proses Pasca Tuai ............................................................... 15 2.3 Faktor Kerosakan Hasil ................................................... 19 2.4 Rekod Hasil Pasca Tuai .................................................... 20 LATIHAN ..................................................................................... 22
1.0 HASIL TANAMAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Menyatakan maksud penuaian hasil tanaman. Mengenalpasti jenis tanaman. Menghuraikan indikator kematangan hasil. Menjelaskan peralatan dan kaedah menuai hasil. 1
Proses kemasakan buah yang berkait dengan respirasi atau pernafasan dan peningkatan pengeluaran etilen (ethylene) pada buah-buahan. Respirasi tidak hanya berlaku semasa buah masih melekat di pokok bahkan ia terus berlaku walaupun telah dipetik. Penuaian merupakan aktiviti memetik, mengutip atau memungut hasil tanaman yang telah mencapai peringkat kematangan yang dikehendaki. 1.1 JENIS TANAMAN 1.1.1 Klimaterik Buah-buahan klimaterik Buah-buahan bukan klimaterik Buah-buahan disebut sebagai klimaterik apabila jumlah Co2 yang dihasilkan semasa fasa pengeluaran buah menurun dan menjelang sinesen pengeluaran Co2 meningkat kembali dan setelah itu menurun kembali. Etilen yang dihasilkan akan meningkat ketika proses kemasakan dan menurun menjelang fasa kelayuan (sinesen). Contoh buah-buahan adalah epal, melon, mangga, durian, betik, pisang, nangka, manggis, markisa dan lainlain. Bagi buah-buahan bukan klimaterik, pengeluaran Co2 terus menurun secara perlahan sehingga ke peringkat sinesen. Etilen yang dihasilkan rendah. Contoh buah-buahan adalah nanas, delima, rambutan, labu, tembikai, strawberi, belimbing, anggur dan lain-lain. 2
INDEKS KEMATANGAN Indeks kematangan merujuk kepada parameter yang dapat digunakan dalam membuat anggaran peringkat kematangan yang sesuai bagi penuaian sesuatu jenis komoditi. Indeks kematangan penting bagi menentukan strategi pemasaran, kesesuaian waktu penuaian dan sebagai asas pengkelasan Contoh agensi yang mengeluarkan indeks kematangan bagi sayur sayuran dan buah buahan di Malaysia Indeks kematangan bagi sayuran https://anyflip.com/buwev/dley/basic 3
1.2 KAEDAH MENENTUKAN INDEKS KEMATANGAN SIFAT FIZIKAL Perubahan warna kulit, saiz dan bentuk buahbuahan atau sayur-sayuran apabila matang. Senang dileraikan melalui tekstur, bau, rasa masam dan pahit serta bunyj apabila ditepuk. SIFAT KIMIA SIFAT FISIOLOGI Melakukan analisis kimia iaitu melalui ujian keasidan, menganalisis kandungan gula (glukosa), kandungan kanji dan mengetahui pH. Melakukan pengiraan iaitu bilangan hari atau bulan selepas pokok mulai berbunga atau diubah ke kawasan tanaman. 4
Indeks kematangan belimbing Averrhoa carambola PAK21 PRESENTATION 5
Indeks kematangan rambutan Nephelium lappaceum PAK21 PRESENTATION 6
Indeks kematangan nanas Ananas comosus PAK21 PRESENTATION 7
1.3 KAEDAH DAN PERALATAN MENUAI 1.3.1 Manual Memetik boleh dilakukan dengan tangan, menggunakan alat atau kedua-duanya. Buah untuk pasaran segar dipetik dengan tangan bagi mengelakkan kecederaan. Cara memetik haxil juga mempengaruhi mutu buah. Pokok yang tinggi guna gunting bergalah atau galah berperangkap jaring. Memetik hasil dengan cara memulas atau menarik boleh menyebabkan kulit di bahagian tangkal dan bahagian pokok terkoyak serta cedera boleh menjadi laluan kepada jangkitan patogen dan seterusnya menyebabkab penyakit. 1) Pakai sarung tangan kain untuk aktiviti tuai hasil buah. 2) Gunakan gunting "scateurs" yang tajam untuk menuai hasil buah- buahan. 3) Sekiranya,buah yang hendak dipetik tinggi, gunakan scateurs bergalah untuk memetik hasil buah. 4) Pastikan buah yang dituai mencapai tahap kematangan yang dikehendaki. 5) Potong pada bahagian tangkai buah. Buah yang dipentik hendaklah beryangkai untuk kuanliti yang baik dan ketahanan. Langkah Menuai Hasil Buah 8
1.3.2 Mekanisasi Mekanisasi ladang ialah penggunaan jentera atau mesin untuk membantu melakukan kerja perladangan. Faedah penggunaan jentera Menjimatkan masa Menjimatkan tenaga kerja Menghasilkan keberkesanan kerja Menepati masa Memudahkan kerja Bagi pokok yang tinggi, alat-alat pembantu seperti tangga dan kenderaan pengangkst digunakan. Buah-buahan yang dipetik dimasukkan ke dalam karung atau bekas yang sesuai. Penuaian cara ini boleh mengelakkan buah daripada terhempas ke tanah. Penggunaan mekanisasi sepenuhnya untuk penuaian dilakukan di kawasan ladang yang luas. Alatan Menuai Sarung tangan Gunting pokok (scateurs) Gunting bergalah Galah berperangkap jaring Tangga Cangkul Sabit 9
1.5 REKOD 1.4 PENGANGKUTAN HASIL TUAIAN LORI Untuk jaminan kualiti hasil penuaian tanaman, kenderaan yang sesuai digunakan perlulah mempunyai pengudaraan udara yang mencukupi dan tertutup di atas kenderaan tersebut supaya hasil tuaian tidak terdedah kepada pancaran cahaya matahari atau hujan seterusnya bagi mengelakkan hasil tuaian tanaman cepat rosak. Rekod adalah sebarang catatan atau sekumpulan data yang mengandungi maklumat yang ada kaitan antara satu sama lain, diwujudkan dalam sesuatu urusan dan wujud dalam apa jua bentuk. Kandungan format rekod Tarikh pengeluaran hasil Jenis hasil yang dituai Nombor petak/ keluasan kawasan dituai Kuantiti hasil dituai 10
GAMILAB QUIZ KAHOOT QUIZ 11
2.0 KENDALI HASIL PASCATUAI 2.1 Jenis peralatan dan bahan Pascatuai 2.2 Proses pascatuai 2.3 Faktor kerosakan hasil 2.4 Rekod hasil pasca tuai
Objektif Pembelajaran: Dapat menyatakan dan mengenalpasti jenis peralatan dan bahan pascatuai Dapat memahami proses pascatuai dengan baik. Dapat mengenalpasti faktor kerosakan hasil dengan betul. Dapat memahami perekodan hasil pasca tuai dengan baik. 12
BAKUL LORI LADANG 2.1 Jenis Peralatan dan Bahan Pascatuai ALAT PENIMBANG SARUNG TANGAN SKATEURS KERETA SORONG 13
KOTAK PEMBUNGKUS KERTAS PELAPIK PITA PENGIKAT GUNI KOTAK KAYU BEG PLASTIK 14
2.2 Proses Pascatuai Pengasingan Pembersihan Penggredan Rawatan Hasil Pembungkusan Perlabelan 15
Pembersihan perlu dilakukan selepas kerja penuaian menggunakan air, kain pengelap atau berus pembersih untuk membuang kotoran seperti sisa tanah yang melekat pada hasil tuaian. Pengasingan Pembersihan Bertujuan mengelakkan jangkitan kepada buah-buahan yang masih elok. Dilakukan secara manual dan memerlukan kemahiran. Proses pengasingan dibuat mengikut ciri-ciri seperti: Cacat Pecah Rosak Serangan penyakit 16
Penggredan Rawatan Hasil Tujuan membantu penetapan harga terbaik, menjamin kualiti hasil, mengurangkan kerugian dan pembaziran hasil tanaman. Penggredan mengikut ciri-ciri dari segi: 1) Fizikal (saiz, berat, tekstur, warna dan bau) 2) Kimia (nilai pemakanan dan kandungan) 3) Biologi (peringkat kematangan atau kemasakan) Bertujuan memanjangkan “ shelf life “ setiap hasil tuai. Mengawal pertumbuhan kulat dan serangan bakteria, mengawal pengurangan air dalam buah dan mengurangkan tempoh buah rosak. Rawatan dilakukan secara fizikal dan kimia. 17
Antara bahan yang diperlukan dalam aktiviti pembungkusan ialah plastik, kertas pembungkus, pembalut buah, pengikat dan kotak. Di pasaran, terdapat berbagai-bagai jenis bahan pembungkus dan bekas pengisi yang digunakan. Bagi pasaran eksport, bekas dan bahan yang digunakan adalah bermutu tinggi berbanding pasaran tempatan. Sayur-sayuran = kertas pembungkus/ tape pengikat. Buah-buahan = plastik, kertas pembalut dan sarung jejaring poliuretana. Pembungkusan Perlabelan Melabel hasil tuaian menggunakan kertas pelekat atau bersesuaian perlu dilakukan mengikut jenis cultivar dan berdasarkan gred. Bagi memudahkan proses penghantaran produk dan penyusunan produk bagi aktiviti jualan. 18
2.3 Faktor Kerosakan Hasil Faktor Fisiologi Persekitaran Berpunca dari faktor dalaman tumbuhan dimana ada jenis tanaman/jenis kultivar tidak boleh tahan lama selepas dituai terutamanya bagi sayursayuran yang mempunyai kuantiti air tinggi. Keadaan suhu yang tinggi menyebabkan berlakunya penyejatan (kehilangan air) 19
2.4 Rekod Hasil Pasca Tuai Semua jenis hasil tuai yang sudah melalui proses pascatuai perlulah direkodkan bagi memastikan hasil produk selamat sehingga dipasarkan. A. Rekod Pasca Tuai Tanaman Jagung 20
B. Borang Rekod Pasca Tuai 21
Quizizz Kuiz 22
Penyimpanan Hasil 3. 0 SIMPAN HASIL PASCATUAI OBJEKTIF PEMBELAJARAN : 1.Mengenalpasti jenis hasil. 2.Menyatakan jenis - jenis penyimpanan hasil 3.Menghuraikan sekurang - kurangnya tiga jenis penyimpanan hasil. 4.Mengenalpasti rekod yang digunakan bagi hasil tuaian. Aktiviti mengumpul hasil di suatu tempat sementera menunggu waktu pemindahan yang tepat / menunggu perubahan harga yang terbaik untuk di pasarkan. TUJUAN Untuk mengimbangan penawaran dan permintaan pemasaran 23
1 3 Tumbuhan yang ditanam untuk tujuan hiasan dan projek reka bentuk landskap. Dipetik pada tahap kematangan yang sesuai seperti yang dikehendaki pasaran. Bagi pasaran eksport : dipotong pada tahap kematangan yang sesuai yang dikehendaki pasaran dan bagi mengekalkan kesegaran 3.1 JENIS HASIL BUAH - BUAHAN Dipetik pada tahan kematangan yang sesuai. Bagi pasaran segar , buah - buahan yang dipetik mestilah cukup matang agar ianya masak dengan sempurna serta dapat mengekalkan kualitinya terutamanya bagi tujuan eksport Tumbuhan / bahagian tumbuhan yang dimakan secara mentah atau di masak. Dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu jenis daun, buah & ubi. sayuran perlu dipetik pada tahap kematangan yang sesuai yang dikehendaki pasaran. Untuk mengekalkan kesegaran , sayuran yang dipetik cukup matang supaya boleh masak dengan sempurna bagi mengekalkan kualiti terutamanya nilai vitamin dan kesegaran TANAMAN HIASAN SAYUR - SAYURAN Penuaian merupakan aktiviti memetik, mengutip atau memungut hasil tanaman yang telh mencpai peringkat kematangam yang dikehendaki 2 24
3.2 Jenis Penyimpanan Jangka hayat sayuran segar yang boleh dipasarkan boleh dipanjangkan dengan mempercepatkan penyimpanan di dalam tempat yang boleh mengekalkan kualiti produk. Keadaan persekitaran yang dikehendaki boleh diperoleh melalui perkakasan dan kemudahan seperti suhu aliran pengudaraan, kelembapan relatif dan komposisi atmosfera boleh dikawal. Stor/ bilik simpanan boleh dikategorikan sebagai yang memerlukan sistem penyejukkan dan tidak memerlukan penyejukkan 25
SISTEM PENYIMPANAN TANPA PENYEJUK TANAH Kaedah penyimpanan yang digunakan oleh masyarakat India untuk menyimpan ubi kentang dalam jangka masapanjang dengan menimbus kentang dengan lapisan tanah. IN SITU Kaedah melengahkan penuaian sehingga ia diperlukan. Ia boleh digunakan bagi sesetengah jenis tanaman umbisi seperti ubi kayu (cassava) Penyimp CELLARS anan di bilik bawah tanah. Digunakan untuk menyimpan epal, kobis,bawang dan ubi kentang ketika musim salji ALUR / PARIT Di buat di hujung kawasan dan kawasan yang tinggi. Jerami dihamparkan di dalam alur dan produk dimasukkan. Lapisan jerami diletakkan diatas untuk menutup produk diikuti dengan lapisan tanah. PENYEJUKKAN EVAPORASI Angin disembur di atas permukaan air & memasuki bilik penyimpanan. Tahap penyejukkan bergantung kepada kelembapan udara & kecekapan evaporasi PENGUDARAAN MALAM Bilik penyimpanan mesti ditebat secukupnya apabila produk di simpan. Kipas dipasang di dalam bilik & dihidupkan apabila suhu malam di luar lebih rendah daripada suhu bilik 26
S I S T E M P E N Y E J U K K A N Kaedah lama bagi penyimpanan buah - buahan . Buah - buahan direndam di dalam air sejuk atau disiram keatasnya. Beberapa jenis bahan kimi juga dicampur di dalam air untuk menghalang kehilangan warna (pudar) dan penyakit. Proses penyejukkan memberi kesan ke atas kualiti buah. AIR COOLED STORAGE (KAEDAH PENYEJUKAN PENDINGIN UDARA) HYDROCOOLING (WATER COOLING) Ruang penyejukan yang direka khas untuk kondisi penyimpanan pelbagai jenis produk bagi tujuan mengekalkan tahap dan mengambil masa yang kurang untuk jangka masa penyejukan. Contoh : Chill Room, Freezer Room, Blast Freezer & Blast Chiller Video Penyejukan secara Hydrocooling 27
TOP OR LIQUID ICE ICING VACUUM COOLING Produk pembungkusan dengan ais boleh memberikan ‘insurans’ terhadap amalan rantai sejuk yang buruk dan mungkin dijangka oleh pelanggan untuk produk tertentu. Walaupun bagaimanapun, ais juga boleh menyebabkan kecederaan beku apabila ia digunakan dan meningkatkan reput dan penyakit jika ia cair. Sebelum trak sejuk dan ketersediaan biasa bilik sejuk, ais digunakan untuk menyejukkan hasil. Ais masih digunakan sekali sekala semasa pengangkutan, terutamanya untuk sayur brokoli. Sebab utama menggunakan ais adalah untuk memastikan produk sentiasa sejuk dan terhidrat, kelihatan baik apabila karton dibuka. Air yang digunakan untuk aising mestilah mempunyai standard mikrob yang tinggi. Penyejukkan vakum dibuat dengan merendahkan tekanan atmosfera di dalam bilik. Secara tidak langsung, ia merendakan tekanan wap air di dalam bilik dan menyebabkan perpeluhan serta menurunkan suhu buah - buahan. Penyejukan vakum berfungsi paling baik untuk produk yang kehilangan air dengan mudah seperti salad dan tanaman babyleaf. 28
Rekod bagi penyimpanan hasil tuaian adalah penting supaya dapat mengenal pasti bila penyimpanan dilakukan, keadaan hasil dalam simpanan dan tempoh penyimpanan dibuat. 3.3REKOD CONTOH - CONTOH REKOD Rekod Penyimpanan Hasil Tuaian1. 2. Rekod Pemeriksaan Hasil Tuaian 3. Rekod Pengeluaran Hasil Tuaian 29
LATIHAN 1.Nyatakan maksud penyimpanan hasil pascatuaian. 2. Terang jenis hasil pasca tuai di bawah. 30
LATIHAN 3. Isikan tempat kosong bagi sistem penyimpanan tanpa penyejuk. Penyimpanan tanpa penyejuk 4. Nama dan huraikan kaedah penyimpanan menggunakan sistem penyejuk bagi jenis penyejuk di bawah. LATIHAN 1 LATIHAN 2 31
Abdullah Hassan (1999), Pengendalian Lepas Hasil Tuai Buah-buahan dan sayuran Tropika, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Jabatan Pertanian Malaysia (1998), Pakej Teknologi Tanaman Orkid Komersil untuk Bunga Keratan, Jabatan pertanian Semenanjung Malaysia. Nota matapelajaran Pengurusan Tanaman Semester 2, Institut Pertanian Semenanjung Malaysia Pakej teknologi Tanaman buah-buahan, Jabatan Pertanian. Buku Teks Pertanian Tingkatan 5 (2017), Multi Educational Book Enterprise Pakej Teknologi Tanaman Peria (1997), Jabatan Pertanian. Rujukan 32