The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hananinordin95, 2022-06-19 12:17:09

MODUL PRS SULONG 2022

MODUL PRS SULONG 2022

Keywords: MODUL

6/23/2022
NHMN2022

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1 ENERGIZER
2
2 ICE BREAKING 3-8
2.1 MODUL 1
2.2 MODUL 2 9-18
2.3 MODUL 3
2.4 MODUL 4
2.5 MODUL 5

3 TEAM BUILDING
3.1 MODUL 1
3.2 MODUL 2
3.3 MODUL 3
3.4 MODUL 4
3.5 MODUL 5
3.6 MODUL 6
3.7 MODUL 7
3.8 MODUL 8

1

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

ENERGIZER

MODUL 1: Charlie Bear
https://www.youtube.com/watch?v=QJHPuv3Z3qI

MODUL 2 : TANGAN DIGOYANG-GOYANG
LANGKAH- LANGKAH :

1. Peserta dikehendaki menyanyi sambil membuat pergerakan mengikut rentak muzik.
Lirik :
Tangan digoyang-goyang bertepuk tangan,
Tangan digoyang-goyang peganglah bahu,
Tangan digoyang-goyang peganglah lutut,
Aaaa digoyang-goyang digoyang-goyang
MODUL 3: Fly
https://www.youtube.com/watch?v=3bhDOavsFE0

2

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

ICE BREAKING

3

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

MODUL 1: BALLOONS AND FUN

PENGENALAN:

Modul ini bertujuan untuk peserta saling berkenalan dengan cara melakukan aktiviti yang
menyeronokkan. Aktiviti dalam modul ini dapat memupuk sifat sopan dalam bertanyakan soalan kepada
orang lain. Modul ini juga dapat menimbulkan sifat sayang-menyayangi antara peserta dan seterusnya
dapat membiasakan diri peserta untuk berada di tempat baru.

OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti ini, peserta akan dapat:

i. Mengeratkan silaturrahim dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.
ii. Menimbulkan nilai-nilai positif dalam diri peserta.
MASA : 30 minit.

BAHAN :
i. Belon.
ii. Kertas soalan.
iii. Telefon/ laptop.
iv. Speaker.
v.

KAEDAH PENYAMPAIAN : Permainan dan perbincangan.

LANGKAH :
1. Fasilitator mengucapkan salam dan membaca basmalah.
2. Fasilitator bersama peserta memulakan aktiviti dengan membaca al-Fatihah.
3. Fasilitator mengarahkan peserta untuk membuat satu bulatan besar.
4. Fasilitator menerangkan cara aktiviti ini dijalankan.
5. Fasilitator akan meletakkan belon-belon yang telah ditiup yang mengandungi kertas soalan
di sekitar kawasan. Kertas soalan tersebut contohnya seperti “siapakah nama awak?” atau
“apakah hobi awak”.
6. Apabila muzik dimainkan, semua peserta perlulah mencari dan mendapatkan satu belon.
7. Di dalam kedudukan bulatan besar seperti tadi, peserta akan bergilir-gilir untuk bertukar
belon dengan orang lain.
8. Selepas bertukar belon, kedua-duanya akan meletupkan belon dan masing- masing diminta
untuk membaca soalan di dalam belon kepada pasangan.
9. Selepas kedua-duanya telah selesai menjawab soalan, fasilitator akan meminta peserta lain
untuk membuat perkara yang sama sehingga semua belon habis dipecahkan.
10. Setiap peserta diminta untuk bertanya dan menjawab soalan secara sopan.
11. Aktiviti ditamatkan dengan fasilitator meminta beberapa peserta memberikan refleksi
daripada aktiviti tadi.
12. Fasilitator memberi ulasan atau kesimpulan daripada aktiviti tadi

JANGKAAN:
Di akhir aktiviti ini peserta dijangkakan sudah saling berkenalan antara satu dengan yang lain. selain itu,
para peserta juga saling menghormati dan menyayangi. Hubungan di antara peserta juga rapat dan mesra.

4

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

FALSAFAH :
1. Tak kenal maka tak cinta.
2. Peserta dapat membina hubungan yang rapat antara satu dengan yang lain dengan
melakukan aktiviti bersama-sama.

MODUL 2 : DIRIKU SEORANG BISU

MASA : 30 minit

BAHAN : Bilik kosong atau luar daripada bilik yang diduduki

OBJEKTIF :

1. Mengurangkan perasaan tidak selesa antara ahli kelompok yang baru dikenali.
2. Melatih teknik-teknik komunikasi yang berkesan dalam kelompok yang ditubuhkan.
3. Mewujudkan sikap kerjasama dalam bimbingan kelompok.
4. Merangsang individu untuk bertindak dengan cepat mengikut apa yang ingin dicapai.

PROSEDUR :

1. Fasilitator mengalu-alukan kehadiran peserta dalam kelompok dan menunjukkan sikap yang
penuh kemesraan.

2. Fasilitator akan memperkenalkan diri kepada ahli-ahli kelompok.
3. Fasilitator memberitahu aktiviti yang akan dilakukan serta menerangkan peraturan aktiviti

tersebut.
4. Fasilitator melaksanakan demonstrasi aktiviti sebelum peserta melakukannya. Fasilitator

boleh memanggil beberapa peserta ataupun melakukan sendiri demonstrasi tersebut.
5. Peserta akan mula membuat aktiviti ini.
6. Aktiviti ini dilaksanakan dan diteruskan sehingga semua ahli kelompok menyelesaikan

aktiviti ini.
7. Setelah selesai, peserta perlu berkumpul dalam kumpulan kecil.
8. Fasilitator meminta wakil ahli kelompok untuk memberikan refleksi tentang aktiviti yang

dijalankan.
9. Fasilitator membuat rumusan keseluruhan tentang aktiviti ini.

RUMUSAN FASILITATOR :

1. Perhubungan yang baik antara ahli kelompok akan membentuk kerjasama yang berkesan.

5

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

2. Persefahaman antara ahli kumpulan mampu diterapkan dalam aktiviti ini.
3. Walaupun percakapan dilarang dalam aktiviti ini, ahli kelompok mampu mencari alternatif

lain untuk mencapai sesuatu.

MODUL 3: GAMBAR ROSAK

OBJEKTIF :
1. Pelajar dapat memahami betapa pentingnya komunikasi dalam kumpulan.
2. Pelajar dapat melahirkan semangat kekitaan sesama sendiri.
3. Pelajar dapat mengetahui kepentingan fokus semasa di kelas.
MASA : 45 minit
PERALATAN : kertas majung, marker
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN :

1. Sebuah lukisan diletakkan disebuah bilik atau ruang tertutup.
2. Ketua kumpulan akan membahagikan kumpulan mereka kepada seorang pemandang, seorang

pelukisdan baki ahli kumpulan akan menjadi talian telefon.
3. Salah seorang dari ahli mereka akan dipilih oleh fasi untuk menjadi pengkhianat yang akan

menyampaikan info yang salah kepada ahli yang lain.
4. Pemandang akan diberikan masa selamat 3 minit untuk melihat gambar yang digantung

disebuah bilik.
5. Setelah pemandang berpuas hati dengan ingatannya. Pemandang akan begerak ke arah talian

telefon yang merupakan ahli kumpulan yang berbaris. Pemandang akan menggambarkan apa
yang dilihat sehingga beliau berpuas hati.
6. Kemudian, talian 1 akan bergerak ke talian 2 untuk menyampaikan maklumat. Ia berterusan
sehinggatalian habis.
7. Talian terakhir akan menyampaikan kepada pelukis. Pelukis akan melukis berdasarkan apa
yang diceritakan kepadanya.

FALSAFAH : “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.”

6

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

MODUL 4: MENAIKI RAKIT

OBJEKTIF :
1. Melahirkan semangat kekitaan dikalangan pelajar.
2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama.
3. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak.
MASA : 45 minit
PERALATAN : Surat Khabar
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN :
1. Fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai.
2. Semua pelajar dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut.
3. Fasilitator mengoyakkan keryas surat khabar tersebut sedikit demi sedikit sehingga menjadi

kecil.Pelajar tidak dibenar meletakkan kaki di tempat yang tiada surat khabar (lantai).
4. Pelajar akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh.
5. Pelajar yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan pelajar lelaki dan

perempuan)
6. Fasilitator membuat rumusan dan kesimpulan terhadap aktiviti yang dijalankan bahawa

a. Kerjasama dalam sebuah kelompok atau kelas bagi pelajar tingkatan 1 atau 4 adalah
sangat penting kerana sama-sama belajar untuk mengadaptasi dengan sekolah baru.

b. Apabila kita berada di tempat yang baru dan tiada ahli keluarga, namun kita semua ada
rakan seperjuangan dan sebagai rakan kita perlu saling menghormati dan memahami
antara satu samalain.

c. Suatu kejayaan lagi bermakna jika mendapat memupuk semangat kekitaan antara ahli
kelompok. Pelajar tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri dan lakukan sesuatu
mengikut kehendak diri sendiri walhal ia adalah tugasan kumpulan.

FALSAFAH : “ sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk”.

7

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

MODUL 5: POTRET SAYA

SINOPSIS KANDUNGAN: Peserta akan meneka potret yang mereka dapat dan memberitahu
bagaimanamereka dapat mengenalpasti individu tersebut.
MASA: 1 Jam
BAHAN: kertasA4,pensel
OBJEKTIF:

1. Membuat pendedahan kendiri
2. Membina hubungan yang lebih berkesan
LANGKAH-LANGKAH:
1. Minta peserta melukis gambar/poster mereka sendiri dengan bentuk lukisan terbaik.
2. Tandatangan secara pendek(initial) potret yang telah dihasilkan.
3. Setelah selesai letakkan lukisan tersebut diatas lantai.
4. Minta peserta mengambil potret yang bukan miliknya.
5. Minta peserta mengenalpasti siapakah pemilik potret yang telah diambil.
6. Minta peserta mengenali rakan melalui tanggapan pertama (first impression).
PERBINCANGAN :
1. Tanya peserta bagaimanakah mereka berjaya mengenal pasti tuan punya gambar/potret?
2. Apakah masalah yang dihadapi? Bincangkan bagaimanakah mereka telah berjaya? Nyatakan

ciri-ciriberkaitan.
3. Minta peserta mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam.
4. Fasilitator memberi fokus yang positif kepada setiap peserta kesediaan peserta untuk cuba

melukiswalaupun pada permulaannya tidak selesa.
5. Berikan pujian kepada potret yang cantik.
6. Pada akhirnya, fasilitator perlu menanyakan kepada mereka tentang perasaan mereka apabila

dimintauntuk meneka potret rakan mereka.

FALSAFAH: Tak Kenal Maka Tak Cinta

8

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

TEAM BUILDING

9

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

MODUL 1: MENARA IMPIAN
TEMPOH MASA: 45 minit
KAEDAH PENYAMPAIAN: Permainan
PERALATAN YANG DIPERLUKAN: Barang-barang di sekeliling peserta
OBJEKTIF:

1. Mengekspresikan hubungan antara ahli kumpulan
2. Mencungkil bakat kreativiti
LANGKAH-LANGKAH:
1. Peserta akan membina menara mengikut kreativiti mereka tersendiri
2. Menara yang dibina adalah dengan menggunakan barang-barang yang ada di sekeliling mereka
3. Menara yang dibina adalah menunjukkan keindahan, keutuhan dan keunikan hubungan

dalamkumpulan masing-masing.
FALSAFAH: Impian Tidak Akan Wujud Tanpa Tindakan

10

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

MODUL 2: EXPLORACE – EMBRACE YOUR TEAM

TEMPOH MASA: 3 jam
KAEDAH PENYAMPAIAN: Permainan
PERALATAN YANG DIPERLUKAN:

Checkpoint 1: Kotak dan beberapa jenis
makananCheckpoint 2: Peti dan beberapa
bahan rahsia
Checkpoint 3: Botol dutch lady, twin cup dan bola ping
pongCheckpoint 4: Tiada
Checkpoint 5: Benang dan Manik

OBJEKTIF:

1. Melatih keberanian peserta dalam setiap permainan
2. Menguji ketahanan minda peserta serta ketangkasan dalam melakukan aktiviti
3. Melatih fokus dan ketelitian peserta dalam menyelesaikan cabaran

LANGKAH-LANGKAH:

Checkpoint 1: Santapan Diraja

1. 5 orang daripada ahli kumpulan sahaja dikehendaki untuk bermain.
2. Setiap ahli yang dipilih perlu menghabiskan makanan rahsia di dalam cawan mengikut turutan.
3. Ahli yang tidak terlibat dikehendaki untuk berdiri tegak dengan gaya mendepakan tangan serta

mengangkat sebelah kaki. Rehat hanya diberikan apabila peserta 1 selesai menghabiskan
makanan didalam cawannya dan seterusnya.

Checkpoint 2: Peti Puaka

1. Setiap ahli kumpulan dikehendaki untuk menutup mata dengan kain yang dibekalkan.
2. Secara berturutan, setiap ahli kumpulan dikehendaki untuk mencari barang rahsia di dalam setiap

kotakyang disediakan.
3. Kesemua barang rahsia yang Berjaya dijumpai perlu ditunjukkan kepada fasilitator yang

bertugas.Checkpoint 3: Ancaman Berganda

1. Setiap ahli perlu bermain secara beratur bagi cabaran ini.
2. Cabaran ini mempunyai 3 peringkat:

 Bottle Flip
 Flip Twin Cup
 Throw The Pong
3. Masa yang diperuntukkan adalah 5 minit.

11

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

4. Ahli yang gagal melakukan cabaran hendaklah ditukar dengan ahli yang lain seperti pas
bateri.Checkpoint 4: Know Know Arrived

1. Kumpulan tersebut perlu menghasilkan satu video bertemakan “Embrace Your Team”.
2. Durasi video adalah 3-4 minit.
3. Bahasa yang digunakan adalah bukan bahasa ibunda.
4. Video akan dirakam di checkpoint dan dinilai selepas tamat
explorace.Checkpoint 5: Susur Galur Kehidupan
1. Setiap ahli diminta beratur secara memanjang di garisan permulaan.
2. Individu 1 dikehendaki membuat pusingan gajah sebanyak 7 kali dengan pantas.
3. Seterusnya, berlari ke arah meja dan memasukkan benang ke dalam manik yang disediakan.
4. Masa setiap individu adalah selama 1 minit.
5. Semakin banyak manik, semakin tinggi markah.
FALSAFAH: Perjalanan Mencabar Mengukuh Silaturahim

12

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

MODUL 3: SAMBUT CINTAKU INI

SINOPSIS KANDUNGAN: Peserta akan secara berpasang-pasangan dalam kumpulan membaling
belonmenggunakan kain batik.

MASA: 1jam

BAHAN: Belon dan kain batik

OBJEKTIF:

1. Menerapkan nilai kerjasama dalam kumpulan
2. Mewujudukan kesedaran tentang kepentingan kerjasama kumpulan
3. Berfikir secara kritis
4. Berseronok sambil bermain

LANGKAH:

1. Pasukan yang terdiri daripada 8 orang setiap pasukan akan diberikan belon yang berisi air
tetapi saiz setiap belon berlainan.

2. Pelajar masing-masing menyediakan 3 kain batik setiap pasukan.
3. Belon berlainan saiz dengan berlainan markah akan diletakkan di hadapan peserta. Belon

terbesar yangdiisi air memegang markah tertinggi.
4. Pelajar akan berbaris panjang. Seorang pelajar akan berdiri di hadapan dan seorang lagi berdiri

dibelakang.
5. Pelajar yang berada di tengah, secara berpasang-pasangan akan bersama-sama memegang kain

batik setiap penjuru. Setiap kumpulan mempunyai 3 pasangan.
6. Apabila aktiviti bermula, pelajar yang berada di hadapan akan mengambil belon mengikut saiz

yang mereka mahukan sendiri kemudian membaling belon tersebut ke pasangan pertama.
7. Pasangan pertama akan menyambut belon tersebut dengan menggunakan kain batik.

Seterusnya pasangan tersebut akan membaling belon tersebut kearah pasangan seterusnya
menggunakan kain batik.
8. Pasangan seterusnya juga akan meyambut dan membaling semula belon kepada pasangan
terakhir. Pasangan terakhir akan membaling belon tersebut kepada pelajar terakhir.
9. Pelajar akan berusaha mengumpul belon berisi air sebanyak mungkin. Semakin banyak belon
yang dikumpul, semakin banyak markah.
10. Aktiviti ini berulang sehingga masa tamat.

PERBINCANGAN:

1. Menanyakan kepada pelajar apa yang mereka berjaya perolehi.
2. Pelajar seharusnya memahami konsep kerjasama yang perlu mereka terapkan kerana tanpa

kerjasama pasukan mereka tidak akan dapat membaling belon tersebut dan mengumpul mata
terbanyak.
3. Aktivit ini juga dapat menguji tahap kesefahaman dan toleransi antara pelajar. Tanpa
kesefahaman dantoleransi, mereka akan gagal dalam aktivit ini kerena sudah pasti mereka akan
bergaduh sesama sendirikerana ada pelajar yang tidak ada kesabaran dalam diri.

FALSAFAH: Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing

13

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

MODUL 4: MENARAKU
JANGKAMASA: 1jam
ALATAN: Surat khabar, straw dan tape
OBJEKTIF:

1. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran didalam melaksanakan tugas.
2. Peserta dapat menguruskan masa dengan tepat dalam keadaan yang terdesak.
PROSEDUR:
1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta mengenai tugas yang perlu dilaksanakan.
2. Fasilitator dan peserta membincangkan aspek keselamatan, pengurusan masa, keunikan Menara

yangbakal dibina dan kerjasama ahli kumpulan.
3. Semua ahli kumpulan perlu menyiapkan menara berdasarkan bahan yang diberi oleh fasilitator

dalammasa 1 jam.
4. Kumpulan diminta untuk menamai menara yang dihasilkan. Dan kemudian, hasilnya perlu

dipertandingkan dengan kumpulan lain.
FALSAFAH: Tenang menghadapi saat-saat genting keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam

14

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

MODUL 5: AKU PERCAYA KAMU 100%

PENGENALAN :

Kepercayaan sangat diperlukan didalam sesebuah kumpulan yang akan ditubuhkan mahupun yang
telah ditubuhkan. Oleh itu, walaupun pengenalan antara ahli baru sahaja dibina namun setiap ahli di
dalam sesebuah kumpulan haruslah mempunyai sekurangkurang lebih daripada separuh kepercayaan
terhadap ketua mahupun seseorang yang ditugaskan untuk memimpin sesebuah kumpulan tersebut.
Agar segala pentadbiran ataupun aktiviti yang akan dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar.

OBJEKTIF AKTIVITI:

1. Memastikan murid mempunyai sifat yakin dan percaya kepada seseorang ahli didalam
sesebuah kumpulan.

2. Melatih murid mendengar kata seseorang yang dilantik didalam kumpulan bagi menyelesaikan
aktiviti.

MASA: 30 minit

SASARAN: Murid
tingkatan 5BAHAN:
Belon dan pensil
LANGKAH - LANGKAH:

1. Fasilitator akan membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang kecil.
2. Didalam setiap kumpulan, murid akan melantik seorang ketua bagi mengendalikan arahan

yang diberikan oleh fasilitator.
3. Fasilitator akan menutupi mata murid-murid kecuali ketua setiap kumpulan dengan

menggunakan kainsambil tangan mereka memegang pensil dan memastikan belon yang berada
ditengah mereka tidak jatuh ke lantai.
4. Ketua setiap kumpulan akan bersama-sama memegang pensil untuk menampung belon
tersebut dan memberi arahan kepada ahli kumpulan mereka untuk bergerak ke destinasi yang
ditetapkan.
5. Setiap kumpulan akan diberikan destinasi yang berbeza-beza. Oleh itu, ketua kumpulan vi.
Perlu memastikan kumpulan mereka sendiri tidak berlanggar dengan kumpulan yang lain.

JANGKAAN:

Kepercayaan didalam sesebuah kumpulan akan mula terwujud terhadap ahli-ahli kumpulan yang lain
bagi melaksanakan aktiviti dengan mudah. Oleh itu, peserta akan mula tidak mementingkan diri
sendiri dan mula tertumpu kepada seorang ketua untuk mencapai objektif sesebuah kumpulan.

FALSAFAH:

Kepercayaan sangat penting dalam sesebuah kumpulan agar kerja-kerja yang dilakukan dapat
dilaksanakan dengan sempurna.

15

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

MODUL 6: APA YANG PENTING ? KERJASAMA !

PENGENALAN :
Dengan modul ini pelajar dapat mengetahui tentang kelebihan dan kelebihan yang ada pada diri
mereka sertamemupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan dalam mencapai satu matlamat
yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF AKTIVITI:
1. Mewujudkan sikap tanggungjawab dalam diri setiap peserta.
2. Memupuk sikap tolong menolong dan bekerjasama dalam diri peserta.
MASA: 30 minit
SASARAN: Pelajar Tingkatan 5
BAHAN: Pen maker, kertas mahjung dan tali
LANGKAH-LANGKAH:
1. Setiap peserta akan diberi sekeping kertas mahjung, tali dan pen maker.
2. Semua peserta diminta mengikat tali pada pen maker yang diberikan.
3. Setiap peserta perlu memegang tali yang telah diikat pada marker tersebut.
4. Peserta perlu menulis perkataan KERJASAMA di atas kertas mahjung yang diberikan
bersama-samaahli kumpulan dengan hanya memegang pen maker tersebut menggunakan tali yang
diikat padanya.
5. Aktiviti selesai apabila peserta berjaya menulis perkataan KERJASAMA tersebut.
JANGKAAN:
Peserta akan lebih merapatkan hubungan dan bekerjasama antara satu sama lain untuk
memikirkan strategiyang lebih bagus bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.
FALSAFAH:
Ikatan Yang Kuat Mampu Mewujudkan Kerjasama Yang Utuh.

16

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

MODUL 7 : MENARA SPAGETI MARSHMELLOW

OBJEKTIF:
1. Mewujudkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan
2. Menggalakkan persepakatan dan perpaduan sesama ahli kumpulan
3. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap ahli untuk
menyelesaikan tugasan
4. Untuk melihat sikap toleransi, bekerjasama, percambahan fizikal, pemikiran
kreatif dan konsep kendiri peserta

MASA: 40 Minit
BAHAN-BAHAN:

1. Spagetti
2. Marshmellow

LANGKAH :
1. Mengarahkan peserta untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada
ahli kumpulan
2. Membahagikan peserta kepada empat kumpulan kecil dan setiap kumpulan
mempunyai 4 atau 5 orang ahli
3. Setiap kumpulan diberikan 25 batang spageti dan marshmellow
4. Dalam masa 15 minit, setiap kumpulan dikehendaki membina sebuah
menara mengikut kretiviti mereka sendiri
5. Selesai melakukan aktiviti tersebut, peserta diberi peluang untuk
menyatakan pengalaman dan perasaan sepanjang melakukan aktiviti ini

LAMPIRAN:
1. Ketinggian menara yang dibina
2. Sikap kerjasama dalam kumpulan

17

MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA NEGERI PAHANG 2022
MESRA CAKNA KOMUNITI

MODUL 8: TUNNEL TRACK
PENGENALAN :
Dengan modul ini pelajar dapat mengetahui tentang semangat kerjasama antara ahli
kumpulan dalam mencapai satu matlamat atau destinasi yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF AKTIVITI:
1. Menerapkan nilai kerjasama dalam kumpulan
2. Mewujudukan kesedaran tentang kepentingan kerjasama kumpulan
MASA: 30 minit
BAHAN: kertas tunnel
LANGKAH-LANGKAH:
1.Peserta berada dalam kumpulan.
2. setiap kumpulan diberi satu kertas tunnel.
3. Fasilitator memberi arahan dengan “peserta dikehendaki berjalan di dalam kertas
tunnel secara berkumpulan dan memijaknya sehingga ke destinasi tanpa putus dan
terkoyak”.
4. Jika kertas tersebut terkoyak, kumpulan tersebut dikira kalah
5. Fasilitator akan meminta beberapa peserta memberi refleksi dalam permainan ini.
JANGKAAN:
Peserta akan lebih merapatkan hubungan dan bekerjasama antara satu sama lain untuk
memikirkan strategiyang lebih bagus bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.
FALSAFAH:
Ikatan yang kuat mampu mewujudkan kerjasama yang utuh.

18


Click to View FlipBook Version