The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

manual pengurusan asrama ar-raudhah SMKBTS 2024/2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siti meriam, 2024-01-03 00:38:25

e-manual pengurusan asrama ar-raudhahSMKBTS

manual pengurusan asrama ar-raudhah SMKBTS 2024/2025

EDISI 2024/2025 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA ASRAMA PUTERI AR-RAUDHAH SMK BANDAR TASIK SELATAN


Tinta bicara Pengetua Prakata PK HEM Misi & Visi Asrama Transformasi asrama harian 2013-2025 Jawatankuasa pengurusan asrama Carta organisasi asrama Bidang tugas Peraturan AM asrama Perancangan tahunan asrama Jadual warden bertugas Jadual balik bermalam Rutin harian Carta alir pelbagai Lampiran manual pengurusan - Panduan tatacara pengendalian kes - Surat Pekeliling, Surat Siaran dsb I S I K A N D U N G A N disediakan oleh : siti meriam bt mohd noor asrama puteri ar-raudhah smk bandar tasik selatan 01 02 03 04 - 06 07 08 09 - 10 11 - 16 17 18 19 20 - 22 23 - 31 32 - 38 39


tinta bicara pengetua Bersyukur saya kepada Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurniaNya, Manual Pengurusan Asrama Ar-Raudhah 2024/2025 dapat direalisasikan untuk panduan semua warga asrama. Pada tahun 2024 ini, saya berharap agar semua warga asrama dapat bersama-sama memberi komitmen dan tenaga dalam melaksanakan apa jua program dan aktiviti asrama yang telah dirancang agar semuanya dapat dijalankan dengan baik dan sempurna demi menjaga kebajikan asrama dengan sebaiknya. Saya juga berharap agar kejayaan dan kecemerlangan dalam semua bidang kurikulum, hem dan kokurikulum akan dapat dicapai bersama. Marilah kita bekerja sebagai satu pasukan yang terbaik kerana ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. inshaAllah, kita dapat mengejar kejayaan bersama. Akhir kata dari saya, semoga sesi persekolahan tahun ini akan meningkatkan lagi profesionalisme dan kualiti yang menuntut kepada perubahan bagi menjamin asrama SMK Bandar Tasik Selatan mencapai prestasi yang membanggakan dan akan membawa kejayaan yang gemilang. Selamat bertugas dengan cemerlang. 01 ZAHURA BINTI MD. AMIN PENGETUA, SMK BANDAR TASIK SELATAN, 57000 KUALA LUMPUR.


prakata pk hem 02 Alhamdulillah terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan mengcuapkan tahniah kepada semua unit asrama kerana bejaya menghasilkan manual pengurusan asrama buat julung kalinya. Panduan pengurusan asrama ini memudahkan semua warga asrama dan mengetahui bidang tugas masing-masing dalam melaksanakan aktiviti dengan lebih berkesan dan berfokus. adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dalam memastikan usaha menyediakan asrama yang kondusif kepada murid dapat dilaksanakan dengan baik. Peranan dan tanggungjawab semua komuniti pengurusan asrama sangat besar dan memberi impak kepada diri murid. Akhir kata dari saya, marilah kita bersama-sama dalam satu kumpulan organisasi menjadi sebuah pasukan yang berkesan demi anak didik kita. Ini adalah satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dalam mendidik murid-murid. SITI ZAINAB BINTI RAMNOON PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, SMK BANDAR TASIK SELATAN, 57000 KUALA LUMPUR.


misi & visi asrama 03 Merialisasikan pembentukan warga asrama SMK Bandar Tasik Selatan sebagai insan cemerlang yang berjati diri dan mempunyai asas keimanan yang cemerlang dalam pelajaran, jasa dan bakti kepada masayrakat, agama dan negara. visi misi Mendidik murid asrama SMK bandar Tasik Selatan menguasai bidang agama dan teknologi moden. 1. Membentuk murid asrama SMK Bandar tasik Selatan supaya berdikari, cekap, kompetitif dan taat kepada agama, bangsa dan negara. 2. Melahirkan murid asrama SMK Bandar Tasik Selatan yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan beristiqamah ke arah masyarakat madani yang diredhai Allah SWT. 3.


04 transformasi asrama harian 2013-2025


05 transformasi asrama harian 2013-2025


transformasi asrama harian 2013-2025 06


jawatankuasa pengurusan asrama 07 pengetua puan zahura binti md. amin no. tel : 012-2733486 pk hem puan siti zainab binti ramnoon no. tel : 019-3867288 warden 1 puan siti meriam bt mohd noor no. tel : 011-10614195 warden 2 puan nur ain afira bt abu bakar no. tel : 013-4974725 warden 3 cik nur syahirah bt mohd sukri no. tel : 017-4588210 warden 4 puan habsah bt hassan no. tel : 012-6832492 penyelia asrama puan haryani bt hamid no. tel : 019-6744062


carta organisasi asrama 08 pengetua pk hem warden 1 warden 2 warden 3 warden 4 penyelia arama ketua asrama penolong ketua asrama ketua disiplin bendahari penolong ketua disiplin setiausaha badar keceriaan dewan makan logisitk kebajikan riadah it tugas khas


Bidang tugas 09 1. Mewakili Pengetua/PK HEM dalam asrama dan bertanggungjawab mengenai dasar dan tatatertib asrama serta penghuni-penghuni asrama. 2. Menentukan dasar-dasar asrama yang telah diputuskan oleh Jwatankuasa Pengurusan Asrama dilaksanakan sepenuhnya. 3. Menyelia dan menentukan segala tugas warden asrama dan pembantu pengurusan murid dilaksanakan dengan berkesan. 4. Memeriksa buku laporan harian warden bertugas dan buku laporan pembantu pengurusan murid serta melaporkannya kepada Pengetua/PK HEM. 5. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa pengurusan asrama sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan merekodkan perjumpaan tersebut untuk dikemukakan kepada Pengetua. 7. Mengadakan perjumpaan dengan penghuni asrama sekurang-kurangnya dua bulan sekali. 8. Bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas warden dan pembantu pengurusan murid. 9. Memantau dan memastikan kerja semua warden, penyelia asrama dan pembantu pengurusan murid berjalan dengan lancar. 10. Menjalankan pemantauan kekemasan. kebersihan, keceriaan dan keselamtan asrama. 11. Memastikan pengurusan fail, dokumen dan rekod asrama teratur dan sentiasa kemaskini. 12. Meamstikan semua laporan berkaitan asrama dikemaskinikan pada setiap masa. 13. Bertanggungjawab dalam pengurusan disiplin, kaunseling, dan program pembangunan insan di asrama. 14. Bertanggungjawab dalam pemantauan penyediaan manual pengurusan asrama, perancangan aktiviti asrama dan takwim asrama. 15. Memeriksa laporan dan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti bekerjasama dengan kaunselor dalam membantu penghuni bermasalah samada masalah disiplin, akademik atau peribadi. 16. Bekerjasama dengan penyelia asrama bagi memastikan kelengkapan dan prasarana asrama mencukupi dan berada dalam keadaan baik. 17. Memantau tugas dan laporan yang dikemukakan oleh penyelia asrama. 18. Membantu menguruskan kemasukan penghuni asrama seperti penyediaan borang/dokumen, penempatan bilik, taklimat kemasukan, orientasi penghuni baru dan sebagainya. 19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/PK HEM dari semasa ke semasa. 1. Menguruskan surat menyurat serta maklumat berkaitan asrama mengikut kod fail yang ditetapkan dari semasa ke semasa dengan kerjasama penyelia asrama. 2. Menguruskan panggilan mesyuarat dan bertanggungjawab melicinkan perjalanan mesyuarat atau program yang dirancang. 3. menyediakan minit mesyuarat, mencatat dan merekod perjalanan mesyuarat. 4. Mengedarkan pekeliling atau arahan pihak pengurusan asrama dari semasa ke semasa dengan kerjasama penyelia asrama. 5. Mengemaskini fail-fail asrama dengan kerjasama semua komuniti asrama. 6. Menyedia dan mempamerkan carta organisasi dan papan informasi asrama. 7. Membantu dalam menguruskan kemasukan penghuni asrama seperti penyediaan borang/dokumen, penempatan bilik, taklimat kemasukan, orientasi penghuni baru dan sebagainya dengan kerjasama penyelia asrama. 11. Menerima dan menjalankan arahan Pengetua/PK HEM/Ketua Warden dari semasa ke semasa. ketua warden setiausaha


Bidang tugas 10 warden 1. Mengurus kemasukan penghuni asrama dan menyediakan jadual waktu harian asrama dan menentukan penghunipenghuni asrama mematuhinya. 2. Bertanggungjawab ke atas disiplin asrama dan menentukan bahawa para penghuni mematuhi peraturan asrama dan sekolah. 3. Bertanggungjawab ke atas kelakuan/tingkahlaku penghuni asrama dan memberi tunjuk ajar yang sewajarnya. 4. Membantu mengurus dan melaksanakan program yang berkaitan dengan sahsiah dan disiplin di asrama. 5. Melakukan pemeriksaan mengejut (spot-check/roll call). 6. Mengemaskini fail yang berkaitan dengna kerjasama setiausaha asrama dari semasa ke semasa. 7. Mengawasi dan memantau keluar masuk para penghuni asrama pada hujung minggu, masa cuti dan masa-masa tertentu seperti keluar dari asrama atau balik bermalam. 8. Melatih dan melantik pengawas asrama dan memastikan mereka yang dilantik menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan. 9. Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan di asrama seperti menu makanan, pengelolaan kebersihan dewan makan, kebersihan pekerja dewan makan, mutu dan sukatan menu. 10. Bertanggungjawab mengawasi perkembangan para penghuni asrama seperti memeriksa kad kemajuan, kelas persediaan, memberi nasihat serta teguran untuk memperbaiki pencapaian prestasi penghuni asrama. 11. Menjalankan aktiviti dan program asrama yang bersesuaian bagi penghuni asrama. 12. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan jika terdapat penghuni asrama sakit. 13. Bertanggungjawab menghubungi dan memberitahu ibubapa/penjaga mengenai masalah kesihatan para penghuni (contohnya penghuni asrama dimasukkan ke hospital). 14. Bertanggungjawab mengawasi kebersihan penghuni, dorm, keseluruhan bangunan dan kawasan asrama. 15. Menerima dan menjalankan arahan Pengetua/PK HEM/Ketua Warden dari semasa ke semasa. penyelia asrama 1. ASPEK PENTADBIRAN 1.1 Menjalankan tugas pendaftaran masuk/keluar penghuni asrama. Contohnya : membantu warden asrama dalam urusan pendaftaran dan penempatan penghuni asrama. 1.2 Membantu merancang, memantau dan mengemasikini senarai nama dan kedudukan/pembahagian bilik penghuni asrama setiap masa. 1.3 Memeriksa dan merekod maklumat penghuni asrama. 1.4 Menyediakan laporan statistik bulanan dan tahunan penghuni asrama. 1.5 Membantu memantau salah laku penghuni asrama dengan menyediakan laporan kepada Warden/PK HEM (sekiranya perlu). 1.6 Menerima laporan salah laku penghuni asrama, mendokumentasi dan mengemukakan kepada pihak atasan serta bertanggungjawab ke atas disiplin anggota di bawah jagaan. 1.7 Menyedia dan merancang jadual tugas dan cuti anggota serta membuat perancangan dan kawalan kewangan asrama (pembelian/perolehan aset asrama). 1.8 Mengurus stok inventori dan harta modal di asrama termasuk penerimaan, hapus kira dan pelupusan aset alih kerajaan. 1.9 Mengurus surat menyurat, fail dan surat-surat pekeliling yang berkaitan. 2. ASPEK PERKHIDMATAN ASRAMA 2.1 bertanggungjawab dalam pengendalian dan rekod kunci. Memberi dan menerima kunci daripada penghuni asrama dan menyimpan di tempat yang disediakan. 2.2 Memantau anggota bawahan dalam aspek pengendalian kunci. 2.3 Memastikan penghuni asrama mematuhi peraturan-peraturan asrama. 2.4 Menyedia dan mengemaskini peraturan asrama dari semasa ke semasa. 2.5 Bertanggungjawab dalam merancang dan memantau penyediaan bilik asrama dan kelengkapan asrama. Menyelaras penggunaan bilik asrama supaya digunakan secara optimum. 2.6 Mengurus penggunaan kemudahan penginapan, makan/minum dan prasarana asrama oleh pihak luar. 3. ASPEK PENYELENGGARAAN FASILITI DAN ASET 3.1 Memeriksa peralatan dan mengenalpasti keperlua kelengkapan asrama. 3.2 Menyediakan laporan anggaran keperluan kelengkapan asrama. 3.3 Memastikan asrama dan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan selesa. 3.4 Memantau dan memeriksa proses kerja pembersihan di asrama oleh syarikat konsesi. 3.5 Memastikan pemeriksaan harian mengikut skop yang telah ditetapkan serta menerima aduan kerosakan, memeriksa dan membuat laporan kerosakan peralatan dan kelengkapan asrama kepada pihak konsesi. 3.6 Menghantar laporan kebersihan bangunan dan kawasan asrama kepada pihak pentadbiran sekolah.


Peraturan Am Asrama 1. kesihatan murid 11 Ibubapa/penjaga dikehendaki memberitahu kesihatan anaknya kepada pihak sekolah seperti yang disahkan oleh Pegawai Perubatan semasa pendaftaran dan dari semasa ke semasa jika perlu. 2. pakaian murid 2.1 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH PPelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian seragam pada waktu sekolah dan untuk upacara rasmi. 2.2 PAKAIAN ASRAMA Pelajar-pelajar dimestikan memakai pakaian yang kemas semasa di dan tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata serta bertudung bagi pelajar perempuan. 2.3 PAKAIAN OUTING/BALIK KAMPUNG Pelajar-pelajar yang keluar hujung minggu untuk ke bandar dikehendaki memakai baju batik rasmi asrama dan dilarang memakai jeans. 2.4 PAKAIAN SUKAN Pelajar-pelajar hendaklah memakai t-shirt dan seluar sukan. Pelajar perempuan beragama Islam hendaklah memakai pakaian sukan yang sesuai dan menutup aurat. 2.5 PAKAIAN BENGKEL Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seperti diarahkan oleh guru sahaja. 2.6 PAKAIAN KOKURIKULUM Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian unit beruniform dan kokurikulum pada hari yang telah ditetapkan dan seperti diarahkan oleh guru dari semasa ke semasa. 3. kokurikulum/riadah 3.1 Masa untuk aktiviti kokurikulum/riadah ialah antara jam 5.0 petang hingga 6.00 petang (tertakluk pada pindaan). 3.2 Semua pelajar dimestikan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum/riadah KECUALI pelajar-pelajar yang sakit dan tidak sihat (atas nasihat Pegawai Perubatan).


Peraturan Am Asrama 12 4. makanan 4.1 Makanan yang dihantar oleh ibubapa/penjaga mestilah berada dalam keadaan bersih. 4.2 Waktu makan di asrama adalah seperti berikut (tertakluk kepada pindaan : Sarapan 6.30 pagi (Isnin hingga Jumaat) 8.00 pagi (Ahad/Sabtu/Cuti Umum) Makan tengahari 1.00 petang (Isnin hingga Khamis) 12.30 tengahari (Jumaat hingga Ahad) Minum petang 4.30 petang Makan malam 6.00 - 7.00 malam Minum malam (supper) 10.30 malam 5. surat menyurat 5.1 Surat-surat yang dikirm kepada pihak sekolah mestilah ada nama pengirim. 5.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menghantar surat, melainkan melalui pejabat sekolah. 5.3 Surat-surat yang dihantar dan diterima hendaklah ditapis terlebih dahulu oleh Warden Asrama. 6. keluar/masuk asrama 6.1 Pelajar-pelajar asrama hendaklah outing di kawasan sekolah sahaja (tertakluk kepada pindaan) 6.2 Kad rekod asrama hendaklah digunakan setiap kali seorang pelajar asrama keluar atau pulang ke rumah. 6.3 Pelajar perlu mengisi maklumat ketika keluar dan masuk asrama pada buku keluar masuk di pondok pengawal keselamatan.


Peraturan Am Asrama 13 7. pulang hujung minggu 7.1 Semua pelajar dibenarkan pulang dua minggu sekali dengan kebenaran ibubapa/penjaga (tertakluk kepada pindaan) 7.2 Bagaimanapun cuti hujung minggu akan dengan sendirinya terbatal sekiranya sekolah mempunyai aturcara tertentu pada hari itu. 6.3 Permohonan cuti hujung minggu pada minggu yang tidak dibenarkan pulang hendaklah dimajukan kepada pengetua untuk kebenaran tidak lewat daripada hari Khamis pada minggu berkenaan. 8. tatacara pelawat asrama 8.1 Ibubapa/pelawat hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak Pengetua/Warden Asrama bertugas sebelum melawat ke asrama. 8.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar oleh ibubapa/penjaga pada waktu persekolahan (kecuali dengan kebenaran Pengetua/wakilnya). 8.3 Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut : Sabtu 11.30 pg - 5.45 ptg Ahad 10.00 pg - 5.45 ptg 8.4 Semua pelawat hendaklah dilayan ditempat yang disediakan (tempat menunggu). Pelawat dilarang masuk ke dalam kamar dan kawasan-kawasan larangan yang lain. 8.5 Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak, ibubapa/penjaga boleh melawat dengan kebenaran Pengetua/PK HEM/ Warden Bertugas. 9. tempat larangan bagi ibubapa/penjaga 9.1 Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik-bilik asrama dan perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengetua/Warden Asrama. 10. tempat larangan bagi pelajar 10.1 Kawasan dapur/tempat memasak. 10.2 Pejabat asrama (kecuali ada urusan). 10.3 Bengkel-bengkel/bilik-bilik khas tanpa guru.


Peraturan Am Asrama 14 11. peraturan am dewan makan 11.1 Semua pelajar dikehendaki berada di dewan makan pada waktu yang ditetapkan dan berpakaian kemas dan memelihara kesopanan diri ketika berada di dewan makan. 11.2 Pelajar perlu beratur ketika mengambil makanan dan mengikut giliran. 11.3 Pelajar hanya dibenarkan mengambil makanan yang disediakan untuknya sahaja dan tidak boleh bersifat tamak atau mengambil hak pelajar lain. 11.4 Pelajar mesti makan bersama dengan tertib dan membaca doa. 11.5 pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dewan makan (termasuk meja makan, kerusi, tong sampah, sisa-sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah). 11.6 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan 'sinki filter' untuk membasuh tangan atau mencuci pinggan. 11.7 Pelajar dilarang makan di luar asrama. Setelah selesai makan, pelajar mesti menyusun semula kerusi dan peralatan lain yang telah digunakan. 12. peraturan am rawatan perubatan 12.1 Rawatan/perubatan ringan dijalankan di asrama [pada setiap hari, bagaimanapun, jika keadaan bertambah teruk, pelajar perlu dirujuk kepada klinik atau hospital berdekatan. 12.2 Bagi pelajar-pelajar asrama yang menghidap penyakit yang serius atau berjangkit, ibubapa diminta membawa pulang anak mereka. 12.3 Pelajar-pelajar asrama yang didapati sakit akan ditempatkan di bilik sakit dan tidak dibenarkan berada di bilik-bilik asrama, bilik-bilik darjah atau merayau-rayau di sekitar sekolah atau asrama. 13. peraturan am surau 13.1 Pelajar diwajibkan menunaikan solat fardhu di surau setiap hari. 13.2 Khusus di bulan Ramadhan, semua pelajar digalakkan menunaikan solat tarawikh secara berjemaah di surau. 13.3 Pelajar tidak dibenarkan tidur atau lepak di dalam surau. 13.4 Aktiviti di surau perlu mendapatkan kebenaran warden terlebih dahulu. 13.5 Pelajar hendaklah menjaga kebersihan surau dan peralatan di surau, memastikan suis lampu, kipas dan pintu surau ditutup setelah selesai digunakan. 13.6 Kain telekung dan sejadah hendaklah disusun secara kemas dan diletakkan di tempat yang betul. 13.7 Surah Yassin dan kitab-kitab Al-Quran mestilah diletakkan di tempat yang disediakan.


Peraturan Am Asrama 15 14. peraturaan am riadah/rekreasi 14.1 Semua kegiatan sukan hendaklah bermula selepas solat Asar dan hendaklah berkahir 15 minit sebelum waktu makan malam atau sebelum jam 6.00 petang atau lebih awal. 14.2 Pakaian pada waktu riadah hendaklah bersesuaian dan tidak menjolok mata. 14.3 Aktiviti sukan/rekrasi hanya boleh dijalankan di dalam kawasan yang ditetapkan. 14.4 Penggunaan televisyen perlu mendapat kebenaran dari warden jika melebihi waktu yang telah ditetapkan. 14.5 Pastikan barangan untuk kegunaan riadah/rekreasi berada dalam keadaan baik dan dipulangkan selepas digunakan. 14.6 Penggunaan bilik sukan perlu mendapat kebenaran warden terlebih dahulu dan dibenarkan sehingga pukul 6.00 petang sahaja (tertakluk kepada pinddan). 15. peraturan am bilik mandi/basuh 15.1 Penguni asrama adalah bertanggungjawab secara berkumpulan ke atas kebersihan bilik mandi dan bilik basuh pelajar serta laluan aras masing-masing dan memastikan kebersihan dijaga. 15.2 Pembaziran adalah ditegah dan penghuni hendaklah mempunyai rasa bertanggungjawab ke atas penggunaan air dan elektrik. Segala kerosakan atau kebocoran hendaklah dilaporkan segera kepada pihak pengurusan asrama. 15.3 Penghuni asrama TIDAK dibenarkan membuang sampah atau sebarang jenis bahan asing ke dalam tandas. 15.4 pastikan tuala wanita telah dicuci dengan bersih sebelum dibuang ke dalam tong sampah. 15.5 Pelajar tidak dibenarkan merendam pakaian lebih 2 hari untuk mengelakkan bau busuk. 15.6 Pelajar ditegah berebut dan hendaklah bergilir apabila menggunakan mesin basuh. 15.7 Sekiranya ada kerosakan, pelajar perlu segera melaporkan kepada warden yang bertugas dengan segera.


16 Peraturan Am Asrama 16. peraturan am bilik tidur asrama (dorm) 16.1 Bilik tidur asrama hendaklah sentiasa bersih dan kemas setiap hari. 16.2 Tempat tidur hendaklah dikemaskan dengan teratur sebelum jam 6.30 pagi. 16.3 Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke bilik tidur lain tanpa kebenaran Ketua Warden. 16.4 Sampah hendaklah dibuang di tong sampah yang disediakan dalam keadaan bersih dan kemas. 16.5 Pelajar dilarang membawa dan menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran. telefon bimbit hendaklah diserahkan kepada pejabat asrama untuk disimpan. 16.6 Pelajar lelaki DILARANG memasuki kawasan asrama perempuan atau sebaliknya. 16.7 Pelajar TIDAK DIBENARKAN memilik, menghisap dan menggunakan ROKOK, ROKOKُ ELEKTRONIK (VAPE), DADAH, MINUMAN KERAS dan BARANG-BARANG TERLARANG makanan yang memabukkan di dalam bilik asrama. 16.8 Sebarang bentuk buli atau 'ragging' TIDAK DIBENARKAN. 16.9 Pelajar hendaklah tidur selewat-lewatnya pada pukul 11.30 malam dan semua lampu hendaklah dipadamkan selesai pengumuman penutup dibuat. 16.10 Penghuni asrama tidak dibenarkan memberi tumpangan penginapan kepada mana-mana individu lain tanpa kebenaran pihak pengurusan asrama. 16.11 Semua peralatan yang terdapat di bilik asrama TIDAK boleh diubah kedudukan atau diubahsuai tanpa kebenaran Ketua Warden atau Warden lain. 16.12 Keselamatan harta benda penghuni adalah dibawah tanggungjawab penghuninya. 16.13 Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujung katil. 16.14 Pakaian yang kering hendaklah dilipat kemas dan disimpan dalam almari. 16.15 Pakaian dan tuala yang basah hendaklah disidai di amapaian yang disediakan. 16.16 Barang-barang yang tidak digunakan seperti beg dan kotak hendaklah disimpan di dalam stro/tempat yang ditetapkan. 16.17 Dilarang meletakkan sebarang alatan/barangan ditingkap asrama. 16.18 Kasut hendaklah disimpan di tempay yang disediakan. 16.19 Ampaian hendaklah dikosongkan apabila pelajar pulang ke kampung. 16.20 Pemeriksaan asrama akan dijalankan setiap hari sebelum kelas bermula. 16.21 Semua jenis makanan basah termasuk makanan yang boleh mengotorkan bilik atau yang menyebabkan kerosakan salur air dan elektrik juga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan penghuni lain tidak dibenarkan di asrama. 16.22 Alatan berbahaya seperti pisau, racun, asid dan sebagainya tidak dibenarkan dimilik/diguna di asrama. 16.23 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati semua kakitangan asrama. 16.24 Pelajar tidak dibenarkan membuat bising yang keterlaluan di asrama. 16.25 Pelajar bertanggungjawab memastikan semua susi alatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan asrama dan hendaklah mengamalkan amalan penjimatan air dan elektrik bagi mengelakkan pembaziran. 16.26 Pelajar hendaklah berada di asrama sebelum jam 11.00 malam jam 6.30 pagi. 16.27 Pemasangan lilin, ubat nyamuk dan pelita tidak dibenarkan. 16.28 Pelajar ditegah tidur lebih daripada seorang sekatil. Pelajar DILARANG memasak di dalam bilik asrama dan menggunakan pemanas air jenis gegulung (immersion heater) 16.29 Memakai pakaian yang dianggap kurang sopan seperti seluar pendek, baju yang tidak berlengan atau pakaian yang bertulis kata-kata yang hina,logo,parti atau mempunyai gambar atau lukisan yang tidak dengan budaya ketimuran. 16.30 Rambut hendaklah sentiasa kemas. Rambut yang mengerbang atau rambut yang beraneka fesyen TIDAK dibenarkan. 16.31 Semua pelajar adalah dilarang memakai seluar jeans sepanjang berada di asrama dan sekolah. Pelajar perlu memakai pakaian yang ditetapkan mengikut hari berkaitan. 16.32 Pelajar tidak dibenarkan merosakkan harta benda asrama dan sekolah.


17 PERANCANGAN TAHUNAN ASRAMA


18 JADUAL BERTUGAS WARDEN


19 JADUAL BALIK BERMALAM sebarang pindaan tertakluk kepada perubahan


20 RUTIN HARIAN ASRAMA hari persekolahan 5.30 am bangun pagi 6.00 am Solat subuh / tazkirah 6.30 am sarapan 6.50 am perjumpaan pagi 7.05 am pergi ke sekolah 1.00 pm makan tengahari / solat zohor 3.00 pm prep petang 4.00 pm minum petang 4.30 pm solat asar 5.00 pm riadah 6.00 pm makan malam 7.00 pm solat maghrib / tazkirah / solat isyak 8.45 pm prep malam 10.30 pm minum malam (supper) 11.00 pm halaqah / doa 11.30 pm menggapai bintang (lights off)


21 RUTIN HARIAN ASRAMA sabtu / cuti umum 5.30 am bangun pagi 6.00 am Solat subuh / tazkirah 7.00 am senaman 7.30 am sarapan 8.00 am gotong-royong 10.00 am rehAT / URUS DIRI / SELF STUDY 11.00 AM MELAWAT 1.00 pm makan tengahari / solat zohor 2.30 pm prep petang 4.00 pm minum petang 4.30 pm solat asar 5.00 pm riadah 6.00 pm makan malam 7.00 pm solat maghrib / tazkirah / solat isyak 8.45 pm REHAT / SELF STUDY 10.30 pm minum malam (supper) 11.00 pm halaqah / doa 11.30 pm menggapai bintang (lights off)


22 RUTIN HARIAN ASRAMA AHAD 5.30 am bangun pagi 6.00 am Solat subuh / tazkirah 7.00 am senaman 7.30 am sarapan 8.00 am PREP PAGI 10.00 am rehAT / URUS DIRI 11.00 AM MELAWAT 1.00 pm makan tengahari / solat zohor 2.30 pm prep petang 4.00 pm minum petang 4.30 pm solat asar 5.00 pm riadah 6.00 pm makan malam 7.00 pm solat maghrib / tazkirah / solat isyak 8.45 pm PREP MALAM 10.30 pm minum malam (supper) 11.00 pm halaqah / doa 11.30 pm menggapai bintang (lights off)


carta alir pelbagai


23 CARTA ALIR PENGURUSAN kemasukan murid asrama


24 CARTA ALIR PENGurusan pendaftaran & penempatan murid asrama


25 CARTA ALIR PENGurusan aplikasi informasi asrama (i-asrama)


26 CARTA ALIR PENGurusan kewangan asrama


27 CARTA ALIR pengurusan rawatan kesihatan murid & kebajikan murid


28 CARTA ALIR pengendalian kes disiplin


29 CARTA ALIR pengurusan outing & balik bermalam


30 CARTA ALIR pengurusan keluar masuk pelawat


31 CARTA ALIR pengurusan aktiviti asrama


panduan tatacara disiplin sekolah


32


33


34


35


36


37


38


39 surat pekeliling ikhtisas / surat pekeliling perkhidmatan / surat siaran edaran / garis panduan berkaitan asrama


40 SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version