Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 1 of 15
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
KURSUS MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL
TAHAP TAHAP 4
DUTI 03 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
TASK (JKKP)
03.01 Fungsi jawatankuasa, keanggotaan, struktur dan
mesyuarat JKKP
OBJEKTIF MEMBOLEH Menterjemah keperluan perundangan keselamatan berkenaan
kepentingan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan (JKKP) di dalam sesebuah organisasi dan fungsinya.
TAJUK :
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN DAN
AUDIT KESELAMATAN PEKERJAAN
TUJUAN:
Kertas penerangan ini akan menerangkan :
Mengetahu penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan tatacara mengodit
Keselamatan dan Kesihatan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 2 of 15
PENERANGAN :
Peruntukan ini dinyatakan di dalam seksyen 30 dan 31 AKKP, 1994. Majikan dan anggota
javvatankuasa ini hanya perlu memusatkan kebijaksanaan dan tenaga untuk memastikan
javvatankuasa dapat berfungsi sebagai badan pengurus keselamatan dan kesihatan yang cekap
dan berkesan. Ia sebagai pengumpulan pakar keselamatan dan kesihatan dalaman yang
mewakili semua tenaga kerja organisasi, yang akan bersama majikan mengatur sendiri
pengurusan keselamatan dan kesihatan organisasi tersebut.
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN (JKK)
JKK adalah sebuah jawalankuasa yang ditubuhkan oleh majikan dengan tujuan untuk membuat
dan menyenggarakan perkiraan yang membolehkannya dan pekerjanya bekerjasama dengan
berkesan dalam menggalak dan membangunkan langkah-langkah unluk memastikan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
PENTINGNYA PENUBUHAN JKK
Sebab-sebab utama mengapa JKK ditubuhkan ialah adanya keperluan undang-undang dan bagi
mengujudkan usahasama di antara majikan dan pekerja.
Keperluan Undang-Undang
Akta 514, seksyen 30 dun 31 dengan jelas mewajibkan penubuhan sebuah JKK jika terdapal 40
orang atau lebih di ambil kerja di sesebuah tempat kerja atau jika di arah berbuat demikian olhh
Kelua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatar Pekerjaan. Berkembang daripada seksyen
ini, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaah (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan)
Peraturan-Pcraturan JKK, 1996 (atau Peraturan JKK, 1996), lelah di buat oleh Menteri unluk
menjelaskan dengan terperinci penubuhan dan fungsi Jawatankuasa ini. Malahan sejak
Peraturan JKK, 1996 dikuatkuasakan pada 1 hb January 1997. sebarang JKK yang ditubuhkan
sebelum tarikl tersebut mestilah disusun semula mengikut kehendak Peraturan baru ini sebelum 1
July 1997. Sesiapa yang disabit kesalahan melanggar peruntukan seksyen ini boleh didenda tidak
melebehi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Objektif utama perunlukan undang-undang ini menggalakkan usahasama di antara majikan dan
pekerja bagi menangani isu yang mempunyai kepentingan bersama.
Mengujudkan Usahasama Majikan-Pekerja
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan menjadi tanggungjawab seseorang tetapi
tanggungjawab semua. Jika sesuatu usaha itu ingin mendapat kerjasama dan usahasama secara
rela dan berkesan daripada semua peringkat tenaga kerja, maka proses membuat dan
menyenggarakan segala perkiraan mestilah melibatkan mereka atau wakil mereka juga.
Pengurusan keselamatan dan kesihalan yang bersikap tuan mengarah pekerja di bawahnya,
telah dibuktikan oleh sejarah tidak akan berjaya mengujudkan kesedaran dan kerjasama rela
yang seterusnya dapat membudayakan kerja selamat dan sihat.
Di Malaysia, banyak organisasi berisiko tinggi sudah mempunyai JKK. Malangnya jawatankuasa
ini biasanya dianggotai oleh pihak pengurusan sahaja. Jarang sekali di dapati JKK begini
dianggotai oleh pekerja atau pun wakil kesatuan sekerja. Sebahagian majikan berpendapat
bahawa hanya pihak pengurusan sahaja yang mampu mengurus, dan pekerja hanya perlu
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 3 of 15
mengikut arahan sahaja. Pihak pengurusan juga berpendapat bahawa, mereka mampu menjaga
keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.
PENUBUHAN JKK
Penubuhan JKK di tempat kerja wajib mengikut peruntukan yang dijelaskan dalam Peraturan
JKK, 1996. Tambahan pula peraturan 3(2), Peraturan JKK, 1996, mengkehendaki sesuatu JKK
yang dibentuk di tempat kerja sebelum penguatkuasaan Peraturan baru ini, menyusun semula
dirinya mengikut Peraturan. Penyusunan semula hendaklah dibuat dalam masa enam bulan dari
tarikh Peraturan ini mula berkuatkuasa.
Komposisi JKK
JKK hendaklah ditubuhkan oleh majikan dengan tujuan mengujudkan usahasama
kerja diantara beliau dengan pekerjanya daripada berbagai peringkat pekerjaan. Keanggotaan
JKK ini hendaklah melambangkan Peraturan JKK, 1996 ini. sumbangan bersama daripada
kedua-dua belah pihak, pihak mewakili majikan dan pekerja.
Sebuah JKK hendaklah terdiri daripada ;
a. Seorang pengerusi,
b. Seorang setiausaha,
c. Wakil pihak majikan, dan
d. Wakil pekerja.
Jika tempat kerja mcgambil kerja scratus orang alau kurang, maka JKK di tempat kerja itu
hendaklah mempunyai tidak kurang daripada dua orang wakil pengurusan dan dua orang wakil
pekerja di dalam jawatankuasanya. Jika bilangan yang diambil kerja adalah melebehi seratus
orang, maka wakil pengurusan dan pekerja mestilah tidak kurang daripada 4 orang setiap satu
kumpulan. Carta komposisi anggota JKK mengikut bilangan pekerja organisasi ditunjukkan dalan
rajah dibawah
Rajah komposisi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang diperuntukan dalam Peraturan
JKK, 1996.
PENGERUSI
(Majikan atau pengurus yang diberi kuasa)
Setiausaha
(Dipegang oleh pegawai
Keselamatan dan Kesihatan
jika beliau dilantik)
Wakil Pengurusan Wakil pekerja
Sekurangnya 2 orang dilantik, Seekurang-kurang 2 orang dilantik jika
jika lebih 100 orang atau 100 orang atau kurang diambil kerja
kurang diambil kerja
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 4 of 15
Wakil Pengurusan Wakil pekerja
Sekurangnya 4 orang dilantik, Seekurang-kurang 4 orang dilantik jika
jika lebih drp 100 orang 100 orang atau kurang diambil kerja
diambil kerja
Pengerusi
Pengerusi JKK hendaklah seorang majikan atau pengurus yang diberi kuasa, kerana ia
bertepatan dengan matlamat meletakkan pengurusan keselamatan dan kesihalan pekerjaan di
antara pengursan penting sesebuah organisasi. Apabila sesebuah jawatankuasa itu di
pengerusikan oleh majikan maka segala dasar prosedur dan arahan yang dibuat oleh
jawatankuasa itu akan diterima dan dihormati sebagai keputusan pihak tertinggi organisasi dan
segala tindakan yang perlu diambil berkaitan dengannya akan dapat dilakukan dengan pantas.
Penglibatan majikan di dalam JKK juga membuktikan kepada semua pekerja, iltizam majikan
dalam bentuk perbuatan yang aktif dan tidak setakat menyediakan dasar bertulis sahaja.
Setiausaha
Setiausaha JKK hendaklah dijawat oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihalan (PKK) tempat kerja
itu. Jika scorang PKK tidak dilantik di tempat kerja itu, maka terdapat dua cara lain untuk melantik
seorang setiausaha. Pertama, Pengerusi boleh melantik seorang lain untuk bertindak sebagai
setiausaha. Kedua, anggota JKK itu sendiri boleh, melalui undi sulit melantik seseorang
setiausaha dikalangan mereka sendiri.
Anggota Biasa
Majikan boleh mempelawa pekerjanya mencalonkan wakil mereka ke dalam Jawatankuasa. Jika
bilangan orang yang dicalonkan itu melebehi bilangan kekosongan di dalam Jawatankuasa, maka
pengundian hendaklah dilakukan, manakala jika tiada wakil pekerja atau bilangan wakil yang
dicalonkan itu tidak mencukupi, maka majikan hendaklah membuat perlantikan itu sendiri.
Majikan berperanan memberikan penerangan yang boleh menggalakkan penyertaan pekerja di
dalam JKK. Bagi mengekal dan mengembangkan minat pekerja untuk mengujudkan keadaan
kerja yang selamat dan sihat di tempat kerjanya, maka adalah lebih baik jika wakil-wakil pekerja
dipilih mewakili pelbagai bahagian tempat kerja.
Sekiranya berlaku kekosongan, ia hendaklah diisi oleh seseorang yang dilantik dengan cara yang
sama sebagaimana anggota terdahulu dilantik.
Keanggotaan di dalam JKK adalah tidak kekal. Malahan alasan untuk menyingkir seseorang
anggota daripada JKK adalah tidak unik berbanding dengan cara dan syarat yang diguna pakai di
dalam jawatankuasa-jawatankuasa lain, seperti Jawatankuasa pertubuhan atau persatuan.
Penyingkiran anggota JKK boleh dibuat mengikut peraturan 10, Peraturan 1996). Apa yang
menarik mengenai cara penyingkiran anggota JKK ialah, ia bukan hak mutlak majikan tetapi
keputusan anggota Jawatankuasa. Malahan peraturan 6(3) Peraturan JKK, 1996 ada
menegaskan bahawa seseorang majikan tidak boleh mendenda sebarang anggota kerana tidak
hadir untuk menjalankan kewajipan kerja biasanya semasa menjalankan fungsi-fungsi
Jawatankuasa, termasuk menghadiri mesyuarat JKK.
Mereka yang dipilih mesti sedar bahawa mereka memikul amanah kumpulan pekerja yang
mereka wakili, menjalankan tugas dengan tanggungjawab dengan penuh kesedaran dan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 5 of 15
berusaha mengekalkan sokongan penuh dan kepercayaan orang yang mereka wakili serta
mempunyai sikap mahu meningkatkan kecemerlangan fungsi JKK secara kolektif.
FUNGSI JKK
Fungsi Jawatankuasa Kcselamatan dan Kesihatan adalah spesifik hinggakan fungsi tersebut
disenarai dan diperjelaskan di dalam Bahagian III, peraturan 26, Peraturan JKK, 1996. Antara
fungsi JKK termasuk:
+ Mcmbantu penyediaan, perlaksanakan, penyemakan semula dan peningkatan
dasar keselamatan dan kesihatan di tempal kcrja dan perkini berkaitan bagi di
tempat keselamatan dan kesihalan pekerjaan dan sistem kerja selamat
+ Mengkaji dan melaporkan kepada majikan keadaan dan amalan yang tidak
selamat dan tidak sihat, dan mencadangkan pembaikian
+ Memeriksa tempat kerja sckurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan untuk
menentukan samada terdapat perkara yang memudaratkan keselamatan d
kesihatan pekerja
+ membincangkan segala pemcrhatian dan merekodkan segala butir yang
berkaitan dengan hal keadaan yang pada pendapat jawatankuasa
memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja,
+ membuat segala cadangan pembaikian dan pcmulihan yang perlu diam serta
merekodkan eadangan tersebut
+ Menyiasat, membincang hasil siasatan dan membuat cadangan kepada majikan
mengenai langkah-langkah yang hendak di ambil bagi meneeg sebarang
kemalangan berlaku, dan berulangnya kemalangan yang sud bcrlaku
Secara ringkas, JKK berfungsi sebagai pasukan perunding dalaman majikan mengei pengurusan
keselamatan dan kesihatan. Bersama-sama dengan Pegawai Keselamatan d Kesihatan (jika dilantik
di tempat kerja), JKK secara proaktif mesti memeriksa, menyiasat, menilai semula dan membuat
cadangan pemulihan dan pembaikian terhadap perkara-perkara yang boleh memudaratkan
keselamatan dan kesihatan pekerja. Mereka juga bertanggungjawab menimbangkan laporan-
laporan yang dikemukakan oleh pihak ketiga seperti juruaudit keselamatan dan kesihatan, agensi
kerajaan dan sebagainya. Jika kemalangan berlaku mereka bertanggungjawab menyiasat sebab ia
berlaku dan mengambil langkah-langkah mencegah ia berulang. Apa sahaja yang dilakukan mesti
direkod, dimaklum dan dibincang dengan majikan.
Selain daripada menjadi perunding kepada majikan, JKK juga berperanan sebagai platform untuk
pekerja membuat aduan mengenai perkara-perkara yang boleh memudaratkan keselamatan dan
kesihatan mereka, termasuk perkara yang tidak dapal diselesaikan oleh majikan. Sebaliknya, jika
majikan tidak dapat berbual sesuatu lerhadap aduan yang sama daripada pekerja, beliau boleh
merujuk perkara itu kepada JKK.
Terdapat beberapa tugas dengan faktor masa yang yang mesti dilakukan olch JKK. Scbahagian
tugas-tugas ini dibuat sdemikan rupa tempoh masa yang tcrlibat adalah sama dan kadang-kala
bcrkaitan dcngan tugas lain. Perhubungan tugas-tugas dan faklor masa yang sama ini ditunjukkan
clalam jadual dibawah :
Pcrhubungan tugas-tugas dan faktor masa yang sama yang perlu diambil perhatian oleh
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan majikan.
Tugas Faktor Masa Tugas berkaitan dengan faktor
masa yang sama
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 6 of 15
JKK memeriksa tempat Sekurang-kurangnya 3 JKK bermesyuarat sekurang-
kerja bulan sckali kurangnya sckali da lam 3
bulan
Minit mesyuarat Dalam masa 2 minggu Majikan berbincang dcngan
diberikan kepada setiap selepas mesyuarat Pegawai Keselamalan dan
anggota JKK Kesihatan tidak Iewat dari 2
Selama tempoh minggu selepas menerima
Majikan simpan laporan minimum 7 tahun laporan beliau
dan cadangan JKK Majikan simpan suatu salinan
mesyuarat JKK selama tempoh
minimum 7 tahun.
Jika pada bila-bila masa majikan tidak mampu melaksanankan cadangan JKK dan alasan yang
diberikan oleh majikan tidak boleh diterima oleh oleh jawatankausa, maka perkara itu boleh
dirujuk kepada Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk penyelesaian
selanjutnya.
Bagi organisasi yang merasakan ia memerlukan jawatankuasa kecil untuk membantu JKK induk
peraturan 20, Peraturan JKK, 1996, ada menyediakan peruntukan berbuat demikian. Peraturan ini
sangat berguna di tempat kerja yang besar, berisiko tinggi dan mempunyai ramai pekerja. Walau
pun, komposisi Jawatankuasa kccil ini tidak ditetapkan oleh Peraturan JKK, 1996, adalah
bertepatan dengan semangat kerjasama majikan-pekerja, jika komposisi anggota Jawatankuasa
kecil ini serupa dengan JKK Induk.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 7 of 15
MESYUARAT JKK
Kecekapan perjalanan mesyuarat pula dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti,
+ terma rujukan fungsi jawatankuasa
+ kefahaman anggota terhadap peranan mereka di dalam jawatankuasa
+ etika dan prosedur mesyuarat, serta
+ iltizam pengerusi dan ahlinya melaksanakan segala keputusan mesyuarat
Kekerapan Bermesyuarat
JKK mesti mengadakan mesyuaratnya tidak kurang daripada tiga bulan sekali. Mesyuarat yang
diadakan secara berkala memastikan apa yang telah diminitkan di dalam mesyuarat sebelumnya
dapat dilaksanakan dengan segera. Segala perkembangan dan tindakan yang telah diambil itu
seterusnya boleh dibincangkan di dalam mesyuarat berikutnya. Menetapkan kekerapan
bermesyuarat adalah salah satu kaedah menggalakkan anggotanya kerap bertemu untuk sentiasa
memikirkan dan melakukan sesuatu aktiviti yang dapat meningkatkan keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja. Sekurang-kurangnya mereka dapat membincangkan hasil pemeriksaan
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Peraturan JKK, 1996, telah menetapkan agar
pemeriksaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dilakukan sekurang-kurangnya sekali
dalam tiga bulan. Kekerapan pemeriksaan ini sama dengan kekerapan mesyuarat JKK.
Menetapkan kekerapan bermesyuarat tidak menjadi masalah bagi sesebuah JKK. Apa yang
mungkin menjadi masalah ialah mengisi agenda setiap mesyuarat agar ia sentiasa mencabar dan
mendorong anggota JKK untuk terus memberikan iltizam yang tinggi terhadap jawatankuasa ini
dan mesyuaratnya. Untuk itu anggota JKK mestilah sentiasa mempunyai daya sumber atau
"resourcefulness" dan proaktif mencari berbagai aktiviti keselamatan dan kesihatan untuk
dilaksanakan. Peraturan
Kemudahan Bermesyuarat
Kemudahan masa dan tenipat yang sesuai untuk bermesyuarat wajib di sediakan oleh majikan.
Apabila sesuatu mesyuarat itu dipengerusikan oleh majikan atau seorang pengurus yang diberi
kuasa, kemudahan mesyuarat adalah setimpal dengan taraf pengerusinya.
Mesyuarat sulung
Mesyuarat sulung hendaklah dipanggil oleh majikan dan mesyuarat berikutnya dipengerusikan
oleh seorang pengurus yang diberikuasa jika majikan tidak dapat hadir. Kehadiran majikan di
dalam mesyuarat sulung adalah sangat bermakna kepada JKK kerana pada masa itulah majikan
mengumumkan kepada anggota jawatankuasa fungsi jawatankuasa dan pentingnya peranan yang
akan dimainkan oleh mereka. Pada masa itu jugalah dasar am keselamalan dan kesihatan
pekerjaan, pelan dan cadangannya untuk mengujudkan keadaan kerja yang selamat dan sihat dapat
disampaikan.
Kuorom
Kuorom mesyuarat terbentuk apabila pengerusi, setiausaha dan tidak kurang daripada satu perdua
baki anggota hadir di dalam mesyuarat. Mewajibkan hehadiran setiausaha pada setiap kali
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 8 of 15
mesyuarat dan menjadikan kehadiran beliau sebagai syarat mencukupkan kuorom adalah kritikal
dan bertepatan dengan fungsi JKK. Ini adalah kerana besar kemungkinan jawatan setiausaha
disandang oleh seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan. Jika tidak pun, sekurang-kurangnya
setiausaha bertanggungjawab terhadap banyak perkara kritikal yang berkaitan dengan perjalanan
mesyuarat termasuk kandungan minit, penyediaan kertaskerja mesyuarat dan komunikasi
mesyuarat.
Kehadiran bukan anggota
JKK boleh mempelawa bukan anggota JKK hadir di dalam mesyuarat jika kehadiran mereka boleh
membantu tujuan mesyuarat. Peruntukan ini penting kerana antara tanggungjawab JKK ialah
mendengar pengaduan, menyiasat kemalangan dan membineangkan laporan-laporan berkaitan
dengan keselamatan dan kesihatan (misalnya, kemalangan, audit pemeriksaan dan sebagainya).
Kesemua akitiviti ini mungkin memerlukan penjelasan lanjut pihak bukan anggota JKK.
Perkara vang dibincangkan
Selain daripada majikan, anggota JKK juga mestilah memahami terma rujukan dan tanggungjawab
mereka di dalam jawatankuasa. Perbincangan di dalam mcsyuarat JKK mestilah dihadkan kepada
perkara-perkara yang berkaitan dcngan kcsclamatan dan kesihatan di tempat kcrja sahaja. Ini
penting bagi memastikan bahawa iungsi utama JKK tidak dicairkan dengan isu-isu sekunder yang
mungkin penting, tetaapi boleh dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa lain. Kefahaman ini
juga penting kerana JKK dianggotai oleh wakil majikan dan pekerja. Platfom yang dianggotai oleh
majikan dan pekerja begini boleh terdedah kepada tuntutan kebajikan yang mungkin tidak relevan
dengan keselamatan dan kesihatan di lempal kerja. Lebih buruk lagi apabila perkara yang tidak
relevan itu inerosakkan hubungan kerjasasama wakil majikan dan pekerja, yang sangat penting
bagi men jam in kecekapan dan kejayaan JKK.
Minit mcsyuarat
Minit mesyuarat mesti diberikan kepada setiap anggota JKK dalam masa dua minggu selepas
mesyuarat berlangsung. Majikan wajib bertindak serla merta untuk mematuhi kehendak minit dan
wajib menyimpan setiap mini! mesyuarat untuk tempoh minimum tujuh tahun. Dengan
menetapkan masa-masa tindakan ini, mesyuarat JKK dapat memastikan tindakan segera terhadap
segala keputusannya. Tindakan segera dan berjadual ini memastikan kerja tidak terkumpul hingga
terlalu sukar untuk dilaksanakan. Kompetensi dan kredibiliti mesyuarat boleh lerjejas jika tindakan
terhadap keputusannya kerap ditangguh atau tidak berjadual.
Selain daripada perkara asas mesyuarat, pengerusi mesti menunjukkan keikhlasan di dalam
menggalakkan semua anggota jawatankuasa mengambil bahagian secara proaktif dan reaktif.
Pengerusi mesti memastikan tidak berlaku keadaan di mana tindakan prejudis berlaku ke atas
mana-mana anggota jawatankuasa.
LATIHAN UNTUK ANGGOTA JKK
Anggota JKK melakukan dua lugas utama;
+ Menjalankan mcsyuarat
+ Melaksanakan kcputusan mesyuarat (scperti pcnyiasatan kcmalangan dan
pemeriksaan)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 9 of 15
Di dalam mesyuarat anggota JKK membincangkan isu-isu keselamatan dan kcsihatan yang
memerlukan pengetahuan dan kemahiran didalam bidang-bidang pengurusan undang-undang,
perkara-perkara teknikal operasi dan sistem, kaedah kerja selamat, menganalisis laporan
(termasuk pemeriksaan dan penyiasatan kemalangan) dan perkara-perkara lain yang berkaitan
dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Anggota JKK juga diharap mampu
merancang dasar dan program keselamatan dan kesihatan, menyediakan tataamalan kerja selamat
dan sihat. Kesemua ini memerlukan kompetensi untuk melaksanakannya, oleh itu setiap anggota
JKK mcstilah mempunyai pengatahuan dan kemahiran asas yang diperlukan oleh anggota JKK. Ini
mcsti diberikan melalui program latihan formal dan tak formal. Di dalam kursus ini mereka boleh
didedahlan kepada subjek-subjek seperti;
+ Akta dan Peraturan yang berkaitan dcngan kcsclamatan dan kcsihatan pekerjaan
+ Penubuhan dan fungsi JKK
+ Pembentukan dasar am keselainatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi dan
perkiraannya
+ Pengurusan risiko
+ Perancangan, penyediaan dan perlaksanaan sistem kerja selamat
+ Penyiasatan kemalangan dan menyediakan laporan
+ Pemantauan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
+ Pengukuran pencapaian, dan sebagainya
CIRI-CIRI JKK YANG CEKAP DAN BERKESAN
Melalui perbincangan di atas bolehlah disimpulkan bahawa sebuah JKK yang eekap dan berkesan
sekurang-kurangnya mesti mempunyai ciri-ciri berikut;
+ JKK dipengerusikan oleh seorang pengerusi yang diberikuasa dan mampu
menunjukkan keikhlasan di dalam menggalakkan semua anggotanya melibatkan
diri secara secara aktif dan proaktif
+ JKK dianggotai oleh mereka yang terbaik, komited dan mempunyai daya sumber
di dalam usaha mengujudkan budaya kerja selamat dan sihat
+ Anggota JKK memahami fungsi mereka
+ JKK mempunyai sokongan dan kepercayaan semua pihak yang diwakilinya
+ Mesyuarat hanya membincangkan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan
sahaja
+ Anggota JKK memberikan sepenuh iltizam terhadap tugas dan tanggungjawab
mereka sebagai satu pasukan
+ JKK mempunyai cukup dan bcrbagai idea scrta aktiviti berkaitan kcsclamatan
dan kesihatan untuk dilaksanakan
+ Semua keputusan mcsyuarat dilaksanakan secepat mungkin
+ Keputusan dan tindakan mesyuarat dimaklumkan kepada semua pekcrja dan
mendapat perakuan mereka
Peranan JKK Di Dalam Penyiasatan Kemalangan
JKK memainkan peranan yang penting di dalam penyiasatan kemalangan, peranan ini
diperjelaskan secara terperinci di dalam peraturan 13 17.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 10 of 15
SIAPA DIA PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN?
Seksyen 29, Akta 304, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaa (Pega\vai
Keselamatan dan Kesihatan ) 1997 dan Perintah Keselamatan dan Kesihata Pekerjaan (Pegcnvai
Keselamatan dan Kesihatan) 1997 membuat pcruntukkan untu menjelaskan siapa dia PKK. Antara
kata kunci yang menerangkan siapa dia PKK termasuklah;
+ seseorang yang berdaftar dcngan Ketua Pengarah, Jabalan Kcsclamalan da
Kesihatan Pekerjaan
+ seseorang yang kompeten untuk bertindak memastikan kcselamalan da
kesihatan di tempat kerja,
+ seorang yang dilantik secara eksklusif untuk menjamin pcmatuhan wajar c tempat
kerja Akta 304 dan Peraturan-Peraturan berkaitan
PROSEDUR DAN SYARAT PENDAFTARAN DAN PERLANTIKAN PKK
Prosedur dan syarat pendaftaran, dan perlantikan seseorang sebagai PKK diterangka dalam;
+ Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 304, 1994
+ Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai,
Keselamatan dan Kesihatan ) 1997 (atau Peraturan PKK 1997),
+ Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan da
Kesihatan) 1997 (atau Perintah PKK 1997).
Pendaftaran seseorang sebagai PKK bermula peringkat calon yang ingin menjawat jawatan PKK.
Beliau mestilah mempunyai kelayakan dan kompetensi untuk memastikan pematuhan wajar segala
keperluan legislatif berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan mamp
menggalakkan perjalanan selamat kerja di tempat kerja. Kelayakan dan kompetensi ditetapkan
oleh Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (atau JKKP). Perincian syarat
kelayakan ini dinyatakan di dalam peraturan 6(1) (3 Peraturan PKK 1997. Berbekalkan kelayakan
ini dan dengan mengisi borang yan dinyatakan di dalam Jadual I Peraturan PKK 1997, beliau
boleh memohon kepada Ketua Pengarah, JKKP untuk didaftarkan sebagai PKK. Apabila
diperakukan, pendaitara sebagai PKK adalah sah bagi tempoh selama tiga tahun dari tarikh
pendaftaran melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu mengikut Peraturan PKK 1997.
Tidak semua kelas dan jenis industri diwajibkan oleh AKKP 1994, untuk mengambil kerja seorang
PKK (AKKP, 1994: seksyen 29(1)). Kelas dan jenis mdustri yang diwajibkan berbuat demikian di
senaraikan dalam Perintah PKK 1997. Syarat mengambil kerja seorang PKK ini adalah syarat
minimum yang mesti dipenuhi oleh sesebuah industri atau organisasi yang telah diwartakan
berbuat demikian. Walau bagaimanapun industri atau organisasi yang tidak diwartakan untuk
berbuat demikian disarankan untuk melantik seorang PKK kerana PKK dapal meningkatkan
kecemerlangan pengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerjanya. Perlu ditekan di sini
bahawa pengurus keselamatan dan kesihalan di tempat kerja adalah berkenaan iltizam, sikap
sukarela pengaturan sendiri dan bukan paksaan dan komplian legislatif semata-mata.
Selepas melantik seorang PKK, majikan wajib melakukan tiga perkara utama;
i Membuat pemberitahuan secara bertulis mengenai PKK yang dilantik kepada
Ketua Pengarah, JKKP dalam tempoh satu bulan. Tempoh yang sama diguna
pakai jika PKK ini ditamatkan perkhidmatannya atau meletakkan jawatan sebagai
PKK
ii Menyediakan kemudahan (dana dan sumber) agar PKK yang diambil ke
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 11 of 15
dapat melakukan tugas dan tanggungjawab seperti yang diwajibkan olch AK
1994 dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya,
iii Membenarkan PKK menghadiri program pendidikan berterusan sekura kurangnya
sekali dalam setahun. Program pendidikan berterusan bermak kursus, seminar,
persidangan atau program pendidikan lain dalam bid; keselamatan dan kesihatan
yang diluluskan olch Ketua Pengarah, JKKP
KEWAJIPAN PKK
Kewajipan seorang PKK diperuntukkan di dalain Bahagian V, Peraturan PKK 1997. Antara
kewajipan ini termasuklah;
+ Memberi nasihat kepada majikan dan pekerja di tempat kerjanya mengenai
keselamatan dan kesihatan
+ Memeriksa keadaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dan melaporkan
penemuannya serta syor pembaikian kepada majikan
+ Menyiasat segala insiden berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
yang berlaku di tempat kerja dan melaporkan kepada majikan
+ Membantu majikan atau Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (jika ada)
menjayakan program keselamatan dan kesihatan. Ini termasuk mencadang,
mengkaji, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
program
+ Menjadi setiausaha dalam Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
+ Memungut, menganalisis dan menyenggara statistik insiden yang berlaku di
tempat kerja,
+ Memastikan segala peruntukan yang dibuat di bawah AKKP 1994 dan Peraturan-
Peraturan serta Perintah yang dibuat di bawahnya dipatuhi.
AUDIT KESELAMATAN PEKERJAAN
PENGENALAN
Audit sebenarnya satu kaedah mcmastikan kualiti. ISO 8402 mentakrifkan kualiti sebagai ciri-ciri
menyeluruh iaitu pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pengurusan ini harus
mempunyai ciri-ciri menyeluruh yang mempunyai kemampuan untuk mengujudkan tempat kerja
dan budaya kerja yang selamat.
Audit keselamatan pekerjaan adalah suatu pemeriksaan kritikal yang sistematik aktiviti sesebuah
organisasi dengan objektif untuk mcminimumkan kerugian akibat kemalangan. Seperti audit
perniagaan yang ingin melihat kecekapan operasi perniagaan, audit keselamatan digunakan untuk
melihat aspek kecekapan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
OBJEKTIF AUDIT KESELAMATAN
Audit keselamatan pekerjaan mempunyai objektif berikut;
+ untuk memeriksa dan menilai status pencapaian pengurusan K&KP berdasarkan
pensampelan amalan sebenar dan/atau kelengkapan dalam sesuatu operasi
+ untuk memberikan maklumbalas yang boleh disahkan kepada majikan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 12 of 15
berdasarkan pemeriksaan dan penilaian tersebut,
+ untuk mengesahkan tahap komplian terhadap keperluan legislatif, standard, prosedur dan
garis panduan
+ untuk mengesahkan amalan dan prosedur baik
+ untuk mencadangkan sebarang perubahan dan pemantauan yang perlu
+ untuk menentukan samada berlakunya taburan sumber yang terbaik bagi
mengoptimumkan pengurusan K&KP
+ untuk menaikan standard keselamatan dan kesihatan sejajar dengan dasar dan •/ objektif
organisasi
PERANAN AUDIT KESELAMATAN DALAM SISTEM PENGURUSAN
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Peranan audit bermula dari peringkat awal penilaian status pengurusan keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja dilakukan hinggalah di peringkat menggunakan hasil pengukuran pencapaian untuk
melihat kekuatan dan kelemahan sistem yang dilaksanakan. Audit bukan sahaja mempunyai
hubungan maklumat dengan keseluruhan sistem pengurusan tetapi juga hubungan kawalan
terhadap perlaksanaan dan penyenggaraan sistem tersebut.
Melalui audit, majikan dan pihak pengurusan boleh secara sistematik mendapatkan maklumal
yang;
Memberikan maklumal status awal sistem pengurusan K&KF ditempat kerja
Bagi tempat kcrja yang tidak pernah mclaksanakan sebarang audit keselamatan, audit
pertama dilakukan untuk melihat tahap komplian terhadap peruntukan undang-
undang standard, amalan dan prosedur kerja sclamat. Audit juga memberikan
penilaian kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber-sumber sedia ada.
Maklumat status awal di tempat kcrja bolch digunakan scbagai garis dasar kedudukan
sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja itu. Daripada maklumat
audit ini juga pengurusan dapat menilai dan merancang dasar, organisasi clan
perkiraan yang dipcrlukan di dalam pcngurusan keselamalan dan kesihalan ditempat
kerja.
Memberikan maklumat status terkini pencapaian sistem pengurusan K&KP.
Bagi tempat kerja yang sudah mempunyai sistem pengurusan K&KP yang sedang
berjalan, audit perlu dilakukan secara berkala sebagai tambahan kepada kaedah
pemantauan rutin yang lain. Di peringkat ini audit dilakukan untuk;
- menentukan samada sistem pengurusan K&KP yang ada, mampu
mencapai standard pencapaian K&KP yang diperlukan (misalnya, legislatif,
standard, amalan kerja baik dan sebagainya)
- menentukan kelemahan dan kekuatan sistem pengurusan K&KP, dan
- menentukan samada organisasi benar-benar telah melakukan dan
mencapai apa yang diracangkan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 13 of 15
Keseluruhan tahap pencapaian yang diperolehi melalui audit ini seterusnya
dibandingkan dengan dasar dan objektif pengurusan K&KP.
Proses audit yang berterusan mencadangkan bahawa peningkatan keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja adalah aktiviti berterusan. Audit pertama tidak mungkin mengenalpasti semua
kelemahan dan kekurangan. la memerlukan audit kedua dan seterusnya. Pekerja, mesin, proses
kerja dan sekitaran juga sentiasa bertukar dan berubah. Pertukaran dan perubahan ini akan
mempengaruhi pencapaian elemen-elemen pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Akibatnya, audit juga perlu dilakukan secara berkala selaras dengan pertukaran dan perubahan
yang berlaku. Setiap cadangan yang diberikan dalam setiap pengauditan mestilah dilaksanakan
dengan penuh ilitizam bahawa tujuan audit ialah mencari dan menyelesai masalah yang
berpotensi mengakibatkan kerugian.
Audit yang dilakukan pada kali pertama biasanya akan memperlihatkan banyak kekurangan
dan kelemahan di dalam pengurusan. Majikan tidak perlu terlalu rungsing mengenainya. Audit
yang baik bukan sahaja memaklumkan kelemahan dan kekurangan tetapi juga memprioritiskan
ketenatan perkara-perkara yang lemah dan kurang. Pihak majikan harus menggunakan prioriti
ini untuk membaiki kelemahan dan kekurangan secara berperingkat-peringkat dan secapat
yang praktik. Fokus hendaklah diberikan kepada perkara-perkara mendesak, misalnya, yang
melibatkan komplian legislatif dan standard, kemalangan dan insiden yang tinggi.
JENIS AUDIT KESELAMATAN
Terdapat berbagai pengelasan atau kategori audit K&KP yang telah diperkenalkan oleh
berbagai pihak. Pembahagian ini telah menghasilkan berbagai jenis audit. Wallace, I.G. (1995)
membahagikan audit keselamatan kepada tiga jenis;
+ audit teknikal dan proses: audit ini melihat rekabentuk, pembinaan dan operasi
kemudahan untuk memastikan ia memenuhi keperluan terkini undang-undang,
standard dan kod amalan. Contoh jenis audit ini termasuk audit sistem kebakaran,
pengelasan kawasan dan sistem ventilasi.
+ audit hazard khusus: audit ini dijalankan untuk memastikan keperluan legislatif dan
syarikat, mengenai sesuatu hazard dipenuhi. Contoh jenis audit ini termasuk audit
kimia, sinaran, operasi kren dan pekerjaan dikawasan tinggi
+ audit pengurusan: audit ini menilai komplian terhadap dasar dan objektif
syarikat.
Pybus (1996) membahagikan audit kepada;
+ Audit Operasi: audit ini dilakukan ke atas operasi. Misalnya, melihat pemahaman
dasar am keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh pekerja, mematuhi prosedur kerja
selamat, kesesuaian prosedur dengan keadaan tempatan, dan sebagainya.
+ Audit Sistem: audit ini melihat pertalian di antara prosedur tempatan dengan Standard
Syarikat/Standard Antarabangsa/Akta/Peraturan dan sebagainya.
+ Audit Strategik: audit ini melihat nilai dan iltizam syarikat terhadap program
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat dasar dan objektif.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 14 of 15
Pembahagian audit kepada jenis-jenis, yang diterangkan di atas, telah dibuat berdasarkan
struktur audit. Kalau konsep audit kualiti digunakan, audit juga boleh dibahagikan kepada
auditproduk danperkhidmatan.
Terdapat juga pembahagian jenis audit yang di buat berdasarkan pihak yang mengaudit.
Pengelasan audit begini dibuat oleh ISO. Audit pihak pertama (atau "first party audit") adalah
audit yang dilakukan oleh sesebuah organisasi ke atas dirinya. Audit ini juga dipanggil audit
dalaman. Audit dalaman dilakukan oleh auditor dalaman. Contoh audit ini tennasuk audit
antara jabatan di dalam sesuatu organisasi. Dalam audit pihak kedua (atau "second party
audit"), organisasi A mengaudit organisasi B atau sebaliknya. Organisasi A biasanya ada
pertalian dengan B. Misalnya, antara vendor dan pembekal utama. Audit pihak ketiga (atau
"third party audit") pula dilakukan oleh auditor luaran, misalnya, bagi tujuan persijilan.
Tidak kira apa jenis audit yang dilakukan, yang penting ialah ia mesti dilakukan dengan
sebebas mungkin, tanpa sebarang pengaruh (luaran dan dalaman) yang boleh mempengaruhi
hasil audit tersebut. Ini bermakna, walau pun, audit dalaman dilakukan oleh pekerja organisasi
itu sendiri, ia perlu dilakukan secara bebas. Kebebasan sesuatu audit bergantung kepada
kebijaksanaan majikan atau pihak pengurusan serta iltizam dan kesediaan mereka untuk
melihat pengauditan yang objektif dan kritikal. Dalam hal ini majikan dan pihak pengurusan
mesti memilih auditor dalaman yang berpengalaman, bermotivasi dan mahu melakukan audit
yang benar-benar memberikan gambaran keadaan sebenar kerja.
MEMBANGUN DAN MELAKSANAKAN SISTEM AUDIT
Adalah lebih baik dan menguntungkan jika setiap organisasi dapat mengambil inisiatif untuk
membangun dan melaksanakan, sekurang-kurangnya sebahagian daripada sistem auditnya
sendiri. Ini termasuk melantik dan melatih auditor dalaman daripada kalangan pekerjanya. Di
dalam jangka masa panjang majikan bukan sahaja dapat melabur di dalam pembangunan
sumber manusia (melalui perlantikan dan latihan auditor dalaman) tetapi juga telah
membolehkan organisasi tersebut melakukan lebih banyak jenis dan kerapan penguaditan pada
kos yang menguntungkan.
Jika sesebuah organisasi bercadang untuk melantik auditor luar untuk melakukan pengauditan
terhadapnya, sekurang-kurangnya majikan mestilah mengambil berat terhadap perjalanan audit
tersebut. Ini termasuk mengambil bahagian yang aktif di dalam memastikan audit dilakukan
mengikut prosedur yang betul. Pihak pengurusan juga mesti mengambil bahagian yang aktif di
dalam setiap mesyuarat audit yang diadakan. Jika terdapat notis ketiadaan komplian semasa
pengauditan, majikan mesti mengambil tindakan yang sepraktik mungkin untuk memastikan
komplian. BS 8800 ada memberikan garis panduan cara-cara membangun dan melaksankan
sistem audit keselamatan. ISO pula ada memberikan prosedur melakukan audit kualiti yang
boleh diadaptasikan untuk audit keselamatan pekerjaan.
Di Malaysia sudah ada usaha yang agresif untuk memperkenalkan Siri Penilaian Kesihatan dan
Keselamatan Pekerjaaan atau OHSAS 18001: 1999 sebagi satu standard sistem pengurusan
K&KP. Apa yang menarik mengenai OHSAS 18001:1999 ini ialah ia dibangunkan untuk
menjadi setara dengan ISO 9001:1994 (Kualiti) dan ISO 14001:1996 (Alam Sekitar). Jika
usaha ini berjaya, maka auditor K&KP dijangka akan menggunakan disiplin yang sama seperti
yang digunakan bagi mengaudit kualiti dan alam sekitar. Bersandarkan perkembangan terbaru
ini, dan memandangkan kaedah audit ISO sudah diterima sebagai standard maka elok juga
kalau proses dan disiplin audit ISO ini diguna pakai dalam audit K&KP. Walau bagaimanapun,
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 15 of 15
ini tidak sama sekali bermakna prosedur pengauditan ini adalah yang terbaik. Terserahlah
kepada majikan untuk memilih prosedur audit mana yang sesuai dengan tempat kerjanya.
Iltizam Majikan/Pihak Pengurusan
Seperti elemen-elemen lain dalam sistem pengurusan K&KP, audit juga memerlukan iltizam
yang tinggi daripada majikan dan pihak pengurusan untuk perlaksanaannya. Sebelum
membangunkan sistem audit dan memulakannya proses audit, majikan mesti membuat
beberapa ketetapan dan iltizam awal mengenainya. Antaranya;
+ membuat pendirian bahawa audit adalah satu elemen penting di dalam sistem
pengurusan K&K
+ pentingnya audit sebagai elemen pengurusan terletak kepada kebebasan proses audit
itu. Beliau mesti memastikan kebebasan ini sentiasa terpelihara, tidak kira ia audit
dalaman atau luaran,
+ apa yang dicadangkan dalam hasil audit mesti dilaksanakan secepat mungkin walau
pun, ia tidak mempunyai implikasi legislatif
+ memaklum dan menyedarkan pekerjanya bahawa audit yang dilakukan bukan
bertujuan mencari kesalahan dan kelemahan sesiapa tetapi mencari jalan untuk
meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Pekerja mesti memberikan
kerjasama sepenuhnya kepada auditor
Carta aliran menunjukkan proses yang dilalui untuk membangun dan melaksanakan audit
keselamatan.
ILTIZAM MAJIKAN /PENGURUSAN
MEMBANGUNAKAN SISTEM AUDIT
PERANCANGAN & PENGURUSAN AUDIT
MENGATUR AUDIT
PEMILIHAN AUDITOR
MELAKUKAN AUDIT
MENGUMPUL, MENGANALISIS DAN
MENGINTERPRETASI DATA AUDIT
MELAPORKAN AUDIT
TINDAKAN TERHADAP HASIL AUDIT
Membangunkan Sistem Audit
Untuk membuat dasar beberapa isu perlu dipertimbangkan. Antaranya;
+ skop dan objektif audit
prosedur dan standard yang akan digunakan
siapa yang akan melaksanakan
program audit
format laporan audit dan perkiraan mengambil tindakan terhadap penemuan audit
standard pencapaian bagi perancangan dan implementasi program audit dan
perkiraan untuk memantaunya
perkiraan untuk menilai semula dasar pengauditan dan implementasinya
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 16 of 15
Daripada senarai isu-isu yang tersebut di atas, isu skop dan objektif auditlah yang menjadi
penentu utama kepada pertimbangan isu-isu berikutnya. Skop audit selalunya ditentukan oleh
pihak yang diaudit kerana merekalah yang memerlukan pengauditan. Misalnya, audit yang
akan dilakukan itu untuk tujuan persijilan atau menilai status keselamatan dan kesihatan
sistem, loji, mesin dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pemilihan elemen audit, tempat audit
dan aktivti yang akan diaudit dibuat bersama dengan ketua auditor.
Daripada skop audit dapat ditentukan objektif audit. Objektif audit yang dipilih mesti mampu
menunjukkan status dan pencapaian elemen yang diaudit. Pihak organisasi dan ketua auditor
mesti bersetuju dengan objektif audit. Adalah menjadi amalan yang baik dan berkesan kepada
keseluruhan sistem audit, jika pihak pengurusan yang dibantu oleh auditor, membuat penilaian
awal skop dan objektif audit yang diingini. Ini boleh dilakukan melalui soalselidik pra-audit.
Soalselidik pra-audit dapat memberikan maklumat latarbelakang penting yang diperlukan
untuk membantu majikan dan ketua audit memfokus audit mereka kepada kawasan atau bidang
yang memerlukan penelitian yang lebih. Audit yang terfokus menjadi sangat penting terutama
bagi organisasi atau syarikat yang ingin melakukan audit dalamannya sendiri kerana ia dapat
membantu memudahkan pembangunan senarai semak audit. Audit yang terfokus dan spesifik
juga dapat mengurangkan kos pengauditan.
Perancangan dan Pengurusan Audit
Organisasi yang akan menjalankan audit mesti melantik seorang pengurus audit yang dilantik
daripada kakitangannya yang kanan dan mahir merancang dan mengurus audit. Pengurus ini
bertanggungjawab terhadap;
+ keseluruhan program audit organisasi,
+ membuat dan meminta peruntukan kewangan yang perlu,
+ menentukan auditor (auditor dalam atau luaran),
+ mendapatkan kelulusan yang perlu bagi program audit yang dijalankan.
Perancangan audit juga melibatkan penentuan dan penyediaan program audit. Ini termasuk
menentukan jangkamasa menyiapkan program. Ini adalah kerana proses audit melibatkan masa
kerja sistem dan proses yang diaudit. Sedikit sebanyak audit akan mengganggu perjalanan
sistem dan proses kerja dan ini mempunyai implikasi kewangan kepada organisasi. Disamping
masa, kekerapan melakukan audit juga perlu dirancang. Kekerapan melakukan audit biasanya
ditentukan oleh faktor-faktor seperti sifat hazard, tahap risiko, keperluan legislatif, pengalaman
sebelumnya dan sebagainya.
Bagi organisasi yang memilih untuk melantik auditor luar dengan pakej sistem auditnya sekali,
perancangan dan pengurusan audit melibatkan khidmat nasihat auditor luar juga. Sebaliknya,
bagi organisasi yang melakukan audit dalaman, pengurus audit mesti membuat perancangan
keseluruhan program audit termasuk melakukan audit itu sendiri. Perancangan bagi melakukan
audit dalaman termasuk;
+ Merancangan program audit, termasuk jadual audit dan jadual setiap aktiviti dalam
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 17 of 15
audit
+ Mengesahkan rancangan program audit dengan majikan dan pasukan auditornya
+ Menegenalpasti dokumen perlu (undang-undang, standard, garis panduan, laporan
dan sebagainya),
+ Membangunkan senarai semak, soalselidik dan borang agar maklumat boleh
dikumpul dengan teratur dan maklumat yang diperolehi itu nanti dapat memberikan
jawapan kepada objektif audit,
+ Mempastikan segala maklumat sulit dikawal seperti yang diharapkan dan
sebagainya.
Mengatur Perjalanan Audit
Apabila program audit telah rancang, maka langkah seterunsya ialah mengatur perjalanan audit
tersebut. Jika audit luaran digunakan, maka segala perancangan yang telah dibuat di peringkat
organisasi seterusnya dimaklumkan kepada kepada pihak auditor luar. Komunikasi utama di
antara organisasi dan pihak audit luar harus dihadkan kepada pengurus audit organisasi
(misalnya, pengurus audit). Ini bagi menjamin kelicinan pengauditan. Antara perkara yang
perlu diatur termasuklah sifat dan magnitud audit, terma rujukan dan jadual audit yang
dikehendaki. Sifat dan magnitud audit yang perlu ditentukan termasuk;
+ skop audit: sebahagian atau keseluruhan organisasi, aktiviti spesifik, isu dan
sebagainya,
+ objektif audit: melihat status pencapaian atau mengesahkan samada organisasi
kompli kepada keperluan legislatif,
+ keperluan tenaga kepakaran
+ auditor: auditor luar atau dalam
Terma rujukan audit perlu jelas dan dipersetujui oleh auditor dan pihak yang diaudit. Terma
rujukan ini merangkumi objektif dan skop audit, bentuk laporan audit itu akan disampaikan,
dan siapa yang akan menerima salinan laporan audit itu.
Proses pengauditan melibatkan masa auditor dan pihak yang diaudit. Untuk mengelakkan
gangguan kerja yang tidak sepatutnya, maka pihak pengurusan dan auditor mesti mengatur dan
menetapkan satu jadual masa pengauditan yang dipersetujui bersama. Jadual masa pengauditan
ini termasuk;
+ Tempoh masa audit
+ Masa mula dan akhir audit,
+ Jadual temubual, lawatan, pemeriksaan dan pembentangan hasil.
Jika audit dalaman dilakukan, maka perkara yang sama (ia itu sifat dan magnitud audit, terma
rujukan dan jadual audit) perlu di atur dengan pasukan audit dalaman yang terlibat dalam
pengauditan.
Auditor, Latihan dan Pemilihan
Pengauditan mesti ada seorang ketua auditor, jika audit dalaman dilakukan, maka pihak
pengurusan perlulah melantik ketua auditor daripada kakitanganya yang kanan dan
berpengalaman di dalam pengauditan. Ketua Auditor ini akan mengetuai aktiviti audit dan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 18 of 15
bertanggungjawab ke atas keseluruhan proses audit. Ini termasuk merancang, melaksana dan
melaporkan hasil audit.
Audit mesti dilakukan sebebas mungkin, iaitu tidak ada sebarang faktor yang boleh
mempengaruhi hasil audit tersebut. Atas alsan inilah maka ketua auditor dan aditor dipilih
daripada orang diluar tempat yang di audit. Bagi audit luaran, isu kelayakan auditor tidak
menjadi masalah kerana kelayakan auditor ditentukan oleh badan yang mengeluarkan standard
atau persijilan kompetensi auditor. Disamping itu pihak organisasi akan hanya melantik
syarikat audit yang berkelayakan, berpengalaman dan berdaftar. Sebaliknya jika audit dalaman
dilakukan, auditor dalaman juga sebaik-baiknya mestilah sama kompeten dengan auditor luar.
Jika kakitangan organisasi tidak mempunyai kelayakan mengenai pengauditan, mereka
mestilah diberikan latihan kompetensi yang diperlukan. Sebagai asas bakal auditor mestilah
dilatih di dalam bidang pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerjanya dan
penguaditan. Mereka boleh mengikuti kursus auditor yang dikendalikan oleh pihak ISO atau
pihak-pihak yang mensijilkan auditor keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Auditor dalaman
juga mesti mempunyai kepakaran teknikal khas jika diperlukan untuk mengaudit sistem dan
proses yang teknikal. Misalnya, mereka mesti kompeten dalam pencegahan kebakaran untuk
mengaudit sistem pencegah kebakaran atau kompeten dalam perlindungan sinaran jika ingin
mengaudit program perlindungan sinaran. Keputusan memilih auditor dalaman atau luaran
dipengaruhi oleh;
+ sifat dan magnitud audit
+ keperluan auditor yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang diperlukan,
+ keujudan auditor yang sesuai untuk menjalankan audit tertentu,
+ perbezaan kos menggunakan auditor dalaman berbanding auditor luaran,
+ sikap dan kemampuan auditor dalaman memberikan pengauditan yang lebih
objektif terhadap perkiraan organisasi di mana beliau adalah sangat arif
mengenainya.
Tidak seperti audit kualiti ISO, di mana elemen audit yang digunakan adalah bersifat umum
dan diterima pakai di peringkat antarabangsa, audit keselamatan mempunyai elemen-elemen
yang berbeza-beza mengikut sistem audit yang digunakan. Sebahagian elemen ini bersifat
khusus dan diguna pakai setempat. Misalnya, komplian undang-undang Malaysia hanya diguna
pakai di Malaysia sahaja. Sifat elemen yang khusus ini memerlukan auditor arif mengenai
keperluan tempatan sebelum melakukan pengauditan.
Ketua Auditor mesti cekap memilih anggota auditor yang terdiri daripada berbagai kepakaran
yang diperlukan di dalam proses pengauditan itu. Komposisi sesebuah pasukan audit
bergantung kepada;
+ mesyuarat audit
+ keperluan teknikal audit (ditentukan oleh jenis hazard dan sistem dan proses kerja)
Melakukan Audit
Secara ringkasnya proses melakukan audit melibatkan aktiviti berikut;
+ keperluan teknikal audit (ditentukan oleh jenis hazard dan sistem dan proses kerja)
+ pemeriksaan dokumen
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 19 of 15
+ lawatan pemeriksaan kawasan dan aktiviti kerja
Sekurang-kurangnya mesti mengadakan mesyuarat berikut;
+ Mesyuarat Pembukaan - mesyuarat ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan
dengan pihak majikan dan pengurus-pengurus yang akan terlibat dengan proses
audit. Di dalam mesyuarat ini ketua audit akan menjelaskan skop dan objektif audit,
kaedah dan prosedur audit, menyatakan segala keperluan termasuk dokumen dan
kemudahan, memaklumkan jadual audit dan aktivitinya, serta tarikh-tarikh
mesyuarat berikutnya. Mesyuarat ini tidak lama dan memakan masa tidak lebih
daripada setengah jam
+ Mesyuarat Pasukan Audit - mesyuarat ini diadakan setiap hari selepas tamatnya
aktiviti audit pada hari tersebut. Mesyuarat ini diadakan di antara ketua auditor dan
pasukan auditnya dan bertujuan untuk membincangkan maklumat terkini mengenai
perjalanan audit setakat masa itu. Di dalam mesyuarat ini auditor-auditor akan
menilai semula aktiviti, cerapan, kesimpulan awal dan masalah yang mereka temui
pada hari itu. Sebarang perubahan di dalam pengauditan yang perlu dilakukan akan
ditentukan di dalam mesyuarat ini.
+ Mesyuarat Penutup - Mesyuarat ini adalah mesyuarat terakhir yang diadakan di
antara pasukan audit dengan pihak pengurusan sebelum laporan akhir audit di
lengkapkan. Di dalam mesyuarat ini Ketua auditor yang dibantu oleh pasukan
auditnya akan membentangkan deraf laporan penemuan, kesimpulan dan cadangan
audit mereka. Di dalam mesyuarat ini juga pengesahan terhadap kesahihan cerapan
dan data audit dibuat.
Apabila objektif dan skop audit telah dipersetujui oleh majikan, maka langkah seterusnya ialah
mendapatkan dan memeriksa semua dokumen yang berkaitan dengan objektif dan skop audit
yang akan dijalankan. Dokumen boleh berupa Standard, proses kerja atau procedur kerja yang
diguna pakai. Maklumat daripada dokumen ini boleh digunakan untuk membangunkan senarai
semak elemen-elemen yang akan diaudit. Pada masa yang sama dokumen ini juga akan dirujuk
oleh auditor untuk memastikan komplian dan darjah komplian. Audit dokumen boleh
dilakukan di dalam atau luar organisasi yang diaudit.
Apabila audit dokumen telah dilaksanakan maka pengesahan dilakukan melalui lawatan
pemeriksaan kawasan dan aktiviti kerja. Peringkat ini akan memastikan "apa yang dinyata dan
dikata benar-benar dilaksanakan."
Semasa melakukan audit ketua auditor dan auditor hendaklah memastikan perkara berikut;
+ Menepati masa yang telah dijadualkan untuk pengauditan: Auditor mesti
mengelakkan dirinya daripada menyimpang daripada tujuan utama audit yang
dijalankan terutama sekali jika penyimpangan ini tidak dapat memberikan
maklumat tambahan yang penting dan kritikal terhadap objektif audit.
+ Menyimpan dengan teratur segala rekod yang berkaitan dengan proses dan hasil
audit: Ini penting kerana rekod-rekod ini mungkin perlu dirujuk di masa hadapan.
+ Mampu menangani perkara yang diluar jangkaan: Perkara ini termasuklah tekanan
pihak tertentu, menemui isu dan keadaan yang diluar kepakarannya, perubahan
dasar audit dan sebagainya.
+ Memaklumkan dengan segera kepada pihak yang diaudit sebarang penemuan yang
berbahaya dan memerlukan tindakan segera.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 20 of 15
Mengumpul, Menganalisis dan Menginterpretasi Data Audit
Pengumpulan Data
Pengauditan melibatkan pengambilan dan pengumpulan data yang menyeluruh dan mencukupi
sehingga ia boleh diterima sebagai mengambarkan keadaan sebenar status elemen pengurusan
keselamatan dan kesihatan sesebuah organisasi. Pensampelan ini juga mesti mampu
memberikan hasil penemuan yang objektif dan tidak subjektif.
Peralatan mengaudit boleh menggunakan pensil dan kertas hinggalah kepada penggunaan
komputer dan kamera video. Satu lagi kaedah mengumpul data audit ialah melalui temubual
dan soalselidik. Temubual yang berkesan memerlukan setiap soalan yang akan ditanya,
disediakan terlebih dahulu. Penggunaan senarai soalan yang telah disediakan adalah penting
untuk memastikan proses temubual/soalselidik dijalankan secara berstruktur dan segala
maklumat yang diperlukan akan diperolehi dengan cekap tanpa banyak gangguan. Disamping
itu juga temubual/soalselidik ini dapat dilakukan secara konsisten tidak kira siapa yang
melakukan dan bila ia dilakukan.
Data audit juga boleh diperolehi daripada dokumen-dokumen. Bergantung kepada skop dan
objektif audit, auditor boleh memeriksa dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sistem,
program, prosedur dan amalan kerja yang berkaitan. Dokumen-dokumen ini boleh digunakan
sebagai terma rujukan apabila audit komplian perlu dilakukan. Laporan dan rekod (seperti
laporan kemalangan dan insiden, laporan pihak berkuasa, rekod pengukuran pencapaian dan
sebagainya) juga boleh dirujuk dalam audit, terutama sekali apabila data diperlukan untuk
menilai perubahan pencapaian.
Data yang dikumpul melalui soalselidik dan audit dokumen perlu disahkan dengan
pemeriksaan. Pemeriksaan yang sistematik dan kritikal (dengan dibantu oleh senarai semak)
terhadap apa yang diaudit (misalnya, loji, proses, peralatan dan sebagainya) juga dapat
mengukuhkan hasil audit.
Data audit boleh bersifat kuantitaif dan kualitatif. Sebaik-baik data audit adalah yang bersifat
kuantitatif kerana hasil ini memberikan maklumat yang objektif dan mudah dibuat
perbandingan apabila diperlukan. Data yang bersifat kualitatif terdedah kepada berbagai
interpretasi. Elemen yang subjektif boleh dijadikan objektif jika soalselidik bagi menilai
elemen itu telah direkabentuk sedemikian rupa hasil yang subjektif itu boleh diberikan nilai
skor numerik.
Analsis Dan Interpretasi Data Audit
Kemuncak setiap audit ialah membuat analisis dan interpretasi data-data yang
terkumpul.Terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan untuk menganalisis dan
mengintepretasi data.
a. Pendekatan Perbandingan
Pendekatan Perbandingan sesuai digunakan ketika menganalisis ciri-ciri subjektif yang tidak
mempunyai standard yang diguna pakai secara universal. Apa yang dilakukan di dalam
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 21 of 15
pendekatan ini ialah membandingkan apa yang terdapat atau yang dipraktikkan di sesebuah
organisasi dengan organisasi yang lain. Organisasi lain digunakan sebagai rujukan
perbandingan. Antara contoh ciri-ciri subjektif yang boleh dianalisis menggunakan Pendekatan
Perbandingan termasuk audit tekanan pekerjaan dan keselesaan tempat kerja. Di dalam
pendekatan ini auditor menetapkan standard/rujukan yang akan digunakan sebagai
perbandingan. Biasanya standard/rujukan yang diguna pakai di dalam perbandingan diterima
oleh pihak yang diaudit.
b. Pendekatan Statistik
Pendekatan Statistik adalah pendekatan yang kerap digunakan oleh auditor. Pendekatan ini
menggunakan data numerik dan Statistik seperti frekuensi kemalangan, kecederaan, kehilangan
masa akibat kecederaan dan sebagainya. Statistik memberikan penilaian yang objektif. Dengan
demikian pendekatan Statistik adalah analisis audit yang juga objektif.
Pendekatan Komplian berasaskan pematuhan keperluan sesuatu Akta, Peraturan, Standard dan
prosedur kerja selamat, bagi sesuatu sistem dan proses pekerjaan atau peralatan dan
kelengkapan kerja.
c. Pendekatan Komplian
Pendekatan Objektif menganalisis audit berasaskan objektif sesuatu audit itu dilakukan.
Dengan demikian analisis Pendekatan Objektif bersifat menganalisis samaada sesuatu objektif
audit dipenuhi sepenuhnya, separa atau tidak langsung. Antara contoh audit yang memerlukan
pendekatan ini ialah menganalisis iltizam majikan terhadap keselamat'an dan kesihatan di
tempat kerja. Sama seperti Pendekatan Perbandingan, pendekatan ini bersifat proaktif dan tidak
mencederakan. Selalunya, untuk melakukan analisis pendekatan jenis ini memerlukan
gabungan analisis pendekatan yang lain.
d. Pendekatan Objektif
Tidak kira pendekatan apa yang digunakan, apa yang lebih penting ialah nilai audit yang
dihasilkan. Nilai audit diukur daripada pencapaian sesuatu audit mencapai objektif ia
dilaksanakan. Dengan demikian nilai audit sangat bergantung ke atas kemampuan auditor
membuat interpretasi yang tepat dan seterusnya menghasilkan audit yang objektif, bebas dan
membina. Di sinilah pentingnya latihan, kepakaran dan pengalaman yang ada pada setiap
auditor. Perlu ditekankan sekali lagi bahawa tujuan audit keselamatan adalah untuk
mengenalpasti kelemahan dan memantau pencapaian di dalam sistem keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang ada, dan mencadangkan pembaikian dan cara-cara meningkatkan
kecekapannyanya. la bukan bertujuan untuk mencari kesalahan orang.
Pendekatan Analisis Audit Keselamatan Pendekatan Statistik
Pendekatan Perbandingan Pendekatan Objektif
Audit Keselamatan
Pendekatan Komplian
Melaporkan Audit
Audit bertujuan menilai dan memaparkan kekuatan dan kelemalan, kelebihan dan kekurangan
sesebuah organisasi mengurus dan melaksanakan sistem kerja selamat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 22 of 15
Audit dilakukan atas arahan dan persetujuan pihak majikan dan pengurusan sesebuah
organisasi. Dalam pengauditan banyak perkara yang sulit mungkin terpaksa dimaklumkan
kepada auditor. Auditor mesti mengekalkan segala amanah yang telah diberikan kepadanya oleh
pihak organisasi. Mereka mesti memastikan segala laporan audit sebagai sulit dan hanya untuk
pengetahuan pihak pengurusan yang diluluskan oleh organisasi yang meluluskan audit sahaja
atau apabila diberitahu sebaliknya.
BS8800 mencadangkan tiga jenis laporan audit harus disediakan. Pertama maklumbalas awal.
Maklumbalas awal ini berupa ringkasan penemuan yang dibuat di penghujung setiap fasa
pengumpulan data. Maklumbalas ini khususnya menekankan penemuan sesuatu perkara yang
memerlukan tindakan segera pihak yang diaudit, misalnya, melanggar patuhan yang kritikal
(critical non-conformance). Laporan kedua adalah deraf laporan, yang disediakan untuk
semakan terakhir oleh pengurus-pengurus di mana audit dijalankan. Deraf laporan ini
membolehkan auditor mendapat pengesahan ketepatan fakta yang dilaporkan dan juga
memastikan pihak yang diaudit memahami apa yang dilaporkan. Laporan terakhir ialah
Laporan Akhir, iaitu sekomprehensif yang mungkin kerana ini adalah hasil terakhir
pengauditan dan yang akan disampaikan kepada pihak majikan organisasi. Laporan Akhir
merangkumi;
+ Skop dan objektif audit,
+ Perincian pelan audit,
+ Senarai pasukan audit,
+ Tarikh-tarikh audit,
+ Dokumen rujukan yang digunakan dalam pengauditan,
+ Cerapan tidak patuh atau "non-compliance",
+ Kelemahan dan kekuatan perkara yang diaudit,
+ Cadangan tindakan pembaikian terhadap kelemahan dan keukurangan yang
ditemui.
Tindakan Terhadap Hasil Audit
Terdapat tiga tindakan penting yang mesti dilakukan terhadap hasil audit iaitu;
+ Cadangan tindakan pembaikian terhadap kelemahan dan keukurangan yang
ditemui.
+ menyibarkan laporan akhir,
+ membuat pelan tindakan dan
+ memantau perkembangan perkiraan yang diambil.
Laporan audit perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya kepada majikan kerana beliaulah orang
utama yang memulakan usaha mengaudit. Peruntukan undang-undang juga ada menetapkan
kumpulan dan individu yang perlu tahu hasil sesuatu audit keselamatan bagi memudahkan
mereka memantau, merancang dan melaksanakan sistem kerja selamat di temapt kerja mereka.
Peruntukan Akta 514, 1994 dan Peraturan-Peraturan berkaitan yang dibuat di bawahnya,
menetapkan tugas dan tanggungjawab ini kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan wajib untuk tindakan selanjutnya. Begitu juga Akta 304,
1984 dan Peraturan-Peraturannya yang berkaitan telah menetapkan tugas ini kepada majikan
(pemegang lesen) dan Pegawai Perlindungan Sinaran.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 23 of 15
Laporan audit keselamatan biasanya mempunyai nota tidak komplian dan cadangan. Tindakan
perlu dilakukan untuk mengatasi perkara tidak komplian, dan memenuhi cadangan tersebut.
Cara terbaik memastikan tindakan dapat dilaksanakan dengan sistematik dan terbaik ialah
dengan membuat pelan tindakan, mengandungi perkiraan yang akan dilakukan dan juga jadual
perlaksanaan perkiraan tersebut. Ia juga mesti menyatakan siapa yang bertanggungjawab
terhadap melaksanakan pelan tersebut bagi memastikan akauntabiliti. Disamping itu pelan
tindakan mesti menyatakan bagaimana pencapaian perlaksanaan tindakan pembaikian itu akan
dimantau, bagi memastikan segala perkiraan yang telah diambil dan dilakukan itu mencapai
tahap yang dikehendaki.
Borang Senarai Semak dan Penilaian Audit
Senarai semak dan soalselidik ini menjadi sangat penting apabila audit dalaman akan dilakukan
oleh pasukan auditnya sendiri. Sekurang-kurang terdapat tiga jenis borang yang perlu
dibangunkan sebelum melakukan audit. Borang tersebut ialah;
a. Borang senarai semak audit,
Borang senarai semak mengandungi;
+ Parameter audit yang akan dilakukan. Parameter adalah penunjuk bagi sesuatu ciri
yang diaudit. Misalnya, audit dasar keselamatan dan kesihatan, mengenalpasti hazard,
risiko dan kawalan risiko, maklumat, latihan, dan sebagainya,
+ Perkaitan di antara parameter dengan peruntukan undang-undang, standard atau garis
panduan yang diguna pakai,
+ Senarai semak dan soalan mengenai sesuatu parameter dan sub-parameter (penunjuk
atau sub-penunjuk),
+ Pengesahan yang perlu dilakukan untuk memastikan sub-parameter itu benar-benar
ujud
Senarai semak dan soalan yang diberikan di dalam borang senarai semak terdiri daripada dua
jenis. Senarai semak atau soalan jenis pertama memerlukan jawapan YA atau TIDAK. Senarai
semak dan soalan jenis ini menunjukkan keperluan pematuhan Akta, Peraturan, Perintah atau
Standard yang khusus. Senarai semak dan soalan jenis kedua adalah yang memerlukan auditor
memberikan markah (misalnya pada skala 0 — 10). Markah-markah ini menunjukkan
keberkesanan dan kecekapan memenuhi keperluan parameter yang diaudit. Senarai semak dan
soalan jenis ini mempunyai nilai pemberat. Markah penuh yang tinggi diberikan kepada
keperluan para yang penting dan sebaliknya markah penuh yang rendah menunjukkan parameter
yang kurang penting. (Contoh Borang senarai semak audit rujuk jadual 12.1a-d, mukasurat
273-275 -Buku Pengaturan sendiri didalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan)
b. Borang penilaian audit
Borang soalselidik audit jadual 13.1 dan borang penilaian audit jadual 13.2. Satu lagi cara
menganalisis data berbagai parameter ditunjukkan dalam jadual 12.3. Dalam contoh yang
ditunjukkan di dalam jadual 12.3 ini, pemberat kali kedua diberikan ketika membuat perkiraan
sumbangan antara parameter disamping pemberat yang telah diberikan intra-parameter. Hasil
analisis audit keseluruhan parameter dibentangkan dalam bentuk skor atau indeks yang
memberikan gambaran secara objektif keadaan semasa status parameter dan/atau keselamatan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008
Kod Kertas IKBN.U.KI.03.01 IS Page 24 of 15
dan kesihatan disesebuah tempat kerja. (Contoh menganalisis data rujuk jadual 12.2 & 12.3,
mukasurat 279-280 dan semak audit jadual 13.1, mukasurat 314-315 -Buku Pengaturan sendiri
didalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan)
c. Borang laporan tiada pematuhan.
Semasa melakukan audit, auditor mungkin menemui perkara-perkara yang tidak mematuhi
keperluan-keperluan parameter yang diaudit. Keperluan ini mungkin bersifat tiada pematuhan
terhadap keperluan undang-undang atau juga sesuatu yang boleh mendatangkan risiko yang
tinggi dan memerlukan tindakan segera pihak tertentu. Makluman mengenai ketidakpatuhan ini
dibuat melalui nota Tiada Pematuhan jadual 13.3. (Contoh borang laporan tiada pematuhan
rujuk 13.3, mukasurat 316 -Buku Pengaturan sendiri didalam pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan)
KESIMPULAN
Audit keselamatan adalah aktiviti berterusan kerana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
tidak statik. la umpama mengambil bahagian di dalam satu perlumbaan yang tidak mempunyai
garis penamat. Dengan demikian melakukan audit bukanlah murah tetapi ia harus dilihat
sebagai satu pelaburan kewangan di dalam usaha pengaturan sendiri dan bukan satu
perbelanjaan tanpa pulangan. Bagi memastikan pulangan yang bermakna kepada organisasi,
majikan mesti memahami tujuan sesuatu audit dan beriltizam untuk menerima dan bertindak ke
atas keputusan dan cadangan audit tersebut.
Rujukan:
1 Pengaturan Sendiri Di Dalam Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Ismail
Bahari,ISBN 983-9340-90-5
2. Undang-Undang Keselamatan Industri di Malaysia, Kamal Halili Hassan,DBP,
ISBN983-62-7197-X
3. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) Dan Peraturan-peraturan
& Perintah-perintah
4. Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) & Peraturan-Peraturan & Kaedah-
Kaedah
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
Modul 03 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2008