The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-10-18 00:42:30

PERTANDINGAN MENULIS ESEI & SAJAK BM

Peringkat Kebangsaan Tahun 2021

Pertandingan Menulis Esei &
Mengarang Sajak Bahasa Melayu

PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2021

01 – 03 September 2021

ANJURAN

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia

KELOLAAN

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang



KANDUNGAN 1
2
KANDUNGAN 10
KATA ALUAN 12
OBJEKTIF PERTANDINGAN 15
STATISTIK PENYERTAAN 48
SENARAI PESERTA 58
KEPUTUSAN PERTANDINGAN 61
LAPORAN PERTANDINGAN 68
JAWATAN KUASA PERTANDINGAN 70
BELANJAWAN PERTANDINGAN 76
LAMPIRAN
GALERI PERTANDINGAN

1

KATA ALUAN

2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam
menyediakan ruang dan peluang kepada murid di seluruh negara untuk
bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Melalui dasar MBMMBI iaitu
Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris,
Kementerian Pendidikan Malaysia, pelbagai program telah dirancang
bagi menjadikan Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan, bahasa
perhubungan atau bahasa ilmu. Sejajar dengan inisiatif ini, Bahagian
Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menganjurkan Pertandingan Menulis Esei dan Mengarang Sajak
Peringkat Kebangsaan 2021 secara dalam talian bagi memberi peluang
kepada murid untuk meningkatkan kemahiran dalam berbahasa
walaupun berada di rumah.

Walaupun negara pada ketika ini dilanda pandemik Covid-19,
pelaksanaan program secara dalam talian adalah alternatif yang
terbaik untuk memastikan murid komited dalam menyertai aktiviti
kokurikulum yang dipertandingkan. Syabas dan tahniah diucapkan
kepada semua murid yang telah berjaya melangkah ke Pertandingan
Menulis Esei dan Mengarang Sajak Peringkat Kebangsaan 2021. Usaha
yang gigih pasti membuahkan hasil. Tahniah juga buat ibu bapa dan
guru yang sentiasa memberi bimbingan dan sokongan berterusan
kepada murid.

3

Akhir kata, Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Sektor Pembangunan Murid di
semua Jabatan Pendidikan Negeri yang telah melaksanakan program
ini dengan jayanya.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Pahang selaku tuan rumah bagi Pertandingan Menulis Esei dan
Mengarang Sajak Peringkat Kebangsaan 2021 atas komitmen yang
tinggi dalam menjayakan program ini. Semoga usaha dan kolaborasi
semua pihak akan menyemarakkan lebih ramai penglibatan murid
dalam bidang bahasa.

Dengan lafaz Bismillahhirrohmanirrohim, saya merasmikan Majlis
Penutupan Pertandingan Menulis Esei dan Mengarang Sajak Peringkat
Kebangsaan 2021.

Sekian, terima kasih.

ZULKIFLI BIN NORDIN
b.p.: Pengarah,
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia

4

Ke Genting Highland bertemu rakan,
Singgah di Raub di senja cerah,

Selamat datang kami ucapkan,
Ke negeri Pahang mengukir sejarah.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya
maka dapat kita berkumpul secara maya bagi menjayakan
Pertandingan Menulis Esei dan Mengarang Sajak Bahasa Melayu
Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2021.

Semoga pertandingan dan majlis ini mendapat keberkatan Allah SWT
keseluruhannya. Pertamanya, ucapan tahniah diucapkan kepada
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Pendidikan Malaysia yang
merupakan penganjur utama pertandingan menulis esei dan sajak
bahasa Melayu peringkat kebangsaan ini. Tidak lupa juga, ucapan
syabas buat semua Jabatan Pendidikan Negeri melalui Unit
Pembangunan Bakat Murid yang telah melaksanakan kerja buat
dengan baik sekali bagi menjayakan pertandingan ini. Ucapan terima
kasih dan syabas juga buat barisan pegawai teknikal, juri, guru
pembimbing, peserta dan semua pihak yang terlibat, baik secara
langsung mahupun tidak langsung yang telah bertungkus-lumus
menjayakan pertandingan yang cukup berprestij ini.

Warga maya sekalian,
Beginilah norma baharu pendidikan kita hari ini apabila pertemuan
bersemuka kini digantikan dengan pertemuan secara dalam talian.
Namun demikian, agenda pendidikan khususnya dalam menggilap
potensi dan kebolehan murid mesti terus diperkasakan dari semasa ke
semasa walaupun medium dan kaedahnya kini berubah. Selaku tuan
rumah bagi pertandingan menulis esei dan mengarang sajak bagi tahun
ini, kami amat berbesar hati dan berterima kasih kerana telah diberikan
segunung kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
menggalas amanah yang cukup besar ini. Berbekalkan sokongan dan
dukungan semua, alhamdulillah, pertandingan ini telah dapat
direalisasikan dengan jayanya.

5

Sekilas pandang, objektif pertandingan ini antara lain adalah untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa
Melayu. Di samping itu, pertandingan ini juga sebenarnya menjadi
wadah bagi murid untuk menonjolkan bakat penulisan dengan
menggunakan bahasa yang tepat, teratur, gramatis secara berseni dan
kreatif. Justeru, pertandingan ini diharapkan dapat mencungkil bakat
murid seterusnya potensi mereka akan terus digilap untuk menjadi
penulis yang serba boleh pada masa yang akan datang.

Di Teluk Cempedak asyik berangan,
Pantai Cherating nyamannya rasa;
Merimbun ilmu di medan saingan,
Aspirasi Murid membina bangsa.

Di Taman Negara berlipur senda,
Janda Baik damai sentiasa;

Karya bersaing cerdaskan minda,
Kemilau hendaknya di pentas bahasa.

Sidang penonton sekalian,
Umum mengetahui bahawa menulis esei dan mengarang sajak
bukanlah sesuatu yang mudah. Murid perlu melalui satu proses yang
terancang dan mencabar agar penyertaan dapat disempurnakan
dengan jayanya. Gabung jalin dan usaha sama antara pihak sekolah
dengan ibu bapa sebenarnya turut menjadi kunci kepada kejayaan
pertandingan seumpama ini.

6

Apa tidaknya, ibu bapa bertindak sebagai penyedia utama keperluan
dan fasiliti pembelajaran murid manakala guru pula sebagai pemudah
cara yang mengoperasikan pengajaran dan pembelajaran di rumah
(PdPR). Tuntasnya, gabungan usaha kedua-dua entiti ini cukup signifikan
dalam memacu kejayan agenda pendidikan negara.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya
layak ke peringkat kebangsan. Kepada yang bakal diumumkan sebagai
pemenang nanti, syabas diucapkan dan teruslah berusaha meneroka
potensi diri. Kepada yang kurang bernasib baik,anda semua
sebenarnya bukanlah gagal sebaliknya kejayaan anda masih
tertangguh. Teruskan belajar dan serlahkanlah bakat yang ada tanpa
mengenal erti jemu. Teruskan berkarya dan tulislah dari hati untuk
dikongsi dengan masyarakat di luar sana.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Langkah kerajaan memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa
Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) hadir tepat pada
masanya. Usaha ini selari dengan hasrat semua untuk melahirkan murid
yang bukan sahaja mahir dalam pelbagai bahasa tetapi pada masa
yang sama tidak meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan tercinta. Ingatlah bahawa sastera ini bukan milik ahli
sastera dan penggiat bahasa semata-mata.Sastera sebenarnya
menjadi hak milik bersama dan kewujudannya merentasi orang
perseorangan mahupun pelbagai peringkat lapisan masyarakat.

7

Justeru, memperkenalkan sastera kepada murid seawal mereka di
bangku sekolah lagi merupakan satu inisiatif yang dipercayai cukup
berimpak tinggi sekali gus dapat memelihara kehalusan seni dan
kesusasteraan Melayu yang kita semua banggakan. Bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Penghujung bicara, mewakili tuan rumah pertandingan edisi kali kedua
ini, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan andai terdapat
sebarang kekhilafan sepanjang penganjuran pertandingan ini.
Sesungguhnya, kejayaan menganjurkan pertandingan ini cukup
bergantung kepada komitmen jitu lagi padu daripada semua pihak.

Semoga usaha murni kita semua menjadi asbab kepada kemenjadian
murid selari dengan aspirasi pendidikan kebangsaan. Pepatah Cina ada
mengatakan, jika kita inginkan hasil untuk setahun, tanamlah biji-bijian.
Sekiranya kita inginkan hasil untuk 10 tahun, tanamlah buah-buahan.
Namun, jika kita inginkan hasil untuk sepanjang zaman, tanamlah nilai
kemanusiaan. Hal sedemikianlah yang sedang kita lakukan,
mendewasakan manusia melalui usaha-usaha pendidikan terutamanya
melalui pertandingan sebegini.

8

Lata jarum berkidung unggas,
Kota Gelangi warisan menanti;

Gembira kami diatur tugas,
Ikatan ukhuwah terjalin pasti.

Bukit Gambang meriah terpampang,
Lata Bujang berkelah gembira;

Maafkan kami mana yang lompang,
Santun bahasa subur bersaudara.

Sekian,

Wabillahitaufikwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahi
wabarakatuh.

MOHAMMAD ROSLI BIN ABDUL RAHMAN
Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

9

OBJEKTIF PERTANDINGAN

10

11

STATISTIK PENYERTAAN

12

13

14

SENARAI PESERTA

15

PESERTA ESEI

JOHOR

16

PESERTA SAJAK

JOHOR

17

PESERTA ESEI

KEDAH

18

PESERTA SAJAK

KEDAH

19

PESERTA ESEI

KELANTAN

20

PESERTA SAJAK

KELANTAN

21

PESERTA ESEI

MELAKA

22

PESERTA SAJAK

MELAKA

23

PESERTA ESEI

NEGERI SEMBILAN

24

PESERTA SAJAK

NEGERI SEMBILAN

25

PESERTA ESEI

PAHANG

26

PESERTA SAJAK

PAHANG

27

PESERTA ESEI

PERAK

28

PESERTA SAJAK

PERAK

29

PESERTA ESEI

PERLIS

30

PESERTA SAJAK

PERLIS

31

PESERTA ESEI

PULAU PINANG

32

PESERTA SAJAK

PULAU PINANG

33

PESERTA ESEI

SABAH

34

PESERTA SAJAK

SABAH

35

PESERTA ESEI

SARAWAK

36

PESERTA SAJAK

SARAWAK

37

PESERTA ESEI

SELANGOR

38

PESERTA SAJAK

SELANGOR

39

PESERTA ESEI

TERENGGANU

40

PESERTA SAJAK

TERENGGANU

41

PESERTA ESEI

WP KUALA LUMPUR

42

PESERTA SAJAK

WP KUALA LUMPUR

43

PESERTA ESEI

WP LABUAN

44

PESERTA SAJAK

WP LABUAN

45

PESERTA ESEI

WP PUTRAJAYA

46

PESERTA SAJAK

WP PUTRAJAYA

47

KEPUTUSAN
PERTANDINGAN

48


Click to View FlipBook Version